Anda di halaman 1dari 2

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan BesarNegeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. [sunting]Riwayat

Hidup

Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914. Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan. Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawatUnited Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undangundang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahmanpada ketika itu. Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah. Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satusatunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara. Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga. Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak. ping pong, pentaque, bowling dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera dan rakyat jelata.

Anda mungkin juga menyukai