Anda di halaman 1dari 11

SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022(JJ211)

SCCA2083
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

KOD KURSUS : SCCA 2083


KURSUS : UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang dasar
dan undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi. Tumpuan kursus adalah kepada
undang-undang yang relevan dengan bidang komunikasi. Ia juga meliputi pengenalan terhadap
asas undang-undang di Malaysia

OBJEKTIF

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat: -


1. Memahami dasar-dasar yang relevan dengan bidang komunikasi.
2. Memahami undang-undang yang berkaitan dengan bidang komunikasi.
3. Merancang dan berkeupayaan untuk menganalisa fenomena berdasarkan perspektif
yang berkaitan dengan undang-undang komunikasi.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan
modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini, pelajar telah pun dilengkapkan
dengan soalan latihan dan penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Untuk
mengukuhkan pemahaman, pelajar digalakkan menambahkan pengetahuan dan pemahaman
melalui bahan-bahan bacaan tambahan yang lain seperti buku, jurnal, dan koleksi digital
berkaitan yang boleh didapati di perpustakaan, atau melalui akses Internet. Pelajar juga
digalakkan mengikuti perkembangan semasa, khususnya yang berkaitan dengan undang-undang
dalam komunikasi melalui laporan-laporan berita di media massa mahupun kajian-kajian lepas
tentang undang-undang dalam komunikasi ini. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah
memahami satu-satu tajuk dan dapat meningkatkan kemahiran dalam mengaplikasi ilmu
komunikasi yang dipelajari.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan
di antara pelajar dan tenaga pengajar secara online (webex meeting) turut diatur berdasarkan
kepada jadual perjumpaan yang telah ditetapkan. Setiap sesi pertemuan yang telah diatur
mengikut jadual akan menumpukan kepada sesi perbincangan, soal jawab dan aktiviti atas talian
yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Oleh itu, pelajar adalah dinasihatkan supaya membuat
beberapa persediaaan setiap kali sebelum perjumpaan diadakan seperti berikut:

1. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
2. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran yang boleh diaplikasikan ke dalam perbincangan di dalam kelas dan juga
tugasan tang diberikan dalam aktiviti atas talian pada setiap pertemuan.
3. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang
dikendalikan.

1
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

PENILAIAN KURSUS
Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan dan peperiksaan akhir. Kedua-dua komponen ini
akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti
berikut:-

1. TUGASAN: (60%)
a. Tugasan Berpasangan
(ikut pensyarah pusat masing-masing) 15%
b. Tugasan Kumpu lan I 25%
c. Tugasan kumpulan II
(pembentangan dlm bentuk video) 10%
d. Penglibatan dalam aktiviti atas talian
(2 Aktiviti atas talian-ikut pensyarah
pusat masing-masing) 10%

2. PENTAKSIRAN AKHIR:(40%)
KUIZ (SOALAN PELBAGAI PILIHAN/STRUKTUR/ESEI) 40%

_____
Jumlah 100%
_____

TUGASAN
Dua tugasan akan diberikan kepada pelajar iaitu pada pertemuan pertama iaitu yang membawa
tugasan berpasangan (15%) dan tugasan kumpulan I (25%) dan II (10%) daripada jumlah
markah keseluruhan. Pelajar dikehendaki melampirkan muka hadapan tugasan mengikut format
yang disertakan bersama soalan tugasan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh akhir
penghantaran tugasan tersebut. Bagi memudahkan penyerahan tugasan, pelajar telah
ditetapkan untuk menghantar sendiri tugasan kepada pensyarah kursus. Tugasan berpasangan
ini hendaklah dihantar pada pertemuan ke-3 manakala tugasan kumpulan I dan II hendaklah
dihantar pada pertemuan ke-4. Kelewatan dalam menghantar kedua –dua tugasan akan ditolak
markah berdasarkan jumlah hari yang lewat tersebut.

Pelajar juga dinasihatkan supaya peka dengan peringatan-peringatan berikut:-

1. Pelajar dinasihatkan memulakan kerja-kerja menyiapkan tugasan dengan segera sebaik


sahaja mendapat tajuk tugasan pada pertemuan pertama. Ini bagi mengelakkan
sebarang masalah yang tidak diingini daripada berlaku.
2. Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan tidak akan dilayan sama sekali dan pelajar
akan ditolak berdasrkan markah yang telah diperuntukkan. Ini kerana pelajar telah
diberi nasihat seperti di atas dan tempoh masa yang lama telah diperuntukkan kepada
pelajar bagi menyiapkan tugasan berkenaan.

PENGLIBATAN DALAM KELAS______________________________________________________


Para pelajar dinilai dari segi kehadiran dan penyertaan mereka dalam kelas setiap kali kelas
berlangsung. Kehadiran sahaja tidak memadai dan pelajar dikehendaki menyertai perbincangan
kelas secara aktif dan melengkapkan tugasan dalam aktiviti atas talian melalui UUMOL.

2
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

PEPERIKSAAN AKHIR ATAS TALIAN


Pentaksiran Akhir akan diadakan pada pertemuan ke-5 (2/5 – 9/5/2021). Pelajar akan
dimaklumkan kemudian berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat peperiksaan tersebut.
Masa menjawab akan dimaklumkan sebelum tarikh kuiz. Pelajar dikehendaki menjawab semua
soalan yang dikemukakan. Biasanya soalan yang dikemukakan adalah pelbagai pilihan,
berbentuk struktur dan soalan esei.

KANDUNGAN KURSUS
______________________________________________________________________________

TOPIK TAJUK KULIAH JAM


1 Pengenalan 2
1.1 Pembentukan dasar
1.2 Pembentukan undang-undang di Malaysia
1.3 Kepentingan dasar dan undang-undang komunikasi
2 Dasar-dasar Komunikasi 4
2.1 Dasar Wawasan Negara
2.2 Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2.3 Dasar Bahasa dan Dasar Budaya Kebangsaan
2.4 Dasar-dasar mikro yang berkaitan dengan bidang komunikasi
3 Undang-undang dan komunikasi 4
3.1 Sistem undang-undang di Malaysia
3.2 Skop undang-undang yang berkaitan dengan
komunikasi
3.3 Perkembangan semasa dan undang –undang
komunikasi
4 Etika dan Undang-undang dalam pengiklanan 4
4.1 Pengenalan
4.2 Kod Pengiklanan
4.3 Akta yang terkini
4.4 Kajian kes dan implikasi
5 Pelanggaran hak individu 4
5.1 Pengenalan
5.2 Hak seseorang individu menurut undang- undang
5.3 Akta-akta yang berkaitan
6 Kebebasan bersuara 4
6.1 Pengenalan
6.2 Akta-akta yang berkaitan
7 Perlakuan tidak bermoral (Obscenity & indecency) 4
7.1 Pengenalan
7.2 Kes-kes yang berkaitan
7.3 Akta-akta yang berkaitan
8 Undang-undang siber 4
8.1 Pengenalan
8.2 Undang-undang Siber

3
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

8.3 Akta Komunikasi dan Multimedia


9 Hakcipta 4
9.1 Pengenalan
9.2 Akta Hakcipta
9.3 Kes-kes yang relevan
10 Tanggungjawab sosial 4
10.1 Pengenalan
10.2 Tanggungjawab badan-badan berkanun terhadap
masyarakat
10.3 Akta Rahsia Rasmi
10.5 Akta
11 Implikasi dasar dan undang-undang komunikasi 4
11.1 Masyarakat
11.2 Industri
11.3 Kerajaan
11.4 Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
11.5 Golongan elit
Jumlah Jam 42

RUJUKAN

Rujukan Utama

Buku Teks

Suhaini Muda dan Ahmad Shamsul Abd Aziz, (2004). Undang-undang Komunikasi. Kuala
Lumpur: Pearson Prentice Hall.

4.1 Rujukan Tambahan

Wan Arfah Hamzah (2009). A first look at the Malaysian legal system. Shah Alam: Oxford Fajar.

Abdul Aziz Bahri. (2008). Perlembagaan Malaysia teori & praktis. Shah Alam: Arah
Pendidikan.

Rau. P, SampathKumar, T. J & Kayveas. M. (2006). General principle of the Malaysia legal
system. Petaling Jaya: International Law Book Service.

_________(2006). Cyber laws of Malaysia. Petaling Jaya: International Law Book Services.

Aun, W. M. (2005). The Malaysian Legal System. Petaling Jaya: Pearson.

Mohd Safar Hasim, (2002). Mengenali Undang-undang Media dan Siber. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

4
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

Safinaz Mohd Hussein, 2002. Undang-undang Komunikasi dan Multimedia. Kuala Lumpur:
Prentice Hall.

Kamal Halili Hassan. (1990). Penulis dan Undang-undang. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Statut Undang-Undang Malaysia.

PANDUAN BELAJAR

Kursus SCCA2083 Undang-undang dalam komunikasi adalah satu disiplin yang mendedahkan
kepada pelajar mengenai undang-undang yang berkaitan dengan bidang komunikasi.

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai panduan
mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai
pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Secara khususnya,
pelajar harus bertanya kepada diri sendiri samada pelajar sudah mengetahui atau memahami
setiap objektif bertulis. Sekiranya pelajar mendapati beliau kurang faham atau gagal mencapai
objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu membaca semula pelajaran tersebut dan menanda
ayat atau para yang tidak difahami. Pelajar digalakkan merujuk kepada bacaan-bacaan
tambahan, terutamanya yang tersenarai bagi mendapatkan kepastian kepada perkara yang
kurang difahaminya. Pelajar kemudiannya boleh mengajukan sebarang persoalan kepada
pensyarah atau memastikan pemahaman pelajar berkaitan topik semasa pertemuan yang
diadakan setiap bulan. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan
untuk menambah pemahaman di samping berkongsi ilmu dan pendapat.

Pelajar juga disarankan berusaha menjawab setiap Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan
Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan dalam modul. Ia merupakan sesuatu yang amat penting
bagi pelajar menjawab soalan-soalan tersebut sebelum membaca jawapannya di belakang
setiap pelajaran. Ini kerana dengan berbuat demikian, pelajar boleh mengetahui dengan jelas
mengenai tahap kefahaman dan pengetahuannya terhadap sesuatu topik kursus. Contohnya,
jika jawapan pelajar adalah sama (dari fakta) dengan jawapan tersedia, maka pelajar dikatakan
telah memahami sesuatu pelajaran. Jika sebaliknya, maka pelajar harus mengulang baca
pelajaran tersebut sehingga pelajar dapat menguasai dengan sepenuhnya. Dalam kursus ini,
para pelajar harus mengingati bagaimana komunikasi berperanan dalam kehidupan seharian
dan hubungkaitnya dengan persekitaran.

Di samping itu, tugasan yang diberikan sepatutnya mendapat perhatian yang serius daripada
pelajar. Pelajar perlu mempunyai iltizam untuk menghasilkan tugasan dengan baik dan
berkualiti. Oleh itu, tugasan yang dibuat mestilah merujuk kepada buku-buku ilmiah, artikel dan
jurnal sebagai tambahan kepada isi kuliah yang telah dibincangkan bersama pensyarah. Tugasan
yang hanya merujuk kepada modul sahaja tidak akan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini
adalah kerana tugasan bukan sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan
persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga menyumbang kepada gred akhir pelajar
untuk kursus ini.

5
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri perjumpaan/
kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan persediaan awal
dan komitmen yang tinggi daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang dapat dikecapi.

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh/ Tempat Pertemuan Modul Tempoh


22/1/2021 (Sabtu) Pertemuan 1  Penerangan keseluruhan 2 Jam
APLIKASI WEBEX WEBEX ONLINE kursus
UUMOL TOOLS MEETING  Perbincangan Bab 1-3
2.30ptg -6.30ptg 2 Jam

26/2/2021 (Sabtu) Pertemuan 2  Perbincangan Bab 4–6 4 Jam


APLIKASI WEBEX WEBEX ONLINE  Aktivti atas talian (1)
UUMOL TOOLS MEETING
2.30ptg -6.30ptg
19/3/2021 (Sabtu) Pertemuan 3  Perbincangan Bab 7-9 4 Jam
APLIKASI WEBEX WEBEX ONLINE  Penyerahan tugasan
UUMOL TOOLS MEETING berpasangan

2.30ptg -6.30ptg

16/4/2021 (Sabtu) Pertemuan 4  Perbincangan bab 10-11 4 Jam


APLIKASI WEBEX WEBEX ONLINE  Penyerahan tugasan
UUMOL TOOLS MEETING kumpulan I dan II
 Aktiviti atas talian (2)
2.30ptg -6.30ptg

*Tempoh Pertemuan 5 Masa akan


peperiksaan akhir ditetapkan
(2/5 – 9/5/2021) kemudian

SENARAI TENAGA PENGAJAR

BIL NAMA PENSYARAH HP& EMEL PUSAT PEMBELAJARAN


1. Pn. Marzura Ibrahim marzura@uum.edu.my Penyelaras dan Tenaga Pengajar
0192663661 KUMPULAN A (SINTOK)

2 En. Dinul Syamil Haris dinulsyamil@gmail.com KUMPULAN (AA+O) (MELAKA +


0124585972 IPOH)
3. Pn. Siti Azura Shamsuddin bluerose33dk@gmail.com KUMPULAN C (KL)
0176262017
4. Dr. Zulida Abdul Kadir zulidaabdulkadir@gmail.com KUMPULAN (E & G)(KB+JB)
0197776276
5. Dr. Nor Ashikin Bt Abdul Rahman puteri_8067@yahoo.com.my KUMPULAN (I+K)(Kuching+Kota

6
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

016-9198063 Kinabalu)

FORMAT PENYEDIAAN TUGASAN BERPASANGAN (15%)

1. Pelajar dikehendaki memilih SATU (1) KES yang berkaitan dengan undang-undang
komunikasi. Kes mahkamah perlu diperolehi melalui pengkalan data perpustakaan iaitu
(CLJ Law: Law Database of Malaysia). Kes yang dipilih adalah lengkap dan BUKAN KES
DARIPADA SURAT KHABAR DAN SEBAGAINYA. Kes mahkamah adalah dalam tahun
(2015-2020).

2. Pelajar dikehendaki membuat analisis terhadap kes tersebut tidak lebih daripada 10 muka
surat, bertaip dan langkau 1.5 (1.5 spacing), font-12, dan huruf Times New Roman atau
Arial.

3. Tugasan PERLU disertakan senarai isi kandungan, rujukan dan bibliografi yang lengkap
menggunakan format APA. SILA PATUHI FORMAT PENULISAN AKADEMIK YANG BETUL.

4. Tugasan berpasangan hendaklah dihantar pada PERTEMUAN KE TIGA (19/3/2021).


Tugasan berpasangan hendaklah dihantar melalui UUM Online Learning yang telah
diformatkan tarikh akhir penghantaran adalah pada 23 Mac 2021 sehingga jam 11.00
malam. Sebarang kelewatan dalam penghantaran tugasan berpasangan TIDAK AKAN
DILAYAN DAN SILA AMBIL PERHATIAN YANG SERIUS MENGENAI PENGHANTARAN
SECARA UUMOL. FORMAT PENGHANTARAN TUGASAN ADALAH DALAM BENTUK PDF.

5. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu, citation yang
lengkap mesti dinyatakan kepada quotations, paraphrasing, atau idea yang diambil
daripada pihak/ sumber selain daripada penulis laporan sendiri.

6. Permarkahan tugasan berpasangan adalah seperti berikut:


i. Huraian mengenai penerangan kes (1m)
ii. Huraian mengenai penyelesaian mahkamah (1m)
iii. Pandangan atau hujahan anda terhadap kes yang dianalisis PERLU disertakan
rujukan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal berkaitan dengan akta dan kes yang
dipilih (10m):
a) Nyatakan pandangan anda tentang kes mahkamah dan hukuman yang
dinyatakan (5m)
b) Apakah cadangan anda kepada terhadap keputusan mahkamah dan hukuman
kes yang dilaksanakan untuk menggelakkan kes pengulangan kes berlaku?
(5m)
c) Kesimpulan (1m)
iv. Gaya Bahasa, susunan, format penulisan dan idea (2m)

7
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

FORMAT TUGASAN BERKUMPULAN I (25%)

1. Pelajar dikehendaki memilih SATU ISU yang berkaitan dengan (BAB 4-BAB 11).
Berdasarkan isu yang dipilih, anda perlu mengupas dan membuat analisis kritikal ke atas
isu tersebut. LIMA orang ahli dalam setiap kumpulan.

2. Pelajar dikehendaki membuat analisis terhadap isu yang dipilih berkaitan (BAB 4 HINGGA
BAB 11) dipelajari tidak melebihi 20 muka surat, bertaip dan langkau 1.5 (1.5 spacing), font-
12, dan huruf Times New Roman atau Arial.

3. Tugasan kumpulan I PERLU disertakan senarai isi kandungan, rujukan dan bibliografi yang
lengkap menggunakan format APA. SILA PATUHI FORMAT PENULISAN AKADEMIK YANG
BETUL.

4. Tugasan kumpulan I hendaklah dihantar pada PERTEMUAN KE EMPAT (16/4/2021).


Tugasan kumpulan I hendaklah dihantar melalui UUM Online Learning yang telah
diformatkan tarikh akhir penghantaran adalah pada (17/4/2021 sehingga jam 11.00
malam. Sebarang kelewatan dalam penghantaran tugasan kumpulan I TIDAK AKAN
DILAYAN DAN SILA AMBIL PERHATIAN YANG SERIUS MENGENAI PENGHANTARAN
SECARA UUMOL. FORMAT PENGHANTARAN TUGASAN KUMPULAN I ADALAH DALAM
BENTUK PDF.

5. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu, citation yang
lengkap mesti dinyatakan kepada quotations, paraphrasing, atau idea yang diambil
daripada pihak/ sumber selain daripada penulis laporan sendiri

6. Permarkahan tugasan kumpulan I adalah seperti berikut:

i. Pengenalan (3m)
ii. Perbincangan tentang isu yang berkaitan dengan undang-undang komunikasi (5m)
iii. Perbincangan tentang undang-undang komunikasi yang berkaitan dengan isu yang
dipilih (5m)
iv. Cadangan atau pandangan atau idea tentang bagaimana undang-undang dalam
komunikasi dapat menangani permasalahan yang berkaitan dengan isu yang di
análisis (8m)
v. Kesimpulan (2m)
vi. Format- Penulisan format akademik gaya APA(2m)

FORMAT TUGASAN KUMPULAN II (10%)

1. Ahli kumpulan perlu bekerjasama bergabung tenaga dengan melibatkan diri dalam
pembikinan video pembentangan kumpulan.

2. Video pembentangan kumpulan tidak melebihi 10 minit.

3. Rubrik pembentangan kumpulan akan diberikan untuk rujukan para ahli kumpulan.

8
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

4. Pembentangan secara ringkas mengenai apa yang dilaksanakan dalam tugasan kumpulan I

5. Video pembentangan adalah berdasarkan kreativiti para ahli kumpulan.

6. Rubrik permarkahan untuk pembentangan video kumpulan disertakan.

7. Penghantaran video pembentangan kumpulan hendaklah melalui UUMOL yang juga akan
diformatkan berdasarkan tarikh penghantaran tugasan kumpulan II pada PERTEMUAN
KEEMPAT (16/4/2021 sehingga jam 11.00 malam).

8. Diharapkan para pelajar membuat perancangan awal dan tidak menangguhkan


pelaksanaan tugasan kumpulan I dan II. Para diingatkan sentiasa prihatin dengan tarikh
penghantaran tugasan.

Senarai isu-isu berkaitan dengan undang-undang komunikasi yang boleh dipilih untuk
tugasan kumpulan II adalah seperti berikut:

a) Kebebasan bersuara di Malaysia.


b) Isu yang berkaitan dengan etika dan undang-undang dalam pengiklanan di
Malaysia kini.
c) Isu berkaitan perlanggaran hak individu di Malaysia
d) Isu berkaitan dengan perlakuan tidak bermoral di Malaysia
e) Isu berkaitan dengan undang-undang siber di Malaysia seperti:
 Buli siber
 Penyebaran berita palsu berkaitan dengan Covid-19
 Fitnah di alam siber
 Hasutan atas talian
 Gangguan seksual dalam siber
 Fitnah Alam Siber
f) Isu hakcipta seperti:
 Cetak rompak
 Plagarism
g) Tanggungjawab sosial organisasi/organisasi media/pengamal media di Malaysia
terhadap masyarakat semasa tempoh PKP Covid-19.

Para pelajar juga boleh memilih isu-isu lain sekiranya mempunyai isu-isu selain daripada
yang disenaraikan di atas yang berkaitan dengan undang-undang komunikasi di Malaysia.

9
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI SESI JANUARI (JJ211)

10

Anda mungkin juga menyukai