Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Komunikasi secara amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi fizikal
dan komuikasi antara manusia atau individu. Komunikasi fizikal melibatkan
perhubungan yang dapat dilihat secara kasar seperti jalan raya, kereta api dan
kapal terbang. Manakala komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada
perhubungan yang berlaku antara manusia yang melibatkan penyampaian atau
penukaran maklumat daripada seseorang individu kepada seseorang individu yang
lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan seperti media massa
atau media elektronik (Samsuddin A. Rahim, 2003). Komunikasi antara manusia
merupakan suautu disiplin pengajian yang masih baharu di Malaysia. Namun, dalam
proses perkembangan disiplin ilmu ini, konsep dan teoi yang dipinjam daripada
disiplin lain telah menjadi lebih mantap sehingga munculnya teori-teori, paradigma
pembelajaran, konsep, dan juga pendekatan metodologi komunikasi yang tersendiri.
Dengan erti kata lain, disiplin komunikasi antara manusia ini telah mencapai tahap
kedewasaan daan kini boeh dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang telah
mecapai suatu tahap kematangan. Dari semasa ke semasa, teori dan kaedah
penyelidikan yang pada mulanya dipinjam daripada bidang-bidang lain untuk
dijadikan asas kajian komunikasi, lama kelamaan telah menjadi mantap untuk
muncul sebagai teori-teori komunikasi yang tersendiri.

Komunikasi antara manusia merupakan suatu unsur-unsur yang penting dalam


kehidupan manusia. Manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk
melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada individu lain. Hal ini adalah kerana,
manusia tidak akan dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan individu
lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada
individu lain, besar kemungkinan individu tersebut akan merasakan sesuatu
kekurangan di dalam hidup individu tersebut. Kita sentiasa berkomunikasi untuk
menyampaikan pendapat dan perasaan seseorang individu kepada individu lain
sama ada melalui tulisan, pertuturan atau percakapan dan perbualan ataupun
melalui gerak tubuh badan, isyarat mata dan air muka individu tersebut.

Memandangkan proses komunikasi telah menjadi sebahagian daripada keperluan


hidup manusia, ramai daripada individu tersebut telah menganggap kebolehan itu
ialah suatu kebolehan semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada

1
manusia. Dengan itu, secara tidak langsung, tidak ramai daripada individu tersebut
telah cuba untuk belajar meningkatkan cara-cara berkomunikasi yang betul untuk
meningkatkan keberkesanan sesuatu proses komunikasi itu. Sebenarnya, kebolehan
komunikasi seseorang individu itu boleh dipertingkatkan lagi sekiranya individu
tersebut berjaya memahami unsur-unsur penting yang wujud dalam sesuatu proses
komunikasi. Pada era globalisasi moden ini, keperluan untuk berkomunikasi bukan
hanya terhad kepada memenuhi keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan
kawan-kawan ataupun dengan sanak-saudara. Tetapi, pada zaman ini kehidupan
manusia telah menjadi semakin kompleks dan menuju kearah suatu pengkhususan.
Masyarakat Malaysia khususnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang
terdiri daripada golongan peniaga, golongan petani, golongan pekerja kerajaan dan
juga golongan pekerja swasta. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, pasti ada
seorang ketua yang bertanggungjawab untuk memantau aktiviti kerja yang sedang
dilakukan. Di dalam konteks ini, setiap kelompok perlu berkomunikasi antara satu
sama lain untuk memenuhi keperluan hidup manusia.

Cara manusia berkomunikasi pada masa kini juga tidak terhad kepada pertuturan
dan menulis surat malahan perkembangan teknologi komunikasi telah
menyebabkan perkembangan pesat dalam bidang percetakan dan elektronik yang
membolehkan percetakan buku, majalah dan akhbar dan juga penggunaan radio,
televisyen dan juga perakam video. Dengan adanya kewujudan system masyarakat
yang menuju ke arah pengkhususan serta perkembangan alat-alat untuk
komunikasi percetakan dan elektronik, komunikasi dalam system masyarakat
secara tidak langsung telah menjadi semakin kompleks dan rumit. Justeru itu,
berlakunya peningkatan dalam kelahiran lebih ramai penyelidik baharu yang telah
membuat pelbagai jenis kajian tentang pelbagai aspek-aspek komunikasi untuk
membantu mendalami dan memahami tentang masalah dan juga perkara-perkara
yang boleh mempertingkatkan cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain.

Istilah komunikasi ialah terjemahan secara langsung daripada istilah bahasa


Inggeris, communication. Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin
iaitu communicare, yang bermaksud to make common atau mewujudkan suatu
bentuk persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi yang sedemikian, para
pengkaji komunikasi telah memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan
tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Dapat dilihat bahawa penyelidikan

2
komunikasi ini telah dikendalikan oleh para pengkaji yang dating daripada pelbagai
bidang. Oleh itu, takrifan yang telah mereka kemukakan terhadap komunikasi juga
telah dipengaruhi oleh bidang ilmu mereka masing-masing.

Menurut Dance (1976), beliau telah menggariskan beberapa dimensi yang bolh
diaplikasikan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal. Perbezaan
tersebut dibuat pada tiga tahap berikut iaitu tahap pemerhatian, tahap tujuan dan
juga tahap perkembangan normatif. Menurut Berelson dan Steiner (1964) pula,
komunikasi adalah proses pemancaran maklumat. Definisi tersebut sebaliknya tidak
membuat pertimbangan rujukan hasil kepada komunikasi berkenaan sama ada
berjaya ataupun tidak. Selalunya proses komuikasi ialah sesuatu proses yang
kompleks dan sering berubah mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu, ada
kalanya boleh didapati bahawa komunikasi sebenarnya berada dalam suatu
kontinum yang wujud di antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak
mempunyai apa-apa kesan. Manakala, terdapat juga definisi yang sempit,
mempunyai tujuan dan meninggalkan kesan.

Memang terdapat perbezaan di antara pandangan antara para sarjana tentang apa
yang dimaksudkan dengan komunikasi. Sudut pandangan yang berbeza ini juga
disebut sebagai perspektif. Perspektif yang berbeza ini mendorong kepada
pertanyaan soalan yang berbeza dan membuat penyelidikan yang berlainan. Oleh
itu, definisi komunikasi perlu dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik
dapat mencapai tujuan penyelidikan mereka. Selain daripaa itu, terdapat empat
unsur asas komunikasi iaitu sumber-penerima (komunikator), mesej, saluran dan
juga penerima. Unsur-unsur tambahan termasuklah maklum balas, gangguan, kesan
dan persekitaran. Model komunikasi cuba menerangkan apa itu komunikasi dengan
mengambil kira unsur-unsur komunikasi. Antara model komunikasi ialah Model
Laswell, Model Matematik atau Model Shannon dan Weaver dan Model Berlo.

Pada keseluruhannya empat perkataan penting dalam takrifan komunikasi ialah


pengiriman, penyebaran, pemindahan dan tindak balas yang diterima.
Bagaimanapun, kelompok takrifan komunikasi boleh dikategorikan kepada empat
iaitu takrifan yang menekankan penyebaran dan pengiriman, takrifan yang
menekankan perkongsian makna, takrifan yang menekankan pembujukan dan juga
takrifan komunikasi yang menekankan aspek tingkah laku. Manakala, komunikasi

3
juga turut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Untuk meluaskan lagi kefahaman
kepada proses komunikasi, fungsi komunikasi juga dapat dikenalpasti untuk
menambah kefahaman yang lebih jelas. Antara fungsi komunikasi ialah fungsi
memberitahu, fungsi mendidik, fungsi membujuk dan juga fungsi menghibur.

Selain daripada itu, komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai


situasi. Ada kalanya komunikasi berlaku secara bersemuka antara dua individu, ada
kalanya pula komunikasi berlaku melalui perantaraan seperti radio atau akhbar, ada
juga ketikanya komunikasi berlaku hanya dengan menggunakan isyarat-isyarat.
Oleh itu, terdapat empat jenis komunikasi iaitu komunikasi antara individu,
komunikasi awam, komunikasi massa dan juga komunikasi tanpa lisan.

1.0 KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU/ INTERPERSONAL

Perhubungan interpersonal ialah cara individu berkomunikasi dan berinteraksi


dengan orang lain. Pada amnya komunikasi dan perhubungan interpersonal
mempunyai objektif bagi mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak
mempercayai antara satu sama lain. Unsur yang penting dalam komunikasi antara
individu ialah kepercayaan iaitu kepercayaan individu lain terhadap diri dan
perkataan diri sendiri individu tersebut. Hal ini bermakna bahawa kemahiran
komunikasi interpersonal boleh diaplikasikan untuk memupuk dan juga membina
keyakinan. Perhubungan interpersonal dan komunikasi adalah satu asas penting
dalam proses membantu dan menolong orang lain. Perhubungan interpersonal yang
baik adalah jambatan atau penghubung antara kedua-dua individu. Bagi memupuk
kemahiran perhubungan interpersonal, seseorang individu itu perlu sedar dan
mengetahui mengenai beberapa perkara penting. Antara perkara penting tersebut
ialah untuk memahami proses komunikasi berkesan dan prinsip asas perhubungan
individu dan juga cara individu tersebut berkomunikasi, berinteraksi atau memberi
layanan kepada orang lain. Dengan ini, seseorang individu itu akan menjadi lebih
arif mengenai perbezaan antara keduanya iaitu gap atau jurang anda. Di samping
itu, individu tersebut juga boleh memupuk rapport antara satu sama lain serta
menggunakan strategi yang tepat semasa berkomunikasi. Dalam usaha untuk
menghasilkan komunikasi dan perhubungan interpersonal yang baik, individu
seharusnya memberi peuang kepada diri individu itu sendiri untuk menganalisis
dengan penuh kepentingan, mentafsir dengan kefahaman dan melaksanakan yang

4
terbaik daripada apa yang difahami dan dipercayai. Komunikasi antara individu
adalah amat penting dalam setiap konteks hubungan sama ada dalam keluarga,
hubungan kejiranan, majlis sosial, organisasi, dan dalam kehidupan bermasyarakat.

1.1 Fungsi Komunikasi Antara Individu

Komunikasi antara individu mempunyai fungsinya yang tersendiri.


Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tujuan lain yang lebih khusus untuk
komunikasi antara individu. Antara tujuan komunikasi antara individu ialah
untuk mencapai kehendak dirri. Apabila seseorang individu itu terlibat di
dalam sesebuah proses komunikasi, banyak aspek peribadi seseorang
individu itu akan dapat dipelajari dan dicontohi. Tanggapan atau persepsi kita
terhadap individu lain akan lebih berkembang apabila kita berinteraksi
dengan orang lain. Di samping itu, individu juga berkemungkinan besar akan
berucap tentang perkara yang digemarinya atau sekurang-kurangnya untuk
melayani perasaan, pemikiran atau tingkah laku seseorang individu tersebut.
Sebagai contoh, seseorang individu akan memperoleh maklum balas
mengenai perasaan, pemikiran dan juga tingkah laku individu lain. Tambahan
pula, apabila seseorang individu itu diminta untuk menyelesaikan sesuatu
masalah melalui usaha mewujudkan persefahaman antara individu dengan
individu lain. Misalnya, apabila individu tersebut ingin mengetahui dengan
lebih lanjut tentang keberadaan sesuatu tempat, individu tersebut pasti akan
bertanya tentang arah tempat tersebut daripada individu lain walaupun
hubungan individu tersebut dengan individu lain berlaku dalam masa yang
singkat.

Tujuan seterusnya dalam sesuatu proses komunikasi ialah untuk mencari


dunia luar. Selain daripada memahami diri sendiri dan individu lain ketika
proses komunikasi, seseorang individu itu juga berupaya memahami dunia
luar seperti tentang objek, kejadian dan juga individu lain. Lebih banyak
maklumat yang dapat diketahui dan diperoleh daripada hubungan antara
individu. Pegangan agama, nilai moral dan sikap manusia lebih cenderung
untuk dipengaruhi oleh hubungan antara individu berbanding dengan media
massa. Misalnya, hubungan peribadi seseorang individu itu dengan keluarga,

5
ibu bapa dan sanak saudara lebih banyak mempengaruhi sikap dan tingkah
laku individu tersebut dengan orang lain.

Selain daripada itu, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah
untuk mewujudkan suatu hubungan yang bermakna. Salah satu keinginan
manusia ialah untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan individu lain.
Kita sebenarnya suka dikasihi dan mahu mengasihi. Antaranya melibatkan
hubungan persahabatan, kasih sayang dan rasa saling mempercayai
terhadap pasangan tersebut. Apabila hasrat ini tercapai, maka ia menjadikan
hubungan tersebut menjadi sesuatu hubungan yang lebih bermakna.

Seterusnya, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah untuk


mengubah sikap dan tingkah laku seseorang individu tersebut. Manusia kerap
mengambil masa yang banyak untuk mengubah sikap dan tingkah laku orang
lain dalam perhubungan antara individu. Kadangkala, manusia lebih
cenderung untuk menggunakan kaedah yang dikenali sebagai pemujukan.
Ibu bapa, guru atau ketua mungkin inginkan anak mereka, pelajar ataupun
pekerja mendengar atau mengubah apa yang dilakukan kerana menganggap
anak, pekerja atau pelajar mereka sedang melakukan sesuatu perkara yang
tidak berfaedah atau tidak membawa nilai yang positif.

Melaksanakan sesuatu tugas juga antara tujuan sesuatu proses komunikasi.


Komunikasi antara individu juga terjalin dengan tujuan untuk mengendali
atau melaksanakan sesuatu tugas atau perkhidmatan (Shamsuddin, 1993).
Dalam sesebuah organisasi itu, setiap anggota atau staf mempunyai peranan
dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Seorang pengurus perlu bertindak untuk melaksanakan arahan
melalui hubungan antara individu yang lebih berkesan.

1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara Individu

Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa faktor yang


mempengaruhi hubungan antara individu. Faktor yang mempengaruhi ini
tergolong dalam aspek yang juga dikenali sebagai tarikan. Tarikan ialah
kecenderungan seseorang individu itu untuk menilai individu lain sama ada
dalam bentuk positif atau negative. Penilaian tersebut akan menyebabkan

6
individu tersebut tertarik atau sebaliknya menjauhkan diri daripada
melakukan sebarang interaksi dengan individu lain. Terdapat empat aspek
utama yang sering dibincangkan oleh para ahli komunikasi yang turut
mempengaruhi tarikan. Antaranya ialah faktor kesamaan. Faktor kesamaan
itu merangkumi sikap, personaliti dan keupayaan seseorang individu itu.
Sesetengah ahli komunikasi mengaplikasikan istilah homopili atau
hetropili yang menggambarkan kesamaan atau ketidaksamaan.

Homopili ialah istilah yang menggambarkan darjat pasangan yang


berinteraksi antara suatu sama lain yang turut memiliki suatu kesamaan
dalam sifat seperti kepercayaan, nilai, pendidikan, dan juga status sosial.
Hetropili pula merujuk kepada tingkat perbezaan antara dua pihak individu
yang berlainan. Perbezaan atau kesamaan yang dimaksudkan ini berkait
rapat dengan pelbagai aspek seperti umur, agama, pegangan politik, tahap
pendidikan atau kedudukan kewangan.

Faktor lain yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi antara individu


melalui tarikan ialah faktor kedekatan. Kedekatan ialah jarak, proksimiti atau
propinquity. Jarak memainkan peranan yang penting kerana jarak memberi
peluang kepada sesuatu hubungan peribadi. Peluang untuk berinteraksi
apabila berada pada jarak yang lebih dekat adalah lebih cerah daripada jika
anda berada jauh daripada individu lain. Beberapa kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa perkahwinan biasanya bemula melalui perkenalan
semasa di sekolah, di tempat kerja atau di sesuatu kawasan yang sama. Hal
ini adalah kerana individu akan saling berinteraksi dengan orang lain yang
sering hampir dengan diri individu tersebut.

Faktor lain yang mempengaruhi komunikasi antara individu melalui tarikan


ialah faktor ganjaran. Manusia sering tertarik dengan individu yang dapat
memberi imbuhan atau dalam erti kata nama lain ganjaran kepada dirinya di
samping kos hubungan yang rendah. Setiap perhubungan mempunyai tujuan
yang jelas dan memerlukan pengorbanan atau kos sama ada dari sudut
masa, emosi, imej diri, dan keselesaan. Daripada keadaan ini, dapat
diperhatikan bahawa individu lebih cenderung melakukan perhubungan yang
berada dalam beberapa bentuk misalnya manusia lebih banyak

7
mengorbankan masa, imej dan emosi tetapi menerima imbuhan atau
ganjaran yang tidak setimpal. Manusia juga banyak mengorbankan masa,
imej diri dan emosi tetapi menerima ganjaran yang besar atau barangkali
individu tersebu tidak mengorbankan masa yang banyak, imej diri atau emosi
tetapi menerima ganjaran yang tinggi.

Ganjaran dan pengorbanan yang dilakukan oleh individu tersebut mungkin


tidak akan dapat dinilai. Usaha dan masa bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dikira. Begitu juga dengan ganjaran. Walaubagaimanapun, ganjaran
boleh diukur dengan kadar kepuasan. Sekiranya ganjaran memberikan
kepuasan, maka proses komunikasi tersebut boleh dikatakan sebagai suatu
perhubungan yang menarik dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, dalam
membentuk sesuatu perhubungan melalui proses komunikasi, individu akan
mencari sesuatu yang akan memberi ganjaran kepada diri individu tersebut.
Namun begitu, jika individu tersebut berasa bahawa ganjaran itu tidak begitu
memuaskan, itu tidak bermakna bahawa individu tersebut perlu membentuk
sesuatu perhubungan yang baharu.

Seterusnya, faktor yang mempengaruhi komunikasi antara individu ialah sifat


peribadi seseorang individu itu. Sifat peribadi seseorang individu itu
merangkumi sifat berbentuk tarikan fizikal atau sahsiah peribadi individu itu
sendiri. Sememangnya faktor yang menentukan seseorang individu menyukai
individu lain berdasarkan pengalaman individu itu sendiri ialah sahsiahnya
yang baik. Majoriti daripada individu menyukai seseorang itu bukan hanya
kerana faktor kesamaan sahaja tetap disebabkan oleh sikap dan tingkah laku
individu tersebut yang baik, berbudi bahasa, saling tolong menolong dan
saling hormat menghormati. Pendedahan kendiri, harga diri, atau pengawalan
diri seperti kadar kebimbangan, harga diri yang rendah adalah amat penting
dalam konteks sifat peribadi seseorang individu itu.

1.3 Faktor Yang Menyemarakkan Hubungan

Apabila berlakunya hubungan atau interaksi antara individu, pastinya


individu-individu yang terlibat ingin interaksi atau perhubungan tersebut
disemarakkan, diperkukuhkan, dilanjutkan dan memperoleh kesimpulan atau
hasil yang positif. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyemarakkan

8
hubungan interpersonal. Antara faktor-faktor tersebut ialah pengesahan dan
penerimaan. Mesej yang menunjukkan bahawa seseorang individu itu sedang
dinilai boleh dikenal pasti sebagai tindak balas pengesahan. Sebagai contoh,
penghargaan dan pujian itu menunjukkan bahawa seseorang individu itu
sedang menilai individu lain yang telah diterima. Walaubagaimanapun, tidak
menjadi suatu kemestian untuk memuji atau bersetuju dalam mengirim
mesej pengesahan. Dalam beberapa peringkat komunikasi antara individu,
mendengar mesej atau maklumat daripada individu lain juga boleh diambil
kira sebagai pengesahan. Namun, sikap yang mengenepikan penghargaan
terhadap orang lain dinyatakan sebagai penafian pengesahan.
Ketidaksetujuan dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai penafian
pengesahan. Contohnya, menyerang peribadi perucap.

Faktor seterusnya yang menyemarakkan komunikasi antara individu ialah


iklim perhubungan antara individu yang baik. Iklim komunikasi cuba
digambarkan oleh beberapa orang sarjana seperti keadaan cuaca yang dapat
mempengaruhi kadar keselesaan seseorang individu itu. Iklim komunikasi itu
wujud dalam komunikasi antara individu dengan sesebuah organisasi.
Tompkins (1984) menggambarkan iklim komunikasi sebagai bersifat suportif
dan saling menyokong antara satu sama lain, bersifat terbuka dan juga
persahabatan. Sebaliknya, ikim komunikasi juga boleh bersifat defensif dan
tertutup. Iklim komunikasi mula mendapat perhatian apabila Jack Gibb
menerbitkan kajiannya dalam Journal of Communication pada tahun 1961
yang bertajuk Defensive Communication. Hasil kajiannya mengenai
hubungan secara bersemuka dalam kumpulan yang kecil telah diterima oleh
para pengkaji selepasnya sebagai salah satu ciri terpenting iklim komunikasi.
Menurut Gibb, iklim komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu defensif
dan suportif.

Defensif pula boleh diklasifikasikan kepada enam aspek. Enam aspek defensif
pula terdiri daripada penilaian, kawalan, strategi, berkecuali, keunggulan diri
dan kepastian. Manakala suportif pula boleh dibahagikan kepada enam aspek
penting iaitu penghuraian, berorientasikan masalah, spontan, empati,
saksama dan kesementaraan. Selepas angkubah iklim komunikasi yang
dikemukakan oleh Gibb, tiga faktor iklim komunikasi yang sering menjadi

9
topik perbincangan ialah suportif, percaya dan keterbukaan. Suportif seperti
mana yang dikemukakan oleh Gibb ialah mengurangkan sikap defensif dalam
komunikasi. Menurut Gibb lagi, seseorang itu dianggap tidak suportif apabila
tidak dapat menerima, tidak jujur dan empati. Percaya ialah sikap yang
bergantung pada perilaku orang lain, tidak ragu-ragu dan bermakna bahawa
individu tersebut membuka saluran untuk berkomunikasi. Namun begitu,
sikap percaya juga mungkin menurun atau berubah setelah proses
komunikasi itu berlaku.

Keterbukaan pula ialah sikap yang menilai mesej secara objektif, keinginan
untuk mencari maklumat sebagai sumber, dan juga bersedia untuk
mengubah kepercayaan. Secara ringkasnya, kepercayaan boleh ditafsir
sebagai had di mana individu boleh menerima, menilai dan bertindak
terhadap maklumat luar yang sesuai berdasarkan merit intrinsiknya tanpa
menghalang faktor yang tidak sesuai. Berdasarkan ciri ini, keterbukaan akan
mendorong berlakunya interaksi antara individu, manakala sikap yang
tertutup adalah sebaliknya.

Faktor seterusnya yang menyemarakkan sesuatu proses komunikasi antara


individu itu ialah peringkat hubungan antara individu. Ahli komunikai yang
telah membuat kajian dan beberapa pendekatan mengenai tahap hubungan
antara individu. De Vito (1994) membahagikan tahap hubungan antara
individu tersebut kepada tujuh peringkat iaitu kontrak, penglibatan,
kemesraan, rosotan, pembaikan, pembubaran dan pergerakan antara tahap
tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya ke semua tahap-tahap tersebut
dipermudahkan, tahap-tahap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
permulaan atau inisiatif, penjagaan dan penamatan atau pembubaran.

1.4 Hubungan Antara Individu Yang Berkesan.

Terdapat pelbagai pendekatan mengenai keberkesanan komunikasi antara


individu. Namun, dapat dilihat bahawa hanya dua pendekatan yang sering
mendapat perhatian dan dibincangkan ialah pendekatan humanistik yang
dipelopori oleh ahli psikologi Abraham Maslow, Gordon Allport dan juga Carl
Rogers. Selain daripada itu, pendekatan pragmatik juga diambil kira oleh para
pelopor seperti Paul Watzlawick, William Laderer dan Don Jackson. Tidak

10
dapat dinafikan, Islam juga mempunyai pendekatan yang tersendiri bagi
mencapai keberkesanan komunikasi antara individu.

Pendekatan humanistik menekankan beberapa komponen utama bagi


mencapai tahap komunikasi antara individu yang berkesan. Komponen
tersebut ialah bersikap suportif, positif dan saksama. Suportif ialah apabila
sifat keterbukaan dan empati tidak menjamin komunikasi antara individu
yang berkesan sekiranya terdapat suasana komunikasi yang boleh
mengancam individu lain seperti kritikan. Oleh yang demikian, suasana
sokongan yang padu perlu diwujudkan oleh komunikator. Secara umumnya,
pendekatan masa kini membahagikan suportif kepada dua bahagian iaitu
yang melibatkan pertuturan dan tingkah laku.

Saksama pula adalah apabila berkaitan dengan taraf seperti lebih kacak,
kaya, berperwatakan baik atau mempunyai taraf kehidupan yang lebih tinggi.
Walaupun semua individu terdiri daripada taraf kehidupan yang berbeza, hal
ini bukan menjadi penghalang kepada komunikasi interpersonal yang
berkesan kerana komunikasi itu bergantung kepada individu itu sendiri.
Namun begitu, komunikasi tidak akan dapat dijalankan dengan baik
sekiranya unsur taraf ini ditonjolkan bagi menampilkan keunggulan diri
sehingga individu tersebut cenderung untuk merendahkan orang lain. Oleh
itu, individu tersebut perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang lain
pada tahap mereka berada tidak mengira sama ada lebih tinggi atau rendah.

Pendekatan pragmatik pula menekankan beberapa aspek penting seperti


keyakinan, kesegeraan, mengurus interaksi dan menyampaikan atau
meluahkan. Keyakinan ialah apabila seseorang komunikator yang berkesan
mempunyai tahap keyakinan dan sebarang kebimbangan yang wujud di
dalam diri individu tersebut tidak akan dapat dijangka oleh individu lain.
Keyakinan komunikator antaranya ialah ketenangan, banyak memberi
kelonggaran, fleksibel, tidak terikat kepada satu bentuk vokal atau gaya
badan sahaja dan bersifat terkawal.

Kesegeraan pula merujuk kepada penyertaan penyampai atau pendengar


dengan memupuk perasaan minat, cenderung atau rasa kebersamaan. Para
penerima akan berasa mudah tertarik dengan gaya bahasa penyampai yang

11
berkebolehan untuk mewujudkan rasa minat atau rasa gemar. Secara bukan
lisan, penyampai boleh membentuk rasa minat daripada penerima melalui
kontak mata yang sesuai, jarak yang boleh melahirkan rasa minat,
senyuman, tanda minat, dan rasa perihatin kepada individu lain.

1.5 Peringkat Komunikasi/Perhubungan Interpersonal

Komunikasi interpersonal bermula dengan interaksi antara dua individu jika


dalam kawasan yang sama, yang bermula dengan pandangan dan
pemerhatian yang seterusnya membawa kepada persepsi antara satu sama
lain. Penilaian tentang seseorang individu itu dibuat dari jauh sahaja. Hal ini
yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu persepsi kepada seseorang itu
dibuat berasaskan dari pemerhatiannya sahaja. Isunya adalah mengenai
ketepatan dan kesahihan persepsi yang telah dibuat. Persepsi
berkemungkinan untuk berubah apabila terjadinya interaksi yang jelas antara
kedua-dua individu seperti percakapan atau perbualan. Persepsi juga
mungkin sekali lagi berubah apabila proses komunikasi yang bermula pada
peringkat maklumat fakta telah ada sentuhan atau penghantaran dan
penerimaan mesej yang melibatkan perasaan.

Mesej, tafsiran mesej, reaksi, maklum balas adalah bentuk-bentuk


komunikasi interpersonal. Reaksi antara satu sama lain adalah berbeza
kerana faktor latarbelakang, pendidikan, pengalaman dan frame of
reference iaitu kumpulan rujukan individu itu sendiri. Dalam proses
komunikasi individu dan perhubungan interpersonal itu sendiri, terdapat dua
peringkat yng terlibt secara langsung dalam proses komunikasi interpersonal.
Peringkat yang pertama ialah peringkat maklumat. Pada perringkat ini,
interaksi anda melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumt bersifat
fakta, idea dan pandangan. Peringkat ini lebih menggunakan akal dan minda
individu semasa penghantaran dan penerimaan individu. Peringkat
perhubungan pula melibatkan interaksi individu yang melibatkan
penghantaran dan penerimaan maklumat bersifat perasaan, sikap dan nilai
moral.

1.6 Layanan Yang Diharapkan

12
Perhubungan interpersonal sebenarnya merupakan layanan individu terhadap
individu lain. Terdapat tujuh layanan yang dijangka oleh manusia. Antara
layanan tersebut ialah difahami. Setiap diri individu pasti inginkan diri
mereka berasa difahami dan tidak disalah anggap. Hal ini adalah kerana
seseorang individu itu adalah unik berdasarkan ciri-ciri mereka sendiri.
Berdasarkan latarbelakang yang berbeza berserta pengalaman yang
berlainan, menyebabkan peribadi dan kelakuan individu itu menjadi pelbagai.
Semua orang tidak mahu dirinya dipersalahkan atau dijatuhkan hukuman
atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab yang tidak munasabah.
Seterusnya, setiap orang pasti mahu dirinya diterima oleh masyarakat. Setiap
individu pasti meminta dirinya diterima seadanya tanpa perlu dipersoalkan.
Setiap individu pasti mahukan kebebasan asas dan diberi ruang untuk
membentuk peribadi dan personalitinya yang tersendiri tanpa perlu mengikut
acuan atau arahan orang lain dengan syarat kebebasan tersebut tidak
mengganggu ketenteraman orang lain. Apabila wujudnya standard atau
piawaian yang sukar diterima oleh orang lain, maka terjadilah singkiran dan
penafian.

Layanan seterusnya yang dijangka oleh orang lain ialah dihormati. Tidak
dapat dinafikan bahawa perasaan ingin dihormati merupakan salah satu
layanan yang paling diharapkan oleh semua individu. Setiap orang mahukan
dirinya dihormati tanpa perlu melihat taraf dan kedudukan seseorang individu
itu. Rasa hormat yang diminta oleh semua individu adalah rasa hormat
sebagai seorang manusia dan tidak dipersendakan walau apa sekalipun yang
dilakukan, yang dipercayai serta pendirian dan pandangan seseorang
individu itu.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa semua manusia ingin merasa dirinya
disayangi. Sebagai seorang manusia yang normal, sudah menjadi lumrah
manusia ingin berperasaan, berkeinginan untuk disayangi kerana sudah
menjadi asas kepada sesuatu perhubungan ukhuwah yang lebih erat. Tiada
individu yang mahu dirinya dipergunakan di atas tujuan atau kepentingan
individu lain. Individu perlu disayangi tanpa sebarang syarat dan dalam
keadaan apa sekalipun.

13
Selain daripada itu, setiaap individu pasti mengharapkan dirinya diberi
perhatian daripada orang lain. Hal ini adalah kerana pada suatu tahap
tertentu di dalam hidup seseorang individu itu pasti ada satu masa individu
tersebut meminta untuk diberi perhatian apabila perhatian itu diperlukan.
Seterusnya, setiap individu pasti mengharapkan diberi sokongan dan bantuan
daripada individu lain di sekelilingnya. Tiada seorang individu sekalipun yang
mehu dirinya dijadikan bahan umpatan, kata keji orang lain, disakiti atau
dibiarkan bersendirian tanpa bantuan sesiapa sekalipun. Tambahan pula,
setiap individu pasti mhukan dirinya dipercayai oleh individu lain dan juga
oleh komuniti sekitarnya tanpa melihat paras rupa atau kedudukan. Tiada
seorang pun yang mahu dirinya tidak dipercayai oleh orang sekeliling.

1.7 Asas Perhubungan Interpersonal

Perhubungan interpersonal yang baik akan dapat menghasilkan kehidupan


yang lebih baik untuk individu. Bagi mengecapi kehidupan yang harmoni dan
mendapatkan perhubungan interpersonal yang baik, asas yang boleh
dijadikan sebagai panduan ialah melayani orang lain sebagaimana diri sendiri
ingin dilayani oleh orang lain. Selain itu, individu tersebut juga perlu
memastikan bahawa dirinya tidak memberikan layanan yang tidak wajar
kepada orang lain sebagaimana dirinya tidak mahu dilayan sedemikian rupa.
Tambahan pula, seseorang individu itu haruslah memberi layanan kepada
orang lain sebagaimana individu tersebut dikehendaki dirinya dilayan
meskipun orang lain tidak melayani sebegitu rupa. Individu juga ditegah
untuk memberi layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana
individu itu tidak mahu dilayan sebegitu walaupun orang lain memberikan
layanan yang tidak wajar kepada dirinya.

Dalam usaha untuk mewujudkan perhubungan dan interaksi antara individu


yang baik, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan. Antara
perkara tersebut ialah seseorang individu itu perlu melayan individu lain
seperti manusia dan bukannya seperti benda ataupun haiwan. Perkara
seterusnya yang boleh diberi perhatian ialah untuk menghormati harga diri
dan nilai orang lain sebagai seorang manusia, menghormati hak individu lain
sebagai manusia dan melindungi hak tersebut, mengakui bahawa individu

14
adalah berbeza mengikut pandangan, persepsi dan pendirian masing-masing,
untuk tidak bersetuju dengan pandangan individu lain tentang beberapa
perkara adalh perkara biasa dan tiada dosa, setiap manusia mempunyai
kekurangan masing-masing dengan syarat kelemahan tersebut tidak terlalu
menyusahkan individu lain, mengakui kesalahan sendiri dan
bertanggungjawab mengenainya, menjadi orang yang selesa untuk didekati
dan dikenali, tiada istilah orang jahat sebaliknya mereka hanyalah insan yang
lemah, individu yang mempunyai kuasa perlulah melindungi orang yang
lemah dan bukan hanya menunjukkan kuasa mereka serta menunjukkan
penghargaan apabila diri sendiri dibantu oleh orang lain.

1.8 Membuat Orang Lain Merasa Diri Mereka Penting

Salah satu kemahiran interpersonal dan perhubungan antara individu yang


asas ialah kemahiran untuk membuat orang lain berasa bahawa diri mereka
penting. Hal ini bukan bermakna bahawa seseorang individu itu perlu
sentiasa membohongi keadaan ataupun memberi maklum balas palsu.
Sebenarnya, dengan membuat orang lain merasa diri mereka penting akan
menggalakkan diri individu itu memberi kepuasan kepada setiap orang yang
berinteraksi dengan individu tersebut bahawa mereka adalah sebahagian
daripada hidup individu tersebut dan kehadiran mereka dihargai dan
kerjasama mereka amat penting dan diperlukan. Untuk membuat orang lain
merasa diri mereka penting di dalam hidup seseorang individu itu, individu
tersebut perlulah sentiasa dengari apa yang mereka perkatakan dan berikan
perhatian kepada mereka apabila berinteraksi, mendengar adalah lebih
penting daripada berkata-kata namun individu tersebut perlu memastikan
bahawa dirinya mendengar bukan hanya kerana keterpaksaan, luangkan
masa sepenuhnya untuk mereka apabila mereka ada masalah, individu juga
ditegah untuk menjadikan indivdu yang sedang bercakap sebagai batu
loncatan atau sekadar memenuhkan masa yang terluang.

1.9 Empati

Unsur penting dalam empati ialah kepercayaan. Memperlihatkan empati


terhadap memupuk keyakinan orang lain bahawa dirinya boleh dipercayai
terutama dari segi pandangan dan pendirian. Adakalanya wujudnya keadaan

15
di mana individu tersebut merasakan bahawa dirinya yang paling betul dan
tepat sedangkan orang lain tidak. Keadaan sebegini menyukarkan lagi
keadaan untuk memahami orang lain apatah lagi untuk memperlihatkan
empati kepada orang lain.

Beberapa langkah telah dikemukakan untuk mempraktikkan sikap empati.


Antara langkah-langkah yang telah dikemukakan ialah untuk mendengar
secara aktif, mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya,
mengesahkan kefahaman diri sendiri melalui kaedah paraphrasing atau
rephrasing, melihat isu dan pandangan mengikut kaca mata individu lain
serta bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka dengan
bersungguh-sungguh.

2.0 KOMUNIKASI INDIVIDU/INTRAPERSONAL


Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami
dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang individu itu
untuk mengenali diri mereka sendiri sama ada secara fizikal atau mental. Di
samping itu, individu tersebut juga boleh mengenali apa keinginan dirinya,
keperluan yang diperlukan untuk melengkapkan dirinya serta apa yang perlu
dielak daripada memudaratkan dirinya. Hal ini jug boleh membuat individu
tersebut menjadi sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Dalam komunikasi intrapersonal, seseorang individu itu akan berupaya untuk
menerima maklumat, mengolah maklumat tersebut dan menghasilkan
maklumat yang baharu berdasarkan maklumat sedia ada. Oleh itu, komunikasi
intrapersonal juga boleh meliputi sensasi, persepsi, memori, dan kemahiran
untuk berfikir.

Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal akan dapat mengenali diri


mereka sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan
dan kelemahan diri mereka sendiri. Individu sebegini boleh membuat keputusan
sendiri tentang hala tuju hidupnya dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat
dan boleh berdikari. Secara fizikalnya, seseorang yang mempunyai kemahiran
intrapersonal mungkin akan kelihatan murung dan mengelamun namun
sebenarnya individu sebegini sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan
dan matlamat hidup yang jelas.

16
2.1 Menghargai Diri

Seseorang individu yang berjaya menghargai diri sendiri akan dapat


menerima diri sendiri seadanya dan tidak akan membandingkan dirinya
dengan orang lain yang dirasakan lebih baik berbanding dirinya. Individu
seperti ini akan sentiasa berasa bersyukur dengan kelebihan atau
kekurangan dirinya. Harga diri merupakan sebahagian daripada unsur dalam
konsep kendiri. Harga diri merupakan bahagian dalam diri individu tersebut
yang akan menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan
keyakinan diri dan kejayaan.

Seseorang individu yang akan dapat menghargai dirinya sendiri akan dapat
menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dalam
kehidupan seseorang manusia. Sebagai contoh, jika individu tersebut pernah
mengalamai kegagalan di sekolah ataupun di tempat kerja; keadaan seperti
ini tidak aka dapat melemahkan individu tersebut sebaliknya individu
tersebut akan menganggap kegagalan itu sebagai suatu motivasi untuk
dirinya terus bergerak ke hadapan.

Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi
terbentuk melalui persekitaran, masyarakat bertutur, bertindak balas dan
melayan individu tersebut. Sebagai contoh, sebelum seorang kanak-kanak
menjejakkan kakinya ke sekolah, ibu bapa dan keluarga yang
bertanggungjawab untuk mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang.
Kemudian, peranan membentuk harga diri itu diteruskan oleh guru-guru dan
rakan sebaya yang berhubungan rapat dengan diri individu tersebut.

Individu yang menghargai diri sendiri akan sentiasa menyukai dirinya


walaupun bukan kerana telah berjaya memperoleh sesuatu kejayaan.
Menghargai diri sendiri adalah salah satu daripada taktik atau cara untuk
memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, sebagai contoh, untuk
keyakinan diri individu itu sendiri. Jika individu tersebut menyukai dirinya
bukan hanya kerana kelebihan individu itu sendiri atau sebaliknya. Bagi
individu sebegini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan
dirinya kerana diri sendiri telah yakin dengan apa yang dimilikinya.
Seseorang yang menghargai dirinya sendiri akan meningkatkan prestasi

17
pembelajarannya kerana berani mencuba, berani bertanya dan meneroka
keadaan yang akhirnya menjadikan diri individu tersebut kreatif dalam
pemikiran dan hasil kerja serta berkeyakinan untuk bergaul dan pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial, tidak mudah tersinggung oleh
komen atau pendapat rakan sebaya dan tidak mudah berputus asa dan akan
terus mencuba untuk terus berjaya.

2.2 Pengawalan Emosi

Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Perasaan
marah ialah suatu perasaan yang normal. Hal ini adalah kerana semua
individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau
dimarahi oleh individu lain. Bagaimanapun, jika emosi marah ini terjadi
hingga di luar kawalan, pasti aka menimbulkan masalah perhubungan sama
ada di tempat kerja, di sekolah mahupun di rumah. Hal ini akan menjejaskan
hubungan antara individu yang jelasnya akan menjejaskan pandangan orang
lain terhadap diri seseorang individu itu.

Manusia mengplikasikan pelbagai kaedah untuk mengawal emosi sama ada


secara sedar atau separa sedar. Antara kaedah yang digunapakai ialah
melahirkan emosi tersebut. Dalam mengekspresikan emosi, seseorang itu
harus tahu apa yang dikehendaki dengan jelas tanpa perlu menyakiti atau
mengganggu emosi orang lain. Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah
dengan memendamkan emosi tersebut. Keadaan sebegini terjadi apabila
individu tersebut sedang menahan rasa marah, tidak mahu terlalu
memikirkannya tetapi memberi penumpuan kepada perkara lain yang lebih
positif. Jika keadaan begini berterusan, kesannya kepada individu tersebut
mungkin akan mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau
kemurungan. Tambahan pula, manusia kerap menggunakan kaedah
bertenang untuk mengawal emosi. Seseorang individu itu berupaya untuk
menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah laku, mengawal
tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan degupan jantung,
memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan
sendirinya.

2.3 Kepentingan Komunikasi Intrapersonal

18
Komunikasi Intrapersonal adalah penting kerana komunikasi intrapersonal
boleh dijadikan sebagai asas untuk seseorang individu itu berkomunikasi
dengan individu lain supaya menjadi lebih mantap dan berjaya. Selain
daripada itu, komunikasi intrapersonal juga boleh dijadikan sebagai alat
untuk membantu di dalam membuat penilaian diri untuk membantu
membuat keputusan mengenai hal atau masalah yang berkaitan dengan diri
sendiri atau masa depannya. Di samping itu, komunikasi intrapersonal juga
boleh dijadikan sebagai asas untuk memperbaiki setiap bentuk komunikasi
yang lain seperti komunikasi perantaraan (mediated communication) dengan
menggunakan media elektronik seperti telefon mahupun komputer untuk
berkomunikasi dan berutusan maklumat dengan individu lain yang berada di
kawasan yang berlainan.

2.4 Konsep dalam Komunikasi Intrapersonal

Di dalam komunikasi intrapersonal, terdapat beberapa konsep yang telah


dikemukakan yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal. Antara
konsep-konsep tersebut ialah konsep kendiri iaitu konsep yang menerangkan
imej atau keperibadian diri seseorang individu itu kepada orang lain.
Seterusnya ialah konsep kesedaran diri yang menunjukkan cara seseorang
individu itu mengenali dirinya sendiri. Konsep estim diri pula menerangkan
kaedah seseorang individu itu menghargai dirinya sendiri dan cara individu
tersebut beranggapan tentang nilai harga dirinya sendiri. Konsep lain yang
berkaitan dengan komunikasi intrapersonal ialah konsep pendedahan diri
iaitu bagaimana seseorang individu itu mengeluarkan maklumat atau idea
dan pendapat tentang diri sendiri daripada yang diketahui oleh umum dan
juga maklumat yang dirahsiakan daripada orang lain.

2.5 Teori-Teori Komunikasi Intrapersonal

Terdapat teori-teori yang dikemukakan oleh para tokoh komunikasi untuk


menjelaskan komunikasi intrapersonal dengan lebih lanjut. Antara teori-teori
tersebut ialah

Model Jendela Johari. Model ini yang turut dikenali sebagai Johari Window
Model telah direka oleh Luft (1969). Jendela ini telah direka untuk mewakili

19
pengetahuan tentang diri sendiri sama ada maklumat mengenai peribadi
seseorang individu itu ataupun mengenai maklumat umum. Terdapat empat
kawasan yang telah dikemukakan oleh Luft iaitu kawasan terbuka, kawasan
buta, kawasan terselindung dan juga kawasan tanpa pengetahuan. Kawasan
terbuka itu ialah di mana seseorang individu itu dan individu lain juga akan
mengetahui mengenai kawasan tersebut. Sebagai contoh untuk kawasan
terbuka ialah ciri fizikal seseorang manusia. Kawasan buta pula ialah
maklumat yang seseorang individu itu tidak mengetahui tentang dirinya
tetapi orang lain mengetahuinya. Sebagai contoh, seorang ketua yang
menyukai pekerjanya secara diam. Kawasan terselindung pula ialah apabila
maklumat yang diketahui oleh individu tersebut tetapi tidak diketahui oleh
orang lain. Misalnya, rahsia keperibadian seseorang itu. Kawasan tanpa
pengetahuan pula ialah apabila tiada seorang pun yang mengetahui tentang
ataupun orang lain. Sebagai contoh, kebesaran Allah SWT yang Maha
Mengetahui dan Hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa
akan datang.

Model Pusingan Osgood dan Schramm ini juga dikenali sebagai The Osgood
and Schramm Circular Model yang telah dihasilkan oleh Osgood dan
Schramm (1954) dengan mengambil kira komunikasi intrapersonal sebelum
berlakunya komunikasi interpersonal. Seseorang individu yang sedang
memikirkan perkara yang perlu dibincangkan dengan seseorang ketua
sebelum memasuki bilik Ketua Jabatan. Akhirnya daripada pemikiran terawal
tadi akan terbentuk komunikasi interpersonal yang berjaya difahami oleh
semua pihak. Model ini boleh berlaku semasa proses komunikasi
interpersonal berjalan dengan lancar jika sebelum perbualan tersebut telah
berlakunya komunikasi intrapersonal apabila berbicara dengan orang lain.
Dalam model ini juga, Osgood dan Schramm telah mengemukakan bahawa di
dalam komunikasi intrapersonal, akan ada tiga perkara utama iaitu encoder,
interpreter dan decoder untuk mesej itu disampaikan.

Teori Pemprosesan Maklumat Sosial. Teori ini yang juga dikenali sebagai
Social Information Processing Theory yang telah digarap oleh Salancik dan
Pfeffer (1978). Teori ini telah mengemukakan pendapat bahawa keperluan diri
dan sikap individu itu dipengaruhi oleh cara maklumat itu diperoleh pada

20
bila-bila masa sahaja dan penentu keperluan dan sikap individu ialah
tanggapan individu terhadap ciri-ciri tugas dan tanggungjawab yang digalas
sama ada tugas tersebut adalah tugas yang mencabar atau tugas yang
menyeronokkan. Selain itu, penentu keperluan seseorang itu adalah daripada
maklumat sosial yang ada di sekeliling individu tersebut sama ada rakan
sepejabat yang bersedia untuk membantu atau sebaliknya. Penentu
keperluan dan sikap individu yang seterusnya ialah faktor-faktor individu
yang menyebabkan perbuatan terdahulu. Sebagai contoh, individu tersebut
merasa tertekan dengan persekitaran sekelilingnya seperti di tempat kerja, di
rumah dan juga di tempat menuntut ilmu. Tambahan pula, penentu keperluan
dan sikap seseorang individu itu juga dipengaruhi oleh aktiviti komunikasi
yang mempengaruhi pembetulan sikap di tempat kerja mahupun di sekolah.
Sebagai contoh, sikap saling bantu-membantu di antara individu akan
memupuk sifat suka untuk berkerja dalam diri individu.

Selain daripada itu, maklumat sosial yang diperoleh juga turut boleh
mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Misalnya, kenyataan luaran dan
penilaian yang dibuat oleh rakan sekerja membentuk secara langsung sikap
dan tingkah laku seseorang individu itu sebagai seorang pekerja mahupun
pelajar. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu itu berasa
bersemangat secara berterusan untuk mengekalkan prestasi kerjanya pada
tahap yang terbaik untuk suatu tempoh yang lama. Gaya ucapan dan
percakapan seseorang individu itu di dalam kalangan rakan sekerja mahupun
rakan sebaya mengenai dimensi kerja serta persekitaran dan suasana kerja
menjadi amat penting di tempat kerja untuk memastikan usaha yang
dilaburkan menghasilkan pulangan yang setimpal. Selain itu, ucapan yang
baik juga akan menggalakkan pekerja untuk menjadi lebih bermotivasi tinggi
dan semakin rajin untuk bekerja dan menyumbang kepada pengeluaran
syarikat.

Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu menginterpretasikan dan


memberikan makna kepada isyarat persekitaran di tempat kerja dan
seterusnya membantu individu tersebut untuk terus menghasilkan
produktiviti yang lebih baik dan cemerlang. Maklumat yang diperoleh juga
turut mempengaruhi interpetasi seseorang individu itu mengikut keperluan

21
individu itu sendiri dan seterusnya menjadikan seseorang individu berasa
seronok ketika bekerja sekaligus berasa bangga apabila dapat menyumbang
kepada pengeluaran organisasi individu tersebut.

3.0 PENUTUP

Kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi secara interpersonal dan


memberikan penyampaian yang baik akan memberikan seseorang individu itu
kelebihan dalam kehidupan profesional individu tersebut. Banyak kajian telah
membuktikan bahawa salah satu faktor kenaikan pangkat seseorang individu itu
ialah kemahiran berkomunikasi sama ada secara interpersonal ataupun secara
intrapersonal. Komunikasi interpersonal membantu individu untuk memahami
perlakuan bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang
berbeza untuk membina dan berhubung dalam realiti masyarakat. Komunikasi
interpersonal bukan sahaja boleh didefinisikan dalam bidang kajiannya secara
bersendirian, tetapi juga boleh didefinisikan dalam konteks kumpulan dan juga
keorganisasian. Interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej
antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek komunikasi, seperti
mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan verbal dan
sebagainya. Secara keseluruhannya, komunikasi interpersonal boleh dilaksanakan
dengan menggunakan perantaraan komunikasi secara langsung atau tidak
langsung, seperti interaksi secara bersemuka (langsung), atau komunikasi yang
disokong oleh komputer (tidak langsung.

Komunikasi intrapersonal adalah proses di mana individu menciptakan pengertian.


Dapat disimpulkan bahawa komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang
berlangsung dalam diri seseorang. Orang itu berperanan sebagai komunikator,
individu tersebut akan berdialog dengan dirinya sendiri dan akhirnya dijawab oleh
dirinya sendiri. Apabila seseorang mampu berdialog dengan diri sendiri bererti
individu tersebut mampu mengenal diri sendiri. Proses berlangsungnya komunikasi
dalam diri seseorang diterjemahkan dalam satu system komunikasi yang dikenal
dengan system komunikasi intrapersonal. Pada dasarnya manusia merupakan

22
makhluk sosial yang tidak mungkin hidup tanpa berkomunikasi dengan orang lain.
Adanya interaksi antara sesama manusia dan fakta bahawa komunikasi adalah
sebuah proses yang terus menerus dan tidak ada pengakhiran menandakan
komunikasi memiliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Komunikasi pada hakikatnya adalah sebuah proses penyampaian maklumat oleh
komunikator kepada komunikan. Tujuan dari komunikasi itu sendiri iaitu, untuk
mengubah sikap, mengubah pendapat, mengubah perilaku, dan mengubah
masyarakat. Dalam perkembangannya, komunikasi juga memiliki fungsi yang
tersendiri iaitu to inform, to educate, to entertain, dan to influence. Dengan erti
kata lain komunikasi digunakan untuk menyebarkan informasi kepada khalayak
masyarakat.

RUJUKAN

Buku rujukan:

1. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusof Hussain. 2004. Teori-Teori


Komunikasi. PTS Professional. Kuala Lumpur
2. Hashim Fauzy Yaacob. 2002. Komunikasi Antara Manusia. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai, Johor Darul Takzim.
3. Maimunah Osman. 2000. Komunikasi Berkesan- Perhubungan Interpersonal.
Institut Tadbiran Awam Malaysia, Jabatan Tadbiran Awam. Kuala Lumpur
4. Samsuddin A. Rahim. 2003. Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur

Jurnal:

1. Zuoming Wang, Joseph B. Walther, Jeffrey T. Hancock. 2009. Social


Identification and Interpersonal Communication In Computer-Mediated
Communication- What You Do Versus Who You Are in Virtual Groups.
Quarterly published on behalf of the International Communication Association
by Wiley Subscriptions Services, Inc., Wiley Company. Washington, DC
2. Meina Liu. 2009. The Intrapersonal and Interpersonal Effects of Anger on
Negotiation Strategies- A cross-cultural Investigation. Quarterly published on
behalf of the International Communication Association by Wiley Subscriptions
Services, Inc., Wiley Company. Human Communication Research. Volume 35.
No. 1-4. Washington, DC

23
Sumber Internet: E-Jurnal:

1. Tay Meng Guat. 2013. Komunikasi Interpersoal Dalam Kalangan Pelajar


Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid
11. Jabatan Pengajian Melayu.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2012/tay_jp201
3.pdf
2. Wahyu Budi Priatna. 2009. Era Perspektif Baru Kajian Kewirausahaan :
Studi Komunikasi Intrapersonal. Staf Pengajar Fakultas Ekonomi &
Manajemen.
Institut Pertanian, Bogor
http://komunikasi.unsoed.ac.id/sites/default/files/Era%20Perspektif%20Baru
%20Kewirausahaan%20-%20Wahyu%20Budi%20Priyatna.pdf
3.
http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150656
_Topik%205%20Kemahiran%20Interpersonal%20dan%20Intrapersonal.pdf
4.
http://www.gunadarma.ac.id/library/articles/graduate/psychology/2009/Artikel
_10503001.pdf
5. http://www.ra.ethz.ch/CDStore/www2010/www/p301.pdf
6. http://library.binus.ac.id/eColls/eThesisdoc/Bab2/2011-2-00837-MC
%20Bab2001.pdf
7.http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/15666/1/pkm-sep2004-
%20%282%29.pdf

24
25
26

Anda mungkin juga menyukai