Anda di halaman 1dari 3

TIPS BINA PERNIAGAAN SENDIRI YANG BERJAYA :

1. MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK


Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama
dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di
asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank
berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan
dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan
untuk menjaga wang perniagaan.

2. MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO


KEROSAKKAN
Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah
dijual, permintaan yang tinggi, tidak mudah rosak, sudah dikenali dan tidak dimakan zaman. Salah satu
contoh produk untuk perniagaan yang terbaik adalah seperti barang keperluan harian dan emas.
Pengalaman saya mulakan perniagaan ikan bilis yang di beli dari Thailang kerugian kerana ikan bilis dan
ikan kering mudah rosak. Jadi jika hendak berniaga produk mudah rosak mestilah mencari pelanggan
terlebih dahulu dan mengambil barang dalam jumlah yang kecil.

3. DAPATKAN PENGALAMAN PERNIAGAAN DAHULU SEBELUM MULA BISNES


Pengalaman amat penting dalam sesuatu perniagaan kerana ianya adalah ilmu yang tidak di ajar di
sekolah. Pengalaman ini boleh diperolehi apabila menjadi pekerja atau kuli dalam sesuatu perniagaan.
Pengalaman bekerja ini adalah strategi keusahawanan secara praktikal untuk mendapatkan ilmu
perniagaan, kemahiran asas dalm perniagaan dan sebagainya. Contohnya, jika mahu berniaga
computer, bekerja dan cari pengalaman di kedai computer.

4. FOKUS PADA PERNIAGAAN


Sesuatu pekerjaan yang dilakukan atau sesuatu perniagaan mestilah fokus melakukannya dalam satu-
satu masa. Jangan melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa kerana akan menyebabkan hilang
fokus. Sebaiknya pilih satu perniagaan yang tetap untuk sepanjang hayat seperti perniagaan barangan
harian atau perniagaan emas dimana orang menggunakannya sepanjang masa tanpa dipengaruhi oleh
peredaran zaman.

Fokus dalam perniagaan penting agar kita hanya di kenali dengan satu jenama perniagaan dan memiliki
masa yang secukupnya. Perniagaan GU AWA 593 telah saya serahkan kepada rakan kongsi iaitu
sepupu saya kerana saya ingin HANYA FOKUS kepada PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK PUBLIC
GOLD.
pelaburan-emas-dan-perak-
fizikal
5. PUSINGAN MODAL PERNIAGAAN
Modal pusingan menjalankan perniagaan adalah aspek penting supaya operasi perniagaan berjalan
lancar. Ketidakupayaan pengurusan aspek kewangan ataupun kekukuhan modal pusingan boleh
menyebabkan kepincangan dalam sesuatu perniagaan, jadi sesuatu perniagaan mestilah selari dengan
modal pusingan ataupun keupayaan dari segi aspek kewangan. Keupayaan aspek kewangan hendaklah
di ketahui dengan menyenaraikan semua aspek perbelanjaan operasi, peralatan, bahan mentah dan
sebagainya supaya mempunyai modal pusingan yang cukup bagi menjalankan perniagaan.

6. TAPAK PERNIAGAAN BERSESUAIAN


Tapak perniagaan adalah penting untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi yang sesuai bergantung
kepada jenis perniagaan, namun mestilah dielak kos yang terlalu tinggi dan sebaiknya elak dari menyewa
kedai terutama bagi perniagaan yang baru dibina. Kini, zaman teknologi dan internet, tapak sesuatu
perniagaan boleh dibina secara dalam talian melalui fan page, website dan sebagainya untuk
mengembangkan perniagaan.

7. ELAKKAN MEMINJAM ATAU MEMBERI PINJAM


Petua berniaga supaya perniagaan berjalan lancer adalah dengan mengelak daripada meminjam wang
atau memberi pinjam. Pinjaman akan menyebabkab proses perniagaan tergugat dan mengalami
masalah. Perniagaan sebaiknya dimulakan tanpa pinjaman atau mengikut kemampuan modal, jika modal
kecil perlu berniaga kecilan dahulu dan sebaliknya. Begitu juga dalam perniagaan jangan memberi
pinjam supaya modal pusingan terus berjalan dan melicinkan perniagaan. Pengalaman saya berniaga
dengan membekal garam kepada mini market dengan memberi pinjam memberikan masalah perniagaan
terutama apabila kedai atau mini market menghadapi masalah hingga menjadi hutang hangus. Begitu
juga memberi pinjam kepada rakan perniagaan akan memberi masalah mendapatkan balik pinjaman
yang diberi kerana sememangnya sifat manusia manis apabila meminjam tapi pahit bayar balik pinjaman.

8. PEMASARAN PRODUK PERNIAGAAN


Teknik kembangkan perniagaan adalah dengan pemasaran produk perniagaan. Persiapan Ilmu tentang
produk, kegunaan dan keupayaan produk akan menjadikan perniagaan lebih mantap dan berkembang
dengan mengembangkan pemasaran perniagaan secara online dan sebagainya. Kebanyakkan sesuatu
perniagaan gagal di sebabkan ketidakupayaan memasarkan produk walaupun produk itu baik.
Pengalaman perniagaan saya dengan memasarkan produk secara offline dan online melalui
website www.guawa593.com telah menyebabkan perniagaan berkembang.
9. TANGGUHKAN KEPUASAN
Sikap usahawan atau mindset usahawan mestilah diterapkan dalam perniagaan dengan menangguhkan
kepuasan dalam perniagaan dengan berbelanja berlebihan dengan belian barangan susut nilai seperti
membeli kereta baru, isteri baru dan sebagainya. Namun pembelian barangan yang bertambah nilai
seperti tanah dan emas adalah baik sebagai sokongan modal perniagaan. Apabila perniagaan baru nak
stabil, usahawan baru biasanya akan mulai gelap mata atau berlagak berjaya dengan membeli kereta
mewah, perabut mewah dan sebagainya yang akan menambah kos dalam kehidupan dan memberi
kesan kepada perniagaan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup
menangguhkan kepuasan.

Saya mempunyai kawan lama berbangsa siam yang dikenali semasa ianya berumur belasan tahun dimana ianya
adalah kuli di bengkel membaiki lori. Selepas itu ia membuka perniagaan bengkel kereta bersama kawannya dan
kini telah membuka perniagaan bengkel kenderaan sendiri di Kota Bharu. Perniagaannya bermula dari 8 pagi
hingga 10 malam termasuk hari cuti dan ia hanya mempunyai kereta Toyota lama dan motosikal honda 70 buruk
yang digunakan untuk mengambil alat ganti kereta untuk bengkelnya. Satu masa, selepas ia kembali dari bank dan
saya hendak membayar bil baiki kereta, saya ternampak buku akaun banknya…baki dalam akaun banknya adalah
lebih kurang RM380K !!!. Inilah satu contoh sikap usahawan cina yang menangguhkan kepuasan
perniagaan.
10. MENJIWAI PERNIAGAAN
Memulakan dan menjayakan sesuatu bisnes atau perniagaan memerlukan ketahanan psikologi yang
tinggi untuk menanggung stress dan cabaran bisnes. Tiada benda yang mudah dan cepat di dalam dunia
ini, kecuali skim cepat kaya yang mudah dan cepat miskin. Usahawan yang berjaya adalah usahawan
yang menjiwai perniagaan sepenuh hati dan jiwa usahawan ini akan dapat memacu untuk memulakan
bisnes, mengatasi segala halangan dan berjaya dalam bisnes.

Anda mungkin juga menyukai