Anda di halaman 1dari 29

KPS 3014

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

E-FOLIO

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIKS
RADIN WAFA SYAHIRAH BINTI KAMARUZAMAN D20222104964

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

1
PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdullilah ke atas
ilahi dengan limpah dan rahmatNya serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat
menyiapkan tugasan e-folio dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah yang
tercinta iaitu Encik Abu Bakar bin Yusuf kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini sehingga akhir. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan komitmen dan segala kemudahan
serta sokongan moral sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan.

Akhir madah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Semoga dengan tugasan
diberikan ini dapat memberikan impak yang positif dalam kefahaman serta bagi subjek
pengurusan pembelajaran ini.

2
BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

1) Definisi Sosiologi
 Kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial (Tischler,2011).
 Kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial,
dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar
(Openstax,2017).
 Kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi
tumpuan kepada hubungan sosial iaitu bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi
tingkah laku manusia dan bagaimana manusia berkembang dan berubah
(Schaefer,2017).

2) Perspektif Sosiologi
 Mikro – kajian melibatkan interaksi individu dan kumpulan kecil.
 Makro- Kajian melibatkan trend dalam kalangan dan antara kumpulan besar dan
masyarakat.

3) Kepentingan Sosiologi
 Memberikan kefahaman tentang isu sosial dan corak tingkah laku.
 Membantu memahami bagaimana sistem sosial masyarakat berfungsi.
 Membantu mengenalpasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam masyarakat.
 Membantu memahami mengapa dan bagaimana masyarakat berubah.

4) Teori Utama Sosiologi


 Teori interaksionisme simbolik
- Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
- Teori mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam
persekitaran sosial dengan individu lain.
- Interkasi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.

3
 Teori konflik
- Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883).
- Mengkaji dan menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat.
- Asas kepada pembentukan masyarakat yang terdiri daripada faktor-faktor ekonomi.
- Mengkritik kapitalisme.

 Teori fungsionalisme
- Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
- Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains
tulen.
- Manusia dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi
yang tersendiri.

5) Rumusan
 Sosiologi dan pembelajaran perlu diketahui oleh semua lapisan yang bergelar guru
serta mengetahui teori-teori kerana ia amat penting untuk diaplikasikan pada masa
akan datang. Sosiologi ini merupakan perkara penting yang perlu dikuasai dalam
dunia pendidikan dan mampu melahirkan guru yang berwawasan.

6) Rujukan
 Hanafy, M. S. (2004). Konsep belajar dan pembelajaran. Lentera Pendidikan: Jurnal
Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, 17(1), 66-77.
 Subadi, T. (2009) Sosiologi dan Sosiologi Pendidikan.

4
BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

1) Definisi Interaksi
 Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara
dua pihak atau lebih.

2) Definisi pembelajaran
 Pembelajaran didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiah, serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

3) Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah


 Interaksi sehala.
 Interaksi dua hala.
 Interaksi kumpulan.
 Interaksi antara kumpulan.
 Interaksi sosial.

4) Interaksi yang berkesan


 Bersikap positif dan percaya kepada pelajar.
 Bersikap ramah dan mesra dengan individu lain.
 Menghormati pandangan dan pendapat lisan lain.
 Mengenal pasti latar belakang pelajar supaya memudahkan interaksi antara insan.
 Gunakan bahasa/arahan yang mudah untuk difahami.
 Bertanyakan soalan terbuka bagi menggalakkan pelajar memberikan
idea/pandangan.
5) Rumusan
 Interaksi yang berkesan akan menghasilkan perhubungan yang positif dan baik
antara satu sama lain disamping melancarkan proses penyampaian ilmu.

5
6) Rujukan
 Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. (6 September 2016). Komunikasi Berkesan.
Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKES
AN

6
BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

1) Definsi pengurusan
 Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang
ditentukan (Stoner,1984).
 Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai
matlamat (Robbins,1984).
 Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang
sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan,2004).
 Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia
dan alat-alat digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

2) Kepentingan Pengurusan
 Meningkatkan pengetahuan.
 Meningkatkan nilai amalan kerja guru.
 Menambahkan produktiviti.
 Mendapat keredhaan Allah.

3) Strategi pengurusan pembelajaran


 Berpusatkan pelajar.
 Berpusatkan bahan.
 Berpusatkan Guru.

4) Kaedah Pengurusan
 Kaedah set induksi.
 Kaedah demostrasi pelajar.
 Kaedah pendekatan dan pembelajaran.

7
5) Rumusan
 Guru mestilah bersiap sedia dari segi pengurusan pembelajaran agar semasa
sesi pengajaran berlangsung guru dalam keadaan yang bersedia dan dapat
mencapai objektif pembelajaran.

6) Rujukan
 Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan &
Kepimpinan Pendidikan, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

8
BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

1) Definisi Kempimpinan
 Satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan
seterusnya mencapai matlamat organisasi (stogdill 1950)
 Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak
impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain (kellermen
1984).
 Satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan
pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang
menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama
(Sergiovanni 1989).

2) Definisi Organisasi
 Organisasi dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama
kea rah mencapai matlamat yang sama.
 Organisasi sebagai satu unit yang mengandungi manusia yang bekerjasama
dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap
manusia itu dan organisasinya.
 Organisasi merupakan himpunan individu yang menjalankan tugas tersendiri
mengikut unit kerjaa yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat
yang telah ditetapkan.

3) Ciri-ciri organsiasi
 Identiti.
 Hierarki.
 Pembahagian tugas.
 Peraturan, dasar dan sistem.

9
4) Gaya kepimpinan
 Kepimpinan Autokratik.
 Kepimpinan Demokratik.
 Kepimpinan Laissez-faire.
 Kepimpinan Kontigensi.

5) Rumusan
 Kepimpinan yang berkesan bermula dengan gaya kepimpinan yang sesuai
untuk dipraktikkan oleh sesebuah organisasi. Setiap guru haruslah memainkan
peranan yang penting supaya pelajar dapat memberikan respon yang positif.

6) Rujukan

 https://aimanahmad47.blogspot.com/2018/12bab-4-kepimpinan-dan-
organisasi.html

10
BAB 5 : PENGURUSAN MURID

1) Pengenalan
 Pengurusan ialah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara
perancangan, pengorganisasian, pengarah dan pengawalan bagi tujuan untuk
mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif
organisasi tercapai.

2) Komponen pengurusan murid


a) Kesediaan murid
 Kesediaan kognitif.
 Kesediaan afektif.
 Kesediaan psikomotor.

b) Memotivasikan murid
 Memahami objektif pembelajaran.
 Penglibatan aktif.
 Interaksi positif.
 Pembelajaran tentang kehidupan seharian dan minat.

c) Mengurus rekod murid


 Kehadiran pelajar direkodkan di dalam buku kehadiran.
 Rekod mengajar guru.
 Salinan sukatan pelajaran.

3) Cara menarik minat pelajar


 Set induksi yang menarik.
 Penampilan dan personaliti guru yang menarik.
 Kelas yang kondusif dan ceria.
 Perancangan aktiviti sebelum pdp.

11
4) Rumusan
 Guru mestilah memainkan peranan dengan mengurus murid dengan betul dan
perlu dikuasai oleh setiap pendidik supaya dapat mewujudkan sebuah suasana
pembelajaran yang kondusif. Guru mestilah mengenalpasti pengurusan murid
agar murid dalam keadaan yang baik.

5) Rujukan
 Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan &
Kepimpinan Pendidikan, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

12
BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

1) Definisi bilik darjah


 Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja,
bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan
pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
 Ini adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek
terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan
fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).

2) Faktor pengurusan bilik darjah


 Faktor fizikal.
 Faktor teknikal.
 Faktor psikososial.
 Pendekatan pengajaran.
 Gaya kepimpinan guru.
 Komunikasi.

3) Susun atur bilik darjah abad ke-21


 Susunan fizikal bilik darjah.
 Meja dan kerusi disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan.
 Membolehkan pelajar terlibat aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Konsep utama yang boleh diguna pakai adalah campfire dan watering hole.

4) Kemahiran mengurus bilik darjah


 Kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (UBM).
 Kemahiran susun atur.
 Kemahiran penutup.

13
5) Rumusan
 Pengurusan bilik darjah seharusnya menjadi aspek yang penting dalam usaha ke
arah sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan pembelajaran abad ke-21
yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi. Usaha yang dilakukan oleh pihak
kerajaan melalui pendidikan abad ke-21 telah menampakkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dan memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan di
Malaysia. Pengurusan bilik darjah yang dikatakan juga menjadi salah satu faktor
kecemerlangan pelajar.

6) Rujukan
 Apak, J. Taat, M.S, (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik
darjah abad ke-21. Malaysian Journal Of Science and Humanities (MJSSH), 2(4),
6-22.

14
BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

1) Definisi pengurusan
 Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia
dan alat-alat digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.

2) Definisi sumber
 Sumber sebagai bahan atau barang yang digunakan dalam aktiviti pengajaran.
Sumber yang baik adalah yang dapat memenuhi keperluan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

3) Konsep pengurusan sumber


 Satu bentuk hubungan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi
yang strategik.
 Melibatkan kerja kerja menstruktur organisasi dan kakitangan organisasi dalam
menyusun, merancang, mengarah dan mengawal sesuatu program yang
melibatkan sumber di sekolah.
 Pengurusan sumber dalam konteks pengurusan sekolah adalah penting
(Sonia,2010).

4) Komponen pengurusan sumber


 Pengurusan pentadbiran.
 Pengurusan pusat sumber.
 Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.
 Pengurusan insfrastruktur.

5) Rumusan
 Semua pihak perlulah memainkan peranan dengan berganding bahu dalam
menguruskan sumber agar matlamat, visi dan misi yang ditetapkan dapat dicapai.
Sesungguhnya pencapaian murid bergantung kepada kecekapan pihak sekolah
dalam mengurus pengurusan sumber.

15
6) Rujukan
 http://pengurusan-pembelajaran-uzafariza.blogspot.com/2018/12/bab-4-
pengurusan-sumber-pembelajaran.html

16
BAB 8 : STRATEGIK MENGURUS BILIK DARJAH

1) Pengenalan
 Strategi ialah ilmu tentang cara-cara atau rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat. Ia terdiri daripada dua atau tiga rancangan atau pendekatan utama yang
dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Pengurusan bilik pembelajaran
merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian, dan kawalan pelajar serta
proses pembelajaran untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
2) Elemen
 Merancang – hala tuju pengajaran.
 Mengelola – menyediakan arahan.
 Mengawal – membuat pemantauan.
 Membuat refleksi – bersedia mengubah.
 Menjalin hubungan guru – murid.

3) Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran


 Unsur fizikal bilik darjah.
 Interaksi dalam bilik darjah.
 Mengurus iklim pembelajaran positif.

4) Rumusan
 Strategi mengurus bilik darjah merupakan elemen yang penting untuk
melancarkan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap guru perlulah
menguasai strategi dan membuat pembaharuan strategi bagi memastikan pelajar
sentiasa bersemangat dan tidak bosan.

5) Rujukan
 Apak, J. Taat, M.S, (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik
darjah abad ke-21. Malaysian Journal Of Science and Humanities (MJSSH), 2(4),
6-22.

17
BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAHLAKU

1) Pengenalan tingkah laku


 Tingkah laku ialah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku merupakan tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai sama ada perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak, secara sedar
atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku yang bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

2) Disiplin
 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid semasa berada di sekolah
bagi melahirkan insan yang berkualiti.
 Menjadi satu komponen penting dan wajib dalam setiap sekolah yang
merangkumi tatatertib, tatasusila dan kesopanan bagi memainkan peranan
membentuk pelajar yang bersahsiah.

3) Tugas guru disiplin


 Memastikan pelajar mengikut peraturan yang disediakan.
 Memberi hukuman kepada pelajar yang melakukan salah atau melanggar
peraturan.
 Memastikan keselamatan persekitaran sekolah.

4) Jenis tingkah laku


 Tingkah laku positif – menghormati, mematuhi peraturan.
 Tingkah laku negative – membuli, merokok, melanggar peraturan.

5) Cara mengatasi
 Menasihati pelajar dari semasa ke semasa.
 Memberikan denda atau hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan.
 Mendisiplinkan pelajar.

18
6) Rumusan
 Guru haruslah memainkan peranan dengan mendisiplinkan setiap pelajar
walaupun mempunyai ragaman masing-masing. Namun dengan cara pengendalian
disiplin yang betul dapat membentuk sahsiah pelajar dengan baik dan tidak
berlarutan. Hal ini dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar dari semasa ke
semasa.

7) Rujukan
 Zainal, K. Tarmizi, R, A., Kasa, Z.., & Ibrahim, M. A. A (2007). Program sistem
penalty: Kaedah alternative bagi pengurusan disiplin pelajar. Penalti: Jurnal
Pendidikan,32.

19
BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

1) Pengenalan
 Fungsi sesorang guru bukan sahaja mengajar tetapi sebagai penasihat kepada para
pelajarnya agar mereka yag mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya.
Sesi kaunseling terhadap pelajar perlu dilakukan terutamanya pelajar yang
mempunyai masalah dari segi pembelajaran mahupun kendiri.

2) Pengurusan penasihat murid


 Bimbingan.
 Penasihat.
 Mentoring.

3) Proses bimbingan penasihatan


 Fasa 1 : kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
 Fasa 2 : meguasai kemahiran atau bimbingan dan penasihatan.
 Fasa 3 : Proses mengenali pelajar.
 Fasa 4 : Proses membimbing pelajar.
 Fasa 5 : Analisis pentadbiran.

4) Proses membimbing
 Membina hubungan.
 Penerokaan.
 Definisi masalah dan membina matlamat.
 Alternative penyelesaian dan pelan tindakan.
 Melaksanakan tindakan.
 Penamatan.

20
5) Proses mentoring
 Menjalin perhubungan.
 Merundingkan persetujuan.
 Perkembangan professional.
 Menamatkan perhubungan.

6) Peranan guru bimbingan dan kaunseling


 Memberi nasihat dan bimbinga kepada pelajar.
 Meningkatkan motivasi dalam diri pelajar.
 Membuat sebaran berkaitan bidang kaunseling.

7) Rumusan
 Setiap pelajar mempunyai masalah dan memerlukan nasihat daripada guru.
Dengan ini ia mampu memberikan sedikit sebanyak dalam membantu
menyelesaikan masalah pelajar.

8) Rujukan
 Baba, M., & bin MAdonm Z., (2003). Kaunseling individu. PTS Prodessional.

21
BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

1) Pengenalan
 Budaya merupakan tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam
masyarakat manusia. Ia dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi,
merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam
masyarakat manusia.

2) Definisi budaya
 Menurut Prof. Dr. Amir Hasan, budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah
laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.

3) Definisi pelbagai budaya


 Pelbagai budaya adalah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah
organisasi atau masyarakat.

4) Teori sosial pelbagai budaya


 Anglo Conformity - masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar
belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya yang disatukan dalam satu wadah
yang paling dominan.
 Etchnic Synthesis - setiap individu dalam satu masyarakat yang pelbagai latar
belakang disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru
dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu
dalam masyarakat.
 Cultural Pluralism (Mosaic Analogy) - iaitu masyarakat yang terdiri daripada
individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa
dan budaya yang tersendiri.

22
5) Rumusan
 Di dalam Negara kita terdapat pelbagai budaya, kaum dan etnik. Namun dengan
adanya pengurusan pelbagai budaya ini dapat mengeratkan silaturahim tanpa
mengira latar belakang. Setiap individu tidak kira sama ada murid atau guru
mestilah saling hormat menghormati bagi memupuk semangat perpaduan.

6) Rujukan
 Omar, N., & noh,M. A. C. (2017). Kepelbagaian elemen budaya dalam
pengajaran pendidikan islam: isu dan kepentingan. O-JIE; Online Journal of
Islamic Education, 3, 1-11.

 Pengurusan Kepelbagaian Budaya (2020)


https://pengurusankepelbagaianbudaya.blogspot.com/2020/12/unit-11pengurusan-
kepelbagaian-budaya.html

23
BAB 12 : PELBAGAI PENGURUSAN UPAYA

1) Definisi pelbagai upaya


 Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah
dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal,
mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.
 Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah
satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan oleh
manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2) Konsep pemulihan
 Mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak
kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat mendapatkan ilmu kemahiran berbanding rakan
sebaya.

3) Ciri-ciri kanak pemulihan


 Rendah diri
 Cepat bosan
 Pasif
 Kurang pemahaman
 Malas

4) Peranan guru
 Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut
personality murid. Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.

5) Jenis-jenis penggayaan
 Pengayaan mendatar – aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam
sesuatu kumpulan.
 Pengayaan menegak – aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid.

24
6) Rumusan
 Guru mestilah memainkan peranan dengan memberi layanan yang seimbang
antara murid yang biasa dan luar biasa supaya mereka tidak rasa tersisih dan
sentiasa semangat untuk menimba ilmu di sekolah.

7) Rujukan
 Ahmad, N. A, (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi murid
bermasalah pembelajaran: Kajian secara naratif inkuiri. Management Research
Journal, 3, 38-52.

25
BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

1) Pengenalan
 Sekolah merupakan sebuah institusi yang memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat.
 Sekolah berfungsi mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan
manusia yang berwawasan dan cemerlang dari segi keilmuan tetapi membentuk
manusia yang bersahsiah dan memahami tanggungjawabnya selari dengan
falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan manusia yang seimbang
dari segi Jasmani, Rohani Emosi dan Intelek (JERI).

2) Ciri sekolah kondusif


 Persekitaran fizikal sekolah – kemudahan dan kebersihan.
 Persekitaran bilik darjah – pencahayaan, pengudaraan dan susunan meja dan
kerusi.
 Persekitaran psikososial – hubungan antara murid dan guru.

3) Aspek dalam perhubungan


 Perhubungan interpersonal – meningkatkan sikap profesionalisme.
 Pengajaran dan pembelajaran – Guru menggunakan kreativiti.
 Kemudahan fizikal yang lengkap – persekitaran yang bersih, lengkap dan selamat.

4) Rumusan
 Persekitaran yang baik, selesa dan selamat amat penting dalam sekolah bagi
memberikan keselesaan dan ketenangan kepada para pelajar, guru dan pekerja
yang berada di kawasan sekolah. Pihak sekolah haruslah menjaga persekitaran
sekolah dan menceriakan sekolah dengan membuat tanaman bunga di taman.
Persekitaran sekolah yang cantik dapat memberikan motivasi dan menaikkan
semangat pelajar untuk ke sekolah.

26
5) Rujukan
 Jamaludin, F., nor, M. Y, M., & Hamzah, M.I.M (2018). Latihan Dalam
Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah, Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1).

27
BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1) Definisi
 Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau
suasana belajar yang dapat menarik pelajar untuk mencapai matlamat perubahan
tingkah laku tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

2) Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran


 Memenuhi masa yang diperuntukan
 Menepati kehendak matlamat dan objektif
 Berkesan sepanjang waktu pengajaran

3) Bentuk obejktif
 Objektif implisit – melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti
memahami, mengetahui, menghargai sesuatu yang telah diajar
 Objektif eksplisit – melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti
menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan.

4) Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran


 Buku teks
 Buku rujukan
 Buku latihan
 Lampiran nota
 LCD
 Kompuer/TV
 Peta/gambarajah

28
5) Rumusan
 Suasana alam pembelajaran yang kondusif dan ceria dapat meningkatkan
semangat pelajar dan mewujudkan alam pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru perlulah kreatif dalam mewujudkan suasana yang ceria dan selesa agar
memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan kepada pelajar.

6) Rujukan
 Abas, H. (2012). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru
sekolah menengah daerah Segamat (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).

29

Anda mungkin juga menyukai