Anda di halaman 1dari 18

RANCANGAN PERNIAGAAN

KAFE AL-FALAH
DI MARANG TERENGGANU

1
1.0 R I N G K A S A N E K S K L U S I F

Kertas ini adalah bertujuan menunjukan perincian cadangan pembukaan sebuah Kafe AKT
yang dinamakan Kafe Al Falah di Marang Terengganu.
Di dalam rancangan perniagaan ini juga terdapat jumlah pembiayaan yang akan digunakan
bagi mengoperasikan Kafe Al-Falah di mana ianya bagi tujuan pembelian stok permulaan,
peralatan dan kelengkapan kafe.
Bazar Wakaf Rakyat yang di bina bersebelahan Akademi Kulinari Terengganu adalah satu
lokasi yang strategik untuk membuka Kafe AKT di mana lepasan pelatih AKT akan
mengopearasikan kafe tersebut. Lokasinya mudah diakses di mana persekitanya amat
sesuai dan terletak bersebelahan jalan raya dan berhampiran dengan pejabat-pejabat
kerajaan.
Dengan tahap persaingan yang sederhana di sekitar tempat perniagaan ini, Kafe Al-Falah di
Marang akan berpotensi untuk bergerak dengan lebih maju.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian kami mendapati bahawa permintaan
Kafe Al-Falah di kawasan ini amatlah cerah dan keuntungan yang akan diperolehi akan
meningkat kerana terdapat permintaan terhadap masakan yang menjadi pilihan masyarakat
di kawasan ini.

2.0 PERMOHONAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN


2.1 Permohonan Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi membiayai keperluan pembelian stok
permulaan, peralatan dan kelengkapan Kafe AL-Falah dan juga modal pusingan seperti
berikut:-

Bil Jenis/Model Jumlah


(RM)
1 Ubahsuai
2 Perabut 84,000.00
3 Peralatan Elektronik/ Elektrik
4 Peralatan Besar & Kecil 15,000.00
5 Kos Operasi 10,000.00
6 POS System 3,000.00
112,000.00
JUMLAH BESAR

2
3.0 PROFIL PROJEK
3.1 Pernigaan Dicadangkan

Nama Didaftarkan : Kafe Al-Falah

No. Pendaftaran :

Alamat Perniagaan : Marang Terengganu

Tarikh Didaftarkan :

Tarikh Mula Berniaga :

Bentuk Pernigaan : Sdn Berhad

Pemilik : Akademi Kulinari Terengganu

Jenis Perniagaan : Kafe Makanan

4. ASPEK PENGURUSAN

4.1 Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh Kafe Al-Falah adalah merangkumi keseluruhan
aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur
organisasi adalah seperti berikut:-

Carta Organisasi

PENGURUS/ PENYELIA

OPERASI & PENTADBIRAN &


PERKHIDMATAN KEWANGAN

Kakitangan Biasa: Kakitangan Pelatih:


- 2 orang Pekerja Am - 2 orang pelatih AKT
-2 orang Penyedia Makanan

3
4.2 Fungsi dan Tanggungjawab

i. Pengurus
a. Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi kafe
b. Mencari pesanan dan promosi kafe
c. Memastikan pengaliran wang di kafe terkawal dan berjalan lancar
d. Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan
e. Membayar gaji pekerja
f. Merancang dan melaksanakan aktiviti operasi daripada perancangan
belian bahan mentah sehingga hidangan siap dimasak\menentukan
keperluan sumber manusia mencukupi
g. Memastikan pelanggan dilayan dengan baik\merancang kemajuan
perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambabaikan.
h. Memastikan tarikh tamat tempoh lesen perniagaan

ii. Kakitangan Biasa (Penyedia Makanan)

a. Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak


disajikan kepada pelanggan samada masakan panas atau masakan
segera.
b. Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
c. Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan
oleh pembantu tukang masak.
d. Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan
kebersihan setaraf citarasa pelanggan.
e. Membersihkan peralatan memasak
-

iii. Pembantu Am (Pembuat Air dan Pelayan)


a. Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu
tukang masak dan mengambil pesanan makanan.
b. Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja
memasak dan tugas-tugas lain yang bersesuian.
c. Memastikan kekemasan meja di dalam kafe sentiasa bersih sebelum
hidangan disajikan.
d. Menyediakan minuman yang di tempah oleh pelanggan.
e. Memastikan bahan-bahan untuk menyediakan air mencukupi dan
menjaga kebersihan ketika membuat tempahan air dari pelanggan.

5. ASPEK OPERASI

5.1 Lokasi Premis

a. Kafe Al-Falah akan beroperasi di Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat
(2 Unit) Di Lot 2466, 2467, & 2468, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang,
Terengganu bersebelahan dengan Akademi Kulinari Terengganu (AKT).

b. Lokasi ini adalah laluan utama ke Kuala Terengganu dari Kuantan dan jaraknya
dari Kuala Terengganu adalah sejauh 18km.
4
Gambar 1: Premis yang akan di jadikan Kafe Al-Falah

5.2 Susun Atur Kafe

TEMPAT HIDANGAN MAKANAN

DAPUR

TANDAS

WALL PAPER AKT

5
5.3 WAKTU PERNIAGAAN

Waktu perniagaan : 9.30 pagi hingga 7.00 malam


Hari Dibuka : Sabtu hingga Khamis
Hari Cuti : Hari Raya Aidilfiri & Hari Raya Haji

6
5.4 AKTIVITI OPERASI

5.4.1 Tempahan Pelanggan ‘Walk In’’

Pelanggan Makanan Makanan Pelanggan


Pelanggan
memilih di di menikmati
membayar
set menu panaskan hidangkan hidangan

6. CADANGAN MENU

Kafe Al-Falah menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan


konfeksioneri. Antara menu-menu yang dijual adalah seperti berikut:-

No. Cadangan Menu Cadangan Harga

1 Menu 1:
a) Nasi Briyani Kambing RM 15.00
b) Minuman Panas/ Sejuk tidak termasuk gst
c) Pencuci Mulut : Pulut Panggang tertakluk kepada
perubahan harga semasa

2 Menu 2:
a) Nasi Briyani Ayam RM 15.00
b) Minuman Panas / Sejuk tidak termasuk gst
c) Pencuci Mulut : Kek Marble tertakluk kepada
perubahan harga semasa

3 Menu 3:
a) Nasi Putih Lauk Kurma Ayam /Daging RM 13.00
b) Minuman Panas / Sejuk tidak termasuk gst
c) Pencuci Mulut: Karamel tertakluk kepada
perubahan harga semasa

7
4 Menu 4:
a) Nasi Putih Lauk Kari Ayam/ Daging RM 13.50
b) Minuman Panas / Sejuk tidak termasuk gst
c) Pencuci Mulut : Puding Koktek tertakluk kepada
perubahan harga semasa

5 Menu 5:
a) Nasi Himpit Kuah Rendang RM 10.00
b) Minuman Panas/ sejuk tidak termasuk gst
c) Pencuci Mulut: Kek/ Onde-onde/ Kuih tertakluk kepada
Keria
perubahan harga semasa

6 Minuman:
a) Jus Buah-buahan RM 3.00
b) Minuman berasaskan kopi tidak termasuk gst
-Kopi Latte Panas tertakluk kepada
-Kopi Latte Dingin perubahan harga semasa
-Kopi Hot Cappucino
-Kopi Cappucino Ice
-Kopi Espresso Chill Coffee
- Kopi Vannila Choco Hot

8
7. SASARAN PELANGGAN

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

 Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan Marang


 Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
 Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
 Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di
sekitarnya.
 Pengguna laluan jalanraya utama Dungun ke Kuala Terengganu
 Internet (Laman Web).

8. STRATEGI PENGURUSAN

8.1 Kaedah pengurusan perniagaan yang sistematik , kakitangan yang baik dan
bertanggungjawab amat mustahak di dalam usaha memajukan Kafe Al- Falah.
Untuk meningkatkan produktiviti , beberapa strategi telah disusun bagi
memantapkan lagi operasi pengurusan . Oleh itu, pihak pengurusan Kafe Al-Falah
telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut :

a) Menerapkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan untuk faedah


bersama.
b) Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi
kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
c) Setiap pihak samada para pekerja atau pihak pengurusan sentiasa berbincang
dan memberi pendapat serta cadangan yang terbaik untuk menghasilkan kerja
yang lebih cekap dan sistematik.
d) Menyediakan satu jadual tugasan yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja.
e) Memastikan setiap kakitangan mengetahui matlamat dan hala tuju yang ingin
dicapai oleh syarikat.
f) Memastikan kakitangan sentiasa berdisiplin untuk menghasilkan kerja yang
lebih efektif.
g) Menjalinkan hubungan baik antara majikan dan pekerja serta hubungan majikan
dengan pelanggan.
h) Mencari jalan meningkatkan keuntungan dengan meminimakan kos operasi.
i) Menunjukkan sikap mesra terhadap pelanggan agar pelanggan rasa dihormati
dan dihargai.

9. STRATEGI PEMASARAN

9.1 Pengiklanan dan promosi

Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:
a. Banner di persimpangan lampu isyarat
b. Signboard kecil di depan persimpangan masuk ke lot kedai
c. Iklan di masjid, surau dan pejabat kerajaan yang berdekatan.
d. Iklan di media sosial.
e. Brosur diedarkan di kawasan-kawasan berhampiran

9
f. Menyewa papan iklan di tempat yang strategik
g. Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat
penghantaran terus kepada pelanggan.
h. Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang
i. Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.
j. Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk
minum petang, forum dan sebagainya.
k. Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
l. Menyediakan hidangan pakej percuma pada hari pembukaan kafe.
m. Kopi percuma bersama sebiji kuih muih yang terpilih.
n. Harga istimewa untuk yang menjadi ahli kelab kafe.
o. Penajaan makanan percuma mengikut pilihan yang diluluskan di masjid
atau surau yang berdekatan.
p. Menyertai expo-expo atau carnival-karnival yang diadakan di negeri
Terengganu

10. ASPEK KEWANGAN

10.1 KEPERLUAN KEWANGAN

No. Keperluan RM Nota


1. Ubahsuai Bergantung
2. Peralatan dan kelengkapan Kafe 84,000.00 kepada harga
semasa oleh
kontraktor
3. Stok Permulaan bahan-bahan 10,000.00 Untuk kegunaan
jualan sebulan tertakluk
kepada
perubahan harga
barangan
4. Modal Pusingan 35,000.00 Modal pusingan
untuk keperluan
perniagaan
selama 3 bulan
Jumlah 129,000.00

10.2 GAJI/KWSP/PERKESO

Bil. GAJI PERKESO KWSP JUMLAH


Bil Jawatan
Pekerja (RM) (RM)
Majikan Pekerja Majikan Pekerja
1. Pengurus/ 1 1,800 32.35 9.25 234.00 198.00 2,273.60
Penyelia
2. Penyedia 2 600 11.35 7.75 41.00 35.00 1,390.00
Makanan
3. Pembantu Am 2 600 11.35 7.75 41.00 35.00 1,390.00
(Pelayan /
pembuat air)
4 Pelatih AKT 2 RM2/jam 0.00 0.00 0.00 0.00 768.00
*Bayaran jam untuk pelatih AKT sekurang-kurangnya 8 jam sehari
10
10.3 HARTA TETAP YANG AKAN DIBELI
HARTA TETAP YANG DIMILIKI

Bil. Jenis Harga Seunit Kuantiti Amaun (RM)


(RM)
1 Peti Sejuk 2,800.00 1 2,800.00
2 Peti Sejuk- Beku / Chest 1,100.00 1 1,100.00
Freezer
3 Pinggan Mangkuk 3.00 100 300.00
4 Kuali 75.00 2 150.00
5 Tong Gas 70.00 2 140.00
6 Dapur Gas Dua Tunku 80.00 1 80.00
7 Sudu & Garpu 1.50 100 150.00
8 Mesin Pengisar 80.00 1 80.00
9 Mesin Jus Buah-Buhan 100.00 1 100.00
10 Gelas 100.00 2.5 250.00
11 Cawan & Piring 100.00 2 200.00
12 Senduk & Sudip 10.00 5 50.00
13 Pisau 20.00 4 80.00
14 Microwave 300.00 1 300.00
15 Oven 350.00 1 350.00
16 Coffee Grinder 300.00 1 300.00
17 Pemanas Air 250.00 1 250.00
18 Display Warmer 500.00 1 500.00
19 Deep Fryer 170.00 1 170.00
20 Jag 10.00 8 80.00
21 Periuk Besar 2.00 90 180.00
22 Periuk Kukus 80.00 1 80.00
23 Pembakar Roti 30.00 2 60.00
24 Tray 28.00 15 420.00
25 Lesung Batu 30.00 1 30.00
26 Chiller 1,800.00 1 1,800.00
JUMLAH 10,000.00

11
10.4 SENARAI PERALATAN KECIL

BIL JENIS KUANTITI HARGA JUMLAH


PERUNIT (RM) (RM)
1 BAKING TRAY 5 8.90 44.50

2 SERATED KNIFE 3 6.90 20.70

3 RUBBER SPATULA 4 28.00 112.00

4 DOUGH CUTTER 3 4.00 12.00

5 PASTRY BRUSH 5 4.50 22.50

6 CAKE MOULD 5 30.90 154.50

7 MEASURING JUG 4 4.50 18.00

8 MEASURING SPOON 3 3.80 11.40

9 MEASURING CUP 2 4.00 8.00

10 SIEVE 3 5.00 15.00

11 PENYEPIT MAKANAN 5 4.50 22.50

12 SCORP AISKRIM 2 12.00 24.00

13 ACUAN BISKUT LIDAH 4 34.00 136.00


KUCING
14 TART MOULD 50 0.50 25.00

15 KARIPAP MOULD 2 2.00 4.00

16 PEMANGGANG 1 80.00 80.00

17 SAUCE POT 4 6.00 24.00

18 SAUCE PAN 2 8.00 16.00

19 WOODEN SPOON 4 10.00 40.00

20 BOWL BESAR 2 35.00 70.00

21 BOWL KECIL 15 25.00 375.00

22 BOWL SEDERHANA 3 30.00 90.00

23 MIXER 3 70.00 210.00

24 STAND MIXER 1 1,600.00 1,600.00

12
25 WIRE WHISK 2 6.90 13.80

26 GREETER BOX 2 20.00 40.00

27 TURNTABLE CAKE 2 38.00 76.00

28 STRAIGHT SPATULA 2 12.90 25.80

29 TIN OPENER 2 3.50 7.00

30 CAKE BOARD 20 2.00 40.00

31 KOTAK KEK 20 3.50 70.00

32 NOZZLE 1 28.90 28.90

33 PIPING BAG 3 25.00 75.00

34 PLASTIK WRAP 2 6.90 13.80

35 PLASTIK BAG 5 2.50 12.50

36 GELAS JUS 15 7.50 112.50

37 ALUMINIUM FOIL 2 7.90 15.80

38 PENYAPU 2 7.00 14.00

39 MOP 2 12.00 24.00

40 TONG SAMPAH 2 13.00 26.00

41 PLASTIK SAMPAH 2 4.50 9.00

42 BALDI MOP 2 20.00 40.00

43 PENYODOK 2 4.00 8.00

44 TISU 3 3.00 9.00

45 RAK BAHAN 3 60.00 180.00

46 RAK PERALATAN 3 200.00 600.00

47 ALMARI PINGGAN & 1 300.00 300.00


MANGKUK
48 ALAT PENCUCI PINGGANG 10 8.00 80.00
MANGKUK
49 PENCUCI LANTAI 5 7.00 35.00

JUMLAH 5,000.00

13
10.5 Belanja Pengurusan

Bagi tujuan pengurusan perniagaan mengganggarkan perbelanjaan dalam sebulan


mengikut perancangan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Perbelanjaan Sebulan Jumlah (RM)

1. Gaji pengurus / penyelia 1,800.00


2. Gaji Penyedia Makanan & Pekerja AM 2,400.00
3. KWSP & PERKESO 476.00
4. Gaji Pelatih AKT (sekurang-kurangnya 8 jam) 768.00
5. Telefon/Internet 100.00
6. Utiliti 300.00
7. Alat Tulis dan Urusan Pejabat 200.00
8. Perjalanan & Pengangkutan 500.00
9. Keraian & Promosi 1,000.00
10. Percetakan dokumen kewangan 400.00
11. Penyelenggaraan Peralatan Kafe 500.00
12. Sewa Beli Van 800.00
13. Lesen & Insurans 300.00
14. Sewaan premis 250.00
13. Pelbagai Perbelanjaan 306.00

JUMLAH 10,000.00

10.6 STOK BAHAN MENTAH

a. Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut
sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan
produk yang baik.
b. Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-
bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan.

10.7 SENARAI PEMBEKAL BARANG NIAGA

Kafe Al-Falah telah mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai


kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal
tersebut ialah:

Bil. Nama Syarikat Pembekal Produk dibekalkan

1. Bagus Baking Solutions Center - Bahan mentah


214 Jalan Negara - Peralatan mesin &
oven
Taman Melawati
- Peralatan

14
53300 Kuala Lumpur membuat kek, roti,
pastry dll.
Tel: 03-41060688
Fax: 03-41060485
- Pes makanan
2. Dewina Food Industries Sdn Bhd segera Brahim
Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan
Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor,
Jalan P/9b, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8925 6351/2/3

Fax : 03-8925 2953

Email Address: info @ brahimsfood.com

10.8 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun

Bahan Anggaran Tahun I Tahun II Tahun III (+10%)


sebulan (RM) (RM) (+5%)(RM) (RM)

Tepung gandum 900.00 10,800.00 11,340.00 11,880.00


Tepung high protein 1,350.00 16,200.00 17,010.00 17,820.00
Gula 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00
Mentega / majerin 1,500.00 18,000.00 18,900.00 19,800.00
Shortening 450.00 5,400.00 11,340.00 5,940.00
Bread softener 300.00 3,600.00 5,670.00 3,960.00
Yis 300.00 3,600.00 5,670.00 3,960.00
Telur 270.00 3,240.00 3,402.00 3,564.00
Bread improver 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20
Ovelate 50.00 600.00 630.00 660.00
Baking Powder 50.00 600.00 630.00 660.00
Buah-buahan 50.00 600.00 630.00 660.00
Kopi 50.00 600.00 630.00 660.00
Susu 210.00 2,520.00 2,646.00 2,772.00
Krimer 150.00 1,800.00 1,890.00 1,980.00
Ais 130.00 1,560.00 2,091.60 1,716.00
Produk Brahim 600.00 7,200.00 1,260.00 7,920.00
(168 kotak x RM8.00) 3,024.00 36,288.00 38,102.40 39,916.80
(336 kotak x RM5.00)

JUMLAH 10,000.00 120,000.00 126,000.00 132,000.00


15
11. URUSAN KEWANGAN

a. SUMBANGAN PERNIAGAAN

 YWM melalui Dana Wakaf Korporat di mana akan disalurkan ke


akaun anak syarikat YWM iaitu PWNB
 MAIDAM melalui satu peruntukan khas dalam membiayai
pengoperasian Kafe AKT.
 YPU memberi kursus – kursus kemahiran kepada pelatih

a. PENGOPERASIAN / PENGGUNAAN MODAL


 Permohonan Lesen Premis Perniagaan
 Pembelian Aset Tetap
 Perbelanjaan Pentadbiran
 Perbelanjaan Promosi dan Pemasaran
 Perbelanjaan Kos Operasi

12. PENTADBIRAN DAN OPERASI

12.1 Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengawal selia operasi Kafe YWM
di mana keahliannya terdiri daripada:-

a. Wakil YWM MAIN Holding Sdn Bhd


b. Wakil MAIDAM
c. Wakil YWM
d. Wakil AKT
e. Wakil Alumni AKT
f. Wakil luar lantikan daripada pengerusi YWM MAIN Holding Sdn Bhd

12.2 Kafe YWM akan dikendalikan oleh:


 Bekas Pelatih AKT dan
 Pengurus yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan kafe

13. PERKONGSIAN HASIL

MAIDAM dan YWM di mana akan dimuktamadkan mengikut persetujuan kedua belah
pihak sebelum perjanjian ditandatangani.

14. KESIMPULAN

a. YWM dan MAIDAM akan mengadakan satu siri perbincangan dalam


memuktamadkan kos operasi dan bersedia bekerjasama dalam membuka Kafe Al-
Falah bagi memberi peluang kepada bekas pelatih AKT untuk menimba
pengalaman di bidang yang mereka ceburi sebelum melangkah ke arah membuka
perniagaan di masa hadapan.

Yayasan Waqaf Malaysia


16 Januari 2017

16
17
18

Anda mungkin juga menyukai