Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN INDIVIDU:

ASPEK KOMUNIKASI DAN


KEPEMIMPINAN DALAM
ORGANISASI
SCCA2103
KOMUNIKASI KEPIMPINAN

PENSYARAH
EN WAN IDROS WAN SULAIMAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA: RUHAZILA BINTI ABIDIN
NO MATRIK: 218441

TRIMESTER KEENAM
MOD EKSEKUTIF
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN ................................................................................................................... 2

2.0

KOMUNIKASI ORGANISASI........................................................................................... 3

2.1

Definisi Komunikasi Organisasi ................................................................................. 3

2.2

Kemahiran Komunikasi............................................................................................... 4

2.3

Strategi dan Gaya Komunikasi dalam Organisasi ....................................................... 4

3.0

KEPEMIMPINAN ............................................................................................................... 5

3.1

Definisi Kepemimpinan .............................................................................................. 5

3.2

Gaya Kepemimpinan Dalam Organisasi ..................................................................... 6

4.0
4.1
5.0

TEORI KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN .............................................................. 7


Great Man Theories ..................................................................................................... 8
KAITAN KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN .................................................. 8

5.1

Komunikasi Kepemimpinan ........................................................................................ 9

5.2

Iklim Komunikasi dalam Organisasi ........................................................................... 9

6.0

PERANAN KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI ..................... 10

7.0

KAJIAN KES: ASPEK KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM TELEKOM


MALAYSIA BERHAD .................................................................................................... 13

7.1

Pengenalan ................................................................................................................ 13

7.2

Komunikasi Kepimpinan dalam Telekom Malaysia Berhad .................................... 14

7.3

Cabaran dan Halangan Komunikasi Kepimpinan di Telekom Malaysia Berhad...... 18

8.0

KESIMPULAN .................................................................................................................. 20

9.0

RUJUKAN ......................................................................................................................... 21

LAMPIRAN .................................................................................................................................. 23

i|Muka

Surat

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

1.0 PENGENALAN
Komunikasi kepimpinan adalah sangat penting dalam organisasi terutamanya antara
pengurusan dan pekerja. Komunikasi yang berkesan seharusnya bermula daripada
penglibatan pihak pengurusan dan dijalankan oleh semua peringkat ahli organisasi.
Kepimpinan pengurusan juga seharusnya menunjukkan sikap yang baik dan menjadi role
model kepada setiap pekerja. Ini akan menjadikan pihak pengurusan tersebut dipandang
tinggi, dihormati, nilai-nilai murni terbentuk dan secara langsung ia juga dapat membantu
menstabilkan dan mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Telekom Malaysia Berhad sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar


sudah tentu juga mengamalkan berbagai bentuk komunikasi dalam usaha mencapai matlamat
dan objektif syarikat. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, pihak pengurusan sentiasa
merangka dan merancang kaedah pelaksanaan yang boleh memberi faedah yang maksimum
kepada semua pihak yang berkepentingan. Walaupun demikian, masih terdapat jurang
komunikasi di antara satu pihak dengan pihak yang lain, terutama mengenai perkara-perkara
yang berhubung dengan pelaksanaan dasar pentadbiran. Dengan terdapatnya jurang
komunikasi telah mengakibatkan wujudnya kesamaran dalam menangani sesuatu isu.

Komunikasi kepimpinan yang berkesan amat penting dalam pembangunan organisasi.


Bagi mencapai objektif ini, setiap syarikat di Malaysia perlu menyusun strategi selaras
dengan kemodenan masa kini. Jika syarikat tidak mengambil langkah yang bijak,
kemungkinan syarikat tidak dapat bersaing dimasa hadapan adalah tinggi.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

2.0 KOMUNIKASI ORGANISASI


2.1 Definisi Komunikasi Organisasi
Menurut Wikipedia, komunikasi merupakan proses interaksi yang bererti antara
hidupan dan merangkumi perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar
maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik
secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan
mata, dan penulisan. Guffey & Loewy (2008) juga mentafsirkan komunikasi sebagai satu
proses di mana seseorang berkongsi pemikiran, idea, dan perasaan dengan orang lain dalam
cara yang difahami bersama.

Manakala, menurut Golhaber, 1993 (dalam Mohd Baharudin Othman & Mohd
Khairie Ahmad, 2009) komunikasi organisasi merupakan satu proses pembentukan dan
pertukaran mesej antara jaringan hubungan yang saling bergantungan untuk menangani
persekitaran yang tidak menentu. Selain itu, Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie
Ahmad (2009) juga mengatakan bahawa komunikasi dapat membentuk rasa dipercayai dan
diterima oleh organisasi. Apabila komunikasi terbentuk, pekerja organisasi tersebut dapat
mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Segala jenis konflik dan perasaan tidak puas hati akan diselesaikan dengan kadar
segera secara baik dan berhemah melalui perbincangan dan akhirnya terbit kemaafan.
Apabila tiada konflik dan perbalahan yang wujud dalam organisasi, pekerja akan berasa
tenang dan semakin bermotivasi untuk bekerja.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

2.2 Kemahiran Komunikasi


Setiap manusia mempunyai kelebihan untuk berinteraksi sesama manusia dan juga
dapat berkongsi pandangan dan pendapat. Komunikasi merupakan sumber maklumat bagi
pekerja dalam membuat keputusan, membantu mengenal pasti dan menaksir alternatif
tindakan. Maklumat-maklumat tersebut dapat disalurkan melalui komunikasi diantara rakan
sekerja, pihak atasan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak kiralah komunikasi secara
interpersonal ataupun komunikasi secara bertulis, kedua-duanya dapat memberikan maklumat
yang diperlukan oleh pekerja terlibat.

Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen. Antaranya:

Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan,
secara lisan dan bertulis.

Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum


balas.

Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

2.3 Strategi dan Gaya Komunikasi dalam Organisasi


Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam mengubah sikap
pekerja, iaitu pekerja yang dimaklumkan akan mempunyai sikap yang lebih baik daripada
pekerja yang kurang bermaklumat. Pekerja yang bermaklumat akan sentiasa berada di
hadapan dan lebih mudah memahami apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.

The Communication Zine (2013) mengatakan bahawa komunikasi juga membantu


dalam proses mengawal. Ia membantu mengawal tingkah laku ahli organisasi dalam pelbagai

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

cara. Terdapat pelbagai peringkat hierarki dan prinsip-prinsip dan garis panduan yang pekerja
mesti mematuhi dalam organisasi tertentu. Pekerja mesti mematuhi dasar organisasi,
melaksanakan peranan tugas mereka dengan cekap dan menyampaikan apa-apa masalah kerja
dan aduan kepada ketua mereka.

Komunikasi untuk menyampaikan arahan ini biasanya menggunakan medium bertulis


seperti memo, emel, surat dan sebagainya. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad
(2009) mengatakan bahawa arahan yang diberikan secara diplomatik dan halus akan
menjadikan pekerja lebih selesa, meningkatkan hubungan antara pekerja dan pihak atasan dan
tugasan yang dilakukan juga adalah dengan rela hati.

Koontz & Weihrich (2006) menyatakan bahawa peranan komunikasi dalam konteks
organisasi melibatkan penetapan dan penyebaran matlamat organisasi, menyusun rancang
untuk mencapai matlamat organisasi dan mengatur sumber manusia dan sumber-sumber lain
dengan cara yang paling cekap dan berkesan.

Oleh itu, komunikasi yang bersesuaian dapat membantu dalam mengawal fungsi
pengurusan dan melancarkan pengarahan sesuatu tindakan. Dapatlah disimpulkan bahawa,
komunikasi secara interpersonal mahupun komunikasi secara bertulis dapat membantu
pekerja dan organisasi dalam mencari dan mendapatkan maklumat dan ini dapat
memudahkan dan melicinkan aktiviti seharian.

3.0 KEPEMIMPINAN
3.1 Definisi Kepemimpinan
Kepimpinan ialah satu proses di mana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat
pekerjanya agar melaksanakan tugas yang diberi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada pekerjanya yang menjalankan tugas. Jika
pekerjanya gagal menjalankan tugas maka gagal lah pemimpinya.

Menurut Abdullah dan Ainon (2005), kepemimpinan merupakan tingkahlaku yang


bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan dengan secara
sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Manakala, pemimpin
pula merujuk kepada orang yang mempunyai keupayaan untuk mendorong orang lain supaya
patuh dengan secara rela hati iaitu tanpa tekanan paksaan.

Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan kepemimpinan. Antaranya adalah


proses pembentukan kumpulan berkesan, personaliti berkesan, kemampuan untuk
bekerjasama dan saling mempengaruhi, pembentukan pengaruh, kebolehan memujuk dan
juga interaksi yang berkesan. (Bass,1990).

3.2 Gaya Kepemimpinan Dalam Organisasi


Gaya kepimpinan merujuk kepada cara yang digunakan oleh seorang pemimpin untuk
mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai kajian telah dibuat tentang gaya kepimpinan
bagi seorang pemimpin. Antara kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari
Universiti Ohio, Universiti Michingan dan kajian oleh Blake dan Mouto.

Blake dan Mouto telah memperkenalkan petak pengurusan untuk menjelaskan gaya
kepimpinan. Dua demensi gaya telah dibentuk iaitu gaya kepimpinan yang mementingkan
pengeluaran yang terletak pada paksi x dan gaya kepimpinan mementingkan manusia yang
terletak pada paksi y. Terdapat 81 jenis gaya kepimpinan dan telah dikenal pasti lima gaya
asas yang ekstrim atau utama iaitu

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

i.

Gaya (1,1) atau gaya laissea-faire: Pemimpin kurang mengambil berat


pengeluaran dan hal-hal ehwal pekerja.

ii.

Gaya (9,9) atau pemimpin demokratik: Pemimpin yang mengambil berat


tentang hal-hal pegeluaran dan kebajikan pekerja.

iii.

Gaya (1,9) atau gaya sokong: Pemimpin yang lebih mengambil berat terhadap
pekerjanya

iv.

Gaya (9,1) atau gaya autokratik: Pemimpin yang menitik beratkan hal-hal
pencapaian matlamat melalui operasi yang berkesan.

v.

Gaya (5,5) atau gaya sederhana: Pemimpin yang mengambil berat tenang halhal pengeluaran dan hal-ehwal pekerja secara sederhana

4.0 TEORI KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN


Teori adalah merupakan hasil pemikiran penciptanya yang kebanyakannya
berdasarkan keadaan sosiopolitik, sejarah dan konteks dalam ruang lingkup kehidupan yang
dialami dan diperhatikan oleh penciptanya. Teori komunikasi adalah merupakan model atau
rajah-rajah yang menerangkan berkaitan fenomena-fenomena komunikasi yangdicipta
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para sarjana. Ia menjelaskan permasalah
yang wujud dalam dunia komunikasi melalui penjelasan konsep-konsep yang terlibat dan
juga penetapan definisi. Beberapa kelebihan akan diperoleh apabila

terminologi teori

komunikasi dan bentuk teori komunikasi difahami. Kebiasaannya, teori digunakan sebagai
sandaran ataupun asas untuk melihat sesuatu fenomena.

Banyak kajian berkaitan teori komunikasi dan ia merupakan kajian yang semakin
polular di abad 21. Menurut DePoy & Gilson (2011), komunikasi di katakan sebagai sesuatu
yang sukar untuk difahami tetapi mudah untuk dijelaskan. Oleh kerana itulah, terdapat
banyak kajian yang menerangkan berkaitan komunikasi. Setiap sarjana mempunyai
SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

pemahaman sendiri terhadap teori komunikasi dan mereka melihat komunikasi sebagai satu
fonomena daripada sudut yang berbeza. Teori-teori ini mungkin akan berubah mengikut
keadaan semasa. Ia akan diubah sekiranya teori tersebut tidak lagi releven dengan
persekitaran sesama.

Terdapat tiga pendekatan dalam teori kepemimpinan iaitu teori berasaskan kepada ciri
kepemimpinan, teori berasaskan kelakuan atau gaya kepemimpinan, dan teori berasaskan
kepada situasi atau kontigensi.

4.1 Great Man Theories


Teori kepimpinan Great Man menjadi popular sekitar abad ke 19 dimana ia
menjadi mitos di sebalik kejayaan pemimpin dunia yang sangat terkenal. Antaranya
adalah Abraham Lincoln, Julius Caesar, Mahatma Gandhi, dan Alexander the Great.
Mereka telah membuktikan bahawa peminpin yang hebat adalah lahir daripada diri
sendiri, tidak dicipta.

Teori Great Man menganggap bahawa keupayaan seseorang pemimpin adalah


bukan diwarisi atau dibuat, tetapi seorang pemimpin sememangnya dilahirkan untuk
menjadi pemimpin. Istilah Great Man yang digunakan pada masa itu adalah pemimpin
pada masa itu adalah merujuk kepada kualiti yang ada pada lelaki atau pemimpin
tersebut terutamanya dari segi kepimpinan ketenteraan.

5.0 KAITAN KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN


Kualiti hubungan yang pekerja bentuk dengan rakan sekerja sekeliling akan
mempengaruhi kepuasan kerja mereka, kemampuan mereka untuk mendapatkan maklumat
SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

serta sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dan kebolehan mereka untuk
memahami mesej dari ketua serta kemampuan mereka untuk melaksanakannya.

5.1 Komunikasi Kepemimpinan


Komunikasi kepemimpinan adalah sangat penting dan efektif dalam organisasi
terutamanya antara pihak pengurusan dan para pekerja. Komunikasi yang berkesan
haruslah bermula daripada penglibatan pihak pengurusan dan dilaksanakan dalam
semua peringkat di dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, pihak pemimpin pengurusan atasan haruslah menunjukkan sikap


dan contoh yang baik kepada para pekerja mereka. Apabila komunikasi
kepemimpinan yang berkesan dilaksanakan, nilai-nilai murni akan terbentuk. Secara
tidak langsungnya, ia dapat membantu ke arah kestabilan dan pencapaian matlamat
organisasi. Para pekerja juga akan menghormati dan memandang tinggi kepada pihak
pengurusan atasan.

Kejayaan organisasi dan kejayaan peribadi pekerja adalah bergantung kepada


komunikasi yang jelas berasaskan pelbagai teknologi. Pemimpin berinteraksi dengan
persekitaran yang terdiri daripada pelbagai sumber manusia. Organisasi yang sedang
mengalami perubahan dan para pekerja menghadapi tugas-tugas baru yang mencabar.
Kecekapan organisasi juga bergantung bergantung kepada keberkesanan interaksi
dengan media.

5.2 Iklim Komunikasi dalam Organisasi


Menurut Hamilton & Parker (1997), gaya komunikasi seseorang dipengaruhi
oleh persekitaran kerja. Oleh itu, jika iklim dalam organisasi dalam keadaan baik,

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

nilai kualiti perhubungan juga akan menjadi lebih baik. Jika iklimnya defensif,
seseorang pekerja itu akan merasa tertekan dan menyebabkan pekerja akan merasa
marah terhadap sikap organisasi yang mempunyai pengurus dan pekerja yang saling
mengesyaki dan tidak yakin dengan pekerja lain.

Mengikut Gibbs, 1961(dalam Rosli Bin Mohammed, 2007) iklim komunikasi


yang diamalkan bergantung daripada karekteristik perlakuan interaksi. Jalinan
hubungan yang terhasil daripada iklim yang bersifat menyangga akan menghasilkan
pekerja yang mempunyai minat terhadap kerja dan tahap produktiviti kerja yang
tinggi. Manakala iklim yang bersifat negatif atau defensif akan mengakibatkan
pekerja mempunyai sikap malas terhadap kerja yang dilakukan.

Selain itu, menurut Pace dan Faules, 1994 (dalam Rosli Bin Mohammed,
2007) iklim komunikasi yang diamalkan akan dapat mempertingkatkan komitmen
kerja yang tinggi. Iklim komunikasi diperihalkan berdasarkan darjah perlakuan
interaksi kerja yang jujur dan ikhlas, peluang untuk menyuarakan pendapat atau
cadangan, sokongan usaha penambahbaikan proses kerja dan sokongan dalam
tindakan.

6.0 PERANAN KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI


Kajian Mintzberg (2009) menunjukkan bahawa 80% masa yang digunakan oleh para
pengurus adalah untuk berinteraksi dengan orang lain secara bersemuka, merangkumi
interaksi dengan pekerja bawahan, rakan sekerja, pengurusan atasan, pelanggan dan juga
pembekal. Manakala, antara kajian lain pula menyatakan bahawa ketua atau pengurus
organisasi menggunakan masa kerja antara 50% sehingga 90% untuk berkomunikasi dengan

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

10

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

pekerja bawahan mereka. Komunikasi tersebut adalah untuk menggerakkan anggota kerja
untuk mencapai matlamat organisasi mahupun matlamat peribadi.

De Ridder (2003) mengatakan bahawa peranan komunikasi mempunyai dua


matlamat. Pertama, komunikasi adalah bertujuan untuk memaklumkan (communicatio)
maklumat mengenai tugas da tanggungjawab, dasar-dasar organisasi dan isu-isu organisasi
yang berkaitan kepada para pekerja. Kedua, komunikasi (communicare) bertujuan untuk
mewujudkan sebuah komuniti organisasi atau menerapkan semangat kerja kumpulan kepada
organisasi (dalam Rosli Bin Mohammed, 2007).

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa komunikasi adalah sangat


diperlukan bertujuan untuk menetapkan dan menyebarkan matlamat sesebuah organisasi.
Dalam hal ini, komunikasi adalah bertujuan untuk menyusun rancangan kerja untuk mencapai
matlamat organisasi.

Menurut Jennings, 1960 (dalam Dr Raja Roslan et.al), orang yang dilantik menjadi
ketua dalam sesebuah organisasi adalah mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi
bersemuka yang baik. Dalam kajiannya, punca utama seseorang ketua dipecat adalah
disebabkan oleh masalah komunikasi iaitu tidak mempunyai kemahiran komunikasi
bersemuka yang baik.

Menurut Witerspoon (1997), komunikasi kepemimpinan secara langsung dan tidak


langsung bukanlah semata-mata sebagai refleksi antara kepimpinan atasan dan bawahan
sahaja. Individu boleh dipengaruhi oleh komunikasi yang diarahkan dalam organisasi.
Kegunaan maklum balas dan jangkaan yang terang dan teratur dari orang ramai juga boleh
mempengaruhi pemimpin. Komunikasi kepemimpinan secara tidak langsung pula boleh
ditunjukkan melalui usaha keras bagi mencapai objektif perubahan organisasi. Pemimpin
SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

11

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

boleh mempengaruhi sikap ramai orang dalam organisasi dengan menggunakan cerita, simbol
dan kompenan lain dalam budaya organisasi. Mereka juga boleh mempengaruhi faktor luaran
dan dalaman dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan bahasa dan aksi untuk
menunjukkan maksud yang tersirat.

Pearce & Conger (2002) pula menjelaskan bahawa komunikasi kepemimpinan adalah
bertujuan supaya pemimpin memahami dan mempraktikkan komunikasi yang digunakan
untuk mengerakkan seseorang kakitangan atau orang bawahan untuk bekerja. Pemimpin
haruslah dijadikan sumber inspirasi oleh para pekerja dan pemimpin juga haruslah
memfokuskan kepada faktor luaran dan juga dalaman. Maklumat dalam komunikasi
kepemimpinan akan diperolehi secara dual practice, iaitu dengan cara mengetahui tentang
tujuan sesuatu perkara itu, dan juga untuk mencari orang lain untuk berkomunikasi bagi
menghubungkan di antara minda atau pemikiran serta perasaan orang yang akan berhubung
nanti.

Bercerita juga merupakan salah satu cara yang paling bagus untuk menyampaikan
sesuatu mesej (Daft, 2002). Ini adalah kerana sesebuah cerita akan menghasilkan imaginasi
dan emosi dimana ia dapat membantu para pekerja untuk memahami mesej dan perkara
penting yang hendak disampaikan.

Stech, 1983 (dalam Dr Raja Roslan et.al) pula mencadangkan pemimpin yang
mengamalkan cara kepemimpinan dan berorentasikan individu ini menggunakan satu
komunikasi kepemimpinan yang lebih baik, iaitu selalu berkomunikasi dan menghayatinya,
berkomunikasi secara lisan, memberi maklumbalas dan minat yang baik semasa mendengar,
meminta dan bukan mengarahkan pekerja membuat kerja dan memberi pujian apabila ia
dilaksanakan dengan baik, menunjukan moral yang baik semasa berkomunikasi, dan memberi

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

12

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

perhatian apabila berkomunikasi secara tidak rasmi. Beliau juga menyebut bahawa pemimpin
yang berorentasikan arahan, menggunakan komunikasi kepemimpinan melalui

i.

Kurang berkomunikasi dengan orang lain berbanding dengan

pemimpin yang

berorentasikan individu kerana melihat komunikasi boleh mengganggu masa kerja


pekerja
ii.

Memilih untuk menulis daripada berkomunikasi secara lisan

iii.

Lebih gemar menguasai sesuatu perbualan

iv.

Memberi arahan dan mengkritik

v.

Menekan interaksi yang berinformasi dan peraturan-peraturannya

vi.

Memberi perhatian kepada penggunaan bahasa-bahasa rasmi.

7.0 KAJIAN KES: ASPEK KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM TELEKOM


MALAYSIA BERHAD
7.1 Pengenalan
Telekom Malaysia Berhad (TM) sebelumnya ia adalah sebuah badan kerajaan, namun
Jabatan Telekom Malaysia diperbadankan dan diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan ia
dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad. TM telah disenaraikan dalam Bursa
Malaysia pada 9 September 1990 (Wikipedia). Tujuan penswastaan ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi, kecekapan bekerja serta meningkatkan keupayaan
dan kekerapan dalam kerja yang dinamik untuk menghadapi persaingan sama ada di dalam
mahupun di luar negara.

TM merupakan peneraju jalur lebar utama di Malaysia. TM menawarkan


perkhidmatan yang menyeluruh dan penyelesaian komunikasi dalam jalur lebar, data dan
SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

13

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM didorong oleh penciptaan nilai pihak
berkepentingan dalam persekitaran yang kompetitif.
kompetitif. Kumpulan ini memberikan penekanan
dalam menyampaikan pengalaman pelanggan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan
pelanggan yang berterusan dan inovasi, tumpuan kepada peningkatan kecekapan operasi dan
produktiviti.

7.2 Komunikasi Kepimpinan dalam Telekom Malaysia Berhad


Pihak pengurusan TM komited untuk melaksanakan komunikasi efektif yang terbuka
sebagai komponen penting budayanya bagi mendorong
mendorong tenaga kerja memberikan
perkhidmatan berkualiti tinggi dan nilai luar biasa kepada pelanggan dan lain-lain pihak
berkepentingan, serta menjangkakan maklum balas mereka.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

14

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Tujuannya

adalah

untuk

menggalakkan

kecenderungan

berkomunikasi

dan

memastikan bahawa komunikasi di seluruh kumpulan diselaraskan


araskan dengan baik, diuruskan
secara berkesan dan memenuhi keperluan organisasi yang pelbagai.

TM sangat menekankan komunikasi yang efektif di kalangan pekerjanya. Ini kerana,


pekerjanya adalah merupakan aset terbesar dalam menentukan samaada objektif syarikat
berjaya dicapai ataupun tidak. Komunikasi berbagai bentuk
be
seperti komunikasi menegak dan
komukasi mendatar banyak digunakan di TM. Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap
arahan mahupun informasi daripada pegawai atasan dapat disalurkan kepada semua pekerja.
Dengan cara ini, maklumat yang diberikan dapat diterima
d
dengan jelas.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

15

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Komunikasi verbal dan non verbal juga digunakan secara menyeluruh di dalam TM.
Komunikasi non verbal di TM kebanyakannya menggunakan emel sebagai medium utama.
Ini kerana emel merupakan medium komunikasi utama yang digunakan oleh organisasi
o
untuk
menyampaikan maklumat kepada pekerjanya. Manakala komunikasi verbal pula lebih
tertumpu kepada komunikasi harian yang tidak formal.

Selain itu, iklim komunikasi ataupun persekitaran komunikasi yang baik juga akan
mempengaruhi kepuasan kerja
kerja pekerja. Oleh sebab itu, TM sentiasa memastikan iklim
komunikasi dalam organisasi tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik. TM sentiasa
menjaga kualiti pekerjanya, sentiasa memberikan motivasi yang tinggi untuk memastikan
pekerjanya tidak berada dalam keadaaan yang defensif. Pihak pengurusan tertinggi TM juga
selalu turun padang untuk memastikan bagaimana keadaan persekitaran kerja para
pekerjanya. Hal ini juga akan menyebabkan para pekerja lebih bersemangat, bermotivasi dan
merasakan pengurusan sentiasa
entiasa mengambil berat tentang hal mereka. TM juga telah

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

16

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

melancarkan program Teaming With Passion (TWP).


. Program ini adalah bertujuan untuk
menyemarakkan semangat berpasukan dan semangat TM di dalam diri setiap pekerja.
pekerja (TM
Annual Report 2011).

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

17

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

7.3 Cabaran dan Halangan Komunikasi Kepimpinan di Telekom Malaysia Berhad


Menjadi pemimpin itu sendiri merupakan suatu cabaran bagi setiap individu.
Seseorang pemimpin perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, cabaran
dan halangan. Cabaran dan halangan ini boleh jadi positif tetapi selalunya adalah bersifat
negatif. Selain itu, cabaran ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu, cabaran luaran,
cabaran daripada ahli kumpulan sendiri, dan juga cabaran yang dicipta oleh seseorang
pemimpin itu sendiri.

Cabaran luar ini adalah merupakan cabaran daripada pihak luar seperti pelanggan,
masyarakat, pesaing dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Pemimpin yang hebat adalah
pemimpin yang boleh mengatasi krisis dan gangguan yang wujud di dalam kumpulannya.
Sebagai contoh, masalah hutang lapuk yang ditanggung oleh pelanggan TM. Pelbagai usaha
dan promosi telah dijalankan untuk memastikan hutang-hutang ini dapat dikurangkan.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran, pemimpin yang hebat sentiasa berfikiran kreatif, kritis
dan positif untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Arahan yang diberikan oleh
pemimpin perlulah jelas bagi memastikan objektif ini tercapai dengan jayanya.

Kategori kedua iaitu cabaran daripada ahli kumpulan sendiri. Sebagai contoh, masalah
disiplin para pekerja yang perlu ditangani. TM sangat menitikberatkan masalah disiplin para
pekerjanya. Oleh itu, pemimpin atau ketua perlulah bijak mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah tersebut. Selain itu, pemimpin juga perlu memastikan
persekitaran kerja yang baik bagi menjamin keseronokan kerja pekerjanya.

Selain itu, cabaran bagi seorang pemimpin juga mungkin adalah disebabkan ciptaanya
sendiri. Ini bermaksud, pemimpin tersebut mungkin kekurangan maklumat yang tepat,
kurangnya latihan yang menyebabkan beliau tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

18

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Komunikasi yang tidak berkesan oleh pemimpin akan menyebabkan maklumat yang ingin
disampaikan menjadi kabur dan tidak jelas. Oleh itu, setiap pemimpin perlu melengkapi diri
dengan maklumat yang mencukupi dan fakta-fakta yang dapat menyokongnya.

Seorang pemimpin haruslah pandai untuk mengatasi setiap masalah pada setiap
situasi, tidak kiralah sama ada masalah itu kecik ataupun masalah besar. Pelbagai usaha
dijalankan oleh TM bagi memastikan pemimpin dan pekerjanya sentiasa bersemangat dan
mampu mengatasi segala masalah dan halangan. TM sangat mementingkan nilai terasnya,
Nilai Kristal. Terdapat tiga teras utama iaitu komitmen menyeluruh kepada pelanggan,
integriti tanpa kompromi dan hormat dan prihatin. Nilai Kristal ini dipegang oleh setiap
individu dalam organisasi sebagai saluran tenaga dan pemikiran bagi mencapai matlamat.
Dengan adanya nilai teras ini, masalah yang dihadapi juga dapat diatasi dengan berhemat dan
tidak melanggar etika syarikat. (TM Annual Report 2012)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

19

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

8.0 KESIMPULAN
Sebagaimana yang diketahui, komunikasi dan kepimpinan adalah dua terma yang
sangat bergantungan antara satu sama lain. Kedua-duanya sangat penting bagi memastikan
kelancaran sesebuah organisasi. Konsep komunikasi kepemimpinan perlu wujud untuk semua
ahli organisasi yang berminat untuk membentuk dan mempelajari cara komunikasi yang lebih
berkesan. Selain itu, kemahiran pengurusan juga dapat diperbaiki apabila kemahiran
komunikasi kepimpinan dipertingkatkan.

Para pemimpin juga perlulah mempunyai pelbagai kemahiran komunikasi


termasuklah penggunaan komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi verbal dan non
verbal, dan juga komunikasi teknologi maklumat dalam organisasi. Setiap pemimpin juga
perlulah memahami kepelbagaian kemahiran komunikasi termasuklah komunikasi menegak,
komunikasi mendatar dan juga komunikasi melintang. Oleh yang demikian, pemimpin
perlulah sentiasa turun padang untuk memastikan keadaan pekerjanya.

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kejayaan atau pencapaian matlamat


sesebuah organisasi bukanlah bergantung kepada kecanggihan teknologi semata-mata, tetapi
ianya bergantung kepada kejayaan peribadi seseorang pemimpin.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

20

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

9.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Bass, B. M. (1990). Bass & Stogdill's Handbook of Leadership: Theory, Research &
Managerial Applications. New York: The Free Press.

DePoy, E., & Gilson, S. F. (2011). Human Behavior Theory and Applications: A Critical
Thingking Approach. London: Sage Pun.

Dr. Raja Roslan Bin Raja Abd.Rahman; Profesor Dr. Hj. Mohd. Salleh Hj. Hassan;Profesor
Madya Dr Ezhar Tamam;Profesor Madya Dr. Azahari Ismail;Dr Shamsuddin Ahmad.
(t.t). Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalan
dalam Tiga Organisasi Terpilih.

Guffey, M. E., & Loewy, D. (2008). Business Communication: Process and Product. USA:
South-Western Cengage Learning.

Hamilton, C., & Parker, C. (1997). Communicating for Results:A Guide for Business and the
Professions. Singapore: Wadsworth Publishing.

Koontz, H., & Weihrich, H. (2006). Essential Of Management. Mcgraw-Hill.

Mintzberg, H. (2009). Managing. Edinburgh: Prentice Hall.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar Komunikasi. Sintok,
Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

21

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Rosli bin Mohammed. (2007). Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi: Kajian Kes
Antara Dua Buah Organisasi Awam Malaysia.

The Communication Zine. (2013, 2 12). Didapatkan Feb 15, 2014, daripada The Importance
Of Effective Business Communication: http://thecommunicationzine.wordpress.com

TM Annual Report. (2011). Didapatkan Feb 27, 2014, daripada Telekom Malaysia Berhad:
https://www.tm.com.my

TM

Annual

Report.

(2012).

Didapatkan

dari

Telekom

Malaysia

Berhad:

https://www.tm.com.my

Wikipedia.

(t.t).

Didapatkan

Feb

15,

2014,

daripada

Komunikasi:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi

Wikipedia. (t.t). Telekom Malaysia. Didapatkan Feb 27, 2014, daripada Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia

Witherspoon, P. D. (1997). Communicating Leadership: An Organizational Perspective.


Allyn & Bacon.

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

22

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

23

Anda mungkin juga menyukai