Anda di halaman 1dari 18

CTU 091

KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG


UNDANG ISLAM DAN UNDANG UNDANG
SIVIL

DISEDIAKAN UNTUK :

PUAN KHAIRAH BINTI ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH :

DHANIYAH IRDINA BINTI DZUL ISKANDAR (2021537397)


AFIFAH NUR AMANINA BINTI AZRIL (2021103753)
HANY NABILA BINTI BASHARUDDIN (2021103569)
MUHAMMAD NAZRIN HAKEEM BIN ZAINURIN (

PI005 U09

PENILAIAN MARKAH
PENGENALAN /2
ISI/HURAIAN /12
CADANGAN/KESIMPULAN /2
BIBLIOGRAFI /2
ETIKA & PROFESIONALIME /2
JUMLAH /20
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PENGHARGAAN 3

3.0 DEFINISI 4

4.0 KONSEP HUKUMAN 4-5


4.1 HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM
4.2 HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

5.0 KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM 5-9


5.1 ELEMEN YANG DIAMBIL KIRA DALAM MENJATUHKAN
HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM
5.2 PEMBAHAGIAN UTAMA BERASASKAN KEPADA HUKUMAN
YANG DITETAPKAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM
5.2.1 QISAS DAN DIYAT
5.2.2 HUDUD
5.2.3 TA’AZIR
5.3 SUMBER HUKUMAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG ISLAM
5.4 KEBERKESANAN HUKUMAN UNDANG-UNDANG ISLAM

6.0 KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL 9-11


6.1 ELEMEN YANG DIAMBIL KIRA DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN
MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL
6.2 PEMBAHAGIAN UTAMA BERASASKAN KEPADA HUKUMAN YANG
DITETAPKAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL
6.3 SUMBER HUKUMAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SIVIL
6.4 KEBERKESANAN HUKUMAN UNDANG-UNDANG SIVIL

7.0 PELAKSANAAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM DAN


UNDANG-UNDANG SIVIL 11-15
7.1 TEORI PENCEGAHAN
7.1.1 TEORI PENCEGAHAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL
7.1.2 TEORI PENCEGAHAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM
7.2 ELEMEN DALAM PENCEGAHAN ATAU HUKUMAN
7.2.1 ELEMEN DALAM HUKUMAN UNDANG-UNDANG SIVIL
7.2.2 ELEMEN DALAM HUKUMAN UNDANG-UNDANG ISLAM
7.3 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG
SIVIL DAN ISLAM
7.3.1 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM
UNDANG-UNDANG ISLAM
7.3.2 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM
UNDANG-UNDANG SIVIL

8.0 PERBANDINGAN KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG UNDANG


ISLAM DAN UNDANG UNDANG SIVIL 16

9.0 KESIMPULAN 17

10.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 18

2
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

1.0 PENDAHULUAN

Di Malaysia, sistem undang-undang yang digunakan adalah common law, hasil jajahan Britain
sejak awal 1800-an hingga 1960-an ke atas Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara.
Namun, di dalam kertas kerja ini, kami akan menerangkan berkaitan konsep hukuman
menurut undang-undang islam dan konsep hukuman menurut undang-undang sivil. Sistem
perundangan sivil adalah unsang undang berkod yang mengunakan satu sistem peraturan
komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim.

Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia


dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem
perundangan sivil. Antara contoh negara-negara yang menggunakan sistem perundangan
sivil ialah Brazil, Switzerland, Jepun, Mexico dan Russia.

Seterusnya, seperti yang kita ketahui, sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu,
undang-undang Islam telah pun diterima dalam istiadat atau adat masyarakat tempatan.
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah ‘legacy’ peninggalan
Kerajaan Melaka yang tak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam
di Malaysia masa kini. Ia adalah asas yang kukuh untuk menyemak semula undang-undang
barat yang kini dilaksanakan sebagai undang-undang utama di Malaysia.

Oleh kerana undang undang syariat telah dikanunkan dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka, maka syariat Islamlah yang menjadi landasan kepada sistem
perundangan yang pertama jauh sebelum Inggeris mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu
pada akhir kurun ke 19M. Contoh
undang-undang Islam yang digunakan di Malaysia adalah;

● Undang-Undang Keluarga Islam;


● Undang-Undang Harta Pusaka;
● Undang-Undang Jenayah Islam; dan
● Undang-Undang Zakat

2.0 PENGHARGAAN

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan
dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Alhamdulillah syukur kepada
Allah SWT yang maha berkuasa, maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat
dan salam terhadap junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga juga sahabat-sahabat
baginda. Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat
menyiapkan tugusan yang diberi dengan jayanya. Pertama sekali,kami ingin berterima kasih
kepada Puan Khairiah binti Ismail, pensyarah CTU 091, kerana telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu “Konsep Hukuman menurut Undang
Undang Islam dan Undang Undang Sivil”, skop penulisan adalah berkisahkan tentang konsep
hukuman secara holistik.

Akhir madah, kami mengucapkan sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

3
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

3.0 DEFINISI

Menurut Wikipedia, hukuman adalah; Punishment is, according to some, the imposition of an
undesirable or unpleasant outcome upon a group or individual, meted out by an authority in
contexts ranging from child discipline to criminal law—as a response and deterrent to a
particular action or behaviour that is deemed undesirable or unacceptable. It is, however,
possible to distinguish between various different understandings of what punishment is.

“Matlamat undang-undang sivil adalah ganti rugi kesalahan dengan memaksa pampasan atau
pengembalian: orang yang melakukan kesalahan tidak dihukum; hanya menderita begitu
banyak bahaya yang diperlukan untuk membuat kebaikan yang salah yang telah
dilakukannya. Orang yang menderita mendapat faedah pasti dari undang-undang, atau
sekurang-kurangnya ia menghindari kerugian. Sebaliknya, dalam hal kejahatan, Matlamat
utama undang-undang adalah menghukum orang yang salah, memberikan kepadanya dan
orang lain dorongan yang kuat untuk tidak melakukan kejahatan yang sama atau serupa,
untuk memperbaharuinya jika mungkin dan mungkin untuk memuaskan hati orang awam
bahawa perbuatan salah harus bertemu dengan hukuman".
(William Geldart, Pengenalan kepada
Undang-undang Bahasa Inggeris 146
(DCM Yardley ed., Edisi ke-9, 1984))

4.0 KONSEP HUKUMAN

4.1 HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Dalam syariat Islam, konsep hukuman yang dilaksanakan adalah berbeza dengan
system perundangan yang lain. Undang-undang jenayah Islam mempunyai kelebihan
tersendiri berbanding undang-undang jenayah sivil yang kebanyakannya datang dari
negara Barat. Di Malaysia umpamanya undang-undang jenayah kebanyakannya
diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diceduk dari Kanun
Keseksaan India. Konsep hukuman menurut Islam berasaskan nilai-nilai agama
kerana pembalasan yang dikenakan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Menurut Islam, setiap amalan individu di dunia tidak akan terlepas daripada
perhitungan di akhirat.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk
(menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa
akan teraniaya sedikitpun, dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya
Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung), dan cukuplah Kami
sebagai Penghitung.”
(Surah al-Anbiya’, ayat 47).

Tujuan pesalah dikenakan hukuman menurut undang undang Islam adalah untuk
mencegah dan menghalang manusia daripada mendekati perbuatan jenayah. Selain
itu,ia juga bertujuan untuk memelihara masyarakat daripada kefasadan, sekali gus
dapat menyucikan diri daripada dosa dan noda. Tulisan ini bertujuan untuk melihat
falsafah penghukuman dalam Islam. Seterusnya, penghukuman di dalam Islam adalah
sebagai pembalasan, selain daripada itu hukuman juga dapat memberi kesan yang
ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran,
memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah. Hukuman
yang dilaksanakan juga bertujuan untuk mewujudkan rasa keadilan kepada manusia
bagi menjamin kebahagiaan hidup, keadilan dalam menjalankan hukuman sehingga

4
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

akan menghasilkan kemakmuran dan kedamaian dalam masyarakat. (H.Hamdani.


2020. Konsep Falsafah Penghukuman dalam Islam)

4.2 HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Undang-undang sivil berkaitan dengan perselisihan antara individu, organisasi, atau


di antara keduanya, di mana pampasan diberikan kepada korban. Tujuan nya adalah
untuk menangani pertikaian antara individu, organisasi, atau antara kedua, di mana
pampasan diberikan kepada mangsa. Selain itu, hukuman menurut undang-undang
sivil adalah untuk memenuhi keperluan sesebuah masyarakat tertentu pada sesuatu
masa. Menurut William Geldart, Pengenalan kepada Undang-undang Bahasa Inggeris
146 (DCM Yardley ed., Edisi ke-9, 1984), “Matlamat undang-undang sivil adalah ganti
rugi kesalahan dengan memaksa pampasan atau pengembalian: orang yang
melakukan kesalahan tidak dihukum; hanya menderita begitu banyak bahaya yang
diperlukan untuk membuat kebaikan yang salah yang telah dilakukannya. Orang yang
menderita mendapat faedah pasti dari undang-undang, atau sekurang-kurangnya ia
menghindari kerugian. Sebaliknya, dalam hal kejahatan, Matlamat utama undang-
undang adalah menghukum orang yang salah, memberikan kepadanya dan orang lain
dorongan yang kuat untuk tidak melakukan kejahatan yang sama atau serupa, untuk
memperbaharuinya jika mungkin dan mungkin untuk memuaskan hati orang awam
bahawa perbuatan salah harus bertemu dengan hukuman".

5.0 KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Hukum di dalam undang-undang Islam terbahagi kepada dua iaitu hukum yang ditetapkan
secara langsung oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dengan jelas dan terang. Bahagian ini
lebih sedikit walau pun lebih besar kepentingan dan peranannya.. Ini kerana ia membentuk
tapak yang utuh bagi mendirikan syariat keseluruhannya. Hukum yang ditetapkan melalui
ijtihad para ulama dan fukaha dengan berpedomankan al-Quran dan al-Sunnah, atau hukum
yang berasaskan qiyas, istislah, istihsan, istishab dan sebagainya. Jenis kedua ini merupakan
hukum syariah yang paling banyak.
(Muhammad Fathi Yusof. 2015. “Maqasid
Syariah dalam Pelaksanaan Hukuman Hudud ke
Atas Pesalah Zina.” In: (Editor, Farahwahida
Mohd Yusof) Maqasid Syariah & Sains, UTM
Press. Pp. 41-64)

5.1 ELEMEN YANG DIAMBIL KIRA DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN MENURUT


UNDANG-UNDANG ISLAM

Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak
Allah dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemuliaan agama, nyawa,
akal, harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah jenayah yang perlu
dihukum. Untuk menjadikan sesuatu tindakan itu dianggap jenayah, ia perlu memenuhi
elemen-elemen berikut:

a) Elemen perundangan iaitu peruntukan yang jelas melarang tindakan jenayah itu dan
menjadikannya sebagai kesalahan yang boleh dihukum.
b) Elemen tindakan iaitu melakukan tindakan yang menjadi kesalahan itu
c) Elemen kelayakan iaitu melihat kepada umur, keupayaan, dan tanggungan
penjenayah berkenaan

5
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

5.2 PEMBAHAGIAN UTAMA BERASASKAN KEPADA HUKUMAN YANG DITETAPKAN


DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan


kepada hukuman yang dikuatkuasakan, iaitu seperti berikut:

a) Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya.
Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali
mereka boleh memilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau
menggantikannya dengan diyat atau memaafkannya.
b) Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan
jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud melibatkan kesalahan zina, qazaf,
mencuri, hirabah, minum arak, dan murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh
diubah sehingga hari kiamat.
c) Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi kesalahan dibawah
qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai dengan suasana, penjenayah,
kesalahan dan faktor lain.

5.2.1 QISAS DAN DIYAT

Qisas bermaksud pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh
penjenayah. Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi
kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan
seumpamanya.
Qisas berlaku dalam kes pembunuhan dan kes kecederaan atas anggota badan

Pembunuhan (al-qatl)
Hukuman qisas bagi kes pembunuhan adalah berasaskan firman Allah:

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam kes
pembunuhan, iaitu orang merdeka dengan orang merdekan, hamba dengan hamba,
wanita dengan wanita. Maka sesiapa yang mendapat pengampunan dari sudaranya
hendakla9yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik dan hendaklah (yang
dimaafkan) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan baik juga. Yang
demikian itu satu keringanan dari Tuhan kamu dan satu rahmat, sesiapa yang melampaui
batas selepas itu , maka baginya seksaan yang amat pedih. Dan pada Qisas itu ada
(jaminan penerusan) hidup, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa. (Surah
al-Baqarah:178-179)

Kebanyakan ulama membahagikan pembunuhan kepada tiga iaitu pembunuhan dengan


sengaja (qatl ‘amd), pembunuhan serupa sengaja (qatl syibhu ‘amd) dan pembunuhan
tidak sengaja (qatl khata’). Setiap jenis pembunuhan ini dihukum dengan hukuman yang
berbeza.

Kesalahan mencederakan anggota badan

Kesalahan mencederakan adalah tindakan yang melukakan, mencacatkan, atau


menyakitkan ke atas anggota atau mana-mana bahagian badan. Ia juga dibahagikan
kepada kecederaan dengan niat dan kecederaan tidak sengaja. Hukuman bagi
kecerderaan adalah seperti berikut:

a) Qisas iaitu hukuman kecederaan ke atas anggota yang dicederakan. Hukuman ini
dikenakan ke atas anggota yang mempunyai sendi-sendi dan dapat dipastikan
persamaannya seperti jari-jari tangan dan kaki, mata, telinga, hidung, tangan, kaki,
kemaluan lelaki dan gigi. Bagi anggota lain, hukumannya diganti dengan diat kerana

6
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

sukar untuk dipastikan persamaannya(Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun


Jenayah Islam, ms. 194) Hukuman qisas ini dijatuhi ke atas kecederaan secara
sengaja.
b) Diyat iaitu hukuman gantirugi atau denda yang dikenakan sebagai gantirugi ke atas
anggota badan yang dipotong atau dilukakan oleh penjenayah. Diat dikenakan jika
pesalah melakukan kesalahan kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman qisas
tidak dapat dijalankan dengan sebab-sebab tertentu seperti penjenayah
sememangnya cacat, atau mangsa telah memaafkannya dari pelaksanaan qisas.
Kadar diyat ini ditetapkan berasaskan anggota yang dicederakan contohnya 100 ekor
unta bagi anggota yang tunggal sepert lidah, kemaluan lelaki, 50 ekor unta pula
didenda bagi anggota kembar seperti telinga dan seterusnya. Kadar diyat juga boleh
dikira berasaskan fungsi anggota tersebut seperti 100 ekor unta untuk kehilangan
fungsi pendengaran dari kedua-dua telinga, dan kehilangan fungsi menghidu dan
seterusnya. Diyat juga boleh dilihat dari sudut kadar luka umpamanya luka yang
mengena daging setelah kulit (al-badhi’ah) diyatnya 3 ekor unta, luka yang masuk
dalam daging (al-mutalahimah) diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan tulang
(al-hasyimah) diyatnya 10 ekor unta dan seterusnya.

Tegasnya hukuman qisas dalam kes pembunuhan dan kecederaan menunjukkan


keadilan Islam iaitu memberikan hukuman setimpal dan sama dengan kesalahan yang
dilakukan. Hukuman ini akan menjadikan penjenayah akan lebih takut untuk
melakukan jenayah, baik jenayah pembunuhan atau kecederaan. Qisas tertakluk
kepada hak mangsa kecederaan atau wali si mati kerana fitrah manusia yang inginkan
sesuatu kejahatan yang dilakukan ke atas diri seseorang atau keluarganya dibalas
dengan seadilnya. Cara ini dapat mengelakkan dari berlakukan permusuhan dan
pertentangan berlarutan akibat dari jenayah yang berlaku. Hukuman diyat pula
membuktikan betapa Islam mengutamakan hubungan kemanusiaan sesama anggota
masyarakat. Sikap bermaaf-maafan adalah satu perkara yang amat di alu-alukan bagi
memadam dendam yang berpanjangan.

5.2.2 HUDUD

Hudud dari segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan. Dari
sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh
Allah dalam Al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan
hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan
perundangan, pemerintah atau hakim. Terdapat enam kesalahan hudud yang
disepakati oleh semua ulama, iaitu:

a) Zina
b) Qazaf (Menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi)
c) Mencuri
d) Hirabah (rompakan)
e) Minum arak
f) Murtad

Kesalahan lain yang tidak disepakati oleh para ulama adalah pemberontakan (al-
baghyu), liwat, hubungan seks dengan haiwan, sihir, lari dari medan perang, dan
beberapa kesalahan lagi.

5.2.3 TA’AZIR

Ta’zir adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan
perundangan atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan ini tidak disebut di dalam

7
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

al-Quran atau Sunnah. Skop kesalahan ta’zir adalah luas kerana semua bentuk
kesalahan yang tidak tertakluk kepada hukuman qisas dan hukuman hudud adalah
tertakluk kepada hukuman ta’zir. Bentuk hukuman adalah berbagai-bagai dan
tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim.
Ta’zir terbahagi kepada dua iaitu:

a) Kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan hudud tetapi hukuman hudud
tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat pelaksanaannya. Syeikul
Islam Ibnu Taimiyyah menyebut: Maksiat-maksiat yang tidak dikenakan hukuman had
yang tertentu dan tidak pula dikenakan kifarat adalah termasuk dalam ta’zir seperti
orang yang mencium lelaki atau wanita ajnabi, bercumbu-cumbuan, atau mencuri
barang yang tidak diletakkan di tempat yang wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup
nisab.
b) Kesalahan yang selain dari kategori kesalahan hudud dan qisas. Ia meliputi semua
bentuk kesalahan samada kesalahan itu disebut dalam al-Quran dan Hadith atau
tidak. Ia juga mencakupi kesalahan terhadap hak Allah, terhadap hak manusia atau
hak keduaduanya. Sebahagian dari kesalahan ta’zir disebut dalam al-Quran dan
Sunnah, tetapi hukumannya tidak dinyatakan. Al-Quran ada menyebut beberapa
kesalahan tanpa menyebut hukumannya. Contohnya kesalahan memakan makanan
haram seperti bangkai, darah, daging babi dan daging yang tidak disembelih secara
sah(Surah al-Baqarah:173), tidak menunaikan amanah atau melanggar kontrak serta
tidak menjatuhkan hukuman dengan adil(Surah al-Nisa’:58), mengkhianati harta anak
yatim(Surah al-Nisa’:2), menipu dalam sukatan atau timbangan(Surah al-Mutaffifin: 3),
mengenakan dan memakan riba(Surah al-Baqarah:275), menyembunyikan
keterangan atau bukti(Surah al-Hajj: 30), membuat fitnah, menghina atau
memburukkan nama seseorang(Surah al-Hujurat: 11), melakukan rasuah(Surah al-
Baqarah:188) , berjudi dan menilik nasib(Surah al-Ma’idah: 90)dan banyak lagi.

5.3 SUMBER HUKUMAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Sumber Undang-undang Islam bermaksud dasar atau asas kepada hukum Islam. Pada
asasnya hukum Islam adalah bersumberkan dari Allah. Allah telah memberi wahyu kepada
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Wahyu
dari Allah terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Oleh yang demikian
Al-Quran dan Sunnah adalah sumber utama dan terpenting kepada undang-undang Islam.
Namun begitu secara keseluruhannya, sumber hukum Islam terbahagi kepada dua iaitu
sumber yang disepakati oleh semua ulama dan sumber yang tidak disepakati oleh semua
ulama.
Sumber yang disepakati oleh semua ulama adalah:
a) Al-Quran
b) 2.Sunnah
c) Ijmak dan Qiyas.
Sementara sumber yang tidak disepakati oleh para ulama adalah:
a) Istihsan
b) Masalih Mursalah
c) ‘Uruf atau adat kebiasaan
d) Qaul Sahabi atau pendapat sahabat
e) Syar’u man qablana atau Syariat kaum terdahulu
f) Istishab al-asli
g) Sad al-zara’i
h) A’mal ahl al-Madinah atau amalan penduduk Madinah

Jelaslah bahawa kesemua hukuman yang dijatuhkan adalah berasaskan sumber undang
undang Islam yang diyakini kesahihannya mengikut konteks dan syarat yang bertepatan.

8
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

5.4 KEBERKESANAN HUKUMAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Keberkesanan undang-undang Islam dapat dilihat melalui kekerasan undang-undang,


penguatkuasaan dan pengawal pemerintah.

Secara umumnya, kekerasan undang-undang Islam hanya melibatkan individu yang


beragama Islam dan tiada kaitan dengan bukan Islam. Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak
Asasi Manusia (CENTHRA) menegaskan bahawa undang-undang syariah, terutamanya bagi
meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan)1965(RUU355), hanya
melibatkan individu beragama Islam dan tiada kaitan dengan bukan Islam.

Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang Islam turut berkuatkuasa keatas individu yang


beragama Islam sahaja. Jelaslah, bahawa setiap kesalahan yang disabitkan dan hukuman
yang dijatuhkan hanya berkuatkuasa kepada mereka yang bergelar Muslim sahaja. Dalam
konteks ini, bidang kuasa mahkamah yang terlibat adalah Mahkamah Syariah secara
keseluruhannya. CENTHRA turut menyatakan bahawa undang-undang syariah, khususnya
RUU355 hanya memberi kesan kepada umat Islam dan tidak kena mengena serta tiada
perkaitan dengan orang bukan Islam.

Walau bagaimanapun, hukuman yang termaktub dalam undang-undang Islam tidak


dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia walaupun Islam merupakan agama rasmi bagi
Persekutuan, dimana apa apa agama lain dibenarkan untuk dianuti dalam keadaan yang
tenang dan harmoni. Tidak semua hukuman dijalankan secara alami di Malaysia, sebagai
contoh perlaksanaan hukuman hudud yang tidak berkuatkuasa sepenuhnya lagi sehingga ke
hari ini. Namun begitu, keberkesanan hukuman undang-undang Islam seperti hudud dapat
dilihat dengan tinggi di negara lain seperti di Brunei Darussalam dan sebagainya.

6.0 KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Hukuman yang dikenakan menurut undang-undang sivil adalah berdasarkan akta. Akta ini
diambil daripada kaedah perundangan Common Law. Hukuman ini juga adalah untuk
mengawal kesalahan masyarakat.
(Dr. Muhammad Fatih Yusof, April 2014:7)

6.1 ELEMEN YANG DIAMBIL KIRA DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN MENURUT


UNDANG-UNDANG SIVIL

Menurut undang-undang sivil, hukuman dikenakan tanpa mengenal bangsa dan agama. Soal
akhlak dan perangai saksi di dalam sesuatu kes tidak diambil kira dalam menentukan
kesahihan sesuatu. (Dr. Muhammad Fatih Yusof, April 2014:10)

Di dalam undang-undang terdapat tiga kategori umur yang layak mendapat peringanan
hukuman iaitu pesalah juvana, pesalah belia yang berumur 18 hingga 21 tahun dan pesalah
yang berumur 60 tahun ke atas.( Ahmad Sharifuddin Mustapha:37)

Menurut undang-undang sivil, pesalah yang melakukan kesalahan buat kali pertama layak
untuk mendapat pertimbangan keringanan hukuman.
Hukuman di bawah undang-undang sivil juga mengambil kira sekiranya sesorang itu
dijatuhkan hukuman yang memberi impak ke atas karier, diri dan keluarga pesalah, hukuman
yang berat itu boleh diringankan. (Ahmad Sharifuddin Mustapha:37)

9
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

6.2 PEMBAHAGIAN UTAMA BERASASKAN KEPADA HUKUMAN YANG DITETAPKAN


DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL

Di dalam undang-undang sivil yang dilaksanakan di Malaysia hukuman yang akan dijalankan
adalah berdasarkan mahkamah.
Di Malaysia terdapat empat jenis makamah iaitu :

a) Mahkamah Majistret Sivil (Kelas Pertama)


b) Mahkamah Majistret Jenayah (Kelas Pertama)
c) Mahkamah Majistret Sivil (Kelas Kedua)
d) Mahkamah Majistret Jenayah (Kelas Kedua)

Setiap mahkamah tersebut mempunyai had hukuman untuk dikenakan.

Di bawah Mahkamah Sivil (Kelas Pertama), kes sivil boleh didengar di mana jumlah
tuntutannya adalah tidak boleh melebihi RM 100,000.00.

Manakala di bawah Makamah Sivil (Kelas Kedua) pula, boleh mendengar kes sivil di mana
tuntutan Plaintif termasuk faedah tidak boleh melebihi RM10,000.00. Tetapi jika tuntutan
tersebut tidak melebihi RM5,000, Plaintif boleh memfailkan tindakan di Bahagian Tuntutan
Kecil Mahkamah Majistret. Namun, begitu, pihak-pihak tidak boleh diwakili peguam. Kes
adalah diwakili oleh pihak-pihak dalam pertikaian itu sendiri.

Seterusnya, Mahkamah Jenayah (Kelas Pertama), kes jenayah boleh didengar di mana
hukuman yang diperuntukan oleh undang-undang ialah denda sahaja dan tempoh
pemenjaraan yang ditetapkan oleh undang-undang adalah tidak melebihi 10 tahun. Di bawah
mahkamah ini juga, hukuman penjara yang akan dijatuhkan tidak boleh melebihi 5 tahun
penjara dan tidak boleh menjatuhkan hukuman denda melebihi RM10,000.00. Mahkamah
Majistriet Jenayah Kelas Pertama juga tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat melebihi 12
sebatan.

Akhir sekali, Mahkamah Majistret Jenayah (Kelas Kedua), boleh mendengar kes yang hanya
memperuntukkan hukuman denda sahaja dan tempoh pemenjaraan adalah tidak melebihi 12
bulan oleh undang-undang. Mahkamah Majistret ini tidak boleh menjatuhkan hukuman
penjara melebihi 6 bulan penjara dan tidak boleh menjatuhkan hukuman denda melebihi
RM1000.00. Mahkamah ini juga boleh mengabungkan kedua-dua hukuman tersebut. (Ketua
Mahkamah Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia,2019:1)

6.3 SUMBER HUKUMAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Seperti undang-undang islam yang bersumberkan Al-Quran dan merupakan ciptaan Allah.
Undang-undang sivil pula kebanyakannya undang-undangnya datang dari negara Barat.
Kebanyakan undang-undang jenayah di Malaysia yang dibawah Kanun Keseksaan (Akta 574)
ini diambil dari Kanun Keseksaan India. Asal usul Kanun Keseksaan India ini adalah berasal
dari kaedah-kaedah perundangan Common Law England yang telah dikumpul dan ditulis
dalam bentuk akta atau Kanun. Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia 2009, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan banyak lagi juga merupakan
undang-undang jenayah. (Dr. Muhammad Fatih Yusof, April 2014:7)

10
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

6.4 KEBERKESANAN HUKUMAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Keberkesanan undang-undang sivil adalah bergantung sepenuhnya kepada kekerasan


undang-undang, penguatkuasaan dan pengawal pemerintah.
Hukuman sebat di bawah undang-undang sivil jauh perbezaannya dengan undang-undang
menurut Islam. Di dalam undang-undang sivil, saiz rotan pesalah jenayah sivil adalah lebih
besar. Pukulan yang dikenakan amat kuat sehingga mengenakan kesan pada badan. Semasa
pukulan itu di lakukan, bahagaian yang dikenakan sebatan tidak boleh ditutupi pakaian.
Berbeza pula dengan undang-undang Islam dimana pesalah dirotan secara serdahana dan
dalam menutup aurat. Mengikut undang-undang sivil, hukuman sebat dilakukan di dalam
penjara tanpa penyaksian orang ramai. Berbeza pula dengan undang-undang islam, hukuman
sebat disaksikan oleh beberapa orang beriman. Ini menimbulkan rasa malu pada pesalah
untuk mengulangi kessalahannya. (Journal Universiti Malaya (Bab4),2011:161)

Kebanyakan hukuman yang dijalankan di bawah undang-undang sivil adalah hukuman


penjara. Terdapat juga kesalahan seperti membunuh, rogol dan banyak lagi yang
dikategorikan sebagai jenayah berat dikenakan hukuman penjara. Terdapat juga kesalahan
kecil seperti kesalan trafik juga dikenakan penjara. Sedangkan perkara ini adalah tidak besar.
Hukuman ini bukan sahaja memberi impak kepada pesalah malah keluarga pesalah juga
terkesan. Keluarga terpaksa menanggung malu dan menghadapi bebanan ekonomi. Apabila
pesalah keluar dari penjara, kebiasaannya mereka disisihkan oleh masyarakat dan ada dari
antara mereka melakukan jenayah kembali. (Dr. Muhammad Fatih Yusof, April 2014:11)

Hukuman di bawah undang-undang sivil secara keseluruhannya lebih berat dan ganas.
Namun begitu, keberkesanaannya adalah kurang kerana kadar jenayah semakin menigkat.
Sebaliknya, usaha-usaha pendidikan bersepadu perlu diberikan kepada anggota masyarakat.

7.0 PELAKSANAAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-


UNDANG SIVIL
Setiap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah, sama ada sivil mahupun syariah,
mempunyai justifikasi tertentu. Antara justifikasi utama ialah sebagai pencegahan yang
bermaksud hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah adalah untuk mencegah masyarakat
dan penjenayah khususnya daripada melakukan kesalahan yang sama pada masa akan
datang. Pencegahan telah pun menjadi salah satu justifikasi sistem penghukuman sejak
sekian lama. Terdapat perbezaan di antara cara dan aplikasi pencegahan dalam undang-
undang sivil dan undang-undang Islam (Mohd Al-Adib Samuri, 2012:131).

7.1 TEORI PENCEGAHAN

7.1.1 TEORI PENCEGAHAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL


Berdasarkan teori pencegahan, terdapat dua jenis pencegahan iaitu pencegahan khusus
dan pencegahan am. Kedua-dua undang-undang sivil dan Islam mengaplikasikan teori ini.
Pencegahan khusus adalah hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah untuk
menghalang dirinya daripada mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Pencegahan am pula adalah bertujuan untuk mengelakkan atau menghindarkan
masyarakat daripada melakukan kesalahan atau perbuatan yang menyalahi undang
undang pada masa akan datang (Mohd Al-Adib Samuri, 2012:134). Asasnya, hukuman
atau pencegahan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah.

11
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

Contoh pencegahan am dalam undang- undang sivil boleh dilihat dari segi tempoh
hukuman penjara yang diperuntukkan. Contohnya, pelaksanaan hukuman penjara
beberapa bulan untuk perogol yang bersalah tidak akan menakutkan masyarakat
berbanding jika dikenakan hukuman selama 10 tahun. Pencegahan khusus pula
memfokuskan kepada kesan pada masa akan datang. Selepas menamatkan tempoh
penghukuman, seseorang yang dihukum, akan merasai hukuman yang ditempuhinya
sebagai tidak menyenangkan sehingga mereka tidak lagi ingin mengulangi apa-apa
bentuk perlanggaran undang-undang kerana sedar akan akibat yang menanti (Mohd Al-
Adib Samuri, 2012:135).

7.1.2 TEORI PENCEGAHAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM


Pencegahan dalam undang-undang Islam juga mempunyai tujuan yang sama. Dalam
pencegahan am, perundangan islam bertujuan menjaga kepentingan masyarakat
daripada kezaliman penjenayah. Bagi pencegahan khusus pula, setiap hukuman dalam
Islam akan mencegah diri penjenayah daripada mengulanginya pada masa akan datang
kerana kesan hukuman yang keras dan sebahagiannya berkekalan seperti hukuman
potong tangan untuk kesalahan mencuri (Mohd Al-Adib Samuri, 2012:134).
Pencegahan am dalam islam dapat dilihat pada hukuman hudud yang sememangnya
beraspirasikan pencegahan terhadap masyarakat secara keseluruhan. Setiap hukuman
yang diperuntukkan akan dilaksanakan di hadapan komuniti muslim yang akan
menyaksikannya. Dengan melihat kesakitan yang dialami oleh penjenayah sepanjang
proses hukuman, masyarakat akan mengambil iktibar dan pengajaran untuk tidak
melakukan perbuatan yang sama pada masa akan datang (Mohd Al-Adib Samuri,
2012:135).

7.2 ELEMEN DALAM PENCEGAHAN ATAU HUKUMAN

7.2.1 ELEMEN DALAM HUKUMAN UNDANG-UNDANG SIVIL


Elemen dalam teori pencegahan adalah salah satu faktor kepada kejayaan pelaksanaan
sesuatu hukuman. Terdapat tiga elemen dalam teori pencegahan sivil. Tiga elemen yang
mendukung teori ini ialah kepantasan hukuman dikenakan selepas sesuatu perbuatan
jenayah, kekerasan hukuman tersebut, dan kepastian hukuman itu dilaksanakan. Ketiga-
tiga elemen ini perlu wujud secara serentak bagi memastikan sesuatu hukuman itu benar-
benar mencapai matlamatnya (Mohd Al-Adib Samuri, 2012:136).
Elemen pertama iaitu kepantasan hukuman dikenakan selepas sesuatu perbuatan
jenayah perlu wujud bagi mencegah sesuatu jenayah. Pesalah akan menerima mesej
bahawa mereka tidak akan boleh terlepas daripda sebarang hukuman (Mohd Al-Adib
Samuri, 2012:136).
Elemen kedua iaitu kekerasan sesuatu hukuman membolehkan kesan pencegahan pada
hukuman itu meningkat. Hukuman yang lembut kepada pesalah akan membuatkan
mereka berterusan melakukan jenayah dan tidak serius mematuhi undang-undang.
Kekerasan sesuatu hukuman akan memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak
terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam sesuatu kes jenayah (Mohd Al-
Adib Samuri, 2012:137).
Elemen ketiga iaitu kepastian melengkapkan dua elemen tersebut. Jika sesuatu hukuman
itu hanya bersifat keras tetapi tiada kepastian, ia tidak akan memberi kesan pencegahan.

12
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

7.2.2 ELEMEN DALAM HUKUMAN UNDANG-UNDANG ISLAM


Teori pencegahan dalam islam mempunyai elemen yang sama dengan undang-undang
sivil iaitu hukuman mestilah bersifat pantas, keras, dan pasti. Selain itu, hukuman dalam
undang-undang islam juga bersifat menakutkan masyarakat, menjaga kepentingan
masyarakat, dan menjaga maruah pesalah yang menerima hukuman (Mohd Al-Adib
Samuri, 2012:138).
Sebagaimana dalam teori pencegahan sivil, hukuman yang tidak bersifat pantas akan
membuatkan sesuatu hukuman itu tidak efektif. Hukuman yang keras dalam undang-
undang Islam pula bertujuan untuk mencegah umatnya daripada melakukan kesalahan
secara terang-terangan. Dalam undang-undang Islam, sesuatu kesalahan dibalas dengan
keras kerana ia melanggar atau mencemarkan lima perkara yang dijaga oleh Syariah iaitu
agama, nyawa, keturunan, akal, dan harta. Kekerasan hukuman dalam undang-undang
islam juga boleh dilihat daripada pelaksanaan hukuman hudud dan qisas (Mohd Al-Adib
Samuri, 2012:138). Walaupun begitu, Islam tidak mensyariatkan atau membenarkan
hukuman berganda terhadap seseorang pesalah. Sebagai contoh, pesalah zina tidak
akan dikenakan hukuman sebat dan kemudiannya direjam, sebaliknya hanya direjam
sahaja (Mohd Al-Adib Samur, 2012:139).
Elemen seterusnya dalam hukuman Islam ialah hukuman tersebut mestilah dijalankan di
hadapan masyarakat. Ia bukan sahaja perlu diketahui pelaksanaannya, tetapi perlu
disaksikan agar ketakutan itu timbul di hati masyarakat (Mohd Al-Adib Samuri, 2012:135).
Contohnya dapat dilihat melalui pelaksanaan hukuman ke atas pesalah zina. Ini dapat
difahami daripada ayat al-Quran yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari
keduaduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan
hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan
dari orang yang beriman”
(al-Nur, 24: 2)
Hukuman atau pembalasan yang dibuat kepada pesalah juga mestilah tidak melampaui
batas, iaitu tidak boleh melebihi bentuk jenayah yang dideritai oleh mangsa sebelumnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah memberi
kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam
membunuh balas”
(alIsra’ 17: 33)

7.3 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL DAN ISLAM


Hukuman adalah salah satu proses terakhir dalam sesuatu perbicaraan di mana keputusan
atau pengadilan akan dibuat oleh badan kehakiman terhadap pesalah setelah sabitan
dilakukan. Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu, hukuman yang dijatuhkan boleh
dikurangkan atau digugurkan. Untuk membolehkan sesuatu hukuman itu dikurangkan atau
digugurkan, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberat dan diambil kira. Terdapat
perbezaan di antara faktor peringanan atau pengurangan sesuatu hukuman di dalam undang-
undang sivil dan undang-undang Islam. Berikut adalah antara faktor-faktor tersebut:

13
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

7.3.1 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

a) Kemaafan daripada wali (keluarga si mati) bagi jenayah pembunuhan


Pembunuh yang sabit kesalahan pada asalnya wajib dijatuhi hukuman qisas atau
bunuh balas berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas”
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang
merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan”.
(Al-Baqarah: 178)
Namun sekiranya wali si mati memberi kemaafan dengan rela hati, hukuman tersebut
akan dikurangkan kepada membayar diat dan pesalah bebas daripada hukuman
bunuh mengikut pendapat jumhur ulamak (Ahmad Sharifuddin Mustapha:33).

b) Hukuman ke atas pencuri yang mencuri berulang kali


Hukuman bagi jenayah mencuri adalah hukuman potong tangan berdasarkan firman
Allah yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.”
(Al-Maidah: 38)
Pakar-pakar perundangan Islam telah bersepakat bahawa bagi kesalahan mencuri yang
pertama, hukumannya adalah potong tangan kanan. Bagi kesalahan kedua, hukumannya
adalah dikenakan hukuman potong kaki kiri. Tetapi mereka tidak bersepakat tentang
hukuman bagi kesalahan ketiga. Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat, pencuri yang
melakukan kesalahan kali ketiga tidak dikenakan hukuman potong tangan lagi, tetapi
diringankan kepada hukuman membayar kerugian disamping hukuman ta’zir sehingga dia
bertaubat. Mazhab Maliki dan Shafi’i pula menegaskan bahawa jika pencuri yang sama
mencuri buat kali ketiga, dia dikenakan hukuman potong tangan kirinya dan jika mencuri
kali keempat dia dihukum potong kaki kanannya dan sekiranya mencuri lagi dikenakan
ta’zir. Oleh kerana tiada hadith sahih mengenai hukuman ini, maka tidak ada halangan
untuk memilih mazhab Hanafi dan Hanbali (Ahmad Sharifuddin Mustapha:34).

c) Penjenayah yang lemah (sakit atau terlalu uzur)


Antara syarat perlaksanaan hukuman hudud ke atas penjenayah yang telah disepakati
oleh ahli perundangan Islam ialah tidak wujud kebimbangan berlaku kebinasaan ke atas
individu yang dihukum ketika hukuman dijalankan selain daripada hukuman rejam dan
bunuh balas. Oleh itu jika individu yang bakal dihukum menghidap penyakit yang boleh
membawa maut sekiranya hukuman seperti sebatan dijatuhkan ke atasnya, sesetengah
ulama' berpendapat bahawa hukuman tersebut boleh ditangguhkan sehingga dia sembuh.
Walau bagaimanapun, para ahli perundangan berpendapat jika individu yang bakal
dihukum tidak mampu menanggung kesan hukuman sebatan, hukuman boleh diringankan
dalam bentuk alat dimana rotan digantikan dengan pelepah tamar (Ahmad Sharifuddin
Mustapha:35).

14
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

d) Wanita yang hamil dan menyusukan anak


Jika penjenayah yang disabitkan kesalahan adalah hamil, meskipun disebabkan
perbuatan zina, hukuman rejam yang dijatuhkan ke atasnya perlu diberikan penangguhan
sehinggalah dia melahirkan anak dan anaknya tidak lagi menyusu dengannya. Dalam
tempoh tersebut dia mesti dilayan dengan baik dan dia bebas untuk menarik balik
pengakuannya jika kesalahannya disabitkan dengan pengakuan. Hukuman yang
dibenarkan penangguhan adalah yang melibatkan hukuman rejam dan semua hukuman
yang boleh memudaratkan janin seperti sebatan dan potong tangan. Ia bertujuan
memelihara janin/bayi yang tidak berdosa itu daripada keguguran atau sebarang
kemudaratan (Ahmad Sharifuddin Mustapha:35).

7.3.2 FAKTOR PERINGANAN HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG SIVIL


a) Umur
Di bawah seksyen 12, Akta Mahkamah Juvana 1947, Pesalah Juvana tidak boleh
disabitkan dengan sesuatu kesalahan atau dijatuhkan hukuman. Jika mereka telah
terbukti terlibat dengan sesuatu jenayah, pesalah boleh dihantar ke salah satu
institusi atau sekolah yang disahkan bagi pendidikan pemulihan akhlak. Sekiranya
kes tersebut tidak melibatkan pembunuhan, mahkamah berhak membebaskannya
dengan bersyarat supaya diikat jamin. Dan bagi pesalah dalam golongan belia di
antara 18-21 tahun, hukuman yang dijatuhkan adalah kebiasaannya lebih ringan
berbanding dengan pesalah dewasa. Bagi pesalah berumur 60 tahun ke atas,
setelah mengambil kira faktor-faktor lain seperti rekod berkelakuan baik, hukuman
yang dijatuhkan boleh diringankan (Ahmad Sharifuddin Mustapha:37).
b) Kesalahan pertama
Faktor ini boleh membantu meringankan sehingga 1/3 daripada hukuman maksima
yang diperuntukkan bagi sesuatu kesalahan jenayah (Ahmad Sharifuddin
Mustapha:38).
c) Tingkah laku tertuduh sejak terbabit dalam jenayah
Kelakuan baik seperti melahirkan penyesalan, dan dalam sesetengah kes,
pengakuan kesalahan, serta kerjasama terhadap pihak polis seperti memberikan
maklumat-maklumat berguna boleh dipertimbangkan untuk menerima hukuman
yang lebih ringan (Ahmad Sharifuddin Mustapha:38).
d) Kesan yang timbul sekiranya hukuman yang berat dijatuhkan ke atas
pesalah
Sekiranya hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah boleh memberi kesan yang
telalu buruk ke atas diri, karier serta keluarganya, peringanan hukuman boleh
diaplikasikan. Sebagai contoh, kehilangan pekerjaan, keluarga memerlukan
perhatian dan penjagaan yang serius atau apabila suami dan isteri dipenjara
serentak sehingga boleh menyebabkan kebajikan anak-anak terabai (Ahmad
Sharifuddin Mustapha:39).
e) Keadaan fizikal dan mental pesalah
Mengikut Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah, wanita mengandung tidak boleh
dihukum gantung sebaliknya hendaklah diringankan kepada hukuman penjara
seumur hidup. Selain itu, sekiranya pesalah menderita penyakit tertentu yang
boleh menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukuman sebat maka sebagai
gantinya pesalah boleh dipenjara sehingga 12 bulan dengan syarat tidak melebihi
dari tempoh penjara yang dijatuhkan ke atasnya (Ahmad Sharifuddin Mustapha:3).
f) Faktor-faktor lain
Peringanan hukuman boleh juga dipertimbangkan kepada bekas-bekas pesalah
yang berusaha mengekalkan rekod baik bagi satu jangka masa yang panjang
sebelum terbabit dengan kesalahan jenayah yang baru (Ahmad Sharifuddin
Mustapha:40). Pesalah juga boleh memohon pengampunan daripada raja yang

15
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

memerintah sebagai usaha terakhir untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan


keatasnya (Perlembagaan Persekutuan, Bahagian IV – Persekutuan: Bab 3 –
Badan Eksekutif, Perkara 42).

8.0 PERBANDINGAN KONSEP HUKUMAN MENURUT UNDANG UNDANG ISLAM DAN


UNDANG UNDANG SIVIL

Berikut adalah perbandingan konsep hukuman menurut undang undang Islam dan undang
undang sivil :

Hukuman menurut Undang Hukuman menurut Undang


Undang Sivil Undang Islam

Tujuan Tujuan dicipta hanya untuk Tujuan ia diperturun dan


memenuhi keperluan disyariatkan adalah untuk
sesebuah masyarakat manusia beriman dan
tertentu pada sesuatu masa beramal dengan apa yang
telah diperintahkan oleh
Allah SWT demi kebaikan di
dunia dan di akhirat
Aspek penghukuman Ia lebih menumpukan pada Mengutamakan aspek
aspek menghukum dan pencegahan melalui kaedah
membalas. yang unik dan amat menarik.
Kaitan dan hubungan Tiada hubungan dengan Merangkumi pembalasan di
dengan hari akhirat iman atau aqidah,mahupun dunia malah di akhirat kelak.
dengan hari akhirat. Undang-undang jenayah
Keberkesanan undang- Islam adalah luas iaitu
undang sivil bergantung meliputi kesalahan hak yang
sepenuhnya kepada bersabit hak Allah SWT, hak
kekerasan undang-undang, manusia serta hak Allah
penguatkuasaan dan SWT bersama-sama hak
pengawalan pemerintah. manusia.
Bentuk hukuman Hukumannya yang utama Memperuntukkan pelbagai
hanyalah hukuman mati, bentuk hukuman yang
penjara, sebat dan denda. mempunyai kesan yang
mendalam. Contohnya,
rejam

(M Fathi Yusof, M., 2018. Perbezaan dengan undang-undang jenayah sivil.)

16
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

9.0 KESIMPULAN

Intinya, Undang-Undang Islam lebih adalah lebih mementingkan keadilan, pencegahan dan
kesedaran bukan semata-mata untuk menghukum dan membalas sahaja. Secara umumnya,
Undang-Undang Jenayah Islam adalah lengkap untuk kehidupan manusia berbanding
undang-undang jenayah ciptaan manusia yang bersifat sementara waktu dan untuk masa-
masa tertentu. Pelaksanaan undang-undang Islam pasti dapat mengurangkan kadar jenayah
dan mewujudkan keharmonian di kalangan masyarakat. Berbeza dengan undang-undang sivil
ciptaan manusia yang dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam. Ia gagal
menimbulkan rasa takut dan gerun walaupun hukuman yang dikenakan adalah berat. Sebagai
contoh, hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah tidak berjaya
mengurangkan jenayah berkenaan. Begitu juga dengan kesalahan jenayah yang lain. Oleh
itu, sudah tiba masanya kita memulakan langkah untuk melaksanakan undang-undang Allah
SWT memandangkan undang-undang jenayah ciptaan manusia ini telah jauh tersasar
daripada objektif sebenar penciptaannya dan sebahagiannya pula bertentangan dengan
Islam.

17
Konsep Hukuman menurut Undang Undang Islam dan Undang Undang Sivil

10.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

1. AI-Quran al Karim
2. Ahmad Sharifuddin Mustapha, Faktor- Faktor Peringanan Hukuman Dalam Undang-
Undang Islam dan Undang-Undang Sivil, Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Dr. Muhammad Fathi Yusof, Kesesuaian Perlaksanaan Undang-Undang Islam di
Malaysia (2014), Universiti Teknologi Malaysia
4. Journal Malaya Bab 4 (2011), Universiti Malaya
5. Ketua Mahkamah Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (2019), Laman
Rasmi Kehakiman
6. Mohd Al-Adib Samuri, Teori Pencegahan Sebagai Justifikasi Hukuman: Analisis
Perbandingan antara Perundangan Sivil dan Islam.
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/download/1903/1513
7. Ahmad Sharifuddin Mustapha, Hashim bin Mehat, Mohd Sirajuddin Mohamed
Shith, Zulkifli bin Mohamad, Ahmad bin Salleh, Faktor-Faktor Peringanan
Hukuman Dalam Undang-Undang Islam Dan Undang-Undang Sivil.
http://eprints.uthm.edu.my/9017/1/J1572_326aba84e60e991a6909b5accac76fe6.p
df
8. Perlembagaan Persekutuan, Bahagian IV – Persekutuan, Bab 3 – Badan
Eksekutif, Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.
http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html
9. H, H., 2020. Konsep Falsafah Penghukuman dalam Islam.
https://ojs.unimal.ac.id/index.php/reusam/article/view/2607
10. Fathi Yusof, M., 2018. Perbezaan dengan undang-undang jenayah sivil.
http://syariah.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/03/Undang-Undang-Jenayah-
Islam.pdf
11. https://www.malaysiakini2.com/hukuman-hudud-mula-dilaksanakan-brunei-
darussalam/
12. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undang-undang-syariah-hanya-untuk-
orang-islam-centhra-177855
13. https://people.utm.my/fathi/maqasid-syariah-dalam-pelaksanaan-hukuman-hudud-
ke-atas-pesalah-zina/
14. https://muftiwp.gov.my/en/sumber/media/penerbitan/suara-pemikir/2154-realiti-
perundangan-dalam-pelaksanaan-hudud-di-malaysia
15. https://www.researchgate.net/publication/266912531_KESESUAIAN_PERLAKSA
NAAN_UNDANG-
UNDANG_JENAYAH_ISLAM_DI_MALAYSIA_Oleh_Dr_Muhammad_Fathi_Yusof

18

Anda mungkin juga menyukai