TAJUK
KEMURUNGAN
DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN KULIAH :A
Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
7.0 Kesimpulan 20
1
kepada beberapa kategori berdasarkan corak simptom-simptomnya seperti kecelaruan
pemakanan, kecelaruan kemurungan, kecelaruan disosiatif, disfungsi seksual dan sebagainya.
2.0 DEFINISI KEMURUNGAN
Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang semakin menular setiap hari dan
kebiasaannya penghidap penyakit ini tidak sedar bahawa mereka mengalami kemurungan.
(Mohamed Hatta, 2018). Menurut Mohd Hussain dan Ahmad Hatim (2006), ini terjadi
kerana mereka menganggap ia adalah kelemahan diri mereka akibat daripada perasaan lemah
semangat atau tidak cekal dalam menghadapi kehidupan. Akibat daripada salah faham ini,
mereka tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan ia akan mengakibatkan mereka
terjerumus ke dalam situasi kemurungan yang lebih serius (Mohamed Hatta, 2018; Mohd
Hussain dan Ahmad Hatim, 2012;Reeves,2005, 2005; Bradvick dan Berglund, 2005).
Kebelakangan ini remaja sering mengalami kemurungan iaitu pelajar kerana tidak
mendapatkan rawatan atau hanya berdiam diri serta mempunyai tanggapan yang salah kerana
menganggap ia berlaku kerana kekurangan dan kesilapan diri sendiri (Rosenthal dan Okie,
2005; Manthorpe et al.,2015; Mey dan Siew, 2015; Students Against Depression, 2015).
"Everyone feels sad or "blue" on occasion. It is also perfectly normal to grieve over
upsetting life experiences, such as a major illness, a death in the family, a loss of a job, or a
divorce. But, for most people, these feelings of grief and sadness tend to lessen with the
passing of time."
American Psychological Association (2007)
2
Berdasarkan pernyataan di atas, penyakit yang kronik, kematian ahli keluarga,
kehilangan pekerjaan atau penceraian berpotensi untuk menyebabkan kesedihan. Bagi
kebanyakan individu, gangguan emosi seperti kesedihan dan muram adalah beijangka masa
pendek sahaja, namun dalam kes-kes tertentu, perasaan murung ini telah berlanjutan
sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit
mental yang lebih serius (Rosenthal dan Okie, 2005; Manthorpe et al., 2005; Reeves, 2005;
Bradvick dan Berglund, 2005). Pernyataan tersebut juga disokong oleh ucapan Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Abdul Latiff Bin Ahmad (2007) dalam sidang
Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Malaysia, Parlimen Kesebelas, Penggal Keempat,
Bilangan 16 yang berbunyi:
Maka diketahui bahawa stres atau tekanan yang tidak terkawal akan menjurus kepada
kemurungan dan impak yang paling teruk adalah kepada idea atau tindakan untuk membunuh
diri. Tekanan yang terlalu tinggi dan perasaan murung dalam kehidupan seorang pelajar juga
perlu diambil perhatian serius kerana golongan ini masih muda serta mentah dalam
menghadapi kesukaran hidup. Golongan remaja seperti pelajar ini mengambil langkah mudah
dalam mengatasi kemurungan dengan cara mudah seperti membunuh diri. (Affzal Ahmad &
Nurul Hazrina Mazlan, 2014). Kemurungan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang
ringan kerana individu yang mengalaminya harus tahu bahawa kesan negatif akibat
kemurungan ini boleh mencederakan diri. Sehubungan dengan itu, kemurungan yang
melanda golongan remaja harus ditangani berdasarkan langkah-langkah tertentu serta
kerjasama daripada pelbagai pihak bagi membendung gejala kemurungan ini daripada terus
menular.
3
3.0 FAKTOR-FAKTOR KEMURUNGAN
Setelah meneliti dengan mendalam tentang kecelaruan kemurungan , terdapat banyak faktor
risiko yang mendorong berlakunya kemurungan. Sebanyak sembilan faktor telah
dikenalpasti; antaranya ialah faktor genetik, jantina, pengalaman semasa kanak-kanak,
personaliti, faktor sosial, penyakit fizikal yang dihadapi, status ekonomi sosial, perubahan
anatomi otak dan perubahan neurotransmitter di dalam otak. Lazimya, kemurungan bermula
pada zaman dewasa tetapi ia juga boleh berlaku pada segenap usia termasuk kanak-kanak
dan remaja. Para penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan
faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi. Faktor-faktor ini termasuk :
4
Ubat-ubatan yang Penggunaan media
digunakan untuk sosial yang
merawat penyakit keterlaluan,
tertentu seperti terutamanya jika
diabetes, kanser, melibatkan bu li
penyakit jantung dan siber.
penyakit Parkinson.
Selain itu,
kemurungan yang
dialami boleh
mengakibatkan
penyakit ini menjadi
lebih teruk.
Berikut adalah huraian secara terperinci tentang faktor-faktor kemurungan bagi golongan remaja.
Faktor-faktor ini adalah menjadi penyebab utama dimana kebanyakan golongan remaja
mengalami kemurungan.
5
Faktor Genetik Kemurungan boleh diwarisi secara turun temurun.
Lazimnya, salasilah keluarga yang mempunyai penyakit
kemurungan lebih berisiko bagi anak atau cucu mereka
untuk menghidap penyakit ini. Selain itu, terdapat
pasangan kembar yang menunjukkan bahawa jika
seorang daripada mereka menghidap kemurungan, risiko
kembar seiras untuk mendapat kemurungan adalah lebih
tinggi berbanding risiko kembar tidak seiras. Kesemua
perkara ini membuktikan bahawa terdapat penglibatan
unsur genetik yang membawa kepada risiko menghidap
penyakit kemurungan. Namun, pada masa kini,
kemurungan adalah diwarisi secara turun-temurun
melalui pewarisan poligenik, iaitu melibatkan lebih
daripada satu gen dan turut dipengaruhi faktor
persekitaran seperti tekanan hidup dan komplikasi
semasa kelahiran. Justeru, gen-gen dikaitkan dengan
kemurungan juga secara tidak langsung merupakan
faktor risiko yang boleh menyebabkan kecelaruan
kemurungan.
Faktor Jantina Kebanyakan wanita lebih cenderung untuk mengalami
kemurungan berbanding lelaki sejurus mencapai umur
remaja dengan nisbah 2:1. Namun begitu, golongan
lelaki lebih cenderung mengalami kemurungan
berbanding wanita sebelum mencapai umur akil baligh.
Pengalaman awal zaman Insiden yang berlaku semasa zaman kanak-kanak seperti
kanak-kanak kehilangan ibubapa, penderaan seksual dan kekurangan
penjagaan ibub bapa boleh meningkatkan risiko
kemurungan apabila dewasa. Jika dua atau lebih faktor
risiko tersebut berlaku semasa zaman kanak-kanak, maka
risiko menghidap kemurungan akan meningkat apabila
mereka dewasa.
6
Personaliti Seseorang yang memiliki personality seperti mudah
menjadi gelisah dan resah, impulsive (cenderung
melakukan perkara yang membinasa tanpa berfikiran
secara rasional) dan obsesif (cenderung mengejar
kesempurnaan diri dan membuat kerja mengikut cara
tersendiri serta tidak boleh menerima nasihat orang lain)
adalah lebih cenderung mengalami kemurungan.
Faktor Sosial Masalah rumah tangga seperti perpisahan atau
penceraian akan meningkatkan risiko kemurungan bagi
kedua-dua jantina. Orang yang berkahwin pula adalah
kurang cenderung mengalami kemurungan berbanding
mereka yang tidak berkahwin. Kemurungan juga boleh
menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Justeru,
kemurungan dan masalah rumah tangga mempunyai
hubung kait dua hala, iaitu masalah rumah tangga
merupakan faktor risiko penyakit kemurungan dan
sebaliknya, penyakit kemurungan juga boleh
menyebabkan masalah rumah tangga. Di samping itu,
masalah kehidupan seperti kehilangan orang tersayang,
kehilangan fungsi hidup (misalnya selepas kemalangan)
dan kehilangan kerja atau tempat bergantungjuga
meningkatkan risiko kemurungan. Akhirnya, kekurangan
sokongan sosial daripada rakan, masyarakat setempat dan
ahli keluarga juga turutP meningkatkan risiko
kemurungan.
Penyakit fizikal yang Penyakit seperti serangan jantung, kanser dan diabetes
dihidapi mellitus juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk
mengalami kemurungan.
7
Status ekonomi sosial Golongan yang berada dalam kelas sosioekonomi yang
rendah seperti golongan miskin, tiada pekerjaan dan
berpendidikan rendah adalah lebih cenderung mengalami
kemurungan berbanding mereka yang berada dalam kelas
sosioekonomi.
Perubahan anatomi otak Nuerotransmitter monoamina di dalam otak seperti
noradrenalin, serotonin dan dopamin yang memainkan
peranan penting bagi membolehkan penghantaran isyarat
di antara saraf-saraf di dalam otak dipercayai semakin
merosot pada pesakit kemurungan. Kekurangan serotonin
sebagai punca kemurungan telah terbukti dengan
keberkesanan ubat kemurungan jenis selective serotonin
reuptake inhibitor (SSRI) yang bertindak untuk
menambahkan kuantiti serotonin dalam otak, seterusnya
merawat kemurungan.
8
4.0 TANDA-TANDA DAN SIMPTOM KEMURUNGAN
Tanda dan simptom kemurungan berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan
tanda yang kurang, manakala ada yang banyak. Contohnya, sesetengah individu yag
mengalami kemurungan mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan
simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi. Beberapa tanda dan simptom umum
kemurungan adalah seperti berikut:
9
Kegelisahan Sukar memberikan Perubahan dalam corak
tumpuan tidur
Perubahan selera atau Perasaan atau percubaan Rasa sakit yang sukar
berat badan membunuh diri digambarkan
10
Pesakit yang mengalami kemurungan akan kerap mengalami beberapa simptom kemurungan.
Malah, selain pesakit, keluarga mereka juga turut berkemungkinan merasainya. Secara
umumnya, simptom kemurungan boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan, iaitu simptom
psikologi dan simptom fizikal. Sebilangan pesakit juga mengalami simptom psikotik. Jadual di
bawah menjelaskan tentang simptom fizikal kemurungan dan simptom psikologi kemurungan.
11
Simptom Psikologi Kemurungan
Simptom psikologi kemurungan yang dikenalpasti ialah perasaan murung, anhedonia atau hilang,
berasa diri tidak berguna dan hilang harapan, membunuh atau mencederakan diri, serta gangguan
kognitif.
12
aspek kehidupan yang secara tidak langsung akan menyebabkan
mereka tidak lagi mementingkan pegangan dan kepercayaan
agama yang dianuti sebelum mereka jatuh sakit. Simptom ini
menyebabkan mereka bertambah murung kerana tiada emosi
yang dapat dirasai dan tiada lagi perkara yang menarik dalam
kehidupan mereka.
Pesakit akan beranggapan bahawa diri mereka adalah tidak
berguna dan segala perkara yang dilakukan akan gagal hal ini
Berasa diri tidak disebabkan hilangnya minat untuk melakukan segala aktiviti
berguna dan hilang dalam kehidupan. Mereka seakan-akan terperangkap dalam
harapan dunia murung mereka sendiri, hilang harapan untuk
menyelesaikannya dan akhirnya akan memikirkan cara terbaik
untuk menamatkan kehidupan, iaitu dengan membunuh diri.
Membunuh atau Apabila oesakit berada pada peringkat kemurungan yang teruk,
mencederakan diri simptom fizikal yang dialami menghalang mereka daripada
melakukan sebarang aktiviti fizikal, maka risiko membunuh diri
adalah lebih tipis kerana mereka tidak berdaya untuk berbuat
demikian. Namun, apabila simptom fizikal mereka mula pulih
tetapi simptom psikologi masih berlarutan, risiko membunuh
diri akan meningkat. Walau bagaimanapun, sikap mengambil
berat dan keprihatinan keluarga, rakan dan masyarakat mampu
mengurangkan risiko tersebut. Hal ini akan menambahkan
keyakinan pesakit bahawa ada orang lain yang cuba memahami
kesengsaraan mereka dengan bertanyakan khabar atau kondisi
mereka. Pesakit akan terbuka hati untuk mengadu tentang
hasrat dan cara membunuh diri mereka. Ada yang menyatakan
bahawa mereka ingin tidur selamanya tanpa perlu bangun atau
berharap emreka menghidap penyakit berbahaya yang tiada
ubatnya dan akhirnya mati. Sesetengah pesakit turut melakukan
perbuatan mencederakan diri seperti mengelar tangan,
menghentak kepala sendiri, memukul badan atau tangan dengan
13
objek tumpul dengan tujuan melepaskan emosi murunga tau
marah dan bukannya untuk membunuh diri.
Pemikiran pesakit kemurungan menjadi sangat negative seperti
berasakan diri banyak kekurangan, hilang kepercayaan diri,
Gangguan Kognitif sering berasa bersalah dan menganggap diri sebagai beban
kepada orang lain, pesimis serta kebergantungan kepada orang
lain.
Simptom fizikal kemurungan yang dikenalpasti ialah perubahan selera makan dan berat badan,
gangguan tidur, gangguan psikomotor serta gangguan fungsi seksual.
14
eye movement sleep) yang berkurangan dan menyebabkan
pesakit tidak dapat tidur nyenyak. Penggunaan ubat tidur atau
pengambilan arak untuk membantu mereka tidur, mungkin pada
permulaannya berkesan. Tetapu jika berterusan, ia akan
mengurangkan tahap III dan IV tidur bukan REM, malah
menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Terdapat juga
sebilangan pesakit yang mengadu terlebih tidur atau
hipersomnia, sukar untuk bangun pagi serta berasa penat
selepas bangun daripada tidur. Simptom ini merupakan risiko
penyakit bipolar yang akan ditunjukkan pada masa akan datang.
Pesakit mungkin mengalami kemerosotan fungsi psikomotor
seperti pergerakan menjadi perlahan, postur membongkok dan
mata melirik ke bawah, kepenatan yang terlampau sehingga
sukar melakukan sebarang pergerakan, percakapan yang
terputus-putus, mengambil masa yang lama untuk menjawab,
suara perlahan dan mendatar, berasa seperti masa berlalu
Gangguan
dengan perlahan atau masa sudah terhenti, kurang menumpukan
Psikomotor
perhatian, cepat lupa dan sukar membuat keputusan. Hal ini
semestinya akan menjejaskan mereka bertambah murung.
Sesetengah pesakit pula mungkin mengalami gangguan
psikomotor lain seperti sukar untuk tetap diam dan tangan
sentiasa bergerak walaupun kurang kerap berbanding
kemerosotan psikomotor.
Gangguan Fungsi Kemurungan juga boleh mengurangkan keinginan pesakit untuk
Seksual menjalin hubungan seksual dengan pasangan. Bagi pesakit
wanita, mereka mungkin mengalami kitaran haid yang semakin
berkurang dan tidak berkeinginan mengadakan hubungan intim
bersama suami atau tidak berasa apa-apa sewaktu hubungan
seksual dengan suami. Keadaan ini akan mengakibatkan
pergolakan dalam rumah tangga. Pesakit lelaki pula berpotensi
mengalami masalah mati pucuk dan tidak berkeinginan
15
mengadakan hubungan intim dengan isteri yang juga
mendorong kepada masalah rumah tangga. Kaunseling rumah
tangga atau pengambilan ubat seperti sildenafil mungkin tidak
akan membantu sekiranya kemurungan tidak dirawat dari awal.
Sesetengah pesakit mungkin akan mengalami halusinasi dan
delusi yang sejajar dengan emosi kemurungan. Halusinasi ialah
gangguan persepsi palsu apabila rangsangan palsu berlaku pada
sebarang deria. Contohnya mendengar suara atau bunyi ghaib
yang tidak didengari orang lain. Delusi pula ialah kepercayaann
palsu yang berlarutan, yang tidak boleh hilang walaupun
Simptom Psikotik
dengan bukti atau rasional yang kukuh dan ia tidak benar
berdasarkan adat, budaya dan komuniti seseorang itu berada.
Halusinasi dan delusi ialah simptom psikotik, iaitu pesakit
mungkin mengadu mereka mendengar suara ghaib yang
menghina mereka atau suara yang menyuruh mereka
mencederakan atau membunuh diri.
Sebagaimana yang kita maklumi, masyarakat sering keliru antara kemurungan dengan kesdihan
biasa. Seseorang yang mengalami kemurungan akan dianggap lemah dan kurang bersemangat.
Masyarakat juga menyangka bahawa kemurungan boleh diatasi sendiri tanpa memerlukan
rawatan dan bimbingan intervensi psikososial, dan kemurungan turut dianggap sama seperti
kesedihan biasa. Hakikatnya, ramai ahli keluarga tidak membenarkan pesakit kemurungan
mendapatkan rawatan pakar psikiatri dan mengakibatkan penyakit yang tidak dirawat itu menjadi
semakin serius hingga akhirnya pesakit membunuh diri tanpa menyedari bahawa mereka
sebenarnya menghidap kemurungan.
16
Diagnosis kemurungan adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan oleh DSM-
V. Menurut DSM-V (2015), kemurungan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti
berikut :
17
Penat atau kurang bertenaga setiap hari.
Kurang keupayaan untuk berfikir, menumpukan perhatian atau sukar
membuat keputusan.
Mempengaruhi mereka untuk membunuh diri berulang kali tanpa sebarang
percubaan.
18
Kecelaruan ini bukan disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit
mental lain yang menyerupai kemurungan atau penyakit-penyakit lain.
19
6.0 RAWATAN BAGI KEMURUNGAN
Menurut Institut Kesihatan Mental Negara, remaja yang mengalami masalah kemurungan tidak
semua mengalami gejala yang sama. Gejala mungkin juga berbeza-beza bergantung pada tahap
penyakit. Akan tetapi, setiap penyakit pasti ada rawatannya. Sekiranya golongan remaja
mengalami kemurungan,, ianya perlu didiagnosis dahulu sebelum memberi rawatan yang sesuai.
Mutakhir ini, kebanyakan remaja tidak matang untuk menangani masalah dan mengalami
kemurungan yang teruk. Bagi menangani masalah kemurungan ini, remaja haruslah
mendapatkan bantuan. Sekiranya, remaja merasakan sunyi perlu maklumkan kepada ibubapa dan
rakan sekeliling. Pada masa yang sama, golongan remaja tidak perlu berasa malu untuk
kongsikan masalah dengan orang yang dipercayai. Golongan remaja juga perlu peka dengan
simptom-simptom yang dialaminya dan jagan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor.
20
7.0 KESIMPULAN
Sebagai konklusinya, kebanyakan golongan remaja yang mengalami kemurungan pada peringkat
awal iaitu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Secara keseluruhannya, telah
dinyatakan bahawa kemurungan ialah penyakit yang mempunyai punca dan simptom yang
ketara. Memandangkan setiap orang berbeza, maka simptom yang dialami turut berbeza antara
satu sama lain dan mengikut situasi. Walaubagaimanapun, simptom-simptom ini mempengaruhi
kehidupan seharian golongan remaja dan perlu dirawat. Rawatan bagi kemurungan seperti
berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan nasihat akan meringankan beban yang ditanggung.
Hal ini demikian kerana, jika seseorang mempunyai gejala-gejala kemurungan yangs serius perlu
mendapatkan bantuan segera daripada rakan, keluarga ataupun pakar dengan kadar yang segera.
Tambahan pula, semasa pandemik Covid-19 ini pula ramai golongan remaja mengalami
kemurungan kerana hilang punca pendapatan. Golongan remaja perlu menangani masalah ini
dengan mengambil inisiatif agar masalah tidak berlarutan dan haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat. Masyarakat juga perlu memberi bantuan, sokongan dan dorongan agar golongan remaja
boleh mengatasi masalah kemurungan ini dengan pantas. Selain itu, pengetahuan manusia
mengenai kemurungan perlu ditekankan dan diambil perhatian. (Kemal Al Fajar, 2017). Sebagai
menggulung semua pernyataan di atas, kemurungan merupakan satu penyakit yang serius dalam
kalangan remaja kerana ia bercirikan satu tempoh masa yang panjang boleh menganggu fikiran,
tingkah laku serta emosi remaja seperti pelajar. Semua pihak harus menggembleng tenaga untuk
memberi nasihat dan sokongan moral kepada remaja yang mengalami kecelaruan kemurungan
agar dapat menyelesaikannya dengan baik.
21
8.0 RUJUKAN
Affzal Ahmad & Nurul Hazrina Mazlan. 2014. Stress and depression: A comparison study
between men and women inmates in Peninsular Malaysia. International Journal of
Humanities and Sosial Science 4(2): 153-160
American Psychiatri Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders
DSM-5. American Psychiatric Publishing. (5th Ed.) Washington; England
American Psychiatric Association. 2012. DSM-IV and DSM-5 criteria for the personality
disorder. http://www.psi.uba.ar/academica/carrerasdegrado/
psicologia/sitios_catedras/practicas_ profesionales/820_clinica_tr_personalidad_
psicosis/material/dsm.pdf. Retrieved on: 19 November 2016.
Azizi, Y. & Tan, S., Y, (2007). Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia: Johor
Darul Ta’zim Malaysia.
Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. (2007).Psikologi Abnormal. Skudai, Johor Darul Ta’zim:
Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya & Tan Soo Yin. (2007).Kesihatan Mental. Skudai, Johor Darul Ta’zim: Universiti
Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya,, Jamaludin Ramli,, Noordin Yahaya & Goh Siao Yen (2010) Self- Esteem,
Coping Difficulties, Self-Efficacy, and Illness Simptoms as a Prediction of Supported
Education for Students With Psychiatric Disabilities, Procedia Bahavioral Science,
Elsevier Publication, International Conference on Learner Diversity 2010(C) (2010) 642–
651
Azizi Yahaya ,Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Goh Siao Yen Noordin Yahaya, (2009) The Need
For Supported Education Among Higher Education Students With Psychiatric
Disabilities European Journal of Sosial Science ISSN: 1450-2267ISS
Firdaus Binti Datuk Abdul Ghani (2013). Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia: Memahami masalah mental. www.myhealth.gov.my.
Ajeng Quamila. (2016). Apa Itu Antisosial Dan Apa Bedanya Dengan Asisoal?. Hello Sihat.
Diambil daripada https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/beda-antisosial-dan-
asosial/
22
Durand. V.M, Barlow. H.D & Hofmann G.S. (2018). Essential of Abnormal Psychology. 8th Ed.
Cengage Learning Asia Pte Ltd. New Tech Park : Singapore
Emir haziq haji Mohamad Lela. (2018). Kecelaruan Personaliti. Hello Doktor. Diambil dari
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/kecelaruan-
personaliti/
Firdaus Abdul Gani. (2020). Kecelaruan personaliti: Apa yang perlu kita tahu? Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kecelaruan-personaliti-apa-yang-perlu-kita-
tahu-252794
Habibah Alias dan Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.
Kemal Al Fajar (2017). Gampang Percaya Dengan Hal Berbau Mistis? Mungkin Gejala
Gangguan Skizotipal. Hello Sihat. Diambil daripada
https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/penyebab-gejala-gangguan-skizotipal/
Lenny Tan. (2020). Sosiopat adalah gangguan mental yang berbeda dengan psikopat. Hello
Sihat.
Diambil daripada https://www.sehatq.com/artikel/sosiopat-adalah-gangguan-mental-
yang-berbeda-dengan-psikopat
Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publication
Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publicatio
Mayoclinic (2013). Borderline Personality Disorder. Retrieved from 19th November 2013
from http://www.mayoclinic.com/health/borderline-personality-disorder/DS00442
Mayoclinic (2013). Antisosial Personality Disorde; Risk Factor. Retrieved from
19th
November 2013 from
http://www.mayoclinic.com/health/antisosial-personalitydisorder/DS00829/
DSECTION=risk-factor
Nurul Hazrina Mazlan & Affzal Ahmad. 2011. Stress as a cause of depression among Female
prisoner and its effect towards aggressiveness. Paper presented at the 4th International
Conference on Southeast Asia (ICONSEA2011), Faculty of Arts and Sosial Sciences,
University Malaya. 6-7 December.
23
Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publication.
24