Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN

Ulasan artikel ini adalah berkaitan tentang kebebasan beragama di Malaysia yang mana ia

adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana

memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama

masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang fundamental

kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan

menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi

bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini

diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan".

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan

bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk

pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam)

untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama

persekutuan (Perlembangaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya

hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai

dan harmoni (Perkara 3). Sementara itu, Perkara 11(5) pula meletakkan aspek yang boleh

menjadi sekatan kepada kebebasan beragama.Perkataan 'agama' dalam Perkara 11 ini tidak

dihuraikan maksudnya oleh undang-undang, sama ada Perlembagaan Persekutuan atau mana-

mana undang-undang lain. Justeru, kekosongan ini membuka ruang perbincangan dalam

masyarakat kita. Secara umumnya, perkataan agama (secara umum, bukan merujuk kepada

agama Islam) bukan sahaja didapati dalam Perkara 11.

1
2. ISU KEBEBASAN BERAGAMA

Pertikaian mengenai isu agama telah lama wujud sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Hal

ini demikian kerana agama Islam mendapat pengiktirafan Inggeris sebagai terpakai dalam soal

peribadi masyarakat Tanah Melayu pada masa tersebut.16 Isu agama termasuklah hak menukar

agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang sedia

ada tidak diperkemas.17 Dahulunya, isu agama timbul dalam kes yang melibatkan kesahtarafan

anak seperti Ainan bin Mahmud lwn Syed Abu Bakar, apabila mahkamah telah menggunakan

seksyen 112 Enakmen Keterangan dalam menentukan kesahtarafan anak dan tidak menggunakan

undang-undang Islam. Begitu juga dalam kes penjagaan anak In the Matter of Omar bin Shaik

Salleh (M) and Hanisah binte Salleh (F) Infants Mahkamah telah mengetepikan undang-undang

Islam dan memutuskan penjagaan dengan melihat kepada kebajikan kanak-kanak terlibat.

Pertikaian mengenai kebebasan beragama pula muncul dengan kes Re Maria Hertogh.

Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes ini memutuskan bahawa ibu bapa asal mempunyai hak

penjagaan dan menentukan agama kanak-kanak berkenaan. Walaupun hasrat kanak-kanak dalam

kes ini untuk terus tinggal di Tanah Melayu bersama ibu angkatnya dan kekal dalam agama

Islam, mahkamah mengambil kira faktor umur kanak-kanak terbabit yang baru berusia 13 tahun.

Walaupun melibatkan isu kebebasan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kes ini boleh

digunakan bagi melihat permulaan timbulnya isu kebebasan beragama di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia sebenarnya telah memberi jaminan hak beragama di Malaysia melalui

pengubalan Perlembagaan Persekutuan pada 1956 yang memasukkan peruntukan Perkara 11(1).

Jaminan kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam. Namun,

2
Jaminan hak beragama yang diberikan bukanlah bermaksud hak untuk menukar agama atau

dengan kata lain murtad. Di dalam peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan telah

menyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa agama. Oleh itu, setiap penduduk

di Malaysia sebenarnya berhak untuk menganut apa-apa agama yang disukainya jika mengikut

Perlembagaan Persekutuan. Namun, bagi penganut agama Islam, mereka masih tertakluk di

bawah beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mereka untuk

menganut agama lain atau dengan kata lain, murtad. Dari aspek kebebasan dalam penyebaran

agama juga adalah tidak mutlak. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam di kalangan orang

Islam. Perkara 11(1) tertakluk kepada Fasal 4 dalam mengembangkan agama iaitu membenarkan

undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal atau

membatasi pengembangan mana-mana kepercayaan kepada umat Islam.

Justeru, penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam kepada kalangan Islam

merupakan satu kesalahan jenayah tetapi sebaliknya, penyebaran agama Islam kepada penganut

agama-agama lain adalah diharuskan Peruntukan ini dimasukkan untuk memelihara kestabilan

masyarakat. Kini terdapat sembilan negeri yang telah mempunyai undang-undang mengenai

kawalan dan sekatan pengembangan agama-agama bukan Islam kepada orang Islam (Enakmen

Agama Bukan Islam, 1988). Walau bagaimanapun, sehingga kini hanya negeri Pahang sahaja

yang menguatkuasakan undangundang tersebut. Perkara 11 iaitu kebebasan ugama yang disebut

dalam Perlembagaan Persekutuan sering dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Pelbagai

pihak mempersoalkan Perkara 11 yang sepatutnya diaplikasikan kepada semua kaum tanpa

mengira samada Islam atau bukan Islam. Kes Lina Joy merupakan kes pertama membabitkan

artikel 11 yang dibawa ke peringkat mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Ia memberi

3
Implikasi yang cukup besar terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran

Perlembagaan amnya. Jika dilihat dari segi tafsiran ‘kebebasan ugama’ itu sebenarnya adalah

tidak sama dengan ‘kebebasan beragama’ di mana ‘kebebasan ugama’ itu hanya terhad kepada

kebebasan menganuti dan mengamalkan agamanya tanpa ada sekatan seperti mana yang

dijelaskan dalam Fasal 1 dan tertakluk kepada Fasal 4 mengembangkannya. Hal ini demikian

adalah berbeza jika terma ‘kebebasan beragama’ digunakan iaitu kebebasan untuk mengamalkan

mana-mana agama yang ada di Malaysia. Undang-undang telah meletakkan keadilan kepada

semua kaum secara sama rata di sini iaitu untuk menganut dan mengamalkan agamanya. Perkara

3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi

agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam

Persekutuan”. Perlembagaan telah mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan

menjadi tanggungjawab bagi negara untuk mempertahankan agama Islam. Perbuatan murtad

misalnya adalah suatu perbuatan menentang Islam. Di sinilah jaminan hak beragama itu

dipelihara. Apabila sudah memilih Islam, maka setiap penganut agama Islam tertakluk kepada

undang-undang Islam. Oleh itu, untuk memelihara ketinggian agama Islam, perbuatan keluar dari

Islam sesuka hati adalah tidak dibenarkan. Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan menyebut

“Perkara ini tidak membenarkan sebarang tindakan yang berlawanan dengan undang-undang

awam yang melibatkan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Peruntukan ini

terpakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan

menyekat hak kebebasan beragama dari aspek ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

4
3. PENDAPAT DAN RUMUSAN

Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara dengan

negara yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat negara itu

sendiri sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia, Perlembagaan berbentuk

hibrid memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan aturan bagi orang Islam dalam

kebebasan untuk menukar agama yakni keluar daripada Islam kerana aturan yang dikenakan

bukanlah bersifat penafian hak. pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di

Malaysia, namun wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada pemenuhan

prosedur yang telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua individu berjaya

mendapatkannya.

Kesimpulannya, terdapat empat perkara utama berkaitan kebebasan beragama di bawah

Perkara 11(5). Pertama, kebebasan beragama tertakluk kepada undang-undang awam. Ini

bermaksud bahawa kerajaan boleh mengadakan atau meluluskan undang-undang yang mengawal

atau menyekat aktiviti-aktiviti termasuk anutan, amalan dan penyebaran sesuatu agama. Kedua,

ketenteraman awam. Tertakluk kepada kepentingan memelihara ketenteraman awam, kerajaan

boleh membataskan hak kebebasan beragama yang diberi . Justeru itu, kerajaan boleh melalui

Perkara 11(5) membataskan hak kebebasan beragama seandainya ia dilihat boleh mengancam

ketenteraman awam.Perkara ketiga dan empat adalah berkaitan dengan faktor kesihatan dan

akhlak. Ini bermakna setiap perbuatan yang dikaitkan dengan agama tetapi bercanggah dengan

akhlak dan kesihatan boleh dihalang oleh kerajaan. Sebagai contohnya, sekiranya sekumpulan

orang tidak berpakaian langsung di kawasan awam atas nama agama, maka kerajaan boleh

mengambil tindakan seperti melarangnya dengan alasan perbuatan tersebut tidak berakhlak.

Anda mungkin juga menyukai