Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Islam selalu menentang konsep-konsep yang superficial dan ritual, sebagaimana ia


juga menentang kepercayaan yang sifatnya terlalu formalitas dan tidak efektif. Dalam Al
Quran Allah menerangkan pengertian kebajikan menurut pengertian yang sebenar-
benarnya, sebagai berikut :

"Bukanlah merupakan kebajikan menghadapkan wajah kamu ke arah timur dan barat.
Tetapi kebajikan itu ialah ummat yang beriman kepada Allah, Hari Kemudian, Malaikat,
Kitab-kitab, Nabi-nabi, dan mendermakan harta yang dicintainya itu kepada keluarga
yang terdekat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang dalam perjalanan yang
kehabisan biaya, orang-orang yang meminta dan memerdekakan hamba-hamba (bdak)
dan mendirian shalat, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji apabila berjanji, dan
sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa perang. Mereka itulah orang-
orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."
(QS. Al Baqarah : 177)

Dalam firman Allah ini jelaslah gambaran baik dan terang tentang kebajikan seorang
manusia. Ia mematuhi segala aturan, membuat segala bentuk kegiatannya dan
tindakannya atas dasar cintanya kepada Allah dan kecintaanya kepada orang lain
adalah didasari oleh pengabdianya kepada Allah.

Selanjutnya ada 4 hal yang perlu dikemukakan di sini dan harus menjadi perhatian
umat Islam :

1. Umat Islam haruslah beriman dengan benar dan tulus;

2. Umat Islam harus memperlihatkan kebenaran dan kebikan kepada sesama umat
manusia;
3. Umat Islam haruslah menjadi umat yang baik dengan memelihara persatuan yang
kuat dan membina organisasi sosial yang baik;

4. Umat Islam harus menjadi umat yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan
dalam berbagai keadaan dan situasi apapun.

KEBAJIKAN DALAM ISLAM

Ekonomi kebajikan mengikut sejarahnya bermula dengan idea-idea ahli ekonomi klasik
seperti Adam Smith dan Bentham. Kemudian muncul pula ahli ekonomi klasik lain
seperti Alfred Marshall yang telah mengkaji konsep kesan kebajikan kepada kos industri
akibat pengenaan cukai dan pemberian subsidi oleh kerajaan. Namun ahli ekonomi
yang diiktiraf sebagai pengasas ilmu Ekonomi Kebajikan baru adalah Vilfredo Pareto
(1848-1923), dimana idea beliau bersandarkan kepada prinsip keseimbangan umum
oleh Leon Walras. Pareto telah dilahirkan di Paris, mendapat pendidikan di University of
Turin di Italy yang kemudiannya telah memegang Kerusi Ekonomi di University of
Lausanne, Switzerland. Di sana beliau meneruskan jejak langkah Walras dalam
mengembangkan bidang matematik. Beliau telah melahirkan beberapa idea utama
melalui penulisannya iaitu Manual of Political Economy yang telah diterbitkan pada
1906.

Islam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang
sebenar dan sempurna berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep
tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara
satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud:

Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia
dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain
daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai
Allah
(Riwayat at-Tabarani)

Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang hidup mewah
dan berada akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat manusia yang hidupnya
ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu kehidupan yang serba
kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu, syara telah menuntut golongan yang
dilabelkan dengan status kehidupan yang serba mewah ini bagi membela dan
memberikan pertolongan kepada golongan yang miskin dan lemah. Paparan melalui
media massa saban hari menengahkan isu berkenaan kisah penderitaan masyarakat
yang dilanda pelbagai musibah dan bencana yang menimpa mereka. Siapakah yang
berperanan untuk membantu golongan tersebut?

Anda mungkin juga menyukai