Anda di halaman 1dari 9

OPERASI DASAR AWAM

BAB 4
PERINGKAT 2: PERUMUSAN DASAR
BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN DASAR

i.

DORONGAN

Kaedah mengubah tingkah laku manusia dengan menggunakan ganjaran dan


hukuman.

Ganjaran merupakan satu bonus untuk masyarakat agar bertindak seperti


yang diingini oleh kerajaan dalam menjayakan sesuatu dasar.

Hukuman juga digunakan bagi mewujudkan sekatan terhadap masyarakat bagi


melakukan perkara-perkara yang mendatangkan masalah kepada masyarakat.

Contohnya, untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan rokok,kerajaan telah


menaikkan cukai rokok.

. Sekiranya rakyat melakukan apa yang kerajaan kehendaki,


mereka akan mendapat ganjaran, sebaliknya jika mereka
mengingkari, mereka akan mendapat hukuman.
Cth: isu kad pengenalan baru. JPN menawarkan cabutan bertuah kepada
pelanggan yang datang untuk menukar kad pengenalan lama kepada yang
baru sebelum tempoh tamat. Tetapi selepas tamat tempoh sepatutnya iaitu
pada Disember 2005, semua rakyat Malaysia yang ke JPN untuk pertukaran

PERATURAN
Peraturan rasmi di sini merujuk kepada undang-undang yang dibentuk
oleh legislatif.
Peraturan rasmi akan memberi arahan kepada masyarakat, organisasi
dan kerajaan untuk bertindak sesuatu dengan cara yang tertentu.
Dua aspek yang ditekankan dalam peraturan iaitu KEADAAN ATAU
KONTEK KEJADIAN untuk menentukan perkara tersebut salah atau
tidak.
Contohnya, perlakuan seorang majikan lelaki menepuk bahu pekerja wanitanya
semasa bekerja adalah satu perlakuan yang melanggar etika pekerjaan.
Maksudnya di sini, keadaan perlakuan seorang majikan lelaki menepuk bahu
pekerja wanitanya tersebut adalah salah.
Tetapi apabila kita merujuk kepada kontek kejadian, iaitu sekiranya pekerja
wanita tersebut adalah anak majikan, perkara tersebut adalah lumrah di mana
mungkin majikan tersebut berbuat demikian sebagai tanda sokongan atas
tugasan yang dilakukan oleh anaknya itu. Tetapi sekiranya individu tersebut
tidak mempuyai sebarang pertalian, hal ini menunjukkan wujudnya kejadian
gangguan seksual di tempat kerja. Apatah lagi sekiranya mewujudkan ketidak
selesaan terhadap pekerja wanita tersebut.

FAKTA

Digunakan oleh kerajaan:


i.

Untuk mempengaruhi masyarakat agar


mengikuti sesuatu dasar yang diperkenalkan
oleh kerajaan.
ii. Bagaimana kerajaan cuba mempengaruhi
pemikiran masyarakat secara rasional dan
membuat keputusan.
iii. Lebih kepada membimbing masyarakat ke arah
pemikiran yang disebut rasional yang paling
ideal.

HAK
KUASA

KUASA

merujuk kepada pemberian kuasa kepada pihak tertentu


sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Selalunya pemberian kuasa ini lebih kepada pihak berkuasa.
Contohnya, pemberian kuasa terhadap pihak polis dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
Selain itu, pemberian kuasa terhadap suruhanjaya tertentu
untuk menyiasat perkara yang dikehendaki oleh kerajaan
juga merupakan pendekatan pemberian kuasa.

HAK
Hak melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan dan autoriti
(sanction) tertentu, tetapi strategi dasar berbentuk hak biasanya lebih
digunakan bagi penyelesaian tingkah laku dalam sistem penyelesaian
sesuatu konflik.
Dua bentuk hak iaitu positif dan normatif.
POSITIF

hak yang disokong oleh peraturan tertentu.


Ia merupakan jangkaan tentang apakah yang sepatutnya diterima atau
bagaimana seseorang dilayani menurut peraturan tertentu.
Contohnya, hak untuk mengundi semasa pilihanraya.
NORMATIF

hak yang sukar untuk dikenal pasti.


Hak normatif merupakan hak yang boleh dilakukan oleh pihak tertentu
tanpa mengikut seperti yang ditetapkan oleh peraturan tetapi masih
mendapat kebenaran pihak tertentu.
Misalnya, pihak polis mempunyai hak secara normatif apabila meminta
tahan reman tok ketampi dalam keadaan tidak berpakaian sekiranya
mereka mensyaki tahan reman tersebut menyembunyikan dadah
ditempat yang sukar diramalkan.

Anda mungkin juga menyukai