Anda di halaman 1dari 16

AINON MOHD.

Pengerusi,
ABS Holdings
Pengasas,
Ainon Business School (ABS)
LEAN STARTUP
ABS mengamalkan prinsip Lean-Startup bagi memulakan bisnes.
Mazhab Lean-Startup mengajarkan:
Jangan memulakan bisnes dengan cara yang bermewah-mewah.
Apatah lagi jika kita menggunakan duit pinjaman.
Mesti kita sanggup ikat perut, ataupun istilahnya bootstrapping.
Selagi dapat berjimat, kita berjimat.
Sebelum kita memulakan pengeluaran dan penjualan sebarang
produk ataupun servis, kita mesti menjalankan ujian dahulu supaya
kita mengetahui bagaimana agaknya sambutan pasaran.
Test dahulu, apakah betul pasaran mahukan produk yang kita akan
tawarkan itu nanti.
Istilahnya, validate, validate, validate.... Test, test, test. Jangan main
redah sahaja, begitulah kata orang kampung.
Banyak peniaga Melayu main redah sahaja semasa mengeluarkan
produk terkilang mereka. Kita main rasa-rasa. Kita rasa produk kita
sangat bagus, tentulah orang lain pun akan kata bagus.
LEAN STARTUP
Kita rasa kita dapat jual produk kita dengan main Facebook. Kita rasa
kita boleh lantik agent si seluruh Malaysia.
Kita rasa kita dapat jual semua 5000 unit produk kita dalam masa 1
tahun.
Kita rasa kita dapat balik modal kita dan buat untung 300%.
Akibatnya berpuluh ribu, malah beratus ribu, duit panjaman bank
hangus terbakar. Tanah ayah mertua yang dicagarkan masih tergadai.
Faedah hutang yang banyak setiap hari bertambah banyak.
Contoh:
Kita mahu mengeluarkan 5000 unit krim penghilang parut kesan
kehamilan.
Wakil jualan kilang OEM itu akan buat semuanya untuk kita.
Kita tidak perlu buat apa-apa, kita cuma pilih sahaja apa krim yang
kita mahu, warna apa, bau apa, bentuk botol macam mana, label
apa, desain macam apa, sijil halal dll. Semuanya disediakan oleh
pihak kilang. Kita bayar sahaja.
LEAN STARTUP
Betulkah produk kita itu ada pembelinya? Kalau ada, berapa ramai
yang mahu membelinya?
Apa profail mereka yang mahu membelinya? Remaja? Perempuan
muda? Perempuan profesional? Perempuan suri rumah?
Perempuan kaya?
Betulkah harga jualannya sesuai dengan pembeli?
Betulkah desain kotaknya disukai pembeli?
Betulkah kedai runcit mahu mengambilnya?
Betulkah supermarket mahu mengambilnya?
Betulkah botol yang kita pilih itu mendorong orang mahu
membelinya?
LEAN STARTUP
Kita rasa kita dapat jual produk kita dengan main Facebook. Kita rasa
kita boleh lantik agent si seluruh Malaysia.
Kita rasa kita dapat jual semua 5000 unit produk kita dalam masa 1
tahun.
Kita rasa kita dapat balik modal kita dan buat untung 300%.
Akibatnya berpuluh ribu, malah beratus ribu, duit panjaman bank
hangus terbakar. Tanah ayah mertua yang dicagarkan masih tergadai.
Faedah hutang yang banyak setiap hari bertambah banyak.
Contoh:
Kita mahu mengeluarkan 5000 unit krim penghilang parut kesan
kehamilan.
Wakil jualan kilang OEM itu akan buat semuanya untuk kita.
Kita tidak perlu buat apa-apa, kita cuma pilih sahaja apa krim yang
kita mahu, warna apa, bau apa, bentuk botol macam mana, label
apa, desain macam apa, sijil halal dll. Semuanya disediakan oleh
pihak kilang. Kita bayar sahaja.
MEMILIH BISNES APA?
Banyak kali saya menerima surat inbox dari ahli ABS yang masih
bekerja.
Mereka memberitahu hasrat mereka mahu menceburkan diri dalam
bisnes, tetapi mereka tidak tahu hendak buat bisnes apa.
Mereka minta nasihat apa bisnes yang sesuai untuk orang yang baru
pertama kali hendak memulakan bisnes.
Lazimnya, kita cenderung membuka bisnes pertama kita berdasarkan
perkara yang kita sukai.
Jika kita pandai membuat kek, kita pun membuka bisnes membuat
dan menjual kek.
Jika kita pandai mendesain dan menjahit baju, kita pun membuka
bisnes yang ada kaitan dengan pengeluaran dan jualan pakaian.
Jika kita suka mengajar kanak-kanak, kita pun membuka tadika.
MEMILIH BISNES APA?
Menyukai sesuatu perkara adalah biasa. Semua orang mempunyai
perkara yang disukai. Kita tidak akan muflis disebabkan menyukai
sesuatu.
Kita mungkin muflis apabila kita membuka bisnes berdasarkan
perkara yang menjadi kesukaan kita.
Jangan membuka bisnes pertama berdasarkan perkara yang kita
sukai.
Bisnes yang kita sukai mungkin kos membukanya mahal, sehingga kita
terpaksa meminjamduit bank.
KRITERIA MEMILIH BISNES PERTAMA
1. Bisnes itu bisnes servis.
2. Servis itu servis yang sangat asas. Kerja itu dapat dilakukan oleh
pekerja remaja!
3. Servis itu servis yang diperlukan oleh pelanggan kaya. Jangan jual
servis kepada pelanggan tidak berduit!
4. Servis itu tidak memerlukan peralatan yang mahal. Kita tidak
memerlukan modal yang banyak membeli peralatannya.
5. Kita dapat menjalankan sendiri kerja servis itu. Tidak perlu kita
mengambil pekerja lain.
6. Jangan buat bisnes yang melibatkan pembuatan dan
pengeluaran, kecuali pengeluaran itu dapat dibuat di rumah
menggunakan peralatan yang sudah sedia ada.
7. Servis itu tidak memerlukan kita membuka kedai. Kos membuka
kedai adalah sangat tinggi. Duit modal kita tersangkut pada kedai.
BISNES CARA IKUT-IKUTAN
Kita selalu diberitahu supaya jangan berniaga cara ikut-ikutan.
Maksudnya, jangan kita membuka bisnes disebabkan kita tengok
orang lain sudah membuka bisnes itu.
Kita diberitahu supaya buat bisnes kita sendiri. Jangan ikut orang lain.
Buat bisnes yang orang lain tidak buat.
Akibat mendengar nasihat macam itu, banyak peniaga Melayu
mengeluarkan produk yang pelik-pelik:
Menggunakan bahan yang tidak familiar
Belum pernah ada produk macamitu dalampasaran
Pelanggan tegarnya belum wujud
Product-knowledge belum diberikan
Belum diketahui bagaimana sambutan orang ramai terhadap
produk itu.
BISNES CARA IKUT-IKUTAN
Dalam beberapa jenis bisnes, membuka bisnes yang banyak orang
lain sudah buka adalah cara yang betul.
Sebagai contoh,
Kita lihat di kawasan kita banyak kawasan perumahan baru sedang
dibangunkan.
Kita tengok sudah ada 4 buah kedai dobi dan kedai cuci karpet.
Semua 4 buah kedai itu sibuk belaka.
Dengan adanya kawasan perumahan yang akan siap tidak lama lagi,
kita meramalkan jumlah penduduk akan bertambah.
Perkhidmatan kedai dobi akan lebih diperlukan.
Membuka kedai dobi adalah pelaburan yang relatifnya selamat,
walaupun sudah ada 4 buah kedai dobi.
PRODUK YANG KITA SUKA ATAU PASARAN SUKA
Produk yang kita suka....
Produk yang pasaran suka....
Banyak orang muda membuka bisnes berdasarkan aktiviti yang
mereka minati.
Jika mereka menyukai aktiviti sukan motorsikal berkuasa besar,
mereka membuka bisnes yang ada kaitan dengan motorsikal
berkuasa besar.
Jika mereka suka melawar dan dipandang cantik, mereka membuka
bisnes yang ada kaitannya dengan kecantikan.
Jika mereka suka aktiviti membuat kek dan biskut, mereka membuka
bisnes yang ada kaitannya dengan kek dan biskut.
Objektif bisnes bukanlah menyukakan hati kita sendiri, yakni
berseronok melakukan perkara-perkara yang kita sukai.
Objektif bisnes adalah membuat banyak duit, membuat banyak duit,
membuat banyak duit.
Ada masanya perkara yang kita sukai itu
membolehkan kita mudah membuat banyak duit.
Ada masanya, tidak.
PRODUK YANG KITA SUKA ATAU PASARAN SUKA
Kesilapan banyak orang muda yang telah memilih membuat bisnes
berdasarkan aktiviti yang mereka gemar melakukannya adalah
disebabkan:
Mereka sangka cara bisnes yang betul adalah di mana mereka
sendiri yang kena buat kerja-kerja itu.
Mereka percaya kalau mereka sendiri yang membuat kerja-kerja
itu, tentu hasilnya lebih baik, tentu produknya lebih laku, tentu
jualannya lebih tinggi.
Jangan buka bisnes sebab kita menyukai bisnes itu.
Bukalah bisnes yang membolehkan kita mudah buat banyak-banyak
duit, meskipun kita tidak menyukai aktiviti bisnes itu.
Pilih produk yang pasaran perlukan.
TIP MEMBUKA BISNES PERTAMA
Apakah tuan baru hendak mula belajar berniaga?
Bisnes pertama kita adalah projek kita belajar berniaga dalam alam
realiti. Kita membuka perniagaan dalam keadaan kita masih bodoh
dalam hal-ehwal logik-bisnes.
Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang
mempunyai ciri-ciri di bawah ini:
+ Bisnes itu modalnya besar
Jika kita mempunyai wang simpanan, jangan sampai kita terpaksa
mengunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita
bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP bagi membuka bisnes.
+ Meminjam duit bank
Jangan sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank.
Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas
dibuka. Nanti bisnes kita gulung tikar, hutang bank tidak dapat
dibayar, hartanah yang dicagarkan itu dilelong oleh bank.
TIP MEMBUKA BISNES PERTAMA
+ Meminjam duit keluarga
Jangan memimjam duit modal dari adik-beradik, ipar-duai, sepupu-
sepapat, dan saudara-mara. Nanti sudahlah bisnes lingkup, bergaduh
pula dengan adik beradik dan ipar-duai.
+ Menyewa kedai
Jangan menyewa kedai sebagai bisnes pertama. Orang yang baru
pertama kali membuka bisnes belum pandai menjual banyak. Hasil
jualan tidak cukup bagi menanggung kos operasi bisnes. Gagal
membayar sewa kedai adalah salah satu punca utama bisnes kita
terpaksa ditutup.
+ Tidak memiliki skill utama
Jangan buat bisnes yang skill utamanya tidak ada pada kita. Sebagai
contoh, jangan membuka kedai makan kalau kita tidak pandai masak.
Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.
+ Membuka bisnes francais
Yuran francais sangat tinggi. Bisnes francais memaksa kita membuat
pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.
+ Bisnes pengeluaran
Jangan membuka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Kos sewa
kedai, renovasi, membeli mesin-mesin pengeluaran adalah tinggi.
Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.
BISNES YANG BAGUS SEBAGAI BISNES PERTAMA
Modal yang diperlukan bagi memulakan bisnes itu adalah kecil.
Maksimum RM2k. Jangan lebih. Kalau bisnes itu lingkup, tangan
kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.
Kita mempunyai skill yang diperlukan.
Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.
Bisnes itu dapat kita jalankan sendiri dahulu. Kemudian, apabila
bisnes sudah berkembang, baru kita mengambil pembantu.
Lebih banyak nota-nota bisnes?
Lawati FB kami:
www.facebook.com/sekolahbisnesdotcom
KLIK PREVIEW
SILIBUS

Anda mungkin juga menyukai