Anda di halaman 1dari 19

SOALAN 1 : WHAT FACTORS CONTRIBUTE TO STUDENT SUICIDES?

Bunuh diri didefinisikan sebagai suatu perbuatan yang dilakukan secara sengaja oleh
seseorang untuk mengakhiri kehidupan sehingga menemui kematian. Dalam kebanyakan kes
bunuh diri, ia berlaku akibat ketidakmampuan seseorang individu itu menghadapi tekanan
dalam kehidupan yang dialami. Mereka berasa bahawa kematian merupakan jalan singkat
untuk menyelesaikan segala masalah dan sekiranya mereka meneruskan kehidupan maka ia
akan menambahkan lagi kesengsaraan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu juta orang di seluruh


dunia meninggal dunia setiap tahun akibat bunuh diri, dengan anggaran purata sebanyak
3,000 kejadian setiap hari. Manakala setiap 40 saat, berlaku cubaan bunuh diri di seluruh
dunia. Dan, negara China mencatatkan kadar bunuh diri tahunan yang tertinggi dengan
dianggarkan lebih daripada 300,000 penduduknya membunuh diri. Bilangan ini dikatakan
lebih 10 kali ganda dari jumlah bunuh diri tahunan di Amerika Syarikat. Lebih
membimbangkan kita, data dari Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (National Suicide
Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari
dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan. Gejala bunuh diri yang berlaku dalam
masyarakat negara ini semakin hari semakin meningkat sehingga ia menyamai trend bunuh
diri di negara Amerika. Ia memperlihatkan fenomena yang berlaku di negara-negara luar
sudah merebak dan menjangkiti tingkahlaku dan pemikiran segelintir rakyat negara ini untuk
melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama dan fitrah manusia. Ini bererti,
gejala bunuh diri mahupun cubaan bunuh diri perlu dibendung segera.

Statistik di bawah menunjukkan bahawa remaja dalam lingkungan umur 15-24 tahun
cenderung untuk membunuh diri. Kadar bunuh diri di kalangan remaja meningkat dari 0 ke
1.00.

Sumber : NSRM,2009

1
Menurut kajian tinjauan kesihatan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 mendapati
6.4 peratus rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas pernah terfikir untuk membunuh
diri (Maniam, 2010). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Saroja (2009) terhadap remaja
berumur di antara 16 hingga 19 tahun mendapati 2.9 peratus responden pernah terfikir untuk
membunuh diri dan 1.5 peratus responden pernah merancang untuk membunuh diri mereka.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya bunuh diri di kalangan


remaja khususnya pelajar. Salah satu faktornya ialah masalah kemurungan yang dialami
oleh pelajar itu sendiri. Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang
melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Menurut Kauffman (2001) kemurungan dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan satu isu yang kontroversi sejak dekad yang
lalu. Kemurungan merujuk kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu
(Wicks-Nelson dan Israel 2003). Sejak tahun 1970 an kemurungan dalam kalangan remaja
telah dikenali sebagai kemurungan bertopeng atau kesamaan kemurungan Dacey dan Kenny
(1997) dalam See Ching Mey et all (2005). Ini menjelaskan bahawa kemurungan dalam
kalangan remaja biasanya diselindung oleh tingkahlaku seperti hiperaktif, ketidakupayaan
dalam pelajaran dan ponteng sekolah (Kauffman (2001). Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan berlakunya kemurungan di kalangan pelajar. Antaranya,

a. Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya

 kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia
atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut.
Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
 kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

b. Mengalami penyakit yang sukar dipulih dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit
hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan
kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai anak/pelajar/ahli keluarga)
 
c. Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan
(contoh : kegagalan dalam peperiksaan )
 

2
Pelajar yang murung kerap letih, tidak dapat menumpukan perhatian, mengalami
masalah kesihatan serta masalah fizikal yang lain. Sebagai manusia, kita pernah mengalami
perasaan sedih atau muram pada masa tertentu sepanjang hayatnya. Perasaan sedih dan
muram yang berpanjangan boleh menjejaskan seseorang kehidupan individu sama ada dari
segi emosi, kognitif, sosial dan fizikal. Antara simpton kemurungan putus harapan dan
kekosongan, kesedihan yang berpanjangan, selera makan menurun secara mendadak,
insomnia atau tidur terlalu banyak, gerakan menjadi perlahan, lesu, letih dan kurang
bertenaga, sentiasa merasa bersalah atau berdosa, kadang-kadang ada terfikir untuk
membunuh diri (Miller, Rhodes dan Yahne 1990) dalam Yahaya et all (2006).

Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya bunuh diri di kalangan pelajar ialah
tekanan hidup (tekanan). Hans Selye (1950) dalam Jamilah (2003) telah mendefinisikan
tekanan sebagai “reaksi atau tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau
keinginan” atau maklum balas yang tidak khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap
kewujudan sesuatu desakan. Menurut Jerrold (2002), tekanan boleh menyebabkan beberapa
perubahan dalam tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan
psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. Lessard (1998), mendapati tekanan bukan
sahaja dialami oleh golongan dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini
kerana universiti merupakan suatu tempat dimana ia menuntut pelajar mengimbangi pelbagai
peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan merasa
kecewa, bimbang, putus asa dan mudah mengalami tekanan terutamanya bagi pelajar wanita.
Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, amat mudah terdedah kepada tekanan
disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996).
Pelajar mengalami tekanan ketika membuat jangkaan pencapaian dalam akademik dan ketika
membina dan mengekalkan hubungan dengan seseorang (Fisher, 1993). Tahap tekanan paling
tinggi di kalangan pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk peperiksaan, persaingan
memperoleh gred yang baik serta perkara yang melibatkan pengurusan masa. Kajian tekanan
dalam persekitaran pembelajaran yang dijalankan oleh Deckro, et al. (2002), menunjukkan
bahawa tekanan memberi kesan kepada pencapaian akademik, kekecewaan, kesihatan fizikal
dan idea untuk membunuh diri. Kesan negatif dari tekanan ini akan menghalang pelajar dari
mencapai sasaran yang diingini. Pelajar yang lemah dalam pelajaran mengalami tekanan.
Kegagalan dalam mencapai keputusan akademik yang baik dan yang diharap boleh
membawa kepada gejala bunuh diri. Akibat ketakutan atau ketidakpuasan hati dan tekanan

3
yang tinggi dengan keputusan telah banyak meragut nyawa kalangan remaja. Jika tekanan
tersebut tidak ditangani, pelajar ini cenderung untuk melakukan tingkah laku yang negatif
(Brewster, 2001). Azhar M. Zain (Berita Harian, 6 Mac 2002), menyatakan kira-kira 25
hingga 35 peratus pelajar di negara ini mengalami tekanan perasaan akibat daripada bebanan
pelajaran yang semakin meningkat. Menurutnya lagi, sistem pendidikan yang mengutamakan
kecemerlangan dalam bidang akademik menyebabkan pelajar tidak mempunyai waktu untuk
berehat dan mengadakan aktiviti kegiatan yang lain. Manakala tekanan ibu bapa dan guru
mereka supaya menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah menyebabkan pelajar
menghadapi tekanan dalam hidup mereka. Sesetengah remaja yang sentiasa menjadi harapan
keluarga atau sekolah tiba-tiba keputusan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan akan
mengambil keputusan yang tidak matang dengan mengambil nyawa sendiri akibat gagal
memenuhi harapan tinggi mereka.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada berlakunya bunuh diri di kalangan pelajar
ialah faktor keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah
bunuh diri di kalangan pelajar. Ini kerana akan berlaku penderaan emosi apabila ibu bapa
atau penjaga tidak mengambil peduli dan tidak memberi kasih sayang kepada anak-anak
mereka, tidak menyediakan suasana bersifat mengasuh, menyayangi dan sokongan moral
yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Penderaan emosi merangkumi perbuatan
memalukan anak, sengaja tidak memberi kasih sayang, menuduh, menakutkan, mengugut,
menimbulkan rasa gentar, mendiskriminasikan, mencemuh dan bentuk penyisihan bukan
fizikal atau layanan dingin yang lain.Terdapat sesetengah ibubapa yang tidak mempunyai
kemahiran keibubapaan, komunikasi, dan disiplin. Hubungan keluarga yang bercirikan
kemarahan, tidak stabil emosi dan ketidakterimaan juga boleh menyebabkan tingkah laku
merosakkan diri remaja itu sendiri. Kurang kemahiran komunikasi juga mengganggu emosi
remaja. Remaja yang tidak diberi peluang dalam keluarga untuk berkomunikasi atau
meluahkan perasaan biasanya akan menyimpan perasaan dan apabila tidak dapat dikawal atau
dipikulnya akan membawa kepada ketegangan dan bebanan sehingga menjadikan tingkah
laku yang kurang menyenangkan. Kesannya, penderaan emosi boleh membinasakan jiwa dan
berjangka panjang, antaranya: peningkatan risiko pola kemurungan, kerenggangan diri,
kegelisahan, tanggapan bahawa harga dirinya rendah, hubungan yang sumbang atau
bermasalah, atau kurang rasa empati seumur hidupnya dan menampakkan tanda-tanda ingin
bunuh diri terutamanya anak remaja dan kanak-kanak (UNICEF,2010).

4
Faktor keempat yang menyebabkan berlakunya bunuh diri di kalangan pelajar ialah
masalah kesunyian yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri.Perlman dan Peplau (1981)telah
mendefinisikan kesunyian sebagai sesuatu pengalaman yang tidak menyenangkan, yang
berlaku apabila rangkaian hubungan sosial adalah berkurangan dalam beberapa cara yang
penting, sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. Secara umumnya pelajar universiti
merupakan individu yang mula memasuki zaman peralihan remaja ke alam dewasa. Individu
yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun merupakan remaja akhir dan akan
memasuki alam awal dewasa. Pada peringkat ini, ramai dewasa akan melanjutkan pelajaran
di universiti dan bekerja separuh masa (Hamilton dan Hamilton;2006, Arnett, 2000). Oleh itu,
apabila mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlu menghadapi pelbagai
cabaran. Salah satu daripadanya ialah membina rangkaian sokongan sosial (Beck, Taylor dan
Robbins, 2003, Blimling dan Miltenberg, 1981). Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran
dalam hidup kerana perlu memulakan sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka seperti
mengubah corak untuk beraktiviti, corak berfikir , corak perhubungan dan sebagainya.
Kegagalan dalam menerima sokongan sosial akan mempengaruhi gaya hidup mereka ke arah
yang lebih menyendiri dan mengalami kesunyian. Sokongan sosial amat diperlukan dalam
proses pembelajaran di kampus(Smith dan Zhang, 2009). Terdapat pelbagai pendapat yang
dinyatakan oleh pengkaji terdahulu mengenai kepentingan sokongan sosial dalam kehidupan
seorang pelajar samada sokongan sosial daripada keluarga atau teman istimewa ataupun
rakan-rakan dalam pembelajaran mampu mengurangkan masalah kesunyian di sesuatu tempat
yang baru diduduki (Sheets, Raymond L., Jr.; Mohr, Jonathan J;2009, Ugur Özdemir dan
Tarik Tuncay; 2008,Stephanie Bernardon, Kimberley A.Bab, Julie Hakim –Larson dan
Marcia Gragg;2011. Menurut kajian yang dilakukan oleh Wiseman, Gutttfreund dan
Lurie(1995) mendapati ramai pelajar kolej mengalami pengalaman kesunyian dan hampir
25.7 peratus pelajar lelaki di kolej mengalami kesunyian berbanding pelajar kolej di kalangan
wanita yang hanya 16.7 peratus ( Knox, Vail-Smith dan Zusman;2007). Menurut kajian
Allison L.Bitz (2014) mendapati semenjak tahun 2007 hingga 2008 hanya 66 peratus sahaja
pelajar yang meneruskan pengajian ke semester seterusnya kerana mengalami kesunyian dan
sukar membuat penyesuaian diri sehingga ramai yang mengalami masalah psikologi dan
terdapat nisbah 1: 3 akan berhenti daripada meneruskan pengajian. Ketiadaan hubungan
sosial dalam kehidupan mereka akan menyebabkan mereka hidup bersendirian mengalami
tekanan, kebosanan dan kekosongan akibat tidak mahu terlibat dalam kehidupan sosial.
Apabila terdapat masalah, mereka tidak dapat berkongsi atau meluahkan perasaan dengan
orang lain hingga menyebabkan mereka menghadapi tekanan yang teruk yang mendorong

5
mereka untuk bunuh diri. Ini kerana remaja yang menghadapi masalah dalam pergaulan amat
sensitif dan tidak dapat mengawal perasaannya hingga ia membawa kepada cetusan idea
untuk bunuh diri.

Faktor kelima yang menyebabkan berlakunya bunuh diri di kalangan pelajar ialah
disebabkan oleh masalah dalam percintaan. Cinta merupakan suatu perasaan semulajadi
yang dirasai oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka. Perubahan hormon yang berlaku
ketika mereka melangkaui alam remaja menyebabkan ramai pelajar khususnya pelajar
sekolah menengah jatuh cinta dengan pelajar yang berlainan jantina. Apabila berlaku
pergaduhan dalam hubungan mereka atau apabila mereka putus cinta, ramai yang tidak dapat
menerima kenyataan. Ini menyebabkan ramai antara mereka mengalami kesedihan,
kekecewaan, kemarahan, mudah putus asa, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan,
mengurung diri dalam bilik serta ada pula yang membunuh diri dengan anggapan kematian
merupakan penyelesaian kepada segala masalah.

Selain itu, faktor persekitaran yang tidak menyenangkan juga boleh menyebabkan
berlakunya bunuh diri di kalangan pelajar. Pembulian merupakan antara faktor yang
menyebabkan berlakunya bunuh diri. Kes pembulian semakin meningkat khususnya di
sekolah menengah dan universiti. Salah satu kesan utama bgejala buli alah pelajar-pelajar
yang dibuli berasa takut untuk ke sekolah / universiti kerana apabila mereka datang ke
sekolah mereka terpaksa dibuli oleh pembuli. Trauma ke sekolah menyebabkan ramai pelajar
tertekan dan ketakutan. Kesan keduanya ialah, pelajar hilang tumpuan dalam pelajaran
mereka.Hal ini kerana, mereka sentiasa memikirkan tentang perkara yang dilakukan oleh
pembuli ke atas mereka. Ini menyebabkan mereka menjadi pasif, tidak ceria, tidak berani
berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka serta lebih suka menyendiri sambil
memikirkan nasib mereka yang malang. Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh
menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan
yang mereka tanggung. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah
membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah
mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya
dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform
dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes
buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan
sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri

6
SOALAN 5 : EVALUATE THE MANAGEMENT’S APPROACH TO FATIMA. TO
WHAT DEGREE ARE THE CURRENT PRACTICES FOR PREVENTING AND
DEALING WITH STUDENT SELF-INJURY OR SUICIDAL BEHAVIOUR
EFFECTIVE? WHAT ELSE CAN THE EDUCATIONAL INSTITUTION DO TO
IMPROVE THE SITUATION?

i. EVALUATE THE MANAGEMENT’S APPROACH TO FATIMA.

Seperti yang diterangkan dalam artikel yang ditulis oleh Prof Omar Abdul Kareem dan Dr.
Khuan Wai Bing, pentadbir universiti amat mengambil berat dalam hal ehwal dan
kesejahteraan pelajar. Antara perubahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan ialah
memperkenalkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan untuk mengenali dan menyelia
masalah yang dihadapi oleh pelajar serta membuat kebajikan kepada pelajar. Pelbagai
perkhidmatan telah ditawarkan oleh pihak jabatan seperti penilaian psikologi, kaunseling
individu dan kelompok, bengkel peningkatan kendiri pelajar, perancangan kerjaya, sukan dan
aktiviti kokurikulum, latihan kepimpinan dan perkhidmatan kaunseling. Jabatan juga telah
menganjurkan bengkel untuk pelajar baru yang baru bercerai, pelajar yang mempunyai
penilaian kendiri yang rendah serta program kesihatan seksual yang bertujuan untuk
meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan pelajar.
Pada pendapat saya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar
adalah amat efektif. Dengan adanya perkhidmatan kaunseling, pelajar yang bermasalah boleh
berunding dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapinya. Tetapi untuk kes
Fatima pula, walaupun pensyarahnya meminta mendapatkan khidmat kaunseling, Fatima
enggan melakukannya. Ini kerana mungkin Fatima tidak ingin berkongsi masalah dengan
orang lain atau mungkin tidak mahu masalahnya diketahui oleh orang lain.Tambahan lagi,
sekiranya dia mendapat khidmat kaunseling mungkin dia dilabelkan sebagai ‘crazy’ oleh
rakan-rakannya.Dia hanya berkongsi masalah dengan rakannya melalui Facebook. Maka,
disini kita ketahui bahawa hanya orang yang paling rapat dengannya sahaja dia mahu
berkongsi masalah. Bagi dia, hanya kawan yang rapat dan memahami dia sahaja dapat
memberi penyelesaian kepada masalahnya. Maka di sini, kita tidak boleh harapkan Fatima
datang sendiri ke bilik kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat. Mungkin dia
berpendapat bahawa orang baru (pakar kaunseling) tidak dapat memberikan penyelesaian
kepada masalahnya kerana dia tidak mengenali selok belok dirinya. Di sini kita boleh
simpulkan bahawa walaupun terdapat perkhidmatan kaunseling, namun ia tidak dapat

7
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Fatima disebabkan oleh sikapnya yang
tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain. Walaupun perkhidmatan kaunseling
merupakan suatu perkhidmatan yang amat berkesan, namun kebanyakan pelajar tidak tahu
kelebihannya. Bagi pelajar yang tidak memahami peranan yang dimainkan oleh perkhimatan
kaunseling, mereka sering mengabaikannya. Bagi mereka, pelajar yang mendapat
perkhidmatan kaunseling merupakan pelajar yang mempunyai penyakit mental yang serius
(crazy). Oleh itu, pihak jabatan harus mendedahkan kelebihan mendapat perkhidmatan
kaunseling di universiti dan peranan yang dimainkannya. Pihak jabatan boleh menganjurkan
pesta perkhidmatan kaunseling (counselling fair) di khalayak pelajar agar semua pelajar
didedahkan dengan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kaunseling.
Semasa saya membaca artikel ini, saya mendapati bahawa Fatima menghadapi masalah
dalam akademik. Dia sedih kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang dan risau tidak
mendapat pekerjaan yang diharapkan oleh ibubapanya. Seperti yang ditekankan dalam
artikel, universiti ini menekankan pendidikan yang liberal dan ‘multidiscipline’. Maka
pelbagai perubahan telah dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan universiti. Antara
perubahan yang dilakukan ialah melantik penasihat akademik untuk membantu pelajar
memahami apa yang perlu tahu dan cara yang paling sesuai untuk menamatkan pengajian
masing-masing dan fakulti pula memperkenalkan pendekatan ‘pintu terbuka’ dalam
pendidikan dimana pelajar boleh mendapat maklum balas dan panduan mengenai
perancangan pendidikan intensif yang diperlukan sepanjang tempoh pengajian. Walaupun,
universiti telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk membantu pelajar meneruskan
pengajian di universiti, namun ia tidak berjaya untuk kes Fatima. Ini kerana dia belajar hanya
untuk memenuhi hasrat ibubapanya yang mahukan anaknya menjadi seorang guru. Fatima
tidak mahu menerima bantuan daripada sesiapa kerana dia mengurungkan diri dalam
kesunyian. Walaupun dia tidak mahu meminta bantuan daripada orang lain, namun terdapat
beberapa orang yang mengetahui perubahan yang dialaminya. Antaranya rakan sekelas,
pensyarah dan penasihat akademik. Dalam kes ini, mungkin pensyarah kursus dan penasihat
akademik boleh membantunya mengurangkan masalah yang dihadapinya. Semasa Fatima
menghampiri mereka dan memberitahu dia mahu ke kampungnya, sebagai insan yang
mempunyai perasaan kedua-dua orang yang saya menyebut di atas harus mendekati Fatima
dan berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Mereka tidak harus meminta Fatima pergi
sendiri berjumpa pakar kaunseling kerana kedua-dua mereka tahu bahawa sikap Fatima yang
tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain. Mereka tidak harus menolak bebanan
kepada pihak Jabatan Hal EhwalPelajar sahaja, malah harus berganding bahu memikul

8
masalah yang dihadapinya.Pada pendapat saya, tanggungjawab menjaga kesejahteraan pelajar
harus dimulakan dari kelas kuliah. Ini kerana pensyarah atau pensyarah akademik merupakan
orang yang paling dekat dengannya dan jika mereka melihat dari awal lagi masalah yang
dihadapi oleh Fatima, mungkin Fatima tidak mengorbankan nyawanya. Maka dapat
disimpulkan, walaupun pelbagai langkah, program dan perkhidmatan ditawarkan oleh pihak
pengurusan untuk menjaga kesejahteraan pelajar, ia mungkintidak efektif jika ia tidak
ditujukan dengan betul.

ii. TO WHAT DEGREE ARE THE CURRENT PRACTICES FOR PREVENTING


AND DEALING WITH STUDENT SELF-INJURY OR SUICIDAL BEHAVIOUR
EFFECTIVE?

Gejala bunuh diri dan percubaan membunuh diri semakin hari semakin serius di negara kita.
Keadaan ini membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan seterusnya mendorong
Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan Tindakan Strategik Kebangsaan
Pencegahan Bunuh Diri yang menggariskan tujuh (7) strategi utama bagi menangani
permasalahan bunuh diri di kalangan masyarakat Malaysia. Strategi-strategi yang digariskan
adalah Promosi Kesihatan Mental, meningkatkan pengesanan awal dan rawatan komprehensif
penyakit mental termasuk kemurungan, meningkatkan kerjasama di antara agensi kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan, meningkatkan pembangunan modal insan, meningkatkan
penyelidikan tentang tingkah laku bunuh diri, menggalakkan cara pelaporan media yang betul
tentang bunuh diri dan memantapkan lagi sistem surveilan bagi mengumpul data bunuh diri
(Dr.S. Ramakrishnan, 2011). Bagi melaksanakan tujuh strategi di negara kita, maka
Kementerian telah memperkenalkan pelbagai program . Antaranya,

(a) Meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kesihatan mental


melalui aktiviti-aktiviti promosi iaitu pemerkasaan komuniti yang memfokuskan kepada
memberi kemahiran daya tindak (coping skills) kepada masyarakat menangani stres dan
cabaran kehidupan sehari-hari, mengadakan forum awam, seminar, ceramah di media massa
dan penulisan artikel di media cetak. aktiviti-aktiviti promosi juga dilaksanakan melalui
kempen Cara Hidup Sihat dan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Salah satu kempen yang
dilancarkan untuk menangani masalah ini ialah kempen “Bulan Cegah Bunuh Diri” pada
bulan September 2005. Ia bertemakan “Cegah Bunuh Diri- Tanggungjawab Bersama”, (Sarjit
Singh Gill, 2006). Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Malaysia supaya

9
menghargai nyawa sepanjang masa. Institusi kekeluargaan merupakan institusi yang paling
penting dalam kehidupan manusia. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau
perkembangan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka harus mendidik anak-
anak supaya memahami tanggungjawab masing-masing. 

(b) Buat masa ini, Kementerian Kesihatan tiada menawarkan perkhidmatan kaunseling
telefon tetapi perkhidmatan ini ada ditawarkan oleh The Befrienders, salah satu badan bukan
kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kaunseling percuma melalui telefon dan e-mel
kepada individu yang mempunyai masalah emosi, murung, dan keinginan untuk membunuh
diri. Badan ini mempunyai 7 cawangan di seluruh Malaysia dan dikendalikan oleh lebih dari
300 orang sukarelawan yang terlatih dalam aspek kaunseling. menyedari juga bahawa
golongan muda banyak menggunakan media sosial seperti Facebook, Youtube, dan Twitter,
pihak The Befrienders turut menawarkan perkhidmatan perbincangan dan kaunseling secara
tertutup untuk golongan yang memerlukan melalui laman web
facebookwww.facebook.com/Befrienderskl

(c) Memandangkan media memainkan peranan dari segi pelaporan kes bunuh diri, satu
inisiatif telah dilakukan bagi membentuk Garis Panduan Pelaporan Media tentang Bunuh Diri
di Malaysia untuk memberi panduan kepada media tentang cara pelaporan bunuh diri yang
boleh mempengaruhi perlakuan ‘copycat suicide’ sekiranya kes dilaporkan di hadapan muka
surat suratkhabar.

(d) Memandangkan salah satu faktor penyebab bunuh diri adalah gangguan mental dan
psikiatri seperti kemurungan dan skizofrenia, Garis panduan Amalan Klinikal Pengendalian
Kemurungan dan Skizofrenia telah dibentuk bagi melatih anggota kesihatan mengenalpasti
tanda-tanda awal penyakit mental. Kementerian juga sedang membangunkan Modul Latihan
Pencegahan Bunuh Diri untuk anggota kesihatan bagi melatih mereka mengenalpasti tanda-
tanda awal mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda awal
tingkahlaku bunuh diri.

(e) Dari segi perkhidmatan perawatan psikiatri, sebanyak empat (4) buah institusi mental
dan 42 hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan merawat
pesakit mental dengan kepakaran seramai 124 pakar psikiatri. Selain itu, klinik-klinik
kesihatan juga memberikan perkhidmatan saringan kesihatan mental untuk tahap stress,

10
keresahan dan kemurungan dan intervensi bagi mereka yang dikenalpasti. usaha juga sedang
dijalankan untuk meningkatkan pengambilan pegawai psikologi kaunseling bagi memberi
perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat yang mendapatkan rawatan di fasililti kesihatan.

Maka dapat disimpulkan bahawa, strategi yang digunakan oleh Kementerian adalah amat
berkesan dan berfokus kepada gejala bunuh diri daripada berleluasa. Aktiviti-aktiviti /
program-program yang dianjurkan dapat memperkasakan masyarakat (khususnya pelajar)
dengan kemahiran dayatindak menghadapi cabaran hidup seharian. Ini adalah kerana melalui
peningkatan kesedaran awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, kepekaan
masyarakat terhadap orang di sekeliling yang mempunyai tanda-tanda awal masalah
kesihatan mental dan membawa mereka mendapatkan rawatan awal dapat mencegah masalah
kesihatan mental menjadi lebih buruk dan mencegah bunuh diri. Namun begitu mengapakah
masih berlaku gejala bunuh diri di kalangan remaja muda ? Yang paling menyedihkan ialah
kadar bunuh diri semakin meningkat pada setiap tahun. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Pada pendapat saya, sejauhmana / setinggi mana Kementerian melaksanakan program pun,
jika remaja itu tidak menghargai nyawanya, maka segala program yang diperkenalkan oleh
kementerian akan menemui kegagalan. Remaja sendiri perlu menyedari bahawa nyawa itu
adalah kurniaan tuhan dan mereka tidak ada hak untuk merampasnya sendiri. Remaja harus
menyedari bahawa setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian dan mereka tidak boleh lari
daripada kebenaran. Remaja harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan harus percaya
bahawa mereka boleh meneruskan hidup seperti orang lain.

ii. WHAT ELSE CAN THE EDUCATIONAL INSTITUTION DO TO IMPROVE


THE SITUATION?

Institut pengajian memainkan peranan penting dalam menangani gejala bunuh diri daripada
berlaku di kalangan pelajar. Institut pengajian boleh mengambil pelbagai langkah untuk
mencegah gejala bunuh diri. Salah satu langkah yang boleh diambil ialah memperkenalkan
pendekatan Public Health Approach di institut. Ia merupakan suatu pendekatan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi menangani masalah bunuh diri. Pendekatan ini melalui
pelaksanaan langkah-langkah yang diselaraskan dengan penggunaan sains.Langkah-langkah
saintifik yang diimplimentasikan membolehkan pihak pengurusan mengenalpasti faktor-faktor

11
yang menyumbang kepada masalah bunuh diri bergantung kepada ciri-ciri dansituasi tertentu. Tindakan
yang wajar serta bersesuaian dapat diambil agar dapat menangani masalahini dengan jayanya.

Melalui pendekatan Public Health Approach faktor-faktor yang mempengaruhi gejala


bunuh diri dapat dikenalpastisebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Selepas
memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar, maka perlu dijalankan intervensi yang sesuai
bagi menghilangkan niat individu untuk membunuh diri serta mengurangkan fikiran negatif
yang menghantui individu tersebutsendiri. Intervensi yang dilaksanakan merangkumi
beberapa langkah iaitu pengenalpastianmasalah dilaksanakan terlebih dahulu, diikuti dengan
penyelesaian masalah melalui rawatan yang bersesuaian, serta pemupukan kemahiran bagi
menghadapi dan menanganimasalah pada orang terdekat mangsa bunuh diri tersebut, seperti
ahli keluarga yangtersayang, kawan-kawan dan sebagainya. Adalah diharapkan melalui
bimbingan, doronganserta kasih sayang yang diberi daripada orang tersayang dapat
menangani masalah yangdihadapi oleh mangsa tersebut dengan mempengaruhi pemikirannya
agar berfikiran warasserta mencuba untuk membuat keputusan yang positif. Selain itu,
intervensi perlu dijalankan untuk kepentingan bersama. Sebagai contoh, kempen
motivasimenerapkan ilmu pengetahuan serta kesedaran sivik yang sewajarnya agar setiap
orangmenghargai nyawa diri sendiri serta memanfaatkan kehidupan diri.

Selain itu institusi pengajian juga boleh memperkenalkan psikodinamik psikoterapi


yang menitikberatkan perkembangan dalam pemahaman psikologikal mengenai masalah
bunuh diri.Pengenalan psikodinamik psikoterapimembolehkan pengalihan masalah bunuh diri
dari perspektif moral kepada perspektif sains.Terdapat berbagai-bagai jenis psikoterapi yang
dapat dijalankan. Antaranya ‘suara terapi’, ‘family therapy’ dan ‘grouptherapy’. Tetapi untuk
menangani masalah bunuh diri di kalangan pelajar, maka ‘groupterapi’ adalah sesuai
digunakan. ‘Grouptherapy´ iaitu terapi yang dijalankan melalui interaksi yang dalam
kumpulan turutdianggap penting lantaran melalui terapi ini, sokongan, dorongan dan nasihat
yang sewajarnya dapatdiberi kepada individu yang dibelenggui dengan masalah peribadi
sebagai usaha menanganimasalah bunuh diri.

Selain itu institusi pengajian juga boleh memperkenalkan program inovatif yang
melibatkan aktiviti forum interaktif, ceramah pendek dan pembentangan kes-kes bunuh diri
yang membolehkan pelajar didedahkan dengan gejala bunuh diri (Schwartz, Griffin, Russel,
dan Frontaura-Duck ,2006).Program ini juga akan membincangkan tentang estim kendiri dan
mengenal pasti tanda-tanda bunuh diri di kalangan pelajar dan cara mencegahnya. Kajian
12
yang dijalankan untuk menilai keberkesanan intervensi tersebut mendapati pelajar dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dan dapat berbincang tentang pengalaman mereka di
institusi pengajian.

Selain itu, kebanyakan pelajar universiti merupakan mereka yang berada pada awal
dewasa. Tugas utama di peringkat ini ialah membezakan diri dari keluarga asal, membentuk
identiti,membina hubungan yang intim dan matang serta memilih kerjaya. Jadi tidak
hairanlah pusat-pusat kaunseling sering menerima kes-kes yang bersangkutan dengan
hubungan sama ada intim mahupun kekeluargaan (Chandler & Gallagher 1996). Terdapat dua
intervensi keluarga yang boleh digunakan oleh institusi pengajian. Salah satu daripadanya
ialah genogram, iaitu satu teknik menggunakan rajah keluarga untuk menjelaskan corak
hubungan yang berlaku dalam keluarga (Charlotte, 2001). Genogram mampu memberi celik
akal kepada klienbagaimana corak hubungan dengan ibu bapa sebelum ini telah
mempengaruhitingkah laku seseorang anak. Pengetahuan ini membolehkan klien
mengubahcorak hubungan mereka. Intervensi yang kedua ialah menggunakan sistem
sokongan yangada di sekeliling pelajar dalam membantu pelajar tersebut mengendalikan
masalahnya. Sistem sokongan ini boleh terdiri dari ahli keluarga, rakan-rakan, serta
pensyarah kursus. Setiap ahli dalam sistem ini mengambil bahagian mendampingi pelajar
bermasalah itu sehingga dia membentuk tingkah laku baru yang lebih berkesan (Terry, 1989).

13
KESIMPULAN

Kejadian bunuh diri lazimnya berlaku kepada mereka yang mengalami masalah sakit otak,
tekanan yang serius, putus cinta, masalah kekeluargaan, masalah ekonomi dan lain-lain lagi.
Bunuh diri merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral.Menurut Emile Durkheim,ahli sains
sosial yang mula-mula melihat kejadian bunuh diri sebagai fenomena sosial, bunuh diri terdiri
daripada tiga jenis: iaitu pertama ,egoistik, iaitu bunuh diri yang diakibatkan masalah kekurangan
integrasiindividu dengan kumpulan sosial dan masyarakatnya; kedua,altruistik,iaitu bunuh diri
yang berlakuapabila hubungan integrasi individu terlalu rapat dengan masyarakat sehingga
sanggupmengorbankan nyawa kerana rasa tanggungjawab terhadap ahli masyarakat lain;
ketiga anomik,iaitu bunuh diri berlaku apabila masyarakat gagal mengawal individu. Perkara
ini berlaku terutamanya apabila nilai sosial telah tergendala oleh perubahan sosial yang terlalu cepat. Dari
sudut agama pula,bunuh diri dianggap tidak baik dan bercanggah sama sekali
denganajaran agama .Malah, menurut kitab penganut Islam, Kristian, dan Hindu, membunuh diri adalah
salah satu dosa besar. Di sini jelas menunjukkan setiap agama melarang penganutnya
melakukankekejaman terhadap diri sendiri seperti bunuh diri.

Di Malaysia gejala bunuh diri merupakan suatu masalah sosial yang semakin berleluasa. Maka gejala
tersebut tidak boleh dilihat setakat isu dan masalah individu sahaja malah ia melibatkan tanggungjawab sosial.
Di sampingitu, perbuatan membunuh diri boleh diatasi sekiranya masyarakat lebih
bertanggungjawab bukansahaja kepada anggota masyarakat yang lain bahkan kepada diri mereka sendiri.
Fenomena ini perludipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat dalam mencegah masalah
bunuh diri di Malaysiaserta pihak kerajaan perlu menyusun strategi dengan lebih bersungguh-sungguh
untuk mencegah perbuatan membunuh diri dari berleluasa.

14
BIBLOGRAFI

Allison L.Bitz.(2014). The Role Of Social Self Efficacy In College Adjustment Among First
Year College Students.Nebraska-Wesleyen Universiti.Online Books Google.

Arnett, J. J. (2000). Emerging adulthood: A Theory Of Development From The Late Teen
Through The Twenties. American Psychologist, 55, 469– 480.

Beck, R., Taylor, C., & Robbins, M. (2003).Missing Home: Sociotropy And Autonomy And
Theirrelationship To Psychological Ditekanans And Homesickness In College
Freshmen. Anxiety, Tekanans,And Coping, 16, 155–166.

Brewster, L.R. (2001). “Tekanans, Coping and Sociat Support of Student with Learning
Disabilities.” UMI ProQuast Digital Dissertations.

Chandler, L. A. & Gallagher, R. P. (1996). Developing a taxonomy for problems seen at


auniversity counseling center. Measurement and Evaluation in Counseling
andDevelopment 29: 4-12.
Charlotte, D. (2001). Using genogram as a tool for insight in college counseling. Journal of
College Counseling 4(1): 73-76.
Deckro, G.R., Ballinger, K.M., Hoyt, M.H., Wilcher, M., Dusek, Myers, P., Greenberg, B.,
Rosenthal, D.S. and Benson, H. (2002). “The Evaluation of Mind, Body Intervention
To Reduce Psychological Ditekanans and Perceived Tekanans In College Students.”
Journal of Americn College Health. 50(6). 281-287.

Fisher, S. (1993). “Tekanans In Academic Life: The Mental Assembly Line.” Buckingham:
SRHE and Open Universiti Press.

Jamilah Bt Nordin (2003). “Kawallah Kehidupan Anda.” Synegy Publishing Co.

Jerrold S. Greenberg (2002). “Comprehensive Tekanans Management.” 7th Ed. Universiti of


Maryland: McGraw-Hill Higher Education. 301-320.

Kauffman,J. (2001).Characteristics of emotional and behavioral disorders of children and


youth.Englewood Cliffs,NJ: Merill Prentice-Hall.

Lessard, J.J.,(1998).“Adolescent Tekanans A Workload: From Bamboo Seed to


Flying.”Guidance and Counseling. 14.15-19.

15
Maniam T.(2010). Hidup Atau Mati: Masalah bunuh diri di Malaysia. ISBN 978-967-942-
960-2. 3 Disember 2010.

Peplau, L. A., & Perlman, D. (Eds.).(1982). Loneliness: A Sourcebook Of Current Theory,


Research, And Therapy. New York, NY: Wiley.

Saroja, K. (2009). Suicidal Ideations in Malaysians. Kertas Kerja Persidangan XII


Internatinal Federation of Psychiatric Epidemiology Internatinal Congress, April 16-19,
Vienna.

Schwartz, J. P., Griffin, L. D., Russel, M. M., dan Frontaura-Duck, S. (2006). Prevention of
dating violence on college campus: An innovative program. Journal of
CollegeCounseling 9: 90-96.

See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005). Kemurungan di kalangan pelajar: satu kajian kes.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 113–129.

Sheets Jr., Raymond L.; Mohr, Jonathan J.(2009).Perceived Social Support From Friends
And Family And Psychosocial Functioning In Bisexual Young Adult College
Students.Journal of Counseling Psychology.Vol 56(1). Jan 2009. 152-163.

Smith, W.L., & Zhang, P. (2009). Students’ Perceptions And Experiences With Key Factors
During The Transition From High School To College. College Student Journal, 42(2),
643-357.

Terry, L. L. (1989). Assessing and constructing a meaningful system: Systemic perspective in


a College Counseling Center. Journal of Counseling and Development 67: 352- 355.

Towbes, L.C. and Cohen, L.H., (1996). “Chronic Tekanans in the Lives of College Students:
Scale Development and Perspective Prediction of Ditekanans.” Journal of Youth &
Adolescence. 25. 199- 217.

UNICEF (2010). Penderaan Kanak-kanak : Penderaan Emosi.Malaysia.

Wicks-Nelson, R., & Israel, A.C (2003). Behavior disorders of childhood (ed.ke-
5).Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

16
Yahya Mahmood dan Tan Joo Peng dalam Rohany Nasir. (2006). Kesejahteraan Manusia
Perspektif Psikologi dalam: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor

Website

http://stpm-study.blogspot.my/2014/03/kesan-kesan-masalah-buli-dan-langkah.html

PPP6084 : ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA

17
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

Kajian Kes

TAJUK TUGASAN
KESEJAHTERAAN PELAJAR : BUNUH DIRI

Pensyarah : Professor Dr. Omar bin Abdul Kareem

NAMA PELAJAR

Sivagami a/p Keenasan (M20142001576)

TARIKH SERAHAN

28 MEI 2016

PPP6084 : ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA


18
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

Kajian Kes

TAJUK TUGASAN
KESEJAHTERAAN PELAJAR : BUNUH DIRI

Pensyarah : Professor Dr. Omar bin Abdul Kareem

NAMA PELAJAR

Shanmuganathan a/l Rajoo (M20142001569)

TARIKH SERAHAN
28 MEI 2016

19

Anda mungkin juga menyukai