Anda di halaman 1dari 4

Artikel | Tamadun Islam Dan Aqidah : Aqidah Islam Dalam Pembinaan

Tamadun Agung

Islam Sebagai Ad-Din

Islam adalah agama yang syumul dari segenap aspek,meliputi pegangan


hidup,pandangan
alam,akhlak,ibadah,sahsiah,muamalah
dan
kesemuanya.Tiada sisi hidup ini yang tidak dicapai oleh Islam.
Takrifan IHAB tentang Islam sebagai Ad-Din adalah, Islam sebagai sistem
hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia
adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan
kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang
atau ilmu dan kehakiman. Material dan kebendaan atau usaha dan
kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia
aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya.

Etismologi Tamadun Islam dan Neraca

Tamadun berasal dari akar perkataan tamadana yang bererti membina,


mengasaskan bandar. Tamadun pula sering dirujuk berkait rapat dengan
perkataan madinah (bandar,kebudayaan). Madinah juga boleh dirujuk
kepada erti kebudayaan. Dari pengolahan istilah ini dapat kita fahami
bahawa tamadun Islam bukanlah berasal dari kaum arab badwi di padang
pasir yang dikatakan sebagai tidak bertamadun.

Tamadun dari sudut etimologi datang dari perkataan latin yang


bermaksud civis yang bererti city-state. Tamadun Islam pula merupakan
sebuah tamadun yang manhaj hidup berpusatkan Islam dalam kehidupan
seharian.Tamadun ini merupakan tamadun yang membawa manusia dari
kegelapan dan kejahilan kepada kebenaran seperti di dalam Surah
Ibrahim:(1)

(1).

Terjemahan: Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan
kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada
cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan
Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Tamadun Islam ini bermula setelah berlakunya penghijrahan baginda


rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah di mana bermulanya fasa
pembinaan sebuah negara dan bermulanya era sebuah tamadun
rabbaniyah yang berlandaskan akidah dan pemikiran Islam. Di sini ingin
diketengahkan bahawa sudut pandang dan neraca yang perlu difahami
umat Islam akan Tamadun Islam perlu dibahagi kepada dua. Yang
pertama, zaman kegemilangan Islam(Golden Age) dari dimana pegangan
Islam serta pengamalan Islam secara syumul merupakan pada
kemuncaknya di zaman baginda S.A.W dan di zaman khulafa Ar-Rasyidin.
Kedua, sudut pandang kegemilangan tamadun Islam dari segi penyebaran
dakwah Islam,kekuatan (politik,tentera,pentadbiran) dan sains yang
berlaku setelah zaman Khulafa Ar-Rasyidin.

Neraca yang pertama dinilai berdasarkan hadis nabi S.A.W :



:



" :

[]
Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah
mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka. (Shahih
Al-Bukhari, no. 3650)

Melihat kepada neraca ini, jelas tidak dapat dinafikan bahawa generasi
salafussoleh merupakan generasi terbaik serta puncak tamadun Islam dari segi
pemahaman, pegangan dan pengamalan Islam itu sendiri.Namun disini ingin
kami ambil neraca yang kedua sebagai perbincangan iaitu zaman keemasan
Islam
dari
segi
segi
penyebaran
dakwah
Islam,kekuatan(politik,tentera,pentadbiran) dan sains.

Neraca kedua pula dapat dilihat di dalam lipatan sejarah tamadun Islam yang
berkembang pesat dan telah berjaya mengalahkan Tamadun Rom Timur dan
Parsi pada kurun ke-7. Perkembangan Tamadun Islam dari segi ilmu, teknologi,
ekonomi, dsb semakin pesat membangun berikutan kegigihan pemerintah Islam
dan para sarjana membangunkan dan mendidik dalam erti kata lain mentarbiyah
masyarakat Islam. Ketamadunan Islam didasari dengan beberapa prinsip :
1.Ubudiyyah kepada Allah S.W.T
2.Berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W serta khulafa Ar-Rasyidin.
3.Al-Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan masalah duniawi dan sumber ilmu.
4.Adil dan Amanah
Hasil dari pegangan dari prinsip-prinsip ini, kerajaan Islam dapat membuka
negara-negara seperti Mesir, Sepanyol dan sebagainya. Malah perkembangn ini
juga menghasilkan perkembangan ilmu Islam dan melahirkan sarjana yang
berjaya mengembangkan ilmu sains hasil penilitian ilmu Islam seperti Al-Jazari,
Al-Farabi, Al-Khawarizwi, Ibn-Sina, Ibn-Haytham dan ramai lagi.
Prinsip ini merupakan itiqad yang dibina didalam diri setiap muslim yang telah
dibina oleh baginda Rasulullah Sholallahualaihiwasalam sejak awal turunnya
wahyu kepada baginda. Terzahirnya prinsip ini melalui perjuangan dan seruan
baginda dan para sahabat radiallahuanhum malah prinsip ini menjadi sebagai
kekuatan mereka dalam menyeru manusia dari kejahilan kepada kebenaran.
Tamadun ini adalah satu-satunya tamadun yang berdiri diatas tauhid Allah yang
satu dan tidak menyekutukan Allah dan tiada tuhan melainkan Allah. Hasil
pengamalan Islam secara syumul oleh orang Islam pada suatu ketika dahulu,
ramai penduduk negara kafir ingin duduk di bawah pemerintahan daulah Islam
hasil dari keamanan dan keadilan yang dibawa Islam.
Kesemua ini adalah realiti sebenar Islam yang perlu difahami dengan jelas oleh
umat Islam pada zaman kini supaya asas ini dapat dibina dan diaplikasikan
kembali di dalam alaf baru yang penuh dengan thesis dan ideologi baru yang
memerangi idea pengaplikasian Islam di dalam hidup kehidupan manusia zaman
kini. Imam As-Syahid Syed Qutb di dalam kitabnya Tafsir Fi Zillalul Quran bahawa
Islam adalah kesejahteraan di dunia dan membawa kepada kesejahteraan di
akhirat, Islam adalah kesejahteraan masyarakat dan jiwa manusia dan Islam
adalah menyerahkan sepenuhnya jiwa dan perasaan kepada apa yang
dikehendaki Allah S.W.T . Hakikat inilah yang perlu di percayai dan di imani
sepenuhnya oleh orang Islam dan yang beriman sepenuhnya kepada Allah

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi


Lajnah Aqidah dan Falsafah,
Majlis Ulama ISMA Jordan

Rujukan :
1.Himpunan Risalah-risalah, IHAB
2.Islam:Civilisation of Faith, Mustafa Sibaie
3.Di Bawah Naungan Al-Quran, SQ

Anda mungkin juga menyukai