Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PERNIAGAAN

Kimys Caf

Disediakan Oleh : Mohd Faiz Hakimi 890214-11-2256 Lot 120, Jalan Ladang,2300 Kuala Terengganu, Terengganu. 25 April 2013

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari SME bagi projek Cafe saya iaitu Kimys Cafe di Kuala Terengganu. Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan restoran & katering anjuran PNS, saya bercadang membuka restoran saya sendiri di Kuala Terengganu dengan anggaran kos projek sebanyak RM 100,000. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan SME sebanyak RM80,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM20,000. Pembiayaan RM80,000 tersebut akan digunakan bagi tujuan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan. Manakala sumbangan saya sebanyak RM 20,000 akan digunakan untuk Deposit Sewa & Utiliti dan Stok Permulaan. Kuala Terengganu saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Cafe kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di tengah-tengah bandar dengan dikelilingi oleh pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Dengan tahap persaingan yang sederhana dari 5 buah cafe sedia ada di sekitar pusat perniagaan tersebut, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 5% hingga 10% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada keenakan masakan berkonsepkan moden, kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan. Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan Cefe tetap meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap masakan moden dan cepat yang tetap menjadi pilihan masyarakat Bandar yang kebanyakannya mengejar masa. Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan caf adalah cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua suasana ekonomi kerana masyarakat tetap mempunyai peruntukan untuk makan dan minum. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, caf yang menawarkan harga yang berpatutan dan masakan yang enak dan menu yang lain dari yang lain akan menjadi pilihan ramai selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Saya berharap dengan bantuan SME ini akan dapat merealisasikan rancangan cafe saya ini.

2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi membiayai keperluan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan seperti berikut:-

No. 1. 2. 3. 4. 5.

Keperluan Ubahsuaian Peralatan dan Kelengkapan Restoran Stok Permulaan Deposit Sewa & Utiliti Modal Pusingan Jumlah 10,000.00 20,000.00 10,000.00 10,000.00 50,000.00 100,000.00

RM

Cadangan Struktur Pembiayaan Sumbangan/Pembiayaan Usahawan Deposit Sewa & Utiliti + Stok Permulaan SME JUMLAH

RM 20,000.00 80,000.00 100,000.00

3.0 PROFIL PROJEK Perniagaan Dicadangkan Nama Perniagaan Nama Didaftarkan No. Pendaftaran Alamat Perniagaan : Kimys Cafe : Mohd Faiz Hakimi : 001234567-V : Lot 120, Jalan Ladang 2300 Kuala Terengganu, Terengganu. Tarikh Didaftarkan Tarikh Mula Niaga Bentuk Perniagaan Pemilik Jenis Perniagaan : 9hb April 2013 : Dianggarkan dalam bulan Oktober 2013 : Pemilikan Tunggal : Mohd Faiz Hakimi : Restoran dan catering

4.0 ASPEK PENGURUSAN

Carta Organisasi Kimy Caf.

PEMILIK/PENGURUS Mohd Faiz Hakimi

PEN. PENGURUS Isteri

Tukang Masak I Akan Dilantik

Tukang Masak II Akan Dilantik

TukangMasak III Akan Dilantik

TukangMasak IV Akan Dilantik

PEMBANTU CAF I Akan Dilantik

PEMBANTU CAF II Akan Dilantik

PEMBANTU CAF III Akan Dilantik

PEMBANTU CAF IV Akan Dilantik

KESIMPULAN

Saya berharap dengan bantuan kewangan dari SME ini akan dapat merealisasikan projek cafe cadangan saya dan memberikan peluang kepada kami untuk memulakan perniagaan saya sendiri. Saya yakin dengan bantuan kewangan ini akan membantu saya memajukan potensi yang ada pada diri saya dan isteri untuk melaksanakan projek Kimys Cafe di Kuala Terengganu yang mempunyai pasaran yang besar dan menggalakkan. Semoga pihak SME dapat mempertimbangkan permohonan kami ini demi pembangunan perniagaan Bumiputera dalam bidang peruncitan amnya dan restoran khususnya.

Anda mungkin juga menyukai