Anda di halaman 1dari 9

Komunisme merujuk kepada fahaman politik dimana rakyat mempunyai kuasa mutlak

untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama
rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich
Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90an
apabila komunisme jatuh di Kesatuan Soviet.

Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu
tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat,
dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.

Liberalisme adalah satu fahaman, falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan
sebagai nilai politik yang tertinggi.[1] Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman
Kebangkitan Barat, ia sekarang mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari
segi sumber. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal.
Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks
sesebuah negara.

Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin


membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap
orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-
undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran
yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang
terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.[2] Di dalam
masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian yang adil dan
terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak
yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.[3]

Ramai liberal moden memperjuangkan penglibatan kerajaan yang lebih besar di dalam
pasaran bebas. Penglibatan ini selalunya termasuk undang-undang anti-diskriminasi,
peperiksaan perkhidmatan awam, pendidikan awam dan pencukaian progresif. Falsafah
ini adalah satu unjuran dari fahaman yang mengatakan bahawa kerajaan perlu menjaga
kebajikan rakyat ke sesuatu takat. Perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan ini termasuk
pampasan pengangguran, tempat tinggal untuk mereka yang merempat dan kemudahan
perubatan bagi mereka yang sakit.

Ahli-ahli moden liberalisme klasikal sebaliknya menolak perusahaan-perusahaan yang


dibayar dengan wang awam. Liberalisme klasik mengutamakan kepentingan kebebasan
perusahaan peribadi, hak-hak kehartaan individu dan kebebasan perjanjian. Pemikiran ini
juga menerima ketidaksamarataan pengagihan kekayaan berpunca daripada persaingan di
pasaran bebas yang tidak mengacam hak-hak kehartaan seseorang. Walaupun begitu,
mereka percaya bahawa syarikat perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi dan menolak
individu perlu dikenakan cukai. Ini adalah sangat berbeza daripada falsafah liberal
klasikal yang awal.

Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas yang dapat dibaca di dalam hampir
semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh
tuhan , status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Hak-hak asasi
manusia yang disokong oleh semua liberal termasuk hak untuk hidup, kebebasan dan
kehartaan.

Penggunaan frasa liberalisme secara am dilihat dari konteks demokrasi liberal. Di dalam
erti kata ini, ia merujuk kepada kuasa kerajaan yang terhad dan hak-hak rakyat yang jelas.
Liberalisme digunapakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat. Oleh itu, liberalisme
tidak semestinya berkaitan kepada parti politik liberal secara esklusif.

Unsur-unsur dan sejarah liberalisme

Etimologi dan asal penggunaan

Marcus Aurelius

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau
bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan
konsep kebebasan. In dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis
mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di
dalam penulisannya yang bertajuk Meditation menulis "...pendapat polisi pemerintahan
yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat
tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah...
." Selepas kejatuhan Empayar Roman, pendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang
Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa
zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara
penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus.
Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-
prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Di lewat kurun ke-17, John Locke
mengarang England and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji
perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh Thomas Paine pada
tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di
dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di
dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan",
seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau
bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik
yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunapakai di dalam bahasa


Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford
English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa
Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar
ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris awal: "Kepupusan
kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan"[4]
Washington Crossing the Delaware oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi
Amerika Syarikat.

Perang Kemerdekaan America Syarikat menubuhkan negara yang pertama untuk


merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan
mentabiran dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam
Revolusi Perancis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip
liberal. Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith di dalam The Wealth of Nations (1776)
pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-
pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang
pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama.
Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan
penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol. Bermula di akhir
kurun ke-18, liberalisme menjadi antara satu ideologi yang terpenting hampir di semua
negara maju.

Aliran-aliran liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan


pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat dan garang di antara
ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa
pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-
kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk
menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka
menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang
berbeza. Di dalam artikel ini, "liberalisme politik" akan digunakan untuk sokongan
terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja
berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme budaya" untuk sokongan terhadap kebebasan
peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar
nationalisme atau agama; "liberalisme ekonomik" untuk sokongan terhadap harta peribadi
and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi
yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme sosial" di mana ia menunjukan sokongan
terhadap kesaksamaan and menentang ketidak samarataan peluang. Bagi "liberalisme
moden" pula bermaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini
yang boleh ditemui di negara-negara maju sekarang.

Terdapat beberap prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:

• Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-
undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi
kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-
hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial
yang tinggi. Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik
meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik
menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and
bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan
pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira
jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan
kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.

• Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara


hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama,
kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam
kehidupan peribadi. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya
yang bertajuk On Liberty:

"Pelindungan diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan
masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi
yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu
masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu [atau mencederakan] seseorang yang
lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia
mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole end for which mankind
are warranted, individually or collectively, in interfering with the liberty of action of any
of their number, is self-protection. That the only purpose for which power can be
rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to
prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a sufficient
warrant.")
Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di
dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran
kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak,
ganja dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal
menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri
hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara
yang paling liberal di dunia.

Walaupun terdapat persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang


mendalam:

• Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau


liberalisme Manchester adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi
ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan
kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap
perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti
subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada
langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima
halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain
menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabakan oleh tindakan kerajaan.
Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan
harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan
pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan
yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah.
Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi
daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak
peribadi. Aliran liberalisme ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang
merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme
adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas,
neo-liberalisme dan liberalisasi.

• Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan


neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju
dilewat kurun ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh
Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima,
sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-
ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan
seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut
fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan
seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro
yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan
Mortimer Adler dilewat kurun ke-19 dan diawal kurun ke-20. Kepada liberalisme
sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak
positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal,
iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak
orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat
dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif
adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan.
Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil
cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas
pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji.
Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil
cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang
terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk
kebaikan sejagat.

Solon dari Yunani.

Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan
idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon (c. 639- c. 559 SM)
yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:

"Solon mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya untuk
memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang menyatakan
bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi yang miskin mesti
mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan, menyebabkan kerusi keadilan
dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan tempat perbincangan awam dikuasai oleh
orang-orang yang berharta." (Bahasa Inggeris: "The remission of debts was peculiar to
Solon; it was his great means for confirming the citizens' liberty; for a mere law to give
all men equal rights is but useless, if the poor must sacrifice those rights to their debts,
and, in the very seats and sanctuaries of equality, the courts of justice, the offices of state,
and the public discussions, be more than anywhere at the beck and bidding of the rich.")

Ahli-ahli liberal ekonomik melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak negatif
dan oleh itu tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan hanya mempunyai
peranan yang kecil. Ada liberal ekonomik yang berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi
langsung dan ada juga seperti minarkis hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada
perundangan, keselamatan dan pertahanan. Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk
kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan dan tempat
perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tersebut
untuk dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen,
kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, masang-
masang balapertaka semulajadi, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah
dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil. Kedua-
dua jenis liberalisme mempunyai tujuan yang sama — kebebasan — tetapi mereka tidak
bersetuju bagaimana cara yang paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai
kebebasan. Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan
sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti konservatif selalu
mendekati liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama menolak liberalisme sosial
dan budaya.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di


antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan
yang mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri
atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang
akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap
(dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.

Perbandingan pengaruh

Pemikir-pemikir awal zaman kebangkitan Eropah membandingkan liberalisme dengan


kuasa authoritarian "Ancien Regime", merkantilisme feudalisme dan Gereja Roman
Katolik. Kemudiannya, ahli-ahli falsafah yang lebih radikal mula menerangkan
pemikiran mereka semasa Revolusi Perancis. Sepanjang kurun ke-19, liberalisme berdiri
dengan berlawanan dengan sosialisme dan komunisme walaupun ahli-ahli liberal moden
Eropah pada mulanya membentuk satu pakatan dengan parti-parti politik demokratik-
sosialis. Di kurun ke-20, liberalism berdiri menentang totalitarianisme dan kolektivisme.
Sesetengah liberal moden telah menolak teori klasikal Perang Adil yang mengutamakan
keneutralan dan perdagangan bebas dan sebaliknya menerima campur tangan bersama
dan keselamatan bersama.

Liberalisme mengemari campur tangan kerajaan yang minimal. Liberalisme anti-statis


yang terlampau seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari,
Herbert Spencer, dan Auberon Herbert pula adalah satu aliran ekstrem yang dikenali
sebagai anarkisme (tiada kerajaan) ataupun minarkisme (kerajaan yang kecil, kadang-kala
"the nightwatchman state").[5] Aliran anti-kerajaan ini secara amnya dikenali sebagai
libertarianisme. Kebanyakan liberal percaya bahawa kewujudan kerajaan adalah perlu
untuk melindungi rakyat tetapi makna kerajaan di sini boleh bermaksud hanya satu badan
pelindung hak-hak dan kerajaan Weberian. Baru-baru ini, liberalisme mula menentang
mereka yang ingin mewujudkan satu masyarakat di mana agama menjadi kuasa tertinggi.
Kumpulan-kumpulan Islamisme dan Kristian yang radikal menolak semua pemikiran
liberal. Kumpulan-kumpulan berasaskan agama ini selalu melihat undang-undang dan
cita-cita liberal selalu bercanggah dengan pendapat mereka.

Perkembangan pemikiran liberal

Asal-usul pemikiran liberal

John Locke (1632-1704)

Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu
masyarakat telah acap kali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut
adalah pesaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan
perjuangan bandar negeri Itali dari Paus. Republik-republik Florence dan Venice
mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun
1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda
terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai Perang Lapan Puluh Tahun
selalu difikirkan selalu asal-usal nilai-nilai liberal — walaupun Belanda enggan memberi
kebebasan kepada orang-orang Katholik.

Sebagai satu ideologi, liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang
mula mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance dan juga daripada pihak
Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja;
ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu,
pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman
Kebangkitan, secara khasnya, parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan
pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England. Pergerakan-
pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, merkantilisme dan bentuk-bentuk
agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-
hak peribadi di bawah undang-undang dan just kepentingan pemerintahan sendiri melalui
pilihanraya.

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang


menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil.
Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam
penulisannya bertajuk Two Treatises on Government. Di dalam tulisan itu John Locke
memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud
kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of
conscience) seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689).
Akan tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik.
Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang
dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta"". "Teori hak-hak semulajadi"
beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia. Menurut Locke
lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan
pembuatan keputusan awam; beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut
kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang
ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak
semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan
Perancis.

John Locke (1632-1704)

Di benua Eropah, Charles de Secondat, Baron de Montesquieu memperjuangkan fahaman


undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh
beliau di dalam The Spirit of the Laws yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan
kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak
mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government
most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of
the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa.
Ahli ekonomi politik Jean-Baptiste Say dan Destutt de Tracy tertarik kepada
"keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa
laissez-faire. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan fisiokrat
dan politik ekonomi Rousseau.

Di lewat zaman kesedaran Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk
pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah Voltaire dan Jean-Jacques Rousseau.
Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan
dan menamatkan instituti Estat Kedua. Rousseau pula memperjuangkan kebebasan
semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di
mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh
memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya
adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi
yang mungkin berkaitan dengan pendapat Diderot.

Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap
dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang
menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang
individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat
beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang
mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi
untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Dari pendapat itu, beliau
terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah
kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem
politik di Perancis di masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di
dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam
penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson.
Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama
yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu
negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini,
seperti aristokrasi.

Anda mungkin juga menyukai