Anda di halaman 1dari 24

MARKAH

KPP60204 : KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

TAJUK

KEMURUNGAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

HAMAH LATHA A/P SUMNADE M20192001149 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KUMPULAN KULIAH :A

NAMA PENSYARAH : DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB

TARIKH SERAHAN : 13 JUN 2021


SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Kemurungan 2-3

3.0 Faktor-Faktor Kemurungan 4-7

4.0 Tanda dan Simptom Kemurungan 8-15

5.0 Jenis-Jenis Kemurungan 15-18

6.0 Rawatan bagi Gangguan Kemurungan 19

7.0 Kesimpulan 20

8.0 Rujukan 21-22


1.0 PENGENALAN

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) telah


mendefinisikan kesihatan mental sebagai satu keadaan kesejahteraan apabila setiap individu
peka akan potensinya sendiri, boleh menghadapi tekanan kehidupan yang normal, boleh
bekerja secara produktif dan berkesan, serta berkeupayaan untuk menyumbang kepada
komuniti mereka (WHO,2014). Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi
dan sosial kita. Ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir, merasa dan bertindak. Kesihatan
mental adalah penting pada setiap peringkat kehidupan kita, dari zaman kanak-kanak dan
remaja hingga dewasa. Ia adalah asas pemikiran, pembelajaran, komunikasi, daya tahan dan
keyakinan diri.

Penyakit mental juga dikenali sebagai kecelaruan mental dimana ia boleh menjejaskan
sesiapa sahaja. Penyakit mental bermaksud keadaan kesihatan yang melibatkan perubahan
dalam pemikiran, emosi atau tingkah laku yang sering menyebabkan kesukaran untuk
menampung tekanan biasa dan rutin kehidupan. Seseorang boleh mengalami kesihatan mental
yang lemah tanpa didiagnosis dengan penyakit mental. Berdasarkan data dari Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 menunjukkan bahawa 4.2 juta rakyat Malaysia
yang berumur 16 tahun ke atas (29.2 peratus) bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Di Malaysia, diagnosis penyakit mental adalah berpandukan rujukan yang dikenali


Diagnostic and Statistical Manual for Mental Disorder edisi kelima (DSM-V) yang diterbitkan
oleh American Psychiatric Association, iaitu rujukan panduan diagnosis untuk
mengklasifikasikan penyakit mental berdasarkan kod dan kumpulan tertentu. Diagnosis setiap
penyakit mental adalah berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan. Menurut DSM-V
definisi penyakit mental adalah satu corak kelakuan atau sindrom psikologi yang ditunjukkan
oleh seseorang, yang menyebabkan gangguan klinikal yang ketara misalnya berasa sakit.
Penyakit mental bukanlah reaksi normal yang dijangka akibat daripada tekanan atau
kehilangan orang tersayang. Justeru, DSM-V mengklasifikasikan penyakit mental kepada
beberapa kategori berdasarkan corak simptom-simptomnya seperti kecelaruan pemakanan,
kecelaruan kemurungan, kecelaruan disosiatif, disfungsi seksual dan sebagainya.

1
2.0 DEFINISI KEMURUNGAN

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang semakin menular setiap hari dan
kebiasaannya penghidap penyakit ini tidak sedar bahawa mereka mengalami kemurungan.
(Mohamed Hatta, 2018). Menurut Mohd Hussain dan Ahmad Hatim (2006), ini terjadi kerana
mereka menganggap ia adalah kelemahan diri mereka akibat daripada perasaan lemah
semangat atau tidak cekal dalam menghadapi kehidupan. Akibat daripada salah faham ini,
mereka tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan ia akan mengakibatkan mereka
terjerumus ke dalam situasi kemurungan yang lebih serius (Mohamed Hatta, 2018; Mohd
Hussain dan Ahmad Hatim, 2012;Reeves,2005, 2005; Bradvick dan Berglund, 2005).
Kebelakangan ini remaja sering mengalami kemurungan iaitu pelajar kerana tidak
mendapatkan rawatan atau hanya berdiam diri serta mempunyai tanggapan yang salah kerana
menganggap ia berlaku kerana kekurangan dan kesilapan diri sendiri (Rosenthal dan Okie,
2005; Manthorpe et al.,2015; Mey dan Siew, 2015; Students Against Depression, 2015).

Bermulanya daripada tanggapan yang salah, maka simptom kemurungan akan


menjadi semakin sukar untuk dikesan dan dikenal pasti. Kebanyakan penyelidik di seluruh
dunia bersetuju bahawa simptom kemurungan yang kebiasaannya terjadi kepada setiap
individu adalah perasaan sedih dan muram (Heather, 2007; Mohamed Hatta, 2001; FitzGibbon,
2003; Franck dan Raedt, 2007). Kesedihan dan perasaan muram boleh teijadi kepada sesiapa
sahaja di dunia, terdapat beberapa aspek yang menyebabkan ia berlaku seperti pernyataan di
bawah.

"Everyone feels sad or "blue" on occasion. It is also perfectly normal to grieve over
upsetting life experiences, such as a major illness, a death in the family, a loss of a job, or a
divorce. But, for most people, these feelings of grief and sadness tend to lessen with the passing
of time."
American Psychological Association (2007)
Berdasarkan pernyataan di atas, penyakit yang kronik, kematian ahli keluarga,
kehilangan pekerjaan atau penceraian berpotensi untuk menyebabkan kesedihan. Bagi
kebanyakan individu, gangguan emosi seperti kesedihan dan muram adalah beijangka masa

2
pendek sahaja, namun dalam kes-kes tertentu, perasaan murung ini telah berlanjutan sehingga
membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang
lebih serius (Rosenthal dan Okie, 2005; Manthorpe et al., 2005; Reeves, 2005; Bradvick dan
Berglund, 2005). Pernyataan tersebut juga disokong oleh ucapan Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia iaitu Datuk Dr. Abdul Latiff Bin Ahmad (2007) dalam sidang Mesyuarat Pertama
Dewan Rakyat Malaysia, Parlimen Kesebelas, Penggal Keempat, Bilangan 16 yang berbunyi:

"...ini kerana streslah sebenarnya mengakibatkan seseorang ataupun sekumpulan manusia


itu tertekan dan jika dia tidak boleh menguruskan diri dia sendiri boleh bergerak daripada stres
kepada kemurungan, dan daripada kemurungan boleh pergi kepada proses, akhirnya
membunuh diri..." (p6).

Maka diketahui bahawa stres atau tekanan yang tidak terkawal akan menjurus kepada
kemurungan dan impak yang paling teruk adalah kepada idea atau tindakan untuk membunuh
diri. Tekanan yang terlalu tinggi dan perasaan murung dalam kehidupan seorang pelajar juga
perlu diambil perhatian serius kerana golongan ini masih muda serta mentah dalam
menghadapi kesukaran hidup. Golongan remaja seperti pelajar ini mengambil langkah mudah
dalam mengatasi kemurungan dengan cara mudah seperti membunuh diri. (Affzal Ahmad &
Nurul Hazrina Mazlan, 2014). Kemurungan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan
kerana individu yang mengalaminya harus tahu bahawa kesan negatif akibat kemurungan ini
boleh mencederakan diri. Sehubungan dengan itu, kemurungan yang melanda golongan remaja
harus ditangani berdasarkan langkah-langkah tertentu serta kerjasama daripada pelbagai pihak
bagi membendung gejala kemurungan ini daripada terus menular.

3
3.0 FAKTOR-FAKTOR KEMURUNGAN

Setelah meneliti dengan mendalam tentang kecelaruan kemurungan , terdapat banyak faktor
risiko yang mendorong berlakunya kemurungan. Sebanyak sembilan faktor telah dikenalpasti;
antaranya ialah faktor genetik, jantina, pengalaman semasa kanak-kanak, personaliti, faktor
sosial, penyakit fizikal yang dihadapi, status ekonomi sosial, perubahan anatomi otak dan
perubahan neurotransmitter di dalam otak. Lazimya, kemurungan bermula pada zaman dewasa
tetapi ia juga boleh berlaku pada segenap usia termasuk kanak-kanak dan remaja. Para
penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik,
biologi, persekitaran dan psikologi. Faktor-faktor ini termasuk :

Sejarah kemurungan Trauma, tekanan atau


diri atau keluarga perubahan besar
dalam hidup
seseorang.
Ubat-ubatan yang Penggunaan media
digunakan untuk sosial yang
merawat penyakit keterlaluan,
tertentu seperti terutamanya jika
diabetes, kanser, melibatkan bu li
penyakit jantung dan siber.
penyakit Parkinson.
Selain itu,
kemurungan yang
dialami boleh
mengakibatkan
penyakit ini menjadi
lebih teruk.

4
Berikut adalah huraian secara terperinci tentang faktor-faktor kemurungan bagi golongan remaja.
Faktor-faktor ini adalah menjadi penyebab utama dimana kebanyakan golongan remaja mengalami
kemurungan.

Faktor Genetik ✓ Kemurungan boleh diwarisi secara turun temurun.


Lazimnya, salasilah keluarga yang mempunyai penyakit
kemurungan lebih berisiko bagi anak atau cucu mereka
untuk menghidap penyakit ini. Selain itu, terdapat
pasangan kembar yang menunjukkan bahawa jika seorang
daripada mereka menghidap kemurungan, risiko kembar
seiras untuk mendapat kemurungan adalah lebih tinggi
berbanding risiko kembar tidak seiras. Kesemua perkara
ini membuktikan bahawa terdapat penglibatan unsur
genetik yang membawa kepada risiko menghidap
penyakit kemurungan. Namun, pada masa kini,
kemurungan adalah diwarisi secara turun-temurun melalui
pewarisan poligenik, iaitu melibatkan lebih daripada satu
gen dan turut dipengaruhi faktor persekitaran seperti
tekanan hidup dan komplikasi semasa kelahiran. Justeru,
gen-gen dikaitkan dengan kemurungan juga secara tidak
langsung merupakan faktor risiko yang boleh
menyebabkan kecelaruan kemurungan.
Faktor Jantina ✓ Kebanyakan wanita lebih cenderung untuk mengalami
kemurungan berbanding lelaki sejurus mencapai umur
remaja dengan nisbah 2:1. Namun begitu, golongan lelaki
lebih cenderung mengalami kemurungan berbanding
wanita sebelum mencapai umur akil baligh.
Pengalaman awal zaman ✓ Insiden yang berlaku semasa zaman kanak-kanak seperti
kanak-kanak kehilangan ibubapa, penderaan seksual dan kekurangan
penjagaan ibub bapa boleh meningkatkan risiko
kemurungan apabila dewasa. Jika dua atau lebih faktor

5
risiko tersebut berlaku semasa zaman kanak-kanak, maka
risiko menghidap kemurungan akan meningkat apabila
mereka dewasa.
Personaliti ✓ Seseorang yang memiliki personality seperti mudah
menjadi gelisah dan resah, impulsive (cenderung
melakukan perkara yang membinasa tanpa berfikiran
secara rasional) dan obsesif (cenderung mengejar
kesempurnaan diri dan membuat kerja mengikut cara
tersendiri serta tidak boleh menerima nasihat orang lain)
adalah lebih cenderung mengalami kemurungan.
Faktor Sosial ✓ Masalah rumah tangga seperti perpisahan atau penceraian
akan meningkatkan risiko kemurungan bagi kedua-dua
jantina. Orang yang berkahwin pula adalah kurang
cenderung mengalami kemurungan berbanding mereka
yang tidak berkahwin. Kemurungan juga boleh menjadi
punca keruntuhan rumah tangga. Justeru, kemurungan dan
masalah rumah tangga mempunyai hubung kait dua hala,
iaitu masalah rumah tangga merupakan faktor risiko
penyakit kemurungan dan sebaliknya, penyakit
kemurungan juga boleh menyebabkan masalah rumah
tangga. Di samping itu, masalah kehidupan seperti
kehilangan orang tersayang, kehilangan fungsi hidup
(misalnya selepas kemalangan) dan kehilangan kerja atau
tempat bergantungjuga meningkatkan risiko kemurungan.
Akhirnya, kekurangan sokongan sosial daripada rakan,
masyarakat setempat dan ahli keluarga juga turut
meningkatkan risiko kemurungan.
Penyakit fizikal yang ✓ Penyakit seperti serangan jantung, kanser dan diabetes
dihidapi mellitus juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk
mengalami kemurungan.

6
Status ekonomi sosial ✓ Golongan yang berada dalam kelas sosioekonomi yang
rendah seperti golongan miskin, tiada pekerjaan dan
berpendidikan rendah adalah lebih cenderung mengalami
kemurungan berbanding mereka yang berada dalam kelas
sosioekonomi.
Perubahan anatomi otak ✓ Nuerotransmitter monoamina di dalam otak seperti
noradrenalin, serotonin dan dopamin yang memainkan
peranan penting bagi membolehkan penghantaran isyarat
di antara saraf-saraf di dalam otak dipercayai semakin
merosot pada pesakit kemurungan. Kekurangan serotonin
sebagai punca kemurungan telah terbukti dengan
keberkesanan ubat kemurungan jenis selective serotonin
reuptake inhibitor (SSRI) yang bertindak untuk
menambahkan kuantiti serotonin dalam otak, seterusnya
merawat kemurungan.

7
4.0 TANDA-TANDA DAN SIMPTOM KEMURUNGAN

Tanda dan simptom kemurungan berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan
tanda yang kurang, manakala ada yang banyak. Contohnya, sesetengah individu yag
mengalami kemurungan mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom
boleh berbentuk fizikal atau emosi. Beberapa tanda dan simptom umum kemurungan adalah
seperti berikut:

Berasa tidak berupaya,


Berasa sedih, hampa atau Mudah berasa jengkel tidak berharga atau
risau bersalah

Kurang berminat dalam Kurang bertenaga Berkomunikasi atau


menjalankan aktiviti bergerak lebih lemah
daripada biasa

8
Kegelisahan Sukar memberikan Perubahan dalam corak
tumpuan tidur

Perubahan selera atau Perasaan atau percubaan Rasa sakit yang sukar
berat badan membunuh diri digambarkan

9
Pesakit yang mengalami kemurungan akan kerap mengalami beberapa simptom kemurungan.
Malah, selain pesakit, keluarga mereka juga turut berkemungkinan merasainya. Secara umumnya,
simptom kemurungan boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan, iaitu simptom psikologi dan
simptom fizikal. Sebilangan pesakit juga mengalami simptom psikotik. Jadual di bawah
menjelaskan tentang simptom fizikal kemurungan dan simptom psikologi kemurungan.

Simptom Fizikal Kemurungan Simptom Psikologi Kemurungan


✓ Penurunan berat badan atau ✓ Perasaan atau emosi murung
kekurangan selera makan. ✓ Hilang minat dan keseronokan untuk
✓ Pertambahan berat badan atau melakukan aktiviti.
peningkatan selera makan. ✓ Berasa diri tidak berguna atau
✓ Insomnia terlampau menyalahkan diri sendiri.
✓ Terlebih tidur atau hipersomnia. ✓ Putus harapan
✓ Rasa cepat penat atau kurang ✓ Tidak boleh berfikir atau hilang
bertenaga. tumpuan.
✓ Gangguan psikomotor ✓ Mencederakan diri sendiri.
✓ Kurang keinginan untuk hubungan ✓ Terfikir untuk membunuh diri yang
seksual dengan pasangan(kedua-dua berulangan, merancang untuk
jantina) membunuh diri atau mencuba untuk
✓ Sakit badan, sendi atau kepala membunuh diri.

10
Simptom Psikologi Kemurungan

Simptom psikologi kemurungan yang dikenalpasti ialah perasaan murung, anhedonia atau hilang,
berasa diri tidak berguna dan hilang harapan, membunuh atau mencederakan diri, serta gangguan
kognitif.

➢ Perasaan atau emosi murung adalah merujuk kepada kesedihan


yang teramat berat dan dikelaskan sebagai emosi yang berunsur
negatif. Pesakit biasanya akan menerangkan perasaan ini sebagai
sungguh menyakitkan,bahkan lebih teruk daripada kesakitan
fizikal yang paling kritikal. Perasaan ini boleh menyebabkan
seseorang menangis tanpa sebab secara tiba-tiba. Ia akan
berpanjangan dan berlarutan walaupun sesetengah pesakit
menyatakan bahawa perasaan ini akan sedikit berkurangan pada
Perasaan Murung sebelah petang. Emosi murung yang sangat dahsyat ini
membuatkan pesakit memilih untuk membunuh diri sebagai
jalan penyelesaian terakhir.
➢ Namun, pesakit yang mengalami perasaan murung yang kurang
teruk tidak akan mengadu berasa murung, sebaliknya Cuma
mengalami simptom fizikal seperti sakit kepala, ulu hati, sakit
badan yang tidak tertumpu pada satu bahagian badan sahaja
ataupun berasa tidak selesa pada bahagian dada. Justeru,
simptom-simptom kemurungan yang lain wajar dikenal pasti.
➢ Pesakit bukan sahaja mengadu hilang keseronokan apabila
melaksanakan aktiviti, tetapi juga hilang minat untuk melakukan
aktiviti kegemaran atau hobi mereka. Pada permulaan, pesakit
akan menyatakan bahawa mereka hilang minat dengan
Hilang Minat
kehidupan harian dan apabila keadaan semakin teruk, mereka
akan hilang minat dalam semua hal. Mereka tidak lagi berasa
bahagia Bersama keluarga tersayang yang merupakan punca
kegembiraan sebelum mereka jatuh sakit. Mereka akan turut

11
hilang perasaan dan minat dalam segala aspek kehidupan yang
secara tidak langsung akan menyebabkan mereka tidak lagi
mementingkan pegangan dan kepercayaan agama yang dianuti
sebelum mereka jatuh sakit. Simptom ini menyebabkan mereka
bertambah murung kerana tiada emosi yang dapat dirasai dan
tiada lagi perkara yang menarik dalam kehidupan mereka.
➢ Pesakit akan beranggapan bahawa diri mereka adalah tidak
berguna dan segala perkara yang dilakukan akan gagal hal ini
Berasa diri tidak disebabkan hilangnya minat untuk melakukan segala aktiviti
berguna dan hilang dalam kehidupan. Mereka seakan-akan terperangkap dalam
harapan dunia murung mereka sendiri, hilang harapan untuk
menyelesaikannya dan akhirnya akan memikirkan cara terbaik
untuk menamatkan kehidupan, iaitu dengan membunuh diri.
➢ Apabila oesakit berada pada peringkat kemurungan yang teruk,
simptom fizikal yang dialami menghalang mereka daripada
melakukan sebarang aktiviti fizikal, maka risiko membunuh diri
adalah lebih tipis kerana mereka tidak berdaya untuk berbuat
demikian. Namun, apabila simptom fizikal mereka mula pulih
tetapi simptom psikologi masih berlarutan, risiko membunuh diri
akan meningkat. Walau bagaimanapun, sikap mengambil berat
dan keprihatinan keluarga, rakan dan masyarakat mampu
Membunuh atau mengurangkan risiko tersebut. Hal ini akan menambahkan
mencederakan diri keyakinan pesakit bahawa ada orang lain yang cuba memahami
kesengsaraan mereka dengan bertanyakan khabar atau kondisi
mereka. Pesakit akan terbuka hati untuk mengadu tentang hasrat
dan cara membunuh diri mereka. Ada yang menyatakan bahawa
mereka ingin tidur selamanya tanpa perlu bangun atau berharap
emreka menghidap penyakit berbahaya yang tiada ubatnya dan
akhirnya mati. Sesetengah pesakit turut melakukan perbuatan
mencederakan diri seperti mengelar tangan, menghentak kepala
sendiri, memukul badan atau tangan dengan objek tumpul

12
dengan tujuan melepaskan emosi murunga tau marah dan
bukannya untuk membunuh diri.
➢ Pemikiran pesakit kemurungan menjadi sangat negative seperti
berasakan diri banyak kekurangan, hilang kepercayaan diri,
Gangguan Kognitif sering berasa bersalah dan menganggap diri sebagai beban
kepada orang lain, pesimis serta kebergantungan kepada orang
lain.

Simptom Fizikal Kemurungan

Simptom fizikal kemurungan yang dikenalpasti ialah perubahan selera makan dan berat badan,
gangguan tidur, gangguan psikomotor serta gangguan fungsi seksual.

➢ Selera makan pesakit kemurungan mampu berkurang hampir


setiap hari atau berat badan menurun sebanyak sekurang-
kurangnya 5 peratus dalam sebulan walaupun mereka tidak
berdiet. Simptom ini mungkin disebabkan masalah pada
bahagian hipotalamus dalam otak atau hilang deria bau atau rasa
ataupun hilang minat dan kepuasan sewaktu makan.
Perubahan selera
➢ Terdapat sebilangan pesakit yang mengalami pertambahan berat
makan dan berat
badan akibat peningkatan selera makan atau kurang melakukan
badan
aktiviti fizikal atau kedua-duanya. Jika simptom ini berlaku
kepada pesakit yang berusia, risiko penyakit seperti darah tinggi,
diabetes mellitus dan penyakit jantung akan meningkat.
Manakala jika simptom ini berlaku kepada pesakit yang muda,
pesakit mungkin berisiko menghidap kecelaruan bipolar dan
bukannya kemurungan.
➢ Kebanyakan pesakit juga mengalami insomnia, iaitu kerap
terjaga daripada tidur pada waktu malam dan sebilangan kecil
Gangguan Tidur
pula mengalami masalah sukar untuk tidur. Hal ini adalah
disebabkan oleh tahap III dan IV tidur bukan REM (non-rapid

13
eye movement sleep) yang berkurangan dan menyebabkan
pesakit tidak dapat tidur nyenyak. Penggunaan ubat tidur atau
pengambilan arak untuk membantu mereka tidur, mungkin pada
permulaannya berkesan. Tetapu jika berterusan, ia akan
mengurangkan tahap III dan IV tidur bukan REM, malah
menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Terdapat juga
sebilangan pesakit yang mengadu terlebih tidur atau
hipersomnia, sukar untuk bangun pagi serta berasa penat selepas
bangun daripada tidur. Simptom ini merupakan risiko penyakit
bipolar yang akan ditunjukkan pada masa akan datang.
➢ Pesakit mungkin mengalami kemerosotan fungsi psikomotor
seperti pergerakan menjadi perlahan, postur membongkok dan
mata melirik ke bawah, kepenatan yang terlampau sehingga
sukar melakukan sebarang pergerakan, percakapan yang
terputus-putus, mengambil masa yang lama untuk menjawab,
suara perlahan dan mendatar, berasa seperti masa berlalu dengan
Gangguan
perlahan atau masa sudah terhenti, kurang menumpukan
Psikomotor
perhatian, cepat lupa dan sukar membuat keputusan. Hal ini
semestinya akan menjejaskan mereka bertambah murung.
Sesetengah pesakit pula mungkin mengalami gangguan
psikomotor lain seperti sukar untuk tetap diam dan tangan
sentiasa bergerak walaupun kurang kerap berbanding
kemerosotan psikomotor.
➢ Kemurungan juga boleh mengurangkan keinginan pesakit untuk
menjalin hubungan seksual dengan pasangan. Bagi pesakit
wanita, mereka mungkin mengalami kitaran haid yang semakin
Gangguan Fungsi berkurang dan tidak berkeinginan mengadakan hubungan intim
Seksual bersama suami atau tidak berasa apa-apa sewaktu hubungan
seksual dengan suami. Keadaan ini akan mengakibatkan
pergolakan dalam rumah tangga. Pesakit lelaki pula berpotensi
mengalami masalah mati pucuk dan tidak berkeinginan

14
mengadakan hubungan intim dengan isteri yang juga mendorong
kepada masalah rumah tangga. Kaunseling rumah tangga atau
pengambilan ubat seperti sildenafil mungkin tidak akan
membantu sekiranya kemurungan tidak dirawat dari awal.
➢ Sesetengah pesakit mungkin akan mengalami halusinasi dan
delusi yang sejajar dengan emosi kemurungan. Halusinasi ialah
gangguan persepsi palsu apabila rangsangan palsu berlaku pada
sebarang deria. Contohnya mendengar suara atau bunyi ghaib
yang tidak didengari orang lain. Delusi pula ialah kepercayaann
palsu yang berlarutan, yang tidak boleh hilang walaupun dengan
Simptom Psikotik
bukti atau rasional yang kukuh dan ia tidak benar berdasarkan
adat, budaya dan komuniti seseorang itu berada. Halusinasi dan
delusi ialah simptom psikotik, iaitu pesakit mungkin mengadu
mereka mendengar suara ghaib yang menghina mereka atau
suara yang menyuruh mereka mencederakan atau membunuh
diri.

5.0 JENIS-JENIS KEMURUNGAN

Sebagaimana yang kita maklumi, masyarakat sering keliru antara kemurungan dengan kesdihan
biasa. Seseorang yang mengalami kemurungan akan dianggap lemah dan kurang bersemangat.
Masyarakat juga menyangka bahawa kemurungan boleh diatasi sendiri tanpa memerlukan rawatan
dan bimbingan intervensi psikososial, dan kemurungan turut dianggap sama seperti kesedihan
biasa. Hakikatnya, ramai ahli keluarga tidak membenarkan pesakit kemurungan mendapatkan
rawatan pakar psikiatri dan mengakibatkan penyakit yang tidak dirawat itu menjadi semakin serius
hingga akhirnya pesakit membunuh diri tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya menghidap
kemurungan.

15
Diagnosis kemurungan adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan oleh DSM-V.
Menurut DSM-V (2015), kemurungan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

Kecelaruan kemurungan Major

Kecelaruan kemurungan Berlarutan

Kecelaruan Disforia Prahaid

Kecelaruan Disregulasi Mood Disruptif

Kecelaruan kemurungan disebabkan dadah atau ubat-ubatan

Kecelaruan kemurungan disebabkan keadaan perubatan lain

5.1 Kecelaruan Kemurungan Major

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan kemurungan major akan mengalami beberapa


simptom seperti berikut:
✓ Sekurang-kurangnya lima simptom berlaku dalam dua minggu berturut-turut
serta terdapat perubahan fungsi daripada yang sebelumnya, dan satu daripada
simptom ialah perasaan murunga tau hilang minat dan keseronokan.
✓ Mengalami perasaan murung hampir setiap hari oleh pesakit contohnya kerap
menangis, manakala bagi kanak-kanak dan remaja, mereka mungkin mudah
berasa marah.
✓ Amat kurang atau hilang minat dan keseronokan untuk melakukan semua atau
hampir semua aktiviti, pada kebanyakan masa dan hampir setiap hari.
✓ Sukar atau terlebih tidur hampir setiap hari.
✓ Penat atau kurang bertenaga setiap hari.

16
✓ Kurang keupayaan untuk berfikir, menumpukan perhatian atau sukar membuat
keputusan.
✓ Mempengaruhi mereka untuk membunuh diri berulang kali tanpa sebarang
percubaan.

5.2 Kecelaruan Kemurungan Berlarutan

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan kemurungan berlarutan akan mengalami beberapa


simptom seperti berikut:
✓ Mengalami perasaan murung pada kebanyakan masa, hampir setiap hari sama
ada dinyatakan sendiri oleh pesakit atau melalui pemerhatian orang lain selama
2 tahun.
✓ Kriteria yang menepati diagnosis kecelaruan kemurungan major boleh
berpanjangan sehingga lebih dua tahun berturut-turut.
✓ Pesakit tidak mempunyai sejarah episod hipomania dan tidak pernah
didiagnosis mengalami kecelaruan siklotimik.

5.3 Kecelaruan Disforia Prahaid

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan disforia prahaid akan mengalami beberapa


simptom seperti berikut:
✓ Dalam majoriti kitaran haid pesakit, sekurang-kurangnya lima simptom
berlaku dalam seminggu sebelum haid, berkurangan selepas beberapa hari haid
dan hilang seminggu selepas haid.
✓ Perubahan emosi yang ketara contohnya mengalami kesedihan, menangis
secara tiba-tiba atau sensitive apabila tidak diendahkan orang lain.
✓ Kemarahan yang ketara atau sering menghadapi konflik dengan orang lain.
✓ Perasaan murung yang ketara, berasa hilang harapan dan rendah diri.
✓ Perasaan gelisah dan tertekan.
✓ Simptom fizikal seperti sakit pada payudara, perut kembung, sakit otot dan
sendi atau peningkatan berat badan.

17
✓ Kecelaruan ini bukan disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit
mental lain yang menyerupai kemurungan atau penyakit-penyakit lain.

5.4 Kecelaruan Disregulasi Mood Disruptif

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan disregulasi mood disruptif akan mengalami


beberapa simptom seperti berikut:
✓ Episod mengamuk yang teruk dan berulangan yang ditunjukkan secara verbal
atau dalam bentuk kelakuan seperti bersikap agresif terhadap orang lain.
✓ Episod mengamuk berlaku secara purata tiga kali atau lebih setiap minggu.
✓ Kecelaruan ini tidak berlaku hanya apabila seseorang mengalami episode
kemurungan major dan tidak boleh diterangkan dengan penyakit mental yang
lain.

5.5 Kecelaruan Kemurungan disebabkan Dadah atau Ubat-Ubatan

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan kemurungan disebabkan dadah atau ubat-ubatan


akan mengalami beberapa simptom seperti berikut:
✓ Gangguan emosi yang ketara dan berterusan merangkumi perasaan murung
atau hilang minat dan keseronokan untuk melakukan semua atau hampir semua
aktiviti.
✓ Kecelaruan ini bukan disebabkan oleh penyakit-penyakit mental lain yang
boleh menyebabkan kemurungan, iaitu tidak mempunyai sejarah masa silam.
✓ Gangguan tidak berlaku semasa gangguan delirium.

5.6 Kecelaruan Kemurungan disebabkan keadaan perubatan lain

❖ Golongan remaja dengan kecelaruan kemurungan disebabkan keadaan perubatan lain


akan mengalami beberapa simptom seperti berikut:
✓ Gangguan emosi yang ketara dan berterusan merangkumi perasaan murung
atau hilang minat dan keseronokan untuk melakukan semua atau hampir semua
aktiviti.
✓ Menyebabkan kemerosotan fungsi pekerjaan, fungsi sosial dan lain-lain.

18
6.0 RAWATAN BAGI KEMURUNGAN

Menurut Institut Kesihatan Mental Negara, remaja yang mengalami masalah kemurungan tidak
semua mengalami gejala yang sama. Gejala mungkin juga berbeza-beza bergantung pada tahap
penyakit. Akan tetapi, setiap penyakit pasti ada rawatannya. Sekiranya golongan remaja
mengalami kemurungan,, ianya perlu didiagnosis dahulu sebelum memberi rawatan yang sesuai.

6.1 Bagaimanakah Kemurungan Didiagnosis

Mutakhir ini, kebanyakan remaja tidak matang untuk menangani masalah dan mengalami
kemurungan yang teruk. Bagi menangani masalah kemurungan ini, remaja haruslah mendapatkan
bantuan. Sekiranya, remaja merasakan sunyi perlu maklumkan kepada ibubapa dan rakan
sekeliling. Pada masa yang sama, golongan remaja tidak perlu berasa malu untuk kongsikan
masalah dengan orang yang dipercayai. Golongan remaja juga perlu peka dengan simptom-
simptom yang dialaminya dan jagan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor.

6.2 Bagaimanakah Kemurungan ditangani


Kemurungan boleh dirawat walaupun kes yang paling teruk. Jika rawatan dimulakan lebih awal,
keberkesanannya akan menjadi lebih baik. Pilihan pengurusan kemurungan termasuk.

Psikoterapi juga dapat Mengamalkan gaya Ubat-ubatan seperti


membantu individu hidup sihat dengan anti-depresi dapat
untuk berkongsi meditasi dapat mengawal gangguan
masalah menenangkan fikiran kemurungan

19
7.0 KESIMPULAN

Sebagai konklusinya, kebanyakan golongan remaja yang mengalami kemurungan pada peringkat
awal iaitu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Secara keseluruhannya, telah dinyatakan
bahawa kemurungan ialah penyakit yang mempunyai punca dan simptom yang ketara.
Memandangkan setiap orang berbeza, maka simptom yang dialami turut berbeza antara satu sama
lain dan mengikut situasi. Walaubagaimanapun, simptom-simptom ini mempengaruhi kehidupan
seharian golongan remaja dan perlu dirawat. Rawatan bagi kemurungan seperti berjumpa dengan
pakar untuk mendapatkan nasihat akan meringankan beban yang ditanggung. Hal ini demikian
kerana, jika seseorang mempunyai gejala-gejala kemurungan yangs serius perlu mendapatkan
bantuan segera daripada rakan, keluarga ataupun pakar dengan kadar yang segera.

Tambahan pula, semasa pandemik Covid-19 ini pula ramai golongan remaja mengalami
kemurungan kerana hilang punca pendapatan. Golongan remaja perlu menangani masalah ini
dengan mengambil inisiatif agar masalah tidak berlarutan dan haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat. Masyarakat juga perlu memberi bantuan, sokongan dan dorongan agar golongan remaja
boleh mengatasi masalah kemurungan ini dengan pantas. Selain itu, pengetahuan manusia
mengenai kemurungan perlu ditekankan dan diambil perhatian. (Kemal Al Fajar, 2017). Sebagai
menggulung semua pernyataan di atas, kemurungan merupakan satu penyakit yang serius dalam
kalangan remaja kerana ia bercirikan satu tempoh masa yang panjang boleh menganggu fikiran,
tingkah laku serta emosi remaja seperti pelajar. Semua pihak harus menggembleng tenaga untuk
memberi nasihat dan sokongan moral kepada remaja yang mengalami kecelaruan kemurungan
agar dapat menyelesaikannya dengan baik.

20
8.0 RUJUKAN

Affzal Ahmad & Nurul Hazrina Mazlan. 2014. Stress and depression: A comparison study
between men and women inmates in Peninsular Malaysia. International Journal of
Humanities and Sosial Science 4(2): 153-160

American Psychiatri Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders
DSM-5. American Psychiatric Publishing. (5th Ed.) Washington; England

American Psychiatric Association. 2012. DSM-IV and DSM-5 criteria for the personality
disorder. http://www.psi.uba.ar/academica/carrerasdegrado/
psicologia/sitios_catedras/practicas_ profesionales/820_clinica_tr_personalidad_
psicosis/material/dsm.pdf. Retrieved on: 19 November 2016.

American Psichiatric Association. (2013). Personality Disorders. Dipetik


dari:www.psychiatry.org pada 1hb November 2013.

Azizi, Y. & Tan, S., Y, (2007). Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia: Johor
Darul Ta’zim Malaysia.

Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. (2007).Psikologi Abnormal. Skudai, Johor Darul Ta’zim:
Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya & Tan Soo Yin. (2007).Kesihatan Mental. Skudai, Johor Darul Ta’zim: Universiti
Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya,, Jamaludin Ramli,, Noordin Yahaya & Goh Siao Yen (2010) Self- Esteem,
Coping Difficulties, Self-Efficacy, and Illness Simptoms as a Prediction of Supported
Education for Students With Psychiatric Disabilities, Procedia Bahavioral Science,
Elsevier Publication, International Conference on Learner Diversity 2010(C) (2010) 642–
651

Azizi Yahaya ,Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Goh Siao Yen Noordin Yahaya, (2009) The Need
For Supported Education Among Higher Education Students With Psychiatric
Disabilities European Journal of Sosial Science ISSN: 1450-2267ISS

Firdaus Binti Datuk Abdul Ghani (2013). Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia: Memahami masalah mental. www.myhealth.gov.my.

Friedland.B. (1991).Personality Disorders.Philadelphia, N.Y: Chelsea House Publishers.

Ajeng Quamila. (2016). Apa Itu Antisosial Dan Apa Bedanya Dengan Asisoal?. Hello Sihat.
Diambil daripada https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/beda-antisosial-dan-
asosial/

21
Durand. V.M, Barlow. H.D & Hofmann G.S. (2018). Essential of Abnormal Psychology. 8th Ed.
Cengage Learning Asia Pte Ltd. New Tech Park : Singapore

Emir haziq haji Mohamad Lela. (2018). Kecelaruan Personaliti. Hello Doktor. Diambil dari
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/kecelaruan-personaliti/

Firdaus Abdul Gani. (2020). Kecelaruan personaliti: Apa yang perlu kita tahu? Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kecelaruan-personaliti-apa-yang-perlu-kita-
tahu-252794

Friedland, B. (1991). Personality Disorders. Chelsea House Publisher: NY

Habibah Alias dan Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.

Kemal Al Fajar (2017). Gampang Percaya Dengan Hal Berbau Mistis? Mungkin Gejala
Gangguan Skizotipal. Hello Sihat. Diambil daripada
https://hellosehat.com/mental/mental-lainnya/penyebab-gejala-gangguan-skizotipal/

Lenny Tan. (2020). Sosiopat adalah gangguan mental yang berbeda dengan psikopat. Hello
Sihat.
Diambil daripada https://www.sehatq.com/artikel/sosiopat-adalah-gangguan-mental-
yang-berbeda-dengan-psikopat

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States of
America: A Wiley-Interscience Publication

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publicatio

Mayoclinic (2013). Borderline Personality Disorder. Retrieved from 19th November 2013
from http://www.mayoclinic.com/health/borderline-personality-disorder/DS00442
Mayoclinic (2013). Antisosial Personality Disorde; Risk Factor. Retrieved from 19th
November 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/antisosial-
personalitydisorder/DS00829/DSECTION=risk-factor

Nurul Hazrina Mazlan & Affzal Ahmad. 2011. Stress as a cause of depression among Female
prisoner and its effect towards aggressiveness. Paper presented at the 4th International
Conference on Southeast Asia (ICONSEA2011), Faculty of Arts and Sosial Sciences,
University Malaya. 6-7 December.

Millom.T & Davis. R.D. (1996). Disorders of Personality: DSM-IV and Beyond. United States
of America: A Wiley-Interscience Publication.

22

Anda mungkin juga menyukai