Anda di halaman 1dari 22

Topik

Pengenalan
Kepada
Latihan dan
Pembangunan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda sepatutnya dapat:
1.

Menerangkan konsep latihan dan pembangunan;

2.

Menerangkan keperluan memerlukan latihan dan fungsi


pembangunan dalam sesebuah organisasi;

3.

Menganalisis prinsip-prinsip pembelajaran dewasa; dan

4.

Menilai empat fasa utama dalam proses latihan.

PENGENALAN
Sumber manusia adalah komponen penting dalam sesebuah organisasi. Objektif
organisasi tidak akan dapat direalisasikan jika jabatan sumber manusia tidak
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kaedah untuk melaksanakan
tugasnya. Latihan bermula sejurus apabila seseorang pekerja memulakan
tugasnya dan ia akan berterusan bergantung kepada keperluan organisasi, tugas
dan pekerja itu sendiri. Untuk itu, peranan latihan dan pembangunan pada
mana-mana organisasi tidak boleh dipandang remeh.
Latihan dan pembangunan telah diterima sebagai fungsi yang sangat diperlukan
terutamanya dalam era ilmu pengetahuan dan teknologi. Latihan berterusan dan
teratur boleh membantu organisasi memastikan pekerja dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan sikap yang diperlukan dalam pekerjaan
untuk merealisasikan objektif organisasi.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Apakah yang dimaksudkan latihan dan pembangunan? Mengapa latihan dan


pembangunan penting kepada organisasi? Apakah proses-proses yang terlibat
dalam latihan dan pembangunan? Kita akan cuba menjawab kesemua persoalan
tersebut dalam topik ini. Buat permulaan, kita akan membincangkan konsep
latihan dan pembangunan diikuti oleh kepentingan serta keperluan untuk
latihan dan pembangunan dalam sesebuah organisasi. Kemudian kita akan
sentuh berkenaan pembelajaran dan konsep latihan. Topik ini berakhir dengan
perbincangan empat fasa utama dalam proses-proses latihan.

1.1

APAKAH ITU LATIHAN DAN


PEMBANGUNAN?

Pengurusan sumber manusia melibatkan penggunaan optimum dan


pembahagian sumber manusia dalam merealisasikan matlamat sesebuah
organisasi. Ia melibatkan beberapa fungsi utama antaranya:
(a)

Perancangan sumber manusia;

(b)

Perekrutan dan pemilihan;

(c)

Ganjaran dan faedah;

(d)

Pembangunan kerjaya;

(e)

Pengurusan prestasi;

(f)

Pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan;

(g)

Hubungan perusahaan; dan

(h)

Sistem Maklumat Sumber Manusia (Human Resource Information System).

Aktiviti latihan dan pembangunan berkait rapat dengan fungsi-fungsi lain dalam
pengurusan sumber manusia. Sebagai contoh, perancangan sumber manusia dan
penilaian prestasi boleh membantu organisasi menentukan di mana serta siapa
di dalam organisasi yang sepatutnya diberikan latihan dan pembangunan serta
jenis latihan yang diperlukan.
Untuk memahami fungsi serta proses latihan dan pembangunan, kita seharusnya
meneliti maksud kedua-dua konsep tersebut. Latihan dan pembangunan sering
digunakan bersilih ganti dan selalu disalahtafsirkan sama seperti pembangunan
sumber manusia oleh ramai penulis dan pengamal dalam bidang ini. Sekarang
marilah kita lihat maksud konsep asas dalam latihan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Mc Lagan (1989) mencadangkan tiga pendekatan dalam pembangunan sumber


manusia iaitu:
(a)

Latihan dan pembangunan;

(b)

Kerjaya dan pembangunan; serta

(c)

Pembangunan sesebuah organisasi.

Ketiga-tiga pendekatan melibatkan aktiviti pembelajaran berterusan secara


bersistematik yang disusun oleh organisasi. Objektif utama pembangunan
sumber manusia adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti
pekerja, kumpulan dan organisasi.
Melalui aktiviti pembelajaran yang diatur, seseorang pekerja akan
dilengkapkan dengan kecekapan untuk menjalankan tugas semasa dan
masa hadapan berdasarkan piawaian pencapaian dan kriteria yang
ditetapkan oleh organisasi. Aktiviti pembelajaran ini memberikan peluang
kepada semua pekerja dalam organisasi melengkapkan diri mereka dengan
ilmu, kemahiran, kebolehan dan sikap untuk memenuhi keperluan kerja
untuk masa kini dan hadapan.
DeSimone, Werner and Harris (2002)

Nadler (1985) turut berkongsi pendapat mengenai latihan dan pembangunan


sebagai aktiviti utama dalam pembangunan sumber manusia. Menurut beliau:
Pembangunan sumber manusia meliputi proses pembelajaran yang diatur
oleh organisasi untuk meningkatkan prestasi pekerja dalam organisasi.
Pembangunan sumber manusia melibatkan tiga aktiviti iaitu, latihan, pendidikan
dan pembangunan. Setiap aktiviti pembangunan sumber manusia mempunyai
fokus masing-masing:
(a)

Latihan memberi tumpuan khusus kepada pembelajaran yang ada


kaitannya dengan tugasan semasa;

(b)

Pendidikan melibatkan pembelajaran untuk pekerjaan pada masa akan


datang; dan

(c)

Pembangunan tertumpu kepada individu secara umumnya dan tidak


berkait dengan tugasan semasa mahupun tugasan pada masa hadapan.

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan latihan:


Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Latihan adalah proses pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk


melengkapkan pekerja dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diperlukan untuk melaksanakan tugas serta meningkatkan prestasi kerja.
Menurut Nadler (1985), latihan berkait rapat dengan tugasan yang dilakukan
oleh pekerja pada masa kini. Nadler juga percaya latihan yang diberikan kepada
pekerja mesti ada kaitan dengan tugasannya yang terkini. Perkara ini adalah
penting kerana pekerja boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari sebaik pulang
ke tempat kerja.
Walau bagaimanapun, Blanchard dan Thacker (1999) melihat latihan sebagai
proses sistematik untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kemampuan untuk melaksanakan tugasan terkini dan pada masa hadapan.
Apakah maksud sebenar pembangunan dan pendidikan dalam konteks sumber
manusia? Sila rujuk kepada rajah 1.1 untuk jawapan.

Rajah 1.1: Pembangunan dan pendidikan pekerja

(a)

Pembangunan
Pembangunan boleh dilihat sebagai proses pembelajaran untuk
membangunkan pekerja secara umum dan tidak berkait dengan tugasan
semasa atau pada masa hadapan. Terdapat organisasi dan individu yang
mahu penambahbaikan, sama ada berkaitan kehidupan ataupun dalam
organisasi bergantung kepada individu itu sendiri. Organisasi yang peka
terhadap keperluan pekerja akan menyediakan kemudahan dan peluang
bagi membolehkan pekerja mengambil kursus jangka pendek dan panjang
untuk memberi pengetahuan serta kemahiran dalam bidang masingmasing.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(b)

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Pendidikan
Pendidikan melibatkan proses pembelajaran terancang yang menyediakan
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan secara umum yang boleh
diaplikasikan oleh pekerja dalam tugasan pada masa hadapan. Pekerja
kebiasaannya akan mengambil inisiatif meningkatkan kelayakan akademik
untuk perkembangan kerjaya. Namun, terdapat organisasi yang peka
terhadap perkembangan kerjaya pekerja-pekerja mereka. Pekerja yang
menyedari akan potensi untuk kenaikan pangkat atau memegang jawatan
tertentu pada masa hadapan sepatutnya melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan. Oleh itu
organisasi perlu memastikan pekerja-pekerja dilengkapi secukupnya
dengan menghantar mereka ke program-program pembelajaran yang
bersesuaian, sama ada di institusi-institusi latihan atau badan-badan
profesional berkaitan.
Di Malaysia, terdapat banyak universiti, kolej, institut pendidikan swasta
serta badan-badan profesional. Badan-badan profesional ini menawarkan
pelbagai program pendidikan yang mengkhusus kepada bidang masingmasing seperti Malaysian Engineering Institute, Malaysian Institute of
Management dan Malaysian Institute of Human Resource Management.
Institusi-institusi ini menawarkan beberapa program di peringkat sijil,
diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehingga ke peringkat doktor
falsafah. Terdapat beberapa organisasi yang menyediakan pusat latihan
mereka sendiri seperti Petronas Leadership Academy Malaysia, Telekom
Malaysia College, Malaysia Institute of Road Works dan Maybank Training
Centre. Institusi-institusi latihan atau institusi-institusi pembelajaran
dalaman ini diwujudkan bagi mempersiapkan pekerja untuk tugasan
tertentu dalam organisasi pada masa hadapan.
Untuk memudahkan pembelajaran serta pemahaman dalam latihan dan
pembangunan, ketiga-tiga konsep latihan, pendidikan dan pembangunan
akan digunakan sepanjang pembelajaran dalam unit-unit ini. Aktivitiaktiviti yang dirancang secara sistematik menyediakan kebolehan yang
diperlukan oleh pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja pada masa kini
dan masa hadapan.

AKTIVITI 1.1
Nyatakan beberapa akibat yang mungkin terjadi jika seorang pekerja
tidak terlibat dengan proses pembangunan dan latihan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

1.2

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

KEPENTINGAN LATIHAN DAN


PEMBANGUNAN

Seperti yang telah diperbincangkan di permulaan topik, latihan bermula sebaik


sahaja pekerja baru diambil bekerja untuk jawatan tertentu dalam sesebuah
organisasi. Proses perekrutan dan pemilihan memastikan pekerja yang diambil
memenuhi kriteria pemilihan seperti kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang ditetapkan oleh organisasi. Oleh itu pekerja mesti diberi latihan
sebaik sahaja dia menyertai organisasi.
Merujuk kepada perbincangan terdahulu, objektif memberikan latihan ialah untuk
memperlengkapkan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan dan untuk
meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi. Latihan yang berkesan akan
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja, serta produktiviti
dan keberkesanan organisasi tersebut. Untuk itu, bolehlah dikatakan bahawa latihan
mempunyai impak positif kepada individu dan organisasi.
Latihan dan pembangunan bukan sahaja memperlengkap dan menambahkan
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan seseorang individu, malah penting
dalam menentukan kelayakan seseorang untuk pembangunan kerjayanya.
Seseorang pekerja yang memiliki kemahiran khas dan menunjukkan prestasi
cemerlang selalunya mempunyai peluang cerah untuk dinaikkan pangkat
berbanding pekerja yang tidak menghadiri program latihan dan pembangunan.
Berikut adalah faedah-faedah latihan dan pembangunan:
(a) Meningkatkan kecekapan pekerja;
(b) Menaikkan imej pekerja;
(c) Memberikan peluang kenaikan pangkat atau perkembangan kerjaya
kepada pekerja;
(d) Memberi peluang kepada pekerja untuk menambah pengetahuan dan
pengalaman yang tidak boleh diperolehi di tempat kerja; dan
(e) Memberi motivasi dan galakan kepada pekerja untuk hadir ke tempat kerja
serta bekerja dengan lebih gigih lagi.
Seseorang pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkebolehan boleh
meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. Ini kerana seorang pekerja
yang terlatih boleh menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan menghasilkan
kerja yang berkualiti. Latihan dan pembangunan penting kepada sesebuah
organisasi kerana:
(a) Menambah produktiviti organisasi;
(b) Memberikan keuntungan dan pulangan kepada organisasi;
(c) Meningkatkan imej organisasi;
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

(d)

Mengurangkan kadar dan kos untuk pengambilan serta pemberhentian;


dan
(e) Memperbaiki kedudukan persaingan antara organisasi.
Mengapa latihan dan pembangunan harus dilaksanakan? Rujuk kepada
penerangan berikutnya untuk memahami kepentingan-kepentingan latihan dan
pembangunan serta mengapa kedua-keduanya perlu dilaksanakan.
(a)

Pekerja Baru Menyertai Organisasi


Walaupun kebiasaannya apabila seseorang individu diambil bekerja
mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan, dia masih perlu
melalui proses yang dipanggil orientasi. Ia bertujuan untuk mendedahkan
pekerja kepada polisi dan undang-undang organisasi serta mengelakkan
masalah pada kemudian hari. Pekerja juga perlu tahu sistem dan aturan
kerja dalam menjalankan tugas mengikut standard kerja yang telah
ditetapkan. Dia mesti mengenali pekerja-pekerja lain dalam organisasi
terutamanya dalam unit atau jabatan sama termasuklah pengurus,
penyelia, dan pembantu pekerja. Program orientasi yang berkesan
memudahkan pekerja menyesuaikan diri dalam organisasi dan
membolehkan dia serasi dengan organisasi, tanggungjawab dan ahli-ahli
dalam organisasi serta persekitarannya.

(b)

Pekerja Yang Mempunyai Potensi Untuk Maju Dalam Kerjaya dan


Organisasi
Seseorang pekerja yang mempunyai potensi untuk menyandang jawatan
tertentu dalam sesebuah organisasi akan diberikan latihan untuk
memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan yang diperlukan apabila dia dinaikkan pangkat kelak. Sebagai
contoh, seorang pegawai yang mempunyai potensi menjadi pengurus
memerlukan tahap kecekapan yang lebih tinggi kerana tanggungjawab dan
tugasan yang berlainan. Untuk itu latihan perlu dijalankan supaya dia lebih
bersedia dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan
untuk jawatan tersebut apabila tiba masanya.

(c)

Prestasi Kerja Merosot


Program latihan dan pembangunan boleh membantu pekerja
meningkatkan prestasi kerja yang semakin merosot. Apabila penyelia atau
pengurus menyedari prestasi pekerja tidak mencapai standard walaupun
latihan telah diberikan, aktiviti pembangunan melalui kaunseling boleh
dilaksanakan. Kaunseling melibatkan dua langkah utama iaitu:
(i)

Analisis Kaunseling
Analisis kaunseling akan mengenal pasti faktor-faktor yang
menyumbang kepada penurunan prestasi pekerja tersebut. Adakah ia
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

disebabkan oleh kelemahan pekerja itu sendiri? Atau adakah ia


berpunca daripada persekitaran kerja? Jika ia disebabkan oleh pekerja
itu sendiri, kita perlu mengetahui sama ada pekerja itu telah diberi
latihan secukupnya, tahap pemahaman terhadap tugasan yang telah
diberikan dan tahap kesediaan pekerja tersebut untuk menjalankan
tanggungjawab tertentu. Namun jika persekitaran kerja yang
menyebabkan permasalahan berlaku. Sebagai contoh unit atau
jabatan lambat dalam memberikan dokumen-dokumen tertentu, ia
akan memberi kesan kepada prestasi pekerja dan ia adalah di luar
kawalan pekerja tersebut.
(ii)

(d)

Kaunseling Melalui Perbincangan


Setelah punca penyebab merosotnya prestasi pekerja tersebut dikenal
pasti, perbincangan empat mata antara penyelia dan pekerja terbabit
perlu dijalankan untuk mencari penyelesaian. Dua cara boleh
digunakan, iaitu menggunakan Pendekatan Foumies dan Kinlaw
(DeSimone, Werner and Harris, 2002). Kedua-duanya menggunakan
cara yang sama dalam menyelesaikan masalah. Bermula dengan
perundingan kedua-dua pihak membincangkan punca masalah dan
seterusnya langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki
situasi itu. Pendekatan Foumies adalah lebih berkesan kerana ia
melibatkan pemantauan dan tindakan susulan untuk memastikan
pekerja melaksanakan saranan yang telah dibincangkan bersama.

Terlalu Banyak Perubahan Yang Berlaku


Perubahan yang kerap berlaku masa kini boleh mempengaruhi kestabilan
dan kejayaan sesebuah organisasi. Kepesatan teknologi, globalisasi dan
ilmu pengetahuan adalah antara perubahan yang akan mempengaruhi
prestasi organisasi. Untuk mengendalikan persekitaran yang semakin
mencabar, organisasi memerlukan pekerja yang berkelayakan, mempunyai
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam membantu organisasi
mencapai matlamat serta kelebihan untuk bersaing. Latihan dan
pembangunan memainkan peranan penting untuk membantu organisasi
mempertingkatkan kedudukannya dalam persaingan yang sengit.
Kehendak para pelanggan yang semakin teliti dan mencabar adalah antara
perubahan yang akan mempengaruhi permintaan jitu dan menuntut
kecepatan proses pengeluaran serta sistem kerja. Untuk memastikan
permintaan klien dipenuhi, organisasi perlu menilai dan merubah proses
pengeluaran sedia ada. Jika ada perubahan struktur dan sistem kerja,
pekerja terlibat perlu dilatih semula agar setiap individu memahami dan
mampu untuk menjalankan tugas mengikut sistem dan prosedur kerja
yang baru.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Latihan juga perlu diberi jika ada perubahan-perubahan lain dalam


organisasi seperti penstrukturan semula, pertukaran dasar dan peraturan,
pengurusan baru, perlaksanaan sistem pengurusan kualiti, penggunaan
mesin baru dan lain-lain lagi. Perkara ini penting untuk memastikan
pengetahuan dan kemahiran sentiasa dikemas kini.

AKTIVITI 1.2
Mengapakah latihan perlu diberikan kepada pekerja baru? Bincangkan
bersama rakan sekuliah anda di forum myVLE.

AKTIVITI 1.3
1.

Layari http://www.astd.org. untuk maklumat lanjut berkaitan


dengan latihan dan pembangunan serta aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan Pembangunan Sumber Manusia.

2.

Dapatkan maklumat mengenai Pembangunan Sumber Manusia di


Malaysia dengan melayari laman web Kementerian Sumber
Manusia di http://www.jaring.my. Bincangkan dengan rakan
sekuliah anda apa yang anda telah temui dalam laman web
tersebut di forum myVLE.

3.

Adakah anda tahu bahawa terdapat banyak perubahan dalaman


dan luaran dalam organisasi yang boleh mempengaruhi latihan
dan pembangunan? Bincangkan perkara-perkara ini dalam
kumpulan yang terdiri daripada empat orang semasa tutorial di
forum myVLE.

1.3

PEMBELAJARAN DAN LATIHAN

Kita telah membincangkan maksud latihan dan pembangunan pada permulaan


topik. Latihan dan pembangunan melibatkan proses pembelajaran dengan
objektif untuk meningkatkan kemampuan dan prestasi pekerja. Proses
pembelajaran yang efektif akan membawa kepada peningkatan tahap
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja. Contohnya apabila pekerja baru
menyertai sesebuah organisasi, dia perlu menyertai program orientasi yang
dianjurkan oleh jabatan pembangunan sumber manusia. Sebagai pekerja yang
baru dilantik, dia tidak mempunyai pengetahuan tentang peraturan dan polisi

Copyright Open University Malaysia (OUM)

10

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

organisasi. Setelah melalui proses pembelajaran yang diatur, pekerja tersebut


akan mengetahui peraturan dan polisi yang disentuh semasa latihan.
Secara umumnya, pembelajaran boleh dilihat sebagai perubahan aspek kognitif,
perilaku atau kesan-kesannya terhadap seseorang. Perubahan ini berlaku
disebabkan oleh percampuran, pengalaman peribadi dengan individu lain atau
persekitarannya. Perubahan ini akan berterusan sehingga berlakunya proses
pembelajaran yang baru. Latihan seharusnya diberikan kepada semua pekerja
yang terlibat apabila berlakunya perubahan dalam aliran sistem kerja.
Pembelajaran membolehkan mereka menerima sistem kerja baru dan melupakan
yang lama. Perubahan ini akan berterusan sehingga tiba masanya apabila sistem
baru diubah atau diperbaiki.
Terdapat banyak teori mengenai pembelajaran yang mempengaruhi proses
latihan dan pembangunan seperti Pavlov Classical Conditioning Theory,
Thorndike S-R Theory dan Skinner Operant Conditioning Theory. Kajian mereka
tertumpu kepada hasil latihan yang boleh dipantau iaitu perlakuan yang
ditunjukkan oleh seseorang individu setelah menjalani latihan dan
pembangunan. Beberapa implikasi penting mengenai teori tingkah laku
(behavioural) diringkaskan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Implikasi Teori Tingkah Laku (Behavioural)

Sekarang kita lihat penghuraian implikasi seperti di atas dengan lebih lanjut:
(a)

Manusia akan bertindak balas terhadap penguatkuasaan. Oleh itu,


organisasi boleh memotivasikan pekerja dengan mengarahkan mereka
mengambil
bahagian
dalam
program-program
latihan
dan
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam pekerjaan.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

11

(b)

Pembelajaran terancang perlu ditumpukan kepada individu kerana


penilaian prestasi kebiasaannya dinilai terhadap individu itu sendiri.

(c)

Ganjaran kepada hasil pembelajaran positif sepatutnya diberi berasaskan


individu. Ia perlu kerana setiap individu mempunyai pendapat yang
berbeza-beza. Ada yang mahukan ganjaran dalam bentuk wang, manakala
ada juga yang mahukan status atau kedudukan.

(d)

Program latihan seharusnya dikembangkan daripada yang mudah kepada


kompleks ataupun dari umum ke arah yang lebih spesifik.

Program pembelajaran berasaskan kognitif perlu melihat kepada proses


pembelajaran terutamanya bagaimana seseorang individu belajar. Pakar-pakar
teori seperti Kohler (1925) dan Gagne (1968) percaya bahawa peserta kursus
perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran agar memberikan
hasil yang bermutu. Selain reka bentuk program, jurulatih atau fasilitator
memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pembelajaran. Antara
kesan teori berasaskan kognitif ialah:
(a)

Perhatian khusus harus diberikan kepada reka bentuk latihan.


Pembelajaran akan meningkat sekiranya peserta melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti yang dianjurkan.

(b)

Maklumat yang perlu disampaikan perlu disusun dengan cermat untuk


memudahkan pemahaman dan pembelajaran. Latihan patut bermula
dengan maklumat yang mudah dan pendek, kemudian bertambah kepada
tahap yang lebih kompleks.

(c)

Peserta sepatutnya belajar dan keupayaan untuk belajar akan membantu


menambahkan lagi hasil pembelajaran peserta.

Selain teori tingkah laku (behaviour) dan kognitif, satu lagi teori yang berkait
rapat dengan latihan iaitu teori pembelajaran dewasa. Teori ini memfokuskan
kepada pendekatan yang digunakan dalam latihan atau pendekatan andragogi.
Pendekatan latihan dewasa atau andragogi digunakan kerana beranggapan
bahawa golongan dewasa:
(a)

Ingin tahu mengapa mereka harus belajar sesuatu;

(b)

Memiliki banyak pengetahuan dan pengalaman kerja yang boleh


digunakan sebagai sumber untuk mempertingkatkan pembelajaran;

(c)

Lebih bersedia untuk belajar sesuatu yang perlu atau ada hubung kait
dengan kerja dan tugasan semasa, serta yang menarik minat mereka; dan

(d)

Lebih bermotivasi untuk belajar jika perkara yang mereka pelajari boleh
menyelesaikan masalah kerja secara cepat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

12

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Untuk itu, bagi merealisasikan program latihan yang berkesan, sesebuah


organisasi perlu melaksanakan beberapa perkara penting berkaitan dengan
pembelajaran dewasa:
(a)

Pekerja seharusnya mempunyai minat dan keinginan untuk belajar. Tanpa


minat dan keinginan, pembelajaran mungkin tidak berjaya kerana pekerja
tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada perkara yang telah
dipelajari;

(b)

Semua pihak yang terlibat dengan program latihan mesti memahami dan
tahu objektif latihan. Pihak pengurusan, jurulatih/tenaga pengajar dan
pekerja perlu tahu perkara yang akan dipelajari, mengapa mereka belajar
perkara tersebut dan apa yang akan dicapai daripada program;

(c)

Latihan seharusnya dirancang, dilaksana dan dinilai secara sistematik


berdasarkan keperluan dan objektif yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan untuk mengurangkan jurang perbezaan atau masalah latihan
yang telah dikenal pasti;

(d)

Latihan perlu disesuaikan dengan permintaan dan keperluan individu


yang akan dilatih kerana apabila permintaan dipenuhi, mereka akan
merasa gembira dan puas hati dengan organisasi; dan

(e)

Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan program sepatutnya


dipelbagaikan kerana setiap pekerja mempunyai cara pembelajaran mereka
yang tersendiri. Jurulatih/tenaga pengajar perlu sensitif terhadap keunikan
permintaan individu apabila memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian
dengan cita rasa peserta. Sesetengah pekerja lebih suka belajar bersendirian
berdasarkan kemampuan masing-masing manakala yang lain lebih
berminat belajar dalam kumpulan kerana memberi peluang interaksi
sesama mereka.

Setiap teori pembelajaran ada fokus masing-masing:


(a)

Teori tingkah laku (behavioural) tertumpu kepada perlakuan selepas


menjalani latihan;

(b)

Teori kognitif melihat kepada proses latihan dan cara terbaik untuk
memastikan hasil pembelajaran yang positif; dan

(c)

Teori pembelajaran dewasa menekankan kepada pendekatan yang


digunakan semasa latihan berlangsung.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

13

Untuk memperolehi program yang berkesan, kita perlu mengambil kira kesemua
teori dan prinsip pembelajaran yang dibincangkan.
(a)

Pemindahan Latihan
Pembelajaran tidak akan berkesan jika pekerja tidak mengguna pakai apa
yang telah dipelajari. Latihan yang diberikan hanya akan berjaya jika
pekerja mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Menurut Baldwin dan Ford (1988), penggunaan pengetahuan, kemahiran


dan kebolehan yang telah dipelajari daripada latihan di tempat kerja
menunjukkan pemindahan pembelajaran telah berlaku.
Terdapat tiga faktor yang dikenal pasti boleh meningkatkan pembelajaran
dan mempengaruhi pemindahan pembelajaran di tempat kerja iaitu ciri-ciri
peserta, reka bentuk latihan dan persekitaran kerja. Rajah 1.3 menunjukkan
perincian bagaimana ketiga-tiga faktor tadi berkait antara satu sama lain.

Rajah 1.3: Model Pemindahan Pembelajaran


Sumber: DeSimone, Werner & Harris (2002, m.s.89)

(b)

Ciri-ciri Peserta
Pekerja yang menyertai program latihan perlu diberi motivasi untuk belajar
dan menggunakan apa sahaja ilmu yang telah dipelajari setelah pulang ke
tempat kerja. Prestasi kerja hanya boleh ditingkatkan jika pekerja
Copyright Open University Malaysia (OUM)

14

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

mempraktikkan pengalaman
pembelajaran di tempat kerja.

yang

diperolehi

daripada

proses

Personaliti seseorang juga mempengaruhi pemindahan pembelajaran.


Kesanggupan pekerja untuk menjalani proses latihan penting kerana ia
mempengaruhi penglibatan aktif peserta dalam program dan menambah
peluang pembelajaran serta pemindahan latihan. Sebagai contoh, seorang
pekerja yang mempunyai peluang cerah untuk berjaya dalam kerjayanya
akan memilih program latihan sebagai langkah memperkukuhkan
kebolehannya. Untuk itu dia akan berusaha lebih untuk mempelajari
sesuatu yang boleh dipraktikkan dalam kerjayanya.
(c)

Reka Bentuk Latihan


Semasa mereka bentuk dan membangunkan program latihan, prinsip
pembelajaran dewasa mestilah diberi perhatian. Ia penting agar pekerja
betul-betul berminat dan bersedia untuk belajar. Kita perlu memastikan
program itu memenuhi keperluan organisasi, tugasan dan keupayaan serta
kebolehan pekerja. Dengan itu pekerja akan memberikan sepenuh
perhatian semasa program dan menggunakan pengetahuan yang diperoleh
apabila menjalankan tugas kelak.
Susunan dan isi kandungan yang diajar semasa program latihan
memainkan peranan penting dalam pemindahan latihan. Program
kebiasaannya bermula dengan pengetahuan asas dan tahapnya bertambah
semasa latihan untuk memudahkan kefahaman dan penyerapan sepanjang
proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, tahap pengetahuan pekerja
mesti diambil kira semasa memilih isi kandungan program. Jika pekerja
sudah memiliki pengetahuan asas dalam topik tertentu, tidak perlulah ia
diulang sekali lagi. Cukup sekadar mengulang kaji sebelum berpindah ke
tahap yang berikutnya. Mempelbagaikan kaedah dan teknik ketika
melaksanakan program penting untuk meningkatkan pembelajaran dan
pemindahan latihan.

(d)

Persekitaran Kerja
Persekitaran kerja merujuk kepada aspek sekeliling pekerja sama ada
menyokong atau menghalang keberkesanan pemindahan latihan.
Sokongan daripada semua yang terlibat penting untuk memastikan pekerja
mempraktikkan pengalaman yang telah diperolehi di tempat kerja.
Pengurus, penyelia, pembantu pekerja, pekerja bawahan dan lain-lain mesti
menggalakkan pekerja menggunakan apa sahaja yang telah dipelajari
untuk meningkatkan prestasinya, jabatan dan organisasi. Selain daripada
itu, pekerja perlu diberi peluang mengamalkan apa yang telah mereka

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

15

pelajari di tempat kerja. Jika peluang seperti itu tidak diberi, pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi akan dilupakan begitu sahaja.
Tiga faktor yang dibincangkan penting dan perlu diberi perhatian khusus
agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini kerana
pembelajaran yang berkesan boleh mempengaruhi pemindahan latihan di
tempat kerja.
Tiga jenis pemindahan yang boleh berlaku ialah:
(i)

Pemindahan sifar, apabila pemindahan latihan tidak membawa


sebarang perubahan kepada prestasi kerja pekerja.

(ii)

Pemindahan positif, apabila prestasi pekerja bertambah baik kerana


menggunakan apa yang telah dipelajari semasa latihan di tempat
kerja.

(iii) Pemindahan negatif, apabila pemindahan latihan menyebabkan


prestasi pekerja bertambah buruk.
Pemindahan latihan penting kerana latihan yang dilaksanakan melibatkan
kos kepada pihak pengurusan. Apabila pemindahan latihan berlaku,
organisasi akan mendapat faedah daripada pelaburan yang dibuat. Namun
jika pekerja dan pihak pengurusan tidak mendapat faedah daripada
program tersebut, ia adalah satu pembaziran wang. Keberkesanan dan
kejayaan program latihan bergantung kepada kemampuan pekerja untuk
memindah dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi di tempat
kerja. Ia penting untuk meningkatkan prestasi kerja dan organisasi.

AKTIVITI 1.4
1.

Pada pandangan anda, daripada tiga faktor yang boleh


mempengaruhi pemindahan latihan, faktor yang manakah
paling kritikal? Mengapa?

2.

Adakah terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi


pembelajaran anda di tempat kerja? Senaraikannya dan cuba
bincangkan dengan rakan-rakan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

16

1.4

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

PROSES-PROSES LATIHAN

Proses-proses latihan melibatkan beberapa langkah penting. Nadler (1985)


telah membangunkan
model Critical Events sebagai panduan
menyediakan proses-proses latihan yang berkesan. Model ini menekankan
aspek pembelajaran dalam latihan untuk memperlengkapkan pekerja
dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan.
Sembilan langkah yang ditekankan dalam model ini adalah seperti dalam
Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Model Critical Event


Sumber: Nadler (1985, m.s.12)

Selain daripada itu, Goldstein (1993) memperkenalkan Model General System


yang menekankan aspek kesahihan latihan yang dijalankan. Teori ini
mengkategorikan empat fasa penting iaitu: penilaian keperluan, latihan dan
pembangunan, penilaian dan akhir sekali, objektif latihan. Rajah 1.5
menerangkan lebih lanjut mengenai model ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

17

Rajah 1.5: Model General System


Sumber: Goldstein, I. L. (1993)

Fasa penilaian keperluan adalah sangat kritikal kerana pembuatan keputusan


mengenai latihan dan pembangunan bergantung kepada hasil latihan dan
pembangunan tersebut. Hasil penilaian keperluan akan menentukan objektif
program dan kriteria penilaian latihan. Kemudian sebuah program direka
bentuk apabila objektif ditentukan dan keperluan-keperluan yang dikenal pasti
telah dipenuhi. Setelah semua persiapan siap barulah program latihan
dilaksanakan. Persiapan merangkumi pemilihan lokasi, persiapan bahan-bahan,
sumber, aturcara dan rancangan latihan.
Penilaian latihan boleh dijalankan sebelum, ketika atau selepas perlaksanaan.
Penilaian dibuat untuk memastikan keberkesanan program yang telah
dilaksanakan. Fasa objektif latihan melibatkan penilaian kesahihan program
yang telah dilaksanakan. Pengesahan latihan mengukur pembelajaran, manakala
pengesahan pemindahan melihat kepada kebolehan pekerja mengaplikasikan
pengetahuan yang diperolehi semasa latihan untuk menambahbaik prestasi
kerja. Kesahihan dalaman membandingkan tugasan kumpulan tertentu dengan
kumpulan lain dalam organisasi yang melalui sesi latihan yang sama. Kesahihan
luaran pula melihat sama ada program latihan yang berkesan pada sebuah
organisasi sesuai dijalankan di organisasi yang lain.
Rajah 1.6 menunjukkan proses pembangunan dalam program latihan oleh Noe
(2002).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

18

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Rajah 1.6: Model Proses Program Pembangunan Latihan


Sumber: Noe (2002)

Proses latihan bermula dengan tujuh tahap analisis keperluan. Marilah kita
bincangkan setiap tahap seperti yang dipaparkan pada Rajah 1.6.
(a)

Langkah pertama menentukan keperluan latihan secara terperinci dengan


menganalisis organisasi, tugasan dan individu.

(b)

Langkah kedua memastikan peserta bersedia untuk menghadiri latihan,


bermotivasi dan mampu untuk belajar.

(c)

Langkah ketiga perlu untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang


sesuai agar objektif program dapat dilaksanakan.

(d)

Langkah keempat melibatkan pemindahan latihan untuk memastikan


peserta berpeluang mempraktikkan perkara yang telah dipelajari dalam
program di tempat kerja.

(e)

Langkah seterusnya ialah merancang penilaian latihan untuk mengukur


keberkesanannya.

(f)

Langkah keenam menekankan kepada pemilihan kaedah latihan dan teknik


yang sesuai berpandukan objektif dan persekitaran pembelajaran.

(g)

Langkah terakhir melibatkan penilaian dan pemantauan program untuk


memastikan objektif program tercapai.

Daripada perbincangan awal, kita boleh rumuskan secara umum bahawa


aktiviti-aktiviti dalam proses pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat fasa
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

19

Rajah 1.7: Proses Latihan

Setiap fasa berkait antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itu, untuk mendapat
program latihan yang efektif, perhatian khusus perlu diberikan dalam proses
daripada langkah pertama sehingga ke langkah terakhir. Kita harus meneliti
hasil setiap fasa untuk mengenal pasti sebarang kelemahan atau kesilapan. Kita
akan membincangkan setiap fasa dalam topik yang berikutnya.

AKTIVITI 1.5
Tontonlah video bertajuk HR Management: Training and
Development di dalam http://www.youtube.com/watch?v=
85RVEas4AXs oleh Dr. Alysa Lambert daripada Indiana University
Southeast. Video ini menerangkan proses-proses dalam latihan dan
pembangunan. Bandingkan proses latihan dalam video tersebut
dengan proses latihan dalam modul ini. Bincangkan perbandingan ini
dalam tutorial anda.

Latihan dan pembangunan adalah salah satu fungsi sumber manusia yang
perlu dilaksanakan agar pekerja dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan yang diperlukan untuk merealisasikan objektif organisasi.

Persaingan antara kakitangan dan perubahan-perubahan berterusan


menuntut organisasi bertindak sewajarnya. Oleh kerana itu, organisasi
Copyright Open University Malaysia (OUM)

20

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

memerlukan pekerja yang cekap, berpengetahuan, berkemahiran dan


mampu untuk meletakkan organisasi dalam kedudukan kelebihan bersaing.

Latihan dan pembangunan harus dilakukan secara berterusan.

Latihan dan pembangunan perlu untuk pekerja baru dan lama, pekerja yang
ada potensi untuk kenaikan pangkat serta pekerja yang bermasalah.

Latihan dan pembangunan adalah penting untuk meningkatkan prestasi


pekerja dan organisasi.

Banyak teori dalam pembelajaran menjadi asas kepada latihan dan


pembelajaran seperti: teori tingkah laku (behavioural), teori kognitif dan teori
pembelajaran dewasa.

Latihan dianggap berkesan jika pekerja mengaplikasikan perkara-perkara


yang telah dipelajari di tempat kerja.

Keberkesanan dan kejayaan sesuatu program latihan banyak bergantung


kepada kemampuan pekerja untuk memindah dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi
kerja dan organisasi.

Empat langkah atau fasa dalam proses latihan yang perlu diberi perhatian
adalah analisis keperluan, reka bentuk, perlaksanaan dan penilaian.

Setiap tahap adalah berkaitan dan hasil daripada setiap tahap akan menjadi
input kepada langkah seterusnya. Oleh itu, kesemua empat tahap dalam
proses latihan harus diberi perhatian khusus.

Teori pembelajaran dewasa

Pemindahan pembelajaran negatif

Teori tingkah laku

Pemindahan pembelajaran positif

Teori kognitif

Latihan

Pembangunan

Proses latihan

Pelajaran

Pemindahan pembelajaran

Pembangunan sumber manusia

Pemindahan pembelajaran sifar

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

21

Soalan Esei
1.

Apakah pertalian antara latihan


pengurusan sumber manusia?

dan

pembangunan

dalam

2.

Jelaskan perbezaan antara latihan dan pembangunan.

3.

Apakah yang anda faham tentang konsep pembelajaran?

4.

Nyatakan perbezaan antara teori tingkah laku dan teori kognitif.

5.

Huraikan konsep pemindahan pembelajaran.

Soalan Pelbagai Pilihan


1.

2.

3.

merangkumi aktiviti pembelajaran tersusun yang


berterusan dan dirancang secara sistematik oleh pihak pengurusan.
A.

Perancangan dan perekrutan.

B.

Pengurusan sumber manusia

C.

Penilaian prestasi

D.

Latihan dan pembangunan

................................ adalah proses pembelajaran untuk pembangunan


pekerja secara umum dan juga untuk tugasan pada masa hadapan.
A.

Pembangunan

B.

Latihan

C.

Pembelajaran

D.

Pendidikan

Pembelajaran melibatkan perubahan yang berlaku kepada seseorang


daripada aspek .. .
A.

afektif

B.

kognitif
Copyright Open University Malaysia (OUM)

22

4.

5.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

C.

tingkah laku

D.

kesemua di atas

Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang telah


diperoleh semasa latihan di tempat kerja menunjukkan
telah berlaku.
A.

pengalaman

B.

pembangunan

C.

pembelajaran

D.

pemindahan

Kesemua langkah di bawah termasuk dalam proses-proses latihan


KECUALI:
A.

Perancangan

B.

Penilaian

C.

Analisis keperluan

D.

Rekabentuk

Soalan Esei
1.

Perubahan dalaman dan luaran boleh mempengaruhi latihan dan


pembangunan dalam sesebuah organisasi. Tuliskan penerangan
ringkas dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan.

2.

Terangkan secara ringkas peranan teori pembelajaran dalam latihan


dan pembangunan.

3.

Apakah tiga faktor yang boleh mempengaruhi pemindahan latihan


di tempat kerja. Bincangkan.

4.

Nyatakan perbezaan dan persamaan tiga model latihan yang telah


dibincangkan dalam topik ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai