Anda di halaman 1dari 10

KESIHATAN MENTAL

Pendahuluan :

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan


mental terutama di dalam serangan Pandemik Covid-19. Selaras dengan
kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental dan
penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari
tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan
penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental
yang lemah.

Dalam laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sebanyak 85.5 peratus


daripada 145,173 panggilan diterima agensi kerajaan sejak 25 Mac 2020 hingga
20 Mei 2021 (sepanjang Pandemik Covid-19 melanda negara) adalah
membabitkan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan
kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan dan tingkah
laku bunuh diri.

Hal ini memberi satu amaran bahawa kesihatan mental bukan pekara biasa
untuk dibiarkan dan memerlukan satu usaha dan gerakan kesedaran bagi
membantu mereka yang terkesan.

Dévora Kestel, Pengarah Jabatan Kesihatan Mental dan Penggunaan Bahan


WHO, menegaskan bahawa Pandemik COVID-19 telah menjadi amaran penting
tentang pentingnya mengintegrasikan kesihatan mental ke dalam pelan
kesiapsiagaan untuk menghadapi keadaan darurat yang melibatkan kesihatan
awam,"
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kesihatan mental adalah satu


keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang
keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja
secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud,
kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan
masyarakat berfungsi secara efektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi
dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan
dan tuntutan hidup.

KESIHATAN MENTAL JUGA MERUJUK KEPADA :


• Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.
• Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya.
• Cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam


membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan
mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu
kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang
baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan
mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu,
sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan
biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu
masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi,
pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat
kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang
mempunyai penyakit mental pula mengalami suatu keadaaan dimana tahap
mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama
ada dari segi sosial atau pun pekerjaan.
2. Isu-isu yang dihadapi dengan kaitan kesihatan mental

Perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup secara asasnya memberi


tekanan terhadap individu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan
oleh Kerajaan Malaysia akibat daripada pandemik yang menyerang seluruh dunia.
Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa, agama dan status
pekerjaan terkesan dengan pandemik ini sehingga menuntut kepada perubahan
mendadak dalam kehidupan dan pergerakan seharian. Justeru, semasa individu
berhadapan dengan krisis dan perubahan yang mendadak dalam hidup, reaksi normal
yang akan ditunjukkan adalah seperti perasaan risau, takut, bimbang, sedih, tertekan,
keliru, geram, malah boleh juga mendatangkan emosi marah (Lai J et al., 2020; Qiu
et al., 2020). Reaksi ini ditunjukkan kerana perubahan yang berlaku dalam hidup
seseorang menuntutnya untuk mengubah rutin seharian yang telah menjadi kebiasaan.
Susulan pandemik ini, berdasarkan kajian yang dijalankan negara luar seperti
China dan Amerika sebanyak 70% menyatakan mereka rasa bimbang dan takut
dengan pandemik yang berlaku. Manakala di Malaysia pula, kajia yang dilakukan
mendapati bahawa penjarakan fizikal telah memaksa individu untuk tinggal di rumah
dalam jangka masa yang lama dan sekiranya suasana di rumah tersebut tidak sihat, ia
akan menyumbang kepada tekanan kepada individu tersebut.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National
Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019 sebelum pandemik lagi,
hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada dalam kalangan kategori
dewasa (2.3 peratus) didapati mengalami simptom tekanan atau depresi. Daripada
jumlah ini, majoriti individu yang terkesan adalah individu dalam golongan B40 (2.7
peratus), diikuti oleh golongan M40 (1.7 peratus) dan T20 (0.5 peratus). Dalam masa
yang sama, didapati sebanyak 424,000 (7.9 peratus) kanak-kanak mengalami masalah
kesihatan mental. Separuh daripada masalah gangguan mental ini bermula seawal
usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya berlaku pada pertengahan usia
20-an.
3. Kepentingan Kesihatan Mental

Setiap tahun pada 10 Oktober, Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut atas
inisiatif Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (World Federation For Mental Health).
Objektif utama sambutan ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan
mental di seluruh dunia dan menggerakkan usaha-usaha untuk menyokong kesihatan
mental. Ia adalah hari yang memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan
yang terlibat dalam isu-isu kesihatan mental untuk membincangkan halatuju kerja
mereka, dan apa yang perlu lebih dilakukan untuk menjadikan penjagaan kesihatan
mental menjadi suatu realiti bagi seluruh umat manusia.
Sehubungan itu, peningkatan kesedaran kesihatan mental telah menyebabkan
lebih banyak sokongan dan bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.
Jika dilihat pada masa kini, tanggapan dan stigma orang ramai mengenai masalah
mental telah memberi kesan negatif kepada mereka yang menghadapinya. Justeru,
perkara ini boleh diperbaiki apabila masyarakat mempunyai keazaman untuk menukar
pandangan negatif mereka kepada impak yang lebih positif. Hal ini boleh dilakukan
apabila masyarakat dididik mengenai kesihatan mental, kesannya kepada individu dan
masyarakat, dan seberapa kerap ianya boleh berlaku. Ini dilihat dapat mengurangkan
kesan buruk yang mereka alami. Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan
fizikal. malahan dalam beberapa keadaan ianya lebih penting kerana kita tidak dapat
menjaga kesihatan fizikal tanpa keupayaan mental yang baik.
Kesihatan mental adalah amat penting terutama kepada kanak-kanak. Hal ini
akan mempengaruhi bagaimana mereka berfikir, bertindak, dan tanggapan tentang
dunia di sekitar mereka. Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah kesihatan mental
yang tidak dibantu, ia dapat mempengaruhi bagaimana anak itu menjalani kehidupan di
sepanjang hayatnya. Kesihatan mental akan mendorong seseorang untuk memilih
sama ada mereka akan menjalani kehidupan yang sihat atau tidak sihat.
4. Tanda-tanda masalah kesihatan mental

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan bahawa 465 kes cubaan
bunuh diri telah diambil pada bulan Januari sehingga Jun 2020. Statistik Befrienders
Kuala Lumpur pula menunjukkan bahawa terdapat peningkatan panggilan telefon yang
diterima oleh rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan dan ingin bunuh diri pada
bulan Julai, Ogos dan September 2020. Hal ini memberi gambaran awal bahawa
semakin ramai yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental.

Tanda-tanda Masalah kesihatan mental terjejas :


• Hilang minat terhadap aktiviti harian.
• Hilang tumpuan terhadap pekerjaan.
• Masalah atau gangguan tidur.
• Perubahan selera makan.
• Penurunan atau peningkatan berat badan.
• Mudah letih.
• Rasa bersalah yang keterlaluan.
• Putus harapan.
• Rasa rendah diri yang keterlaluan
• Cepat merasa marah
5. Kesihatan mental vs penyakit mental

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera dimana seseorang


individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik
dan dapat melakukan aktiviti harian. Dengan itu, kesihatan mental adalah ekspresi
emosi dan melambangkan keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan
tuntutan dalam kehidupan.
Kesihatan mental juga merujuk kepada tahap kesihatan minda seseorang dan
terdapat alat ujian khas untuk mengenal pasti seseorang itu berminda sihat atau tidak,
ujian tersebut ialah ujian DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale), terdapat tahap
skala minda yang akan dikira hasil dari ujian tersebut. Klien atau individu akan
menjawab beberapa soalan yang khusus berkaitan dengan status minda mereka dalam
tempoh seminggu yang telah mereka lalui, dengan itu skala ujian ini akan menunjukkan
tahap kesihatan mental mereka, namun ujian ini bukan penentu bahawa mereka
mempunyai sakit mental seandainya skala ujian mereka tinggi, kerana ia hanya ujian
untuk kesihatan mental dan bukan untuk penyakit mental.
Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak
yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah
laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian
dengan baik.
Penyakit mental terdiri dari berbagai kategori penyakit, secara umumnya
terbahagi kepada tiga iatu, neurosis (kemurungan dan kebimbangan), psikosis
(Schizophrenia dan kecelaruan manic-depresif) dan kecelaruan personaliti.
Penyakit mental ini diukur sekurang-kurangnya dua minggu dalam keadaan individu itu
tidak baik dan disertai beberapa simptoms iaitu 3 hingga 4 simptom, sebagai contoh
kemurungan, murung adalah istilah penyakit apabila kesedihan berlanjutan dan hilang
perasaan seronok selama 2 minggu disertai symptoms lain seperti kurang tidur atau
sukar tidur, tiada tenaga, perasaan bersalah yang berterusan, tidak dapat fokus apabila
melakukan sesuatu, rasa ingin bunuh diri dan gangguan halusinasi, dan hanya doktor
pakar dalam bidang psikitri sahaja yang boleh mengesahkan seseorang itu menghidap
atau mengalami penyakit mental.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya penyakit mental, iaitu
faktor genetik/keturunan, gangguan bahan kimia dalam otak, jangkitan virus, sejarah
hidup yang getir dan keadaan sosio-ekonomi yang rendah. Penyakit ini boleh dirawat
dengan kecanggihan perubatan moden.
6. Cara meningkatkan kesihatan mental

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesihatan mental ialah


mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan seimbang, minum lapan
gelas air dalam sehari, tidak menghisap rokok dan mengambil dadah serta bersenam
tiga kali seminggu. Dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat, kesihatan mental
dan fizikal lebih terjamin. Selain itu, bergaul dengan rakan-rakan dan juga komuniti
yang boleh membawa manfaat serta mampu memberi sokongan emosi. Dengan
adanya seorang rakan yang boleh dipercayai, kita dapat meluahkan perasaan yang
lama pendam serta mendapatkan sokongan emosi daripada rakan agar emosi negatif
dapat dikeluarkan dari tubuh badan kita. Seterusnya, lepaskan tekanan anda dengan
melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain permainan video, mendengar muzik,
menari, melayari internet dan sebagainya. Tetapkan matlamat anda agar anda tidak
tersasar dari lembah kehidupan. Dengan adanya matlamat, kita lebih fokus dengan
perancangan hidup yang dilakukan serta berazam untuk mencapai cita-cita yang
diidamkan. Bantuan pakar seperti kaunseling juga boleh diminta sekiranya anda tidak
mampu untuk menghadapi masalah kesihatan mental.

Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dipelajari oleh anda bagaimana


menangani kesihatan mental. Kemahiran tersebut adalah:
1. Kemahiran mengendali / mengawal kemarahan dan penyelesaian konflik
2. Kemahiran berfikiran positif
3. Kemahiran pengurusan masa
4. Kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan
5. Kemahiran teknik relaksasi
6. Kemahiran tegas diri / asertif
7. Membantu rakan sekerja yang menghadapi masalah kesihatan mental

Jika kita menyedari rakan atau orang di sekeliling kita mengalami tanda-tanda
kesihatan mental mereka terjejas, maka kita perlu melakukan sesuatu supaya mereka
ini tidak terus mengalami tekanan yang teruk terhadap kesihatan mental mereka.

Dengar
Perkara pertama dan paling penting adalah dengan memulakan perbualan dan
bertanya kepada mereka apa yang sedang berlaku. Jangan menganggap anda tahu
apa masalahnya. Sebaliknya, minta mereka untuk berkongsi apa yang berlaku. Dalam
keadaan yang sesuai seperti tempat dan masa, kita boleh lakukan perkara berikut:

● Biarkan mereka tahu kita peduli.


● Tanya jika mereka menghadapi masalah.
● Dengar apa yang mereka katakan.
● Tawaran simpati, keyakinan, dan kebaikan.
● Beritahu mereka bahawa kita berada di pihak mereka.
● Tanya kepada mereka bagaimana kita boleh membantu.

Sekiranya rakan atau orang tersebut tidak mahu berkongsi masalah mereka,
hormati mereka, tetapi kita perlu terus berhubung/berinteraksi dengannya.
Sebenarnya, pesanan teks dan media sosial boleh menjadi alat yang baik untuk terus
berhubung dengan seseorang yang tidak suka berkongsi atau tidak bercakap dengan
orang lain.

Apabila seseorang berkongsi masalah dengan kita, tindak balas yang paling
penting adalah kasih sayang dan memahami. Ingat, kita tidak perlu menyelesaikan
masalah mereka atau seperti tahu semua jawapan terhadap masalah mereka. Dan
apabila kita mendengar masalah mereka, jangan pula kita memberi reaksi marah atau
emosi terhadap luahan mereka seperti ingin bunuh diri, tidak mampu berfikir waras.
Jangan memperlekehkan keadaan mereka dengan mengatakan bahawa orang lain
lebih teruk keadaan daripada mereka, ini hanya masalah yang kecil, mereka patut
biarkan masalah ini pergi dan lain-lain yang menunjukkan bahawa anda beranggapan
mereka sengaja membiarkan masalah tersebut.
Strategi lain untuk mengajak orang ini untuk bersama-sama dalam aktiviti harian
kita atau bertanya sama ada kita boleh menyertai aktiviti mereka. Secara tidak langsung
dengan kehadiran kita ini akan menyedarkan mereka bahawa kita peduli dan mereka
tidak bersendirian.
Jika keadaan semakin kritikal, pastikan rakan mendapatkan rawatan dan juga
bantuan daripada pakar. Jangan biarkan mereka kerana mereka memerlukan bantuan
8. Memahami krisis dalam kehidupan dan menghubungkaitkan dengan
kesihatan mental

Hari ini, ketika dunia sedang memberikan perhatian sepenuhnya kepada


perlindungan kesihatan fizikal, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memberi
amaran wabak COVID-19 boleh menyebabkan masalah kesihatan mental kepada
sebilangan besar penduduk dunia.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bukan mudah untuk setiap
orang menyesuaikan diri dengan norma baharu. Pelajar dengan tekanan tidak boleh
belajar seperti biasa, pembelajaran online. Pendidik dengan cabaran mencari
penyelesaian kaedah pengajaran berkesan, ibu bapa berhadapan tekanan
menyediakan kelengkapan pembelajaran, pendapatan, dan mengurus anak-anak akibat
bekerja dari rumah, manakala ramai pekerja tidak menerima gaji dan kehilangan
sumber pendapatan.

Secara tidak langsung, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah
laku jika tidak diurus dengan baik.

Setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga
menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.

Mungkin kita boleh menggunakan konsep IDEAL iaitu

I- (Identify) Mengenalpasti masalah

D• (Describe) Perjelaskan beberapa pilihan cara penyelesaian

E • (Evaluate) Penilaian kebaikan dan keburukan pilihan pilihan tersebut

A• (Act) Bertindak atas pilihan yang telah dibuat

L • (Learn) Semak semula keberkesanan tindakan yang telah diambil dan berikan pujian
di atas usaha anda dan mereka yang terlibat
Penutup

Dialog yang masih terngiang-ngiang di kepala saya adalah yang popular pernah
diungkapkan oleh watak ibu lakonan Allahyarhamah Seniwati Neng Yatimah yang
berbunyi, “Batu belah batu bertangkup, tangkuplah aku, telanlah aku. Aku kempunan
telur tembakul..”.

Jika dilihat disini, mesti ramai yang beranggapan bahawa alah telor tembakul sahaja
sampai sanggup membunuh diri. Sebenarnya jika dilihat dari sudut lain, ibu ini
berhadapan dengan masalah kemurungan atau tekanan perasaan apabila perlu
membesarkan anak-anak seorang diri apabila kematian suami.

Mereka dalam keadaan serba kekurangan ditambah pula perangai anak bongsunya
yang agak degil dan sering memberontak.Perbuatan mengorbankan dirinya kepada
batu itu bukanlah semata-mata kerana kempunan ikan tembakul, tetapi adalah kerana
hilang pertimbangan akibat bebanan tekanan yang telah terkumpul sekian lama.

Walaupun ini hanyalah sekadar kisah dongeng, tetapi ia sedikit sebanyak menunjukkan
bagaimana masalah kemurungan telah ada sejak dahulu lagi.

Dan pemikiran kita masih lagi beranggapan bahawa kesihatan mental ini hanya pekara
kecil dan tidak memberi impak yang besar kepada hidup orang lain.

Saya suka memetik kata-kata Aristotle “Tika saat paling gelap, kita mesti fokus untuk
melihat cahaya”. Pentingnya penjagaan kesihatan mental ini diberi kesedaran kerana
keadaan ini semakin memburuk ditambah dengan pandemik yang melanda

Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya
kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental
yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang
memerlukan intervensi dan rawatan.

Anda mungkin juga menyukai