Anda di halaman 1dari 5

FALSAFAH KOMUNIKASI

Falsafah bermaksud 'alam minda' atau 'pemikiran semula jadi' yang disebut sebagai berfikir.
Falsafah adalah untuk berfikir secara mendalam dan bersungguh-sungguh tentang suatu perkara.
Yang mana falsafah adalah hasil daripada minda manusia yang mencari dan memikirkan
kebenaran secara berperingkat. Dengan kata lain: Falsafah adalah kajian inti dari kebenaran segala-
galanya. Manakala Komunikasi adalah proses bagaimana proses maklumat atau pengetahuan
antara individu ditukarkan melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum. Oleh itu,
falsafah komunikasi bermaksud bagaimana seseorang berkomunikasi, menyampaikan atau
menerima suatu pengetahuan/ilmu tentang suatu perkara berdasarkan apa yang dia fikirkan secara
secara mendalam. Falsafah komunikasi juga adalah satu disiplin yang meneliti secara asasnya
tentang komunikasi saintifik dari teori kepada semua perkara yang berkaitan dengannya. Menurut
Prof. Onong Uchjana Effendy (2007), falsafah komunikasi adalah satu disiplin yang menelaah
teori, metodologi, analitis, kritikal, dan holistik secara teori.

Jika Anda membaca literatur-literatur tentang filsafat, akan terlihat bahwa kata "falsafah" memiliki
pengertian yang beragam. Dahama dan Bhatnagar (1980) misalnya, mengartikan falsafah sebagai
landasan pemikiran yang bersumber kepada kebijaksanaan moral tentang segala sesuatu yang akan
dan harus diterapkan di dalam praktik, sedangkan Butt (1961) secara ringkas mendefinisikan
falsafah sebagai suatu pandangan hidup.

Komunikasi ada dan selalu ada di dalam setiap aspek kehidupan manusia. Hasil penelitian para
pakar komunikasi menunjukkan bahawa sekitar 70% waktu bangun manusia digunakan untuk
berkomunikasi. Urutannya adalah mendengarkan, berbicara, membaca, dan menulis. Sekitar 10
sampai 11 jam, setiap harinya, manusia melakukan perilaku komunikasi verbal (Berlo, 1961).

Manusia dan komunikasi merupakan satu kesatuan. Komunikasi melekat pada diri manusia.
Seorang pakar komunikasi menyatakan, we can not communicate.

Terdapat 4 tunggak dalam falsafah komunikasi iaitu ontology, epistemology, axiology dan logic.
Pandangan melalui ontologi, ilmu komunikasi difahami melalui objek material dan objek formal.
Menurut Rachmat Kriyantono (2007) Individu menciptakan makna, mempunyai maksud dan
mempunyai atau menentukan pilihan nyata yang mana orang-orang berperilaku berbeda dalam
situasi berbeda karena aturan berubah dari satu situasi ke situasi lainnya. Dan kedua, Perilaku pada
dasarnya ditentukan oleh dan respon pada biologi dan lingkungan.

Pandangan falsafah komunikasi dari segi epistemologi adalah cara atau kaedah untuk mendapatkan
pengetahuan. Kemudian juga mengenai pengesahan dan kebenaran dari pengetahuan. Manakala
dari segi aksiologi, adalah tentang mempelajari dan membincangkan manfaat yang diperoleh dari
sains, dan menyiasat sifat nilai baik etika dan estetik. Menurut Rachatmat (2007), Ahli-ahli sains
klasik menganggap bahawa teori dan penyelidikan adalah bebas nilai, sains adalah neutral, cuba
mendapatkan fakta kerana ia muncul di dunia nyata. Namun, Jika pandangan peribadi ilmuwan
bercampur, maka menghasilkan ilmu yg bias. Walaubagaimanapun, dari sudut lain dalam isu ini,
adalah ilmu pengetahuan adalah tidak bebas nilai.

Akhir sekali, falsafah komunikasi dalam pandangan yang Logik adalah berkaitan dengan kajian
terhadap prinsip-prinsip dan kaedah pemikiran. ia adalah suatu pemikiran yang dikomunikasikan
atau disampaikan kepada orang lain yang mana merupakan suatu keputusan sebagai hasil dari
pemikiran seseorang secara logik dan rasional

RUJUKAN

file:///C:/Users/10087015/Desktop/PJJ%20UUM/Sem3/Pembangunan%20Masyarakat/Assigmen
t%201/Pengertian%20dan%20Sumber%20Falsafah%20Komunikasi.html
FALSAFAH KOMINUKASI DALAM BIDANG KEAGAMAAN

Falsafah komunikasi terdapat dalam pelbagai agama antaranya adalah Buddhisme, Konfsiusme
dan Taoisme. Ketiga-tiga agama ini secara tidak langsung menyentuh fungsi komunikasi yang
bertindak dalam mendidik, memberitahu, memujuk dan juga untuk menghiburkan. Selain itu,
bidang komunikasi seperti komunikasi interpersonal, kewartawanan, penyiaran, perhubungan
awam dan periklanan merupakan antara bidang praktik komunikasi untuk difalsafahkan
bersesuaian dengan agama yang dituntut.

Melalui cara pemikiran, ia merangkumi beberapa jenis yang berbeza iaitu secara praktikal
yang membawa maksud berfikir dengan bersungguh-sungguh tanpa terikat dengan mana-mana
tradisi yang terbatas dengan sejagat, sistematik dan radikal kerana ia merupakan cara berfikir
secara logik dan berurutan.

Seterusnya adalah berfikir secara radikal yang mana bermaksud mempunyai pemikiran sehingga
ke akarnya dan menyelesaikan segala yang masih menjadi tanda tanya dengan penuh
tanggungjawab. Manakala berfikir secara sejagat pula memberi maksud sesuatu yang tidak terhad
kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek
yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan.

Menurut John Dewey (1925), falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang
mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia
dengan cita-cita politik baru. Hal ini memberi maksud bahawa individu yang terlibat dalam
berfalsafah sememangnya sentiasa mencari teknik atau apa sahaja cara berfikir yang dianggap
olehnya mampu berkesan bagi mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu yang disasarkan oleh
individu tersebut.
Ianya kerana sudah menjadi kebiasaan dalam diri setiap individu yang mana terdapat pelbagai
persoalan yang sering timbul sehingga mendorong individu tersebut untuk mencari ataupun
mengupas kebenaran mengikut kesesuaian mahupun menyelesaikannya dengan mengikut
keselesaan masing-masing. Dengan berfalsafah, ia mampu melahirkan individu yang mampu
menjadi contoh kepada pihak yang lain kerana wujudnya sesuatu yang positif dalam diri individu
tersebut mahupun golongan yang berada di sekelilingnya.

RUJUKAN

http://ak30103falkom.blogspot.com/2018/04/garis-panduan-falsafah-komunikasi.html

Definisi Falsafah

Jika Anda membaca literatur-literatur tentang filsafat, akan terlihat bahwa kata "falsafah" memiliki
pengertian yang beragam. Dahama dan Bhatnagar (1980) misalnya, mengartikan falsafah sebagai
landasan pemikiran yang bersumber kepada kebijaksanaan moral tentang segala sesuatu yang akan
dan harus diterapkan di dalam praktik, sedangkan Butt (1961) secara ringkas mendefinisikan
falsafah sebagai suatu pandangan hidup.

1.4 Komunikasi Persuasif

Dari definisi-definisi tentang falsafah yang telah dikemukakan, tampak bahwa dalam konsep
falsafah terkandung unsur-unsur kebijakan moral, pandangan hidup, nilai-nilai, norma-norma yang
harus dijunjung tinggi, dan diterapkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Bertolak dari pengertian yang telah dikemukakan, maka dalam memahami dan mengaplikasikan
komunikasi persuasif, kita harus berpijak dan mengindahkan aspek-aspek moral, pandangan
hidup, nilai-nilai serta norma-norma orang, organisasi dan masyarakat tempat komunikasi
persuasif tadi dilakukan. Alasan utamanya adalah, dalam kegiatan persuasi seringkali
dimanfaatkan orang secara tidak etis dan bertanggung jawab. Akibatnya, banyak "korban" yang
tertipu, baik secara mental, moral, maupun secara materi. Konsekuensi logis dari kenyataan ini
adalah istilah persuasi dipersepsi sebagai hal yang negatif atau sebagai "kegiatan manipulasi yang
curang dan kotor!"

Falsafah Komunikasi Persuasif

Falsafah komunikasi persuasif, seperti halnya ilmu-ilmu yang lain, berangkat dari tiga
pertanyaan berikut. Apa yang dikaji oleh ilmu ini? Bagaimana cara memperoleh pengetahuan
ini? Untuk apa pengetahuan ini digunakan? Pertanyaan pertama disebut ontologi (questions of
existence); pertanyaan kedua disebut epistemologi (questions of knowledge), dan pertanyaan
ketiga disebut aksiologi (questions of value).

Rujukan
A.S. Achmad. (1990). Manusia dan Informasi. Ujung Pandang: Hasanuddin University Press.
Applebaum, R.L., dan Anatol, K.W.E. (1974). Strategies for Persuasive Communication. Ohio: A
Bell & Howell, Co.
Berlo, D.K. (1974). Process of Communication: An Introduction to Theory and Practice. New
York: Holt Rinehart and Winston, Inc.
Dahama O.P., O.P. Bhatnagar. (1980). Education and Communication for Development. New
Delhi: Oxford & IBH Publishing Co.
Effendi, O.U. (1986). Dinamika Komunikasi. Bandung: Remadja Karya.

Anda mungkin juga menyukai