Anda di halaman 1dari 12

GMGA2023 DASAR AWAM

TAJUK

1.0

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Menurut Friederich (dalam Anderson, 1995) mengutarakan beberapa definisi dasar awam

iaitu dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu, kumpulan atau kerajaan dalam
satu-satu persekitaran. Persekitaran ini akan menyediakan halangan-halangan dan peluangpeluang. Selain itu, dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran yang ada dan
secara tidak lansung ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan merealisasikan
objektif yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, dasar yang diwujudkan oleh pihak kerajaan
adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyatnya.
Walau bagaimanapun, semakin meningkatnya proses pemodenan dan perindustrian
sesebuah negara itu, maka semakin banyak persoalan masyarakat yang timbul. Hal ini dapat
dilihat apabila beberapa masalah sosial di Malaysia kini seringkali dikaitkan dengan proses
pembangunan dan transformasi sosial yang mendadak. Proses perbandaran dan perindustrian
yang berlaku sejak kemerdekaan khususnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
bukan sahaja telah merancakkan proses pembangunan negara, malah turut mengakibatkan
berlakunya krisis nilai dan keterasingan sosial di kalangan sesetengah golongan masyarakat
khususnya remaja dan golongan muda.
Dasar awam merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk
membangunkan Negara dan menjaga kebajikan rakyatnya. Dasar mempunyai bentuknya yang
tersendiri dan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis tindakan yang
dilakukan oleh sesebuah kerajaan. Dasar Sosial Negara (DSN) memberi hala tuju kepada
1

GMGA2023 DASAR AWAM

perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial negara dan menjadi satu strategi
utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dan mampan.

2.0

ISU DIBINCANGKAN DAN CADANGAN MENGATASI MASALAH SOSIAL


REMAJA
Secara umumnya, masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur
ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Di Malaysia, remaja
merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduknya. Oleh kerana bilangannya yang
ramai, maka masalah berkaitan dengan golongan ini adalah tinggi.
Isu-isu sosial yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti status
sosioekonomi yang secara relatif rendah selain ketidakupayaan sesetengah anggota masyarakat
itu untuk memenuhi tuntutan umum masyarakat berhubung status, kejayaan, pekerjaan yang baik
dan pemilikan barang konsumer.
Menurut Ausubel (1960), antara kemahiran yang terbentuk pada peringkat remaja adalah
memproses maklumat, berkawan dan bersosial serta menyelesaikan masalah. Masalah akan
timbul dalam diri remaja apabila mereka keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering
merasa diri disalahertikan dan dipersalahkan, merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian,
sukar memahami emosi dan susah membuat keputusan, tambahan pula remaja sekarang terdedah
dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, rakan,
keluarga serta persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam

GMGA2023 DASAR AWAM

pembentukan peribadi seseorang itu. Pemasalahan inilah menyebabkan lahirnya pesonaliti


negatif dalam diri mereka.
Justeru itu, hampir setiap hari masyarakat didedahkan dengan bermacam-macam laporan
media tentang pelbagai masalah sosial yang membabitkan golongan remaja khususnya jenayah
seperti rogol, pembuangan bayi, ragut, pecah rumah, penagihan dadah, perlumbaan haram atau
mat rempit, seks luar nikah dan sebagainya.
Masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia sering dikaitkan dengan beberapa faktor
iaitu konflik remaja dengan ibu bapa, kasih sayang, kebebasan, tanggungjawab, rakan sebaya,
serta emosi dan tingkah laku. Konflik-konflik yang dihadapi oleh remaja ini merupakan
sebahagian daripada pengalaman yang akan membentuk identiti remaja tersebut.

2.1

KONFLIK REMAJA DENGAN IBU BAPA


Konflik di antara remaja dengan ibu bapa sering berlaku apabila luahan perasaan

daripada remaja kepada ibu bapa bercanggah dari segi nilai, sikap dan tingkah laku. Suasana ini
wujud disebabkan ada jurang generasi di antara kedua-dua pihak yang mana ibu bapa tidak
menerima pandangan anak mereka ini kerana tanggapan bahawa mereka dahulu merasai asam
garam dalam kehidupan. Ini menyebabkan anak-anak mereka berpendapat ibu bapa terlalu
mengongkong dan tidak memahami kehendak mereka.
Kebanyakan ibu bapa hari ini berpendapat pencapaian atau taraf pendidikan merupakan
satu faktor penentu yang akan menjamin sosioekonomi anak-anak mereka. Hal ini mendorong
sesetengah ibu bapa menetapkan matlamat yang terlalu tinggi dan menuntut anak mereka
menghabiskan masa dengan belajar. Harapan yang tinggi dalam pendidikan akan memberi
3

GMGA2023 DASAR AWAM

tekanan yang melampau kepada golongan remaja. Hal ini menyebabkan remaja akan mengalami
perasaan tertekan dalam proses pembelajaran di sekolah. Remaja akan meluahkan perasaan
tidak puas hati kepada ibu bapa dengan melakukan kesalahan disiplin seperti membuli,
gengsterisme, meniru dalam peperiksaan dan sebagainya dengan harapan ibu bapa dapat
memahami perasaan dan kehendak mereka sendiri.
Cara mengatasi masalah ini haruslah memerlukan kerjasama diantara guru, ibu bapa dan
golongan remaja itu sendiri. Peranan guru merupakan peranan yang penting dalam membimbing
personality melalaui pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti dalam mata perlajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, remaja
dapat mengetahuai cara-cara menjalin hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa dan
bagaimana cara yang betul dalam meluahkan perasaan dan pendapat mereka.
Selain itu, guru juga haruslah bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga remaja
untuk berkongsi mengenali tingkah laku remaja tersebut. Kemampuan guru berkomunukasi
dengan ibu bapa dapat membantu remaja melauhkan perasaan dan pendapat mereka dalam
memilih kerjaya mereka sendiri agar ibu bapa mengetahuai anak mereka mempunyai kemahiran
dalam sesuatu bidang yang lain. Disamping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah
memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima
teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

GMGA2023 DASAR AWAM

2.2

KONFLIK KASIH SAYANG


Dikasihi oleh seseorang mampu memberikan kesan berputik kepada seseorang individu.

Menurut Lefrancois (1999), kasih sayang membawa kepada kesan positif jika diperteguhkan dan
disokong. Namun begitu, kasih sayang yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang
negatif. Di peringkat remaja, konflik kasih sayang akan wujud apabila mereka merasakan bahawa diri
mereka terasing, sendiri dan tidak dikasihi. Golongan remaja akan mula mencari altenatif lain
sekiranya mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.
Antara konflik yang timbul di sekolah ialah dengan memusnahkan harta benda sekolah,
menconteng dinding sekolah, ponteng sekolah dan sebagainya. Remaja yang kurang kasih sayang
akan mencari jalan untuk menarik perhatian guru dan rakan-rakan agar fokus akan beralih kepada
mereka. Golongan remaja yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah mejoritinya hanyalah untuk
mendapatkan perhatian daripada orang disekelilingnya. Oleh yang demikian, guru haruslah peka
dengan keaadaan pelajar sebelum memulakan proses pembelajaran. Selain itu, guru juga haruslah
bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman. Peranan sekolah dalam memupuk kasih sayang seperti
mengadakan program mentor mentee di antara guru dan pelajar. Tujuan program ini diadakan
membolehkan guru dapat berkongsi masalah dengan pelajar tersebut serta guru tersebut cuba untuk
menyelesaikan masalah mereka. Mengadakan Hari Keluarga juga boleh mengeratkan silaturahim
diantara ibu bapa dan guru.

2.3

KONFLIK KEBEBASAN
Remaja sering merasakan bahawa diri mereka terkongkong dan pergerakan mereka

terbatas. Hal ini kerana maklumat yang mereka peroleh banyak mendedahkan mereka kepada

GMGA2023 DASAR AWAM

sesutau yang baharu dan menyeronokkan, tetapi mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara
tersebut disebabkan oleh kawalan daripada ibu bapa. Oleh itu, peranan sekolah amat penting
dalam memandu remaja dalam mencari kebebasan yang betul tanpa dipengaruhi unsur-unsur
negatif. Guru juga boleh berkongsi pandangan dengan pelajar dalam mencari kaedah yang sesuai
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mendapat ouput dan input di akhir
pembelajaran.
Pelajar juga bebas memilih aktiviti yang diminati dengan memasuki kelab, persatuan
atau badan beruniform. Dengan adanya semua ini,pelajar akan banyak meluangkan masa dan
pelajar akan berasa bebas melakukan aktiviti dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2.4

KONFLIK TANGGUNGJAWAB
Konflik tanggungjawab wujud apabila ibu bapa yang biasanya menguruskan hal ehwal

rumah tangga cuba mengawal tingkah laku anak mereka dalam tugasan harian .Bagi remaja
,dominasi keluarga terhadap peranan yang seharusnya dimainkan oleh mereka banyak
menimbulkan kecelaruan. Perasaan ini timbul kerana pada tahap ini remaja lebih inginkan
kepada kebebasan, sedangkan kelurga memerlukan mereka lebih bertanggungjawab dalam
urusan harian. Ada dikalangan remaja terpaksa ponteng ke sekolah untuk membantu ibu bapa
mencari pendapatan keluarga. Mereka beranggapan pelajaran tidak penting yang paling penting
adalah menolong ibu bapa mereka.
Pemikiran remaja adalah berbentuk abstrak. Oleh itu, para remaja menggangap apa-apa
yang difikirkan dan dilakukan oleh mereka adalah betul. Sikap beginilah para remaja menjadi
terbatas dan sempit. Antara konflik tanggungjawab sering berlaku di sekolah seperti tidak

GMGA2023 DASAR AWAM

menyiapkan tugasan yang diberikan, berhenti atau ponteng untuk menolong ibubapa mencari
rezeki dan sebagainya .
Cara untuk menyelesaikan masalah konflik tanggungjawab seperti mengadakan Program
Jati Diri yang mana program in bertujuan menerangkan tanggungjawab yang harus dipikul oleh
remaja agar mereka tidak disalah ertikan maksud tanggungjawab. Guru memainkan peranan
yang penting dalam membetulkan pemikiran mereka bahawa pendidikan boleh mengubah masa
hadapan. Demikian itu, guru haruslah mengambil tahu hal ehwal kebajikan pelajar agar mereka
tidak terasa disisih dan dapat belajar bersama-sama dengan pelajar yang lain. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program
ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

2.5

KONFLIK RAKAN SEBAYA


Rakan sebaya merupakan orang yang sering mempengaruhi kehidupan para

remaja.Sebagaimana yang diketahui, remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka
bersama rakan-rakan. Sering kali terjadi pertentangan antara nilai yang dibawa oleh rakan
sebaya dengan ibu bapa. Apabila pertentangan ini wujud, hubungan ibu bapa dengan remaja akan
semakin renggang. Kebiasaannya remaja lebih akur kepada kelompok rakan sebaya berbanding
ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka inginkan pengiktirafan bagi tingkah laku yang
dilakukan. Antara masalah disiplin disebabkan pengaruh rakan sebaya adalah seperti merokok,
ponteng sekolah, mencuri, mengambil dadah dan pil khayal, menonton video lucah dan
sebagainya.

GMGA2023 DASAR AWAM

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah konflik ini dengan
memperbanyakkan aktiviti yang menyeronokkan seperti mengadakan pertandingan sukan,
mengadakan lawatan, serta menubuhkan Kelab Ekspedisi bagi remaja yang suka aktiviti
mencabar. Dengan adanya aktiviti seperti ini mereka dapat bergaul dan bersosial dengan rakan
sebaya dalam aktiviti yang berfaedah dan tanpa disedari mereka diperhatikan oleh guru. Ibu bapa
juga memainkan peranan penting iaitu mengetahui siapa rakan anak mereka, latar belakang rakan
anak mereka dan mengambil tahu dan mengawasi segala aktiviti mereka di luar rumah agar
mereka tidak membuat perkara yang tidak diingini.

2.6

KONFLIK EMOSI DAN TINGKAH LAKU


Pada tahap ini,emosi individu dikatakan sensitif berbanding sebelumnya. Emosi mereka juga

sering terganggu akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badan dan limpahan
hormon yang agak ketara. Justeru itu, ibu bapa sering beranggapan tempoh ini sebagai tempoh
berbahaya. Manakala golongan remaja pula berpendapat bahawa golongan tua sebagai ketat dan
mereka sebagai tenang. Perbezaan pendapat ini seterusnya menghasilkan konflik emosi serta tingkah
laku bagi remaja.
Sekolah merupakan tapak asas bagi memperkembangkan tingkah laku positif. Oleh itu, guru
perlu membuat pelbagai pendekatan semasa mengajar. Strategi menangani masalah emosi dan tingkah
laku melibatkan kemahiran emosi, sosial dan perlakuan fizikal. Antara strategi yang dimainkan oleh
guru adalah yang pertama ialah guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi remaja. Bagi guru
yang peka, mereka dapat meramalkan bentuk emosi seseorang remaja, Kebolehan meramal emosi
juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui air muka.

GMGA2023 DASAR AWAM

Seterusnnya dengan mengadakan pendekatan aktiviti memupuk tingkah laku positif seperti
melibatkan remaja dalam aktiviti kumpulan komperatif yang mana bertujuan mereka dapat
berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing. Memberikan motivasi kepada remaja untuk
melibatkan diri dalam aktiviti dan menyelaraskan program pembangunan dan pengembangan
kegiatan pendidikan luar dan pasukan pakaian seragam agar aktiviti ini dapat mengembangkan minda
remaja.

3.0

PANDANGAN MENGENAI ISU DIBINCANGKAN


Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah sosial

golongan remaja ini termasuklah golongan remaja itu sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat
serta kerajaan. Segalanya bermula dengan institusi kekeluargaan yang mana peranan ibubapa
yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka seperti kata pepatah anak-anak dilahirkan
bagai kain putih. Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu
keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna.
Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama
semuanya perlu di semai dari rumah lagi dan seterusnya dipupuk di peringkat sekolah dan di
semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada
anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif
kepada perkembangan jati diri para remaja.
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang
menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika
ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah
9

GMGA2023 DASAR AWAM

kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolahsekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri daripada mereka yang
terpilih. Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang
terbabit memainkan peranan masing-masing.

10

GMGA2023 DASAR AWAM

4.0

KESIMPULAN

11

GMGA2023 DASAR AWAM

5.0

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain, Malike Brahim, Nur Syakiran Akmal Ismail dan Zalinah Ahmad.
(2005) Siri Modul Kendiri PJJ Dasar Awam. Universiti Utara Malaysia : Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).
Sabitha Marican. (1977). Dasar awam di Malaysia : Isu dan konsep. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai