Anda di halaman 1dari 8

GMGM 2023:

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

PENDAHULUAN

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang

berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud

tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain

sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan

lain untuk wujud. Berdasarkan pemahaman saya setelah membuat pembacaan, tujuan

diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa manusia yang

diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan mereka berupaya

menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Jika kita sedar, pada ketika dahulu, sumber manusia dikenali sebagai kos kepada

organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan

faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai aset kepada organisasi. Pada

hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak

dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah

organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan

pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga memastikan tenaga kerja yang

menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat,

dengan kata lain making things happen. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk

menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

1|GMGM2023
Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang

mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan

terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh

membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan

sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia

yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting

dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

ANALISIS PEKERJAAN

Untuk tugasan ini, saya berminat untuk memilih tajuk yang terdapat di dalam

Pengurusan Sumber Manusi seperti di atas iaitu Analisis Kerja. Menurut William Steward

(2000), analisis pekerjaaan merupakan fungsi asas dalam pengurusan sumber manusia

organisasi. Sepertimana yang diketahui, adalah menjadi tugas utama pengurus sumber

manusia untuk memastikan pekerja yang digaji oleh organisasi memiliki kemahiran penting

yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dijawat. Terdapat beberapa istilah

penting yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum melihat kepada proses dan teknik yang

terlibat dalam analisis pekerjaan itu sendiri. Saya akan cuba untuk mengupas beberapa

definisi pekerjaan yang lain.

Menurut Ivencevich (1995), analisis pekerjaan merupakan satu proses yang sistematik

bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagi sesuatu

pekerjaan. Sementara itu, DeCenzo dan Robbins (1996) pula mendefinisikan analisis

pekerjaan sebagai satu proses untuk mendalami aktiviti yang terdapat dalam sesuatu

pekerjaan secara sistematik.

Proses ini melibatkan prosedur teknikal yang digunakan untuk menjelaskan tugas,

tanggungjawab, dan kewajipan sesuatu pekerjaan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti dan

2|GMGM2023
menjelaskan dengan tepat apa yang berlaku dalam sesuatu pekerjaan dan tugasan, serta

melihat kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu

pekerjaan.

Jadual di bawah ini menunjukkan antara istilah dan definisi yang biasa digunakan

dalam menjelaskan sesuatu pekerjaan.

Jadual 1 : Istilah dan definisi yang biasa digunakan dalam menjelaskan pekerjaan

ISTILAH DEFINISI
Keluarga Pekerjaan Merupakan sekumpulan pekerjaan, biasanya ditentukan berdasarkan
fungsi seperti pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan lain-lain
Kategori pekerjaan Merupakan sekumpulan pekerjaan, biasanya ditentukan menurut
nama pekerjaan seperti pengurusan, jualan, perkeranian,
penyelenggaraan, di dalam sesuatu keluarga kerja atau merentasi
keluarga kerja
Pekerjaan Merupakan sekumpulan jawatan yang serupa dari segi tugas-tugas
dan dimensi tugas.
Jawatan Merupakan sekumpulan tugas/dimensi yang merangkumi
keseluruhan tugasan kerja bagi setiap individu pekerja.
Dimensi Tugas Merupakan sekumpulan tugas yang sama jenis di mana biasanya
dirujuk sebagai bidang tanggungjwab.
Tugas Merupakan sekumpulan elemen bagi membentuk aktiviti kerja yang
boleh dikenalpasti di mana langkah-langkah yang wajar dan logik
diperlukan dalam melaksanakan pekerjaan.
Elemen Merupakan unit terkecil di mana kerja boleh dibahagikan.
Diskripsi Pekerjaan Merupakan produk asas yang dihasilkan oleh analisis pekerjaan
yang berupa ringkasan dalam bentuk bertulis tentang sesuatu tugas
dan tanggungjawab dalam pekerjaan.
Spesifikasi Pekerjaan Merupakan penjelasan secara bertulis tentang pengetahuan,
kemahiran, kebolehan dan lain-lain ciri yang diperlukan untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan secara efektif.

3|GMGM2023
Seseorang pekerja itu perlulah dinilai pencapaian mereka dengan mengambil kira

sejauh manakah mereka telah mencapai standard prestasi dalam tugas dan tanggungjawab

sebagaimana yang telah dijelaskan dalam deskripsi kerja. Sekiranya majikan menilai pekerja

tanpa berasaskan faktorfaktor atau kriteriakriteria yang telah deskripsi kerja, maka majikan

adalah terdedah kepada kemungkinan berlaku diskriminasi terhadap pekerja dan mulai

kurang bermotivasi untuk melakukan tugas.

Dalam pampasan dan pemberian faedah pula, nilai relatif sesuatu kerja kepada

organisasi mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum nilai ringgit diletakkan ke atas sesuatu

pekerjaan. Semakin signifikan sesuatu pekerjaan itu, maka makin tinggi nilai relatif pekerjaan

tersebut secara relatifnya. Misalnya, pekerjaan yang memerlukan lebih pengetahuan,

kemahiran dan kebolehan perlulah dinilai lebih tinggi. Pemegang ijazah sarjana pula adalah

menerima lebih upah berbanding pemegang diploma.

Guest dan Peccei (1994) mencadangkan penggunaan tanggapan pengurusan atasan

sebagai pengukur keberkesanan pengurusan sumber manusia. Mereka berpendapat

pengurusan atasan merupakan golongan yang berkepentingan dan peililaian meteka wajar

dijadikan pengukur keberkesanan pengurusan sumber manusia. Walau bagaimanapun,

pengukur ini juga mempunyai kelemahan.

Dalam kajian yang mereka lakukan, Guest dan Peccei (1994) mendapati pihak

pengurusan atasan yang sama-sama terlibat dan bertanggungjawab dalam merumus dasar

pengurusan sumber manusia memberi penilaian yang lebih positif kepada prestasi pengurusan

soumber manusia .Ini mungkin bererti penglibatan pengurusan atasan dalam hal ehwal

pengurusan sumber manusia menjadikan pengurusan sumber manusia organisasi lebih

berkesan.

4|GMGM2023
Mengambil contoh seperti syarikat gergasi Sime Darby, dimana mereka amat

menekankan pengumpulan data analisis pekerjaan. Bagi Sime Darby, ini adalah amat penting

untuk mengenalpasti aspek kesihatan dan keselamatan pekerja atau tidak. Ini perlu dijelaskan

dalam deskripsi dan spesifikasi pekerjaan. Di samping itu juga, pekerjaan yang terdedah

kepada bahaya misalnya, pekerja yang terdedah pada habuk, bahan kimia, dan radioaktif

perlu dimaklumkan tentang bahaya bahan-bahan tersebut dan memastikan mereka mengambil

langkah keselamatan yang ditetapkan oleh organisasi sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini di tempat kerja.

Data yang dikumpulkan dalam analisis pekerjaan juga penting kepada perhubungan

majikan dan pekerja. Misalnya, apabila pekerja dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat,

dipindahkan atau diturunkan pangkat, maka deskripsi pekerjaan boleh dijadikan alat untuk

membandingkan bakat pekerja tidak kira sama ada organisasi yang ada kesatuan atau tidak.

Perbandingan yang bersifat lebih objektif ini akan mewujudkan hubungan yang lebih

harmoni di antara majikan dan pekerja.

Ringkasnya, analisis pekerjaan bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada

beberapa jawapan kepada persoalan penting seperti berikut:

1. Apakah tugasan fizikal dan mental yang dilakukan oleh pekerja?

2. Bilakah kerja perlu disiapkan?

3. Tahap manakah kerja perlu dicapai?

4. Bagaimana pekerja melakukan kerja?

5. Kenapa kerja tersebut dilakukan?

6. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja?

Perbincangan di atas jelas menunjukkkan analisis pekerjaan sangat penting di dalam

pengurusan sumber manusia. Analisis kerja ini mempunyai banyak kebaikan dan

5|GMGM2023
keburukannya kepada organisasi itu sendiri dan juga kepada mereka yang sedang mencari

peluang pekerjaan. Apabila segala maklumat yang lengkap dipaparkan, ini akan memudahkan

orang ramai melakukan proses permohonan. Keselarian analisa kerja ini dapat memastikan

kejayaan strategi organisasi di samping membantu organisasi mencapai objektif-objektifnya.

Hal ini kerana terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh pengurusan sumber

manusia dalam membantu organisasi mengimplementasi analisis pekerjaannya.

Selain itu, spesifikasi pekerjaan perlulah berpadanan dengan keperluan sesuatu

pekerjaan. Oleh itu adalah penting untuk memasukkan kelayakan yang jelas hubungkaitnya

dengan prestai pekerjaan sahaja bagi memudahkan kerja. Kelayakan yang melebihi keperluan

pekerjaan serta tidak penting dalam membantu meningkatkan prestasi pekerjaan seperti

keperluan tahap pendidikan yang tidak munasabah tidak perlu dinyatakan. Bagaimanapun,

telah menjadi trend hari ini di mana deskripsi dan spesifikasi pekerjaan ditulis dalam skop

yang meluas bagi memenuhi keperluan inovasi teknologi dan pasukan kerja terurus kendiri.

Misalnya, kaedah pengilangan berkonsep just in time telah berupaya meningkatkan

keuntungan dengan cara menghapuskan sistem lama yang menyimpan banyak inventori di

kilang, sebaliknya sistem baru ini hanya mengeluarkan barangan apabila ianya diperlukan

sahaja. Bagaimanapun sistem baru ini memerlukan pekerja melakukan tugas yang meluas dan

pelbagai bagi menangani tugas dan tanggungjawab yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu,

deskripsi pekerjaan juga perlu memasukkan apa sahaja yang dirasakan perlu dilakukan oleh

pekerja dalam pekerjaannya. Deskripsi pekerjaan yang luas skopnya ini secara langsung

memberi kesan ke atas spesifikasi pekerjaan.

6|GMGM2023
KESIMPULAN

Kesimpulannya, analisis pekerjaaan merupakan fungsi asas dalam pengurusan sumber

manusia organisasi. Adalah menjadi tugas utama pengurus sumber manusia untuk

memastikan pekerja yang digaji oleh organisasi memiliki kemahiran penting yang diperlukan

untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dijawat. Sesungguhnya, Aanalisis pekerjaan tidak

boleh dipandang ringan kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan kesemua aktiviti

dalam program pengurusan sumber manusia. Analisis pekerjaan yang baik boleh menentukan

keberkesanan organisasi secara keseluruhannya, begitu juga sebaliknya.

7|GMGM2023
SENARAI RUJUKAN

1. Legge, K. 2005. Human Resource Management: Rhetorics and Realities. (Pengurusan

Sumber Manusia: Retorik dan Realiti) Anniversary ed. Macmillan

2. Steyaert, C. and Janssens, M. 1999. eds. Organization (Organisasi - Edisi khas)

[dalam talian]. Boleh didapati di: http://org.sagepub.com/content/vol6/issue2/

3. Storey, 1. 1992b (April). HRM in Action:The Truth is Out at Last, Personnel

Management, 28-31.

4. Storey, J.& Sisson, K. 1993 Managing Human Resources and Industrial Relations.

Buckingham: Open University Press.

5. Thomason, G. 1991.The Management of Personnel. Personnel Review 20 (2):3.10.

8|GMGM2023

Anda mungkin juga menyukai