Anda di halaman 1dari 9

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER APRIL 2023/2024

GMGM3013
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN & PENGAJIAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

No. MaklumatKursus
Nama Kursus : HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN
1.
KodKursus : GMGM3013
2.

3. Nama Staf Akademik : NOOR FAIZZAH DOLLAH

4. Nilai Kredit : 3

5. Prasyarat: TIADA

6. Objektif :Pelajar diharap dapat


1. Memahami tentang Hubungan Manusia serta ciri-ciri dan kepentingannya terhadap pengurus dan
organisasi.
2. Mengetahui serta boleh membincangkan teori-teori serta konsep-konsep penting dalam kajian hubungan
manusia, serta memahami kepentingan manusia dalam sesebuah organisasi.
3. Memperolehi serta menambah kemahiran kepimpinan serta kepengurusan sesebuah organisasi terutamanya
aspek pengurusan manusia.
4. Memahami serta dapat menangani cabaran-cabaran baru hasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku
dalam aspek pengurusan pekerja di sesebuah organisasi.

7. Hasil Pembelajaran: Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. menjelaskan tentang konsep-konsep kendiri yang perlu bagi seorang pengurus.
2. mengartikulasi komunikasi dengan lebih efektif dengan individu lain.
3. membincangkan tentang perkara-perkara yang menjadi asas di dalam sesebuah organisasi seperti
kepimpinan, kuasa dan politik.
4. menerangkan isu-isu semasa yang biasanya terjadi apabila berhadapan dengan isu di dalam hubungan
manusia.

8. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek berkumpulan.

9. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran: Campuran teacher-centered dan student-centered

10. Sinopsis
Manusia merupakan elemen terpenting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Hubungan manusia didefinisikan
sebagai interaksi antara pengurusan dan pekerja di dalam mencapai objektif-objektif organisasi mereka. Interaksi
yang baik antara kedua belah pihak akan membantu kearah prestasi organisasi yang lebih baik bagi mencapai objektif
organisasi. Kelemahan-kelemahan kebanyakan organisasi adalah berpunca dari hubungan manusia yang lemah.
Kursus ini akan membincangkan tentang pengenalan diri individu, hubungan individu dengan individu lain, hubungan
individu dalam organisasi dan isu-isu dalam hubungan manusia. Diharapkan kursus ini akan memberi input yang
berguna kepada bakal-bakal pengurus organisasi mengharungi cabaran di era globalisasi ini.

11. PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan modul khusus sebagai
rujukan utama. Di dalam modul ini pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian kendiri
sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperoleh pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca
rujukan lain. Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba menjawab soalan-
soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Cara ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas
setiap pelajaran serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan teori-teori dan disiplin dalam
bidang ini. Di samping pembelajaran kendiri melalui modul yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan antara pelajar
dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan penumpuan adalah kepada
sesi perbincangan dan soal jawab. Oleh itu, pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir
kesesi perjumpaan:
i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran.
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walaubagaimana pun, adalah diingatkan bahawa jadual
tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan unit pengajian luar kampus,
PACE UUM dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

12. PenilaianKursus:

1. Kerja kursus 60%=100M


- Tugasan Individu = 30M (18%)
- Tugasan kumpulan =50M (30%)
-Pembentangan kumpulan =20M (12%)
2. Peperiksaan Akhir (40%)
- Soalan peperiksaan akhir merangkumi keseluruhan Bab yang dibincangkan dalam kursus ini (sebarang
perubahan akan dimaklumkan kemudian).

TOPIK PERTEMUAN TEMPOH

1.0 PENGENALAN KURSUS

 Takrif hubungan manusia dalam pengurusan


organisasi. PERTEMUAN 1
 Pergerakan hubungan manusia dalam  Penerangan kursus
2 jam
pengurusan.  Perbincangan Bab 1
 Kepentingan hubungan manusia dalam
pengurusan.
 Sumbangan sains sosial dalam kajian hubungan
manusia.

2.0 HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN DIRI SENDIRI


 Sikap, konsep kendiri dan nilai
 Motivasi
PERTEMUAN 1
 Personaliti, nilai dan norma
 Komunikasi Intrapersonal  Perbincangan Bab 2 2 jam

3.0 HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN INDIVIDU LAIN


 Komunikasi Interpersonal
 Hubungan individu dengan kumpulan PERTEMUAN 2
 Diversiti
 Perbincangan Bab 3 4 jam
4.0 HUBUNGAN INDIVIDU DALAM ORGANISASI
 Kuasa
 Politik
 Kepimpinan PERTEMUAN 3
 Komunikasi organisasi.  Perbincangan Bab 4 4 jam

5.0 ISU-ISU DALAM HUBUNGAN MANUSIA PERTEMUAN 4


 Disiplin dan etika
 Perbincangan Bab 5
 Konflik dan tekanan
 Pembentangan
 Kepuasan kerja dan penilaian prestasi 4 jam
kumpulan (video)
 Pengurusan perubahan dan Budaya Organisasi
 Serahan tugasan
 Globalisasi

Meliputi keseluruhan
6.0 PEPERIKSAAN AKHIR modul (BAB 1-5)
2 jam 30 minit
( tarikh, masa dan tempat
akan diberitahu kemudian)

14. Nama Pensyarah: NOOR FAIZZAH BT DOLLAH


Alamat Pejabat: Bilik no 2018, Bangunan Pusat Pengajian Kerajaan, COLGIS
Tel: 04-9287946
E-mel: d.faizzah@uum.edu.my

15. Rujukan: Rujukan Utama Modul GMGM3013 Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran, Unit Pendidikan
Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia.

RujukanTambahan:

Abdul Manaf, Halimah and Abdul Mutalib, Rozita (2019) Transformasi sumber manusia dalam sektor awam. Sintok: UUM
Press

Hegar, K.W. (2012) Modern human relations at work (11th ed.) Mason: Thomson/Southwestern.

Dalton, M. Hoyle, D.G., Watts, M.W. (2011). Human Relations. Australia: South-Western Cengage Learning

Hodgetts, R.M. (2004). Modern human relation at work (8th ed.).Fort Worth, TX: Harcourt College Publisher.

Lussier, Robert, N. (2013). Human relations in organizations applications and skill building. 9th edn. New York:
McGraw- Hill/Irwin.

Snider, M. (2001). Human relations management in young, growing companies: A manual for entrepreneurs and
executives. Westport: Quorum Books.

Tan, K.W. (2011). Human Resource Management in Malaysia: Theory & Practice. McGraw-Hill Education (Asia).
1. TUGASAN INDIVIDU (30M)

Panduan Dan Arahan Penyediaan Tugasan Individu

Pelajar dikehendaki menulis satu artikel mengenai topik berikut: (pilih satu sahaja)

1. Motivasi dalam Pengurusan Kerja


2. Komunikasi Menegak, Mendatar dan Grapewine dalam Organisasi
3. Pengurusan Diversiti
4. Politik dan Kuasa Organisasi
5. Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
6. Etika Kerja Profesional
7. Pengurusan Konflik dan Stress ditempat Kerja
8. Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja
9. Perubahan dan Pembangunan Organisasi
10. Globalisasi dan Kecemerlangan Pengurusan

Penulisan anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

1. Mempunyai pengenalan mengenai tajuk yang dibincangkan


2. Mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian
3. Penjelasan disertakan dengan contoh-contoh yang relevan yang berlaku dalam
persekitaran semasa.
4. Mempunyai bahan rujukan yang mencukupi dan bersesuaian
5. Merupakan penulisan ilmiah yang berkualiti (mempunyai nota kaki/nota tepi, bebas
dari kesalahan ejaan/struktur ayat)
6. Bukan hasil COPY and PASTE
7. Bertaip langkau sebaris (double spacing), Times New Roman bersaiz 12
8. Penulisan artikel adalah antara 8-10 muka surat sahaja.
9. Laporan ujian plagiat (Turnitin) sangat digalakkan.
10. Tarikh akhir serahan ialah pada PERTEMUAN KE 4

Pemarkahan tugasan berdasarkan:-


i. Jumlah rujukan tugasan
ii. Kematangan fikiran dalam penulisan
iii. Kesesuaian contoh yang diberikan
iv. Kejelasan idea yang dibincangkan
2. TUGASAN KUMPULAN (50M)

Pilih mana-mana organisasi yang sesuai sama ada organisasi awam atau swasta atau NGO.
Pilih satu isu berkaitan salah satu tajuk atau sub-tajuk yang dibincangkan dalam modul.
Bincangkan isu tersebut dari sudut Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran.

Huraikan bagaimana hubungan manusia yang baik dapat mengatasi masalah yang dipilih.
Apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan agar isu atau masalah tersebut mencapai
matlamat sebenar. Nyatakan pendirian anda tentang isu tersebut dengan membuat kupasan
yang sewajarnya.

Setiap kumpulan perlu memilih isu yang berlainan.

Penulisan anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

1. Tugasan secara berkumpulan (3-4 orang bagi setiap kumpulan).


2. Mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian.
3. Penjelasan disertakan dengan contoh-contoh yang relevan yang berlaku di dalam
organisasi dan masyarakat pada masa kini.
4. Mempunyai bahan rujukan yang mencukupi dan bersesuaian (5 rujukan dan ke atas:
journal, buku, artikel, bahan rujukan yang sah dari tahun 2016-2023 dan sumber yang
dipercayai.
5. Merupakan penulisan ilmiah yang berkualiti (mempunyai nota kaki/nota tepi, bebas
dari kesalahan ejaan/struktur ayat)
6. Format penulisan akademik (APA system).
7. Tugasan tidak melebihi 10-15 mukasurat.
8. Bukan hasil COPY AND PASTE. Tugasan berunsur plagiat tidak akan diterima.
9. Laporan ujian plagiat (Turnitin) sangat digalakkan.
10. Tarikh akhir serahan ialah pada PERTEMUAN KE 4.
11. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan, gaya
persembahan, isi perbincangan dan format keseluruhan tugasan.
12. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New
Roman dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:
 PACE dan universiti,
 nama dan kod kursus,
 nama pensyarah,
 nama dan nombor matrik pelajar (ikut turutan), dan tarikh serahan
13. Format penulisan adalah seperti berikut:
 Jenis huruf adalah Times New Roman.
 Saiz huruf ialah 12 point dengan 1.5 langkau baris (1.5 line spacing)
 Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.
 Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik kajian.
 Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan
Contoh
Micheal et al. (2000) membuktikan ......

Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.

FORMAT RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

 Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi


Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.

Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:


Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.

 Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama
tanpa parap serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
 Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........

Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis


lengkap.
Contoh
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology: a
geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. New York: The Free Press.

 Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada


pelbagai sumber dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format di
bawah.

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy


types and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice:
a source book. London: McMillan.
Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan cabaran.


Kertas Kerja Persidangan Kependudukan Abad Ke-21. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector


optimization problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari: 11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

PERINGATAN:
Kelewatan menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan akan menyebabkan anda
kehilangan 30% markah. Pensyarah tidak akan melayani sebarang tambahan masa akibat
daripada kecuaian pelajar atau lain-lain perkara.

Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


3. PEMBENTANGAN KUMPULAN (VIDEO) (20M)
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGM3013
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

3. TUGASAN VIDEO (PEMBENTANGAN KUMPULAN)


TAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK

(nama pensyarah)
PEMBENTANGAN KUMPULAN

Pembentangan tugasan secara KUMPULAN akan diadakan pada pertemuan KEEMPAT.


Kehadiran adalah wajib kerana penilaian markah pembentangan akan diberi semasa sesi ini
berjalan. Jenis pembentangan terpulang kepada kreativiti kumpulan (role play, forum, berita
dan lain-lain). Masa pembentangan adalah 10-15 minit untuk setiap kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai