Anda di halaman 1dari 8

GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

PERANCANGAN AKADEMIK

GMGM 3023
KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

Kursus : Kepimpinan dalam Pengurusan Awam


Kod kursus : GMGM 3023
Jam Kredit : 3

1.0 SINOPSIS KURSUS

Kepemimpinan merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Kepemimpinan merupakan satu


keupayaan menginspirasi manusia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan yang efektif adalah penting bagi kejayaan
sesebuah organisasi. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep kepimpinan yang
efektif. Pelajar akan dapat menilai keperluan seseorang pemimpin terutama dalam mencorak
organisasi ke arah yang lebih baik dalam mengharungi persaingan globalisasi. Justeru itu,
perbincangan mengenai kepemimpinan dalam pengurusan organisasi mesti mengambilkira
kompleksiti perubahan dalam persekitaran dinamik.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

2.1 Memahami konsep-konsep penting, tipologi dan taksonomi serta teori dan model
kepimpinan.
2.2 Memahami lokus kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan stail
kepemimpinan
2.3 Memahami ciri-ciri pengikut dan situasi
2.4 Membezakan antara kepemimpinan, kuasa dan autoriti.
2.5 Mampu menganalisis peranan kepemimpinan dalam pengurusan organisasi.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini menyediakan modul yang mana para pelajar boleh menjadikannya sebagai rujukan
utama dalam proses pembelajaran. Pensyarah akan memberi kuliah pada setiap pertemuan
berdasarkan kepada kandungan modul ini, berserta dengan bahan-bahan tambahan dari luar
modul. Disebabkan waktu pertemuan adalah terlalu singkat, adalah mustahil bagi pensyarah
untuk memberi kuliah sepenuhnya dari modul ini. Walaubagaimanapun memandangkan
kebanyakan pelajar yang mengikuti program PLK ini telah mempunyai pengalaman kerja dalam
pelbagai organisasi, dan mungkin juga telah mengikuti beberapa program latihan yang
membincangkan isu serta tema yang sama, maka pengetahuan asas tentang bidang pengurusan
kerjaya ini mungkin telah ada di kalangan pelajar. Ini merupakan satu peluang dan kelebihan
sekiranya dibandingkan dengan pelajar-pelajar sepenuh masa yang kebanyakannya adalah
lepasan sekolah dan tiada pengalaman kerja.

Seperti kebanyakan mata pelajaran lain di bawah program PLK ini, pelajar adalah diingatkan
agar tidak terlalu bergantung kepada modul yang disediakan semata-mata. Modul ini hanya
merupakan teori serta pengetahuan asas terhadap bidang ini. Para pelajar
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

digalakkan supaya menambahkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan tambahan seperti


yang dicadangkan untuk menguatkan lagi tahap serta penguasaan pembelajaran masing-masing.
Selain itu pelajar juga dinasihatkan supaya berbincang sesama sendiri serta cuba menjawab
soalan-soalan yang diberikan di dalam modul serta di penghujung setiap bab.

4.0 PENILAIAN KURSUS

Para pelajar akan dinilai seperti berikut:

40% Peperiksaan akhir

60% Lain-lain (seperti agihan berikut):

1. Tugasan Individu 15%


2. Tugasan Kumpulan 25%
3. Peperiksaan pertengahan semester 20%

5.0 TUGASAN

Terdapat DUA (2) tugasan yang akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan pertama.
Tugasan tersebut adalah tugasan individu dan juga kumpulan. Bagi tugasan kumpulan, bilangan
ahli dalam kumpulan akan ditentukan oleh pensyarah masing-masing. Pelajar adalah diingatkan
agar menepati tarikh akhir penghantaran kedua-dua tugasan tersebut. Bagi memudahkan
penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar tugasan kepada
pensyarah pada pertemuan ke - 4.

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan akan menyebabkan tugasan tidak akan
dilayan dan tidak diberikan sebarang markah.

6.0 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan ke - 5. Pelajar akan dimaklumkan kemudian
berkenaan dengan tarikh dan masa peperiksaan ini. Peperiksaan akhir ini akan meliputi semua
bab yang terdapat di dalam modul. Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 2 jam 30 minit.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

7.0 RUJUKAN UTAMA

Modul GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam. UUM: Unit Pendidikan Jarak
Jauh

8.0 RUJUKAN TAMBAHAN

Ab Aziz Yusof. (2000). Perubahan & kepimpinan. UUM Press.


Abdul Ghani Abdullah, & Mohamed Zohir Rahman. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam
pendidikan. PTS Professional.
Abdul Rahim Abdul Rashid, & Zahari Hashim. (2017). Hubungan kepimpinan distributif terhadap
efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan, 31(2).
Adair, J. (2009). Functional leadership. NHRD Network Journal, 2(5), 2–7.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1996). Civil service reforms: Towards Malaysia’s Vision 2020.
Pelanduk Publications.
Amor, A. M., Vázquez, J. P. A., & Faíña, J. A. (2020). Transformational leadership and work
engagement: Exploring the mediating role of structural empowerment. European
Management Journal, 38(1), 169–178.
Block, E., & Negrine, R. (2017). The populist communication style: Toward a critical framework.
International Journal of Communication Systems, 11, 178–197.
Casullo, M. E. (2019). How to become a leader: Identifying global repertoires for populist
leadership. In Populism and World Politics (pp. 55–72). Springer.
Harms, P. D., Credé, M., Tynan, M., Leon, M., & Jeung, W. (2017). Leadership and stress: A
meta-analytic review. The Leadership Quarterly, 28(1), 178–194.
Haslam, S. A., Reicher, S. D., & Platow, M. J. (2015). Leadership: Theory and practice. APA
Handbook of Personality and Social Psychology, Volume 2: Group Processes., 67–94.
Mittal, R., & Elias, S. M. (2016). Social power and leadership in cross-cultural context. Journal of
Management Development.
Northouse, P. G. (2014). Introduction to leadership: Concepts and practice. Sage.
Rawat, P. S., Rawat, S. K., Sheikh, A., & Kotwal, A. (2019). Women Organization Commitment:
Role of the Second Career & Their Leadership Styles. Indian Journal of Industrial Relations,
54(3).
Van Wart, M. (2013). Lessons from leadership theory and the contemporary challenges of leaders.
Public Administration Review, 73(4), 553–565.

10.0 SENARAI TENAGA PENGAJAR


PENSYARAH TELEFON EMEL
Dr. Muslimin Wallang 019-5719770 muslimin@uum.edu.my
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

11.0 KANDUNGAN KURSUS

Bil Tajuk

1 Pengenalan
Konsep Kepimpinan
Mengenali kepimpinan-takrif kepimpinan
Kenapa kempimpinan penting dalam organisasi pada hari ini?

2 Tipologi dan Taksonomi Kepimpinan


• Kepimpinan dari segi fungsi,peranan dan tingkahlaku
• Teori-teori dan Model-Model Kepimpinan.

3 Sifat-Sifat Peribadi Pemimpin.

Trait Kepimpinan
• Trait dan Skil Kepimpinan
• Kecekapan Kerja dan Kepimpinan

Rangka Rujuk dan Karisma Kepimpinan


• Kepimpinan Berasaskan nilai.
• Faktor Karisma dan Kepimpinan.

4 Kuasa dan Pengaruh.


• Kuasa,Pengaruh dan Kepimpinan
• Jenis-Jenis Pengaruh.
• Kepimpinan dan Pengagihan Kuasa.
• Autoriti, Tanggungjawab dan Kepimpinan.

5 Kepimpinan dan Transaksional dan Pengukuhan.


• Maksud Kepimpinan Transaksional.
• Kepimpinan dan Pengukuhan.
• Interaktif pemimpin-pengikut.
• Kegunaan dan Kesan Pengukuhan dalam Kepimpinan.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

6 Kepimpinan dan Pengurusan


• Tugas/pekerjaan pemimpin dan pengurus-pengurus.
• Kepimpinan Autokratik vs Kepimpinan Demokratik.
• Kepimpinan Direktif (mengarah)vs Kepimpinan Partisipatif
• Kepimpinan Orientasi Tugas vs Kepimpinan Orientasi Perhubungan (task
vs relations oriented leadership)
• Kepimpinan Laissez-Faire
• Struktur dan factor-faktor berkaitan bagi menerangkan kelakuan/gelagat
pemimpin dalam membuat keputusan.

7 Penyerdahanaan Keadaan (Situational moderators)


• Kepimpinan Persekitaran dan organisasi.
• Kepimpinan dan kumpulan kerja.
• Kepimpinan dan cabaran teknologi.
• Kepimpinan dan stress
• Rangkaian jaringan dan kepimpinan.
• Pemindahan dan penggantian kepimpinan.

8 Kepimpinan dan Pentadbiran dalam Organisasi Awam


• Kepimpinan dalam mengurus organisasi awam.
• Kepimpinan Eksekutif: konteks sosial dan politik.
• Kepimpinan peringkat kumpulan dan kumpulan kerja.

9 Isu-isu kepimpinan.
• Wanita dan kepimpinan.
• Kepimpinan dalam pelbagai budaya.
• Kepimpinan dari perspektif Islam.
• Penilaian prestasi kepimpinan.
• Meningkatkan kepimpinan melalui kajian kepimpinan.

12.0 JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


• Penerangan keseluruhan kursus
UUM Pertemuan 1 • Bab 1 & 2 4 jam

UUM Pertemuan 2 • Bab 3, 4 & 5 4 jam


GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

UUM Pertemuan 3 • Bab 6 & 7


4 jam
PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN SEMESTER

• Bab 8 & 9
UUM Pertemuan 4 4 jam
PENYERAHAN TUGASAN

UUM Pertemuan 5 PEPERIKSAAN AKHIR 2 1/2 jam

13.0 SOALAN TUGASAN INDIVIDU

Dunia tanpa sempadan telah mewujudkan isu baru di dalam dunia pengurusan yang dikenali
sebagai diversiti. Umumnya, diversiti yang berlaku di dalam organisasi akan beroperasi dengan
pelbagai budaya, jantina, agama, kewarganegaraan, umur dan lain-lain lagi. Menurut World
Economic Forum’s Global Competitiveness Report 2018, diversiti di dalam sesebuah organisasi
akan mewujudkan persekitaran kerja lebih kompetitif, memupuk tenaga kerja yang inklusif,
percambahan kepada kemasukan kemahiran tambahan, idea dan perspektif. Dengan kebanyakan
organisasi beroperasi dengan pelbagai pemegang kepentingan, termasuk pelanggan, syarikat
persekutuan dan pemegang saham, yang semuanya berbeza-beza, pemimpin haruslah bijak
mengurus isu diversiti ini.

Huraikan kenyataan di atas berdasarkan kepada peranan pemimpin khususnya di dalam sektor
awam di dalam menguruskan diversiti.

14.0 SOALAN TUGASAN KUMPULAN

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa krisis CORONAVIRUS (COVID-


19) pada suku kedua tahun 2020, akan menyebabkan 195 juta orang kehilangan pekerjaan
sepenuh masa. Sebagai seorang pengurus, berserta contoh yang bersesuaian, bincangkan
tindakan intervensi yang anda akan lakukan bagi mengurangkan kesan wabak ini terhadap
prestasi dan mutu kerja organisasi anda.

Panduan Tugasan Individu dan kumpulan:-

14.1.1 Pelajar perlu merujuk sekurang-kurangnya LIMA (5) bahan bacaan tidak termasuk
modul dalam menyediakan tugasan.
14.1.2 Tugasan yang menggunakan modul sebagai bahan rujukan utama akan
menyebabkan pemberian markah yang rendah
14.1.3 Pelajar digalakkan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari ke dalam tugasan.
14.1.4 Hanya APA Format sahaja yang diterima bagi sistem rujukan. Kegagalan
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

mematuhi format ini akan menyebabkan penolakan markah.


14.1.5 Tugasan adalah 15-20 mukasurat tidak termasuk rujukan. Jenis Font – Times New
Roman, saiz 12 dan 1.5 spacing.
14.1.6 Bagi tugasan kumpulan, bilangan ahli bagi setiap kumpulan akan ditentukan
kemudian.
14.1.7 Semua tugasan perlu dihantar pada pertemuan KEEMPAT.
Kelewatan menghantar tugasan akan dikenakan penalti.

Anda mungkin juga menyukai