Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA BAGI

PROGRAM PEMBANGUNAN
USAHAWAN NAHDHOH
RESTORAN
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

RINGKASAN EKSEKUTIF i

1.0 PENGENALAN 4

2.0 TUJUAN 5

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 6

4.0 SKOP PERNIAGAAN 9

5.0 PEMASARAN 21

6.0 KEWANGAN 29

7.0 LAMPIRAN

1
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari
Koridor Utara Malaysia di bawah Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputra
(MCash) bagi perniagaan Café Santai saya iaitu TripleA @ Utopia yang terletak di
Batu Uban, Pulau Pinang.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman bekerja di restoran dan kantin, serta


minat berniaga sejak dari muda lagi telah memberikan saya semangat untuk
membuka sebuah café santai dengan menyewa kawasan luar sebuah premis yang
menjalankan pelbagai Perniagaan seperti Kedai Vape, Studio Fotografi, Butik
Pakaian dan Pejabat Urusan.

Setelah menjalankan perniagaan ini selama lebih 5 bulan, saya bercadang untuk
memperbesarkan café ini dengan menu yang lebih menarik, menaiktaraf peralatan
restoran serta menambah kapasiti tempat duduk memandangkan sambutan yang
menggalakkan dari pelanggan.

Cadangan kos pembiayaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 55,0000 bagi


tujuan pembelian stok, peralatan dan kelengkapan restoran, perbelanjaan pemasaran
dan juga modal pusingan.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan


restoran adalah cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua suasana ekonomi kerana
masyarakat tetap mempunyai peruntukan untuk makan dan minum. Oleh yang
demikian, Saya berharap dengan bantuan Program mCASH ini akan dapat
merealisasikan rancangan memperbesarkan perniagaan restoran saya ini.

2
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

GAMBAR-GAMBAR PERNIAGAAN YANG TELAH DIJALANKAN

3
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

4
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

1.0 PENGENALAN

TripleA Café @ Utopia ini merupakan sebuah perniagaan restoran yang


menyediakan makanan jenis “Western Food”. Kami hanya menyediakan menu
pelbagai jenis masakan ayam sejak dari hari pertama berniaga kerapa kami mahu
memastikan segala stok makanan akan sentiasa habis pada setiap hari perniagaan.
Ini adalah kerana kami ingin memastikan kos harian dapat dikawal memandangkan
ini adalah perniagaan di lokasi yang baru.

Kini, kami merupakan café western food yang termurah di Pulau Pinang dengan
harga jualan Rm6.90 untuk hidangan Chicken Chop. Pemasaran dijalankan melalui
Facebook untuk mengetengahkan ‘niche’ perniagaan iaitu Chicken Chop termurah
Pulau Pinang dan alhamdulillah ianya menjadi dan café TripleA mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan.

Oleh yang demikian, pihak kami bercadangan untuk memulakan fasa ke-2 iaitu
mempertingkatkan kapasiti tempat duduk, penambahbaikan peralatan dan
kelengkapan restoran dan meningkatkan aktiviti pemasaran sejajar dengan
peningkatan jualan dari menu baru.

Pihak kami memerlukan pembiayaan suntikan modal perniagaan


sebanyak RM55,000 untuk melaksanakan rancangan perniagaan ini dengan
anggaran potensi pendapatan bersih sebanyak RM15,000 sebulan. Perniagaan
c a f é ini mempunyai ciri- ciri berdaya maju kerana permintaannya adalah
konsisten. Selain itu perancangan yang teliti dan professional yang menjadi
kunci utama perniagaan ini menjamin pontensi perniagaan pada masa hadapan
dan malah dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi negara.

5
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

2.1 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala


perancangan perniagaan yang telah dirangka bagi memperbesarkan perniagaan
café “Western Food” sedia ada bagi memenuhi permintaan pelanggan yang terus
meningkat.

Kertas kerja ini juga turut membentangkan segala aspek


perkhidmatan, pengurusan, pemasaran, dan kewangan akan diterangkan
dengan jelas seterusnya memohon kemudahan pembiayaan daripada pihak
Koridor Utara Malaysia berjumlah RM55,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh
Lima Ribu Sahaja) untuk merealisasikan rancangan kertas kerja ini.

Disamping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat
wajib bagi permohonan Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputera
(mCASH)

6
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

3.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : TripleA Cafe

Alamat Berdaftar : 22 Lorong Pauh 9, Taman Pauh,

13500 Permatang Pauh,


Pulau Pinang.

Alamat Operasi / Kedai : 556-F Al-Fresco, Jalan Batu Uban,


Taman Century, 11700 Pulau Pinang

No. Daftar Perniagaan : PG0387282-M

Tarikh Pendaftaran : 2 Mac 2016

Aktiviti Perniagaan : Makanan Dan Minuman

Bentuk Perniagaan : Pemilikan Tunggal

Modal Berbayar : RM20,000

7
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

3.2 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama : Mohd Zahid Bin Johari

Jawatan : Pemilik dan Pengurus

No. K/ Pengenalan : 811018-08-6201

Tarikh Lahir : 18 Oktober 1981

Bangsa / Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pengalaman Kerja : Pos Malaysia Bhd


Financial Sales Officer
1999-2016

TripleA Café @ Utopia


Batu Uban
Mac2016-Ogos2016

Ryda’s Café
Pengkalan Udara Butterworth
2007-2010

Mutiara Café
Tapak PESTA PULAU PINANG
November2009-Disember2009

8
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

4.0 SKOP PERNIAGAAN

4.1 Aktiviti Perniagaan


Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh TripleA café @
Utopia ialah menyediakan hidangan “ wester n food” kepada pelanggan
ter us dan mempunyai rancangan untuk membekal kepada rakaniaga melalui
konsep pemasaran Business-to-Business (B2B) pada fasa ke-4 kelak.

Contoh makanan (Menu baru boleh dirujuk di Lampiran)

i. Chicken Chop + sos.

ii. Beef Steak + sos.

iii. Lamb Chop + sos.

iv. Fish n Chip + sos.

v. Lain-lain makanan tambahan.

4.2 Perkhidmatan Tambahan

Perkhidmatan tambahan pada fasa ke-4 kelak ialah memproses bahan –


bahan dan dibekukan Bahan-bahan ini akan dihantar ke rangkaian dalam
tempoh seminggu sekali. Ini dinamakan juga “Central Kitchen “ dan juga
perkhimdatan penghantaran rumah-ke-rumah.

9
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

5.0 RANCANGAN TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

Kemudahan Asas Premis

Premis perniagaan MDSA D”FOOD & CATERING SDN BHD memiliki segala
kemudahan asas yang sepatutnya , seperti bekalan Air, elektrik dan telefon.
Premis perniagaan terletak di kawasan komersial baru Bandar Kilang
Lama,Pusat Perniagaan Putra ,Kilang Lama, Kulim, ruang niaga yang luas dan
selesa bagi perniagaan ini.

Lokasi Premis

Pusat perniagaan ini terletak di Pekan Kilang ,Pusat Perniagaan Putra


berhampiran tapak pasar malam Kilang Lama.Jarak dari bandar Kulim 3
kilometer dan Hitech Park Kulim 5 km.Kedudukan kedai ini di belakang tidak
nampak dari jalan utama.Perniagaan ini sebenarnya tidak perlu terletak di
hadapan.

Maklumat Premis Perniagaan

Alamat : 556-F Al-Fresco, Jalan Batu Uban

Taman Century, 11700 Penang.

Bentuk Binaan : Keseluruhan Kawasan Luar Al-Fresco

Keluasan : 1200 kaki persegi

Pemilik Premis : Sewa

Tempoh Sewaan : 2 tahun

Nilai Sewaan Bulanan : RM1,000 sebulan.

Salinan Perjanjian Sewa : Seperti dalam Lampiran

10
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

Kemudahan Asas

Premis perniagaan ini mempunyai semua kemudahan asas yang diperlukan


saperti api ,air ,talian telefon dan fax dan jalan untuk kemudahan kenderaan
keluar masuk untuk mengangkut barang.

Harta Tetap yang dimiliki.

Pihak kami mempunyai stall minuman, microwave, deep fryer, freezer kecil, serta
peralatan dan kelengkapan minama sebuah gerai café.

Cadangan Pebiayaan

Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, kami bercadang untuk


pembiayaan peralatan dan kelngkapan restoran, perbelanjaan pemasaran,
perbelanjaan modal pusingan dll seperti berikut:

Bil Perkara Harga/Unit (RM)

Peralatan dan Kelengkapan


1 30,912.00
Restoran

2 Perbelanjaan Pemasaran 6,000.00

3 Modal Pusingan 10,000.00

4 Ubahsuai Kecil 7,500.00

Jumlah Cadangan Perniagaan 54,412.00

11
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

Pembelian Stok

Perniagaan ini memerlukan aggaran pembelian stok sebanyak RM7,000 sebulan


seperti yang dinyatakan di bawah.

Jadual Anggaran Pembelian Stok untuk Sebulan

Harga Kuantiti Nilai RM


Bil Jenis
@kg/ unit RM Sebulan (kg) sebulan
1. Ayam (siap dipotong) 7.00 360 2,520.00
2. Daging (siap dipotong) 9.00 120 1,080.00
3 Kambing (siap dipotong) 14.00 60 840.00
4. Isi Ikan(siap dipotong) 10.00 80 800.00
5. Sos cili 2.00 40 80.00
6. Sos Tomato 2.00 40 80.00
7. Sos Tiram 3.00 16 48.00
8. Bawang Besar 2.00 40 80.00
9. Bawang Putih 5.00 16 80.00
10 Serbuk Lada 12.00 1.6 19.20
11 Garam 1.00 2 2.00
12 Lada Hitam 10.00 2 20.00
12 Stok Ayam 12.00 2.8 33.60
13 Mayonis 6.00 280 168.00
14 Sayuran 20 @hari 400 400.00
15 Wedges 6.50 60 390.00
16 Fun Fries 3.50 4 14.00
Jumlah Perbelanjaan 6,654.8

12
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

Senarai Pembekal Barang Mentah.

Cara
Bil Nama Pembekal Alamat Jenis Bekalan
Bayaran

Ayam,Daging,
Tunai dan
1. Shailo Cold Storage Bayan Baru Kambing,Ikan
Kredit
,Sos

Ayam
,Daging, Tunai dan
2. Tong You Georgetown
Kambing,Ikan Kredit
Sos,Sayur

Sayur,Sos,
3. En.Fadil Sungai Dua Tunai
Bawang,Kicap

Pasar Pagi Taman


4 Bandar Gelugor Sayur-sayuran Tunai
Saadon

20
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

6.0 PEMASARAN.

Perkhidmatan dan Harga yang Ditawarkan.

Syarikat ini akan menawarkan harga kepada rakan rangkainiaga mengikut


harga kos bahan mentah yang diproses dan margin keuntungan pada kadar
10% hingga 20% harga makanan dijual dipremis.

Kos B2B B2C Keuntungan


Keuntungan
Belian Kos untuk Harga dipeolehi
Bil Bahan pengedar
Bahan outlet Jualan pengusaha
(RM)
mentah RM (RM) (RM) (RM)
Chicken Chop , sos
1. 3.50 4.70 2.20 6.90 2.20
Kentang,mayonis

Beef Steak,sos,
2. 4.50 6.50 4.60 12.90 6.40
Kentang,mayonis

Lamb Chop,sos,
3 4.50 10.50 7.40 17.90 7.40
kentang,mayonis

Fish & Chip,sos,


4 4.50 6.50 3.00 11.90 5.40
kentang, mayonis

Sphagetti, Butter,
5. 4.00 5.50 4.00 9.50 4.00
sos,

1.50 2.50
6. Kentang/Wedges @kg 2.50 3.50 1.00
Satu Satu

7.

8.

Menu lengkap adalah seperti di lampiran

21
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

7.0 STRATEGI PEMASARAN

Promosi

Antara strategi promosi yang akan dilaksanakan oleh TripleA bagi menawarkan
dan memperkenalkan khidmatnya ialah:
 Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.

 Mengedarkan pemplet dan brosur promosi secara berkala

 Memberi perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang
telah ditetapkan.
 Pengiklanan melalui Local Magazines yang merangkumi seluruh Pulau Pinang

Lokasi

 Menjalankan opersi di tempat yang mudah untuk di kunjungi oleh pelanggan

 Mudah untuk mengeluarkan barang produk untuk dihantar keluar.

Harga
Harga berpatutan mengikut pasaran dimana pihak rakaniaga akan memperolehi
untung yang banyak daripada pihak pengusaha, setelah dihantar produk mentah
pengusaha akan memperolehi sekitar 15 hingga 20% .Setelah produk ini dimasak
dijual pihak rakan rakaniaga B2B akan memperolehi sehinga 80% dan lebih
keuntungan.

Produk

Pihak kami yakin dengan produk yang akan dapat menandingi mana-mana
perniagaan yang ada sekarang ini. Ramai pelanggan yang pernah berkunjung
menyatakan sangat berpuas hati. Mereka juga membuat testimoni bahawa
masakan yang disediakan oleh kami memang sedap dan dapat menandingi
mana-mana syarikat perniagaan western food sedia ada.
22
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

8.0 ASPEK KEWANGAN

Anggaran Jualan

Berdasarkan kepada jumlah purata jualan sepanjang 5 bulan operasi yang


sekata, dengan kadar peningkatan jualan 30% pada bulan lepas.

i. Anggaran kuantiti jualan ayam adalah 12kg sehari @ 48 hidangan dapat


dijual pada harga RM6.90 = RM331.20 sehari

ii. Anggaran kuantiti jualan daging adalah 4kg sehari @ 13 hidangan dapat
dijual pada harga RM12.90 = RM167.70 sehari

iii. Anggaran kuantiti jualan kambing adalah 2kg sehari @ 12 hidangan dapat
dijual pada harga RM17.90 = RM214.80 sehari

iv. Anggaran kuantiti jualan isi ikan adalah 2kg sehari @ 7 hidangan dapat
dijual pada harga RM11.90 = RM83.30 sehari

v. Anggaran jualan minuman adalah pada harga purata RM2.00 segelas @


100 pelanggan sehari = RM200 sehari

Anggaran jumlah keseluruhan jualan kasar adalah sebanyak RM997.00 sehari @


RM25,922 sebulan bagi 4 jenis menu yang popular di TripleA Café.

Anggaran Perbelanjaan

i. Kos belian bahan mentah yang dianggarkan adalah sebanyak RM6,654.80


sebulan iaitu lebih kurang 30% dari jumlah jualan bulan.
ii. Kos operasi adalah lebih kurang RM4,000 yang merangkumi gaji pekerja, sewa
premis, kos utiliti, pengangkutan dan sebagainya.

30
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

Anggaran Keuntungan

Jumlah Jualan RM25,922.00


(-) Kos Barang Dijual RM 6,654.80
Untung Kasar RM19,267.20
(-) Kos Operasi RM 4,000.00
Untung Bersih Sebelum Cukai RM15,267.20

Anggaran keuntungan tahunan adalah sebanyak RM131,908.61 selepas cukai 28%


dari pendapatan syarikat . Kadar peratus peningkatan jualan adalah 20% setahun dan
jualan pada tahun ke-2 akan meningkat kepada RM158,290.33 dan seterusnya.

31
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

9.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah


dibentangkan, perniaga amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini
akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk
tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif
kerana mengambilkira faktor perniagaan masih di peringkat awal membuat
pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi.

Perniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian syarikat Kemuncak Kristal
Enterprise amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya maju dan mampu
berkembang pada masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak Koridor


Utara Malaysia untuk kelulusan pembiayaan Program mCASH dan sekaligus turut
sama-sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya di negara.

32
KEMUNCAK KRISTAL ENTERPRISE

SENARAI LAMPIRAN

 Salinan Kad Pengenalan

 Salinan Daftar Perniagaan SSM

 Salinan Penyata Akaun Bank

 Salinan Sebutharga

 Salinan Perjanjian Sewa Premis

 Senarai Menu Baru

33

Anda mungkin juga menyukai