Anda di halaman 1dari 14

Pada suatu petang, permaisuri duduk

menjahit di tepi tingkap istana sambil


bertemankan pemandangan yang indah.
“oh, alangkah indahnya jika beta
mempunyai seorang anak perempuan”.
Bolehlah menjadi teman beta setiap
hari”. Kata permaisuri di dalam hati.
Keinginan permaisuri akhirnya
termakbul dengan kelahiran seorang
bayi perempuan yang diberi nama Puteri
Laila. Namun, kelahiran Puteri Laila
mengejutkan seluruh orang di dalam
istana kerana kulitnya yang amat gelap.
Sungguhpun begitu, raja dan permaisuri
amat menyayangi Puteri Laila.
Selang beberapa tahun kemudian,
permaisuri telah jatuh sakit lalu
meninggal dunia. Raja pun berkahwin
lagi. Permaisuri yang baru mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama
Puteri Arora. Rupa paras Puteri Arora
sangat cantik dan menawan. Maka,
tinggallah mereka bersama-sama di
istana sehinggalah Puteri Laila dan
Puteri Arora dewasa.
Sejak dari kecil Puteri Laila amat
manja dengan bapanya dan segala
permintaannya pasti akan ditunaikan
oleh raja. Namun begitu, Puteri Laila
sentiasa bersikap sederhana. Walaupun
dia adalah seorang puteri raja, namun
dia tidak pernah sombong dan meninggi
diri seperti Puteri Arora. Puteri Laila
juga amat disayangi oleh semua orang di
dalam istana kerana sikapnya yang baik
hati. Puteri Arora tidak senang melihat
kebahagiaan Puteri Laila, lalu meminta
pertolongan ibunya untuk melakukan
sesuatu terhadap Puteri Laila. Kemudian,
permaisuri dan Puteri Arora merancang
sesuatu agar Puteri Laila diusir dari
istana.
Puteri Arora telah meletakkan
seutas kalung emas milik permaisuri di
atas tilam Puteri Laila. Permaisuri
berpura-pura mencari kalung emas itu
dan meminta raja untuk memeriksa bilik
Puteri Laila. Alangkah terkejutnya raja
apabila mendapati kalung emas itu
benar-benar berada di dalam bilik puteri
kesayangannya. “Ayahanda sungguh
tidak menyangka kamu sanggup
melakukan hal yang memalukan ini.”
Katanya kepada Puteri Laila. Raja
merasa sungguh berang dan kecewa
dengan Puteri Laila lalu mengusir Puteri
Laila dari istana tanpa berfikir panjang.
Setelah seharian berjalan di pinggir
hutan, Puteri Laila merasa amat penat
lalu berehat di bawah sepohon pokok
yang rendang. Tiba-tiba kedengaran
suara meminta tolong. Puteri Laila terus
bangun dan mendapati terdapat seekor
arnab yang sangat comel telah tersepit
kakinya dalam perangkap pemburu.
Tanpa ragu-ragu Puteri Laila segera
membantu melepaskan arnab tersebut
dari perangkap itu. “Terima kasih atas
bantuanmu. Oleh kerana kau telah
menyelamatkanku, katakanlah apa
sahaja yang kau hajatkan, akan aku
tunaikan”. Kata arnab. Puteri Laila hanya
tersenyum lalu berkata “Cukuplah bagiku
melihat engkau selamat, wahai arnab”.
“Sungguh mulia hatimu Puteri laila.
Ambillah hadiah dariku ini dan
sapukanlah ke wajahmu hanya sekali
sehari sahaja”. Kata arnab lagi lalu
menyerahkan hadiah tersebut kepada
Puteri laila dan berlalu pergi.
Puteri Laila meneruskan
perjalanannya lalu terjumpa sebuah
pondok kecil di dalam hutan.
“Kelihatannya seperti tiada sesiapa di
sini. Lebih baik aku tinggal di sini
sahaja”, katanya. Puteri Laila teringat
akan hadiah pemberian arnab tadi dan
membukanya. Di dalamnya terdapat
sebekas bedak dan Puteri Laila telah
menyapu ke wajahnya bedak tersebut.
Tiba-tiba wajah dan seluruh tubuh
Puteri Laila menjadi putih dan cantik.
Puteri Laila amat gembira dan memakai
bedak tersebut pada setiap hari seperti
yang diberitahu oleh arnab. Rupa-
rupanya, Puteri Arora telah mengintai
Puteri Laila secara sembunyi-sembunyi
selama ini dan ternampak akan
perubahan diri Puteri Laila yang sudah
cantik. “Aku harus dapatkan bedak ajaib
itu dari perempuan itu. Dia tidak
seharusnya lebih cantik dari aku!”
Dengus Puteri Arora di dalam hati.
Pada suatu malam, sewaktu Puteri
Laila sedang nyenyak tidur, Puteri Arora
telah datang ke pondok tersebut dan
mencuri bedak ajaib itu. Alangkah
gembiranya hati Puteri Arora kerana
telah berjaya mendapatkan bedak ajaib
itu lalu menyapu bedak tersebut ke
wajahnya. Puteri Arora melihat
wajahnya di dalam cermin namun tidak
mendapati sebarang perubahan. Puteri
Arora tidak berpuas hati lalu menyapu
bedak ajaib itu ke wajahnya berkali-kali.
“Oh, tidak!. Mengapa wajahku menjadi
begini?” Wajah Puteri Arora telah
berubah menjadi hodoh. Puteri Laila
menyedari akan kehilangan bedak
ajaibnya, namun dia tidak
memerlukannya lagi kerana wajahnya
tetap kekal cantik tanpa bedak
tersebut.
Puteri Arora merasa sangat
menyesal dengan perbuatannya terhadap
Puteri Laila selama ini. Dia mahu
berubah menjadi baik. Puteri Arora dan
permaisuri telah berjumpa dengan
Puteri Laila dan meminta ampun. Mereka
membawa Puteri Laila ke istana semula
dan menceritakan hal yang sebenar
kepada raja. Raja berasa amat gembira
apabila mengetahui Puteri Laila tidak
bersalah dan kembali kepangkuannya.
Raja telah menitahkan agar permaisuri
dan Puteri Arora dihukum namun
dihalang oleh Puteri Laila. Puteri Laila
telah memaafkan kesalahan kakak tiri
dan ibu tirinya itu dan mereka
sekeluarga akhirnya hidup bahagia di
istana bersama-sama.
~ TAMAT ~
PENGAJARAN

 Jangan menjadi tamak seperti Puteri


Arora akibatnya diri sendiri yang
merana bak kata pepatah “orang
tamak selalu rugi”
 Perbuatan baik akan dibalas baik
seperti Puteri Laila yang baik hati.
 Sentiasa bersyukur dengan nikmat
yang diberi oleh tuhan.
 Kecantikan luaran adalah sementara
sahaja dan kecantikan dalaman itu
lebih penting.

Anda mungkin juga menyukai