Anda di halaman 1dari 7

GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER APRIL 2020

GMGM 3023
KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

Kursus : Kepimpinan dalam Pengurusan Awam


Kod kursus : GMGM 3023
Jam Kredit :3

1.0 SINOPSIS KURSUS

Kepemimpinan merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Kepemimpinan merupakan


satu keupayaan menginspirasi manusia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan yang efektif adalah penting bagi
kejayaan sesebuah organisasi. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep
kepimpinan yang efektif. Pelajar akan dapat menilai keperluan seseorang pemimpin
terutama dalam mencorak organisasi ke arah yang lebih baik dalam mengharungi
persaingan globalisasi. Justeru itu, perbincangan mengenai kepemimpinan dalam
pengurusan organisasi mesti mengambilkira kompleksiti perubahan dalam persekitaran
dinamik.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

2.1 Memahami konsep-konsep penting, tipologi dan taksonomi serta teori dan
model kepimpinan.
2.2 Memahami lokus kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan stail
kepemimpinan
2.3 Memahami ciri-ciri pengikut dan situasi
2.4 Membezakan antara kepemimpinan, kuasa dan autoriti.
2.5 Mampu menganalisis peranan kepemimpinan dalam pengurusan organisasi.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini menyediakan modul yang mana para pelajar boleh menjadikannya sebagai
rujukan utama dalam proses pembelajaran. Pensyarah akan memberi kuliah pada setiap
pertemuan berdasarkan kepada kandungan modul ini, beserta dengan bahan-bahan
tambahan dari luar modul. Disebabkan waktu pertemuan adalah terlalu singkat, adalah
mustahil bagi pensyarah untuk memberi kuliah sepenuhnya dari modul ini.
Walaubagaimanapun memandangkan kebanyakan pelajar yang mengikuti program PLK
ini telah mempunyai pengalaman kerja dalam pelbagai organisasi, dan mungkin juga
telah mengikuti beberapa program latihan yang membincangkan isu serta tema yang
sama, maka pengetahuan asas tentang bidang pengurusan kerjaya ini mungkin telah ada
di kalangan pelajar. Ini merupakan satu peluang dan kelebihan sekiranya dibandingkan
dengan pelajar-pelajar sepenuh masa yang kebanyakannya adalah lepasan sekolah dan
tiada pengalaman kerja.

Seperti kebanyakan matapelajaran lain di bawah program PLK ini, pelajar adalah
diingatkan agar tidak terlalu bergantung kepada modul yang disediakan semata-mata.
Modul ini hanya merupakan teori serta pengetahuan asas terhadap bidang ini. Para pelajar
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

digalakkan supaya menambahkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan tambahan


seperti yang dicadangkan untuk menguatkan lagi tahap serta penguasaan pembelajaran
masing-masing. Selain itu pelajar juga dinasihatkan supaya berbincang sesama sendiri
serta cuba menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam modul serta di penghujung
setiap bab.

4.0 PENILAIAN KURSUS

Para pelajar akan dinilai seperti berikut:

40% Peperiksaan akhir

60% Lain-lain (seperti agihan berikut):

Tugasan (20 %)
Peperiksaan pertengahan semester (30 %)
Kuiz I (Pertemuan ke-2) (5 %)
Kuiz II (Pertemuan ke-4) (5 %)

5.0 TUGASAN

Hanya satu tugasan sahaja yang akan diberikan kepada pelajar iaitu pada pertemuan
pertama. Tugasan tersebut membawa 20% daripada peratusan markah keseluruhan.
Pelajar adalah diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran tugasan tersebut. Bagi
memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk
menghantar sendiri tugasan kepada pensyarah pada pertemuan ke - 4.

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan akan menyebabkan tugasan tidak


akan dilayan dan tidak diberikan sebarang markah.

6.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ke-3 yang


merangkumi Pelajaran 1 hingga 5. Peperiksaan tersebut menyumbang 30 peratus untuk
gred keseluruhan. Bentuk serta format soalan adalah seperti mana yang diguna pakai
untuk pelajar sepenuh masa iaitu soalan berbentuk struktur dan esei pendek. Pelajar
dikehendaki menjawab semua soalan di ruang yang disediakan di dalam kertas soalan.

7.0 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan ke - 5. Pelajar akan dimaklumkan


kemudian berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Peperiksaan ini akan
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

meliputi semua bab yang terdapat di dalam modul. Masa menjawab yang diperuntukkan
adalah 2 jam 30 minit.

8.0 RUJUKAN UTAMA

Modul GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam. UUM: Unit Pendidikan


Jarak Jauh

9.0 RUJUKAN TAMBAHAN

Avery,G.C.(2004).Understanding Leadership. London: SAGE Publications.

Powell, G.N & Graves, L.M (2003).Women and Men in Management. Thousand
Oaks: SAGE Publication.

Yulk,G.(2002).Leadership in Organizations. New Jersey: Prentice Hall.

Daft,R.L (2002) The Leadership Experience. Orlando: Harcourt Colleger Publishers.

Ahmad Redzuwan Mohd.Yunus (2001). Demokrasi dan Kepimpinan Islam: Satu


Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Quinn,R.E.,Faerman , S.R.,Thompson ,M.P & McGrath, M.R.(1996). Becoming a


Master Manager: A Competency Framework. New york: John Wiley &
Sons,Inc.

Reece,B.L & Brandt, R.(1993).Effective Human Relations in Organizations.


Boston: Houghton Mifflin Company.

Davar, R.S (1993). Creative Leadership. New Delhi: UBS Publishers’ Distributors Ltd.

Razali Mat Zin (1993). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.

Locke, E.A.et al.(1991). Essence of Leadership. New York: Macmillan, Inc.

Wright,P.L. & Taylor, D.S (1984). Improving Leadership Performance: A Practical


New Approach to Leadership. Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall.

DuBrin A.J(1978) Human Relations: A Job Oriented Approach: Virginia: Prentice Hall.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

10.0 SENARAI TENAGA PENGAJAR

PENSYARAH TELEFON EMEL


Dr. Muslimin Wallang 019-5719770 muslimin@uum.edu.my

11.0 KANDUNGAN KURSUS

Bil Tajuk

1 Pengenalan
Konsep Kepimpinan
Mengenali kepimpinan-takrif kepimpinan
Kenapa kempimpinan penting dalam organisasi pada hari ini?

2 Tipologi dan Taksonomi Kepimpinan


• Kepimpinan dari segi fungsi,peranan dan tingkahlaku
• Teori-teori dan Model-Model Kepimpinan.

3 Sifat-Sifat Peribadi Pemimpin.

Trait Kepimpinan
• Trait dan Skil Kepimpinan
• Kecekapan Kerja dan Kepimpinan

Rangka Rujuk dan Karisma Kepimpinan


• Kepimpinan Berasaskan nilai.
• Faktor Karisma dan Kepimpinan.

4 Kuasa dan Pengaruh.


• Kuasa,Pengaruh dan Kepimpinan
• Jenis-Jenis Pengaruh.
• Kepimpinan dan Pengagihan Kuasa.
• Autoriti, Tanggungjawab dan Kepimpinan.

5 Kepimpinan dan Transaksional dan Pengukuhan.


• Maksud Kepimpinan Transaksional.
• Kepimpinan dan Pengukuhan.
• Interaktif pemimpin-pengikut.
• Kegunaan dan Kesan Pengukuhan dalam Kepimpinan.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

6 Kepimpinan dan Pengurusan


• Tugas/pekerjaan pemimpin dan pengurus-pengurus.
• Kepimpinan Autokratik vs Kepimpinan Demokratik.
• Kepimpinan Direktif (mengarah)vs Kepimpinan Partisipatif
• Kepimpinan Orientasi Tugas vs Kepimpinan Orientasi Perhubungan (task
vs relations oriented leadership)
• Kepimpinan Laissez-Faire
• Struktur dan factor-faktor berkaitan bagi menerangkan kelakuan/gelagat
pemimpin dalam membuat keputusan.

7 Penyerdahanaan Keadaan (Situational moderators)


• Kepimpinan Persekitaran dan organisasi.
• Kepimpinan dan kumpulan kerja.
• Kepimpinan dan cabaran teknologi.
• Kepimpinan dan stress
• Rangkaian jaringan dan kepimpinan.
• Pemindahan dan penggantian kepimpinan.

8 Kepimpinan dan Pentadbiran dalam Organisasi Awam


• Kepimpinan dalam mengurus organisasi awam.
• Kepimpinan Eksekutif: konteks sosial dan politik.
• Kepimpinan peringkat kumpulan dan kumpulan kerja.

9 Isu-isu kepimpinan.
• Wanita dan kepimpinan.
• Kepimpinan dalam pelbagai budaya.
• Kepimpinan dari perspektif Islam.
• Penilaian prestasi kepimpinan.
• Meningkatkan kepimpinan melalui kejian kepimpinan.

12.0 JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN


SEMESTER DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


• Penerangan keseluruhan
UUM Pertemuan I kursus 4 jam
• Perbincangan bab 1,2

UUM Pertemuan 2 • Perbincangan bab 3,4& 5 4 jam


• Kuiz I
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

• PEPERIKSAAN 1 1/2 jam


UUM PERTENGAHAN SEMESTER
Pertemuan 3 (Bab 1-5)
• Perbincangan bab 6 & 7 2 1/2 jam

• Perbincangan bab 8 & 9


UUM Pertemuan 4 • Kuiz II 4 jam
• Penyerahan tugasan

PEPERIKSAAN AKHIR 2 1/2 jam


UUM Pertemuan 5 (Meliputi keseluruhan bab )

13.0 SOALAN TUGASAN

Para pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan dan tugasan ini adalah tugasan
INDIVIDU.

SOALAN TUGASAN
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa krisis coronavirus (Covid-
19) pada suku kedua tahun 2020, akan menyebabkan 195 juta orang kehilangan pekerjaan
sepenuh masa. Sebagai seorang pengurus, bagaimanakah anda melihat wabak ini
sebagai satu isu yang boleh menjejaskan operasi organisasi anda. Bincangkan juga
tindakan intervensi yang anda akan lakukan bagi mengurangkan kesan wabak ini
terhadap prestasi dan mutu kerja organisasi anda.

Panduan Tugasan :-

1. Pelajar perlu merujuk sekurang-kurangnya LIMA (5) bahan bacaan tidak


termasuk modul dalam menyediakan tugasan.

2. Tugasan yang menggunakan modul sebagai bahan rujukan utama akan


menyebabkan pemberian markah yang rendah.

3. Pelajar digalakkan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari ke dalam tugasan.

4. Panjang esei adalah antara 15-20 mukasurat.

5. Semua tugasan perlu dihantar pada pertemuan KEEMPAT. Kelewatan


menghantar tugasan akan dikenakan penalti.

Anda mungkin juga menyukai