Anda di halaman 1dari 31

mungkin 4dak berjaya

dalam mendorong
khalayak untuk
memikirkan sesuatu,
tetapi media
sangat berjaya dalam
mendorong
pembacanya
menentukan apa yang
perlu di8kirkan.
Lang & Lang (1966)
dalam kajiannya
mendapa4 media
memfokuskan perha4an
khalayak
terhadap sesuatu
berita dengan
mencadangkan apa-
apa yang di8kirkan,
diketahui dan
dirasai oleh khalayak
mengenai sesuatu
perkara. Pelaporan
sesuatu berita dalam
akhbar
melibatkan penentuan
agenda yang telah
ditetapkan oleh pihak
pengurusan akhbar.
Penentuan agenda
melipu4 proses
pemilihan,
pembentukan,
pemaparan,
penentuan,
penyimpanan atau
pengulangan
keseluruhan mesej atau
komponen mesej (Siune,
Karen, &
Kline, 1975). Menurut
Blake (1975), McCombs
& Becker(1979) dan Teel
& Taylor (1983)
pengampang
maklumat(gatekeeper)
mempunyai kuasa
mutlak untuk
memutuskan jenis
maklumat yang ingin
disampaikan kepada
khalayak. Ini kerana
pemilihan berita
bukanlah
suatu proses yang
mudah dan ringkas. Teel
& Taylor (1983)
menyatakan keputusan
memilih
berita adalah kompleks
kerana proses
berkenaan sering
berubah dan sukar
ditentukan.
Faktor-faktor lain yang
mempengaruhi
pemilihan berita adalah
campur tangan
pemimpin
poli4k yang
memerintah atau
pemilik saham, dasar
kerajaan yang tersurat
dan tersirat,
serta sistem poli4k,
ekonomi dan sosial.

mungkin 4dak berjaya


dalam mendorong
khalayak untuk
memikirkan sesuatu,
tetapi media
sangat berjaya dalam
mendorong
pembacanya
menentukan apa yang
perlu di8kirkan.
Lang & Lang (1966)
dalam kajiannya
mendapa4 media
memfokuskan perha4an
khalayak
terhadap sesuatu
berita dengan
mencadangkan apa-
apa yang di8kirkan,
diketahui dan
dirasai oleh khalayak
mengenai sesuatu
perkara. Pelaporan
sesuatu berita dalam
akhbar
melibatkan penentuan
agenda yang telah
ditetapkan oleh pihak
pengurusan akhbar.
Penentuan agenda
melipu4 proses
pemilihan,
pembentukan,
pemaparan,
penentuan,
penyimpanan atau
pengulangan
keseluruhan mesej atau
komponen mesej (Siune,
Karen, &
Kline, 1975). Menurut
Blake (1975), McCombs
& Becker(1979) dan Teel
& Taylor (1983)
pengampang
maklumat(gatekeeper)
mempunyai kuasa
mutlak untuk
memutuskan jenis
maklumat yang ingin
disampaikan kepada
khalayak. Ini kerana
pemilihan berita
bukanlah
suatu proses yang
mudah dan ringkas. Teel
& Taylor (1983)
menyatakan keputusan
memilih
berita adalah kompleks
kerana proses
berkenaan sering
berubah dan sukar
ditentukan.
Faktor-faktor lain yang
mempengaruhi
pemilihan berita adalah
campur tangan
pemimpin
poli4k yang
memerintah atau
pemilik saham, dasar
kerajaan yang tersurat
dan tersirat,
serta sistem poli4k,
ekonomi dan sosial.
ISI KANDUNGAN
1.
PENGENALAN.....................
...........................................
...........................................
.....................1
2. LATAR BELAKANG
TEORI.................................
...........................................
...................................3
3. KONSEP TEORI
PENENTUAN
AGENDA.............................
...........................................
..................4
4. ANDAIAN TEORI
PENENTUAN
AGENDA.............................
...........................................
................6
5. RELEVAN TEORI DAN
REALITI DENGAN KEADAAN
KOMUNIKASI
SEMASA..............................
....8
6.
ANALISIS/KRITIKAN.............
...........................................
...........................................
..................10
7.
KESIMPULAN......................
...........................................
...........................................
...................13
RUJUKAN............................
...........................................
...........................................
...........................15
LAMPIRAN..........................
...........................................
...........................................
...........................16
ISI KANDUNGAN
1.
PENGENALAN.....................
...........................................
...........................................
.....................1
2. LATAR BELAKANG
TEORI.................................
...........................................
...................................3
3. KONSEP TEORI
PENENTUAN
AGENDA.............................
...........................................
..................4
4. ANDAIAN TEORI
PENENTUAN
AGENDA.............................
...........................................
................6
5. RELEVAN TEORI DAN
REALITI DENGAN KEADAAN
KOMUNIKASI
SEMASA..............................
....8
6.
ANALISIS/KRITIKAN.............
...........................................
...........................................
..................10
7.
KESIMPULAN......................
...........................................
...........................................
...................13
RUJUKAN............................
...........................................
...........................................
...........................15
LAMPIRAN..........................
...........................................
...........................................
...........................16
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN

2. LATAR BELAKANG TEORI


3. KONSEP TEORI PENENTUAN AGENDA

4. ANDAIAN TEORI PENENTUAN AGENDA

5. RELEVAN TEORI DAN REALITI DENGAN


KEADAAN KOMUNIKASI SEMASA

6. KESIMPULAN

7. RUJUKAN

8. LAMPIRAN

1. PENGENALAN

Teori adalah satu sistem idea yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu perkara
berdasarkan idea-idea umum yang bebas daripada perkara yang diterangkan. Ia adalah alat
penerangan dan tafsiran yang membolehkan seseorang memahami sesuatu perkara dan
mengehadkan pemahamannya berdasarkan konteks kajiannya (Ott & Mack, 2014). Oleh
kerana media adalah bidang yang inter-disiplin terdapat teori-teori yang dicerap daripada
bidang yang berbeza yang akhirnya membentuk pelbagai acuan kajian media. Komunikasi
adalah bidang yang paling banyak meminjamkan teorinya kepada kajian yang akan
dilaksanakan. Antara teori yang paling kerap diaplikasikan dalam kajian media ialah Teori
Pemupukan (Cultivation Theory), Teori Penentuan Agenda (Agenda Setting Theory), Teori
Kekayaan Media (Media Richness Theory), Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification
Theory) dan Teori Gatekeeping. Selain, itu, pengaruh teknologi yang menembusi bidang
media turut memperlihatkan penggunaan teori dalam bidang teknologi. Antara teori
teknologi yang kerap diguna pakai oleh kajian media ialah Model Penerimaan Teknologi
(Technology Acceptance Model - TAM), Teori Difusi Inovasi (Innovation Diffusion Theory)
Dan Teori Gabungan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory of Acceptance
And Use Technology-UTAUT).

Menurut Little john (2002) penetapan agenda dapat dilihat dalam tiga bahagian iaitu
dari konteks prioriti isu yang dibincangkan oleh pihak media atau penentuan agenda media,
agenda media mempengaruhi pemikiran masyarakat atau agenda umum dan agenda umum
mempengaruhi pemikiran pembuat dasar atau agenda polisi. Manakala menurut Saodah et
al. (2005) terdapat empat jenis hubugan kuasa di antara media dan pihak luat yang dapat
menentukan setakat mana agenda media menentukan atau ditentukan oleh agenda pihak
yang berkaitan. Sumber berkuasa dan media massa berkuasa menghasilkan hubungan yang
memberi pengaruh kuat terhadap agenda umum. Sumber berkuasa tetapi media tiada
kuasa. Sumber rendah kuasa tetapi media berkuasa. Sumber dan media yang kurang
berkuasa. Keadaan ini membuatkan agenda umum ditentukan oleh perkara yang berlaku
sebenarnya.

Teori penentuan agenda dipelopori oleh Lippman yang menyatakan bahawa media
bertanggungjawab terhadap gambaran dalam minda manusia. Seterusnya Cohen, (1963)
menyatakan media lebih daripada sekadar pemberi maklumat dan pendapat. Media mungkin
tidak berjaya dalam mendorong khalayak untuk memikirkan sesuatu, tetapi media
sangat berjaya dalam mendorong pembacanya menentukan apa yang perlu difikirkan.
Lang & Lang (1966) dalam kajiannya mendapati media memfokuskan perhatian khalayak
terhadap sesuatu berita dengan mencadangkan apa-apa yang difikirkan, diketahui dan
dirasai oleh khalayak mengenai sesuatu perkara. Pelaporan sesuatu berita dalam akhbar
melibatkan penentuan agenda yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan akhbar.

Penentuan agenda meliputi proses pemilihan, pembentukan, pemaparan, penentuan,


penyimpanan atau pengulangan keseluruhan mesej atau komponen mesej (Siune, Karen, &
Kline, 1975). Menurut Blake (1975), McCombs & Becker(1979) dan Teel & Taylor (1983)
pengampang maklumat(gatekeeper) mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan jenis
maklumat yang ingin disampaikan kepada khalayak. Ini kerana pemilihan berita bukanlah
suatu proses yang mudah dan ringkas. Teel & Taylor (1983) menyatakan keputusan memilih
berita adalah kompleks kerana proses berkenaan sering berubah dan sukar ditentukan.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan berita adalah campur tangan pemimpin
politik yang memerintah atau pemilik saham, dasar kerajaan yang tersurat dan tersirat,
serta sistem politik, ekonomi dan sosial.

2. LATAR BELAKANG TEORI

Teori Penetapan Agenda berasal dari 1922, dari pendapat Walter Lippmann. Lippmann
menetapkan hubungan utama antara peristiwa dunia dan pemikiran dalam minda orang
ramai (Lippmann, 1922). Pada tahun 1963, Bernard Cohen menyatakan bahawa media
"mungkin tidak berjaya sepanjang masa untuk memberitahu orang tentang apa yang perlu
dipikirkan, tetapi ia sangat berjaya dalam memberitahu pembaca apa yang harus difikirkan."
Cohen membuat pemerhatian bahawa "dunia akan kelihatan berbeza dengan orang yang
berlainan bergantung pada peta yang ditarik oleh para penulis, editor dan penerbit kertas
yang mereka baca" Cohen, 1963). Ideanya kemudiannya membawa kepada teori formal
yang dibangunkan oleh McCombs dan Shaw.

Walter Lippman bimbang bahawa media mempunyai kuasa untuk membentangkan


imej kepada orang ramai. McCombs dan Shaw menyiasat kempen presiden pada tahun 1968,
1972 dan 1976. Dalam penyelidikan yang dilakukan pada tahun 1968 mereka memberi
tumpuan kepada dua elemen iaitu kesadaran dan maklumat. Menyiasat fungsi penetapan
agenda media massa, mereka cuba menilai hubungan antara pengundi dalam satu komuniti
berkata adalah isu penting dan kandungan sebenar mesej media yang digunakan semasa
kempen. McCombs dan Shaw membuat kesimpulan bahawa media massa memberikan
pengaruh yang signifikan terhadap pengundi apa yang dianggap sebagai isu utama kempen.
Teori Penentuan Agenda dibangunkan oleh McCombs dan Shaw (1968). Teori ini
menerangkan tentang keupayaan media berita untuk mempengaruhi topik yang ditonjolkan
mengenai agenda awam. Ini bermaksud, sekiranya suatu berita itu dipersembahkan dengan
kerap dan jelas oleh media, penonton akan menganggap bahawa isu tersebut adalah
penting. Pembentukan teori ini adalah berdasarkan kesedaran awam dan kebimbangan
mengenai isu-isu yang berkaitan dengan media berita.

3. KONSEP TEORI PENENTUAN AGENDA

Pada pertengahan 1990an, konsep “Framing” atau kerangka telah ditambah kepada teori
iniyang memasukkan elemen konteks pemahaman dalam proses interpretasi maksud mesej
yang ingin disampaikan. Melalui framing, dinyatakan bahawa terdapat dua (2) peringkat
penetapan agenda, iaitu:
I. Pemindahan perkara penting dalam agenda media ke dalam agenda orang
awam, yang mana penekanan diberikan kepada aspek tertentu sesuatu isu
tersebut, dan
II. Pemindahan sifat-sifat utama yang media dapat kaitkan kepada sesuatu idea ke
dalam minda orang awam. Teori ini juga menganjurkan perlunya ada “indeks
ingin tahu” atau “index of curiosity” yang mengandaikan bahawa seseorang akan
terpengaruh dengan penekanan media terhadap sesuatu agenda jika mereka:
a. Berminat dengan kisah/berita tertentu – ia relevan kepada mereka, dan
b. Tidak pasti tentang perasaan mereka terhadap topik yang diceritakan.

Dalam keadaan begini, mereka akan merasakan jika media mengatakan bahawa
cerita/topik itu penting, maka mereka juga akan merasakan bahawa cerita/topik tersebut
adalah penting buat mereka.

Secara spesifik, siapakah yang menentukan agenda media? Satu pendapat popular
adalah hanya sebelas (11) individu sahaja yang menentukan agenda politik dalam media di
Amerika Syarikat, iaitu ketua operasi Associated Press, New York Times, Washington Post,
Time, Newsweek, ABC, NBC, CBS, CNN, Fox, and MSNBC.

Kini McCombs dan Shaw, setelah memperakui peranan besar media dalam
pembentukan agenda awam, mengatakan bahawa media kini bukan sahaja memberitahu
kita apa yang perlu difikirkan, ia juga memberitahu kita bagaimana dan apakah pendapat
kita tentang perkara tersebut, dan mungkin juga memberitahu kita apa yang kita patut buat
tentang perkara tersebut (“The media may not only tell us what to think about, they also
may tell us how and what to think about it, and perhaps even what to do about it”).
Seterusnya, contoh yang menampakkan peranan teori penentuan agenda juga ialah
dalam pilihanraya. Peranan teori dalam pilihanraya dilihat sangat dominan kerana
masyarakat bergantung kepada media dalam membuat keputusan. Oleh itu, media mestilah
memainkan peranan mereka dalam menyebarkan agenda yang telah ditetapkan oleh
kerajaan untuk pilihanraya. Terdapat sarjana yang menganggap bahawa media massa
meninggalkan kesan dan pengaruh yang kuat ke atas masyarakat. Media massa merupakan
penentu agenda dalam pilihanraya. Media perlulah menyebarkan maklumat dan informasi
yang sahih dan tepat mengenai sesebuah isu samada politik mahupun apa sahaja isu. Oleh
itu, masyarakat dapat menilai baik buruk sesebuah parti politik. Mereka dapat membuat
keputusan berdasarkan hasil daripada penulisan media massa. Media juga dianggap sebagai
ruang liputan sama rata kepada semua parti khususnya dalam masyarakat demokrasi.
Masyarakat bebas untuk memilih parti politi yang dikehendaki mereka. Namun secara tidak
langsung, media akan mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam membuat sesebuah
keputusan. Rajah 1 adalah model bagi Teori Penentuan Agenda.

Rajah1: Model Teori Penentuan Agenda


Sumber: McQuail & Windahl (1993)
4. ANDAIAN TEORI PENENTUAN AGENDA

Dua andaian asas kajian yang menggunakan teori ini ialah pertama, akhbar dan media
tidak mencerminkan realiti yang berlaku di mana mereka menapis dan membentuk sesuatu
isu yang berlaku. Kedua, tumpuan media adalah terhadap suatu isu dan subjek yang boleh
menarik perhatian umum untuk menganggap bahawa isu dan subjek tersebut adalah lebih
penting berbanding isu-isu yang lain. Dalam erti kata yang paling asasnya, penetapan
agenda adalah penciptaan kesedaran awam dan isu-isu penting oleh media berita (Agenda
Setting Theory, 2012).
Rangka masa untuk ini adalah salah satu aspek yang paling kritikal dalam peranan
penetapan agenda dalam komunikasi massa. Penetapan agenda berlaku melalui proses
kognitif yang dikenali sebagai "aksesibilitas," yang menyiratkan bahawa media berita lebih
kerap dan jelas meliputi isu, lebih banyak lagi isu menjadi mudah diakses dalam ingatan
penonton (Iyengar & Kinder, 1987). Pada dasarnya, ketika ditanya tentang apa yang mereka
rasa adalah masalah yang paling penting yang dihadapi oleh negara, responden menjawab
dengan isu-isu yang difokuskan oleh media paling banyak.
Teori penentuan agenda dapat diterjemahkan sebagai andaian bahawa media massa
boleh mempengaruhi pendapat awam sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada
beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Khalayak akan lebih tahu
tentang perkara-perkara yang lebih penting yang disampaikan oleh media dan akan
menentukan kepentingan sesuatu perkara itu mengikut susunan kepentingannya.
Contohnya, akhbar akan menyiarkan berita mengikut kepentingan ataupun apa yang
dirasakan amat diingini oleh pembaca. Lazimnya, kita sebagai khalayak yang menggunakan
media akan berbincang tentang perkara-perkara yang menjadi tajuk berita pada suatu hari
tersebut.
Penentuan agenda merupakan kaedah yang digunakan untuk mengkaji pendapat
masyarakat tentang isu yang mereka fikirkan penting. Dalam pada itu, keadah ini turut
mengkaji isu yang mendapat liputan meluas media massa terutamanya akhbar-akhbar
utama sesebuah negara. Berdasarkan andaian ini, media dianggap mempunyai kuasa untuk
mempengaruhipemikiran khalayak dengan menetapkan agenda tehadap perkara yang
dibincangkan dan difikirkan. Wujudnya pertalian yang rapat di antara liputan media massa
dengan apa yang
menjadi buah perbincangan orang ramai. Teori ini juga mengandaikan bahawa media boleh
mempengaruhi masyarakat sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu
dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Miller (2004) takrifan mendalam dan
meluas terhadap penentuan agenda perlulah mendasari kepada tiga aspek iaitu agenda
media, agenda publik dan agenda polisi. Agenda media merujuk kepada isu yang
diketengahkan oleh media. Agenda publik pula merupakan isu yang dianggap penting oleh
khlayak. Manakala agenda polisi pula merupakan isu yang mewakili pembuat dasar
sesebuah negara.
Teori ini telah membolehkan masyrakat sedar tentang kuasa media dalam
pembentukkan minda masyarakat. Media sememangnya berpotensi dalam mempengaruhi
tindak tanduk dan cara kita berfikir. Secara tidak langsung membuktikan juga bahawa media
mempunyai pengaruh besar dalam membantu masyarakat melihat dan mengarap realiti.
Selain itu, menerusi pembingkaian juga telah membuktikan kepada kita bahawa media juga
merupakan salah satu alat yang boleh menyebarkan doktrin pemikiran kepada masyarakat
dalam melihat dan membuat pertimbangan terhada sesuatu perkara. Tidak mustahil media
hadir bersama ideologinya yang tersendiri. Seterusnya seperti yang kita ketahui bahawa
sudut pandang terhadap kehidupan harian kita berbeza antara satu sama lain. Hal ini
demikian kerana kita berbeza dari segi kepercayaan dan latar belakang. Namun tanpa kita
sedar media juga berperanan dalam meghasilkan perbezaan tersebut.

5. RELEVAN TEORI DAN REALITI DENGAN KEADAAN KOMUNIKASI SEMASA


Media adalah antara elemen penting dalam mencorakkan kehidupan dan
membentuk masyarakat. Media membabitkan peralatan dan bahan yang dibina, dirancang
dan dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat atau apa saja yang diingini oleh
pemiliknya.
Jika sebelum ini, tumpuan media adalah dalam bidang media cetak atau media
elektronik tetapi kini ia sudah menjangkau ke tahap yang lebih tinggi iaitu media baharu. Di
Malaysia, pembangkang dilihat lebih ke hadapan dalam penggunaan media baharu.
Mungkin ada faktor pendorong seperti ketiadaan ruang di media perdana menyebabkan
pembangkang menggunakan media baharu untuk menyampaikan mesej mereka. Ia sungguh
berkesan.
Globalisasi media telah membolehkan masyarakat merentasi halangan ruang waktu untuk
berhubung dalam keadaan yang sebelum ini tidak memungkinkannya. Kini, mereka di New
York, Amerika Syarikat boleh berkomunikasi dengan rakan taulan atau sanak-saudara di
Masjid Tanah, Melaka atau Kangar Perlis. Begitu Juga sebaliknya. Marshall McLuhan
dalam
karyanya di tahun 60-an berjudul “The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man”
(1962) dan “Understanding Media” (1964) melihat apa yang berlaku ketika ini dalam kaca
mata lima dekad lalu meliputi ruang lingkungan yang cukup besar; bagaimana masyarakat di
dunia dihubungkan dalam satu perkampungan sejagat melalui teknologi elektronik yang
mampu dicapai hanya sekelip mata. Jelas sekali metaphor seperti Internet dan World Wide
Web (WWW) ketika itu sudah di dalam bayangan beliau.
Kini ia menjangkau kepada facebook dan twitter. Media sosial ini menjadi alternatif
kepada media tradisi. Malah medium yang mula digunakan pada tahun 2000 di Malaysia,
kini semakin meluas sehingga ramai yang menjadi ketagih dengannya terutama Facebook.
Keberkesanan media ialah melalui proses jangka panjang penghasilan semula budaya sosial.
Perubahan teknologi meletakkan teori komunikasi dibarisan hadapan revolusi sosial. Salah
satu pendekatan untuk memahami sistem media di sesebuah negara adalah
dengan meneliti pola atau proses pemilikan, kawalan dan peranan yang diberikan kepada
media itu. Dengan memahami pola pemilikan, ia membantu memahami struktur dan
kandungan media kerana kandungan media selalunya melambangkan kepentingan golongan
yang membiayainya.
Ada penyelidik komunikasi mendefinisikan kawalan media sebagai proses
membuang atau mengehadkan kandungan atau pengedaran sebarang alat komunikasi dan
ia boleh datang dari dalam struktur sistem media itu sendiri atau dari luar. Peranan media
dalam masyarakat perlu dilihat pada konteks sistem sosiopolitik sesuatu masyarakat kerana
sistem media kebangsaan amat berkait rapat kepada sistem politik dan kerajaan di sesebuah
negara.
Akhbar boleh dibentuk berdasarkan perjalanan sistem akhbar di sesebuah negara
yang mengikut sistem politik yang diamalkan. Setiap negara mempunyai corak atau sistem
pemerintahannya sendiri dan teori akhbar atau media boleh digunakan bagi menjelaskan
sistem akhbar atau media di sesebuah negara berkenaan. Sesebuah negara mengamalkan
sistem akhbar tertentu kerana ia selari dengan kepentingan negara itu.
Tidak hairanlah, media yang kini ditambah dengan media sosial memainkan peranan
besar dalam menentukan kuasa pemerintah di sesebuah negara. Media menentukan jatuh
bangun sesebuah kerajaan. Salah satu sebabnya, media dikatakan mempunyai kuasa untuk
menyalurkan maklumat dan sebagai wadah khalayak untuk menganalisis sesuatu isu.

6. ANALISIS/KRITIKAN
Banyak penemuan diperolehi melalui pendekatan ini, ada yang menyokong dan ada
yang tidak menyokong hipotesis bahawa bahan dalam media mempengaruhi pembaca
untuk memikirkan sesuatu (McCombs, 1981). Semenjak hipotesis penentuan agenda dikaji
secara empirisis oleh McCimbs dan Shaw (1972) para pengkaji telah mengikuti langkah
mereka untuk meneliti pengaruh agenda media keatas agenda publik dan pertalian yang
terdapat antara kedua konsep tersebut.
McCombs (1981) telah meneliti semula kemajuan yang dicapai pada tahun-tahun
lampau dan mendapati bahawa pengkaji dalam bidang penentuan agenda lebih banyak
membuat kajian bercorak penerokaan daripada membuat kajian bercorak replikasi.
Menurutnya, kajian replikasi membolehkan penggubalan konsep dan hipotesis yang lebih
kukuh untuk menerima penetuan agenda sebagai satu teori. Pandangan McCombs dan
Shaw ini mempunyai nilanya tetapi sesuatu bidang itu akan menjadi lebih kuat sekiranya
kajian dibuat mengikut tujuan penerokaan dan replikasi, Kajian penerokaan membenarkan
konsep lain diperkenalkan untuk mencari lebih pembolehubah. Dalam perkataan lain
konsep baru dapat menjelaskan lagi fenomena yang kurang dijelaskan oleh konsep yang
lama. Kajian berbentuk replikasi pula membenarkan konsep diuji dalam pelbagai keadaan
dan masa.
Satu daripada kekuatan replikasi adalah ia merupakan kajian yang sesuai dilakukan
dalam budaya-budaya yang berlainan. Konsep yang difahami dalam sesuatu budaya tertentu
mungkin mempunyai erti yang berbeza apabila diuji dalam budaya lain. Aspek lain yang
sering dibincangkan dalam kajian penentuan agenda ialah masa. Bilakah sebenarnya masa
yang dianggap sesuai untuk menjalankan kajian? Bilakah masa yang sesuai untuk mengetahui
samada sesuatu agenda itu dihasilkan oleh media dan bilakah pula masa yang
sesuatu untuk mengkaji agenda yang ada pada publik?
Kajian yang dilakukan oleh McCombs dan Shaw (1972) menggunakan jangka masa
selama 3 ½ minggu untuk menkaji agenda media, dan mengkaji tentang agenda publik
selama 2 ½ minggu. Menurut Eyal et al. (1981) kajian oleh McCombs dan Shaw tidak
mempunya elemen jarak masa antara agenda publik dan agenda media. Sebenarnya
penyelidik kurang memberi perhatian terhadap jarak jangka masa dalam penentuan agenda.
Perkara yang harus diteliti ialah jenis isu yang menjadi agenda media dan agenda
publik. Jenis isu dan masa isu itu dibangkitkan akan menjadi penentunya. Bagi isu yang tidak
melibatkan pengalaman harian masyarakat seperti isu kecil, misalnya yang berkaitan dengan
hal ehwal luar negeri akan mengambil masa yang lama sebelum diterima sebagai agenda
publik. Peranan Media bukan hanya memberi liputan, tetapi liputan tersebut harus
melibatkan orang ramai supaya mereka mempunyai pendirian tertentu terhadap isu yang
dibangkitkan.
Soal masa, jenis isu dan jenis media sedikit sebanyak mempengaruhi penerimaan
agenda dalam kalangan publik. Isu yang tidak melibatkan kehidupan harian orang ramai
seperti isu hal ehwal luar negeri, ia akan mengambil masa sebelum diterima sebagai agenda
publik.
Selain aspek masa, pendidikan boleh mempengaruhi sesuatu agenda media untuk
dijadikan agenda publik. Malah dalam beberapa kajian, pengkaji telah mencadangkan
supaya konep-konsep seperti motivasi, kredibiliti media dan orientasi media dimasukkan
dalam kajian untuk mendapatkan penjelasan yang mendalam terhadap fenomena kajian.
Terdapat beberapan kelebihan dan juga kekurangan dalam teori penentuan agenda ini.
Antara kelebihannya adalah publik/masyarakat mengetahui maklumat dan isu –isu terkini
yang sedang hangat dan penting, maklumat dapat dilihat atau didengar daripada media dan
juga media dapat membantu menciptakan kewibawaan tertentu seseorang calon.
Kekurangannya pula adalah menurut Funkhouser dan Zucker 1978 liputan Media selalunya
tidak bersesuaian dengan kejadian sebenar, penentuan agenda mana-mana media atau
artikel berita sukar untuk diukur dengan mudah , dan boleh memberikan kesan negatif
seperti wujudnya berita palsu, teori ini lebih memberi tumpuan kepada pengguna media
massa dan bukannya pada masej yang hendak disampaikan serta teori ini akan
mengakibatkan media tidak dapat mengawal pemikiran orang ramai.
Salah satu kritikan yang paling biasa dalam teori penetapan agenda adalah bahawa
respons yang terlalu sukar biasanya dibahagikan kepada kategori yang sangat luas dan hasil
biasanya terlalu tinggi untuk dianggap benar atau relevan. Teori itu sendiri sememangnya
kasual dalam kaedah kaji selidiknya dan dalam bilangan pemboleh ubah yang
mempengaruhi keputusan (Rogers & Dearing, 1988).
Contohnya, jika mengkaji kesan media terhadap keganasan di dalam masyarakat, anda
perlu terlebih dahulu mempertimbangkan perbezaan antara keganasan faktual dan
keganasan fiksyen, yang mungkin atau tidak mungkin memberi perbezaan kepada
penonton. Kemudian perlu menjejaki berapa kali kejadian insiden keganasan berlaku di
media dan cuba mengira berapa kali seseorang dapat/akan terdedah kepada kandungan itu.
Tetapi sebelum membuat sebarang kesimpulan, perlu melihat kadar keganasan umum dan
kejadian keganasan individu dan menentukan sama ada terdapat kaitan.
Tidak seorang pun dari ini pun mula menangani isu-isu yang melibatkan orang yang
melakukan tindakan kekerasan di tempat pertama. Apakah kehidupan keluarga mereka?
Adakah mereka mangsa keganasan yang lain? Bagaimanakah ia memberi kesan kepada
mereka? Berapa banyak keganasan dalam media yang mereka hadapi? Adakah terdapat
pemboleh ubah lain yang boleh menyumbang kepada kemungkinan seseorang melakukan
keganasan? Apabila anda benar-benar meneliti semua pembolehubah, anda dapat melihat
dengan cepat bagaimana ia mungkin datang kepada kesimpulan konkrit atau data keras
untuk menyokong teori penetapan agenda.

7. KESIMPULAN
Minda masyarakat dipengaruhi oleh media yang mempunyai kuasa dengan
menentukan agenda terhadap sesuatu perkara yang akan dibincangkan atau difikirkan.
Selalunya, berita-berita yang kerap kali disiarkan dalam talian akan menjadi topik
perbincangan masyarakat umum.
Masyarakat juga akan menganggap bahawa sesuatu berita yang disiarkan
berulangulang kali itu adalah sesuatu berita yang penting dan perlu diketahui oleh semua
masyarakat. Misalnya ketika kehilangan kapal terbang milik Malaysia pada tahun 2013 yang
lalu, siaran berita mengenai kehilangan dan pencarian kapal tersebut sentiasa terpampang
di kaca televisyen kerana semua masyarakat terutama keluarga penumpang dan krew
pesawat tersebut sangat memerlukan berita mengenai keselamatan keluarga mereka yang
terlibat dalam tragedi kehilangan pesawat tersebut.
Walter Lippmann (1992), dalam penulisannya “PUBLIC OPINION” media adalah
perantaraan antara dunia sebenar dan gambaran pada pemikiran kita. Beliau juga
menegaskan bahawa media adalah antara bahan yang akan menguasai seluruh penciptaan
gambar dalam pemikiran kita, dimana kita juga percaya bahawa setiap kali kita melihat
sesuatu isu yang disiarkan dalam berita kita akan dapat maklum balas daripada apa yang
masyarakat akan lihat dan dengar. Ini juga jelas memperlihatkan kepada kita bahawa
penetapan agenda ini sangat penting dalam menentukan tahap kepentingan siaran sesuatu
berita tersebut.
Teori penetapan agenda ini juga diperkenalkan kerana, masyarakat menganggap
bahawa berita yang disiarkan oleh media tersebut adalah berita yang penting dan perlu
diketahui oleh masyarakat. Ini dapat kita lihat apabila Tazmahal Binti Khani (2013)
mengemukan bahawa “media menyampaikan fakta, memfokuskan terhadap sesuatu isu,
menyampaikan maklumat yang patut diketahui oleh khalayak adalah merupakan penentuan
agenda media massa”. Masyarakat akan menganggap bahawa sesuatu isu itu amat penting
sekiranya berita tersebut sentiasa diberi perhatian oleh media dalam talian ataupun luar
talian.
Justeru, masyarakat akan tertumpu untuk membahaskan tentang isu tersebut di
mana-mana sahaja. Hal ini kerana isu yang disiarkan itu memberi kepentingan untuk mereka
ketahui sehingga keadaan menjadi reda semula. Masyarakat hanya akan lebih mengetahui
tentang isu-isu yang lebih diberi perhatian oleh media dan akan memilih isu yang lebih baik
mengikut kepentingan yang diberikan oleh media tersebut.
Menerusi teori penetapan agenda ini kita dapat melihat cara media mengpengaruhi
pembentukkan minda masyarakat dan sekaligus memperlihatkan kepada kita bahawa
adalah sesuatu yang tidak mustahil berlakunya manipulasi maklumat oleh media untuk
kepentingan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan mengetahui
kebarangkalian-kebarangkalian ini membolehkan kita untuk mengawal agar perkara negatif
kesan dari penggunaan media tidak akan berlaku. Teori ini juga telah membuka minda kita
tentang kuasa sebenar media dan betapa pentingnya etika media dipegang oleh semua
pengamal media dalam membekalkan ekosistem maklumat yang telus dan berkembang.

RUJUKAN
1. McCombs, Maxwell, and Donald L,. Shaw. (1972). The Agenda Setting Function of
Mass Media. Public Opinion Quarterly, 36.2.
2. Winte, James. (1981). "Contrigent conditions in the Agenda setting Process" Dalam
Withoit Cleveland & Debock Mass Comunication Review Year Book 2. Beverly Hill:
Sage Publicaton.
3. Dearing, J. W., & Rogers, E. M. 1996. Communication concepts 6: Agenda-setting.
Thousand Oaks, CA: Sage.
4. Kiong, C. C. (1991). Penentu Agenda: Sumber, Media atau Publik? Jurnal Komunikasi,
7(1), 47–54.
5. McCombs, Maxwell, Donald Shaw& David Weaver. (2014). Dalam New Directions in
agenda-setting theory and research Mass Comunication and Society (hlm. 17(6).781
802).
6. Sukmi S.N. (2015). Reathinking teori komunikasi dalam konteks media baru.
Cakrawala Jurnal Penelitian Sosial. 4(1), 1-23.
7. Wanta Wayne & Yi-Hen Wu. (1992). Interpersonal Comunication and The agenda
setting process. Journalism & Mass Comunication Quarterly 69(4). 847-855.
8. McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models: For the study of mass
communications. New York: Longman.

Anda mungkin juga menyukai