Anda di halaman 1dari 42

MARKAH

KPP60204 : KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

TAJUK

KECELARUAN PERSONALITI

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. PROGRAM


MATRIK
HALIZA BINTI AZIZ M20201000104 MASTER TEKNOLOGI
INSTRUKTIONAL
FATIN ZULAIKHA BINTI MOHD ZULKIFLI M20202001500 MASTER PENDIDIKAN
PSIKOLOGI
HAFIZATUL AZWA BINTI ABD RAZAK M20201000544 MASTER PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
HAMAH LATHA A/P SUMNADE M20192001149 MASTER DALAM BIDANG
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

KUMPULAN3KULIAH :
KUMPULAN
PENSYARAH
DR :
TAJUL ROSLI BIN SHUIB
TARIKH SERAHAN : 6 JUN 2021
PENGENALAN

Firdaus Abdul Gani (2020) Setiap individu sebenarnya mempunyai personaliti yang tersendiri yang
membentuk ciri-ciri seseorang individu itu berfikir, berinteraksi serta menjalani kehidupan harian tetapi
hanya segelintir sahaja yang mempunyai masalah kecelaruan personaliti. Terdapat banyak jenis
kecelaruan personaliti tetapi antara jenis-jenis kecelaruan personaliti yang mungkin anda pernah dengar
adalah jenis paranoid, anti-sosial dan narsistik.

Kecelaruan personaliti merupakan sejenis kecelaruan mental di mana seorang individu itu mempunyai
corak pemikiran, imej diri, kefungsian dan tingkah laku yang tidak fleksibel. Cara mereka melihat sesuatu
keadaan itu berbeza dari individu normal. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi sehingga menimbulkan masalah dalam perhubungan, kehidupan sosial serta pekerjaan. Ia
lebih bersifat kekal dan tidak fleksibel sehingga menyebabkan tekanan ke atas individu tersebut. Masalah
yang sering timbul dalam tingkah laku kecelaruan personaliti biasanya melibatkan kegagalan mengawal
diri sendiri dan menghadapi kesukaran untuk membina perhubungan yang rapat dengan orang lain.

Azizi Yahaya dan Tan Soo Yin (2007) Ini kerana individu yang mengalami gangguan ini biasanya
berkelakuan tidak bertanggungjawab di mana tingkah laku mereka bertentangan dengan norma
masyarakat.Mereka tidak memilikinya di dalamnya prinsip atau moral mengenai apa yang betul dan yang
salah. Mereka jugadikenali sebagai psikopat dan sosiopat.

Gangguan keperibadian ditakrifkan oleh Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (2000)
(DSM-IV) sebagai "corak abadi pengalaman dan tingkah laku dalaman" yang menyebabkan seseorang
mengalami konflik berulang dengan persekitaran sosial dan pekerjaannya. Menurut DSM-IV, corak
disfungsi ini mesti dianggap tidak sesuai atau menyimpang oleh budaya orang itu, dan menyebabkan
kesakitan emosi dan / atau kesukaran dalam hubungan dan prestasi pekerjaan. Ini kerana, mereka
biasanya melihat gangguan itu
selaras dengan citra dirinya (ego-syntonic). Dengan erti kata lain, individu ini tidak melihat diri mereka
tidak normal / tidak biasa. Sebaliknya, mereka mungkin menyalahkan orang di sekitar dia kerana
keadaannya; masalah sosial, pendidikan, atau pekerjaan (ibid). Terdapat banyak jenis gangguan
keperibadian, seperti skizoid, paranoid, bersejarah dan juga narsisistik antara lain.

Mayoklinik (2013) Gangguan keperibadian antisosial adalah "sejenis keadaan mental kronik di mana
seseorang cara berfikir, memahami situasi dan berhubungan dengan orang lain tidak berfungsi – dan
merosakkan. Friedland (1991) Gangguan keperibadian ini mungkin bermula pada masa kanak-kanak itu
sendiri.

Menurut Azizi, Y. & Tan, S. Y. (2007), individu yang mempunyai keperibadian antisosial gangguan
dapat dilihat mempunyai sekurang-kurangnya tiga ciri di bawah: Pertama, individu ini tidak dapat
memenuhi norma sosial. Maksudnya, mereka tidak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang
masyarakat. Mereka
tindakan akan bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat. iaitu vandalisme. Mereka juga akan
mengabaikan hak dan perasaan orang lain. Oleh itu apabila mereka melakukan kesalahan, mereka tidak
mempunyai perasaan rasa bersalah, kegelisahan atau penyesalan. Akibatnya, mereka nampaknya tidak
memiliki hati nurani. Sebaliknya, mereka mungkin merasa dibenarkan untuk tindakan mereka kerana
pandangan mereka terhadap dunia. Ciri kedua individu ini adalah manipulatif dan menipu. Mereka akan
terus berbohong mengeksploitasi orang lain untuk mendapatkan wang atau kuasa.

Friedland (1991) Mereka adalah kelebihan kerana mereka pasti menawan dan nampaknya berteman
dengan orang lain. Namun di sebalik topeng itu, mereka mempunyai agenda tersembunyi dan membuat
perhitungan untuk mendapatkan apa yang mereka ada mahu walaupun itu bermaksud kesukaran berulang
dengan undang-undang dan juga melanggar hak-hak yang lain. Ketiga, mereka juga jenis individu yang
sangat impulsif. Mereka tidak merancang atau mempunyai kemampuan berfikir secara mendalam. Oleh
itu, mereka mempunyai kecenderungan untuk tidak memikirkan hasil tindakan mereka untuk diri mereka
sendiri dan juga masyarakat sekeliling mereka. Salah satu contohnya adalah dengan memandu dengan
cepat secara sembrono dan juga memandu di bawah pengaruh.

Berdasarkan daripada karya Millon dan Davis (1996) yang bertajuk Disorder of Personality: DSM-IV and
Beyond, perkataan personality berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Persona’. Tambahan,
personaliti merupakan perwatakan psikologi yang kompleks. Ianya sesuatu yang tidak disedari dan sukar
untuk diubah. Manakala menurut Azizi Yahaya dan Tan Soo Yin (2007), personaliti merupakan set
tingkah laku yang jelas. Personaliti juga merupakan gaya perangai yang membentuk keperibadian
seseorang.

Namun demikian, ada yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai kecelaruan personaliti kerana
mereka merasakan bahawa cara mereka berfikir serta bertindak adalah semulajadi bagi diri mereka. Ini
membuatkan mereka cenderung menyalahkan orang lain atas kesulitan atau cabaran yang dialami oleh
diri mereka. Kecelaruan personaliti biasanya bermula ketika remaja atau awal usia dewasa. Ia hanya
boleh didiagnosakan setelah berusia 18 tahun kerana sebelum usia itu, personaliti sesorang itu belum lagi
terbentuk sepenuhnya.

Dari segi statistik, dianggarkan kira-kira 9 sehingga 15 peratus dari penduduk dunia mempunyai masalah
kecelaruan personaliti. Terdapat pelbagai jenis kecelaruan personaliti yang telah dikenal pasti. Di
Amerika Syarikat (AS), dianggarkan sebanyak sembilan peratus rakyatnya mempunyai sekurang-
kurangnya satu jenis kecelaruan personaliti manakala di kalangan pesakit psikiatri pula, kira-kira 40
sehingga 60 peratus mempunyai kecelaruan ini.

SANGUINE CHOLERIC

MODEL KAJIAN
PERSONALITI
(KLASIK)

MELANCHOLIC PHLEGMATIC

1. Sanguine
Merujuk kepada orang yang berpersonaliti yang dapat menangani masalah dengan baik dan dapat
bekerjasama dengan orang lain dan dalam erti kata yang lain berpesonaliti optimistik.

2. Choleric
Merujuk kepada orang yang suka mengarah dan biasanya mereka adalah agresif, tegas dan aktif.
Individu ini juga sering gelisah dan cepat marah.

3. Melancholic
Merujuk kepada orang yang suka mengelak dan mereka menyelesaikan masalah dengan tidak
berhadapan dengannya. Di samping itu, individu ini lebih cenderung dalam keadaan sedih dan
murung.

4. Phlegmatic
Merujuk kepada orang yang suka mengelak dan mereka menyelesaikan masalah dengan tidak
berhadapan dengannya.

Menurut Sheldon, terdapat hubungan yang rapat di antara bentuk badan fizikal dengan perangai dan
tingkah laku seseorang. Tiga jenis personalti yang boleh dikaitkan dengan bentuk badan iaitu
endomorfik, mesomorfik dan ektomorfik.

Endomorfik Mesomorfik Ektomorfik


Mereka yang bertubuh Bentuk tubuh badan tegap, Orang yang mempunyai
gemuk dan pendek. keras dan kuat. bentuk badan kurus, tinggi
Trait personaliti mereka ialah Trait personaliti mereka dan lembut.
periang, suka bergaul, suka ialah tegas, bertenaga agresif Trait personaliti mereka
menjamu makan, ekstrovert dan berani. adalah pendiam, tidak suka
dan tenang. bergaul, pemalu dan cerdik.
Kecelaruan personaliti ini sangatlah kronik kerana ia boleh mempengaruhi zaman kanak-kanak
sehinggalah zaman dewasa(Durand, Barlow & Hofmann, 2018). Ada juga yang mendapat kecelaruan
personaliti pada zaman remaja (Emir, 2018). Berdasarkan statistik dan perkembangan kecelaruan
personaliti daripada Durand, Barlow & Hofmann (2018), setiap kecelaruan personaliti itu rata-ratanya
mempunyai peratusan 0.1 hingga 10.5 dalam populasi klinikal atau yang didiagnos.

Gambar diambil daripada buku essential of abnormal psychology 8th Ed. 411-412
Berdasarkan American Psychiatric Association (2013) kecelaruan personaliti yang telah digarikan dalam
DSM-5 ini mempunyai tiga kluster. Kluster ini dibahagikan kepada A, B dan C mengikut kepada
persamaan deskriptif atau ciri-ciri mereka. Kluster A merupakan tingkahlaku ganjil. Kluster B adalah
tingkahlaku dramatik, emosional atau tidak menentu (erratic) manakala kluster C adalah tingkahlaku
bimbang dan takut. Berikut merupakan jenis-jenis kecelaruan personaliti mengikut kluster:

KLUSTER KLUSTER
KLUSTER B
A
C
PARANOID ANTISOSIAL
MENGELAK

PINGGIRAN /
SKIZOID
BORDERLINE

KEBERGANTUNGAN
SKIZOTIPAL HISTRIONIK

OBSESIF-
NARSISTIK KOMPULSIF
KLUSTER A
Dalam kluster A iaitu tingkahlaku ganjil, mereka yang
mengalami kecelaruan kluster A ini mempunyai isu PARANOID

untuk memahami orang lain dan kebiasaan pola


kelakuan yang ditunjukkan adalah pelik dan aneh (Emir,
2018). Antara jenis-jenis kecelaruan personaliti
kecelaruan kluster A adalah Kecelaruan personaliti
KLUSTER
paranoi, kecelaruan personaliti skizoid dan kecelaruan A
personaliti skizotipal.
SKIZOID SKIZOTIPAL
PARANOID
Durand, Barlow & Hofman (2018) menyatakan
kecelaruan personaliti paranoid sebagai keadaan atau corak ketidakpercayaan dan kecurigaan individu
sehingga motif individu lain itu ditafsirkan sebagai jahat dan kepercayaan utama untuk kecelaruan
personaliti paranoid ini adalah saya tidak boleh mempercayai orang. Ciri- ciri utama mereka yang
mempunyai kecelaruan paranoid ini adalah terlalu tidak percaya dan curiga terhadap orang lain tanpa
sebarang alasan.

Mengikut American Psychiatric Association (2013) terdapat 7 kriteria yang ditunjukkan sesorang yang
mempunyai kecelaruan ini daripada awal dewasa dan sehingga kini iaitu:
1. Bersyak wasangka tanpa dasar yang mencukupi bahawa orang lain mengambil kesempatan,
merosakkan atau menipu mereka.
2. Disibukkan dengan keraguan yang tidak berasas mengenai kesetiaan atau kepercayaan rakan-
rakan atau rakan sekerja
3. Enggan mempercayai orang lain kerana ketakutan yang tidak beralasan bahawa maklumat itu
akan digunakan secara jahat terhadap mereka.
4. Menyalah anggap kata-kata & perlakuan orang lain sebagai kritikan atau ancaman.
5. Berterusan menyimpan dendam seperti tidak ingin memaafkan penghinaan, kecederaan yang
dialami atau kecurangan.
6. Merasakan diancam atau sangat sensitif apabila seseorang menegur atau bertindak balas kepada
personaliti atau reputasi mereka dan bertindak secara agresif
7. Mempunyai kecurigaan yang berulang tanpa sebarang justifikasi mengenai kesetiaan pasangan.
Gambar diambil daripada laman media sosial facebook Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Kampus
Kuala Pilah
SKIZOID
Kecelaruan personaliti skizoid dinyatakan sebagai keadaan mengasingkan diri daripada
hubungan sosial dan mempunyai ekspresi emosi yang terhad dalam seting interpersonal.
Kecelaruan ini berlaku semasa permulaan awal dewasa sehingga kini .

Terdapat 7 kriteria yang ditetapkan oleh American Psychiatric Association (2013) dan 4 atau
lebih kriteria ditunjukkan oleh individu yang mengalami kecelaruan personaliti skizoid: Kriteria
yang pertama adalah tiada keinginan atau keseronokan dalam menikmati hubungan yang rapat
dengan seseorang walaupun dengan ahli keluarga. Kriteria yang kedua pula adalah lebih memilih
untuk melakukan aktiviti secara sendiri. Kriteria ketiga adalah mempunyai keinginan yang
sedikit atau tiada langsung untuk mengalami hubungan seksual dengan orang lain. Kriteria
keempat pula adalah berminat untuk melakukan beberapa aktiviti sahaja (Syazwani Hassan,
2020). Kriteria kelima adalah tidak mempunyai kawan yang rapat kecuali adik beradik
(Syazwani Hassan, 2020). Kriteria keenam adalah tidak peduli dengan pujian atau kritikan dan
kriteria terakhir adalah suka menyendiri dan tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi.

Kecelaruan personaliti skizoid ini


tiada keinginan atau keseronokan
dalam menikmati hubungan yang
rapat dengan seseorang waluapun
dengan ahli keluarga
berbeza daripada skizotipal dan
skizofrenia kerana tidak
suka menyendiri dan tidak lebih memilih untuk
menunjukkan sebarang melakukan aktiviti secara mengalami paranoid, halusinasi
perubahan emosi. sendiri
serta tidak memiliki pola
percakapan yang aneh atau pelik
KRITERI kerana percakapan mereka ini
A masih masuk akal semasa
tidak peduli
dengan pujian
SKIZOID keinginan yang sedikit atau
tiada langsung untuk mengalami
perbualan dengan orang lain (Dina
hubungan seksual dengan orang
atau kritikan lain
Rahmawati, 2020)

tidak mempunyai berminat untuk


kawan yang rapat melakukan beberapa
kecuali adik beradik aktiviti sahaja
SKIZOTIPAL

Kemal Al Fajar (2017) menyatakan bahawa kecelaruan personaliti skizotipal adalah gangguan
keperibadian yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menjalikan hubungan dekat dengan
orang lain kerana merasa tidak selesa untuk berinteraksi dan mereka yang mempunyai
kecelaruan ini memiliki cara fikir yang abnormal sehingga memiliki perilaku yang eksentrik atau
ganjil. American Psychiatric Association (2018) menggariskan mereka yang mempunyai
kecelaruan personaliti skizotipal ini mengalami 5 kriteria atau lebih sejak awal dewasa sehingga
kini dan kriteria tersebut adalah:

1. Gambaran atau idea yang pelik (tidak termasuk gambaran delusi) (Kemal Al Fajar,
2017).
2. Kepercayaan aneh atau pemikiran hal magis atau ghaib yang mempengaruhi tingkah
laku dan tidak sesuai dengan norma subkultural (kepercayaan karut, kepercayaan
pada pandangan, telepati, atau "deria keenam": pada kanak-kanak dan remaja, fantasi
pelik.
3. Pengalaman persepsi yang tidak biasa, termasuk ilusi badan.
4. Pemikiran dan pertuturan yang ganjil (tidak jelas, berdasarkan keadaan,
menggunakan kiasan, terlalu rumit, atau stereotaip).
5. Keraguan atau ideologi paranoid.
6. Bepura-pura dan menunjukkan emosi yang tidak sesuai (Kemal Al Fajar, 2017)
7. Kelakuan atau penampilan yang ganjil, eksentrik, atau pelik.
8. Tidak mempunyai kawan rapat kecuali adik beradik (Kemal Al Fajar, 2017)
9. Kecemasan atau kebimbangan sosial yang berlebihan yang tidak berkurangan dengan
keakraban yang ditunjukkan orang yang cenderung seperti ketakutan paranoid
daripada penilaian negatif mengenai diri.

Berbeza dengan skizofrenia, kecelaruan personaliti skizotipal tidak mempunyai sebarang bentuk
halusinasi atau delusi yang ditunjukkan oleh mereka yang menghadapi skizofrenia akan tetapi
mereka ini secara kehidupan sosialnya lebih kurang sama seperti mereka yang menghidapi
kecelaruan personaliti schizoid.
sering
mengalami menejukkan
pemikiran dan emosi yang tidak terlalu ragu-ragu
percakapan yang sesuai dengan orang
tidak jelas dan dan paranoid
difahami orang

mengalami
memiliki idea
penampilan yang pelik
yang tidak wajar
dan ganjil

sering berilusi
tentang kurang kawan rapat
pengalaman kecuali adik beradik
supernatural

mengalami kecemasan
mempunyai
sosial yang seakan-akan
kepercayaan yang
kuat seperti hal magis SKIZOTIPAL paranoid apabila
berinteraksi rapat
atau mistik
dengan orang

KLUSTER B
ANTISOSIAL
Kluster B iaitu tingkahlaku dramatik, eksentrik dan
beremosi mempunyai empat jenis kecelaruan personaliti
iaitu kecelaruan personaliti antisosial, kecelaruan
personaliti borderline atau pinggiran, kecelaruan KLUSTER PINGGIRAN/
NARSISTIK
personaliti histrionik dan kecelaruan personaliti narsistik. B BORDERLINE

Mereka yang menghadapi Kluster B ini dinyatakan


bergelut untuk mengaitkan diri mereka dengan orang lain.
Mereka ini menunjukkan pola personaliti yang dramatik,
HISTRIONIK
tidak menentu dan dianggap oleh masyarakat sebagai
mengancam dan menganggu (Emir, 2018).

ANTISOSIAL

Kecelaruan personaliti antisosial dinyatakan sebagai orang yang paling membingungkan kerana
mempunyai sejarah gagal mematuhi norma sosial kerana mereka menunjukkan aksi yang tidak
boleh diterima seperti mencuri, tidak bertanggungjawab, impulsif dan menipu (Durand, Barlow
& Hofmann, 2018) manakala American Psychiatric Association (2013) pula mendefinisikan
kecelaruan personaliti antisosial ini sebagai sikap tidak mempedulikan dan mencabuli hak orang
lain. Kecelaruan ini berlaku daripada umur 15 tahun dan mencapai 3 atau lebih kriteria yang
dinyatakan. Kriteria tersebut adalah:

1. Kegagalan untuk mematuhi norma sosial sehubungan dengan perilaku yang sah dari segi
undang-undang seperti berulang kali melakukan tindakan yang menjadi alasan untuk
ditangkap.
2. Menipu dengan melakukan pembohongan berulang kali, penggunaan nama lain, atau
menipu orang lain untuk keuntungan atau kesenangan peribadi.
3. Impulsif atau gagal untuk merancang secara awal.
4. Cepat berasa marah dan agresif, seperti mencetuskan pergaduhan atau serangan fizikal
berkali-kali.
5. Tidak mempedulikan keselamatan diri atau orang lain.
6. Tidak bersifat bertanggungjawab, seperti selalu gagal untuk mengekalkan konsisten
dalam tingkah laku kerja atau melaksanakan tanggungjawab kewangan.
7. Kurangnya penyesalan, dengan tidak mempedulikan atau merasionalisasi diri setelah
menyakiti, menzalimi, atau mencuri daripada orang lain.
1. pandai
berkata-
2. merasakan
kata/mempunyai
sifat luaran yang diri hebat Kriteria
menarik

3.
pembohongan
daripada yang 4. menipu dan
berterusan/ memanipulasi
Hare patologi
pembohongan

5. kurang
rasa 6. tidak dalam senarai
penyesalan berperasaan/
semak psikopat
dan rasa tiada empati
bersalah yang telah disemak
kriteria antisosial

remaja dewasa

tidak tingkahlaku mempunyai sedikit mempunyai konflik


impulsif semberono
bertanggungjawab jenayah kebimbangan dengan orang lain

Kecelaruan personaliti antisosial sangatlah berbeza daripada asosial atau introvert kerana introvert
mempunyai sifat seperti pemalu, fobia sosial dan kurang menghadiri suasana yang melibatkan interaksi
dengan ramai orang seperti majlis perkahwinan atau majlis makan-makan akan tetapi mereka masih lagi
boleh bersosial seperti biasa manakala antisosial ini lebih kepada perilaku yang penuh dengan penipuan
dan melanggar hak orang lain, tidak mempunyai sifat empati atau tiada rasa bersalah jika menyakiti
seseorang (Ajeng Quamila, 2016).

Kecelaruan personaliti ini juga mempunyai beberapa nama lain seperti psikopat, egopat, sosiopat dan
kehilangan moral (moral insanity) (Durand, Barlow & Hofmann, 2018) akan tetapi, terdapat perbezaan
antara sosiopat dan psikopat (Robinson. M.K (2014); Lenny Tan, 2020). Berdasarkan Robinson M.K
(2014); Lenny Tan (2020), perbezaan sosiopat dan psikopat ini adalah hati nurani, sifat empati dan sifat
impulsif.. Sosiopat mempunyai ciri-ciri seperti kurang atau miskin empati dan memiliki hati nurani yang
minimum. Mereka masih mempunyai hati nurani dan sedar bahawa tindakan mereka yang salah itu salah
tetapi memilih untuk mengabaikan perasan bersalah tersebut. Tidak kepada psikopat dimana psikopat
tiada empati dan juga tiada hati nurani. Seterusnya, sifat impulsif sosiopat ini bertindak secara spontan
dan psikopat pula sifat impulsifnya penuh dengan perhitungan atau perancangan serta akan menggunakan
helah yang paling halus sehingga mangsanya tidak perasan dengan helahnya itu.
PINGGIRAN ATAU BORDERLINE

Kecelaruan personaliti pinggiran atau dalam bahasa inggerisnya borderline personality disorder, ini
didefinisikan sebagai mereka yang menjalani kehidupan yang kacau, (Durand et.al, 2018) perasan,
hubungan, perilaku, keyakinan diri dan cara berfikir yang tidak stabil (Durand et al. (2018); Helma
Hassan, (2018)). American Psychiatric Association (2013) pula mendefinisikan kecelaruan personaliti
pinggiran ini sebagai corak ketidakstabilan dalam hubungan interpersonal, imej diri, berpura-pura dan
impulsif yang sangat ketara. Mereka yang mengalami kecelaruan personaliti pinggiran ini mengalami
lima atau lebih daripada kriteria yang dinyatakan sejak daripada awal dewasa dan kini. Kriteria tersebut
adalah:

1. Usaha yang terburu-buru untuk mengelakkan pengabaian yang nyata atau yang dibayangkan.
2. Corak hubungan interpersonal yang tidak stabil dan kuat yang dicirikan oleh penggantian antara
idealisasi dan penurunan nilai yang melampau.
3. Gangguan identiti: imej diri sendiri atau rasa diri yang tidak stabil.
4. Bertindak impulsif sekurang-kurangnya dua bahagian yang berpotensi merosakkan diri sendiri
misalnya dalam perbelanjaan, seks, penyalahgunaan dadah, memandu secara sembrono serta
makan secara berlebihan.
5. Berterusan menunjukkan tingkah laku, isyarat atau ancaman membunuh diri atau tingkah laku
yang memusnahkan diri sendiri
6. Ketidakstabilan afektif kerana reaktiviti angin yang tidak elok (mood) yang ketara contohnya
episodik disforia yang kuat, mudah marah, atau kegelisahan yang biasanya dihadapi beberapa jam
dan jarang sekali lebih dari beberapa hari.
7. Perasaan kekosongan yang kronik.
8. Kemarahan yang tidak wajar, sengit atau kesukaran mengawal kemarahan contohnya sering
menunjukkan kemarahan, kemarahan yang berterusan, pergaduhan fizikal yang berterusan.
9. Mempunyai tekanan, ideologi paranoid dan gejala disosiatif yang teruk yang bersifat sementara
NARSISTIK

Isu kesihatan mental seperti kebimbangan serta kemurungan, yang lazimnya berpunca daripada tekanan
yang melampau semakin mengancam bukan sahaja individu di negara maju, malahan juga di negara
sedang membangun seperti Malaysia. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati
bahawa seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas terdedah kepada isu serta
permasalahan berkaitan kesihatan mental. Ini berlaku kerana perkembangan arus pembangunan yang
pesat meningkatkan lagi tekanan kehidupan dalam aspek ekonomi, sosial, dan kemasyarakatan. Selain isu
serta permasalahan kesihatan mental yang lazim diperkatakan ini, isu kewujudan personaliti narsisisme
merupakan permasalahan baharu yang dilihat semakin berleluasa dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Personaliti narsisistik adalah personaliti di mana seseorang melihat diri sebagai seorang yang
hebat, sama ada dalam fantasi atau tingkah laku, mempunyai keperluan untuk dikagumi dan kurang
empati (American Psychiatric Association 2012).Bagi wanita yang mempunyai personaliti narsisistik,
mereka biasanya terlibat dengan jenayah keganasan bukan institusi (non-institutionalized violence) yang
mempunyai motif peribadi seperti membunuh atau mendera (Warren et al. 2002). Selain kecelaruan
personaliti seperti ini, wanita turut mempunyai personaliti negatif yang lain yang membawa kepada
perlakuan jenayah mereka. Ini adalah seperti sifat kurang keyakinan diri, selalu bergantung kepada orang
lain dan mempunyai perasaan malu.Akibat daripada personaliti negatif seperti ini, kebanyakan daripada
mereka memilih kanak-kanak sebagai mangsa jenayah seperti jenayah penderaan kanakkanak dan
bukannya orang dewasa (Tsopelas, Spyridoula & Athanasios 2011).

Selain itu, tekanan atau lebih dikenali sebagai stress dikatakan sebagai salah satu faktor
penyumbang kepada tingkahlaku jenayah dalam kalangan wanita. Ini adalah kerana stress yang
berpanjangan dapat menyebabkan kemurungan berat yang seterusnya membawa kepada perlakuan
jenayah (Affizal Ahmad & Nurul Hazrina Mazlan 2014; Nurul Hazrina Mazlan & Affzal Ahmad 2011).
Stress dan kemurungan ini boleh menyebabkan sikap agresif yang akhirnya boleh membawa kepada
perbuatan jenayah seperti mendera, menyerang dan membunuh kerana tahap agresif yang tinggi (Nurul
Hazrina Mazlan & Affzal Ahmad 2011). Kajian Muskens et al. (2011) juga mendapati kemurungan berat
boleh menyebabkan perilaku jenayah seksual oleh
Kisah Mitos Greek
Narsisisme berakar umbi daripada cerita mitos Greek tentang seorang pemuda bernama Narcissus yang
jatuh cinta kepada imej dirinya sendiri yang terbayang di atas kolam sehingga menghabiskan sebahagian
besar masa hariannya di tepi kolam tersebut, dan akhirnya berubah menjadi sekuntum bunga di kolam
yang sama. (dinamakan sempena nama beliau).

Berdasarkan cerita mitos ini persepakatan dalam kalangan ahli psikologi mentkrifkan kecelaruan
personality narsisme sebagai kecenderungan seseorang individu untuk menilai diri sendiri secara
berlebihan, yang mana individi narsistik dianalogikan sebagai seorang yang taksub atau terlalu
mengagumi diri sendiri tanpa sebarang penjelasan yanrasional ataupun logik.

Ciri-ciri
Antara ciri utama seseorang individu yang berhadapan dengan masalah ini adalah rasa kepentingan diri
sendiri yang melampau, keperluan untuk menerima perhatian dan disayangi yang keterlaluan, serta
ketiadaan perasaan empati kepada orang lain yang ditunjukkan menerusi tingkah laku memperkecil dan
mempersenda orang lain secara berlebih-lebihan. Lazimnya, individu narsisistik akan berasa kecewa
apabila tidak diberi layanan yang dirasakan layak untuknya menyebabkan dia berhadapan dengan
pelbagai masalah dalam perhubungan peribadi atau profesional.

Dalam erti kata lain, konsep kendiri keterlaluan ini sering menimbulkan permasalahan budaya dan sosial
sehinggakan ia dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental oleh American Psychiatric Association
(APA) dan disenaraikan dalam buku panduan ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders’
(DSM) sejak tahun 1968. Dianggarkan kecelaruan personaliti narsisisme mengancam satu peratus
daripada populasi umum dan dalam konteks Malaysia, lebih 300,000 warga tempatan daripada pelbagai
latar belakang kehidupan dianggarkan berpotensi untuk mengalami kecelaruan mental ini tanpa disedari,
dan ia terus meningkat kebelakangan ini.
Oleh kerana gejala narsisisme merupakan isu kecelaruan personaliti individu dalam komuniti, ia hanya
boleh dikenal pasti melalui simptom atau tanda-tanda yang bersifat behavioural yang menunjukkan
bahawa seseorang individu mula terganggu dengan kewujudan pelbagai tingkah laku, tabiat, atau
kelakuan yang pelik dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah perasaan cemburu melampau terhadap
orang lain dan dalam masa yang sama percaya orang lain amat cemburukan dirinya, bertingkah laku
sombong atau ego yang keterlaluan sehingga memandang rendah terhadap orang lain, tidak boleh
mengendalikan kritikan terhadap dirinya dengan rasional serta mengharapkan sentiasa diiktiraf dan
dihargai walaupun tanpa keupayaan atau bakat yang memadai.

Selain itu, individu yang mengalami kecelaruan ini juga sering berhadapan dengan kesukaran untuk
mengakui kesilapan diri sendiri, di samping bermasalah untuk meminta maaf atau menerima permohonan
maaf daripada orang lain. Kecelaruan personaliti ini juga tidak dapat dikenal pasti secara tuntas tentang
puncanya yang kompleks. Namun, majoriti pakar bersependapat bahawa ia berkemungkinan dicetuskan
oleh faktor-faktor persekitaran, genetik, dan neurobiologi.

Rajah ringkasan kecelaruan personaliti narsistik


HISTRIONIK

Kecelaruan personaliti histrionik ialah satu bentuk kecelaruan yang berkaitan dnegan tingkah laku yang
tidak matang seperti terlalu beremosi, sering menginginkan perhatian, mengada-ada dan kadangkala
bersifat keanak-anakan (Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli, 2007). Individu yang mempunyai kecelaruan
personaliti histrionic merupakan individu yang suka memperbesarkan hal yang remeh, berifat
manipulative, memaparkan emosi yang melampau dan suka bergantung dengan orang lain (Azizi Yahaya
dan Tan Soo Yin, 2007).

Menururt Friedland (1991), perkataan histrionik menggambarkan reaksi yang melampau dan
kepalsuan. Tambah beliau, individu yang menpunyai kecelaruan personaliti histrionik akan selalu
menunjukkan tanda-tanda emosi yang berlebihan. Walaupun golongan ini seringkali dapat menjalinkan
hubungan dengan mudah (kawan), namun hubungan itu hanya bertahan sementara. Beliau juga berkata
bahawa golongan ini akan bersifat manipulatif setelah hubungan semakin intim. Golongan ini juga
akan menunjukkan sikap kepura-puraan dan tidak ikhlas. Golongan histrionik cuma berminat untuk
mendapatkan pengesahan daripada orang lain (yang menjalinkan hubungan dengan golongan histrionik)
dan golongan ini teramat sibuk untuk menarik perhatian orang lain. Oleh itulah golongan ini tidak
menyedari akan situasi diri mereka yang sebenarnya.

Millon dan Davis (1996), golongan histrionik merupakan golongan yang gemar mencari
penghargaan di dalam kehidupan, penerimaan dan perlindungan secara kerap. Tambahnya lagi, disebalik
sifat yang mudah bergaul itu terselit kemahuan untuk mencari perhatian dan kasih sayang. Golongan ini
mudah mengesan tingkahlaku dan perasaan orang tempat mereka bergantung. Oleh itu apabila golongan
ini menjangkakan bahawa tiada lagi minat terhadap diri mereka atau diancam untuk mengabaikan diri
mereka (daripada orang yang dijalinkan hubungan) maka golongan ini akan merasa lemah. Golongan
histrionik juga merupakan golongan yang mempunyai kelemahan dari segi kesetiaan atau ketaatan
kepada pasangan mereka. Oleh itu golongan histrionik tidak merasa puas jika hanya mempunyai seorang
pasangan yang intim, malahan golongan ini lebih suka mempunyai ramai pasangan. Kombinasi
ketidakpuasan mempunyai kurang daripada satu pasangan, keperluan stimulasi dan perhatian yang kerap
mengakibatkan terbentuknya hubungan personal yang penuh godaan, dramatik dan tidak kekal.
Ciri-ciri
Personaliti-personaliti histrionik yang kerap ditunjukkan dan diketahui oleh masyarakat adalah sifat suka
digemari, sentiasa berjaya, terkenal, ekstrovert, menarik dan mudah bergaul. Disebalik lapisan ini,
wujudnya keperluan pengikhtirafan dan menarik perhatian yang melampau. Menurut Millon dan Davis
(1996), terdapat lapan ciri-ciri klinikal bagi kecelaruan personaliti histrionik iaitu dari segi tinglah laku,
pergaulan, daya kognitif, penampilan diri, mekanisme kawalan, representasi objek, ‘mood’ dan struktur
kehidupan. Tingkah laku golongan histrionik merupakan golongan yang dramatik (riang dan penuh aksi
yang merangsangkan). Golongan ini juga suka bertindak mengikut perasaan, bersifat tidak kekal dan
sangat emosional. Ini kerana golongan histrionik adalah golongan yang tidak mempunyai toleransi bagi
menghadapi penolakan dan penangguhan pujian mahupun perhatian.
Pergaulan

Individu yang mempunyai personaliti histrionik, mempunyai peringkat keinginan untuk mendapat
pujian teramatlah tinggi. Mereka suka memperagakan keindahan diri mereka dan selalu menunjukkan
godaan seksual. Ini adalah misi utama golongan histrionik adalah untuk mencari perhatian dan kasih
sayang. Golongan ini akan sedaya upaya mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan balasan (responses)
yang diingini. Sebagai contoh, apabila hendak mencari pasangan yang mereka ingini, kedua-dua lelaki
atau perempuan yang histrionik akan menunjukkan sifat menyenangkan dan matang. Sebenarnya mereka
adalah golongan yang bersifat tidak matang dan bukan golongan yang menyenangkan (Aziziet.al,2010).
Golongan histrionik gemar untuk mengelakkan diri dan tanggungjawab (Azizi et.al,2009). Kebiasaan
histrionik untuk mengenali pandangan dan perasaan masyarakat telah menghalang golongan ini untuk
belajar berfikir secara matang dan menyelami perasaan sebenar.

Golongan juga akan mudah untuk melepaskan diri daripada hubungan yang sangat intim dan
apabila adanya keperluan untuk menjadikan hubungan itu bertahan lama. Bagi mengatasi masalah
keintiman tersebut, golongan histrionik akan menjadi seorang yang manipulatif. Golongan ini sangat
sensitif sehingga mereka dapat mengesan tanda-tanda awal permusuhan dan penolakan. Oleh itu golongan
ini dapat menyesuaikan tingkahlaku untuk mengurangkan perbezaan dengan pasangan dan penolakan.
Golongan ini akan mempelbagaikan reaksi dengan kehendak pasangan. Oleh yang demikian, golongan
histrionik bukan saja focus kepada menarik perhatian dan meminta pujian pasangan malah juga
berkeinginan untuk menjauhi penolakan. Walaupun golongan ini mahir di dalam memberikan
kesenangan kepada pasangan, mereka tetap gagal untuk memberikan kasih sayang yang sebenar dan
ikhlas.
Rajah ringkasan kecelaruan personaliti histrionik
TINGKAHLAKU BIMBANG DAN TAKUT – KLUSTER C

Obsesif-
Kompulsif

KLUSTE
RC

Kebergantunga
Pengelakan
n

Kebimbangan Spielberg (1976) mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu proses yang terdiri daripada
tekanan, ancaman dan keadaan kebimbangan. Proses tersebut berjalan mengikut satu urutan iaitu bermula
daripada kognitif, afektif, fisiologi dan tingkah laku. Proses itu digerakkan oleh suatu rangsangan tekanan
yang tinggi samada dari dalaman atau luaran. Jika seseorang itu mempersiapkan rangsangan tersebut
sebagai berbahaya ataupun mengancam, ia akan menjadi emosional. Seterusnya, ia akan mengalami
kebimbangan keadaan yang tinggi.

Menjelang abad ke-21, tekanan (stress), kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan isu
yang berkaitan personaliti sering diperkatakan dalam masyarakat dan menjadi perbualan hangat di media
masa serta media elektonik. Persekitaran yang semakin terdesak pada masa kini menyebabkan pelbagai
golongan berada dalam keadaan tertekan bagi bersaing dalam meneruskan perjuangan kehidupan.
Dengan itu, wujud pelbagai sikap dan tingkah laku yang membentuk personaliti induvidu yang berbeza-
beza. Kelainan personalti individu yang berbeza-beza ini, seperti personaliti yang positif dan negatif
membawa kepada perbezaan tahap tekanan yang dialami pada seseorang individu. Tahap tekanan yang
tinggi akan membawa kepada personaliti yang negatif akan menggangu fungsi hidup dalam masyarakat
manakala personaliti yang positif membawa kesejahteraan hidup yang normal.

Ahli Daftar Kaunseling Profesional United Kingdom dan Pensyarah Kanan di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Airil Haimi Mohd Adnan menjelaskan, menurut Institut
Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat atau NIMH, hidup dengan kecelaruan keresahan
bersama perasaan cemas dan risau pada setiap detik masa boleh mendatangkan kesan negatif kepada
kesihatan mental serta fizikal seseorang. Katanya, rasa bimbang dan runsing juga akan hadir di dalam diri
hingga membuat seseorang berasa letih dan takut untuk menjalani kehidupan.

Kecelaruan Personaliti Obsesif-Kompulsif

Obsessive-Compulsive Personality Disorder OCPD ialah salah satu diagnosis dalam kumpulan
Kecelaruan Personaliti khususnya Kluster C. Individu yg mengalami kecelaruan ini biasanya dicirikan
dgn sifat ingin kesempurnaan, pendominasi, kurang upaya utk meluahkan perasaan kasih sayang, terlalu
menghambakan diri pada kerja (Seorang individu akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
hinggakan dia tidak menyedari apa yang dilakukannya) dan tidak mampu membuat keputusan apabila
berhadapan dgn buat keputusan yg besar.

Ciri-ciri OCPD

Seseorang yang mempunyai OCPD disifatkan sebagai orang yang terlampau asyik atau obses dengan
peraturan, kekemasan, penyusunan, ketertiban, perincian dan kesempurnaan. Keasyikan dengan
peraturan dan penyusunan ini sangat diutamakan sehinggakan tujuan utama sesuatu aktiviti itu tidak
dapat dicapai. Sebagai contoh, individu OCPD ketika bercuti bersama keluarga akan memastikan
perjalanan percutian tersebut tersusun. Mereka akan bertegas untuk mengikut jadual yang telah ditetapkan
dengan tekun tanpa mengubah apa-apa.

Malangnya, percutian tersebut tidak dapat dinikmati dengan sebaiknya dan sebaliknya
menimbulkan ketegangan disebabkan rasa tidak puas hati ahli keluarga terhadap individu OCPD yang
seolah-olah terlalu mengawal dan menghilangkan suasana percutian yang sepatutnya santai dan
menyeronokkan. Disamping itu, individu tersebut menampakkan sifat degil dan tidak fleksibel. Mereka
tidak gemar kepada perubahan dan lebih selesa untuk mengikuti rutin sedia ada. Oleh itu, mereka
selalunya kurang pandai menyesuaikan diri dengan situasi baru.
Sikap tidak fleksibel ini turut diterjemahkan dalam perkara yang melibatkan etika, moral dan nilai
dalam kehidupan. Mereka sangat berhati-hati dan cermat dalam memastikan gerak-geri mereka tidak lari
daripada nilai-nilai yang telah digariskan. Pada satu tahap, mereka mungkin memaksa agar orang lain
turut menerima dan mengamalkan standard moral mereka yang sangat tinggi itu. Hal ini kerana mereka
cenderung untuk menghakimi atau menilai orang lain menggunakan standard diri mereka yang
menyebabkan mereka terlihat sebagai ‘judgemental’. Ketidakmampuan orang lain untuk mencapai
standard tersebut akan dilihat sebagai satu kecacatan atau kelemahan yang perlu diubah. Encik A yang
berumur 48 tahun ialah seseorang yang disahkan mempunyai OCPD. Beliau mempunyai rutin hidup
yang sama sejak berumur 20-an. Perubahan walaupun sedikit akan menganggu mood dan prestasi beliau
sepanjang hari. Sejak wabak COVID-19 melanda, beliau kehilangan rentak dalam hidup dan merasakan
hidupnya tidak terkawal lagi.

Personaliti OCPD juga terlalu mementingkan kesempurnaan (perfectionist) sehingga menganggu


pelaksanaan sesuatu perkara. Perkara yang mudah mungkin dirumitkan dan dianggap sebagai bebanan
disebabkan sifat mereka yang sangat mementingkan perincian. Individu OCPD sangat mementingkan
kekemasan, kerapian dan perincian dalam setiap perkara.Contohnya, mereka mungkin lambat menghantar
atau tidak dapat menyiapkan ‘assignment’ yang diberikan oleh pensyarah kerana merasakan kerja yang
telah dilakukan masih belum sempurna mengikut standard tinggi yang ditetapkan oleh diri sendiri.
Tambahan lagi, individu ini risau dan takut untuk membuat kesilapan. Mereka sentiasa terbeban dengan
ketidakpastian dan ragu-ragu sama ada keputusan yang diambil itu benar atau salah. Natijahnya, mereka
sangat sukar untuk menetapkan sebarang keputusan.

Selain itu, orang yang menghidapi OCPD sangat berdedikasi dalam pekerjaan mereka. Mereka
sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka demi kerja sehingga mengabaikan keseronokan,
hiburan dan persahabatan yang dianggap membuang masa dan satu bentuk gangguan. Mereka yang
mempunyai OCPD juga keberatan untuk membahagikan tugasan kepada orang lain dan berkeras agar
orang lain mengikut sepenuhnya cara dia berkerja. Toleransi bukanlah satu pilihan yang mudah. Aspek
komunikasi dan perhubungan merupakan satu perkara yang kurang dimahiri oleh individu dan hal ini
umumnya menyebabkan mereka kekurangan kawan.

Mereka selalunya kelihatan sangat formal, serius dan tidak pandai berjenaka. Walaupun mereka
kurang bertolak ansur dengan orang lain, mereka yang mempunyai OCPD selalunya bersungguh-sungguh
untuk berbaik dan memuaskan hati orang yang mereka anggap lebih berkuasa daripada diri mereka.
Misalnya, mereka sangat taat dan patuh kepada arahan pihak atasan. Akhir sekali, mereka yang
mempunyai OCPD ini selalunya ialah mereka sangat berjimat cermat dengan harta yang mereka ada
sehingga tahap kedekut untuk membelanjakan wang untuk orang lain dan diri sendiri. Mereka
menganggap duit sebagai benda yang berharga dan perlu disimpan untuk masa hadapan sebagai
persediaan menghadapi sebarang malapetaka.Mereka juga suka menghimpun barangan dan sukar
membuangnya walaupun objek tersebut sudah rosak atau tidak berharga lagi. Apa yang membingungkan
lagi ialah barangan tersebut tidak mempunyai sebarang nilai sentimental yang memungkinkan seseorang
berasa enggan dan sukar untuk melepaskannya. Mereka yang mempunyai OCPD ini suka menghimpun
barang-barang walaupun barang tersebut tidak bernilai.

Punca OCPD

Sama seperti kecelaruan personaliti yang lain, terdapat 2 unsur yang berkaitan dengan penyebab kondisi
ini iaitu genetik dan persekitaran. Kebanyakan kes mempunyai ahli keluarga 1 st degree yang turut
menghidapi OCPD. Dari sudut persekitaran pula, disiplin yang keras kerap menjadi latar belakang
pesakit OCPD dibesarkan.

OCPD sama ke dengan OCD?

Jawapannya tidak. OCD atau nama panjangnya Obsessive Compulsive Disorder (OCD) ialah diagnosis
kesihatan mental yang berlainan domain dengan Kecelaruan Personaliti. Terdapat banyak perbezaan
antara 2 diagnosis ini. Salah satu perbezaan yang ketara ialah OCD merupakan satu kondisi yang bersifat
ego-dystonic yang bermaksud perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai OCD tidak dapat
dikawal, tidak disukai dan dianggap sebagai satu masalah.

OCPD pula bersifat ego-syntonic di mana seseorang itu tidak menganggap cara fikir dan
tindakannya itu sebagai satu masalah. Secara umumnya dalam OCPD, mereka mungkin kelihatan tidak
terkesan dengan kondisi yang dihadapi dan malah mungkin dikenali sebagai individu yang proaktif dan
berjaya. Namun, ahli keluarga, rakan dan orang yang terdekat selalunya akan perasan dan terkesan
dengan masalah personaliti tersebut serta dapat memberikan maklumat yang berguna bagi lebih
memahami situasi pesakit dengan lebih lanjut.
Kecelaruan Personaliti Pengelakan

Kecelaruan personaliti pengelakan ketidakselesaan sosial dan cuba mengelakkan diri daripada terlibat
sebarang perjumpaan. Mempunyai kepercayaan jika orang yang dekat dengannya akan dapat mengetahui
siapa dirinya yang sebenar dan tidak akan menerimanya. Perasaan orang seperti ini mudah merasa takut
dan malu dan sensitif jika dikritik dan mudah tersinggung akibat penolakan orang lain.Mereka enggan
menjalin hubungan sosial dan amat takut jika terdedah dgn banyak soalan dari orang dan khuatir
diperkatakan bodoh.Mereka begitu takut dimalukan oleh tindakan mereka sendiri di hadapan orang lain.

Mereka seorang yang sengaja mengelakan diri daripada berhubungan dengan orang lain kerana takut
dihina dan tidak diterima. Antara tanda lain:
i. Bersikap terlalu berjaga-jaga

ii. Agak menggelabah

iii. Ketegangan dan rasa takut

iv. Bimbang mereka akan diejek dan menangus

v. Perhubungan terhad dan tiada tempat mengadu


Laporan Masalah Kecelaruan Personaliti

Pakar perubatan forensik dari Melbourne, Australia, Dr. John Gall, 53, berpendapat perlakuan dan
kecederaan yang dialami Nirmala Bonat menunjukkan pembantu rumah warga Indonesia itu mengalami
masalah kecelaruan personaliti.Utusan Malaysia, 16 April 2008

“Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme mempunyai kecelaruan personaliti dan dikaitkan dengan
tindakan jenayah termasuk mengganggu orang awam. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
personaliti pelik ini dapat dikesan sejak berumur 10 tahun lagi. Kebiasaannya, penyakit ini mungkin
boleh dibawa sehingga ke peringkat dewasa.”Dr. Mohd Awang Idris, Pensyarah Psikologi, Jabatan
Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya

“Faktor psikologi yang sering dikaitkan dengan kecelaruan personaliti antisosial merupakan salah 1
faktor yang mendorong individu terbabit dalam perilaku jenayah di mana mereka tidak mempedulikan
undang-undang, mengendahkan persepsi orang lain dan bertindak atas keinginan diri sendiri. Walaupun
jumlah yang mengalami masalah ini adalah sedikit, namun sikap eksterimis mereka amat berbahaya dan
cenderung mengulangi jenayah sama.”Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatri, Jabatan
Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

“Penjenayah yang mengalami masalah kecelaruan personaliti akan bertindak tidak rasional kerana
mereka tidak mempunyai perasaan kasihan, hilang pertimbangan dan tidak mempunyai kawalan impuls.
Selain itu, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatrik tetapi tidak diklasifikasikan sebagai penyakit
psikiatrik serius.”Temu bual wartawan Berita Minggu bersama pakar perunding psikiatri Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Osman Che Bakar dan penganalisis
jenayah, Dr. Kamal Affendi Hashim)

“Kecelaruan personaliti yang dibiarkan boleh merosakkan diri sendiri, rumah tangga serta menyebabkan
seseorang boleh kehilangan pekerjaan. Di samping itu, perasaan malu yang menebal antara faktor yang
menghalang individu untuk mendapatkan nasihat doktor.” Dr. Zulkifli Ghaus, Pakar Perunding Psikiatri,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara Filem Yang Menceritakan Kecelaruan Personaliti
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECELARUAN PERSONALITI

FAKTOR HURAIAN

Faktor baka sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi personaliti


dimana ianya tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang diwarisi dan
trait yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik
menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan
menghasilkan trait-trait badan dan personaliti seseorang secara langsung.
Baka
Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi
untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat
baik. Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-
beza. Pengaruh baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan
dengan intelek. Kebanyakan pesakit mewarisi genetik dari ibubapa.
Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti
seseorang individu terutamanya kanak-kanak. Secara langsung, guru akan
mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Umum mengetahui
bahawa, pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-
Pengaruh Sekolah
kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan
menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang
guru yang negatif akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Kesihatan
mental seseorang sejak zaman sekolah lagi amat mempengaruhi tingkah
laku dan personaliti individu samada baik ataupun buruk.
Di dalam setiap kebudayaan, setiap individu tertekan agar membentuk
pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap
kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka
mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa
Penagruh Kebudayaan melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan
pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.
Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi personaliti seseorang
individu.
Pengaruh Keluarga Sejak lahir, kehidupan seseorang manusia ditentukan oleh ibu bapanya.
Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
beramah mesra dengan anak, penceraian ibubapa, kematian insan
tersayang akan membawa emosi yang tidak stabil sejak zaman kanak-
kanak lagi. Kebanyakan kes bagi kecelaruan personaliti ini akibat daripada
keluarga yang lemah dari segi penjagaan dan ketandusan kasih sayang. Hal
ini memberi impak kepada seseorang insan untuk menghadapi dengan
penyakit mental seperti kecelaruan personaliti.
TEORI-TEORI KECELARUAN PERSONALITI

Menurut Firdaus Binti Datuk Abdul Ghani (2013), psikologi personaliti telah merangsang usaha
untuk mengembangkan teori- teori personaliti. Setiap orang telah menghadapi pengalaman diri dan
menghadapi tingkah laku yang berbeza- beza. Setiap tingkah laku diri sendiri dan orang lain amat berbeza
untuk digambarkan, tetapi teori- teori peribadi dapat membantu menjelaskan tingkah laku individu itu.
Dalam Buku, Theories of Personaliti (2016), Shultz mengatakan terdapat sembilan teori personaliti iaitu
teori psikoalanaisis, neopsikoanalisis, interpersonal, sifat, perkembangan, humanistik, kognitif,
behaviorisme, dan bidang terbatas. Berdasarkan buku tersebut, terdapat empat teori personaliti utama iaitu
teori psikoanalisis, sifat, behaviorisme dan psikologi kognitif

TEORI PERSONALITI PSIKOANALISIS

Id Ego Superego

 merupakan bahagian  ego mula wujud sejak bayi  Superego pula merupakan
personaliti tak sedar yang berusia 6 bulan, merupakan struktur ketiga di dalam
berfungsi sebagai stor bahagian personaliti yang pemikiran tingkah laku
penyimpanan untuk keinginan mengandungi pemikiran psikoanalisis.
manusia (serupa dengan realistik dan logik yang  Superego lebih
nafsu), tersusun, menyerupai hati nurani
 didorong oleh tenaga libido  berfungsi mengawal id seseorang individu.
untuk memotivasikan tingkah supaya keinginannya tidak  Superego juga dikatakan
lakunya.   melanggar nilai dan norma bahagian personaliti yang
 Id juga dikatakan komponen masyarakat. bermoral dan berkembang
biologi yang mementingkan  Ego dikatakan komponen secara beransur-ansur
keseronokan dan wujud sejak psikologikal yang oleh pengaruh
lahir. mengutamakan realiti dalam persekitaran seperti
 Selain itu, id dianggap sebagai kehidupan. didikan moral dan agama.
satu elemen struktur  Ego berkembang secara  Ia merupakan cabang
semulajadi, satu elemen yang berperingkat. Sebagai moral dan mewakili
diwarisi dan sedia ada di elemen pada tahap sedar, perkara yang individu
dalam diri manusia. ego penuh dengan persepsi, percaya tidak patut
 Id merupakan satu gejala inginkan kemajuan dan dilakukan.
bawah sedar dan ia boleh menyesuaikan  Mengikut Freud juga,
merupakan satu tenaga yang fungsinya mengikut keadaan superego berfungsi
primitive. sebagai penghantar
 Id tidak teratur, tidak rasional maklumat nilai moral
dan penuh dengan orientasi kepada ego untuk
berkehendakkan kepuasan. bertindak mengawal id.

Tingkah laku manusia dikatakan sebagai hasil daripada interaksi daripada ketiga-tiga konstruk
tersebut. Freud memberikan kepentingan kepada pengalaman awal dalam pembentukan personaliti.
Akhir sekali, beliau mengatakan tingkah laku manusia adalah disebabkan oleh kerisauan dan bagaimana
seseorang itu membela dirinya daripada keadaan tersebut. Freud juga berpendapat bahawa bahagian tidak
sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Akibatnya manusia akan
bertindak dan menunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh orang ramai.

Selain daripada teori-teori personaliti asas yang telah disebutkan, terdapat lagi teori-teori
personaliti yang lain. Antaranya teori tret, teori kognitif, teori kognitif, teori bidang dan teori analitik
sosial. Tret bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakan seseorang itu dengan individu yang lain.
Ia juga merupakan sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sesetengah pendapat
mengatakan, tret dipengaruhi oleh baka dan setengahnya pula dipengaruhi oleh persekitaran. Terdapat
beberapa orang pakar yang mengasaskan teori tret iaitu William Sheldon, Goldon Allport dan Raymond
Cattell.

Menurut Allport, trait adalah unit atau struktur asas bagi personality. Menurut beliau, trait
wujud dalam urat saraf manusia. Ia merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkan tingkah laku.
Oleh itu, trait dilihat sebagai struktur dalam personality dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku
seseorang. Manakala teori kognitif memberi penekanan kepada cara bagaimana kita mengamati peristiwa,
cara kita mentafsir peristiwa dari segi struktur yang sedia ada dan tingkah laku kita dari segi tafsiran yang
dibuat. Menurut Habibah Alias dan Noran Fauziah Yaakub (1997), perkembangan personaliti ditafsir
daripada perspektif kognitif dan bukan emosi seperti yang dikemukakan oleh ahli personaliti lain
sebelumnya. Apa yang dimaksudkan dengan konstruk ialah cara mengamati atau mentafsir peristiwa.
Konstruk dapat dibentuk melalui pengalaman dan interaksi dengan persekitaran.
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU PESAKIT KECELARUAN PERSONALITI

Sebagaimana yang maklumi, individu yang mempunyai penyakit mental seperti kecelaruan personaliti
perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Lazimnya seseorang individu yang
mempunyai kecelaruan personaliti memerlukan sokongan dan kasih sayang sebagai dorongan untuk
mereka meneruskan hidup. Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk individu yang menderita dengan
Kecelaruan Personaliti Pinggiran.

RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI PINGGIRAN

LANGKAH MEMBANTU INDIVIDU KECELARUAN PERSONALITI


PINGGIRAN
 Beri sokongan emosi, memahami keadaan  Jangan sesekali abaikan individu yang
individu tersebut, bersabar dan memberikan mengalami kecelaruan personaliti pinggiran
galakan dan sokongan (perubahan mungkin ini, kerana mereka berisiko besar untuk
sukar bagi individu yang menghadapi melakukan aktiviti yang membahayakan diri
kecelaruan ini, tetapi ianya adalah satu usaha mereka, malah ke peringkat lebih serius iaitu
proses pemulihan bunuh diri atau mencederakan orang lain.

 Kita perlu cuba untuk memahami apakah  Individu yang mempunyai kecelaruan
yang dimaksudkan dengan kecelaruan personaliti pinggiran perlu melibatkan diri
personaliti ini, justeru dapat memahami dalam aktivti yang sederhana atau senaman
individua tau saudara yang terdekat yang yang membantu mereka untuk mengurangkan
menghadapinya tekanan.
RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI PARANOID

RAWATAN KECELARUAN PERSONALITI PARANOID

Psikoterapi Ubat-ubatan
 Pesakit yang mengalami kecelaruan  Pesakit gangguan paranoid yang serius
personaliti paranoid ini boleh mendapat biasanya akan disarankan untuk mengambil
rawatan psikoterapi daripada pakar-pakar ubatan agen anti-keresahan, seperti diazepam,
yang terlatih dan bertauliah. Terapi yang untuk menetapkan jika pesakit mengalami
diberikan adalah lebih menekankan tentang kebimbangan yang teruk atau pergolakan di
sokongan dan akan menggunakan mana ia mula menganggu kehidupan seharian
pendekatan berpusatkan individu pesakit.
berkenaan.  Ubat anti-psikotik seperti thioridazine atau
 Untuk peringkat awal, peringkat membina haloperidol juga sesuai jika pesakit
hubungan antara terapis dan klien mengalami pergolakan yang teruk yang boleh
merupakan proses yang penting untuk menyebabkan bahaya kepada orang lain
mewujudkan kepercayaan klien. akibat daripada pesakit.
Kemudian, terapis akan mendiagnosis
klien dan mengenalpasti kepercayaan dan
pemikiran paranoid klien seterusnya
membantu klien dalam masalah
paranoidnya.
Bantuan Diri Sendiri
 Sekiranya kita didiagnosis sebagai pesakit yang mempunyai kecelaruan personaliti paranoid, kita
haruslah mendidikkan diri kita tentang tanda-tanda penyakit mental. Sentiasa peka dengan
kesihatan diri adalah salah satu pemikiran yang positif dan individu tidak mudah berputus asa
untuk meneruskan kehidupan seharian dengan menangani stress harian dengan waras. Tambahan
pula, pesakit kecelaruan personaliti paranoid ini perlu berbincang tentang masalah yang dihadapi
kepada keluarga atau rakan yang disayangi.

RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI ANTISOSIAL


RAWATAN KECELARUAN PERSONALITI ANTISOSIAL

Psikoterapi Ubat-ubatan Kepekaan


 Psikoterapi boleh diberikan  Antipsikotik  Seseorang individu sentiasa
secara sesi :  Ubat-ubatan antidepresi peka tentang penyakit ahli
 Individu,  Ubat stabilkan hormon keluarga dan saudara
 Kumpulan terdekat.
 Merangkumi  Jika salah seorang ahli
keluarga dan rakan keluarga mempunyai gejala
ini, ahli keluarga yang lain
perlu memeriksa samada
mereka menghadapi gejala
ini atau tidak.
Pemeriksaan Fizikal Ujian Makmal Penilaian Psikologi
 Bertujuan untuk mengelak  Bertujuan untuk memeriksa  Rujuk pakar kaunselor untuk
berlaku masalah yang boleh kiraan darah lengkap (PJK) penilaian psikologi dimana
menyebabkan gejala periksa fungsi tiroid dan pola tingkah laku, perasaan
antisosial dan untuk pemeriksaan bagi alcohol dan dan sejarah keluarga,
memeriksa apa-apa ubat-ubatan untuk menentukan bertanya tentang gejala
kompilikasi yang berkaitan sama ada terdapat sebab-sebab antisosial, bila bermula,
lain bagi gejala ini. bagaimana bermula dan
kesan kepada kehidupan
seharian.
LANGKAH PENCEGAHAN
 Sejak zaman awal kanak-kanak lagi, seseorang berisiko untuk mendapatkan tingkah laku kecelaruan
anti sosial ini.
 Strategi pencegahan termasuk pendidikan keibubapaan dan program lain yang bertujuan untuk
mengurangkan kejadian penderaan kanak-kanak, dan program mentor yang sama untuk
menyediakan kanak-kanak berisiko dengan model tingkah laku oleh orang dewasa yang
bertanggungjawab dan penyelidikan lebih lanjut ke dalam faktor-faktor genetik yang terlibat dalam
kecelaruan antisosial.
RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI HISTRIONIK

LANGKAH MEMBANTU INDIVIDU KECELARUAN PERSONALITI


HISTRIONIK
 Gangguan personaliti seperti gangguan  Pakar-pakar perubatan keluarga dan pengamal
personaliti munafik biasanya disahkan oleh umum secara amnya tidak dilatih atau serba
professional kesihatan mental yang terlatih, lengkap untuk membuat jenis ini diagnosis
seperti pakar psikologi atau psikiatri. psikologi

 Sebagai permulaan, individu yang  Satu diagnosis untuk gangguan personaliti


mempunyai kecelaruan personaliti Histrionik Histrionik dibuat oleh professional kesihatan
perlu berjumpa dengan doktor keluarga mental membandingkan gejala pesakit dengan
tentang masalah ini. sejarah hidup dengan rang-orang yang
 Mereka perlu merujuk anda kepada disenaraikan.
professional kesihatan mental untuk diagnosis  Pakar atau professional kesihatan mental akan
dan rawatan. membuat penentuan sama ada tanda-tanda
 Tiada makmal, darah atau genetic ujian yang seseorang memenuhi kriteria yang diperlukan
digunakan untuk mendiagnosis gangguan untuk diagnosis kecelaruan personaliti
personaliti Histrionik Histrionik

Sebagai konklusinya, setiap kecelaruan personaliti mempunyai rawatan dan langkah pencegahan
agar meneruskan kehidupan seharian kita seperti manusia biasa. Disini kumpulan kami menyenaraikan
beberapa rawatan dan langkah pencegahan untuk kecelaruan personaliti pinggiran, paranoid, anti sosial
dan histrionik. Walaupun rawatan bagi kecelaruan personaliti yang lain tidak disenaraikan, namun
kesemua rawatan dan cara diagnosis adalah sama dan boleh digunapakai, Oleh hal yang demikian,
sebagai ahli keluarga terdekat dan penjaga, kita haruslah berganding bahu dengan profesional penjagaan
kesihatan. Sebagai rakan atau ahli keluarga terdekat, kita sentiasa peka dengan laporan pemeriksaan
pesakit. Ini bukan sahaja menunjukkan kasih sayang dan sokongan, malah membolehkan diri kita untuk
mendapatkan maklumat penting tentang proses pemulihan pesakit.
Rujukan

Affzal Ahmad & Nurul Hazrina Mazlan. 2014. Stress and depression: A comparison study
between men and women inmates in Peninsular Malaysia. International Journal of
Humanities and Social Science 4(2): 153-160

American Psychiatri Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders
DSM-5. American Psychiatric Publishing. (5th Ed.) Washington; England

American Psychiatric Association. 2012. DSM-IV and DSM-5 criteria for the personality
disorder. http://www.psi.uba.ar/academica/carrerasdegrado/
psicologia/sitios_catedras/practicas_ profesionales/820_clinica_tr_personalidad_
psicosis/material/dsm.pdf. Retrieved on: 19 November 2016.

American Psichiatric Association. (2013). Personality Disorders. Dipetik


dari:www.psychiatry.org pada 1hb November 2013.

Azizi, Y. & Tan, S., Y, (2007). Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia: Johor
Darul Ta’zim Malaysia.

Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. (2007).Psikologi Abnormal. Skudai, Johor Darul Ta’zim:
Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya & Tan Soo Yin. (2007).Kesihatan Mental. Skudai, Johor Darul Ta’zim: Universiti
Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya,, Jamaludin Ramli,, Noordin Yahaya & Goh Siao Yen (2010) Self- Esteem,
Coping Difficulties, Self-Efficacy, and Illness Symptoms as a Prediction of Supported
Education for Students With Psychiatric Disabilities, Procedia Bahavioral Science,
Elsevier Publication, International Conference on Learner Diversity 2010(C) (2010) 642–
651

Azizi Yahaya ,Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Goh Siao Yen Noordin Yahaya, (2009) The Need
For Supported Education Among Higher Education Students With Psychiatric
Disabilities European Journal of Social Science ISSN: 1450-2267ISS

Firdaus Binti Datuk Abdul Ghani (2013). Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia: Memahami masalah mental. www.myhealth.gov.my.

Friedland.B. (1991).Personality Disorders.Philadelphia, N.Y: Chelsea House Publishers.

Ajeng Quamila. (2016). Apa Itu Antisosial Dan Apa Bedanya Dengan Asisoal?. Hello Sihat.
Diambil daripada https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/beda-antisosial-dan-
asosial/
Durand. V.M, Barlow. H.D & Hofmann G.S. (2018). Essential of Abnormal Psychology. 8th Ed.
Cengage Learning Asia Pte Ltd. New Tech Park : Singapore

Emir haziq haji Mohamad Lela. (2018). Kecelaruan Personaliti. Hello Doktor. Diambil dari
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/kecelaruan-personaliti/

Firdaus Abdul Gani. (2020). Kecelaruan personaliti: Apa yang perlu kita tahu? Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kecelaruan-personaliti-apa-yang-perlu-kita-
tahu-252794

Friedland, B. (1991). Personality Disorders. Chelsea House Publisher: NY

Habibah Alias dan Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.

Kemal Al Fajar (2017). Gampang Percaya Dengan Hal Berbau Mistis? Mungkin Gejala
Gangguan Skizotipal. Hello Sihat. Diambil daripada
https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/penyebab-gejala-gangguan-skizotipal/

Lenny Tan. (2020). Sosiopat adalah gangguan mental yang berbeda dengan psikopat. Hello
Sihat.
Diambil daripada https://www.sehatq.com/artikel/sosiopat-adalah-gangguan-mental-
yang-berbeda-dengan-psikopat

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publication

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publicatio

Mayoclinic (2013). Borderline Personality Disorder. Retrieved from 19th November 2013
from http://www.mayoclinic.com/health/borderline-personality-disorder/DS00442
Mayoclinic (2013). Antisocial Personality Disorde; Risk Factor. Retrieved from 19th
November 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/antisocial-
personalitydisorder/DS00829/DSECTION=risk-factor

Nurul Hazrina Mazlan & Affzal Ahmad. 2011. Stress as a cause of depression among Female
prisoner and its effect towards aggressiveness. Paper presented at the 4th International
Conference on Southeast Asia (ICONSEA2011), Faculty of Arts and Social Sciences,
University Malaya. 6-7 December.

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publication.

Robinson. M.K. (2014). Sociopath v Psychopath: What’s the difference?. WebMD. Diambil
daripada https://www.webmd.com/mental-health/features/sociopath-psychopath-
difference

Syazwani Hassan (2020). Gangguan Personaliti Skizoid (Schizoid Personaliti Disorder)-


Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan. Ceria Sihat. Diambil daripada
https://www.ceriasihat.com/gangguan-personaliti-skizoid/

Uptodate. (n.d.). Retrieved April 19, 2021,


from https://www.uptodate.com/contents/overview-of-personality-disorders

Sadock, B. (2010). Synopsis of Psychiatry (11th ed., pp. 756). Lippincott Williams & Wilkins.

Tsopelas, C., Spyridoula, T. & Athanasios, D. 2011. Review on female sexual offenders:
Findings about profle and personality. International Journal of Law and Psychiatry 34: 122-126

Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Kampus Kuala Pilah (2021, May 17). Kecelaruan
Personaliti Paranoid. Laman Media Sosial Facebook. Diambil daripada
https://www.facebook.com/UKKUiTMKualaPilah/photos/basw.Abq6jj97jJyCO5mSj7TZ
g33Ght8QyK0DY1YL7CP_3Y2Fa6zdJ7pgd1neZ0K0y94GTypOAMAhb3q5ugzLoR-
VanFokoB10tAejE3dUSf1cwwKBbvZmHFWnrzB3asDrAdqTznR7bhsFh321UufjqY2S
HaBPpwfYU1-2cXbJrRza-Ctww/120836736781132/?
opaqueCursor=AbrRXBSwtzZFNbN1HP9tilX8MX1f3Ef0WK_OawXRdeAwACzhl4Td
CJzyVas-3sov4oNzP9ESQWBliSoqCOxqfa3Sim-
BLkQFQskTi345CSNID6qpwGr2ccBIkweVcpiWq-8Do4kic359s-
AkqNpvCMociD8UeuDvs8u6hfZnxKjj8alUuvfM9ok1m6QSBPpKabDfS20WfQSoh3xr
qCAEDREfyIPJ_os2itvuF1RV87zNgV6dmTbPb41vSwUnC_43RIegWkwAmt9_TVixP
HyXNnVB0VdhwDJeL3iXr5r2O7UF4BTZVH_6wrKYdnefAR3LsQuwenmmWWAYm
BfEZgfzi6G8MhGzEeHessuFtC_UEmTBF0zs6BOtTUnS0d1KxQWsnJDs3qm3LLCAZ
CMfE3GyIvh0CX3xy7RvB6R56p0CRanGVm452QV7xUt6jFgwhOWLku4aLqFyXaR9
1LihaIrKtiss4SshaqFBIRGxTNA1NETL4Lipcih5l9-i0o9rL1k6F1VcPrpb-
GvH8ACKbVjbwiNzLyxLaNbyNIg3V9vpbuYIJRjq1ebyyCJwgCKewJ6IouyMlapFO6x
kShsOqNzw6KbryvPie0Wt9iywtSSOdtmXRg

Warren, J. I., Burnette, M., South, S. C., Chauhan, P., Bale, R. & Friend, R. 2002. Personality
disorders and violence among female prison inmates. The Journal of the American
Academy of Psychiatry and the Law 30(4): 502-509.

https://coggle.it/diagram/X_VvsQfKJt51mdl-/t/bab-7-kecelaruan-personaliti

http://www.cinema.com.my/articles/features_details.aspx/?search=2020.f_8flmhollywoodmntl_56185

Anda mungkin juga menyukai