Anda di halaman 1dari 51

BAB DUA

SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN FALSAFAH LIBERALISME DAN


JARINGAN ISLAM LIBERAL
2.0. PENDAHULUAN

Dalam bab ini penulis membincangkan mengenai sejarah perkembangan aliran


liberalisme unsur-unsur fahaman Liberalisme, sejarah kemunculan aliran pemikiran
Jaringan Islam Liberal, para tokoh JIL, empat agenda JIL, analisis keempat-empat
agenda JIL menurut perspektif Islam dan Kesimpulan.

2.1. SEJARAH PERKEMBANGAN ALIRAN LIBERALISME

Fahaman liberalisme telah muncul pada abad ke 14, dan telah memberi pengaruh
yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya setelah tercetusnya Revolusi
Perindustrian pada abad ke-18. Di samping itu, liberalisme juga menjadi salah satu
ideologi yang utama kepada hampir seluruh negara maju di Barat pada masa itu.1 Dalam
masa yang sama idea-idea liberalisme sama ada dalam bidang politik, budaya, ekonomi
mahupun sosial telah dipraktikkan oleh kebanyakan negara melalui beberapa peringkat
revolusi.
Negara England merupakan negara pertama yang menganut fahaman liberalisme
dalam sistem politik negara ekoran daripada tercetusnya perang saudara pada tahun
1642 M. Perang Saudara tersebut tercetus disebabkan kerana ketidakpuasan hati para
ahli parlimen pada ketika itu terhadap kuasa mutlak Charles. Sewaktu pemerintahan
1

Mohamad Kamil Ab Majid, (2008). Kertas Kerja yang bertajukAliran Pemikiran Islam antara
Konservatisme dan Liberalisme. Seminar Isu-isu Liberalisme di Dunia Islam anjuran Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan dan Jabatan Mufti Perlis di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala
Lumpur pada 14 Ogos 2008.

27

Raja Charles 1 lagi berlakunya pemusatan kuasa di bawah kekuasaan Raja namun
penentangan secara terbuka terhadap kuasa politik raja hanya berlaku selepas zaman
pemerintahan Oliver Cronwell dan Raja Charles 1 iaitu anak Raja Charles melalui
Revolusi Inggeris 1688.2
Ekoran itu, sistem pemerintahan yang mengiktiraf kuasa dan peranan parlimen
serta negara berjaya dibentuk di England. Justeru, negara England telahpun menjadi
sebuah negara moden yang

menggunapakai fahaman politik liberalisme seperti

demokrasi dan dicemburui oleh negara lain dalam abad ke 18. Selain itu, berikutan
kejayaan negara Amerika membebaskan diri daripada cengkaman kuasa penjajahan
Inggeris melalui Revolusi Amerika Syarikat pada tahun 1776 M juga telah membawa
fahaman liberalisme untuk dipraktikkan di dalam sistem politik Amerika.
Perkara sedemikian dapat disaksikan dengan kenyataan-kenyataan yang
dimuatkan ke dalam

Deklarasi Kemerdekaan Amerika pada tahun 1776 M yang

menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Pencipta dan setiap individu
dianugerahkan hak-hak semulajadi yang tidak boleh disekat antaranya termasuklah hak
untuk hidup, kebebasan dan hak-hak untuk mengejar kebahagiaan.3
Seterusnya, dunia turut menyaksikan Revolusi Perancis pada tahun 1789 M
ekoran daripada kejayaan pembentukan kerajaan Amerika yang turut menjadi inspirasi
kepada Perancis.4 Fahaman liberalisme di Perancis dapat dilihat dengan berlakunya
penentangan terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis

XVI dan golongan

bangsawan termasuk paderi yang menikmati pelbagai hak dan keistimewaan negara.
Sementara itu, dengan adanya rangsangan daripada golongan Englightenment Perancis
seperti Voltaire, Jean Jacques Rousseau dan Montesquieu dalam memperjuangkan hak
2

Andrew Gamble (1985), An Introduction To Medern Social And Political Thought. London: Mac
Milland Education Ltd, h.67
3
_____________, (1994). Dictionary of Modern Politics. London: Cassel Publishers Limited, h.174
4
G.M Spencer (1986), Time Handbook of Modern Politics. Singapore: Federal Publications, h. 187

28

semulajadi manusia. Oleh yang demikian, parlimen Perancis telahpun meluluskan


Pengistiharaan Hak-Hak Manusia dan Warganegara pada tahun 1789.5
Fahaman liberalisme dapat dilihat melalui pengisytiharaan tersebut di mana
telah meluluskan

bahawa setiap individu haruslah mendapat hak yang sama

berdasarkan undang-undang dan bakat seseorang. Di antara hak-hak tersebut ialah


kebebasan bersuara, berpolitik dan berharta. Justeru, revolusi ini telah berjaya
melahirkan masyarakat Eropah yang bersikap terbuka berdasarkan konsep toleransi,
kebebasan, perlembangaan dan tidak lagi dikongkong oleh gereja.6 Sehubungan itu,
penekanan juga diberikan kepada tiga prinsip utama iaitu kebebasan peribadi,
persamaan dan persaudaraan yang telah menjadi prinsip asas dalam fahaman
liberalisme.7
Seterusnya, fahaman liberalisme ini terus berkembang dan berdiri kukuh
berikutan penggunaan istilah liberalisme sebagai falsafah dalam bidang politik pada
abad ke-18, walaupun pada mulanya falsafah liberalisme ini muncul pada abad ke-16
lagi.

Ahli falsafah yang muncul pada waktu itu dan bertanggungjawab dalam

memperjuangkan falsafah liberalisme tersebut antaranya ialah John Locke (1634-1704),


Immanuel Kant (1724-1804), Adam Smith (1723-1790), Thomas Paine (1737-1809),
Benjamine Costant (1767-1830), James Madison (1751-1836), Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (1806-1873). 8
Tidak kurangnya falsafah liberalisme dalam bidang ekonomi. Kemunculan
liberalisme dalam bidang ekonomi dilihat cuba untuk mengetengahkan idea freeenterprise, laissez-faire dan kapitalisme. Bagi golongan liberalisme ekonomi, falsafah

Ruggiero, Guido de (1927), The History of European Liberalisme, Oxford:Oxford University, h.4-13.
Ibid, dan lihat juga Sivachandralingam Sundara Raja (2002), op.cit., h.169
7
Andrew Gamble (1985), op.cit., h.101.
8
Khalif Muammar (2006). op.,cit, h.75
6

29

utama yang didokong oleh mereka hanyalah bebas daripada campurtangan kerajaan
pemerintah dalam bidang ekonomi.9
Walaupun fahaman liberalisme kelihatan lebih mendominasi dalam bidang
politik dan ekonomi sehingga melahirkan revolusi Perancis dan Amerika, namun ianya
tetap mengalami perkembangan seiring dengan kelahiran pemikir-pemikir liberalis yang
muncul selepas John Locke. Menurut

John Stuart Mill fahaman liberalisme yang

mendokong kebebasan ini tidak hanya terhad kepada kepentingan kebebasan politik dan
ekonomi semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada aspek individualisme10
dan moral11. Manakala

J. Laski, Harold berpendapat

bahawa

aspek sosial turut

menjadi perhatian dalam fahaman liberalisme12.

2.2. Unsur-unsur liberalisme

Fahaman liberalisme yang difahami sebagai fahaman yang memberikan


kebebasan ini bukanlah suatu ideologi yang boleh bertahan dengan sendirinya tanpa
unsur-unsur atau sifat-sifat lain yang menyokongnya. Di sini penulis akan menerangkan
mengenai idea-idea liberalisme.
2.2.1. Sekularisme

Sekularisme dari sudut bahasa lebih hampir kepada sesuatu yang bersifat
keduniaan serta terpisah

daripada nilai-nilai agama. Dari segi istilah pula,

sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan


daripada urusan keagamaan (keakhiratan). Ia meninggalkan peranan agama dan

Harold J.Laski (1936). op.cit, h.21-29.


Wolff, Robert Paul(1968). The Poverty of Liberalism, United States of America:Beacon Press, h.4-5.
11
Ibid, h.4.
12
Laski, Harold J, (1930). Liberty in The Modern State, London:Ruskin House, h.135-145.
10

30

Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia.13 Lahirnya falsafah sekularisme yang
cuba memisahkan aspek keduniaan dan kerohanian inilah maka munculnya
falsafah-falsafah lain yang mula menuntut mengenai kebebasan, tidak kiralah
kebebasan dari apa jua aspek sekalipun.14
Harvey Cox15 berpendapat, sekularisasi yang membebaskan manusia dari
didikan

agama ini sememangnya menjadi keharusan untuk dipegang oleh

masyarakat kristian kerana lahirnya sekularisasi juga adalah ekoran daripada Bible
itu sendiri. Maka sememangnya menjadi tanggungjawab masyarakat Kristian untuk
menyokong dan mempertahankan sekularisme yang merupakan pendokong kepada
sekularisasi.16

Berikutan itulah golongan sekularisme ini meletakkan hak dan kebebasan


individu tanpa campurtangan agama sebagai dasar pegangan. Hal ini contohnya
yang berlaku di negara Amerika Syarikat.17 Dalam masyarakat sekular ini agama
tidak ditolak sama sekali, tetapi agama harus mengikut kehendak masyarakat.18
Dalam erti kata lain corak agama ditentukan oleh kehendak manusia dan manusia
bebas mencorakkannya mengikut citarasa masing-masing. Oleh kerana berpegang
kepada konsep sekularisasi inilah maka munculnya

pelbagai ideologi lain

mengikut kebebasan masing-masing.

13

Muhammad Qutb, (1983). Madhahib Fikriyyah al-Muasyarah. Kaherah: Dar al-Syuruq, h. 11


Laski, Harold J (1936), op.cit, h.67.
15
Merupakan penulis buku The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective.
Buku ini merupakan Best Seller di Amerika Syarikatdengan lebih 200 ribu naskah terjual dalm rempoh
kurang dari setahun. Buku ini merupakan karya utma yang menarik perhatian masyarakat kepada isu
sekularisasi. Tidak dinadikan juga bahawa buku ini banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam
terutamanya golongan berpemikiran Islam Liberal.
16
Harvey Cox (1967), The Secular City: Secularization and Urbanization in Theological Perspective,
The Macmillan Company :New York, h.15.
17
Adian Husaini (2005), op.cit, h.10.
18
Ibid, h.15.
14

31

2.2.2. Kebebasan Mutlak

Kebebasan mutlak merupakan unsur kepada fahaman liberalisme.19 Hal ini


dapat dilihat daripada pendefinisian dan fahaman golongan barat terhadap
kebebasan. Bagi golongan barat kebebasan adalah segalanya. Pelbagai definisi
diberikan kepada kebebasan namun tidak dapat dinafikan bahawa semua definisi
yang diberikan jelas menuntut kepada kebebasan mutlak yang tiada sebarang ikatan
dengan mana-mana pihak. Berikut adalah antara definisi kebebasan yang diberikan:
Tuhan telah memberikan kebebasan kepada manusia untuk
mentafsirkan atau menemukan hukum tuhan dengan akal dan
pancaindera. Maka secara tabii manusia memiliki kebebasan
mutlak untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai
tanpa memerlukan persetujuan orang lain20-John Lock
kebebasan secara umumnya tiada halangan
merealisasikan keinginan21-Betrand Russel

untuk

Justeru lahirlah kebebasan di dalam pelbagai aspek yang melibatkan


sosial, ekonomi, politik, hak asasi, individu, agama,moral dan sebagainya.22

2.2.3. Rasionalisme:

Rasionalisme

lebih

dikenali

sebagai

sikap

atau

pemikiran

yang

mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan tanpa


asas rasional atau suatu komitmen yang kuat kepada ketaakulan dan menentang

19

Anthony Arblaster, (1984). The Rise and Decline of Western Liberalism, New York :Basil Blackwell,
h. 56 lihat juga Laski, Harold J(1930), Op.cit, h.80.
20
John Locke (1960), The Second Treatises of Government , Cambridge:Cambridge University Press,
h.287.
21
Khalif Muammar (2005), op.cit, h.46.
22
K.Bertens (2006), Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi. Cet.2, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
h.69-84.

32

sebarang bentuk kepercayaan, prejudis, cara hidup ataupun apajua pegangan yang
dianggap tidak rasional23.

Maka seorang rasionalis adalah seorang yang mengunakan akal fikirannya


secara maksimum beserta keyakinan bahawa akal fikirannya itu mampu
menemukan kebenaran yang hakiki24. Menurut mereka lagi rasa (sense) dan
pengalaman tidak dapat memberikan kepada manusia suatu pertimbangan yang jitu
dan benar secara universal.Hal ini jugalah yang didokong oleh golongan liberal
yang merupakan unsur kepada liberalisme.25

Locke umpamanya yang berpegang bahawa rasional adalah kayu pengukur


tertinggi dalam kehidupan manusia. Walaupun Locke dikatakan seorang yang
berpegang kepada wahyu namun beliau tetap meletakkan akal lebih tinggi dari
segalanya. Hal ini mungkin kerana Locke melihat bahawa agama hanya relevan
apabila ia tunduk kepada pentafsiran kajian empirik dan akal yang rasional.26

2.2.4.

Demokrasi liberal

Demokrasi menurut kamus dewan pemerintahan oleh rakyat atau wakil


yang dipilih di dalam pilihanraya dengan sistem berparlimen yang dijalankan
secara perwakilan. Selain itu ia juga merupakan unit sosial atau politik yang pada
dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya dan juga dikatakan sebagai keadaan

23

Ahmad Sunawari Long (2006). Sejarah Falsafah. Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
h 36.
24
Ghazali Darusalam, (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, h 95.
25
Laski, Harold J(1936), op.cit, h.70.
26
Khalif Muammar (2006), op.cit, h.77.

33

sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.27 Akan tetapi yang menjadi


permasalahannya di sini ialah apabila sistem demokrasi yang diperjuangkan
mencapai tahap yang ekstrim sehingga ianya boleh membawa kepada kesan yang
buruk kepada orang ramai.

Sistem Demokrasi liberal ini dikatakan telah lahir pada abad ke-20
berikutan kekalahan fahaman komunisme. Pada waktu itu, manusia telah
bersepakat untuk mempraktikkan sistem demokrasi liberal. Dalam masa yang
sama, zaman itu turut dikenali dengan zaman pengakhiran sejarah (The End of
History) yang menaikkan nama Francis Fukuyama bersama sarjanawan yang
terkenal adalah Huntington.28 Maka sistem Demokrasi liberal inilah yang menjadi
salah satu daripada unsur fahaman liberalisme.29

Walau bagaimanapun, sistem demokrasi liberal ini turut menawarkan nilai-nilai


positif kepada umat manusia seperti keterbukaan dalam sistem pemerintahan. Namun
sistem demokrasi liberal barat yang diamalkan ini tetap tidak terlepas daripada
mendapat kritikan-kritikan yang hebat. Oleh itu, Sistem demokrasi liberal bukan
sekadar

menawarkan

nilai-nilai yang positif tetapi ianya juga turut mempunyai

kelemahan-kelemahan antarabangsa yang fundemantal.30

Dalam sistem ini, ilmu pengetahuan tidak dihargai dengan sebaik mungkin.
Mereka yang berpendidikan tinggi disama kedudukan haknya dengan mereka yang
berpendidikan rendah atau tidak berpendidikan. Oleh itu, dilihat seorang professor, ahli
politik sekalipun tetap mempunyai hak untuk bersuara yang sama dengan seorang rakyat
27

Noresah Baharom (2002), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.287. Lihat
perkataan demokrasi.
28
Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85
29
Anthony Arblaster (1984), op.cit, h.75.
30
Adian Husaini (2005), op.cit, h.84-85.

34

biasa. Manakala seseorang yang taat beragama sama hak untuk

bersuara dengan

seseorang yang melakukan kekejaman.31

Lebih malang lagi, sistem demokrasi liberal yang dipraktikkan

telah

meninggalkan aspek nilai dan moral yang sebenar. Justeru, bagi pendokong demokrasi
liberal, kebenaran moral ditentukan oleh suara majoriti.32 Selain itu demokrasi liberal
mengharuskan sekularisasi dan sekaligus pluralisme yang tidak membezakan manusia
atas dasar agama namun manusia diperalatkan atas dasar bangsa dan negara.33

Barat sebenarnya telah menyedari bahawa sistem demokrasi liberal tidak dapat
memperjuangkan sepenuhnya segala aspek kehidupan umat manusia, khususnya di
dunia antarabangsa. Walaubagaimanapun, perjuangan ke atas sistem demokrasi liberal
terus diperjuangkan, tetapi ianya cuba dikuasai oleh

pihak tertentu kerana masih

bimbang suara ramai tidak dapat menjamin keputusan yang terbaik.

Tambahan pula, ianya dibimbangi kemahuan atau keputusan yang dihasilkan


bertentangan dengan pihak pemerintah. Hal ini jelas terjadi sejak awal berdirinya PBB
pada 24 Oktober 1945 apabila Barat memaksa kekuasaan PBB diserahkan hanya kepada
beberapa negara yang dikenali sebagai The Big Five (Amerika Syarikat, Rusia,
Prancis, Inggeris dan China).34

Sekiranya diperhatikan, maka jelaslah bahawa Barat sendiri tidak konsisten


dalam memperjuangkan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya memberi ruang dan
hak yang sama kepada manusia sesuai dengan prinsip equality. Namun dari satu
31

Ibid, h.85.
Ibid, h.11.
33
Ibid, h.17.
34
Ibid, h.86.
32

35

perspektif apa yang dilakukan itu menggambarkan sistem Demokrasi liberal yang pada
praktikalnya mengandungi ideologi hampir sama dengan fahaman Marxisme-Leninisme
yang mendiskrimasi sosial.35

2.2.5.

Feminisme

Menurut The Encyclopedia Americana International, istilah feminisme mula


digunakan oleh dramatis Perancis Alexandre Dumas pada tahun 1872 dengan
mengistilahkannya sebagai gerakan pembebasan wanita/women liberation, emansipasi
wanita, hak wanita dan sebagainya.36 Encyclopedia Feminisme mendefinisikan ia
sebagai doktrin persamaan hak bagi perempuan (gerakan untuk mencapai hak asasi
perempuan).37 Secara tidak langsung ia menjadi unsur kepada gerakan liberalisme.38

Walaupun, gerakan feminisme begitu menonjol pada abad ke-19 dan ke-20
namun, kelahirannya telah lahir sejak zaman sebelum masihi. Seorang tokoh falsafah
barat, Plato telah menganjurkan agar peranan keluarga dan sosial yang ditentukan oleh
jantina dihapuskan. Beliau juga mendesak agar wanita diajar bermain muzik dan
bergimnastik agar dapat ditontoni oleh lelaki.39

Fahaman ini kemudiannya diperkukuhkan di zaman kini oleh John Stuarts Mill
iaitu seorang ahli falsafah dan ekonomi di zaman Victoria di England dan Fredrich
Engels berbangsa Jerman serta berfahaman sosialis.40 Engles mengumumkan bahawa

35

Ibid, h.87.
___________, (1970). The Encyclopedia Americana International . Vol. 11. New York: Americana
Corporation, h. 107.
37
Maggie Humm (2002). Encyclopedia Feminisme. Mundi Rohayu (terj.). Yogyakarta: Fajar Pustaka
Baru, h. 158.
38
Ugi Suharto, (2007).op.,cit, h.30.
39
Fazlur Rahman, (1978). Encyclopedia of Seerah, vol. 5, London: Seerah Foundation, h. 513.
40
Maryam Jameela (1976), Modern Technology and the Dehumanizatoin of Man, Majid Abdul Katib
(terj.). Utusan Kiblat, Julai 1976, h.33.
36

36

perkahwinan merupakan satu perhambaan yang membosankan dan mendesak supaya ia


dimansuhkan serta membuat cadangan bahawa penjagaan anak-anak menjadi
tanggungjawab awam.41

Di Amerika Syarikat, feminisme pada awalnya merupakan perjuangan wanita


untuk menentang perhambaan dan kezaliman suami, menentang minuman keras,
berjuang memiliki hak yang sah dalam perkahwinan dan mendapat gaji yang sama
dengan lelaki. Akhirnya ia menjadi lebih radikal apabila menyedari tentang
kepentingannya untuk perjuangan yang lebih berkesan.42 Dalam The New Encyclopedia
Britannica menyebutkan wanita Barat sedikit demi sedikit mendapat hak berpolitik
seperti di New Zealand, Australia, Finland, Norway, Great Britain Soviet Union dan
Amerika Syarikat.43

Manakala feminisme di Mesir pula muncul pada permulaan abad ke-21.44 Wanita
golongan pertengahan dan atasan telah menyedari manfaat kemodenan dan
kemungkinan kehidupan baru untuk diri mereka tidak sama seperti yang dinikmati oleh
golongan lelaki. Feminisme ini menyuarakan hak-hak wanita dengan membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan modenisme Islam dan nasionalisme Sekular. Tokoh-tokoh
feminisme Mesir di peringkat awal ialah Aisha El-Taimuriya, Warda El-Yaziji dan
Zainab Fawwaz yang telah mengekspresi kemunculan kesedaran feminise dalam puisipuisi, esei, dan cerita-cerita mereka.45 Maka jelas bahawa golongan feminisme yang
berfahaman liberal ini cuba meperjuangkan pelbagai aspek kehidupan yang konon
perlunya menjadi hak wanita.

41

Ibid.
Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat: Ancaman Postmordenisme Terhadap
Umat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, h. 45.
43
____________, (1994). The New Encyclopedia Britannica. op.cit, h. 731.
44
Indriaty Ismail (2006), op.cit, h. 168.
45
Ibid, h. 169.
42

37

2.2.6.

Hermeneutik

The New Encyclopedia Britanica menyebut bahawa hermenuetik adalah


pengkajian terhadap prinsip-prinsip umum mengenai penafsiran Bible.46 Sehubungan
dengan itu, dikatakan tujuan hermanuetik ini adalah untuk menemukan kebenaran dan
nilai-nilai

dalam

Bible.

Oleh

itu,

pelbagai

model

yang

digunakan

dalam

menginterpretasikan Bible untuk memastikan Bible sesuai dengan makna yang jelas dan
selari dengan kehendak penulis Bible. Selain itu hermaneutik ini juga dipengaruhi oleh
tradisi mistik Yahudi (Kabbala) yang diantaranya mencuba mencari makna makna
mistis dari angka-angka dan huruf-huruf Hebrew.47

Tambahan dengan kemunculan hermaneutika moden yang dipelopori oleh


Friedrich Schleiermacher (1768-1834) di mana cuba menetapkan semua jenis teks pada
posisi yang sama tanpa memperdulikan apakah teks itu devine (dari Tuhan) atau tidak
dan tidak lagi memperdulikan adanya autoriti dalam petafsirannya.48 Selain itu, metode
hermeneutik ini juga jelas menekankan aspek sejarah dan kedudukan penulis teks
tersebut. Justeru hal ini menggambarkan sikap liberal dikalangan pendokongnya.

2.2.7.

Pluralisme

Pluralisme di dalam Kamus Dewan di sebut sebagai keadaan yang majmuk,


kemajmukan, keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan,
kepercayaan agama dan sebagainya.49

Maka dapat diketahui

bahawa fahaman

46

Ibid.h.169.
Ibid, h.290-291.
48
Ibid, h.302.
49
Noresah binti Baharom (2002), op.cit, h.1046. Lihat perkataan pluralisme.
47

38

pluralisme agama adalah suatu kefahaman terhadap pelbagai agama-agama dan


beragam.50

Selain itu, fahaman Pluralisme agama telah diperkenalkan di Eropah oleh W.C.
Smith dengan nama universal teology of religion. Idea ini kemudiannya diteruskan
oleh John Hick dan Hans Kung dan mendapat sambutan yang hebat oleh masyarakat
dunia.51 Manakala bagi golongan liberalis pula fahaman pluralisme agama merupakan
suatu tuntutan yang amat penting bagi memperolehi kerukunan hidup beragama.
Dalam hal ini jelas menjadi unsur kepada liberalisme yang mementingkan toleransi.

Pada hakikatnya, semua agama asalnya berpegang pada eksklusivisme kerana


semua agama secara semula jadinya berpegang kepada fahaman tersebut. Akan tetapi
setelah golongan agama Barat menyedari bahawa mereka tidak mampu

untuk

mempertahankan kebenaran agama mereka secara rasional, maka mereka terpaksa


menyerah kepada gagasan yang dibawa oleh golongan sekular.52

Selain itu, fahaman Pluralisme agama mendapat kedudukan dalam proses


sekularisasi. Justeru, kajian yang bersifat fenomenologi yang diperkenalkan oleh para
sarjana Barat sekular jelas untuk membatasi peranan agama dan menggabungkannya
dengan pengaruh sosio-budaya. Setelah agama diletakkan dalam kerangka budaya maka
ia dengan sendirinya bersifat relatif dan subjektif.53

Di sini penulis dapat merumuskan bahawa semua unsur-unsur yang lahir


daripada fahaman Liberalisme Barat adalah untuk memperjuangkan hak kebebasan
50

Adian Husaini (2005), op.cit, h.21-22


Adnan Aslan (1998), Religious Pluralism in Christian and Islamic Philosophy: The Thought og John
Hick and Seyyed Hossein Nasr, Richmond Surrey: Curzon Press.
52
Khalif Muammar (2006), op.cit, h.62
53
Ibid.h, 62
51

39

dalam semua aspek sama ada teologi, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Secara
umum barat telah meninggalkan ajaran agama dan mereka memilih dengan tidak terikat
kepada ikatan agama.
2.3. PERKAITAN ANTARA JARINGAN
FAHAMAN LIBERALISME BARAT

ISLAM

LIBERAL

DENGAN

Pada tahun 1970 gagasan liberalisasi berkembang di Indonesia yang dipelopori


oleh Nurcholish Madjid. Beliau telah mengemukakan gagasan-gagasan tersebut pada 3
Januari 1970 yang bertempat di Gedung Pertemuan Islamic Research Center, Mentang
Raya, Jakarta.

Manakala matlamat gagasan-gagasan tersebut dilancarkan adalah

bertujuan untuk menjalankan proses liberalisasi terhadap agama Islam. Oleh yang
demikian, proses tersebut mengandungi tiga perkara iaitu sekularisasi (secularization),
kebebasan berfikir (freedom of thought) dan gagasan kemajuan ( idea of progress). 54
Seterusnya beliau mentakrifkan proses yang pertama ialah sekularisasi sebagai
suatu bentuk pembebasan terhadap pandangan-pandangan keagamaan yang keliru tetapi
ianya sudah mantap disebabkan pengaruh tradisi. Beliau juga berpendapat bahawa
membela Islam sama dengan membela tradisi. Maka lahirlah kesan bahawa kekuatan
Islam adalah kekuatan tradisi yang bersifat reaksioner.
Justeru, tegasnya inilah sebabnya Islam tidak mampu memberikan jawapan
yang sewajarnya terhadap proses modernisasi. Oleh itu, beliau menyarankan agar proses
sekularisasi menjadi langkah pembebasan sikap mental untuk mempersiapkan diri bagi
menerima proses modernisasi sebagai material, moral mahupun historis.55 Manakala
proses yang kedua ialah proses kebebasan berfikir amat diperlukan bagi melakukan
pengkaji terhadap agama untuk mendapatkan kebenaran secara objektif.

54

Nurcholish Madjid, Beberapa Renungan tentang Kehidupan Keagamaan untuk Generasi


Mendatang,Ceramah Budaya di Taman Ismail Marzuki, 21 Oktober. Lihat juga M. SyafiI
Anwar,(2006). Op.,cit, h.60
55
Ibid, h.61

40

Selain itu, beliau juga menyeru umat Islam supaya terbiasa dengan berfikir
secara ilmiah, rasional dan kritis terhadap perkembangan keadaan seiring dengan
proses modernisasi. Proses yang ketiga beliau juga berharap agar umat Islam bersikap
terbuka terhadap perubahan melalui proses modernisasi. Seterusnya beliau berharap
supaya umat Islam tidak menolak proses modernisasi. Tegasnya umat Islam mestilah
bersikap kritis dan selektif terhadap proses tersebut dan menggunakan idea-idea yang
baik daripada modernisasi itu sendiri. Beliau juga kesal dengan sikap umat Islam dan
para pemimpin mereka telah menjadi jumud.56
Gagasan liberalisasi yang didokong oleh Nurcholish Madjid telah disahut oleh
para intelektual Jaringan Islam Liberal. Golongan ini ingin menyegarkan kembali
pemahaman Islam dengan menegaskan perlunya suatu pembaharuan yang liberal
dalam pemikiran Islam.57 Ini dapat dilihat daripada kenyataan Koordinator JIL, Ulil
Abshor Abdalla yang telah menegaskan bahawa Islam Liberal dapat menerima bentuk
negara sekular kerana negara sekular boleh membawa kekuatan kebaikan dan
kemaksiatan dengan menyeluruh.58 Golongan ini juga memperjuangkan empat agenda
iaitu sistem politik demokrasi, telorensi agama, emansipasi wanita dan kebebasan
berpendapat.59
Luthfi Assyaukanie telah menjelaskan bahawa fahaman liberal di kalangan
umat Islam ini muncul daripada gerakan kebangkitan Islam sejak awal abad ke-19 di
seluruh dunia Islam. Justeru, pada satu aspek, istilah liberal sendiri bermaksud
pembebasan yang menyeluruh. Manakala pada satu sisi, ia bererti pembebasan umat
Islam dari kolonialisme yang mana pada waktu itu sedang menguasai hampir seluruh

56

Ibid,h.61
Ahmad Gaus Af, (2005). Op.,cit, h.98
58
Ulil Abshar Abdalla, (2001). Majalah Tempo. Op,cit, h.xxx. sila rujuk http: // www.Islamlib.com.
25/11/2008
59
Luthfi Assyaukanie, (2007). Op.,cit ,h.72
57

41

dunia Islam. Manakala pada aspek lain, ia bererti pembebasan umat Islam dari fikiran
yang jumud dan fahaman agama yang mengongkong kemajuan.60
Selanjutnya Ulil Abshar Abdalla berpendapat bahawa liberal di kalangan umat
Islam ini adalah merujuk kepada agama Islam yang memberikan kebebasan kepada
individu dan pembebasan daripada sosial politik yang menindas. Liberal ditakrifkan
olehnya dengan dua definisi iaitu kebebasan dan pembebasan. Justeru, beliau percaya
bahawa Islam sentiasa disandarkan dengan kata sifat kerana pada hakikatnya Islam
ditafsirkan secara berbeza-beza mengikut kesesuaian pentafsirnya. Selain itu, beliau
memilih satu tafsiran dan seterusnya kata sifat tersebut disandarkan kepada Islam iaitu
liberal. Maka dengan itu lahirlah istilah Islam Liberal dan beliau juga mengasaskan
kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL).61
Kesimpulannya Jaringan Islam Liberal telah terpengaruh dengan fahaman
Liberalisme Barat kerana mereka mahu menegakkan gagasan liberalisasi yang
diperkenalkan oleh Nurcholish Madjid. Di samping itu mereka juga ingin melakukan
pembaharuan yang liberal dalam pemikiran Islam agar Islam dipandang mulia oleh
golongan non muslim dan sebagainya.
2.4. PERKEMBANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL) DI INDONESIA:
Pada tanggal 9 March 2001 Jaringan Islam Liberal ditubuhkan.62 Ini
diperkuatkan lagi oleh kenyataan saudara Novriantoni yang menyatakan bahawa
Jaringan Islam Liberal ditubuhkan pada tarikh tersebut.63 Dalam masa yang sama
golongan

ini

melancarkan

sebuah

laman

web

yang

diberi

nama

60

Ibid, h. 61.
Budi Handrianto, (2007) .Lima puluh Tokoh Islam Liberal Indonesia Pengusung Ide
Sekularisme,Pluralisme, dan Liberalisme Agama. Cet. 2. Jakarta Timur: Hujjah press, h.265.
62
Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006). Pewaris Pemikiran Pembaruan Islam di Indonesia.
Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.301
63
Temubual dengan Novriantoni pada hari Khamis 4.12.2008. Pukul 5.30-6.30 ptg, di Pejabat Jaringan
Islam Liberal Jalan Utan Kayu N0 68H. Jakarta.
61

42

islamliberal@yahoogroup.com yang pada mulanya dianggotai oleh puluhan aktivis


intelektual muda sahaja daripada pelbagai persatuan muslim moderat. Jaringan ini
dianggap sebagai sebuah forum bersama umat Islam moderat bagi mendokong gagasan
mereka mengenai isu-isu sosial keagamaan dari perspektif demokrasi dan pluralisme.
Justeru kemunculan Jaringan ini pada awal tahun 2001 amat bersejarah dengan
menampilkan pandangan golongan muslim moderat melalui media massa. 64
Selain itu, penubuhan jaringan ini juga berkait rapat dengan penentangan
terhadap golongan garis keras seperti Hizbut Tahrir, FPI (Front Pembela Islam ) JI (
Jamaah Islamiyyah) dan sebagainya. Golongan ini juga dianggap sebagai pro kepada
keganasan, kekerasan dan sebagainya.65 oleh itu, jaringan ini juga telah berusaha untuk
tampil

ke

dalam

masyarakat

dengan

mengadakan

sebuah

program

yang

menghimpunkan pandangan keagamaan yang mencerminkan demokrasi, plural, sensitif


gender dan bermatlamatkan kepada kemajuan. Di samping itu, ianya berusaha
memperlihatkan wajah golongan muslim moderat sebagai sebuah kesatuan.66
2.5.0. Para aktivis Jaringan Islam Liberal
Terdapat beberapa tokoh utama JIL, antaranya:
1. Luthfi Assyaukanie
Beliau merupakan aktivis Jaringan Islam Liberal di Jakarta. Seterusnya beliau
menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda di Fakulti Shariah daripada
Jordan Universiti, Amman Jordan. Kemudiannya beliau menamatkan pengajian
di peringkat sarjana di International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur Malaysia dengan berjaya menghasilkan
tesis yang bertajuk Pemikiran Arab Kontemporer. Selain itu, beliau merupakan
64

Nong Darol Mahmada dan Burhanuddin, (2006).op.,cit,h.301


Ibid, 302
66
Ibid,h,302
65

43

pensyarah di Fakulti Sejarah dan Pemikiran Islam di Universiti Paramadina


Jakarta. Sekarang beliau menyambung pengajiannya di peringkat ijazah
kedoktoran di Melbourne Institute of Asian Languages and Societies (MIALS),
daripada University of Melboure, Australia.67
2. Nong Darol Mahmada
Beliau menamatkan pengajian di dalam jurusan Tafsir Hadith Fakulti Usuluddin
daripada UIN Jakarta pada tahun 1998. Beliau kemudiannya menjadi mantan
Imam forum Mahasiswa Ciputat. Seterusnya beliau merupakan aktivis Jaringan
Islam Liberal dan beliau menjadi salah satu koordinator di divisi Pengembangan
Media dan Advokasi daripada ISAI Jakarta. Kini beliau menjawat jawatan
sebagai salah seorang manager di Freedom Institute Jakarta.68
3. Ulil Abshor Abdalla
Beliau dilahirkan di Pati, Jawa Tengah pada 11 Januari 1967M. Seterusnya,
beliau melanjutkan pendidikannya di Madrasah Mathali ul Falah, Kajen, Pati,
Jawa Tengah. Kemudiannya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat
sarjana muda dalam bidang Syariah Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab
(LIPIA).69 Selain itu, beliau merupakan koordinator Jaringan Islam Liberal
Jakarta dan menyandang jawatan direktur program Freedom Institute Jakarta.70
4. Dr Abd Moqsith Ghazali
Beliau mendapat master dari UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Manakala beliau
juga mendapat sarjana Kedoktoran di Universiti yang sama. Di samping itu,
beliau juga menjadi sebagai koordinator kajian Jaringan Islam Liberal Jakarta.
67

Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 287


Ibid,h. 288
69
Budi Handrianto, (2007). Op.,cit, h.265
70
Ulil Abshar Abdalla, ( 2005). Op.,cit, h. 290
68

44

Ia sebagai pensyarah di Universiti Paramadina Jakarta dan Perguruan Tinggi


Ilmu al-Quran (PTIQ), Jakarta.71
5. Hamid Basyid
Beliau merupakan salah seorang aktivis Jaringan Islam Liberal. Selain itu,
beliau merupakan alumni daripada Universiti Islam Indonesia (UII),
Yogyakarta. Kini beliau aktif di Yayasan Aksara dan menjadi penerbit buku
Alfabet, Jakarta dan dalam masa yang sama beliau turut menjadi perintis kepada
penubuhan The Indonesia Institute Jakarta.72
6. Novriantorni
Beliau menamatkan persekolahannya di PP Darussalam Gontor Ponotogo.
Manakala beliau merupakan bekas mahasiswa Universiti al-Azhar dalam
jurusan Aqidah Filsafat. Beliau juga melanjutkan ijazah sarjana dalam bidang
sosialogi di Pascasarjana Universiti Indonesia. Akhir sekali beliau bertugas
sebagai redaktur Jaringan Islam Liberal (JIL), Jakarta.73
7. Muhammad Guntur Ramli
Mantan Aktivis JIL dan Peneliti di P3M Jakarta. Beliau garduan Universiti alAzhar di dalam bidang Akidah dan falsafah di Kaherah.Mesir.74
Sesungguhnya terdapat ramai lagi para aktivis JIL yang sedang aktif bergerak
dalam kumpulan ini. Masing-masing berperanan menggerakkan JIL bagi mencapai
objektif penubuhannya.

71

Ibid, h.285
Ibid, h.286
73
Ibid, h.288
74
Ibid, h.288
72

45

2.6.0 PRINSIP-PRINSIP JARINGAN ISLAM LIBERAL


Jaringan Islam Liberal adalah suatu bentuk pentafsiran tertentu terhadap Islam dengan
berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. MEMBUKA PINTU IJTIHAD PADA SEMUA DIMENSI
Aliran pemikiran Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad atau
penalaran rasional terhadap teks-teks Islam adalah prinsip utama yang memungkinkan
Islam terus boleh bertahan dalam segala keadaan. Penutupan pintu ijtihad, baik secara
terbatas atau secara keseluruhan, adalah ancaman terhadap Islam itu sendiri, kerana
dengan demikian Islam akan mengalami kehancuran.
Selain itu, Jaringan Islam Liberal mempercayai bahawa ijtihad boleh
diselenggarakan dalam semua segi, baik segi muamalat (interaksi sosial), ubudiyyat
(ritual), dan ilahiyyat (teologi).75

Golongan ini memandang bahawa penggunaan

ijtihad dalam Ubudiyat memang lebih sempit dibandingkan dengan dua ruang lainnya.
Matlamat yang hendak disampaikan oleh mereka adalah bertujuan supaya umat Islam
boleh terus menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan zaman dan menjadi muslim
yang baik.76
b. MENGUTAMAKAN SEMANGAT RELIGIO ETIK, BUKAN MAKNA
LITERAL TEKS
Konsep Ijtihad yang dikembangkan oleh Jaringan Islam Liberal adalah usaha
untuk mentafsirkan Islam berdasarkan semangat religio-etik (ertinya semangat
beragama) Quran dan Sunnah Nabi. justeru bukan mentafsirkan Islam semata-mata
75

http://www.Islamlib.com. 20/07/2008
Suciati. S.Sos, M.Si, (2006). Mempertemukan Jaringan Islam Liberal dengan Majelis Tarjih PP
Muhammadiyah.Cet.1. Yogyakarta: Arti Bumi Intaran,h.49.
76

46

berdasarkan makna literal sebuah teks. Pentafsiran yang literal hanya akan
melumpuhkan Islam. Oleh itu, melalui penafsiran yang berdasarkan semangat religioetik, Islam akan hidup dan berkembang secara kreatif menjadi sebahagian dari
peradaban kemanusiaan yang bersifat universal. 77
c. MEMPERCAYAI KEBENARAN YANG RELATIF, TERBUKA DAN
PLURAL
Jaringan Islam Liberal ini juga berdiri pada gagasan tentang kebenaran (dalam
pentafsiran keagamaan) sebagai sesuatu yang relatif. Ini kerana pentafsiran adalah suatu
kegiatan manusiawi yang terkongkong oleh konteks tertentu; terbuka, kerana setiap
bentuk pentafsiran berkemungkinan salah dan berkemungkinan benar; plural, kerana
pentafsiran keagamaan, dalam satu dan lain cara, adalah cerminan daripada keperluan
seorang pentafsir di suatu masa dan ruang yang terus berubah-ubah.78
d. MEMIHAK PADA YANG MINORITI DAN TERTINDAS
Jaringan Islam Liberal menumpukan kepada pentafsiran Islam yang memihak
kepada kaum minoriti yang tertindas dan dipinggirkan. Setiap struktur sosial-politik
yang mengamalkan ketidakadilan ke atas golongan minoriti adalah berlawanan dengan
semangat Islam. Minoriti di sini difahami dalam maknanya yang luas, mencakupi
minoriti seperti agama, etnik, ras, jender, budaya, politik dan ekonomi.79
e. MENYAKINI KEBEBASAN BERAGAMA
Golongan Jaringan Islam Liberal meyakini bahwa urusan beragama dan tidak
beragama adalah hak perseorangan yang mesti dihormati dan dilindungi. Selain itu,

77

http://www.Islamlib.com. 20/07/2008
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
79
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
78

47

Jaringan Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan (persekusi) ke atas dasar suatu
pendapat atau kepercayaan.80
f. MEMISAHKAN OTORITI
KEAGAMAAN DAN POLITIK

Golongan ini juga

DUNIAWI

DAN

UKHRAWI,

OTORITI

menyakini bahawa kekuasaan keagamaan dan politik mestilah

dipisahkan. Islam Liberal menentang negara agama (teokrasi). Selain itu, Jaringan Islam
Liberal juga menyakini bahawa bentuk negara yang sihat bagi kehidupan agama dan
politik adalah negara yang memisahkan kedua-dua hal tersebut. Justeru, agama
merupakan

sumber inspirasi yang dapat mewujudkan sebuah perundangan kepada

masyarakat, tetapi agama tidak memiliki hak suci untuk menentukan segala bentuk
perundangan kepada masyarakat. Oleh itu, agama berada di ruang privat, dan urusan
masyarakat semestinya diselenggarakan melalui proses Ijma.81
2. 6.1. MENGAPA DISEBUT JARINGAN ISLAM LIBERAL?
Menurut golongan ini nama Jaringan Islam liberal menggambarkan prinsipprinsip yang mereka anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan
pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. Liberal di sini mempunyai
dua maksud iaitu kebebasan dan pembebasan. Golongan ini mempercayai bahawa
Islam selalu disandarkan

dengan kata sifat, kerana

pada kenyataannya Islam

ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keperluan pentafsirnya. Justeru, mereka


memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, iaitu
liberal bagi

mewujudkan Islam Liberal, dan mereka membentuk Jaringan Islam

Liberal (JIL). 82

80

http://www.Islamlib.com 20/07/2008
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
82
http://www.Islamlib.com 20/07/2008
81

48

2.6.2. MENGAPA JARINGAN ISLAM LIBERAL?


Tujuan utama mereka

adalah menyebarkan gagasan Islam Liberal seluas-

luasnya kepada masyarakat. Kemudiannya mereka memilih suatu bentuk jaringan,


bukan organisasi kemasyarakatan, ataupun parti politik. Jaringan Islam Liberal adalah
wadah yang memberikan kelonggaran kepada siapa sahaja yang memiliki aspirasi dan
kepekaan terhadap gagasan Islam Liberal.83
2.6.3. MATLAMAT JARINGAN ISLAM LIBERAL
Jaringan Islam Liberal telah menggariskan beberapa matlamat penubuhannya
dan ia adalah seperti berikut:
Pertama: golongan ini ingin mengembangkan pentafsiran Islam yang liberal
bertepatan dengan prinsip-prinsip yang mereka pegang dan menyebarkan seluas
mungkin kepada masyarakat awam.84
Kedua: mengusahakan terbukanya ruang dialog yang bebas dari tekanan
fahaman konservatisme. Oleh itu, mereka menyakini bahawa dengan terbukanya ruang
dialog dapat mecambahkan idea pemikiran dan gerakan yang sihat.85
Ketiga: mengusahakan supaya kewujudan struktur sosial dan politik yang adil
dan bersifat kemanusiaan.86
Secara

umumnya,

gerakan

ini

bertujuan

untuk

menandingi

gerakan

fundamentalis keagamaan di Indonesia serta ingin mempamerkan kepada masyarakat


awam terhadap pemahaman keagamaan yang berkonsepkan pluralis dan demokratis.
Selain itu, Jaringan ini juga dapat membendung penerapan syariat Islam secara
83

http://www.Islamlib.com 20/07/2008
Nong Darul Mahmada dan Burhanuddin. Jaringan Islam Liberal (JIL): Pewaris Pemikiran Pembaruan
Islam Di Indonesia. Cet.1. Jakarta Selatan: Jaringan Islam Liberal,h.312
85
Ibid,h.312-313
86
Ibid,h.313
84

49

menyeluruh dan ia juga mendokong dan menyebarkan gagasan keagamaan Islam yang
pluralis, terbuka dan humanis serta mencegah pandangan-pandangan keagamaan yang
militan dan pro keganasan .87
2.7.0. EMPAT AGENDA UTAMA JARINGAN ISLAM LIBERAL
Menurut Luthfi Assyaukanie, Jaringan Islam Liberal mempunyai empat agenda
iaitu sistem politik sekular, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan
berpendapat. Oleh itu, golongan ini berharap agar umat Islam melihat empat agenda
tersebut dari perspektif mereka sendiri dan bukan dari perspektif masa silam yang
menimbulkan kontroversi dalam menyelesaikan permasalahan dengan baik.88
Lutfhi as-Syaukanie membawakan pandangan Ali Abd al-Raziq mengenai
pelaksanaan negara Islam. Jelas sekali Ali Abd al-Raziq menegaskan bahawa Islam
adalah agama moral. Manakala Nabi Muhammad s.a.w., diutuskan kepada bangsa Arab
bagi memperbaiki akhlak mereka. Maka tugas baginda adalah menyampaikan risalah
kenabian yang memiliki ajaran-ajaran moral. Semasa baginda mendirikan negara
Madinah, baginda tidak pernah menyatakan bagaimana bentuk pemerintah yang harus
diterapkan dan tidak juga baginda menetapkan kepada para Khulafa al-Rashidun suatu
bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu pandangan sesetengah orang bahawa agama
Islam menyuruh umatnya menegakkan negara Islam dengan perundangan dan sistem
politik Islam adalah pandangan yang keliru.
Selain itu, sejarah membuktikan bahawa apa yang dianggap sistem yang Islami
tidak lain adalah ijtihad politik daripada para sarjana muslim selepas pemergian baginda
s.a.w. Oleh yang demikian, pemilihan ketua negara dan sistem pemerintahan yang
diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakr r.a amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh

87
88

Ibid,h.313
Luthfi Assyaukanie, (2007). Islam Benar versus Islam Salah. Cet.1. Jakarta Selatan: KataKita,h.72

50

Sayyidina Umar Ibn al-Khattab. Begitulah seterusnya apa yang dilaksanakan oleh
mereka amat berbeza sama sekali. Ali Abd al-Raziq telah merumuskan bahawa sistem
khilafah bukanlah merupakan kewajipan kepada umat Islam untuk menegakkannya dan
ianya bukan sama sekali daripada ajaran Islam.

89

Beliau telah menlontarkan

pandangannya seperti berikut:


Agama Islam terbebas daripada khilafah yang dikenali oleh umat Islam
selama ini. Ianya juga bukanlah sebahagian daripada ajaran agama bagi
menguruskan negara. Bahkan ianya adalah rencana politik yang tidak ada
kaitan dengan ajaran agama. Justeru, agama tidak pernah mengenalnya,
menolaknya, memerintahkannya apatah lagi melarangnya. Namun ianya
merupakan sesuatu yang ditinggalkan kepada kita supaya kita
menentukannya berlandaskan kaedah rasional, pengalaman dan aturanaturan politik. Begitu juga dengan lembaga ketenteraan, pengurusan
wilayah dan pentadbiran negara ianya tidak ada kaitan dengan agama.
Sebaliknya ia diserahkan kepada rasional akal dan juga pengalaman
manusia untuk menggubalnya dengan baik.90

Manakala pilihan tersebut menurut beliau, sama ada dalam bentuk sebuah
negara, republik, kerajaan, semi kerajaan, berparlimen dan sebagainya merupakan
pilihan manusia dan ianya bukan sama sekali pilihan Tuhan kerana umat Islam
mengetahui urusan keduniaan mereka sendiri sepertimana yang disabdakan oleh
Baginda Nabi s.a.w., yang berbunyi:


:


: (( )) :

(( : : (( )) :

91
))

89

Luthfi Assyaukanie, (2006). Tak ada Negara Islam dari pandangan daripada Ali Abd al-Raziq.Cet.1.
Jakarta: Jaringan Islam Liberal,h. 2-3
90
Ali Abd al-Raziq, (1925).op.,cit, h. 103
91
Al-Imam al-Hafiz Abi al-Husain Muslim, (t.t). Sahih Muslim. Kitab al-Fadhail. Jil. 4. Al-Kaherah: Dar
Ihya al-Kutub al-Arabiyyah, No hadith 2363., h. 1836

51

Terjemahan:
Telah diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Abi Shaiybah dan
Amru al-Naqid, kedua meraka meriwayatkan hadith daripada alAswad bin Amir. Maka telah berkatalah Abu Bakr. Telah
diriwayatkan daripada al-Aswad bin Amir, maka telah
diriwayatkan daripada Hammad bin Salamah daripada Hisham bin
Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah dan daripada Thabit,
daripada Anas; sesungguhnya Nabi s.a.w., menemui sekelompok
manusia
Maksudnya : Kamu lebih mengetahui mengenai urusan
keduniaan kamu.

Oleh itu, tegasnya lagi urusan politik adalah urusan dunia. Maka menjadi hak
umat Islam memutuskannya. Beliau berani berhujah dengan alasan bahawa tidak
terdapat suatu ayat pun di dalam al-Quran yang memerintahkan umat Islam
membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Apa yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T kepada mereka ialah supaya memiliki keperibadian yang jujur dan berlaku adil
sesama mereka dan beliau turut berpendapat bahawa pada masa kini dalam sistem
politik boleh diterima apa pun cara termasuklah sistem demokrasi yang dianggap
merupakan jalan alternatif yang terbaik jika dipraktikkan.92 Selain itu, Ulil Abshar
Abdalla berpendapat bahawa JIL boleh menerima negara sekular kerana negara sekular
di dalamnya mempunyai unsur-unsur keagamaan dan juga unsur-unsur kemaksiatan.93
Justeru, penulis dapat merumuskan bahawa di antara agenda uatama yang
diperjuangkan oleh aktivis liberal ini ialah sistem politik demokrasi yang mutlak.
Menurutnya

Nabi S.A.W., menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat sepotong ayat al-Quran yang
menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau
92

Ibid,h.72
Ulil Abshar Abdalla. (2001). Op.,cit. Edisi 19-21. Bil. 38, h. xxx. Sila rujuk, http:// www. Islamlib.com.
25/11/2001
93

52

melihat bahawa sistem demokrasi yang mutlak merupakan cara yang terbaik jika
diamalkan.
Manakala menurut beliau agenda yang kedua adalah kehidupan dan hubungan
antara agama. Tambahnya lagi, masyarakat majmuk yang wujud di serata dunia Islam
dewasa ini memerlukan kepada teologi Pluralisme. Beliau membawa contoh yang
berlaku di dalam masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.,
yang sering kali dijadikan model kepada konsep toleransi dalam kehidupan beragama
dalam Islam. Maka dengan ini Islam dianggap sebagai sebuah agama yang
menghormati kewujudan pelbagai agama dan ianya bersifat inklusif dan toleransi.
Tambah beliau lagi, dalam kehidupan antara agama tidak hanya tertakluk
kepada pengalaman negara Madinah malahan kitab suci al-Quran yang menjadi
panduan kepada umat Islam sendiri banyak terkandung ayay-ayat yang mewajibkan
umat Islam tidak hanya menghormati keberadaan pelbagai agama lain tetapi menyeru
mereka mencari kesamaan ( kalimatun sawa).94
Banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t memberikan
jaminan kepada para penganut agama lain seperti Yahudi, Kristen, Sabean dan
sebagainya akan memperolehi ganjaran pahala sesuai dengan perbuatan baik yang
dilakukan oleh mereka dan diberikan jaminan kepada mereka dengan berada di dalam
perlindungan Allah s.w.t., ayat yang berbunyi:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani,


Shabiin (semacam ahli Kitab). Barang siapa yang beriman di antara
mereka itu kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal salih. Maka
bagi meraka memperoleh ganjaran pahala di sisi Tuhan dan tiada
94

Ibid,h.74

53

ketakutan ke atas mereka tiada mereka berdukacita. (Surah al-Baqarah


ayat : 62).

Seterusnya beliau membawakan firman Allah S.W.T, yang berbunyi:




Maksudnya:

Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul. Maka mereka itu bersama
orang-orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka iaitu para nabi,
orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang salih. Alangkah
baiknya berteman dengan mereka itu.
(Surah al-Nisa ayat: 69)
Oleh itu, ayat-ayat tersebut saling menguatkan antara satu sama lain bagi
menyatakan bahawa semua agama selagi mana mengakui kepatuhannya kepada Allah
pada dasarnya adalah sama. Tegas beliau lagi, jangan hairan terhadap perkara tersebut
kerana Nabi Muhammad s.a.w., pernah bersabda yang berbunyi:95


96

:

Terjemahan:
Telah diriwayatkan daripada Umar bin Ali daripada Muin bin
Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin Abi Said al-Maqbiri
daripada Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : agama yang
paling dicintai oleh Allah adalah al-hanafiyyah al-samhah yang
bermaksud agama yang bertoleransi.

Selain itu, Budhy Munawar-Rahman telah membawakan pandangan Nurcholish


Madjid mengenai konsep persamaan di antara semua agama

( kalimah sawa).97

95

Ibid,h. 74
Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182
97
Budhy Munawar-Rachman, ( 2001). Islam Pluralis Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Cet. 1. Jakarta:
Paramadina, h.55
96

54

Menurut Nurcholish konsep tersebut telah difirmankan oleh Allah s.w.t., yang
berbunyi:




Maksudnya:
Katakanlah (olehmu, Muhammad) Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada
satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya
sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan
sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka berpaling
(enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.
(Surah Ali Imran ayat: 64)
Tegasnya lagi, berdasarkan ayat di atas titik persamaan di antara semua agama samawi
ialah prinsip penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa.98
Di samping itu, beliau juga membawakan sepotong hadith Nabi s.a.w yang
berbunyi:


99

:

Telah diriwayatkan daripada Umar bin Ali daripada Muin bin
Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin Abi Said al-Maqbiri
daripada Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : Sebaik-baik
agama di sisi ialah al-hanafiyyah al-samhah iaitu semangat mencari
kebenaran secara berlapang dada, bertoleransi, tidak jumud, tanpa
kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa.

98
99

Nurcholish Madjid,(1995). Islam, Doktrin dan Peradaban. Cet. 3. Jakarta: Paramadina, h. 7-8
Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182

55

Ringkasnya golongan liberalis menganggap semua agama samawi adalah sama


kerana prinsip penyembahan hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu,
mereka juga membawakan argumentasi daripada al-Quran dan al-Hadith bagi
menyokong hujah mereka.
Agenda yang ketiga ialah emansipasi wanita di mana ianya menyeru umat
Islam bagi memikirkan kembali beberapa doktrin agama yang merugikan dan menindas
golongan wanita. Walaupun pada hakikatnya, doktrin-doktrin tersebut amatlah
bertentangan dengan semangat prinsip Islam yang mengakui hak persamaan dan
menghormati hak semua jantina. Namun menurut gagasan ini sudah sampai masanya
bagi umat Islam bersikap kritis dalam menilai warisan keagamaan mereka. Ini kerana
sebahagian daripada pesan-pesan yang terkandung dalam warisan-warisan keagamaan
itu dibentuk mengikut keadaan sosial-budaya

yang tertentu. Justeru, ianya perlu

kepada pentafsiran dan pemahaman semula.100 Al-Quran telah menyatakan perihal


tersebut:









Maksudnya:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan


yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan
perempuan yang khusuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki
dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah.
Maka Allah telah menyediakan kepada mereka keampuanan dan mendapat
ganjaran pahala yang besar. (Surah al-Ahzab ayat 35).

100

Ibid,h.74

56

Manakala Dr Nasaruddin Umar telah mengemukakan pendapatnya mengenai


konsep keserataan gender dengan membawa argumentasi daripada ayat-ayat al-Quran.
Misalnya firman Allah yang berbunyi:



Maksudnya:
Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.
(Surah al-Dhariyat ayat 56)

Seterusnya beliau membawakan firman Allah yang berbunyi:



Maksudnya:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling bersua kenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Maka sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha mengenali.
(Surah al-Hujarat ayat: 13 )
Beliau juga membawakan firman Allah s.w.t.,yang berbunyi:



Maksudnya:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, sama ada lelaki mahupun
wanita dalam keadaan beriman. Maka akan kami berikan kepada mereka
kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami member ganjaran pahala
kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah al-Nahl ayat: 97)

57

Beliau menegaskan lagi bahawa peranan lelaki dan wanita adalah sebagai
khalifah di muka bumi dengan membawa firman yang berbunyi:



Maksudnya:
Dan Dialah yang menjadikan kamu semua sebagai para khalifah di muka
bumi dan Dialah yang mengangkat sebahagian daripada kamu beberapa
darjat untuk mengujimu mengenai apa yang diberikan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhan kamu amat segera siksaannya dan sesungguhnya
Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah al-Anam ayat: 165)
Beliau seterusnya mengemukakan lagi hujahnya dengan membawakan firman
Allah s.w.t., yang berbunyi:






Maksudnya:
Ingatlah ketika mana Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat :
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
Lalu mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikannya khalifah
di bumi orang yang melakukan kerosakan padanya dan menumpahkan
darah. Pada hal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
menyucikan Engkau?. Maka Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku lebih
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.
(surah al-Baqarah ayat : 30)

Oleh yang demikian, beliau menjelaskan bahawa kalimah khalifah dalam


kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan kepada salah satu jantina atau etnik tertentu.
Maka lelaki dan perempuan mempunyai fungsi yang sama sebagai khalifah di mana

58

mereka akan memegang amanah dan tanggungjawab di muka bumi.101 Ringkasnya


ayat-ayat tersebut saling berkait antara satu sama lain bagi memperlihatkan konsep
kesamarataan di antara kaum Adam dan Hawa yang dibawa oleh Jaringan Islam
Liberal.
Selain itu, golongan liberalis juga memberikan hak kepada golongan wanita
untuk menjadi imam di dalam solat. Ini boleh dilihat kepada kenyataan Husein
Muhammad, menurutnya golongan wanita dibolehkan menjadi imam di dalam solat
bagi siapa sahaja sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita.102 Beliau memberikan
argumentasi dengan menyandarkan kepada hadith Ummi Waraqah yang mana
dianggapnya sebagai lebih kuat keabsahan sanad apatah lagi matannya.103

Hadith

tersebut berbunyi:



: .
:
.
104
.

Terjemahan :
Telah diriwayatkan oleh al-Hassan bin Hammad al-Hadrami:
daripada Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai daripada
Abd al-Rahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti Abd Allah
ibn al-Harith. Maka beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w, telah
berkunjung ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi
Muadzin bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat
bersama ahli keluarganya. Seterusnya berkatalah Abd al-Rahman: Aku
melihat Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.

101

Nasaruddin Umar, (2001). Argumen Kesetaraan Jender Perspektif al-Quran. Cet.2. Jakarta Selatan:
Paramadina,h.253.
102
Ulil Abshar Abdalla, (2005). Ijtihad Islam Liberal Upaya merumuskan Keberagamaan Yang Dinamis.
Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal Jalan Utan Kayu No.68H, h,279
103
Ibid, h.281.
104
Abi Daud, ( t.t). Sunan Abi Daud. Jil. 3. Mesir : Dar al-Fikr al Islami, h.208-209

59

Tegasnya lagi, hadith ini amat jelas sekali dibolehkan bagi golongan wanita
menjadi imam di dalam solat berdasarkan kepada zahir ayatnya dan disebut juga di
dalam hadith tersebut golongan yang turut menjadi mamum seperti seorang lelaki yang
lanjut usia.105
Di sini penulis, dapat meyimpulkan bahawa golongan liberalis sememangnya
mendukung agenda emansipasi wanita yang berhubungkait dengan kesamarataan
gender. Bagi mereka wanita mempunyai hak kesamarataan dengan golongan lelaki
dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan negara. Selain itu, engan
tegasnya golongan ini mengatakan kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam
dalam mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan
lelaki dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba
dan pemakmur alam ini.
Disebabkan itu, golongan ini membolehkan kaum wanita mengimami kaum
lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan
oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi S.A.W.,
menyuruh Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di
dalam rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur.
Seterusnya Lutfhi as-Syaukanie menjelaskan agenda yang terakhir ialah
kebebasan berpendapat yang menjadi begitu penting dalam kehidupan umat Islam pada
zaman sekarang ketika mana persoalan ini berkait rapat dengan masalah hak asasi
manusia. Oleh itu, Islam sudah tentu amat menghormati hak asasi manusia dan juga
menghormati kebebasan berpendapat.
Apabila dibuka semula pintu ijtihad yang telah ditutup lebih daripada satu abad
lamanya, maka tidak ada sebarang alasan bagi seorang muslim berasa takut untuk
105

Ulil Abshar Abdalla, (2005).Op.,cit, h.281

60

memiliki pandangan tersendiri. Selain itu, pandangan mengenai ijtihad merupakan


sesuatu yang amat dihargai dan dihormati dalam agama Islam. Beliau mengemukakan
kaedah fekah yang menegaskan bahawa seseorang akan diberikan dua ganjaran pahala
jika sekiranya benar dalam berijtihad dan dia akan diberikan satu ganjaran jika salah.106
Maka di atas prinsip ini, golongan ini berpendapat Islam amat menghargai
pandangan seseorang itu. Oleh itu, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang orang
lain memiliki kebebasan pendapat. Namun Islam mengakui wujudnya batasan dalam
berpendapat. Maksud berpendapat adalah persoalan cara dan bukan pemilikan yang
berimplikasi pada masalah hukum yang menjadi urusan negara. Manakala seseorang
yang melanggar cara-cara berpendapat akan berhadapan dengan undang-undang yang
telah disusun oleh negara. 107
Justeru, bagi mereka isu-isu kebebasan berpendapat yang selama ini menimpa
umat Islam adalah menjadi tanggungjawab negara bagi menyelesaikannya dan ianya
bukan merupakan tanggungjawab para ulama. Maka para ulama tidak mempunyai hak
bagi menilai dan juga menghukum individu yang berkaitan dengan kebebasan
berpendapat.108
Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat yang
diperjuangkan oleh aktivis JIL ini adalah berdasarkan kepada hujah bahawa Islam
menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep
Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama malahan sesiapa sahaja boleh
melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan dihargai oleh Islam.
Ringkasnya golongan ini ingin memperlihatkan kepada masyarakat awam
dengan apa yang dilakukan ini menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi
106

Luthfi Assyaukanie, (2007). op.cit.,h.75


Ibid,h.75
108
Ibid,h.75
107

61

masyarakat non muslim dan ianya selari dengan perkembangan di zaman kontemporari.
Bagi golongan JIL empat agenda utama yang diperjuangkan iaitu sistem politik,
toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang

diberikan

penekanan oleh mereka ini adalah bertujuan untuk memuliakan dan memartabatkan
kembali agama Islam yang kini dianggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat
non muslim terutamanya barat. Selain itu golongan JIL juga mengharapkan agar Islam
akan dipandang mulia dengan sifat universal, plural, bertoleransi dan sebagainya.
2.8.0. ANALISIS PANDANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

Penulis berpendapat bahawa keempat-empat agenda yang dibawa oleh golongan


liberalis banyak menggunakan rasional akal semata-mata untuk membuat pentafsiran
yang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Selain itu, penulis juga akan cuba
menjawab berkenaan keempat-empat agenda tersebut dengan membawakan pandangan
para ilmuan Islam.
Bagi menjawab agenda pertama iaitu mengenai sistem politik yang tidak terikat
dengan keagamaan atau sistem demokrasi mutlak, penulis akan membawakan beberapa
argumentasi bagi menjawab permasalahan tersebut. Menurut Dr Fathi al-Durayni
Islam telah pun melakukan perubahan pada konsep agama kerana ia berbeza dengan
agama lain. Tegasnya Islam telah menghubungkan agama dengan politik, sains, dunia
dan akhirat. Sehubungan itu, segala aktiviti yang dilakukan oleh seseorang muslim itu
maka ianya dianggap sebagai ibadah apatah lagi dalam bidang politik.109
Seterusnya Dr Abd al-Karim Zaidan pula berpendapat bahawa ajaran Islam
sesekali tidak pernah memisahkan sistem politik dengan agama. Tegasnya lagi,
sesungguhnya Rasulullah S.A.W., mendirikan sebuah negara Islam yang pertama di
109

Fathi al-Durayni, (1987). Khasa is al-Tashri al-Islami fi al- Siyasah wa al-Hukm. Cet. 2. Beirut:
Muassasat al-Risalah, h.14-15

62

Madinah selepas baginda berhijrah daripada Mekah. Selain itu, baginda juga menjadi
ketua negara Islam yang pertama di Madinah dan mengadakan perjanjian dengan kaum
Yahudi dan sebagainya. Maka hal ini menunjukkan perihal seorang pemimpin negara
Islam.110 Begitu juga dngan pendapat Syaikh Atiah Saqar yang menjelaskan bahawa
Islam tidak pernah meminggirkan politik. Bahkan politik merupakan sebahagian
daripada Islam.111
Manakala Dr Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa Islam dengan politik
dilihat sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada agama Islam. Selain itu, beliau
menegaskan bahawa pemisahan sistem politik daripada Islam merupakan suatu
kejahilan dalam memahami ajaran Islam.112 Seterusnya beliau membawakan sepotong
ayat al-Quran yang berbunyi:





Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada
yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan
hukum di antara manusia agar kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Nisa ayat: 58)

Tegas

beliau lagi ayat di atas merupakan salah satu perlembangan Allah

ataupun dikenali sebagai al-dustur al-Ilahi.113

110

Abd al-Karim Zaidan, ( 1992). Ushul al-Dakwah. Cet. 6. Irak: Maktabah al-Quds, h 205
Syaikh Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah :
al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 364-365
112
Yusuf al-Qardawi,(1997). Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Cet. 1. Mesir : Dar al-Shuruq, h.26
113
Ibid,h.26
111

63

Kesimpulanya, daripada pandangan yang telah dikemukakan oleh para sarjana


Islam tadi, maka jelaslah bahawa agama Islam tidak memisahkan antara agama dan
politik seperti mana yang berlaku di Barat. Malah ianya saling lengkap melengkapi
antara satu sama lain.
Seterusnya, penulis akan mengemukakan beberapa argumentasi dengan
menggunakan tafsir al-Quran bagi menjawab agenda kedua yang berhubungkait
dengan konsep toleransi agama atau pluralisme agama. Begitu juga dengan dakwaan
semua agama adalah sama dan setiap manusia tidak kira apa agamanya selagi mana dia
percaya kepada Tuhan maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Justeru surah alBaqarah ayat 62 dibawa bagi menjawab dakwaan tersebut.
Menurut hemah penulis ayat tersebut tidak menyatakan bahawa semua
golongan sama ada kaum Yahudi mahupun Sabien dianggap beriman. Tetapi ianya
menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan di kalangan mereka itu ada yang mahu
beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Ibn Kathir menegaskan bahawa ayat ini
diturunkan kerana Salman al-Farisi selalu memuji-muji golongan Ahl Kitab kerana
mereka beriman kepada Allah S.W.T., lalu Nabi s.a.w., menegaskan bahawa mereka
adalah ahli neraka.
Sesungguhnya kenyataan tersebut amat mengejutkan Salman. Kemudian
turunlah ayat tersebut yang menerangkan bahawa golongan tersebut tidak dianggap
beriman selagimana mereka tidak menyakini kepada kerasulan baginda. 114 Manakala
Imam al-Qurtubi pula berpendapat bahawa pendapat yang kuat adalah pendapat Ibn
Abbas. Tegasnya lagi ayat tersebut sudah dimansuhkan115 dengan ayat yang berbunyi:

114

Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004).Tafsir al-Quran al-Adzim al-Maruf Tafsir Ibn Khatir.
Cet. 6. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam h. 154. Lihat juga, _________________, (1994). Tafsir Pimpinan alRahman.Cet. 9. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h.21.
115
Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, (2000). Al-Jamili Ahkam al-Quran. Jil.1. Beirut: Dar al-Kutub alilmiyyah, h.296

64


Maksudnya:
Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai agamanya maka tidak
diterima daripadanya dan di akhirat kelak dia termasuk di dalam golongan
yang rugi.
(Surah Ali Imran ayat: 85)
Penulis juga membawakan firman Allah yang berbunyi:


Maksudnya :
Sesungguhnya satu-satunya agama di sisi Allah ialah agama Islam.
(Surah Ali Imran ayat: 19)

Seterusnya penulis melihat dalil tersebut menunjukkan bahawa hanya agama


Islam agama yang diredai oleh Allah S.W.T dan hanya agama Islam yang tinggi
kedudukanya sehinggakan tiada agama lain yang mampu menandinginya.
Selain itu, penulis membawakan pandangan para ulama dalam mentafsirkan
ayat ke-64 dari surah ali Imran di mana ayat ini telah diinterpertasikan oleh golongan
liberalis dengan menganggap semua agama samawi adalah sama di sisi Allah kerana
prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Maksudnya:

65

Katakanlah (olehmu, Muhammad) Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada


satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya
sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan
sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka berpaling
(enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.
(Surah Ali Imran ayat: 64)

Menurut Ibn Kathir ayat tersebut telah ditujukan kepada Ahl Kitab daripada
Yahudi dan Nasrani. Manakala kalimah Sawa yang bererti kalimah tauhid tetapi Nabi
Muhammad S.A.W., mengajak golongan Ahl Kitab supaya tidak menyekutukan-Nya
dengan apa jua bentuk persembahan dan menyeru mereka agar meng-Esakan Allah
S.W.T. Sekiranya mereka enggan beriman kepada Allah S.W.T., maka mereka
tergolong daripada orang-orang kafir.116
Al-Sobuni berpendapat bahawa Nabi Muhammad S.A.W, menyeru golongan
Ahl Kitab supaya berimana kepada Allah. Manakala kalimah Sawa yang bermaksud
kalimah tauhid iaitu dengan meng-Esakan Allah S.W.T., dalam ibadah dan tidak
menyembah makhluk ciptaan-Nya atau patung berhala. Jika sekiranya mereka menolak
dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong
daripada orang-orang kafir.117
Fakhr al-Din al-Razi berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w., mengajak
golongan Ahl Kitab supaya beriman kepada Allah. Manakala kalimah sawa yang
bermaksud kalimah tauhid iaitu tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Jika

116

Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 1. Riyadh: Dar al-Salam, h. 511
Al-Syaikh Muhammad Ali al-Sobuni, (2005). Al-Tafsir al-Wadih al-Muyassar. Cet. 6. Beirut: alMaktabah al-Asriyyah, h. 129
117

66

sekiranya mereka menolak seruan yang disampaikan oleh baginda. Maka mereka
tergolong daripada orang-orang yang kafir.118
Di sini penulis dapat merumuskan bahawa apa yang ditafsirkan oleh golongan
liberal terhadap kalimah Sawa sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi
Tuhan kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak
benar sama sekali kerana para ulama telah menafsirkan kalimah Sawa yang
bermaksud kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak
seruan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka tergolong
daripada orang-orang kafir.
Kesimpulannya golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama
terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh
sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi
menyokong gagasan mereka.
Selanjutnya, penulis mengkaji dan meneliti hadith yang berbunyi : alhanafiyyah al-samhah yang bermaksud agama yang bertoleransi. Hadith ini seringkali
dijadikan hujah bagi golongan liberalis bagi membenarkan konsep pluralisme agama.
Menurut Taha Abd al-Rauf Saad, hadith tersebut bermaksud agama Islam sahaja yang
memberikan kemudahan dan kelonggaran kepada umatnya. Maka dinamakan agama
Islam adalah agama yang mudah kerana ianya mendapat kedudukan yang paling tinggi
daripada agama sebelumnya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa Allah S.W.T mengangkat segala
kesukaran dan kepayahan yang terdapat daripada agama sebelumnya. Manakala

118

Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi, ( 2003). Al-Tafsir al-Khabir aw Mafatih al-Ghaib. Jil. 7. Kaherah: alMaktabah al-Tawfiq, h. 80-82

67

kalimah hanafiyyah yang membawa makna agama yang benar yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim A.S. itulah agama Islam.119
Selain itu, hadith tersebut ingin menekankan konsep wasatiyyah atau
kesederhanaan dalam melaksanakan ajaran agama sepertimana yang dijelaskan oleh Dr
Muhammad Said Ramadhan al-Buthiy, bahawa apa yang dimaksudkan al-hanafiyyah
al-samhah ialah agama yang memberikan kelonggaran bagi seseorang yang mukallaf
sekiranya terdapat kesusahan untuk melaksanakan hukum syara seperti melaksanakan
solat Jama, Qasar, solat dengan duduk, berbuka puasa sekiranya bermusafir, sakit dan
bersangatan lapar dan dahaga.120
Justeru, penulis mendapati bahawa hadith tersebut bukanlah membenarkan
konsep pluralisme agama sepertimana yang difahami oleh golongan liberalis. Tetapi
sebenarnya hadith tersebut menerangkan mengenai agama Islam adalah agama yang
mudah dan bertolak-ansur kepada umat-Nya.
Agenda yang ketiga adalah emansipasi wanita dan kesamarataan gender di
antara lelaki dan wanita dalam bidang kepimpinan. Menurut Dr Nasiruddin Umar hal
ini dirujuk kepada ayat-ayat daripada surah al-Ahzab : 35, al-Dhariyat: 56, alHujurat:13 dan al-Nahl bagi menegaskan isu kesamarataan gender dalam memperoleh
pahala daripada Allah S.W.T. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa ayat-ayat
daripada surah al-Anam: 165 dan al-Baqarah : 30 turut membahaskan mengenai
kesamarataan gender dalam memegang amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin
negara.
Maka penulis akan membawakan beberapa argumentasi daripada sarjana Islam
bagi menangani permasalahan ini. Selain itu penulis turut merujuk kepada firman
Allah s.w.t., yang berbunyi:
119

Taha Abd al-Rauf Saad, ( 1992). Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Cet. 1. Jil.1. Mesir : Dar alQhadd al-Arabi, h.182.
120
Muhammad Said Ramadhan al-Buthy, ( 2005). Dhawabit al-Maslahah fi al-Shariah alIslamiyyah.Cet. 4. Syira: Dar al-fikr, h.288.

68

Maksudnya :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orangorang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(member nafkah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa ayat : 34)

Selain itu, penulis juga membawakan pandangan para Mufassirin dalam


mentafsirkan ayat tersebut. menurut Ibn Kathir ayat di atas menunjukkan bahawa
golongan lelaki sebagai pemimpin bagi kaum wanita dan sebagai pembimbing kepada
mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan.121 Selain itu, beliau menegaskan
bahawa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kaum lelaki adalah
untuk menyara keluarga dan sebagainya.122
Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili berpendapat kalimah al-qawamah
bermaksud pemimpin dan ketua keluarga serta rumah tangga.
menegaskan bahawa

123

Selain itu, beliau

sebab al-qawamah bagi kaum lelaki terdapat dua faktor.

Pertama, golongan lelaki memiliki bentuk fizikal yang kuat dan yang kedua kaum
lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat iaitu menyara keluarga dan kaum
kerabatnya.124
Syaikh Muhammad Ali Sobuni kalimah pula menjelaskan qawamah
bermaksud taklif iaitu bebanan atau tanggungjawab dan ianya bukanlah bermaksud

121

Ibn Khatir al-Qurasiy al-Damsyiqi, ( 2004). Op., cit. Jil. 3, h. 673.


Ibid, h. 673.
123
Wahbah al-Zuhaili, (2005). Al-Tafsir al-Munir fi Aqidah wa al-Shariah wa al-Manhaj. Cet. 8. Jil. 3.
Syria: Dar al-Fikr, h. 56
124
Ibid, h. 57-58.
122

69

tashrif iaitu kemuliaan.125 Manakala Dr Yusuf al-Qardawi berpendapat bahawa alqawamah membawa maksud al-Masuliyyah dan amanah.126
Seterusnya, Syaikh Muhammad Mutawalli al-Sharawi pula, berpendapat
bahawa kalimah al-qawamah bukanlah bermaksud tamlik dan tafdil (pemilikan atau
keistimewaan). Malah ianya bermaksud Masuliyyah iaitu tanggungjawab dan taklif
iaitu bebanan.127 Syaikh Atiah Saqar berpendapat bahawa kalimah al-qawamah
membawa maksud masuliyyah iaitu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh golongan
lelaki bagi memberikan nafkah dan menyara kehidupan keluarga.128
Berdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh para ilmuan
Islam, maka dapatlah dirumuskan bahawa konsep kepimpinan Islam tidak memandang
kepada kemulian golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi

ianya

memperlihatkan suatu tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan
tersebut. Selain itu, Allah S.W.T., menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh
keunikan.
Selain itu, kaum lelaki juga dijadikan bagi memikul bebanan dengan mencari
nafkah dan menyara keluarga serta memimpin masyarakat kerana bersesuaian dengan
sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang mampu menangani pelbagai
permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai perasaan keibuan bagi
mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi penolong kepada kaum
lelaki dalam setiap perkara.
Selanjutnya bagi menjawab mengenai pandangan golongan liberalis yang
membolehkan golongan wanita menjadi imam di dalam solat bersandarkan kepada
125

Al-Syaikh Muhammad Ali al-Sobuni, (2005). Op.,cit, h. 185.


Yusuf al-Qardawi,(1997). Op.cit, h. 162.
127
Muhammad Mutawalli al-Sharawi, (1990). Al-Marah fi al-Quran al-Karim. Cet.1. Kaherah:
Maktabah al-Sharawi,h. 74-75
128
Syaikh Atiah Saqar, (t.t) al-Fatawa Min ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam. Jil.2. Kaherah :
al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 226-227
126

70

hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, maka di sini penulis membawakan beberapa
pandangan ulama dalam membicarakan permasalahan tersebut.
Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili tidak sah wanita dan khunsa mengimami solat
bagi golongan lelaki sama ada solat fardhu mahupun sunat.129 Selain itu, beliau
menegaskan bahawa bagi pengikut madhhab al-Shafieyyah dan pengikut madhhab alHanabilah, mereka berpendapat sah solat bagi golongan wanita yang mengimami solat
sesama wanita sahaja. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan al-Dar alQutni daripada Ummi Waraqah yang berbunyi: Sabda Nabi s.a.w.


:
130

Terjemahan:
Telah diriwayatkan kepada kami daripada Ahmad bin al-Abbas alBaghwi, daripada Umar bin Shibah Abu Ahmad al-Zubairi, daripada alWalid ibn Jumai, daripada Ummu Waraqah: sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. mengizinkan seseorang untuk mengazankan dan mengiqamahkan
untuk Ummu Waraqah serta baginda menyuruh beliau mengimami solat
bagi golongan wanita.

Beliau menegaskan lagi bahawa pengikut madhhab Malikiyyah bersepakat


bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi lelaki dan disyaratkan hanya golongan
lelaki sahaja menjadi imam.131 Manakala pengikut madhhab al-Hanafiyyah berpendapat
bahawa tidak sah wanita mengimami solat bagi kaum lelaki sama ada solat tarawih,
jenazah dan sebagainya.132

129

Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Cet.4. Jil.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 1194
Al-Imam Ali ibn Umar al-Dar Qutni, ( 1966). Sunan al-Dar Qutni tahqiq al-Syaid Abd al-Allah
Hashim Yamani al-Madani. Cet. 1. Jil. 1. Al-Kaherah: Dar al- Mahasin, h. 279
131
Wahbah al-Zuhaili,( 2004). Op.,cit, h. 1194
132
Ibid, h. 1194
130

71

Manakala al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri pula cuba mentafsirkan hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Abu Daud mengenai wanita mengimami solat.

Hadith

tersebut berbunyi:



: .

. :
.
133

Maksudnya:

Telah diriwayatkan oleh al-Hassan ibn Hammad al-Hadrami: daripada


Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai daripada Abd alRahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti Abd Allah ibn
Harith. Maka beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w, telah berkunjung
ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi Muadzin
bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat bersama ahli
keluarganya. Seterusnya berkatalah Abd al-Rahman: Aku melihat
Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.
Menurut beliau hadith tersebut bukan bermaksud sedemikian, tetapi hadith ini
menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh Ummi Waraqah untuk
mengimami orang yang berada di dalam rumahnya iaitulah para wanita. Maka hadith
ini mengharuskan wanita mengimami solat hanya bagi kaum wanita sahaja.134
Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah
dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan
mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala Dr Wahbah Zuhaili dan
beliau membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat, mereka bersepakat
menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan
hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis

133

Abi Daud, ( t.t). op.cit, h.208-209


Syaikh Khalil al-Saharan Puri, (1977). Badzl al-Majhud fi Hal Abi Daud. Cet. 1. Jil.3. Kaherah: Dar
al-Rayyan li Tuwrath, h.209
134

72

menolak pandangan ijma ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam
kepada kaum lelaki.
Agenda yang terakhir adalah kebebasan berpendapat atau berfikir. Di sini
penulis berpandangan sekiranya kebebasan berpendapat yang tidak bertentangan
dengan ajaran agama Islam maka perkara tersebut tidak menjadi masalah. Namun apa
yang berlaku kepada golongan ini sebaliknya, di mana mereka cuba untuk melakukan
ijtihad dalam semua aspek terutamanya yang melibatkan hukum-hakam yang sudah
qati seperti konsep pluralisme agama, kesamarataan gender, menolak konsep
pemerintahan Islam dan sebagainya. Oleh itu, perkara sedemikian adalah dilarang sama
sekali.
Demikian juga penulis berpendapat bahawa hanya permasalahan furu(cabang)
sahaja yang memerlukan kepada Ijtihad. Contohnya seperti muamalat ( perniagaan) di
mana ianya tidak terdapat hukum yang jelas di dalam al-Quran dan al-sunnah. Perlu
juga diketahui bahawa di dalam Islam matlamat Ijtihad adalah untuk mencapai kepada
hukum syara dan bukannya untuk tujuan lain. Selain itu, seseorang yang hendak
berijtihad perlulah memiliki syarat-syarat seperti berikut:
1. Memiliki kepakaran dalam bidang fekah.
2. Menghafaz al-Quran.
3. Mempunyai kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam mazhab yang
diikuti.
4. Memiliki kefahaman yang tajam.
5. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Arab dan juga
tatabahasa Arab.
6. Mempunyai kepakaran dalam membuat perbandingan di antara pandanganpandangan ulama bagi mencapai kesahihan dan kebenaran.
73

7. Memiliki kepakaran dengan menggunakan metode yang digunakan oleh para


ulama Usuluddin dan Fuhaqaseperti penggunaan al-Mutlak dan Muqayyad, alAm dan al-Khash dan sebagainya.135

Kesimpulannya, seseorang yang tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan


untuk berijtihad kerana dibimbangi akan membawa kepada kekeliruan dan juga
kesesatan.

Di sini penulis mendapati bahawa golongan liberalis tidak memiliki

sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi melakukan Ijtihad.


2.9.0 KESIMPULAN

Penulis dapat merumuskan bahawa terdapat empat agenda JIL iaitu, sistem
politik sekular, toleransi beragama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat.
Agenda yang pertama berkaitan dengan sistem politik demokrasi yang hendak
diperjuangkan oleh aktivis liberal. Menurut JIL

Nabi s.a.w., menyerahkan segala

urusan dunia kepada umat Islam. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak
terdapat sepotong ayat al-Quran yang menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk
sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau melihat bahawa sistem demokrasi merupakan
cara yang terbaik jika diamalkan.
Menurut pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam seperti Dr
Yusuf al-Qardawi, Dr Fathi al-Durayni dan sebagainya, agama Islam adalah agama
yang tidak memisahkan antara agama dan politik seperti mana yang berlaku di Barat.
Malah ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

135

Abd al-Muiz Abd al-Aziz Hariz, ( 2002). Majalah al-Shariah wa al-Dirasat al-Islamiyyah. Bil.50.
Kuwait: Majlis al-Nashr al-Ilmiah Jamiah al-Alamiyyah, h.244.

74

Manakala agenda yang kedua berkenaan dengan toleransi beragama. Menurut


golongan liberalis semua agama samawi adalah sama kerana prinsip penyembahan
hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, mereka juga membawakan
argumentasi daripada al-Quran dan al-Hadith bagi menyokong hujah golongan
tersebut.
Di sini penulis membawakan apa yang ditafsirkan oleh golongan liberal
terhadap kalimah Sawa sebagai semua agama samawi adalah sama di sisi Tuhan
kerana prinsip penyembahan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah tidak benar
sama sekali kerana para ulama telah mentafsirkan kalimah Sawa yang bermaksud
kalimah tauhid kepada Allah. Jika sekiranya golongan Ahl-Kitab menolak seruan yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., maka mereka tergolong daripada orangorang kafir. Selain itu, golongan liberalis ini telah menolak pandangan ulama
terdahulu dan metodologi tafsir yang membahaskan mengenai nasakh dan mansuh
sesuatu ayat serta mereka hanya menggunakan rasional akal semata-mata bagi
menyokong gagasan mereka.
Seterusnya penulis membawakan agenda yang ketiga yang berkaitan dengan
emansipasi wanita. Menurut golongan liberalis wanita mempunyai hak kesamarataan
dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan
negara. Tegas, golongan ini kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam dalam
mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan lelaki
dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba Allah
dan pemakmur alam ini.

75

Berdasarkan kepada konsep kepimpinan Islam tidak memandang kemuliaan


golongan lelaki sepertimana yang berlaku di Barat tetapi ia memperlihatkan suatu
tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul oleh golongan tersebut. Selain itu,
Allah menjadikan kaum Adam dan Hawa dengan penuh keunikan. Kaum lelaki
memikul bebanan dengan mencari nafkah dan menyara keluarga serta memimpin
masyarakat. Ini bersesuaian dengan sifat fizikal dan emosi golongan tersebut yang
mampu menangani pelbagai permasalahan berbanding kaum wanita yang mempunyai
naluri keibuan bagi mendidik anak dan menguruskan rumahtangga serta menjadi
penolong kepada kaum lelaki dalam setiap perkara.
Selain itu, golongan ini juga membolehkan kaum wanita mengimami kaum
lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan
oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi s.a.w., menyuruh
Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di dalam
rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur.
Ringkasnya apa yang dapat penulis simpulkan daripada pandangan yang telah
dikemukakan oleh al-Syiakh Khalil al-Saharan Puri bahawa wanita hanya diharuskan
mengimami solat sesama kaum wanita sahaja. Manakala

Dr Wahbah Zuhaili

membawakan pandangan pengikut madhhab yang empat dan mereka telah bersepakat
menegaskan bahawa wanita tidak sah menjadi imam bagi kaum lelaki berdasarkan
hadith yang telah diterangkan tadi. Justeru, penulis melihat bahawa golongan liberalis
menolak pandangan ijma ulama yang mengharamkan kaum wanita menjadi imam
kepada kaum lelaki.
Penulis dapat merumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat merupakan
agenda utama yang diperjuangkan oleh aktivis JIL ini kerana menurut mereka, Islam
amat menghargai kebebasan berpendapat.
76

Selain itu,beliau menegaskan konsep Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para
ulama. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan
dihargai oleh Islam. Manakala menurut perspektif Islam yang sebenar, seseorang yang
tidak memenuhi syarat Ijtihad tidak dibenarkan untuk berijtihad kerana dibimbangi
akan membawa kepada kekeliruan dan juga kesesatan. Di sini penulis mendapati
bahawa golongan liberalis tidak memiliki sepenuhnya syarat-syarat tersebut bagi
melakukan Ijtihad.
Kesimpulannya penulis melihat bahawa ke-empat-empat agenda

yang

diperjuangkan oleh JIL amatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, penulis
melihat bahawa kesemua agenda tersebut merupakan sebahagian daripada unsur-unsur
fahaman liberalisme Barat.

77

Anda mungkin juga menyukai