Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kontrak merupakan perjanjian sama ada bertulis mahupun secara lisan antara dua pihak di mana

keduannya mendapat manfaat atas persetujuan yang dicapai. Kebanyakkan kita beranggapan

bahaw kontak adalah suatu dokumen yang bercetak. Menurut Akta Kontrak 1950 menyebut

bahawa kontrak terbahagi kepada dua iaitu kontrak bertulis dan kontrak secara lisan. Terdapat

pelbagai jenis kontrak bergantung kepada situasi dan pelaksaannya terhadap sesuatu perjanjian.

Jika melibatkan pekerjaan iannya akan dikenali sebagai Kontrak Pekerjaan. Terdapat berberapa

elemen yang perlu dipenuhi bagi memastikan kontrak yang dibuat adalah adil bagi kedua-dua

pihak. Elemen utama yang perlu ada dalam sesuatu kontrak adalah Tawaran, Penerimaan,

Balasan dan Niat.

Dari segi Tawaran, merupakan elemen utama bagi memulakan sesuatu kontrak. Iannya

juga disebut sebagai cadangan dan boleh datang daripada mana-mana pihak yang yang bersedia

untuk memulakan kontrak. Sebagai contoh kontrak pekerjaan, tawaran boleh diusul oleh pekerja

ataupun majikan. Pihak yang menawarkan tawaran disebut sebagai pencadang yang menerima

sebagai penerima.

Tawaran adalah pernyataan kesediaan kepada pihak lain untuk melakukan atau menahan

diri dari melakukan sesuatu, dengan tujuan mendapat persetujuan pihak itu untuk melakukan

sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu. (Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950).

Cadangan boleh dilakukan dalam bentuk lisan, tulisan, perbuatan atau kombinasi.

Sekiranya sesuatu kontrak melibatkan jumlah wang ynag banyk, sebaimya membuat kontrak

secara bertulis ini bagi memudahkan untuk membuat pembuktian sekiranya berlaku sesuatu yang

tidak dingini.
Bagi penerimaan tawaran ianya disebut di dalam seksyen 2(b) pernyataan persetujuan oleh pihak

yang ditunjukan cadangan. Ini bermaksud penerimaan boleh dikatakan penerimaan yang positif

daripada penerima tawaran tersebut. Kontrak akan menjadi sah dan berkuatkuasa setelah

membuat penerimaan.

Setelah adanya tawaran dan penerimaan akan disertakan dengan balasan. Berdasarkan

seksyen 2(d), maksud balasan adalah perbuatan atau penahanan diri atau janji oleh penerima janji

atau sesiapa sahaja mengikut kehendak pembuat janji. Balasan adalah perkara yang menjadi

bahan kontrak iaitu sesuatu yang menjadi tukaran atau sumbangan dalam sesuatu kontrak.

Balasan harus datang dari kedua-dua belah pihak yang berkontrak. Justeru balasan adalah

elemen asas kepada kontrak bagi memberikan sesuatu hadiah atau ganjaran bagi menjadikan

sesuatu kontrak sah digunapakai. Bentuk balasan adalah yang bernilai dalam peruntukan undang-

undang yang boleh diwujudkan seperti hak, kepentingan, diamanya ianya sesuatu yang bernilai

dan bermanfaat.

Akhir sekali, elemen utama dalam sesuatu kontrak adalah niat. Namun elemen ini tidak

dinyatakan secara jelas dalam akta dan prinsip ini diterima dalam undang – undang

Malaysiaberasaskan prinsip Common Law. Jika sesuatu kontrak itu tidak disertakan niat untuk

mengikat undang-undang iannya dikira tidak sah.

Bagi perhubungan Industri, kontrak yang digunapakai adalah Kontrak Pekerjaan. Kontrak

ini adalah dokumen bertulis di antara pekerja dan majikan yang menyatakan perjanjian-

perjanjian serta syarat-syarat tawaran pekerjaan daripada majikan. Ianya merangkumi syarat dan

hubungan kerja yang baharu antara majikan dan pekerja.


Kontrak Pekerjaan adalah dokumen yang sah mengandungi maklumat yang melindungi

kedua-dua pihak. Ini adalah bertujuan bagi menjamin dan menunjukkan akan syarat dan terma

yang perlu dipatuhi sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Kontrak Pekerjaan

ini dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 iaitu sebagai “apa-apa persetujuan, sama ada secara

bertulis atau lisan, sama ada secara tersurat atau tersirat di mana seseorang itu bersetuju untuk

bekerja untuk pihak lagi satu sebagai seorang pekerja di mana kontrak perantis juga termasuk

di dalam definisi ini.

Anda mungkin juga menyukai