Anda di halaman 1dari 87

KEBEBASAN

BERAGAMA
APA ITU KEBEBASAN
BERAGAMA?
⦿Kebebasan beragama ialah prinsip yang
menyokong kebebasan individu atau
masyarakat untuk
mengamalkan agama atau kepercayaan
secara tertutup atau terbuka.
⦿Kebebasan beragama termasuk kebebasan
untuk menukar agama dan tidak mengikut
apa-apa agama.
⦿Di negara yang mengamalkan kebebasan
beragama, agama-agama lain bebas
diamalkan dan pemerintah tidak
menghukum atau menindas pengikut
kepercayaan yang lain daripada agama
rasmi.
KEBEBASAN
BERAGAMA MENURUT
UNDANG-UNDANG
ANTARABANGSA
Art 18- UDHR
⦿ “Everyone has the right to freedom of thought,
conscience and religion; this right includes
freedom to change his religion or belief, and
freedom, either alone or in community with
others and in public or private, to manifest his
religion or belief in teaching, practice, worship
and observance”.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
Perkara 18-

⦿Setiap orang adalah berhak kepada


kebebasan berfikir, perasaan hati dan
agama; hak ini termasuklah kebebasan
menukar ugama atau kepercayaannya,
dan kebebasan, samada secara
bersendirian atau secara bersama-sama
dengan orang-orang lain dan secara terbuka
atau bersendiri, menganuti ugama atau
kepercayaannya melalui pengajaran,
amalan, pemujaan dan pematuhan.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
Perkara 18-
⦿Peruntukan ini tidak terhad kepada
kebebasan beragama, malah merangkumi
hak untuk mempercayai bahawa tuhan tidak
wujud.
⦿Peruntukan ini juga boleh dijadikan
sandaran oleh seseorang untuk
mengamalkan agama berdasarkan
kefahaman, sendiri, walaupun fahaman atau
amalan tersebut dianggap sesat ajaran
sebenar agama.
⦿“Article 18 UDHR includes the right to change
one’s religion or belief, and it also protects
‘theistic, non-theistic and atheistic beliefs, as
well as the right not to profess any religion or
belief’ (Human Rights Committee, General
Comment No. 22). “
Kritikan Terhadap A.18 UDHR
⦿ Semasa pendrafan UDHR, Arab Saudi membantah perkara 18
kerana menyalahi agama Islam. Agama Islam melarang keras
seseorang itu keluar dari Islam (murtad).
⦿ Walau bagaimanapun wakil dari Pakistan menyokong penuh
peruntukan yang ada dalam Perkara tersebut dengan alasan bahawa
Islam juga mengamalkan prinsip kebebasan beragama.
⦿ Apabila Deklarasi tersebut ingin diluluskan, hanya Arab Saudi dari
kalangan negara-negara Islam yang berkecuali dengan disokong
oleh Afrika Selatan dan negara-negara Blok Komunis.
(Sumber: Jobn Kelsay, "Saudi Arabia, Pakistan and the Universal Declaration of Human Rigbts" dalam Human Rights and
the Conflict of Cultures: Western and Islamic Perspectives on Religious Liberty, David Little, dll (ed.), University of South
Carolina Press, 1988, b. 34-37; libat juga Ann Elizabeth Mayer, Islam and Human Rights, b. 10-11, 149-150. & Deklarasi
Mengenai Hak-bak Asasi Manusia pada akbirnya diluluskan oleb PBB dengan undian 48-0 dengan lapan negara
berkecuali)
⦿ Perkara 18 dalam Kovenan Antarabangsa
PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik
menyatakan dasar yang menafikan kebebasan
seseorang untuk mengamalkan agamanya
adalah satu kezaliman rohaniah.

⦿ Perkara 18 ICCPR memperuntukkan bahawa setiap


manusia mempunyai hak kebebasan berfikir,
meluahkan perasaan dan beragama.
⦿ Hak ini termasuklah kebebasan untuk mempunyai
atau mengambil satu agama atau kepercayaan yang
menjadi pilihan.
⦿ Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (Human Rights
Committee (HRC)) berpendapat:
kebebasan untuk “mempunyai atau mengambil” satu
agama atau kepercayaan pastinya melibatkan
kebebasan untuk memilih satu agama atau
kepercayaan, termasuklah hak untuk seseorang
menggantikan agama atau kepercayaan semasa
dengan agama lain atau mengambil pandangan ateis,
dan juga hak untuk seseorang mengekalkan agama
atau kepercayaannya.
 Frasa “kebebasan untuk menukar” dalam perkara 18
UDHR tidak diulangi dalam perkara 18 ICCPR untuk
mengelakkan bantahan negara Islam.

 perkara 18 ICCPR mempunyai maksud yang berbeza


daripada perkara 18 UDHR, yakni frasa “kebebasan
untuk mempunyai atau mengambil” yang tidak
merangkumi kebebasan untuk menukar agama,
sekiranya perbuatan meninggalkan agama asalnya
itu dianggap sebagai suatu perbuatan jenayah.
⦿Hari Kebebasan Beragama
Antarabangsa disambut pada
27 Oktober.
KEBEBASAN AGAMA DI MALAYSIA

⦿Kebebasan beragama di
Malaysia adalah tertakluk
kepada Perlembagaan Malaysia.
⦿Ia merupakan satu prinsip yang
mana memberikan kebebasan
kepada individu atau komuniti untuk
menganut dan mengamalkan agama
masing-masing.
⦿Kebebasan beragama ini dikira sebagai
salah satu hak asasi yang penting kepada
manusia sejagat.
⦿Di Malaysia, meskipun Islam diiktiraf
sebagai agama Persekutuan menurut
Perkara 3(1) PP, penganut agama lain
masih lagi bebas untuk menganut dan
mengamalkan agama mereka.
⦿Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan
dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan.
⦿ Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

⦿ (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya


dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
⦿ (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang
hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi
maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
⦿ (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak— (a) menguruskan hal ehwal
agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-
institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan
mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
⦿ (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-
undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di
kalangan orang yang menganuti agama Islam.
⦿ (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang
berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang
berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau
prinsip moral.
KEBEBASAN BERAGAMA MENURUT
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
⦿Kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah
bermaksud agama-agama bukan Islam boleh
menyebarkan agama mereka kepada penganut
agama Islam.
⦿Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai
agama tertinggi dalam Negara.
⦿Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan
negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal
undang-undang bagi mengawal atau menyekat
penganut agama bukan Islam menyebarkan atau
mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka
kepada orang-orang Islam.
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

⦿ (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan


mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkannya.

⦿ (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan


dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN AGAMA
BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM
⦿ Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka
kerajaan-kerajaan negeri telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan
agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-
⦿ 1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu,
1980 (Enakmen No. 1/1980)
⦿ 2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981
(Enakmen No. 11/1981)
⦿ 3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988
⦿ 4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988
(Enakmen No. 1/1988)
⦿ 5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988
(Enakmen No. 10/1988)
⦿ 6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988
(Enakmen No. 1/1988)
⦿ 7. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989
(Enakmen No. 5/1989)
⦿ 8. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan
Islam) Negeri Sembilan, 1991
⦿ 9. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991
(Enakmen No. 12/1991)
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau


Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis
yang belum menggubal undang-
undang sedemikian, walaupun kuasa
telah diberikan oleh Perlembagaan.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini


adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti
Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang
atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga
amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain
yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan


Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, Selangor.

⦿ Seksyen 4: Kesalahan Memujuk Mempenga­ruhi Atau Menghasut Orang Berugama Islam


Supaya Mengubah Keimanan.
⦿ 4 [1]
Seseorang·adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut
seseorang yang berugama Islam-
(a) supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Isla ; atau
(b) supaya menjadi penganut atau anggota mana­mana ugama bukan Islam; atau
(c) supaya m·eninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.

⦿ 4 [2]
⦿ Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecjl (1) boleh,, apfl.pila disabitkan,
dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebilti
sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan


Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, Selangor.

⦿ Seksyen 5 : Kesalahan Mendedah­kan Orang Belum dewasa Berugama Islam Kepada Pe­
ngaruh Ugama Bukan

⦿ Seksyen 6: Kesalahan Mendekati Orang Islam Untuk Men­dedahkannya Kepada Apa­-Apa


Ucapan Atau Pertun­jukan Sesuatu Mengenai Ugama Bukan Islam.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu


ialah :-
“ Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan
mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan,
mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu
perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon,
bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan
atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah
kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000
atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya
(Seksyen 6).
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu


ialah :-
“Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan
dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama
Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri,
menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang
beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai
agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang
mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan
kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara
selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah :-


“Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan
mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang
Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak
RM1,000 (Seksyen 8).

Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan
atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau
dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana
perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam
Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau
memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti,
perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam
adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen
9).
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

⦿ Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam


tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan
Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam
yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan
dakyah agama mereka.
⦿ Orang Islam juga boleh didakwa menurut Seksyen 10
Enakmen Jenayah Syariah negeri, iaitu kesalahan
menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang
hina, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
ART 11(4)- UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN
AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

Pendakwaraya v Krishnan a/l Muthu

⦿ Tertuduh seorang bukan Islam telah didakwa kerana


melakukan kesalahan menyalahi Seksyen 4 (2) (i)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan
Ugama Bukan Islam) Pahang 1989. Tertuduh telah
disabitkan bersalah dan dihukum dipenjara selama
20 hari dan didenda RM1,500.00.
KEBEBASAN BERAGAMA MENURUT
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

⦿Perkara 11 menjamin hak kebebasan


beragama bagi setiap individu di Malaysia.
⦿Perkara 11(1) pula memberikan dua jenis
hak kepada warga Malaysia iaitu; hak
menganut agama dan hak mengamalkan
agama.
Isu2 dalam perkara 11(1) PP:

1) Hak menganut agama


2) Hak mengamalkan agama
3) Penentuan Agama Si Mati
4) Penentuan Agama Anak
5) Murtad (keluar dari agama
Islam)
6) Penggunaan Kalimah Allah
Hak Menganut Agama
⦿Setiap orang diberikan hak kebebasan
untuk menganut agama masing – masing
di dalam negara Malaysia.
⦿Setiap individu yang telah menganut
sebarang agama adalah terikat dan
berkewajipan dengan peraturan
agamanya.
⦿Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak
bahkan ianya adalah berdasarkan prinsip
agama masing – masing.
⦿ Terdapat banyak kes - kes pengisytiharan keluar
agama Islam dilaporkan berdasarkan kepada
Perkara 11 (1) ini walau pun tafsirannya kepada:
⦿ orang yang menganut agama Islam adalah
mereka bebas untuk mempraktikkan
agamanya iaitu Islam dan tidak bebas keluar
dari agama Islam itu sendiri kerana tertakluk
kepada undang-undang jenayah Islam negeri-
negeri di Malaysia.
Kes Berkaitan Kebebasan
Beragama
⦿Kes : Lina Joy v Jabatan Pendaftaran
Negara Malaysia [2007] 4 MLJ 585
⮚ Seorang wanita Islam telah mengaku keluar
daripada Islam dan telah membuat rayuan
untuk mengeluarkan perkataan ‘Islam’
daripada kad pengenalannya.
⮚ Beliau mengemukakan permohonan
berkanun untuk menyokong permohonan
beliau.
⮚ Kerani kaunter, walau bagaimanapun telah
menolak untuk menerima permohonan
beliau atas alasan bahawa ianya tidak
lengkap tanpa perintah Mahkamah Syariah
yang mengesahkan beliau telah
meninggalkan Islam.
⮚ Perayu memohon relif di Mahkamah Tinggi
memohon antara lainnya, untuk beberapa
perintah deklarasi terhadap Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan
Malaysia berkenaan dengan hak beliau
kepada kebebasan beragama.
⦿Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar
saman pemula dan menolak secara
keseluruhan tanpa memberikan apa-apa remedi
yang diminta perayu.
⦿Di Mahkamah Rayuan, isu-isu perlembagaan
digugurkan dan rayuan difokuskan hanya atas
isu undang-undang pentadbiran, ianya adalah,
sama ada Ketua Pengarah JPN dengan
sebenarnya melaksanakan budi bicara yang
diletakkan hak kepadanya di bawah undang-
undang.
⦿ Secara majoriti, Mahkamah Rayuan menjawab
dengan mengesahkannya.
⦿ Beliau merayu sekali lagi.
⦿ Namun begitu, Mahkamah Persekutuan telah
menolak rayuannya dan menetapkan bahawa
orang Islam mestilah menggunakan prosedur
Mahkamah Syariah untuk meninggalkan Islam,
sekiranya mereka hendak berbuat demikian
secara rasmi.
Kes-kes lain berkaitan
⦿ Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang [1996] MLJU 500.
⦿ Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Siti Fatimah Tan
Abdullah (Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang)
[2009] JH 27 Bhg II 185
⦿ Daud bin Mamat & Ors v Majlis Agama Islam Kelantan
[2001]2 MLJ 390
⦿ Azmi bin Mohamad Azam @ Roneey v Director of
Jabatan Agama Islam Sarawak & Ors [2017] 9 MLJ 541
Hak Mengamalkan Agama

⦿Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan


memperuntukkan bahawa setiap orang
mempunyai hak untuk menganuti dan
mengamalkan agama masing-masing.
⦿Dalam hal yang berkaitan dengan
mengamalkan agama, terdapat beberapa
kes yang telah diputuskan oleh
mahkamah.
Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain v
Fatimah bin Sihi & Lain-lain [2006]4 MLJ 605

⦿ Dalam kes ini, plaintif-plaintif mendakwa bahawa mereka telah


dibuang sekolah kerana memakai serban.
⦿ Oleh itu, pihak plaintif telah memohon kepada mahkamah untuk
membuat satu perisytiharan bahawa pembuangan sekolah
tersebut adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.
⦿ Mereka juga menuntut agar diterima semula di sekolah tersebut.
⦿ Manakala, pihak Def pula menegaskan bahawa pembuangan
sekolah tersebut adalah sah kerana para plaintiff didakwa telah
melanggar peraturan sekolah di mana mereka telah melanggar
peraturan di bawah 3(f)(v) Peraturan Sekolah 1997, yang
disediakan oleh guru besar sekolah itu menurut Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 9/1975, Kementerian Pelajaran.
Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain v
Fatimah bin Sihi & Lain-lain [2006]4 MLJ 605-
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ABDUL MALEK AHMAD, PCA; STEVE SHIM, CJ (SABAH & SARAWAK); ABDUL
HAMID MOHAMAD, FCJ

Perayu-perayu, yang merupakan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Serting Hilir


(FELDA), telah dibuang dari sekolah rendah tersebut kerana enggan mematuhi
peraturan 3, Peraturan-peraturan Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) 1997
(‘Peraturan Sekolah 1997’). Perayu-perayu telah memakai serban sebagai sebahagian
pakaian seragam untuk ke sekolah, di mana ianya dilarang oleh per. 3(i)(i) Peraturan
Sekolah 1997, dan ketidak-akuran mereka kepada permintaan pihak berkuasa supaya
mematuhi Peraturan Sekolah 1997 telah mengakibatkan mereka dibuang sekolah.

Perayu-perayu mencabar pembuangan mereka di mahkamah di mana yang arif hakim


telah membuat dapatan yang berpihak kepada mereka, sambil menegaskan, antara lain,
bahawa Peraturan Sekolah 1997 adalah tidak berperlembagaan.
Meor Atiqulrahman bin Ishak & Lain-lain v
Fatimah bin Sihi & Lain-lain [2006]4 MLJ 605-
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ABDUL MALEK AHMAD, PCA; STEVE SHIM, CJ (SABAH & SARAWAK); ABDUL
HAMID MOHAMAD, FCJ

Isu: sama ada peraturan-peraturan Peraturan Sekolah 1997 yang melarang pemakaian serban oleh
kanak-kanak sekolah telah melanggar fasal 11(1) Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan’).

Tun Abdul Hamid Mohamad HMP:


Mengambilkira semua faktor, Peraturan Sekolah 1997, setakat ianya melarang
pelajar-pelajar dari memakai serban sebagai sebahagian dari pakaian seragam
mereka semasa menghadiri kelas, tidak melanggar peruntukan fasal 11(1)
Perlembagaan, dan kerana itu ia bukanlah tidak berperlembagaan.
Halimatusaadiah v Public Service Comission,
Malaysia [1994] 3 MLJ 61

⦿Perayu yang merupakan seorang kerani


di Jabatan Penasihat Undang-Undang
Negeri Perak, telah memakai ‘purdah’
semasa waktu pejabat, bertentangan
dengan surat pekeliling kerajaan yang
melarang pegawai awam wanita daripada
memakai pakaian yang menutup muka
semasa bekerja.
⦿Lembaga Tatatertib Jawatan Kumpulan ‘C’,
Jabatan Peguam Negara (‘lembaga
tatatertib itu’) telah membuat keputusan
bahawa tindakan tatatertib patut diambil
terhadap beliau dengan tujuan
memecatnya dan telah memberitahu
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (‘SPA’)
tentang keputusannya.
⦿Setiausaha SPA telah meminta
perayu supaya menunjukkan kausa
mengapa beliau tidak seharusnya
dipecat.
⦿Jawapan perayu telah memberikan
sebab-sebab mengapa beliau
memakai ‘purdah’ dan memberikan
petikan ayat daripada Al-Quran.
⦿Mahkamah:
⦿kebebasan beragama tidak mutlak, A.11
(1) tidak membenarkan sebarang
tindakan yang bertentangan dengan
undang-undang am dalam menjaga
ketenteraman awam, kesihatan awam
dan moral.
Kes-kes lain:
⦿Pedik Busu & Yang Lain v Yang Dipertua
Majlis Daerah Gua Musang & Yang Lain.
⦿Marcel Jude Ms Joseph v Sabah Legislative
State Assembly
Penentuan Agama Si Mati
⦿Re Mohd Said Nabi [1965]MLJ 121
⮚ Ahli keluarga si mati inginkan deklarasi
bahawa si mati bukanlah seorang yang
beragama islam memandangkan si mati
telah memakan khinzir dan meminum
minuman beralkohol semasa masih hidup.
⮚ Menurut Chua H di Mahkamah tinggi
Singapore, satu ujian yang dilakukan
ialah, sekiranya Said Nabi masih hidup,
soalan yang akan ditanya ialah apakah
agama yang sedang dianutinya.
⦿Jawapan kepada soalan tersebut adalah ,
Said Nabi sentiasa mengaku bahawa
dirinya merupakan seorang yang
beragama Islam.
⦿Pada masa tersebut , masih belum ada
pindaan artikel 121(1A) perlembagaan
persekutuan yang membolehkan
mahkamah tinggi Singapore yang
membuat keputusan dan pada masa
tersebut juga, singapore masih lagi
menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Permohonan Perisytiharan Status Agama Si Mati Nyonya binti Tahir.
Permohonan Ex-Parte
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Dan 2 Yang Lain (2006) 21/2 JH 221

⦿ Dalam kes Nyonya Tahir,28 beliau telah meninggal dunia pada 18 Januari 2006. Beliau yang
dilahirkan pada tahun 1918 merupakan seorang perempuan Melayu dan tinggal dengan atuknya
seorang mualaf berbangsa Cina serta telah diasuh dan dididik dengan adat resam dan budaya
Cinasejak kecil lagi.
⦿ Pada tahun 1936 ketika berusia 18 tahun, beliau telah berkahwin dengan Chiang Meng yang
merupakan seorang lelaki Cina dan mereka dikurniakan tiga belas (13) orang anak. Sejak
berkahwin sehinggalah meninggal dunia, beliau hidup dengan menyembah tokong serta tidak
mengamalkan cara hidup Islam.
⦿ Pada 19 Julai 1991, beliau telah membuat Surat Akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang
menyatakan beliau bukan Islam atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, iaitu diasuh dan
dididik sebagai seorang Cina sejak kecil lagi setelah kematian ibunya, yang berkahwin dengan
seorang lelaki Cina yang bukan Islam dan hidup secara orang Cina.
⦿ Beliau juga tidak berniat untuk kembali kepada Islam dan membuat pengakuan bahawa beliau
telah keluar daripada Islam serta memohon agar dikebumikan secara tradisi orang Cina.
⦿ Setelah mahkamah berpuas hati dengan hujahan daripada pihak peguam, beberapa dokumen
dan ekshibit yang dikemukakan, juga keterangan yang diberikan oleh ahli-ahli waris, mahkamah
memutuskan bahawa Nyonya Tahir bukan beragama Islam semasa kematiannya dan
menyerahkan mayat beliau kepada ahli waris bagi tujuan pengebumian.
⦿Ng Wan Chan v Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan & Anor [1991] 3 MLJ 174
⦿Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah Bukit
Mertajam [1992]1 MLJ 1
⦿Mohamad Abdullah @ Moorthy a/l Maniam
[2006]JH 21 Bhg II 210
⦿Kaliammal Sinnasamy lwn Pengarah
Jabatan Agama Islam WP [2006]1 CLJ 753
⦿Nyonya binti Tahir [2006]JH 21
Bhg II 221
Penentuan Agama Anak

penentuan agama anak apabila seorang


daripada pasangan memeluk Islam.
KES-KES:
Subashini Rajasingam lwn Saravanan
Thangthoray & Other Appeals. [2008] 2 CLJ 1.
Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan
Agama Islam Perak & Ors and other appeals
[2018] 1 MLJ 545
Penentuan Agama Anak (Apabila Seorang daripada Pasangan Memeluk Islam)

Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangthoray & Other Appeals. [2008] 2 CLJ 1

5 si suami dan isteri telah berkahwin pada 26 Julai 2001. Perkahwinan mereka telah diupacarakan dan didaftarkan di
bawah Akta 164. Sebagai penganut agama Hindu, mereka telah meraikan upacara perkahwinan mengikut adat resam
Hindu pada 9 Mac 2002.

Terdapat dua orang anak hasil daripada perkahwinan tersebut, kedua-duanya anak lelaki; Dharvin Joshua berumur 4
tahun dan Sharvin berumur 2 tahun.

Pada 18 Mei 2006, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah mengesahkan bahawa pada hari tersebut si
suami dan anaknya Dharvin telah memeluk agama Islam di ibu pejabat PERKIM. Sijil pemelukan agama perlu dikeluarkan
kepada setiap mualaf mengikut Seksyen Seksyen 112 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
menyatakan 18 Jun 2006 sebagai tarikh penukaran agama.

Si suami telah memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi syariah pada 23 Mei 2006 mengikut Seksyen 46(2)27
untuk membubarkan perkahwinan dan mendapatkan hak penjagaan terhadap anak lelaki sulung mereka.

Satu hak penjagaan interim berhubungan dengan anak mualaf telah dikeluarkan kepada si suami oleh mahkamah tinggi
syariah. Pada 4 Ogos 2006, si isteri telah memfailkan petisyen bagi pembubaran perkahwinannya mengikut seksyen 51
Akta 164 bersama-sama dengan permohonan hak jagaan dan relif sampingan di mahkamah tinggi. Si isteri tidak
membantah pemelukan agama Islam oleh suaminya.

Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa salah seorang suami atau isteri berhak untuk menukarkan agama
seseorang anak daripada perkahwinan tersebut kepada agama Islam. Perkataan “parent” di bawah Perkara 12(4) pula
bukan dibaca sebagai ibu dan bapa tetapi ibu/bapa atau penjaga.
Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 545
Pada tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama
sebelah pihak (unilateral) anak-anak Indira adalah menyelahi undang-undang.
Dalam Perkara 12(4) Perlembagaan menyebut: “Agama seseorang bawah umur
lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.”
Versi Bahasa Inggeris Perlembagaan pula menyatakan, “For the purpose of Clause
(3) the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his
parent or guardian.”
tafsiran berbeza dibuat oleh para ahli perundangan dan akademik bagi maksud
frasa “parent” dalam Perkara 12(4) tersebut.
Bagi yang menyokong maksud peruntukan tersebut ialah ibu dan bapa, mereka
berhujah dengan merujuk Perkara 160 Perlembagaan berkenaan tafsiran “his” (dia
lelaki) meliputi “her” (dia perempuan). Begitu juga perkataan “parent” hendaklah
juga difahami secara jamak (plural), iaitu “parents” dan bukannya mufrad (single).
Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 545
 Semakan Kehakiman ke atas tindakan Pendaftar Muallaf yang telah
mengeluarkan Sijil Pengislaman terhadap anak-anak tersebut,
dengan asas bahawa ia adalah ultra vires, bertentangan atau tidak
konsisten dengan undang-undang berikut:-
i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak)
ii. The Guardianship of Infants Act 1961
iii. The Federal Constitution
Penggunaan Kalimah Allah oleh
Gereja dan Penganut Kristian

KES-KES:
Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala
Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri & Ors. [2014] 6
CLJ 541.
Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri
& Ors. [2014] 6 CLJ 541
Pada 16 Februari 2009, Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi Murphy
Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan
Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah 'Allah' dalam
majalah mingguan itu adalah bercanggah dengan undang-undang.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah
untuk merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysianya untuk bacaan
penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Gereja Roman Katolik, antara lain, memohon perisytiharan bahawa Ia mempunyai


hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald
kerana adalah menjadi haknya, seperti agama selain Islam, untuk mengamalkan
agama masing-masing secara aman.
Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri
& Ors. [2014] 6 CLJ 541
Mahkamah Tinggi pada tarikh 31 Disember, ketika meluluskan permohonan semakan
semula kehakiman oleh Gereja Roman Katolik itu, mengisytiharkan bahawa keputusan
Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam
penerbitan bahasa Malaysianya, yang khusus untuk bacaan penganut Kristian di Sabah
dan Sarawak, adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah. Mahkamah itu
memutuskan bahawa The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk
menggunakan kalimah 'Allah dalam majalah mingguannya bagi mengembangkan agama
Kristian, bukan agama Islam.
Hakim berkenaan berkata menurut Perkara 11(4) PerlembagaanPerlembagan Persekutuan,
adalah salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebar agama
mereka kepada orang Islam. Tetapi, tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam
menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebarkan agama mereka kepada orang bukan
Islam, katanya. Hakim itu seterusnya berkata menurut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan
Persekutuan, The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan
kalimah itu bagi tujuan keagamaan dan pendidikan dalam kalangan penganut Kristian.
Menteri berkenaan gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah itu akan
mengancam keselamatan negara dan mencetuskan salah faham serta kekeliruan dalam
kalangan umat Islam.
Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri
& Ors. [2014] 6 CLJ 541
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan di pejabat pendaftar
Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu pada 4 Januari
2010 dan pada 6 Januari mahkamahahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan
pelaksanaan perintah terdahulu yang membenarkan majalah itu menggunakan kalimah
'Allah' berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik
atas alasan untuk kepentingan negara.

Pada 10 September 2013 Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kementerian


Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Oktober Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan


Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara meluluskan rayuan kerajaan
untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah’.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang


membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'. Hakim Mohamed
Apandi, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati
kalimah 'Allah' tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan
kepercayaan agama Kristian.
Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri
& Ors. [2014] 6 CLJ 541
Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan
sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur "berkeras"
untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu.
Pada 11 November Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan untuk merayu kepada
Mahkamah Persekutuan dan mengemukakan 26 persoalan undang-undang yang
melibatkan tiga bidang iaitu persoalan undang-undang, isu pentadbiran dan sama ada
mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang isu perbandingan
agama
Pada 23 Jun 2014 mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, menolak
permohonan gereja itu untuk mendapatkan kelulusan merayu bagi penarikan balik
larangan kerajaan tentang penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam
edisi bahasa Malaysia The Herald.

.
Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri
& Ors. [2014] 6 CLJ 541
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota,
memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang
perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan gereja itu, tidak memenuhi syarat asas
mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi kelulusan untuk merayu.
Menurutnya, Mahkamah Rayuan secara betul menggunakan ujian objektif berhubung
keputusan menteri berkenaan melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Arifin berpendapat hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan gereja berkenaan untuk
mencabar kesahan atau kuasa dari segi perlembagaan pelbagai enakmen negeri yang bertujuan
mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam
kalangan umat Islam.

pada 19 September gereja Roman Katolik memfailkan permohonan semakan semula


kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memberi kelulusan
kepadanya untuk merayu berhubung larangan Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan
kalimah 'Allah'. Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-
undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan
kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Penggunaan Kalimah Allah oleh
Gereja dan Penganut Kristian

KES-KES:
Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri bagi
Kementerian Dalam Negeri Malaysia & Anor
[2021] 8 MLJ 890.
Limitasi Terhadap Hak Kebebasan
Beragama
⦿Walaupun telah diperuntukkan dalam
undang-undang tertinggi di negara iaitu
Perlembagaan Persekutuan, masih
terdapat beberapa limitasi terhadap
kebebasan beragama . Kebebasan
beragama adalah terhad kepada
ketenteraman awam, kesihatan awam
dan juga moral; perkara 11(5) PP.
1. Ketenteraman Awam
⦿ Selagi sesuatu kelakuan atau
perbuatan yang dilakukan dengan
alasan bahawa ianya termaktub
dalam kebebasan beragama tersebut
tidak memudharatkan ketenteraman
awam dan menjejaskan keamanan,
maka kelakuan atau perbuatan
tersebut boleh terus dipraktikkan.
⦿Ketenteraman awam didefinasikan sebagai;
⦿"keamanan dan keselamatan yang dirasai
oleh semua orang yang berada di bawah
perlindungan undang-undang" ; Re Tan Boon
Liat [1976] 2MLJ 83
⦿ Antara kesalahan yang menjejaskan ketenteraman awam
disenaraikan di bawah Kanun Keseksaan;

a) Memusnahkan atau merosakkan rumah ibadat bagi tujuan


menghina agama tersebut; Seksyen 295 Kanun
Keseksaan.
b) Menganggu perhimpunan agama dengan sengaja;
seksyen 296
c) Menceroboh ke dalam rumah ibadat atau tapak perkuburan
dengan niat untuk menyinggung perasaan atau dengan
niat menghina agama mana-mana individu; seksyen 297
d) Mengucapkan perkataan, mengeluarkan bunyi atau gerak
badan dengan niat sengaja menyinggung perasaan penganut
agama lain; seksyen 298.
2 Kesihatan Awam

⮚ Selagi sesuatu kegiatan atau perbuatan yang


dilakukan dengan alasan bahawa ianya
termaktub dalam kebebasan beragama
tersebut tidak membabitkan keterjejasan
terhadap kesihatan awam, maka ianya boleh
dilaksanakan.
Peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang
membabitkan kesalahan-kesalahan
berkaitan kesihatan awam;
⦿a) Perbuatan cuai yang berkemungkinan
menyebabkan penyakit berjangkit tersebar;
seksyen 269.
⦿b) Perbuatan sengaja melakukan sesuatu
menyebabkan penyakit berjangkit
tersebar; seksyen 270
⦿c) Ketidakpatuhan kepada peraturan
kuarantin; seksyen 271
⦿d) Menjual minuman atau minuman yang
membahayakan kesihatan; seksyen 273
3 Moral

⮚ Selagi mana sesuatu kegiatan atau


perbuatan yang dilakukan dengan alasan
bahawa ianya termaktub dalam kebebasan
beragama tersebut tidak berlawanan dengan
undang-undang membabitkan moral, maka
ianya boleh dilaksanakan.
⦿ Bagi orang Islam, undang-undang berkaitan moral
adalah terkandung dalam Enakmen atau Akta
Kesalahan Jenayah Syariah misalnya;
a) Sumbang mahram; seksyen 20
b) Pelacuran; seksyen 21
c) Persetubuhan luar nikah; seksyen 23
d) Liwat (gay); seksyen 25
e) Musahaqah (lesbian); seksyen 26
f) Lelaki yang berlagak seperti perempuan (transgender);
seksyen 28
g) Berkenaan perbuatan tidak sopan di tempat awam;
seksyen 29
⦿ Bagi orang bukan Islam, kebanyakkan undang-undang
berkenaan moral terkandung dalam Kanun Keseksaan
KEBEBASAN BERAGAMA
MENURUT ISLAM
orang bukan Islam berhak untuk mempunyai agama menurut perkara 25
Perlembagaan Madinah.
Mereka mempunyai kebebasan untuk kekal dengan agama asal atau untuk
memeluk agama lain.
Keadaan ini pernah ditegah oleh Nabi Muhammad SAW menerusi surat Nabi
kepada Banu al-Harith ibn Ka‘ab yang menetap di Najran yang menjamin bahawa
“Dan sesiapa yang mahu kekal dengan agama Kristian atau Yahudi, sesungguhnya
dia tidak ditahan daripada agama tersebut”.
Oleh sebab itu, perbuatan memaksa mereka memasuki agama Islam adalah
haram.
Hal ini ditegaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud:
“Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam). Sesungguhnya sudah nyata
(mana) petunjuk dan (mana) kesesatan. Maka siapa yang mengingkari taghut
(selain Allah) dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
pada buhul tali yang kuat sekali yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar
KEBEBASAN BERAGAMA
MENURUT ISLAM
Hal ini ditegaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 256 yang
bermaksud:
“Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam). Sesungguhnya
sudah nyata (mana) petunjuk dan (mana) kesesatan. Maka siapa yang
mengingkari taghut (selain Allah) dan ia beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul tali yang kuat sekali
yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
KEBEBASAN BERAGAMA
MENURUT ISLAM
Orang bukan Islam dibenarkan untuk menyebarkan ajaran agama
mereka kepada orang bukan Islam yang lain tetapi bukan kepada
orang Islam.
(Art 11 (1) & Art 11 (4)
Mereka juga dibenarkan untuk menubuhkan institusi pendidikan
agama mereka.
(Art 11 (3) )
Perbuatan menghina sembahan orang bukan Islam juga ditegaskan
dalam Surah al-An’am, ayat 108 yang bermaksud “Janganlah kamu
caci-maki berhala yang mereka sembah selain Allah”,
 merosakkan rumah ibadat mereka adalah haram.
ISU-ISU KEBEBASAN
BERAGAMA
https://youtu.be/MRBCUb2enK0
Gambar: Kem pelarian Cox’s Bazar di Bangladesh menempatkan lebih 1.1 juta pelarian Rohingya

Menurut laporan siasatan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 10,000 etnik
Rohingya dibunuh pada tahun 2017.

Keganasan yang dijalankan secara sistematik oleh tentera melibatkan etnik Rohingya (majoriti adalah Muslim) yang menetap di negeri Rakhine
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai