Anda di halaman 1dari 16

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF2023 - PENTADBIRAN KEWANGAN

SEMESTER
JANUARI Sesi 2019/2020

PUSAT
KAMPUS UUM

TAJUK
Hasil dan Perbelanjaan Fereena Marketing Sdn Bhd

TENAGA PENGAJAR
Pm. Dr. Ahmad Azubir

DISEDIAKAN OLEH:
Bil Nama No. Matrik
.
1. Nur Azwa Binti Daud 254241
2. Aishah Binti Mohamad Azmi 260562
3. Nur Asyikin Binti Abdullah 260788
1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Fereena Marketing Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh bumiputera yang telah beroperasi
hampir empat tahun. Syarikat ini dimiliki oleh Datin Sabrina Ahmad bersama suaminya
Dato’ Zulkifli Mohammad. Syarikat ini telah mengeluarkan serta memasarkan produk
kosmetik dan kesihatan dan juga bernaung di bawah Syarikat DZ Trade Malaysia Sdn Bhd.

Jika dapat dilihat produk yang dikeluarkan oleh Fereena Marketing Sdn Bhd lebih
memfokuskan kepada masalah kulit berjerawat, pigmentasi dan berminyak dan juga produk
kesihatan seperti pelangsingan. Pengusaha Datin Sabrina memastikan setiap produk keluaran
oleh syarikat beliau berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai
status halal. Semua jenis produk yang dikeluarkan adalah mengikut kesesuaian dengan
kehendak permintaan pelanggan.

Pengusaha Fereena Marketing Sdn Bhd berpengalaman lebih 14 tahun di dalam industri
pengilangan kontrak. Oleh sebab itu, beliau memasuki ke dalam bidang pengilangan bagi
kosmetik dan kesihatan sehingga berjaya mengeluarkan produk-produk yang dilabelkan atas
nama sendiri. Pemprosesan yang dilakukan oleh syarikat milik Datin Sabrina adalah
mengikut amalan pengilangan terbaik (Good Manufacturing Practice).

Pejabat utama Fereena Marketing Sdn Bhd bertempat di Sungai Lalang, Sungai Petani Kedah
dan mempunyai satu cawangan di Napoh. Selain itu, Fereena Marketing Sdn Bhd memiliki
seramai 200 orang pekerja dengan sembilan unit dalam menjayakan perniagaan. Antara unit-
unit tersebut adalah unit sumber manusia, unit akaun, unit pentadbiran, unit pengurus, unit
multimedia, unit jualan, unit excutive sales hybrid, unit marketer dan juga unit pembersihan.

Seterusnya, antara produk keluaran Fereena Marketing Sdn Bhd seperti supplement (glutab,
lemontab, sinuscare), serum, lipmatte dan pencuci muka. Jualan bagi setiap produk yang
dikeluarkan boleh didapati secara atas talian di seluruh platform. Antaranya adalah facebook,
instagram, website, shopee serta semua pasukan jualan atas talian.
2.0 HASIL

Hasil yang diperolehi oleh Fereena Marketing Sdn Bhd adalah melalui penjualan produk
kosmetik dan kesihatan seperti supplement (glutab, lemontab, sinuscare), serum, lipmatte dan
pencuci muka. Pada tahun 2017 permulaan perniagaan yang dibangunkan oleh Fereena
Marketing Sdn Bhd memperoleh hasil jualan pada tahun tersebut seperti jadual di bawah.

Bil Produk Kosmetik dan Kesihatan Hasil bagi tahun 2017

1. Supplement Glutab – RM 89,000 x 12


-glutab = RM 1,068,000
-lemontab Lemontab – RM 89,000 x 12
-sinuscare = RM 1,068,000
Sinuscare – RM 89,000 x 12
= RM 1,068,000

= RM 3,204,000
2. Serum RM 80,000 x 12
= RM 960,000

3. Lipmatte RM 75,000 x 12
= RM 900,000

4. Pencuci muka RM 63,000 x 12


= RM 756,000

5. JUMLAH = RM 5,820,000
Pada tahun 2018 Fereena Marketing Sdn Bhd menunjukkan peningkatan hasil yang lebih
tinggi berbanding pada tahun 2017. Peningkatan berlaku kerana menukar bungkusan baru
untuk semua produk kosmetik dan kesihatan. Padanan warna yang menarik terhadap
bungkusan tersebut dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk tersebut.
Selain itu, pengusaha Fereena Marketing Sdn Bhd Datin Sabrina menambah kouta
pengambilan pekerja dan mewujudkan jawatan baru seperti multimedia. Boleh dilihat jadual
di bawah peningkatan hasil yang diperolehi oleh Fereena Marketing Sdn Bhd. Jika dapat
dilihat pada produk pencuci muka mengalami penurunan pada tahun 2018 dengan jumlah RM
600,000 berbanding pada tahun 2017 berjumlah RM 756,000. Penurunan ini berlaku kerana
terdapat barang tiruan terhadap produk pencuci muka tersebut.

Bil Produk Kosmetik dan Kesihatan Hasil bagi tahun 2018

1. Supplement Glutab – RM 150,000 x 12


-glutab = RM 1,800,000
-lemontab Lemontab – RM 150,000x
-sinuscare 12
= RM 1,800,000
Sinuscare – RM 150,000 x
12
= RM 1,800,000

= RM 5,400,000
2. Serum RM 115,000 x 12
= RM 1,380,000

3. Lipmatte RM 100,000 x 12
= RM 1,200,000

4. Pencuci muka RM 50,000 x 12


= RM 600,000

5. JUMLAH = RM 8,580,000
Akhir sekali, pada tahun 2019 hasil yang diperolehi oleh Fereena Marketing Sdn Bhd
meningkat dengan jumlah yang terbesar berbanding pencapaian pada tahun 2017 dan 2018.
Peningkatan berganda ini kerana bahagian pemasaran telah menambah perbelanjaan
pengiklanan di platform atas talian seperti ads facebook dan instagram. Selain itu, membuat
iklan di billboard yang terletak di lebuh raya, membuat pemasaran langsung di platform
televisyen seperti di Wanita Hari Ini dan Al-Hijrah. Seterusnya memberi hadiah percuma
disetiap pembelian produk pencuci muka menyebabkan hasil jualan pencuci muka meningkat
kembali pada tahun 2019 dan menyediakan kursus kepada pekerja untuk meningkatkan
peratusan jualan setiap bulan. Penambahan perbelanjaan ternyata memberikan impak positif
kepada peningkatan hasil yang diterima oleh Fareena Marketing Sdn Bhd pada tahun 2019.
Jadual di bawah menunjukkan hasil yang diterima pada tahun 2019.

Bil Produk Kosmetik dan Kesihatan Hasil bagi tahun 2019

1. Supplement Glutab – RM 250,000 x 12


-glutab = RM 3,000,000
-lemontab Lemontab – RM 250,000x
-sinuscare 12
= RM 3,000,000
Sinuscare – RM 250,000 x
12
= RM 3,000,000

= RM 9,000,000
2. Serum RM 150,000 x 12
= RM 1,800,000

3. Lipmatte RM 169,000 x 12
= RM 2,028,000

4. Pencuci muka RM 194,000 x 12


= RM 2,328,000

5. JUMLAH = RM
15,156,000

Jumlah hasil Fereena Marketing pada tiga tahun kebelakang iaitu 2019, 2018, 2017 seperti
jadual di bawah.

Tahun Produk Kosmetik dan Kesihatan Hasil


Supplement
-glutab
-lemontab
2017 -sinuscare RM 5,820,000
Serum
Lipmatte
Pencuci muka
Supplement
-glutab
-lemontab
2018 -sinuscare RM 8,580,000
Serum
Lipmatte
Pencuci muka
Supplement
-glutab
-lemontab
2019 -sinuscare RM 15,156,000
Serum
Lipmatte
Pencuci muka
JUMLAH = RM 29,556,000
3.0 PERBELANJAAN

Perbelanjaan pertama yang dibuat oleh syarikat Fereena Marketing Sdn Bhd adalah
pemasaran. Pemasaran secara langsung dibuat di slot rancangan TV3 iaitu Wanita Hari ini
dan TV Al-Hijrah, cara pemasaran sebegini hanya baru dilaksanakan pada tahun 2019.
Pemasaran secara langsung ini dibuat bagi menaikkan jenama produk kosmetik dan kesihatan
yang di keluarkan oleh Fereena Marketing Sdn Bhd. Slot yang di tempah memerlukan
bayaran yang dibuat kepada pihak Wanita Hari Ini serendah RM 10,000 untuk pemasaran
langsung dan mempunyai limit masa selama lima minit sahaja.

Jika dilihat kos perbelanjaan pemasaran ini begitu tinggi dengan permulaan RM 10,000 tetapi
dengan kaedah ini memberi kesan jangka panjang kepada Fereena Marketing Sdn Bhd kerana
produk yang di keluarkan oleh syarikat tersebut akan mula dikenali ramai dan melonjak
permintaan kepada produk tersebut kerana slot Wanita Hari Ini dan TV Al-Hijrah mempunyai
jumlah tontonan yang tinggi. Pemasaran secara langsung tersebut melibatkan sendiri pemilik
syarikat tersebut iaitu Datin Sabrina untuk menceritakan tentang produk yang dimiliki oleh
beliau.

Bil Perbelanjaan Jumlah


1. Perbelanjaan siarang langsung RM 480,000
2. Billboard RM 600,000

Perbelanjaan yang kedua dibuat oleh Fereena Marketing Sdn Bhd adalah kursus untuk
pekerja di Syarikat tersebut. Contoh kursus telah disediakan oleh pihak syarikat seperti
kursus budaya kerja cemerlang, kursus tentang cara berkomunikasi dan kursus tentang
bagaimana untuk memikat pelanggan. Di dalam kursus tersebut pihak syarikat telah
menjemput penceramah khas bagi mengajar para pekerja tentang strategi pemasaran yang
bijak. Pihak Fereena Marketing Sdn Bhd telah memilih tempat kursus mengikut undian
daripada pekerjanya sendiri kerana keselesaan tempat kursus akan memberikan input yang
berkesan selepas tamatnya kursus. Perbelanjaan kursus pada tahun 2019 meningkat kerana
berlaku pertambahan pekerja dan syarikat menerima keuntungan jualan yang tinggi.

Bil Tempat Kursus Perbelanjaan Kursus

1. Pantai Merdeka Resort (2017) RM 3000

2. Cinta Sayang Resort Sungai Petani (2018) RM 5000

3. Resort world langkawi (2019) RM 10,000

Jumlah= RM 18,000

Perbelanjaan ketiga Fereena Marketing Sdn Bhd adalah pembayaran gaji kepada para
pekerja. Pembayaran gaji kepada pekerja adalah bergantung kepada pangkat pekerja masing-
masing. Gaji pekerja bawahan dibayar dengan jumlah RM 700 pada tahun 2017 manakala
gaji pekerja pada tahun 2018 adalah RM 900 dan pada tahun 2019 gaji pekerja dibayar RM
1200 dan akan diberikan bonus bulanan kepada pekerja yang mencapai target hasil jualan
melepasi jumlah yang telah ditetapkan. Selain itu, Fereena Marketing Sdn Bhd mempunyai
pekerja atasan seperti Pengurus Pemasaran, Penyelia Pengurusan dan sebagainya, pekerja
tersebut dibayar dengan RM 1400 pada tahun 2017, RM 1600 pada tahun 2018 dan RM 1800
pada tahun 2019 dan mendapatkan bonus mengikut pencapaian kerja yang diuruskan oleh
mereka setiap bulan. Fereena Marketing Sdn Bhd mempunyai seramai 193 orang pekerja
bawahan dan 7 orang pekerja atasan bagi semua cawangan yang ditubuhkan. Perbelanjaan
gaji yang dibayar setiap bulan kepada pekerja seperti jadual di bawah:

BIL BAYARAN PEMBAYARAN PEMBAYARAN PEMBAYARAN


GAJI GAJI TAHUN GAJI TAHUN GAJI TAHUN
PEKERJA 2017 2018 2019
1. Gaji RM 700 x 193 RM 900 x 193 RM 1200 x 193
pekerja bawahan pekerja pekerja pekerja
= RM 135,100 x12 = RM 173,700x12 = RM 231,600x12
= RM 1,621,200 = RM 2,084,400 = RM 2,779,200
2. Gaji pekerja RM 1400 x 7 pekerja RM 1600 x 7 pekerja Rm 1800 x 7 pekerja
atasan = RM 9,800x12 = RM 11,200x12 = RM 12,600x12
= RM 117,600 = RM 134,400 = RM 151,200
Jumlah= Jumlah= Jumlah=
RM 1,738,800 RM 2,218,800 RM 2,930,400
Perbelanjaan keempat yang dibuat oleh Fereena Marketing Sdn Bhd adalah perbelanjaan
semula untuk stok barangan kosmetik dan kesihatan yang telah habis dijual. Fereena
Marketing Sdn Bhdakan membelanjakan semula stok setiap bulan bagi memenuhi permintaan
pelanggan, Perbelanjaan barangan tersebut seperti jadual di bawah

Bil Barangan yang di tambah stok setiap bulan Jumlah


(12 bulan) tahun 2017
1. Supplement
- glutab RM 15,000 x 12 bulan
- lemontab = RM 180,000
- sinuscare
2. Serum RM 15,000 x 12 bulan
= RM 180,000
3. Lipmatte RM 8,000 x 12 bulan
= RM 96,000
4. Pencuci muka RM 10,000 x 12 bulan
= RM 120,000
Jumlah= RM 576,000

Bil Barangan yang di tambah stok setiap bulan Jumlah


(12 bulan) tahun 2018
1. Supplement
- glutab RM 17,000 x 12 bulan
- lemontab = RM 204,000
- sinuscare
2. Serum RM 17,000 x 12 bulan
= RM 204,000
3. Lipmatte RM 10,000 x 12 bulan
= RM 120,000
4. Pencuci muka RM 15,000 x 12 bulan
= RM 180,000
Jumlah= RM 708,000

Bil Barangan yang di tambah stok setiap bulan Jumlah


(12 bulan) tahun 2019
1. Supplement
- glutab RM 20,000 x 12
- lemontab = RM 240,000
- sinuscare
2. Serum RM 19,000 x 12
= RM 228,000
3. Lipmatte RM 12,000 x 12
= RM 144,000
4. Pencuci muka RM 17,000 x 12
= RM 204,000
Jumlah= RM 816,000

Akhir sekali adalah perbelanjaan tambahan yang dikeluarkan kepada pekerja cemerlang
setiap tahun. Pekerja cemerlang yang mendapat jumlah jualan tertinggi setiap bulan akan
diberikan imbuhan seperti melancong, umrah dan loket emas. Jika dilihat perbelanjaan
tambahan seperti ini dilakukan untuk meningkatkan persaigan yang sihat dalam kalangan
pekerja untuk mencapai skor jualan tertinggi bagi merebut peluang untuk pergi melancong,
umrah dan mendapatkan loket emas. Perbelanjaan tahunan bagi ativiti pelancongan, umrah
dan hadiah loket emas seperti jadual di bawah

Bil Aktiviti tambahan tahun 2019 Perbelanjaan

1. Melancong 5 pekerja = RM 20,000

2. Umrah 2 pekerja = RM 12,000

3. Loket emas 3 pekerja = RM 3000

Jumlah = RM 35,000
Bil Perbelanjaan tahun 2017 Perbelanjaan

1. Kursus di Pantai Merdeka Resort (2017) RM 3000

Gaji pekerja bawahan


2. RM 1,738,800
Gaji pekerja atasan

Stok bulanan x 12 bulan


1. Supplement
- glutab
- lemontab
3. - sinuscare RM 576,000
2. serum
3. lipmatte
4. pencuci muka

Jumlah= RM 2,317,800

Perbelanjaan oleh Fereena Marketing Sdn Bhd sepanjang tahun 2017, 2018 dan 2019.
Bil Perbelanjaan tahun 2018 Perbelanjaan

1. Kursus di Cinta Sayang Resort Sungai Petani RM 5000

Gaji pekerja bawahan


2. RM 2,218,800
Gaji pekerja atasan

Stok bulanan x 12 bulan


1. Supplement
- glutab
- lemontab RM 708,000
3. - sinuscare
2. serum
3. lipmatte
4. pencuci muka

Jumlah= RM 2,931,800
Bil Perbelanjaan tahun 2019 Perbelanjaan

1. Kursus di Resort World Langkawi RM 10,000

Gaji pekerja bawahan


RM 2,930,400
2.
Gaji pekerja atasan

Stok bulanan x 12 bulan


1. Supplement
- glutab
- lemontab
3. - sinuscare RM 816,000
2. serum
3. lipmatte
4. pencuci muka

4. Pemasaran langsung dan Billboard RM 1,080,000

5. Perbelanjaan tambahan RM 35,000

Jumlah= RM 4,871,400
LAMPIRAN

PENGIKLANAN LANGSUNG DAN BILLBOARD

Sumber: Fereena Marketing Sdn Bhd

ANTARA PRODUK FAREENA MARKETING SDN BHD

Sumber: Fereena Marketing Sdn Bhd


PROGRAM DAN KURSUS

Sumber: Fereena Marketing Sdn Bhd

ACARA SYARIKAT

Sumber: Fereena Marketing Sdn Bhd


RUJUKAN

Ahmad, S. (6 Februari, 2020). Gambar produk, aktiviti dan pengiklanan. (A. B. Azmi, Interviewer)

Firdaus, S. (6 Februari, 2020). Hasil Fereena Marketing Sdn Bhd. (A. B. Azmi, Interviewer)

Mohamad, D. Z. (2 Februari, 2020). Penubuhan Cawangan Baru di Napoh. (A. B. Azmi, Interviewer)

Sabrina, D. (2 Februari, 2020). Latar Belakang Penubuhan Syarikat. (A. B. Azmi, Interviewer)

Suffian. (6 Februari, 2020). Perbelanjaan Fereena Marketing Sdn Bhd. (A. B. Azmi, Interviewer)

Syafikah, N. (4 Februari , 2020). Jenis Produk Kosmetik dan Kesihatan . (A. B. Azmi, Interviewer)

Anda mungkin juga menyukai