Anda di halaman 1dari 10

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER OKTOBER 2020/2021

GMGM3013
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN & PENGAJIAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

No. MaklumatKursus
1. Nama Kursus : HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

2. KodKursus : GMGM3013

3. Nama StafAkademik : NOOR FAIZZAH DOLLAH / PENYELARAS


CAPT. TS. DR. ZAIDI BIN ADBUL RAZAK, AFMIM, Asso. AICB, FMM / PENSYARAH
4. Nilai Kredit : 3
5. Prasyarat: TIADA
6. Objektif :Pelajar diharap dapat
1. Memahami tentang Hubungan Manusia serta ciri-ciri dan kepentingannya terhadap pengurus dan organisasi.
2. Mengetahui serta boleh membincangkan teori-teori serta konsep-konsep penting dalam kajian hubungan
manusia, serta memahami kepentingan manusia dalam sesebuah organisasi.
3. Memperolehi serta menambah kemahiran kepimpinan serta kepengurusan sesebuah organisasi terutamanya
aspek pengurusan manusia.
4. Memahami serta dapat menangani cabaran-cabaran baru hasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku
dalam aspek pengurusan pekerja di sesebuah organisasi.

7. HasilPembelajaran: Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. menjelaskan tentang konsep-konsep kendiri yang perlu bagi seorang pengurus.
2. mengartikulasi komunikasi dengan lebih efektif dengan individu lain.
3. membincangkan tentang perkara-perkara yang menjadi asas di dalam sesebuah organisasi seperti
kepimpinan, kuasa dan politik.
4. menerangkan isu-isu semasa yang biasanya terjadi apabila berhadapan dengan isu di dalam hubungan
manusia.

8. Kemahiran yang dapatdipindahkan:


Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek berkumpulan.

9. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran: Campuran teacher-centered dan student-centered

10. Sinopsis
Manusia merupakan elemen terpenting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Hubungan manusia didefinisikan
sebagai interaksi antara pengurusan dan pekerja di dalam mencapai objektif-objektif organisasi mereka. Interaksi yang
baik antara kedua belah pihak akan membantu kearah prestasi organisasi yang lebih baik bagi mencapai objektif
organisasi. Kelemahan-kelemahan kebanyakan organisasi adalah berpunca dari hubungan manusia yang lemah. Kursus
ini akan membincangkan tentang pengenalan diri individu, hubungan individu dengan individu lain, hubungan individu
dalam organisasi dan isu-isu dalam hubungan manusia. Diharapkan kursus ini akan memberi input yang berguna kepada
bakal-bakal pengurus organisasi mengharungi cabaran di era globalisasi ini.

11. PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan modul khusus sebagai
rujukan utama. Di dalam modul ini pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian kendiri sebagai
tambahan kepada nota. Bagi memperoleh pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan
lain. Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba menjawab soalan-soalan
peperiksaan tahun-tahun lepas. Cara ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas setiap
pelajaran serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan teori-teori dan disiplin dalam bidang ini.
Di samping pembelajaran kendiri melalui modul yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan antara pelajar dan tenaga
pengajar telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan penumpuan adalah kepada sesi
perbincangan dan soal jawab. Oleh itu, pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir kesesi
perjumpaan:
i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran.
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang dikendalikan.
Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walaubagaimana pun, adalah diingatkan bahawa jadual
tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan unit pengajian luar kampus,
PACE UUM dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

12. PenilaianKursus:

1. Kerja kursus 60%=100M


-Tugasan kumpulan =40M
-Peperiksaan Pertengahan Semester =40M. (pertemuan ke 3- Bab 1-Bab 3)
-Pembentangan kumpulan (VIDEO) =20M
2. Peperiksaan Akhir (40%)
- Soalan peperiksaan akhir merangkumi keseluruhan Bab yang dibincangkan dalam kursus ini (sebarang
perubahan akan dimaklumkan kemudian).

TOPIK PERTEMUAN TEMPOH

1.0 PENGENALAN KURSUS

• Takrif hubungan manusia dalam pengurusan


PERTEMUAN 1
organisasi.
• Penerangan kursus
• Pergerakan hubungan manusia dalam pengurusan. 2 jam
• Perbincangan Bab 1
• Kepentingan hubungan manusia dalam
pengurusan.
• Sumbangan sains sosial dalam kajian hubungan
manusia.

2.0 HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN DIRI SENDIRI


• Sikap, konsep kendiri dan nilai
• Motivasi
• Personaliti, nilai dan norma PERTEMUAN 1
• Komunikasi Intrapersonal • Perbincangan Bab 2 2 jam

3.0 HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN INDIVIDU LAIN


• Komunikasi Interpersonal
• Hubungan individu dengan kumpulan
PERTEMUAN 2
• Diversiti
• Perbincangan Bab 3 4 jam
4.0 HUBUNGAN INDIVIDU DALAM ORGANISASI
• Kuasa
PERTEMUAN 3
• Politik
• Kepimpinan • Peperiksaan 2 jam
• Komunikasi organisasi. pertengahan semester
(Bab 1,2 dan 3)
• Perbincangan Bab 4 2 jam

5.0 ISU-ISU DALAM HUBUNGAN MANUSIA


• Disiplin dan etika PERTEMUAN 4
• Konflik dan tekanan • Perbincangan Bab 5
• Kepuasan kerja dan penilaian prestasi • Pembentangan
4 jam
• Pengurusan perubahan dan Budaya Organisasi kumpulan (video)
• Globalisasi • Serahan tugasan

Meliputi keseluruhan
6.0 PEPERIKSAAN AKHIR modul (BAB 1-5)
2 jam 30 minit
( tarikh, masa dan tempat
akan diberitahu kemudian)

14. Nama Pensyarah / Penyelaras Subjek UUM : NOOR FAIZZAH BT DOLLAH


Alamat Pejabat : Bilik no 2018, Bangunan Pusat Pengajian Kerajaan, COLGIS
Tel : 04-9287946
E-mel : d.faizzah@uum.edu.my

Nama Pensyarah : CAPT. TS. DR. ZAIDI BIN ADBUL RAZAK


Tel : 019 – 9867440
E-mel : zaidi.razak@yahoo.com.my

15. Rujukan: RujukanUtama Modul GMGM3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran, Unit Pendidikan Jarak
Jauh, Universiti Utara Malaysia.

RujukanTambahan:

Hegar, K.W. (2012) Modern human relations at work (11th ed.) Mason: Thomson/Southwestern.

Dalton, M. Hoyle, D.G., Watts, M.W. (2011). Human Relations. Australia: South-Western Cengage Learning

Hodgetts, R.M. (2004). Modern human relation at work (8th ed.).Fort Worth, TX: Harcourt College Publisher.

Snider, M. (2001). Human relations management in young, growing companies: A manual for entrepreneurs and
executives. Westport: Quorum Books.

Alex, K.B.Y. (1999). Malaysia human resource management. Kuala Lumpur: InstitutPengurusan Malaysia.

Benton, D.A. (1998). Applied human relation: An organizational and skill development approach. New Jersey: Prentice
Hall.

De Cenzo, D.A. (1997). Human relations: Personal and professional development. New Jersey: Prentice Hall.
1. TUGASAN KUMPULAN (40M)

Pilih mana-mana organisasi yang sesuai sama ada organisasi awam atau swasta atau NGO. Pilih
satu isu berkaitan salah satu topik atau sub-topik yang dibincangkan dalam modul.
Bincangkan isu tersebut dari sudut Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran.

Huraikan bagaimana hubungan manusia yang baik dapat mengatasi masalah yang dipilih.
Apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan agar isu atau masalah tersebut mencapai
matlamat sebenar. Nyatakan pendirian anda tentang isu tersebut dengan membuat kupasan yang
sewajarnya.

Penulisan anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

1. Mempunyai pengenalan tentang latarbelakang organisasi.


2. Mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian.
3. Penjelasan disertakan dengan contoh-contoh yang relevan yang berlaku di dalam
organisasi yang dipilih.
4. Mempunyai bahan rujukan yang mencukupi dan bersesuaian.
5. Merupakan penulisan ilmiah yang berkualiti (mempunyai nota kaki/nota tepi, bebas dari
kesalahan ejaan/struktur ayat, bukan hasil copy and paste).
6. Format penulisan akademik (APA system) sangat dititikberatkan dan boleh menjejaskan
markah sekiranya diambil mudah oleh pelajar.
7. Bertaip langkau 1.5 baris tidak melebihi 10 mukasurat
8. Tarikh menghantar tugasan ialah pada pertemuan ke 4 (perlu upload dalam online
learning dalam format PDF)

PERINGATAN:
Kelewatan menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan akan menyebabkan anda
kehilangan 30% markah. Pensyarah tidak akan melayani sebarang tambahan masa akibat
daripada kecuaian pelajar atau lain-lain perkara.

2. PEMBENTANGAN KUMPULAN (VIDEO) (20M)

Berdasarkan kepada tugasan kumpulan, anda dikehendaki menyiapkan satu video berkaitan
tugasan yang telah dihasilkan.

Video mesti memenuhi syarat seperti di bawah:


i. Menghasilkan video berdasarkan topik yang dipilih.
ii. Role played iaitu dilakonkan oleh ahli kumpulan berdasarkan tajuk yang dipilih,
iii. Disunting secara akademik,
iv. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
v. Panjang video antara 10-15 minit,
vi. Video akan dimainkan dan dikongsi di dalam kelas,
vii. Upload soft copy video di dalam online learning.

Pembentangan tugasan secara KUMPULAN akan diadakan pada pertemuan KEEMPAT.


Kehadiran adalah wajib kerana penilaian markah pembentangan akan diberi semasa sesi ini
berjalan.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

1. Setiap pelajar perlu menyempurnakan satu tugasan secara berkumpulan (5-6 orang
bagi setiap kumpulan).

2. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan berunsur
plagiat tidak akan diterima.

3. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan, gaya


persembahan, isi perbincangan dan format keseluruhan tugasan.

4. Tugasan perlu di upload di dalam online learning dalam format PDF.

5. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New
Roman dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:
• PACE dan universiti,
• nama dan kod kursus,
• nama pensyarah,
• nama dan nombor matrik pelajar (ikut turutan), dan
• tarikh serahan

6. Format penulisan adalah seperti berikut:


• Jenis huruf adalah Times New Roman.
• Saiz huruf ialah 12 point dengan 1.5 langkau baris (1.5 line spacing)
• Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.
• Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik kajian.
• Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan
Contoh
Micheal et al. (2000) membuktikan ......

Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.

• Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi


Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.

Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:


Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.

• Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama tanpa
parap serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
• Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........

Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis


lengkap.
Contoh
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology: a
geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. New York: The Free Press.

• Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada pelbagai
sumber dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format di bawah.

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy


types and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a
source book. London: McMillan.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan cabaran.


Kertas Kerja Persidangan Kependudukan Abad Ke-21. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.
Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization
problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari: 11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGM3013
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

TAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK

(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH

(nama pelajar )

(no matrik)*perlu ikut turutan


Et al. dasarnya bermaksud “dan lain-lain,” “tambahan” atau “sebagai
tambahan.” Ia adalah bentuk singkatan daripada Latin ungkapan et
alia (atau et Alii atau et aliae , bentuk maskulin dan feminin jamak,
masing-masing).
Singkatan et al. sering muncul dalam dokumen akademik. Ia biasanya
digunakan dalam nota kaki dan petikan: contohnya, apabila buku yang
mempunyai pelbagai penulis, et al . boleh digunakan selepas nama
pertama untuk menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada dua
penulis lain yang bekerja dalam projek ini.

Cara Menggunakan Et Al.


Et al . boleh digunakan dalam satu keadaan yang merujuk kepada lebih
daripada dua orang. Pastikan ia sentiasa diikuti dengan tempoh, yang
menunjukkan bahawa itu singkatan, tetapi memandangkan kelaziman
dalam bahasa Inggeris, italicizing ia adalah tidak perlu dalam petikan
rujukan , walaupun beberapa penerbitan mungkin memerlukannya.
ia hanya boleh digunakan apabila terdapat dua atau lebih
penulis. Selama tiga hingga lima penulis, semua nama hendaklah
disenaraikan dalam petikan yang pertama, tetapi semua petikan berikut
boleh termasuk hanya nama pengarang pertama dan et al. Selama
enam atau lebih penulis, pengarang pertama dan et al. boleh digunakan
dalam semua petikan, termasuk yang pertama. Jika anda rujukan
sumber dengan banyak pengarang yang sama, menjelaskan seberapa
banyak nama-nama yang mungkin sebelum menggunakan et
al., Sehingga tidak ada ruang untuk kekeliruan. Jika menggunakan
panduan gaya yang berbeza, pastikan untuk merujuk manual simpanan
yang peraturan boleh berbeza.
Perlu diingat bahawa sejak et al. adalah jamak, ia perlu memohon
kepada sekurang-kurangnya dua orang. Sebagai contoh, jika anda
berurusan dengan empat pengarang dan telah ditaip tiga nama, anda
tidak boleh menggunakan et al. untuk menggantikan yang terakhir,
kerana ia tidak boleh digunakan sebagai ganti hanya satu orang.
Adakah ia mempunyai tempat di luar petikan? Secara umumnya,
tidak. Walaupun tidak secara teknikal tidak betul, ia akan menjadi yang
jarang berlaku, dan terlalu formal, untuk melihat ia dalam e-mel ucapan
kepada beberapa orang, seperti: “Dear Bill et al. “

Contoh Et Al.
• Jolly et al. (2017) menerbitkan satu kajian revolusi peranan
microbiome usus: Dalam ayat ini, et al. tidak muncul dalam senarai
rujukan, tetapi masih berfungsi untuk menunjukkan bahawa Jolly
dan lain-lain menyumbang kepada kajian yang berkenaan.

NOTA KAKI
Ramai kalangan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara membuat nota kaki.
Meskipun telah diterangkan pada minggu pertama perkuliahan, nampaknya ramai yang
tidak faham, tetapi tidak pula mahu bertanya, bila tiba masa untuk membuat kertas
kerja, maka masalah mula timbul.

Perlu diingat, kertas kerja dari aspek teknikal mesti mempunyai dua elemen yang
penting iaitu nota kaki dan rujukan. Tanpa kedua-dua perkara ini, kertas kerja jadi tidak
bernilai dan tiada nilai ilmiahnya meskipun isi dan huraiannya bagus.

Apa itu nota kaki?


Nota kaki ialah catatan bawah (sama ada di akhir perenggan atau akhir halaman)
yang menunjukkan sumber buku/bahan bacaan yang kita rujuk untuk menghasilkan
kertas kerja tersebut. Ia tidak menggambarkan kita mengambil bulat-bulat dari
sumber tersebut tetapi walaupun kita merujuk dan membuat ayat sendiri, perlu kita
letak rujukannya.

Contoh artikel 1
5.2 Permulaan Nasionalisme Mesir

Mesir pada abad ke-18 merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah.


Sepanjang kurun ke-17 – ke-18 Masihi, Mesir mengalami beberapa konflik politik
apabila kelompok-kelompok Mamluk saling berebutan kuasa. Suasana politik tidak
stabil itu membawa kepada kekacauan dan kemerosotan ekonomi. (Fadhlullah
Jamil, 2000: 197) – dalam kurungan ialah nota kaki, di mana dimasukkan nama
pengarang, tahun buku diterbitkan: halaman buku.

Anda mungkin juga menyukai