Anda di halaman 1dari 20

DIPLOMA IN MANAGEMENT

MEI / 2023

BDOE4103

ORGANISASI DAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI : 961203085845001


NO. KAD PENGENALAN : 961203-08-5845
NO. TELEFON : 014-3067876
E-MEL : harithamin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE


BDOE4103
ISI KANDUngan
MUKA
BIL TAJUK
SURAT
1.0 PENGENALAN 2

2.0 DASAR EKONOMI 3

2.1 APA ITU DASAR KEBAJIKAN SOSIAL 5

2.2 KEBAJIKAN SOSIAL YANG DIPILIH 5

3.0 KESAN DASAR KEBAJIKAN 6

CADANGAN BAGI KEBAJIKAN DAN BERPRINSIPKAN AMALAN-


4.0 8
AMALAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
4.1 TIGA PRINSIP AMAL (CHARITY PRINCIPLES) 8

4.2 TIGA PRINSIP PENGURUSAN (STEWARDSHIP PRINCIPLES) 10

5.0 RINGKASAN 11

6.0 PERBINCANGAN ATAS TALIAN (OCP) 14

7.0 RUJUKAN 17

1
1.0 PENGENALAN

Rajah 1. Logo AirAsia


AirAsia telah diasaskan oleh DRB-HICOM, iaitu sebuah konglomerat milik
kerajaan Malaysia pada tahun 1994. Syarikat ini mula beroperasi pada 18 November
1996. Namun, pada tahun-tahun awalnya, operasinya tidak berjalan dengan baik dan
terjerumus ke dalam hutang yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, pada tahun 2001,
syarikat penerbangan tersebut telah dibeli oleh Tony Fernandez, yang merupakan bekas
eksekutif Time Werner dengan melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd yang berharga 1
ringgit sahaja. Pada ketika itu, AirAsia mempunyai hutang sebanyak USD 11 juta, akan
tetapi Fernandez telah berjaya memulihkan syarikat tersebut dan telah mencatat
keuntungan pada tahun 2002.

Gambar rajah 2.
Laluan baru dari Malaysia telah dilancarkan dan bilangan penumpang semakin kerana
tambangnya yang rendah iaitu tambang promosi serendah 1 Ringgit sahaja. AirAsia juga

2
adalah salah satu syarikat penerbangan tambang murah yang memenangi anugerah dan
terbesar di Asia yang meningkat pesat sejak tahun 2001. AirAsia mempunyai 72 buah
pesawat yang kesemuanya adalah airbus A320-200. AirAsia juga diiktiraf oleh tambang
terendah, perkhidmatan yang berkualiti dengan slogan mereka

Gambar rajah 3.
”Now Everyone Can Fly”. AirAsia melayani sebanyak 51 destinasi nasional dan
antarabangsa dengan 108 laluan dan mengendalikan 400 penerbangan setiap hari dari hab
di Malaysia, Thailand dan indonesia. Sehingga kini AirAsia telah menerbangkan
sebanyak 51 juta penumpang dengan kepercayaan mereka terhadap konsep tambang
rendah tanpa merasa rumit dan merasakan kos yang diberi sangat berpatutan. AirAsia
adalah dalam industri penerbangan, industri penerbangan ini terdiri daripada
perkhidmatan pengangkutan udara yang berbeza untuk penumpang perjalanan dan juga
pengangkutan.

2.0 DASAR EKONOMI


Dasar ekonomi adalah satu tindakan yang bertujuan unutk mempengaruhi atau
juga mengawal tingkah laku ekonomi. Dasar ekonomi ini kebiasaannya dilaksanakan dan
ditadbir oleh kerajaan. Contoh dasar ekonomi termasuk seperti keputusan yang dilakukan
mengenai perbelanjaan, dan percukaian kerajaan, pengagihan semula pendapatan
daripada kaya kepada miskin, dan mengenai bekalan wang. Matlamat dasar ekonomi
terdiri daripada pertimbangan nilai mengenai dasar ekonomi yang perlu diusahakan untuk
dicapai. Walaupun terdapat banyak perselisihan faham mengenai matlamat dasar
ekonomi yang sesuai, namun beberapa hal nampaknya mendapat penerimaan yang luas,

3
walaupun tidak meliputi keseluruhannya. Matlamat yang diterima termasuk seperti
pertumubhan ekonomi, ianya bermaksud pendapatan semua pengguna dan firma selepas
mengambil kira inflasi yang meningkat dari semasa ke semasa. Kedua, penggunaan
tenaga penuh. Matlamat pekerjaan penuh adalah setiap daripada anggota tenaga buruh
yang ingin bekerja dapat mencari pekerjaan. Dan akhir sekali adalah kestabilan harga.
Matlamat kestabilan harga adalah untuk mengelakkan peningkatan di dalam paras harga
umum yang dikenali sebagai inflasi, serta penurunan di dalam paras harga umum yang
dikenali sebagai deflasi.

Gambar rajah 4. Gambar rajah 5.


Di Malaysia Dasar Ekonomi Baru (DEB) ianya merupakan satu program
sosioekonomi Malaysia yang telah diperkenalkan di dalam rancangan Malaysia Kedua
pada tahun 1971 sehingga 1990 oleh perdana menteri Tun Abdul Razak. Tujuan utama
DEB ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan juga integrasi nasional dan ianya
telah digubal didalam konteks strategi serampang dua mata bagi mengurangkan dan
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang
pekerjaan bagi semua masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan
mempercepatkan proses-proses penyusunan semual ekonomi Malaysia bagi
memperbetulkan ketidakseimbangan di dalam ekonomi agar dapat mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

4
2.1 APA ITU DASAR KEBAJIKAN SOSIAL
Dasar kebajiakan sosial, yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk
melindungi rakyat yang mungkin dianggap miskin, menggangur, tidak sihat maupun
terpinggir daripada komuniti setempat. Matlamat utama dasar kebajikan sosial adalah
untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada mereka yang memerlukan sokongan
kerana situasi seperti kemiskinan, pengganguran, kesihatan, hilang upaya atau keadaan
yang lain, yang kita sebagai masyarakat telah menganggap memerlukan bantuan luar.
Program-program sebegini ada bagi memastikan setiap rakyat dapat mengekalkan taraf
hidup dan maruah minimum yang dirasai masyarakat sepatutnya miliki dan keperluan
asas yang perlu dipenuhi.

2.2 DASAR KEBAJIKAN SOSIAL YANG DIPILH


Seterusnya mengenai dasar kebajikan masyarakat pula, saya telah memilih untuk
menerangkan mengenai Dasar Gaji Minimum di Malaysia. Seperti yang kita tahu, di
Malaysia, dasar gaji minimum Malaysia telah menetapkan gaji minimum yang perlu
disediakan oleh setiap organisasi kepada pekerja mereka. Pada asalnya dasar tersebut
telah dilakukan pada tahun 2019, walaubagaimanapun gaji minimum tersebut kemudian
telah dipinda sebanyak dua kali dengan semakan terbaru pada tahun 2022. Gaji minimum
baharu negara adalah sebanyak RM1,500 sebulan bagi pekerja diseluruh wilayah
semenanjung manakala RM1,200 untuk mereka di Sabah dan Serawak. Beberapa jenis
pekerja seperti anak muda dan pelatih yang berumur bawah 18 tahun, dibayar kurang
daripada gaji minimum. Dasar ini dilakukan bertujuan untuk melindungi pekerja-pekerja
yang berpendapatan rendah daripada diekspoitasi serta menyediakan kualiti gaya hidup
yang baik dan adil kepada mereka. Strategi ini juga bertujuang untuk merangsang lebih
lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan lagi keupayaan para pembeli
yang berpendapatan rendah.
Dasar ini juga turut mendapat respons yang berbeza-beza. Sesetengah syarikat
telah mengatakan bahawa rancangan ini dengan ketara akan meningkatkan lagi kos
perbelanjaan buruh mereka dan akan menyukarkan syarikat mereka beroperasi. Namun,
ada juga yang mencadangkan bahawa, pendekatan yang dilakukan kerajaan akan
memberi manfaat kepada pekerja dengan meningkatkan gaji dan menambah baik

5
persekitaran kerja-kerja mereka. Ini menjadikan daar ini menjadi sukar disebabkan terlalu
banyak spekulasi kemungkinan yang kelebihan atau kekurangan. Adalah sangat penting
juga untuk memantau keberkesanan dasar ini untuk menjamin setiap pelaksanaannya
mencapai matlamatnya dengan baik.
Walaubagaimanapun, kelebihan dasar ini adalah, ianya melindungi daripada
penyalahgunaan mereka yang berpendapatan rendah. Gaji minimum ini memastikan
semua pekerja tidak kira dari segi bakat atau kelayakan mereka, menerima jumlah gaji
yang sesuai dengan usaha-usaha mereka. Ianya secara tidak langsung menyediakan gaya
hidup tahap yang mencukupi bagi pekerja serta menyokong ekonomi negara, dengan
meningkatkan lagi kuasa pembeliaan pekerja. Namun terdapat juga kelemahnnya yang
akan berpotensi untuk meningkatkan perbelanjaan pekerja untuk perusahaan sebagai
syarikat yang mungkin lebih mahal untuk menggajikan pekerja akibat daripada kenaikan
gaji ini, yang berkemungkinan akan mengakibatkan kenaikan harga atau pemberhentian
pekerja.

3.0 KESAN DASAR KEBAJIKAN SOSIAL


Terdapat beberapa kesan daripada dasar gaji minimum negara terhadap Syarikat
AirAsia. Kesan yang pertama adalah berkaitan dengan kos buruh AirAsia. Kesan
utamanya adalah daripada kenaikan gaji pekerja syarikat penerbangan tersebut. Gaji
minimum yagn tinggi memerlukan syarikat AirAsia untuk membayar tambahan kepada
setiap kakitangannya yang bekerja untuk setiap jam bekerja. Kenaikan gaji ini memberi
kesan yang bukan sahaja kepada pekerja yang terdahulu yang memperoleh gaji minimum,
ianya juga memberi kesan kepada pekerja yang gajinya lebih sama dengan pekerja
baharu tersebut. Akibat daripada hal tersebut, syarikat tersebut terpaksa untuk
memperuntukkan wang tambahan kepada gaji, yang sedikit sebanyak akan menjejaskan
kualiti ekonomi mereka. Susunan-susunan tenaga pekerja syarikat ini, mungkin perlu
dinilai semula, hasil daripada perundangan gaji minimum yang baharu. Bagi memastikan
perbelanjaan buruh dibawah peraturan, perbadanan-perbadanan perlu berfikir mengenai
pengurangan jumlah kuantiti pekerja atau juga mengubah waktu operasi atau shif.
Peranan-peranan sambilan atau sementara juga mungkin perlu dikurangkan atau
perancangan jadual yang lebih baik dilaksanakan. Dengan peningkatan kos buruh juga,

6
syarikat penerbangan ini terpaksa menumpukan lebih banyak wang ke dalam program
pendidikan dan juga pertumbuhan pekerja. Syarikat mungkin akan meningkatkan
pendapatan, keberkesanan dan kepuasan perkhidmatan pelanggan sepenuhnya dengan
mengukuhkan lebih lagi kebolehan dan kepakaran pekerja-pekerja.
Yang kedua adalah dari segi pelarasan harga. Ianya adalah merupakan kesan
daripada dasar ini. AirAsia mempunyai pelbagai perbelanjaan perniagaan selain kos
buruh, utiliti, yuran pajakan, pengiklanan dan banyak lagi. Sekiranya perundangan gaji
minimum menaikkann kesemua kos, harga firma dapat diselaraskan untuk menunjukkan
bukan sahaja perbelanjaan buruh tambahan sebagai tambahan kepada caj operasi lain
yang berkait rapat. Namun, apabila kos buruh meningkat akibat daripada gaji minimum
yang lebih tinggi, AirAsia mungkin terpaksa mengubah pendekatan dari segi harganya
bagi menampung kenaikan gaji yang diberikan kepada pekerja mereka. Perbadanan-
perbadanan boleh memilih untuk menaikkan harga tiket mereka yang disediakan atau caj-
caj seperti bagasi makanan dan lain-lain. Ini dapat sedikit sebanyak syarikat penerbangan
itu mengekalkan hasil sambil terus menyediakan barangan-barangan dan perkhidmatan
mereka yang mereka ingin beri kepada pelanggan. Perubahan harga ini akan mempunyai
kesan lansung ke atas persepsi pelanggan serta pilihan pembelian. Pembeli-pembeli
mungkin akan beranggapan syarikat penerbangan itu kurang berpatutan disebabkan
kenaikan harga lebih suka pesaing. Ini menyebabkan AirAsia perlu menilai dengan teliti
mengenai rentang harga apa yang dijual dan menilai setiap kemungkinan kesan-kesannya
terhadap permintaan daripada pengguna. Akibat memilih cara untuk mengubah penetapan
harga sebagai tindak balas kepada dasar, AirAsia haru menimbang arah aliran pasaran,
permintaan dan sebagainya.
Ketiga adalah potensi automasi dan kehilangan pekerja. Sebagai tindak balas
kepada kos buruh yang semakin menaik, syarikat seperti AirAsia kemungkinan perlu
melihat kepada pilihan teknologi yang memudahkan proses-proses, meminimumkan
pergantungan kepada buruh manusia, dan mungkin mengimbangi gaji yang lebih besar.
Mesin layan diri, peralatan automatik dan sebagainya untuk penyelengaraan dan
pengurusan sebagai contoh teknologi automasi. Teknologi ini boleh menyumbang kepada
peningkatan kecekapan di dalam operasi dan prestasi. Jentera-jentera dan peranti-peranti
lain boleh melakukan kerja-kerja tertentu dengan kecekapan dan konsisten yang lebih

7
baik daripada manusia. Pekerja didalam jawatan yang boleh diautomasikan mungkin
akan pekerja yang awal akan kehilangan pekerja mereka. Apabila semua operasi menjadi
automatik, kuranglah kakitangan diperlukan bagi menjalankan kerja tersebut. Ini
mengakibatkan pemberhentian atau penugasan semula di seluruh organisasi. Juruwang,
pengambilan tiket lebih terdedah kepada automasi di dalam sektor penerbangan ini.
Walaubagaimanapun, automasi ini juga secara tidak langsung membuka peluang
pekerjaan yang lain. Dengan melaksanakan teknologi ini, ianya mungkin memerlukan
lebih ramai lagi juruteknikal dan kakitangan untuk mentadbir dan mengendalikan sistem
automatik ini.
Akhir sekali yang mempengaruhi dasar gaji minimum ialah melalui motivasi dan
pengekalan buruh. Peningkatan gaji minimum ini memberi impak yang sangat positif
kepada motivasi pekerja, kerana mereka lebih berpuas hati dengan pekerjaan mereka
selepas merasakan mereka akan mendapat gaji yang mencukupi. Kepuasan hati ini sedikit
sebanyak boleh memberikan semangat pekerja, kesetiaan serta penglibatan terhadap
tugas-tugas mereka dan menghasilkan produktiviti yang dipertingkatkan dan memuaskan
hati para pelanggan. Gaji yang tinggi juga dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja
yang baik dan menyemai dalam diri para pekerja dengan penuh perasaan. Apabila pekerja
dihargai dan diberi pampasan yang mencukupi motivasi, kerja berpasukan dan kerjasama
antara pekerja akan bertambah baik. Kestabilan kewangan juga turut boleh
mengurangkan tekanan serta menawarkan perasaan yang terjamin, yang boleh membina
komitmen dan kesetiaan kepada AirAsia.

4.0 CADANGAN BAGI KEBAJIKAN DAN BERPRINSIPKAN AMALAN-


AMALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

4.1 TIGA PRINSIP AMAL (CHARITY PRINCIPLES)


Dedikasi syarikat AirAsia kepada tanggungjawab sosial koporat (CSR)
kedermawanan. AirAsia boleh menderma bekalan seperti makanan, barangan atau
perkhidmatan kepada organisasi amal dan kempen melalui kedermawanan. Ini juga boleh
termasuk sumbangan kewangan, sumbangan barangan atau perkhidmatan yang diberikan
oleh sukarelawan. Derma AirAsia kepada badan-badan amal didorong oleh prinsip teras

8
dan keutamaannya yang termasuk seperti pendidikan, bantuan kebuluran dan
kesejahteraan kanak-kanak. AirAsia juga berharap dapat memberi manfaat dan faedah
kepada masyrakat serta membantu kebajikan masyrakat melalui penyertaan dalam amal.
Derma syarikat ini kepada badan amal memboleh juga syarkiat membantu menyelesaikan
masalah masyarakat yang kritikal, membantu komuniti yang kurang bernasib baik serta
memberi inspirasi kepada orang ramai dan organisasi untuk persekitaran komuniti yang
lebih baik. Ianya sedikir sebanyak mencerminkan keperibadian prihatin syarikat tersebut
untuk menyumbang sesuatu kembali dan memperuntukkan dana bagi projek-projek yang
mencerminkan nilai syarikat. Ianya akhirnya akan meningkatkan kesejahteraan
masyarakat yang bergelut sambil melakukan perubahan kepada syarikat yang sama rata
dan lebih baik.
Syarikat AirAsia mengambil tanggungjawab sosial korporatnya dengan sangat
teliti. Satu prinsip amal yang dilakukan adalah berkomunikasi dengan masyarakat.
AirAsia mengambil peranan yang aktif dalam komuniti tempatan mereka dimana mereka
beroperasi. Ianya bertujuan untuk memahami apa yang mereka perlukan dan membantu
ke arah kesejahteraan mereka melalui penglibatan komuniti. Ianya boleh dicapai melalui
pelbagai usaha termasuk kerjasama dengan organisasi tempatan, penajaan acara komuniti
dan sebagainya dalam usaha yang memfokuskan kepada masyarakat. AirAsia
mewujudkan muhibah dan meletakkan reputasi sebagai identiti perniagaan yang beretika
melalui penyertaan bersama masyarakat. Ianya memboleh perbadanan menyelesaikan
isu-isu tempata serta menggalakkan ekonomi tempatan dan memberi manfaat kepada
komuniti yang dilayani. Dengan penglibatan komuniti ini juga menawarkan AirAsia
dengan maklumat dan input penting yang membolehkkan mereka menyesuaikan aktiviti
dan perkhhidmatan perniagaan dengan lebih berjesan mengikut kehendak dan keperluan
masyarakat. Secara dasarnya penglibatan bersama komuniti menunjukkan dedikasi
syarikat ini untuk menjadi sebahagian yang menyumbang dan membantu komuniti
dimana sahaja ianya beroperasi.
Akhir sekali adalah melibatkan pekerja dan pelanggan di dalam aktiviti
tanggungjawab sosial korporat (CSR). AirAsia perlu mewajibkan penyertaan pekerja
mereka dalam aktiviti CSR dengan memberi mereka peluang untuk menjadi sukarelawan
atau menyumbang kepada tujuan amal semasa waktu bekerja. Syarikat ini juga boleh

9
melibatkan pelanggan dengan menawarkan mereka pilihan untuk menderma bagi tujuan
tertentu semasa menempah penerbangan melalui program kesetiaan atau sebagainya. Ini
bukan sahaja dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai isu sosial, sebaliknya juga
dapat memupuk rasa tanggungjawab yang lebih kolektig dikalangan pekerja dan juga
pelanggan.

4.2 TIGA PPRINSIP PENGURUSAN (STEWARDSHIP PRINCIPLES)


Terdapat beberapa cara syarikat AirAsia menyatakan amalan pengurusannya.
Yang pertama adalah dengan menyokong komuniti tempatan dan pemuliharaan alam
sekitar. AirAsia boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap pengawasan dengan
melibatkan diri secara dekat dan aktif dalam inisiatif yang menyokong komuniti tempatan
dan pemuliharaan alam sekitar. Ianya boleh termasuk bekerjasama dengan NGO
tempatan atau organisasi komuniti untuk menangani isu-isu sosial seperti pendidikan,
penjgaan kesihatan dan juga pembasmian kemiskinan. Selain itu, syarikat AirAsia juga
boleh melabur dalam amalan yang lebih baik, seperti mengurangkan pelepasan karbon
dan juga menyokong usaha penghutanan semula.
Cadangan kedua pula, menubuhkan jabatan tanggungjawab sosial korporat (CSR)
yang berdedikasi. Syarikat ini perlu mewujudkan jabatan yang tertumpu semata-mata
pada inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan amalan tanggungjawab bagi mengenal
pasti serta melaksanakan insiatif yang sejajar dengan nilai-nilai dan matlamat syarikat.
Akhir sekali adalah dari segi pelaporan telus dan akauntibiliti. Prinsip ini berkait
dengan amalan persembahan kecekapan etika, ekologi dan tadbir urus syarikat kepada
pihak berkepentingan menggunakan cara yang betul dan secara berterus terang.
Pelaporan telus bagi AirAsia memerlukan pemberian butiran yang meluas dan mudah
diperoleh mengenai usaha, kejayaan dan masalah alam sekitarnya. Ini boleh dicapai
mencipta setiap tahun penilaian kemampanan syarikat, platform di dalam talian khusus
atau pelbagai jenis komunikasi. Akauntibiliti dan ketelusan dalam pelaporan berjalan
seiring antara satu sama yang lain. Syarikat ini menunjukkan usaha-usahanya untuk
menangani isu-isu yang berkait dengan masyarakat tempatan dan alam sekitar, dan pada
masa yang sama bertanggungjawab terhadap tugasnya dengan mewujudkan matlamat
yang jelas, mengukur petunjuka penting dan juga membenarkan pemeriksaan awam.

10
5.0 RINGKASAN
AirAsia telah diasaskan oleh DRB-HICOM iaitu sebuah konglomerat milik
kerajaa Malaysia. AirAsia mula beroperasi pada 18November 1996, dan operasinya tidak
berjalan dengan baik kerana mempunyai hutang yang sangat banyak. Namun ianya telah
kembali pulih selepas diambil alih oleh bekas eksekutif Time Werner melalui syarikat
Tune Air Sdn Bhd iaitu Tony Fernandez. AirAsia mempunyai 72 buah pesawat yang
terdiri daripada Airbus A302-A200. AirAsia adalah sebuah industri penerbangan yang
diiktiraf oleh tambang terendah dan perkhidmatan yang berkualiti dengan slogan Now
Everyone Can Fly.
Seterusnya dasar ekonomi. Dasar ekonomi adalah satu tindakan bertujuan
mempengaruhi tingkahlaku ekonomi. Dasar ekonomi ini kebiasaannya dilaksanakan oleh
kerajaan. Contoh dasarnya yang termasuk adalah membuat keputusan, mengenai
perbelanjaan, percukaian kerajaan, pengagihah semula pendapatan daripada kaya kepada
miskin dan mengenai bekalan wang. Di Malaysia dasar ekonomi dipanggil sebagai Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Ianya adalah merupakan satu program soseoekonomi Malaysia
yang telah diperkenalkan pada tahun 1971 sehinggan 1990 oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak. Tujuan utama dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional, untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan sebagainya tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Seterusnya berkaitan dengan kebajikan sosial. Kebajikan sosial dilaksanakan oleh
kerajaan bertujuan untuk melindungi rakyat yang mungkin dianggap miskin, meggangur
dan sebagainya. Matlamat utama dasar ini dalah untuk menyediakan jaringan
keselamatan kepada mereka yang memerlukan sokongan situasi seperti kemiskinan,
pengganguran dan sebagainya. Dalam tugasan ini saya telah memilih mengenai dasar gaji
minimum di Malaysia. Kerajaan telah menetapkan gaji minimum kepada setiap
organisasi sebanyak RM1,500 sebulan bagi pekerja diseluruh wilayah semenanjung dan
RM1,200 untuk mereka di Sabah dan Serawak. Ianya bertujuan untuk melindungi
pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah daripada diekploitasi serta menyediakan
kualiti gaya hidup yang baik dan adil kepada pekerja.
Seterusnya menerangkan kesan dasar kebajikan sosial. Disini terdapat beberapa
kesan daripada gaji minimum negara terhadap AirAsia, iaitu kenaikan gaji pekerja. Gaji

11
minumum memerlukan syarikat membayar tambahan kepada setiap kakitangan yang
bekerja setiap jam yang menyebabkan syarikat perlu memperuntukkan wang tambahan
gaji yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti ekonomi mereka.
Kedua pula dari segi pelarasan harga. AirAsia mempunyai pelbagai perbelanjaan
perniagaan selain kos buruh, utiliti dan sebagainya. Apabila kos buruh meningkat akibat
daripada gaji minimum, syarikat terpaksa mengubah pendekatan dari segi harganya bagi
menampung kenaikan gaji pekerja tersebut.
Ketiga pula kesannya adalah potensi automasi dan kehilangan pekerja. Teknologi
seperti mesin layan diri boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan didalam
operasi dan prestasi. Jentera-jentera ini juga boleh melakukan kerja-kerja tertentu yang
lebih baik dan konsisten daripada manusia. Ini akan menyebabkan pekerja yang awal
akan kehilangan pekerja.
Kesan akhir sekali adalah dari segi motivasi dan buruh. Peningkatan gaji buruh
memberi impak yang positif kepada motivasi pekerja. Kerana mereka akan berpuas hati
dengan pekerjaan yang mereka buat selepas merasakan mereka akan mendapat gaji yang
mencukupi yang menyebabkan mereka lebih bersemangan untuk melakukan kerja-kerja
mereka. Gaji yang tinggi juga mewujudkan persekitran kerja yang baik. Kestabilan
kewangan juga boleh mengurangkan tekanan yang sedikit sebnayak menawaran perasaan
terjamin yang boleh membina komitmen dan kesetiaan pekerja kepada syarikat.
Dan akhir sekali adalah cadangan-cadangan-cadangan bagi kebajikan dan
berpirnsipkan amalan-amalan tanggungjawab sosial. Yang pertama dari segi amal
(Charity) adalah dedikasi syarikat AirAsia kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).
AirAsia boleh menderma bekalan seperti makanan, barangan atau perkhidmatan kepada
organisasi amal dan kempen melalui kedermawan. Kedua, mengambil tanggungjawab
sosial korporatnya dengan cara berkomunikasi dengan masyrakat, yang bertujuan untu
memahami apa yang mereka perlukan dan membantu ke arah kesejahteraan mereka
melalui penglibatan komuniti. Ketiga, dengan melibatkan pekerja dan pelanggan di dalam
aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Yang mewajibkan penyertaan mereka di dalam
aktiviti (CSR).
Tiga amalan iaitu stewardship-principled. Pertama adalah dengan menyokong
komuniti tempatan dan pemuliharaan alam sekitar. AirAsia boleh menunjukkan

12
komitmen mereka terhadap pengawasan dengan melibatkan diri secara aktif dan dekat
dalam menyokong inisiatif yang menyokong komuniti tempatan dan alam sekitar. Kedua,
menubuhkan jabatan tanggungjawab sosial korporat yang berdedikasi. Dan akhir sekali
adalah dari segi pelaporan telus dan akauntabiliti yang berkait dengan amalan
persembahan kecekapan etika, ekologi dan tadbir masyarakat.
Tanggungjawab sosial sangat penting bagi sesebuah syarikat, lebih-lebih lagi
syarikat tersebut berkait rapa dengan kerajaan dan orang awam. Apa yang dilihat,
tanggungjawab sosial ini memberi maklumbalas yang baik kepada pelanggan dan juga
keuntungan bagi sesebuah syarikat. Atas faktor tersebut, kerajaan harus memupuk
syarikat-syarikat kecil atau besar untuk menggalakkan tanggungjawab sosial untuk
memenuhi keperluan masyarakat pada masa yang akan datang. Syarikat perlu diberi
kesedaran mengenai kebaikan melakukan tanggungjawab sosial, agar mereka tidak
merasakan tanggungjawab sosial ini adalah sesuatu yang sangat merugikan.

2999 Patah Perkataan.

13
6.0 PERBINCANGAN ATAS TALIAN OCP
1. SOALAN 1

2.

3.

4.

14
OCP soalan 2.
1.

2.

OCP soalan 3.
1.

15
2.

16
7.0 RUJUKAN

A, M. (2022). AirAsia jalankan aktiviti pembersihan terumbu karang dan pantai sempena

‘International Coastal Cleanup 2019’ — airasia newsroom. Airasia Newsroom.

https://newsroom.airasia.com/news/airasia-jalankan-aktiviti-pembersihan-

terumbu-karang-dan-pantai-sempena-hari-pembersihan-pantai-antarabangsa-

2019#gsc.tab=0

Abed, A. (2022). AirAsia Among 20 Safest Low-Cost Airlines In The World.

AviationSource News. https://aviationsourcenews.com/news/airasia-among-20-

safest-low-cost-airlines-in-the-world/

Azmi, A. (2022, December 29). Malaysia puts new minimum wage into effect. iMoney

Malaysia. https://www.imoney.my/articles/malaysia-new-minimum-wage

Badra. (2023). Gaji minimum RM1500 bermula 1 Julai 2023 (terkini). eCentral.

https://ecentral.my/gaji-minimum-rm1500- 2023/#:~:text=Bagi%20tempoh

%201%20Mei%202022,atau%20Majlis%20Perbandaran%20dan%20RM1.

Business Bliss FZE. (2023a). Introduction To Air Asia Company. www.ukessays.com.

https://www.ukessays.com/essays/tourism/introduction-to-air-asia-company-

tourism-essay.php

Byond, Z. (2023). Kemaskini terkini gaji minimum Malaysia. MySyarikat.

https://mysyarikat.com/kemaskini-terkini-gaji-minimum-malaysia/#:~:text=Kadar

%20Gaji%20Minimum%202023&text=Kadar%20gaji%20pokok%20minimum

%20pada,kuasa%20pada%201%20Mei%202022.

Contributors to Wikimedia projects. (2023). Dasar ekonomi baru. Wikipedia Bahasa

Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

17
DASAR SOSIAL NEGARA. (n.d.).

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Dasar/DASAR_SOSIAL_N

EGARA.pdf

Fernando, J. (2023). Corporate social Responsibility (CSR) explained with examples.

Investopedia. https://www.investopedia.com/terms/c/corp-social-

responsibility.asp

FlightMalaysia.com. (n.d.). AirAsia. Flight Malaysia. Malaysia Flight Schedules.

https://www.flightmalaysia.com/airasia.php

Ishak, A., & Ishak, A. (2022). Macam mana orang Melayu sendiri gagalkan Dasar

Ekonomi Baru (DEB) | SOSCILI. SOSCILI | Luar Sensasi, Dalam Berisi.

https://soscili.my/betul-ke-dasar-ekonomi-baru-deb-lahirkan-golongan-untung-

atas-angin/

Ismail, L. (n.d.). Kejayaan dasar ekonomi baharu.

http://iwaliman.blogspot.com/2018/07/fer.html

Mstar. (2022, March 19). Gaji minimum RM1,500 disambut baik, tapi ramai mula fikir

bermacam kemungkinan terutama barang naik harga. mStar.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/03/20/gaji-minimum-rm1500-

disambut-baik-tapi-ramai-mula-fikir-bermacam-kemungkinan-terutama-barang-

naik-harga

Sawyer, M. (n.d.). Charity as Corporate Social Responsibility. Who benefits who loses?

www.linkedin.com. https://www.linkedin.com/pulse/charity-corporate-social-

responsibility-who-benefits-loses-sawyer

18
Social Welfare policy. (n.d.). StudySmarter UK.

https://www.studysmarter.co.uk/explanations/microeconomics/poverty-and-

inequality/social-welfare-policy/

Wba. (2022, November 5). AirAsia - World Branding Awards. World Branding Awards.

https://awards.brandingforum.org/brands/airasia/

Yeoh, L., & Wen, K. W. (2022). The effects of Malaysia’s Minimum wages Order 2022.

Lexology. https://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=71f904a8-702c-4973-

ae94-d667267479ba

Yu, M. (2023). TONY FERNANDES — airasia newsroom. Airasia Newsroom.

https://newsroom.airasia.com/leadership/tony-fernandes#gsc.tab=0

19

Anda mungkin juga menyukai