Anda di halaman 1dari 13

Topik 4

Etika dan Undang-undang dalam


Periklanan

1
Objektif Pembelajaran

 Menerangkan makna dan fungsi


periklanan.
 Menjelaskan kod periklanan Malaysia dan
Antarabangsa.
 Menerangkan aspek perundangan yang
berkaitan dengan industri periklanan.

2
Periklanan dan Anda!

 Sejauhmana iklan mempengaruhi kehidupan


anda?
 Apakah elemen periklanan yg menarik perhatian
anda?
 Adakah iklan yg dipaparkan menganggu emosi
anda?
 Siapakah yg mengawal peraturan periklanan di
Malaysia?

3
Perkembangan Industri Periklanan di
Malaysia
 Perkembangan awal sejajar dgn perkembangan media
akhbar.
 Akhbar memerlukan iklan sebagai sumber pendapatan.
 Industri periklanan perlukan media akhbar untuk
menyebarkan maklumat produk / perkhidmatan.
 Cth. 1845 – The Straits Times Singapore – iklan
perkapalan dan perubatan.
 Persatuan Periklanan ditubuhkan untuk mengawal hal
ehwal & pembangunan industri periklanan serta
mewujudkan kod etika.

4
Periklanan...
 “sebarang persembahan yang dibayar untuk
memasarkan idea, barangan, atau perkhidmatan
secara umum oleh penganjur yang dicari”.
 alat untuk pemasaran.
 proses penyebaran maklumat yang
menghebahkan, memaparkan, menaja serta
menggalakkan pembelian atau penerimaan
sesuatu barangan, idea atau perkhidmatan atas
tajaan sesuatu pertubuhan.
 memberi penerangan dan pemujukan mengenai
barang-barang, perkhidmatan atau idea 5
Fungsi Periklanan
 Menyebarkan maklumat kepada khalayak
sasaran.
 Memberi kebebasan kpd khalayak utk buat
keputusan pilihan.
 Menggalakan kemunculan keluaran baru.
 Membuat amal melalui iklan amal @
tanggungjawab sosial.
 Meningkatkan imej organisasi atau individu.

6
Kod Amalan Periklanan Malaysia
 Apa itu kod etika? Apa kaitnya dengan undang-
undang?
 Malaysia tiada undang-undang khusus untuk
industri periklanan tapi banyak dasar ‘ad-hoc’
dan kod amalan’.
 Lembaga Piawaian Periklanan 1978 – pengawal
amalan dan etika agensi periklanan.
 Umumnya, kandungan Kod Etika Periklanan
adalah cabutan dari kod periklanan dlm media
siaran kerajaan.
7
Kod Amalan Periklanan Malaysia..
Dalam bahagian prinsip umum, kod ini menggariskan semua iklan mestilah:
 Tidak melanggar undang-undang, bersopan, jujur, benar dan perlu
disediakan dengan rasa tanggungjawab terhadap pengguna.
 Tidak ada sebarang bentuk pengiklanan yang cenderung melanggar
tatasusila atau etika yang diamalkan oleh masyarakat.
 Iklan mestilah menggambarkan idea dan kebudayaan rakyat
Malaysia dan mencerminkan cara hidup masyarakat yang berbilang
bangsa dan mencontohi Rukun Negara.
 Iklan tidak boleh mengecam dengan tidak adik keluaran barangan
lain, pengiklan atau iklan lain secara langsung atau tidak langsung.
 Tidak membenarkan pengiklanan sebarang keluaran atau
perkhidmatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara fizikal,
mental atau moral.
 Dari segi kesihatan, ubat-ubatan dan cara mengubati tidak boleh
diiklankan secara testimonial oleh seseorang yang terkenal. 8
1. Kod Periklanan RTM
Antara penekanan yang dinyatakan dalam kod ini ialah:
 Menekankan aspek kejujuran, kesopanan, kebenaran dan kesahihan kod
siaran RTM melarang penyiaran iklan barangan berbahaya seperti rokok,
beberapa jenis dadah tertentu, arak, makanan tidak halal, bahan pencegah
kehamilan dan lain-lain.
 Melarang pengiklanan makanan formula bayi sebagai makanan yang baik
dari susu ibu.
 Iklan racun serangga mesti ditapis dahulu oleh Lembaga Racun Makhluk
Perosak oleh Kementerian Pertanian.
 Iklan rokok ditapis oleh Jawatankuasa Iklan Rokok, Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri.
 Kod periklanan oleh Kementerian Penerangan dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu Bahagian Periklanan dan Kanak-kanak, Bahagian Periklanan
Ubat-ubatan dan Rawatan, Bahagian Wanita dalam Periklanan, Bahagian
Lelaki dalam Periklanan dan Bahagian Penggunaan Profesional dalam
Periklanan.
9
Kod Periklanan RTM
 Apakah tujuan kod ini diperkenalkan?
 Kenapa amalan sekarang tidak begitu selaras?
 Apakah bentuk-bentuk mesej yang sepatutnya
diterapkan dalam iklan – tersurat dan tersirat?
 Sila buat rujukan tambahan untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kod
etika ini.

10
2. Kod Amalan Periklanan ASAM
(Lembaga Standard Periklanan
Malaysia)
 Menerangkan secara lengkap dan khusus mengenai sekatan dan keperluan
berhubung dengan barangan seperti alkohol, ubatan, monosodium
glutamate dan makanan bayi berformula.
 Menjelaskan seluruh fasal mengenai amalan yang tidak dapat diterima
umum berhubung dengan pengiklanan dan satu bahagian yang berasingan
mengenai iklan-iklan yang mengandungi dakwaan kesihatan.
 Penekanan terhadap keselamatan dan perlindungan untuk kanak-kanak
yang muncul di dalam iklan.
 Fasal 4.2.1: Iklan tidak seharusnya mengandungi sebarang atau
penyampaian secara visual yang secara langsung atau melalui kesan,
perkara yang sengaja dibesar-besarkan yang berkemungkinan akan
mengelirukan pengguna.
 Fasal 6.6.1: Tidak ada sebarang iklan yang boleh membuat dakwaan secara
berlebihan dan keterlaluan yang ia memiliki ciri-ciri akta kualiti yang tidak
menepati dakwaan itu.

11
Undang-Undang dan Garis Panduan
Oleh Kerajaan
1. Garis Panduan Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri kepada Pihak Akhbar
 gambar-gambar dan iklan-iklan yang tidak sesuai
untuk tatapan umum dan tanpa pertimbangan teliti
telah melanggar arahan
2. Garis Panduan Kerajaan untuk Iklan-iklan Rokok.
3. Peraturan dan Perundangan Mengawal Periklanan
Profesional
4. Akta Perihal Dagangan 1972 (Disemak 1982)
5. Ordinan Iklan-Iklan Lucah 1953
6. Ordinan (Iklan Dan Penjualan) Ubatan 1956
12
TINDAKAN MENANGANI
PENGIKLANAN TIDAK BERETIKA
1. Membentuk polisi mengenai pengiklanan
2. Mengetatkan Akta Perihal Dagangan 1972
3. Membentuk Undang-undang baru
4. Memperkenalkan Piawaian yang lebih ketat bagi
iklan-iklan tv
5. Bukti-bukti saintifik bagi dakwaan kesihatan
diperlukan
6. Mengawal perbuatan memperalatkan kaum wanita
di dalam iklan
7. Mengawal penggunaan kanak-kanak dalam iklan
8. Iklan-iklan yang mengeksploit emosi manusia

13

Anda mungkin juga menyukai