Anda di halaman 1dari 13

Maksud liberalisme

Liberalisme adalah sebuah ideologi, pandangan falsafah, dan tradisi politik yang didasarkan

pada pemahaman bahawa kebebasan adalah nilai politik yang utama. Secara umum,

liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berpikir

bagi para individu.

Liberalisme berasal dari kata bahasa Sepanyol iaitu liberales, yang bererti nama parti politik.

Liberales sebagai parti politik mulai berkembang di Sepanyol pada awal abad ke-20 dalam

rangka memperjuangkan pemerintah yang berdasarkan konstitusi. Pengertian liberalisme

adalah suatu pemahaman yang mengutamakan kemerdekaan individu yang merupakan pokok

utama pemahaman ini. Liberalisme melahirkan konsep pentingnya kebebasan hidup dalam

berfikir, bertindak, dan berkarya. Dalam pemahaman liberalisme, Negara harus tetap

menjamin kebebasan individu, dan untuk itu manusia secara bersama-sama mengatur negara.

Dalam pemahaman ini, kebebasan individu merupakan dasar dari demokrasi.

Sejarah Liberalisme

Liberalisme pertama kali disuara gelorakan oleh golongan borjuis perancis pada abad ke-18

sebagai reaksi protes terhadap kepincangan keganjilan yang telah lama berakar kuat di

Perancis. Sebagai akibat warisan sejarah masa lampau, di Perancis terdapat pemisahan

perbezaan yang ketara sekali antara golongan berhak istimewa dan golongan tanpa hak.

Golongan pertama memiliki segala-galanya. Seakan-akan golongan inilah yang memiliki

negara Perancis. Mereka terdiri dari kaum bangsawan dan kaum alim atau ulama (paderi).

Golongan kedua hanya memiliki kewajiban, tidak mempunyai hak apa-apa. Mereka itu

adalah rakyat Perancis, baik golongan borjius yang kaya raya mahupun golongan rakyat

biasa.
Golongan Borjius yang diperlakukan sewenang-wenang tadi lalu berjuang untuk

memperoleh kebebasan kemerdekaan sebagai kaum penguasa mereka menuntut

memperjuangkan kebebasan atau kemerdekaan berusaha. Jadi kebebasan kemerdekaan dalam

bidang ekonomi. Kerana sejak adanya Colbertisme (abad ke-17), pemerintah Perancis terlalu

banyak mencampuri masalah kebebasan ekonomi perdagangan, sehingga sangat mengekang

kebebasan kemerdekaan berusaha. Lambat laun tuntutan perjuangan golongan borjius tadi

tidak terbatas pada kebebasan kemerdekaan dalam bidang ekonomi saja, melainkan juga

dalam bidang politik dan agama. Reaksi protes golongan borjius terhadap kepincangan atau

keganjilan tata masyarakat dan tata pemerintahan Perancis banyak dipengaruhi oleh karya

tulisan Philosophes, misalnya Voltare, Rousseau, dan Montesquie.

 Voltare: Voltare (1694-1778), sebagai seorang penganut Rasionalisme banyak

mengemukakan kritikan atau kecaman terhadap kepincangan dan keganjilan yang

terdapat di Perancis.

 Jean Jacques Rousseau: Rousseau (1721-1778) yang menulis Du Contract Social,

membentangkan pendapatnya mengenai tata negara. Menurutnya, kedaulatan dalam

suatu negara harus berada di tangan rakyat.

 Montesquie : Montesquie (1689-1755) menulis L'esprit des lois artinya jiwa undang-

undang atau jiwa hukum. Dalam buku itu terdapat teorinya tentang Trias Politica.

Ketiga kekuasaan yang dimaksud ialah: Legeslatif, Eksekutif dan Judikatif harus

dipisah-pisahkan agar tidak terjadi sewenang-wenangnya.


ASAS PEMIKIRAN LIBERAL

Secara umum asas liberalisme ada tiga. Iaitu kebebasan, individualisme, rasionalis (‘aqlani,

mendewakan akal).

Asas Pertama, Kebebasan: Yang dimaksud dengan asas ini, ialah setiap individu bebas

melakukan perbuatan. Negara tidak memiliki hak mengatur. Perbuatan itu hanya dibatasi oleh

undang-undang yang dibuat sendiri, dan tidak terikat dengan aturan agama. Dengan

demikian, liberalisme merupakan sisi lain dari sekularisme, iaitu memisahkan dari agama dan

membolehkan lepas dari ketentuan agama. Sehingga asas ini memberikan kebebasan kepada

manusia untuk berbuat, berkata, berkeyakinan, dan berhukum sesukanya tanpa dibatasi oleh

syariat Allah. Manusia menjadi tuhan untuk dirinya dan penyembah hawa nafsunya. Manusia

terbebas dari hukum, dan tidak diperintahkan mengikuti ajaran Ilahi. Padahal Allah

Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

َّ‫ين‬ ََّ ‫يك لَ َّهُ َوبِ َٰذَ ِل‬


َُّ ‫ك أ ُ ِم ْر‬
َ ‫ت َوأَنَا ْال ُم ْس ِل ِم‬ ََّ ‫ل ش َِر‬ ََّ ‫ب ْالعَالَ ِم‬
َّ َ ‫ين‬ َِّ ‫لِلِ َر‬
َّ ِ ‫اي َو َم َماتِي‬ ُ ُ‫ص ََلتِي َون‬
ََّ َ‫س ِكي َو َمحْ ي‬ َ َّ‫ِإن‬

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,

Rabb semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku

dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)”. [al-An’am/6:162-163]

Asas Kedua, Individualisme (al-fardiyah): Dalam hal ini meliputi dua pengertian.

Pertama, dalam pengertian ananiyah (keakuan) dan cinta diri sendiri. Pengertian inilah yang

menguasai pemikiran masyarakat Eropah sejak masa kebangkitannya hingga abad ke-20

Masihi. Kedua, dalam pengertian kemerdekaan peribadi. Ini merupakan pemahaman baru

dalam agama Liberal yang dikenal dengan pragmatisme.


Asas ketiga, iaitu rasionalisme (aqlaniyyun, mendewakan akal). Ertinya akal bebas dalam

mengetahui dan mencapai kemaslahatan dan manfaatnya tanpa memerlukan kepada kekuatan

diluarnya.

 Kebebasan adalah hak-hak yang dibangun diatas dasar materi bukan perkara diluar

materi yang dapat disaksikan (abstrak). Dan cara mengetahuinya adalah dengan akal,

panca indera dan percubaan.

 Negara dijauhkan dari semua yang berkait dengan keyakinan agama, kerana

kebebasan menuntut tidak ada satu yang pasti dan yakin, kerana tidak mungkin

mencapai hakikat sesuatu kecuali dengan perantara akal dari hasil percubaan yang

ada. Sehingga menurut mereka, manusia sebelum melakukan sesuatu tidak

mengetahui apa-apa sehingga tidak mampu untuk memastikan sesuatu. Ini dinamakan

ideologi toleransi (Mabda’ at-Tasâmuh). Hakikatnya adalah menghilangkan

komitmen agama, kerana ia memberikan manusia hak untuk yakin sepenuhnya dan

menampakkannya serta tidak boleh mengkafirkannya walaupun ia seorang mulhid

(menentang Allah dan RasulNya). Negara berkewajiban melindungi rakyatnya dalam

hal ini, kerana negara versi mereka terbentuk untuk menjaga hak-hak asasi setiap

orang. Hal ini menuntut negara terpisah seluruhnya dari agama dan madzhab

pemikiran yang ada. (Musykilah al-Hurriyah hal 233 dinukil dari Hakekat Libraliyah

hal 24). Ini jelas dibuat oleh akal yang hanya beriman dengan mata kasar. Sehingga

menganggap agama itu tidak ilmiyah dan tidak dapat dijadikan sumber ilmu.

Ta’alallahu ‘Amma Yaquluna ‘Uluwaan kabiran (Maha Tinggi Allah dari yang

mereka ucapkan).
 Undang-undang yang mengatur kebebasan ini dari tergelicir dalam kerosakan versi

seluruh kelompok liberal – adalah undang-undang buatan manusia yang bersandar

kepada akal yang merdeka dan jauh dari syariat Allah. Sumber hukum mereka dalam

undang-undang dan individu adalah akal.

Ciri-ciri Ideologi Liberalisme

1. Kebebasan individu di atas segalanya

Di sebuah negara yang menganut ideologi liberalisme, kebebasan individu menjadi

prioriti utama. Setiap masyarakat di negara liberal bebas melakukan apa saja asalkan

tidak melanggar hukum. Salah satu cita-cita bangsa liberal adalah kebebasan yang

sebebas-bebasnya dalam melakukan segala aktiviti di negaranya. Seperti kebebasan

berfikir, berpendapat, bertindak, dan menentukan kepercayaan. Contoh paling mudah

adalah dalam bidang ekonomi, liberalisme menghendaki sistem ekonomi besar. setiap

individu memiliki kebebasan dan kemerdekaan dalam menjalankan usahanya.

Pemerintah tidak berhak mencampuri urusan individu sedikit pun. Oleh kerana itu

akan menimbulkan persaingan-persaingan yang sangat hebat diantara individu.

Pemilik modal yang besar akan mudah mengalahkan pengusaha-pengusaha kecil.

Akibatnya adalah akan muncul perusahaan-perusahaan besar yang mampu menguasai

politik dan berpengaruh besar terhadap negara. Dalam jangka yang lebih jauh, akan

menimbulkan penindasan-penindasan pihak pemilik modal kepada pihak-pihak kecil

yang di kerjakan.

2. Adanya persamaan hak individu

Bagi mereka yang berfahaman liberal, setiap warga negara mempunyai hak yang

sama. Mereka berhak menggunakan kekayaan mereka dalam berbagai kegiatan

ekonomi. Di negara yang menganut fahaman liberal, titik pusat dalam hidup adalah

individu, jadi tidak hairanlah negara mereka sangat menghargai dan melindungi hak
individu. Dalam berbagai bidang di negara liberal, yang kuat akan menang dan yang

lemah akan selalu kalah. Misalnya di dalam bidang ekonomi, pemilik modal akan

menguasai pasar, sedangkan yang tidak mempunyai modal yang cukup akan selalu

kalah. Ibarat kata, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

3. Negara hanya sebagai Alat

Di negara yang menganut ideologi liberal, negara hanya sebagai mekanisme yang

digunakan untuk mencapai tujuan-tujuan yang lebih besar dibandingkan tujuan negara

itu sendiri. Di dalam ajaran Liberal Klasik, ditekankan bahawa masyarakat pada

dasarnya dianggap dapat memenuhi dirinya sendiri, dan negara hanyalah merupakan

suatu langkah saja ketika usaha secara sukarela masyarakat telah mengalami

kegagalan.

4. Hak Individu di akui oleh Negara

Hak-hak individu sangat di akui oleh negara yang mengamalkan fahaman liberalisme.

Tidak ada pengekangan sama sekali oleh pemerintah terhadap rakyatnya. Menurut

mereka unsur terbentuknya negara adalah individu. Tanpa menghormati dan

melindungi kebebasan individu sebuah negara yang berfahaman liberal tidak akan

wujud dan akan terjadi ketidakseimbangan sistem dalam negara tersebut. Liberalisme

meliputi segala aspek kehidupannya termasuk dalam menggunakan jumlah

kekayaanya untuk bersaing di pasar bebas. Contoh dalam bidang agama dan

kepercayaan adalah, setiap individu berhak dan dengan bebas memeluk agama apa

pun, dan bebas menjalankan agama yang dianutinya.

5. Sistem pemerintahan demokrasi liberal

Dalam negara liberal, segala keputusan dan kebijakan pemerintah tidak boleh

bercanggah dengan kebebasan individu. Jika keputusan yang di tetapkan pemerintah

bercanggah dengan hak-hak individu, maka akan menjadi bantahan dari masyarakat
kepada negara bahkan boleh menyebabkan penggulingan kuasa. Terbentuknya suatu

negara adalah kerana adanya individu-individu. Maka yang berhak mengatur segala

urusan negara adalah individu, dengan kata lain kekuasaan tertinggi suatu negara

adalah di tangan rakyat (demokrasi). Kekuatan dan kekuasaan negara berfokus pada

parlimen, bukan pada rakyat. Terdapat pengundian dalam pengambilan keputusan,

dalam pergantian kepemimpinan mahupun perwakilan dipilih langsung oleh rakyat.

6. Peranan Ketua Negara yang terbatas

Pemerintah tidak mengcampuri dalam mekanisme pasar. Segala kegiatan ekonomi

secara bebas bersaing dalam jalannya roda ekonomi di negara tersebut. Tidak hanya

dalam bidang ekonomi, dalam segala bidang, pemerintah tidak boleh bergerak

berleluasa. Maka tidak hairan jika di negara liberal, pemerintah hanya sebagai alat.

Dua jenis Liberalisme.

1. Liberalisme Klasik.

Liberalisme Klasik timbul pada awal abad ke 16. Dalam Liberalisme Klasik,

keberadaan individu dan kebebasannya sangatlah diagungkan. Setiap individu

memiliki kebebasan berfikir masing-masing akan menghasilkan fahaman baru. Ada

dua fahaman iaitu demokrasi (politik) dan kapitalisme (ekonomi). Kebebasan yang

dimiliki individu itu bukan kebebasan yang mutlak, kerana kebebasan itu adalah

kebebasan yang harus dipertanggungjawabkan.

2. Liberalisme Moden

Liberalisme moden muncul sejak abad ke-20. Liberalisme Modern tidak mengubah

hal-hal yang dasar, hanya mengubah hal-hal lainnya atau dengan kata lain, nilai

intinya (core values) tidak berubah hanya ada tambahan saja dalam versi yang baru.
Empat aliran dalam liberalisme iaitu :

Pertama: Liberalisme Politik, iaitu aliran politik yang menentang kekuasaan raja yang

mutlak atau diktator, Tokohnya John Locke contohnya adalah Magna Carta.

Kedua: Liberalisme Budaya, iaitu aliran yang menentang segala bentuk undang-undang atau

peraturan, baik yang didasarkan pada ajaran agama atau norma masyarakat yang mengekang

kebebasan individu yang berkenaan dengan cara hidup seperti kebebasan berfikir, beragama

dan hubungan seksual. Tokohnya adalah John stuart Mill. Contoh kes adalah negara Belanda.

Ketiga: Liberalisme Ekonomi, iaitu aliran yang menentang segala undang-undang yang

membatasi hak milik peribadi, Tokohnya adalah Adam Smith dan David Ricardo.

Keempat: Liberalisme Sosial, iaitu aliran yang menentang segala bentuk ketidak samarataan

dalam hal mendapatkan peluang, Tokohnya adalah John Dewey dan Mortimer Adler.

Hak asasi manusia

Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi

setiap insan sebagai seorang manusia. Hak-hak tersebut menjamin maruah dan harga diri

insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani. Hak asasi manusia berbentuk sejagat,

tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung. Asas bagi setiap hak asasi manusia ialah

kefahaman bahawa setiap insan manusia mempunyai maruah dan harga diri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendokumenkan hak-hak asasi manusia yang patut

dimiliki oleh setiap insan manusia di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

(UDHR) untuk memastikan maruah dan harga diri manusia adalah dihormati dan dilindungi.

Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)

telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:

1. kebebasan daripada ketakutan


2. kebebasan daripada kemahuan

3. kebebasan bersuara

4. kebebasan kepercayaan.

Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak

berperikemanusiaan atau menghinakan;

Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri

secara sewenang-wenangnya.

Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;

Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan

Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau

melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;

Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;

Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan

keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;

Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan


Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan

masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-

faedahnya

Hak kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa

Pada tahun 1948, resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat telah diterima oleh

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan

kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak

kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga

menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan

"kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia".

Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya

disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.

Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah

menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus

diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:

1. International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatangani

sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)

2. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk

ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)

Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab

untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Fungsi

SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999,

Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada

“kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan

Persekutuan”.

Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi

manusia.

2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan

arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu

diambil;

3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau

penyertaan dalam perjanjian dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak

asasi manusia;

4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi

perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi

Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa

jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR

mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan

Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada

syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM

kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi

manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun,

SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang

menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan

dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang

sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

Kuasa

Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan

fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji

mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan

untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;

2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan

terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak

berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;

3. Untuk mengkaji dan menentukan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut

peruntukan Akta ini;

4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-

undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang

perlu;
5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu;

dan

6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang

bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

Anda mungkin juga menyukai