Anda di halaman 1dari 11

ABSTRAK

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN TEKNOLOGI GURU BESAR,


KESEDIAAN ICT GURU DAN IMPLEMENTASI ICT DI SEKOLAH

Anis Salwa binti Abdullah


Ahmad Jelani Shaari
Bidang Pengajian Pendidikan
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok Kedah
Tel: (04) 9284435
Fax:(04)9285750
jelani@uum.edu.my

Kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi meninjau hubungan kepemimpinan teknologi guru besar dan
kesediaan para guru menggunakan ICT dan keberkesanan implementasi ICT di sekolah-sekolah
Daerah Kota Bharu daripada perspektif guru-guru. Instrumen kajian telah di terjemahan semula dan
adaptasi daripada Principal Technology Leadership Assessment (PTLA), ICT Usage Survey (ICTUS)
dan Integrating Technology in Schools Program Survey (ITSP Survey). Seramai 360 responden yang
mewakili guru-guru di seluruh sekolah dalam Daerah Kota Bharu dipilih sebagai sampel kajian.
Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan
analisis korelasi Pearson. Kajian mendapati walaupun kepemimpinan teknologi guru besar berada
pada tahap sederhana dan kesediaan ICT guru pada tahap yang tinggi, implementasi ICT di sekolah
masih berada pada tahap yang rendah. Ujian korelasi menunjukkan kepemimpinan teknologi guru
besar mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan implementasi ICT sekolah manakala
hubungan antara kesediaan ICT guru dengan implementasi ICT sekolah adalah lemah. Ini
menunjukkan bahawa kepemimpinan teknologi guru besar menjadi salah satu penentu tahap kejayaan
implementasi ICT di sekolah.

1
Pendahuluan

Cabaran utama menjadi seorang pemimpin dalam dunia berteknologi masa kini bukan hanya
memberi sokongan dalam semua aspek kepada kakitangan bawahannya, malahan strategi
meningkatkan penggunaan ICT di sekolah adalah bergantung kepada kemampuan guru besar dan
guru-guru untuk mengurus dan mentadbirkannya.
Pelbagai isu kritikal dalam pendidikan telah dikenalpasti dan dilaporkan termasuk isu
kepemimpinan sekolah yang merangkumi pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran
(instructional leadership) dan pemimpin teknologi (technology leader).
Lebih mengecewakan, analisis yang telah dijalankan pada tahun 2005 terhadap sekolah-
sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan ICT di sekolah mendapati bahawa peruntukan kemudahan
infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan koordinasi yang diselaraskan serta tidak
diuruskan dan digunakan dengan baik oleh beberapa sekolah (Utusan Malaysia Online, 2008).
Selain itu, implementasi dan integrasi ICT dalam pendidikan telah menjana pelbagai bentuk
evolusi dalam pelaksanaan kurikulum dan sukatan pelajaran. Namun, keadaan ini adalah sebenarnya
bergantung kepada gaya kepemimpinan dan cara pentadbiran sesebuah sekolah menerimapakai dan
menggunakan semua fasiliti tersebut seiring dengan kehebatan kepemimpinan pentadbirnya dan juga
kecemerlangan para gurunya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan teknologi bagi
menjayakan aspirasi pendidikan negara.

Soalan Kajian

i. Apakah tahap kepemimpinan teknologi guru besar di sekolah?


ii. Apakah tahap kesediaan guru untuk mengimplementasi ICT di sekolah?
iii. Apakah tahap implementasi ICT sekolah?
iv. Adakah terdapat hubungan antara kepemimpinan teknologi guru besar dengan
implementasi ICT sekolah?
v. Adakah terdapat hubungan antara kesediaan guru dan implementasi ICT di sekolah?

Tinjauan Literatur

Laporan Penyelidikan Ofsted (2008) dalam Achieving Excellence Through Visionary


Leadership And The Creative Application Of ICT: An Innovative School Case Study (2008)
menegaskan bahawa ICT mempengaruhi semua aspek kejayaan sesebuah sekolah, dan salah satu
daripada tiga faktor yang utama ialah kepemimpinan inspirasional guru besar. Kajian kes oleh IAB
juga menunjukkan pengaruh dan kesungguhan pemimpin menggalakkan penggunaan ICT di kalangan
staf dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah.

2
Oleh yang demikian, pemimpin sekolah mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk
menyediakan proses bagi implementasi tersebut. Visi dan pemahaman pemimpin sekolah terhadap
peranan dan kesan ICT dalam kurikulum, matlamat dan objektifnya terhadap integrasi ICT adalah
amat penting dalam membangunkan satu strategi ataupun pendekatan bagi menjayakan implementasi
ICT di sekolah (Yuen, Law & Wong, 2003).
Tambahan pula, pelaksanaan dan implementasi ICT dalam konteks pendidikan yang luas
memerlukan guru besar sebagai pemimpin di sekolah untuk berperanan menguruskan kurikulum
sekolah yang khususnya bertujuan untuk memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Kepemimpinan Teknologi
Pelbagai kajian teknologi pengajaran telah diusahakan tidak memberi fokus terhadap
kepemimpinan dalam teknologi pengajaran, apatah lagi kepemimpinan moral pengetua dalam
teknologi pengajaran (Kiu & Zaidatol Akmaliah, 2004). Maka, berkesinambungan daripada
kepemimpinan pendidikan yang telah sedia diamalkan sekian lama, suatu gaya kepemimpinan terkini
iaitu kepemimpinan teknologi boleh dianggapkan sebagai pelengkap bagi memastikan kejayaan dan
kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah khususnya. Kepemimpinan teknologi ini dipengaruhi
dengan kuat oleh faktor-faktor asas seperti jenis sekolah dan juga faktor-faktor infrastruktur seperti
peruntukan kewangan bagi teknologi, hubungannya dengan kepemimpinan teknologi dan juga hasil
daripada integrasi dan implementasi teknologi di sekolah (Anderson & Dexter, 2000). Flanagan dan
Jacobsen (2003) yang mengkaji isu-isu semasa yang berkaitan dengan integrasi teknologi mendapati
matlamat kepemimpinan, ketrampilan dan tanggungjawab amat diperlukan bagi mencapai hala tuju
masa depan ICT yang telah dirancangkan.
Anderson dan Dexter (2005) menjelaskan hubungan antara kepemimpinan teknologi di
sekolah dengan tiga penunjuk teknologi iaitu:
i. Penggunaan rangkaian: penggunaan emel dan juga laman web oleh guru dan pelajar
ii. Integrasi teknologi: bilangan guru yang mengintegrasikan teknologi ke dalam
pelbagai aktiviti pengajaran
iii. Penggunaan alatan: tahap pelajar menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran

Menurut Alimuddin Mohd. Dom (2006), untuk membawa perubahan dalam organisasi,
pemimpin sekolah (guru besar) perlulah mempunyai asas kepemimpinan yang baik. Schiller (2003)
dalam kajiannya menerangkan bahawa tanpa sokongan daripada pihak pentadbir sekolah, guru besar
atau pengetua khasnya, potensi pendidikan dalam bidang ICT mungkin tidak dapat direalisasikan.

3
Kesediaan Guru
Menurut Perkins (1992) tiga ciri guru bestari ialah bermaklumat dan kemas kini
(informed), bertenaga dan positif (energetic): dan penyayang dan berfikir (thoughtful). Albion
(1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap
penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya
meningkatkan efikasi guru.
Mengikut Chapnik, (2000) konsep kesediaan guru mengimplemenkan ICT boleh
dikategorikan sebagaimana berikut: a) kesediaan psikologikal, b) kesediaan sosiologikal,
c) kesediaan persekitaran, d) kesediaan modal insan, e) kesediaan kewangan, f) kesediaan kemahiran
teknologi, g) kesediaan peralatan dan h) kesediaan sukatan pelajaran. Hoseanto, et al. (2008)
mendapati bahawa kebanyakan guru kini sedar akan penggunaan ICT dalam P&P yang banyak
membantu memudahkan dan memberikan kesan positif kepada pelajar, namun masih ada guru yang
menghadapi masalah dalam menyediakan peralatan dan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran. Kajian
ini juga mendapati kekangan utama guru untuk menggunakan ICT ialah kekurangan akses atau
capaian kepada ICT itu sendiri dan masa untuk menyediakan bahan P&P berasaskan ICT.
Mengukuhkan hujah Hoseanto, dapatan kajian Okafor (2008) mendapati bahawa hampir 98
peratus guru sekolah rendah adalah tidak celik komputer dan tidak mahir dalam ICT, seterusnya tidak
boleh mengajar konsep-konsep utama dalam sesuatu mata pelajaran menggunakan peralatan ICT.

Implementasi ICT di Sekolah


Implementasi ICT akan berjaya sekiranya penggunaan ICT telah menjadi sebahagian besar
daripada cara bekerja. Banyak aspek yang dilaksanakan di sekolah sekarang melibatkan penggunaan
ICT, seperti pengurusan guru dan pelajar, dokumen, bahan dan sumber pengajaran, penyampaian
pengajaran, komunikasi, pengagihan dan penyimpanan dokumen, analisis maklumat penilaian serta
penghasilan dan pengeditan laporan.
Secara umumnya, objektif pelaksanaan ICT di sekolah adalah bagi membolehkan pelajar
membangunkan kebolehan ICT dalam mencari, memilih dan menggunakan maklumat, menggunakan
ICT sebagai media komunikasi yang efektif dan sesuai, mengawasi dan mengawal situasi sama ada
dalam bentuk realiti ataupun imaginasi, menggunakan pengetahuan dan kemahiran ICT untuk
pembelajaran dalam bidang lain serta meneroka sikap pelajar terhadap ICT serta nilainya terhadap diri
dan juga masyarakat umumnya (Crick Primary School ICT Policy, 2007).
Walau bagaimanapun, Sisco (2008) dalam kajiannya menyebut bahawa tahap integrasi dan
implementasi ICT berasaskan gabungan skor terhadap pengajaran dan pembelajaran, persiapan dan
pembangunan kakitangan pendidikan, pentadbiran dan khidmat sokongan serta infrastruktur teknologi
berada pada tahap sederhana. Schiller (2003) juga mendapati bahawa ramai pentadbir sekolah di
Australia menyedari peranan mereka yang kritikal untuk menyediakan dan mengimplemenkan ICT di
sekolah bagi meningkatkan dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran serta proses

4
pentadbiran. Kepemimpinan guru besar dan penyelaras ICT serta kesungguhan dan komitmen para
guru khususnya, merupakan elemen yang amat penting dalam menjayakan program ICT sekolah
(Heaney, 2004).

Kesediaan Guru dan ICT


Jones (2002) menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran,
keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar
ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Moersch (2001), bahawa penggunaan ICT
dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali
peralatan ICT.
Selain itu, faktor-faktor peribadi dan tingkah laku seperti sikap, kemudahan penggunaannya,
keberkesanannya yang jelas, efikasi kendiri dan juga keupayaan komputer juga menjadi penentu
kesediaan guru. Selain itu juga, faktor persekitaran seperti standard yang subjektif dan perkaitan
dengan bidang tugas juga mungkin menyumbang ataupun menghalang prestasi guru dalam
penggunaan peralatan ICT (Naresh, Raduan & Jeffrey, 2008).
Namun begitu, mengikut Tella, et al. (2007), kajiannya mendapati terdapat faktor-faktor yang
menghalang kesediaan dan keyakinan guru menggunakan ICT. Kajian Kellenberger & Hendricks
(2008) juga mendapati bahawa keyakinan dan kesediaan diri seorang guru adalah paling penting bagi
menjayakan implementasi ICT sekolah. Kajian ini juga telah mengenalpasti bahawa penggunaan
komputer untuk keperluan peribadi adalah merupakan penjangka yang amat penting bagi penggunaan
peribadi guru dan penjangka yang signifikan untuk tujuan pengajaran, manakala penggunaan
komputer untuk meningkatkan kemahiran murid yang merupakan penjangka yang signifikan bagi
kedua-dua penggunaan pengajaran dan pembelajaran murid.

METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan bagi mengenal pasti tahap kepemimpinan teknologi
guru besar, tahap kesediaan guru-guru mengimplementasi ICT serta tahap implementasi ICT di
sekolah. Di samping itu, ia juga cuba mengenalpasti hubungan antara kepemimpinan teknologi guru
besar dan kesediaan guru dengan implementasi ICT di sekolah.
Kajian ini melibatkan tiga pembolehubah iaitu kepemimpinan teknologi guru besar, kesediaan
guru dan implementasi ICT di sekolah.

Populasi dan Sampel Kajian


Sampel kajian ini ialah seramai 384 orang yang mewakili 3997 orang guru-guru penolong dalam
Daerah Kota Bharu. Kaedah persampelan berlapis, kelompok dan juga rawak mudah digunakan untuk
mendapatkan perwakilan sub-kategori yang ditetapkan.

5
Instrumen
Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang adaptasi daripada soal selidik Principal
Technology Leadership Assessment (PTLA) daripada UCEA Center for the Advanced Study of
Technology Leadership in Education (CASTLE) (2005), ICT Usage Survey (ICTUS) (Gulbahar dan
Guven, 2008) dan juga Integrating Technology in Schools Program Survey (ITSP Survey) (Cenzon,
2008). Kajian rintis mendapati tahap kesahan dan kebolehpercayaan untuk ketiga-tiga faktor adalah
antara 0.91 – 0.98 manakala kajian sebenar antara 0.75 – 0.97.

Pengumpulan Data
Sejumlah 384 set borang kaji selidik diedarkan kepada 32 orang guru di setiap 12 buah sekolah yang
dipilih.

Analisis Data
Secara ringkasnya, data kajian dianalisis seperti berikut:

Jadual 1
Kaedah Analisis Berdasarkan Soalan Kajian

Soalan Kajian Analisis/Ujian


S1 – S3 Statistik deskriptif
S4 – S6 Ujian-t dan ANOVA
S7 – S8 Korelasi

DAPATAN KAJIAN

Analisis Statistik Deskriptif Pembolehubah Kajian


Berdasarkan hasil, tahap kepemimpinan teknologi guru besar berada pada tahap sederhana,
iaitu dengan nilai min=3.39 (SP=.680). Ini menunjukkan bahawa para guru besar perlu mengambil
inisiatif bagi meningkatkan tahap kepemimpinan teknologi bagi menjayakan misi dan visi khususnya
untuk memastikan kejayaan implementasi ICT di sekolah.
Manakala analisis mendapati bahawa guru-guru berada dalam keadaan tahap kesediaan yang
tinggi dengan nilai min 3.44 (SP=.291). Keadaan ini membayangkan bahawa berbanding dapatan
kajian terdahulu, telah terdapat peningkatan dan penambahbaikan daripada aspek ketrampilan dan
kesediaan guru menggunakan ICT.
Walau bagaimanapun, tahap implementasi ICT sekolah daripada perspektif guru-guru masih
berada pada tahap yang rendah, iaitu min=2.57 (SP=.341), yang menunjukkan bahawa amalan dan
praktikal terhadap ICT yang dilaksanakan di sekolah masih belum mencukupi bagi mengintegrasikan

6
dan mengimplementasikan ICT secara sepenuhnya di sekolah sama ada dari segi pentadbiran
mahupun pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2
Min dan Sisihan Piawai Kepemimpinan Teknologi, Kesediaan ICT Guru dan Implementasi ICT
Sekolah

Skala Min Sisihan Piawai Tahap


Kepemimpinan Teknologi Guru Besar 3.39 .680 Sederhana
Kesediaan ICT Guru 3.55 .318 Tinggi
Implementasi ICT Sekolah 2.57 .341 Rendah

Kepemimpinan Teknologi Guru Besar


Secara umumnya, kesemua enam dimensi dalam skala kepemimpinan teknologi ini berada
dalam julat min 3.22 hingga 3.61.

Jadual 3
Min dan Sisihan Piawai Kepemimpinan Teknologi

Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap


Kepemimpinan dan visi 3.53 .785 Tinggi
Pengajaran dan pembelajaran 3.61 .726 Tinggi
Produktiviti dan amalan profesional 3.46 .760 Tinggi
Sokongan, pengurusan dan operasi 3.26 .809 Sederhana
Pengujian dan penilaian 3.25 .748 Sederhana
Isu sosial, undang-undang dan etika 3.22 .899 Sederhana
Skor Keseluruhan 3.39 .680 Sederhana

Daripada kesemua dimensi dalam pembolehubah kepemimpinan teknologi guru besar ini,
dimensi pengajaran dan pembelajaran dilihat menjadi keutamaan guru besar dalam mentadbir ICT di
sekolah dengan skor min yang paling tinggi. Sesuai dengan matlamat utama institusi pendidikan,
aspek pengajaran dan pembelajaran seharusnya dititikberatkan dan kesungguhan guru besar
mempraktikkan amalan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran amat bertepatan dan selaras dengan
kehendak dan keperluan semasa. Guru besar juga dilihat serius dalam aspek kepemimpinan dan
penentuan visi dan misi sekolah serta keberhasilan produktiviti dan peningkatan mahupun
penambahbaikan amalan profesional kakitangannya.
Namun begitu, guru besar kurang memberi tumpuan terhadap aspek sokongan, pengurusan
dan operasi, pengujian dan penilaian serta isu sosial, undang-undang dan etika dalam melaksanakan
kepemimpinan teknologi di sekolah. Bidang-bidang berkenaan tetap penting bagi memastikan
kejayaan kepemimpinan teknologi guru besar, maka seharusnya aspek tersebut dititikberatkan dan
diberi perhatian yang sama rata.

7
Kesediaan ICT Guru
Secara umumnya, kesemua dimensi dalam pembolehubah kesediaan ICT guru berada dalam
julat min 3.01 hingga 3.91 berbanding dengan skor min keseluruhan 3.44.

Jadual 4
Min dan Sisihan Piawai Kesediaan ICT Guru

Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap


Kemahiran kendiri 3.22 .626 Sederhana
Kecenderungan terhadap pembangunan kerjaya 3.91 .580 Tinggi
Faktor-faktor menggalak penggunaan teknologi 3.85 .549 Tinggi
Persepsi 3.67 .436 Tinggi
Kekangan 3.07 .621 Sederhana
Skor Keseluruhan 3.55 .318 Tinggi

Implementasi ICT Sekolah


Keseluruhan dimensi dalam skala implementasi ICT sekolah pula berada dalam julat min 1.30
hingga 3.34 berbanding dengan skor min keseluruhan 2.57.

Jadual 5
Min dan Sisihan Piawai Implementasi ICT Sekolah

Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap


Alatan teknologi 1.30 .283 Sangat Rendah
Strategi pengajaran berbantukan teknologi 3.06 .652 Sederhana
Sokongan (kesediaan dan kualiti) 3.34 .634 Sederhana
Skor Keseluruhan 2.57 .341 Rendah

Hubungan Antara Kepemimpinan Teknologi Guru Besar Dengan Implementasi ICT Sekolah
Ujian korelasi dijalankan bagi menentukan hubungan antara tiga pembolehubah kajian iaitu
kepemimpinan teknologi guru besar, kesediaan ICT guru dan implementasi ICT sekolah. Berdasarkan
analisis kajian ini, didapati bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara
kepemimpinan teknologi guru besar dan implementasi ICT sekolah dengan r=.457, p<.05. Ini
menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana antara kepemimpinan teknologi guru
besar dengan kejayaan implementasi ICT di sekolah. Ini bermakna peranan kepimpinan guru besar
adalah penting dalam menentukan kejayaan implementasi ICT dalam urusan pentadbiran serta
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

8
Jadual 6
Analisis Korelasi Hubungan Kepemimpinan Teknologi Guru Besar Dengan Implementasi ICT
Sekolah

Kepemimpinan Teknologi Implementasi ICT Sekolah


Korelasi Pearson .457**
Signifikan (2-ekor) .000
N 360
** Korelasi adalah signifikan pada tahap p<.01

Hubungan Antara Kesediaan Guru Dengan Implementasi ICT di Sekolah


Dapatan korelasi menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara kesediaan
ICT guru dan implementasi ICT di sekolah, iaitu r=.179, p<.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang lemah antara tahap kesediaan ICT guru dan implementasi ICT di sekolah. Walaupun
tahap implementasi ICT sekolah dipengaruhi oleh kesediaan guru menggunakan ICT, hubungan ini
adalah lemah. Hal ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya pelbagai faktor lain yang turut
mempengaruhi implementasi ICT.

Jadual 7
Analisis Korelasi Hubungan Kesediaan ICT Guru Dengan Implementasi ICT Sekolah

Kesediaan ICT Guru Implementasi ICT Sekolah


Korelasi Pearson .179**
Signifikan (2-ekor) .001
N 360
**Korelasi adalah signifikan pada tahap p<.01

Rumusan

Secara keseluruhannya, analisis kajian ini mendapati bahawa tahap kepemimpinan teknologi guru
besar secara keseluruhan adalah sederhana, dengan min 3.39 (SP=.680). Walau bagaimanapun, tahap
kesediaan guru pula berada pada tahap tinggi, dengan min 3.55 (SP=.318), manakala tahap
implementasi ICTdi sekolah adalah rendah, dengan min 2.57 (SP=.341). Kajian juga mendapati
hubungan yang sederhana antara kepemimpinan teknologi guru besar dengan kejayaan implementasi
ICT di sekolah. Walau bagaimana pun hubungan antara tahap kesediaan ICT guru dan implementasi
ICT di sekolah adalah lemah. Ini mengesahkan bahawa semakin tinggi tahap kepemimpinan teknologi
dan kesediaan ICT guru, maka tahap kejayaan implementasi ICT sekolah juga semakin meningkat.

9
Hubungan yang signifikan ini membuktikan bahawa kepemimpinan teknologi dan kesediaan ICT guru
mempengaruhi implementasi ICT di sekolah.

BIBLIOGRAFI

Achieving Excellence Through Visionary Leadership And The Creative Application


Of ICT: An Innovative School Case Study (2008). USA: Microsoft Corporation.

Alimuddin Mohd Dom. (2006). Membina Sekolah Cemerlang: Peranan Pengetua dan
Guru Besar Bagi Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah. Jemaah Nazir Sekolah:
Kementerian Pelajaran Malaysia

Anderson, R. E. & Dexter, S. L. (2005). School Technology Leadership: An


Empirical Investigation of Prevalence and Effect. Educational Administration Quarterly,
41(1). 49-82.

Anderson, R. E. & Dexter, S. L. (2000). School Technology Leadership: Incidence and Impact.
Center for Research on Information Technology and Organizations University of California,
Irvine & University of Minnesota. Dicapai pada 28 Oktober 2008, daripada
http://www.crito.uci.edu/ tlc/findings/report_6/startpage.html

Barak, M. (2006). Instructional Principles For Fostering Learning With ICT: Teachers' Perspectives
As Learners And Instructors. Education and Information Technologies. 11(2), 14.

Flanagan, L., & dan Jacobsen, M. (2003). Technology Leadership for the Twenty-
First Century Principal. Journal of Education Administration. 41(2). 124-142.

Heaney, L. (2004). Leading Professional Development: A Case Study. The


International Journal of Education Management. 18 (1), 37-48.

Hoseanto, O., Tobing, R. L. & Widiatmika, M. A. (2008). Teachers’ Readiness For


Teaching With ICT. Sampoerna Foundation Teacher Institute. Dicapai pada 28 Oktober 2008,
daripada http://www.puslitjaknov.depdiknas.go.id
/data/file/2008/makalah_poster_session_pdf/ObertHoseanto_teachers%20readiness%20for
%20teaching%20with%20ICT.pdf

IAB (2008). Kerangka Teori Bagi Mengimplementasi Perubahan ICT Dalam


Pendidikan: Kajian Kes.

Kad Laporan Kedua - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.
(2007). Dicapai pada 8 September 2008, daripada http://apps2.emoe.gov.my/ tayang.php?
laman=penyelidikan&unit=utama&info=8&bhs=my&mod=baca.

Kellenberger, D. W., & Hendricks, S. (2008). Predicting Teachers’ Computer Use for
Own Needs, Teaching, and Student Learning. Canada: University of Windsor.

Laporan Sekolah Bestari (2006). Dicapai pada 8 September 2008, daripada http://www.scribd.
com/doc/ 2180417/EseiTK3-DG44

Okafor, N. (2008). Towards Enhancing Information And Communication


Technology (ICT) Compliance Of The Primary School Teachers For Efffective Teaching.
MSTA Journal. 35-39.

10
Perkins, D. (1992). Smart Schools. New York: The Free Press. Chapter 3: Teaching
and Learning (pp. 43-72). Dicapai pada 29 Oktober 2008, daripada
http://www.gse.harvard.edu/faculty_research/profiles/cv/david_perkins.pdf
Rancangan Malaysia Ke-9 2006-2010. (2008). Dicapai pada 8 September 2008,
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/ html/bahasa.htm

Schiller, J. (2003). Working With ICT. Journal of Education Administration. 41(2).


171-185.

Shiung, T. K., & Ling, W. Y. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT: Seminar Pendidikan 2005.
Dicapai pada 8 September 2008, daripada http://eprints.utm.my/ 6587/

Sisco, H. T. (2008), A Correlation of Technology Implementation and Middle School


Academic Achievement in Tennessee’s Middle Schools. East Tennessee State University.

So, T., & Swatman, P. M. C. (2006). e-Learning Readiness of Hong Kong Teachers:
University of South Australia. Dicapai pada 28 Oktober 2008, daripada
http://www.collecter.org/archives/2006_June/22.pdf

Tella, A., Tella, A., Toyobo, O. M., Adika, L. O., & Adeyinka, A. A. (2007). An Assessment of
Secondary School Teachers Uses of ICTs: Implications for Further Development of ICT's Use
in Nigerian Secondary Schools. The Turkish Online Journal of Educational Technology. 6(3),
12.

Kiu, T. L., & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2004). Persepsi Guru Terhadap
Kepemimpinan Pengetua: Implikasi Dalam Pengurusan Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi
(UTM). 41(E), 11-32.

Utusan Malaysia. (2008). Kepimpinan Sekolah Jadi Kunci Kejayaan. Dicapai pada
8 September 2008, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp ?
y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia.html

Yuen, A. H. K., Law, N., & Wong, K. C. (2003). ICT Implementation and School
Leadership: Case Studies of ICT Integration in Teaching and Learning. Journal of Education
Administration. 41(2). 158-17.

11

Anda mungkin juga menyukai