Anda di halaman 1dari 3

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepimpinan teknologi pengetua dan tahap
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau ICT guru di sebuah
Sekolah Bestari. Seterusnya kajian ini juga mengenal pasti sama ada terdapat
perhubungan di antara kepimpinan teknologi pengetua dengan tahap aplikasi TMK
guru serta mengenal pasti dimensi kepimpinan teknologi yang paling mempengaruhi
tahap aplikasi TMK guru di sekolah kajian. Kajian kes ini menggunakan reka bentuk
bukan eksperimental melalui soal selidik kertas pensil. Sampel kajian dipilih
menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah, 54 orang responden terlibat dalam
kajian. Kepimpinan teknologi pengetua diukur menggunakan mengikut piawaian
National Educational Technology Standarad for Administration (NETS-A) iaitu
Teknologi Untuk Pentadbir (Technology Leadership Standards for School
Administrators-TLSSA). Tahap aplikasi TMK guru pula mengikut piawaian National
Educational Technology Standarad for Teacher (NETS-T), masing-masing
berdasarkan enam dimensi yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Teknologi
Dalam Pendidikan (International Society For Technology In Education -ISTE). Data
dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS. 16.0 . Dua kaedah statistik
digunakan untuk menganalisis data iaitu kaedah deskriptif yang di hurai dalam
bentuk frekuensi atau taburan peratusan, min dan sisihan piawai. Kaedah inferensi
melalui ujian korelasi Spearman Rho melihat perkaitan antara dua pembolehubah,
dan Regresi Pelbagai mengenal pasti dimensi kepimpinan teknologi yang paling
mempengaruhi tahap aplikasi TMK guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap
kepimpinan teknologi pengetua pada tahap sederhana dan tahap aplikasi TMK atau
ICT guru di Sekolah Bestari pula adalah pada tahap tinggi. Dapatan juga
menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan di antara kepimpinan teknologi
pengetua dengan tahap aplikasi TMK guru-guru. Korelasi diantara kepimpinan
teknologi pengetua dengan tahap aplikasi TMK guru-guru adalah kuat dan bernilai
positif. Seterusnya kombinasi linear ketiga-tiga pembolehubah, dimensi visi dan
kepimpinan pengetua, dimensi sosial, perundangan dan isu etika dan dimensi
produktiviti dan amalan pengetua sekolah kajian menyebabkan varians sebanyak
31.8% dalam tahap aplikasi TMK guru (Adjusted R2 =.318). Tiga lagi dimensi dalam
kepimpinan teknologi pengetua iaitu pengajaran dan pembelajaran, sokongan
pengurusan dan operasi dan dimensi pentaksiran dan penilaian menyebabkan varian
yang signifikan adalah ditolak. Pengaplikasian TMK di sekolah memberikan
cabaran besar terhadap profesion keguruan. Pengetua dan guru perlu meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan sumber teknologi sebagai
teknologi dalam pentadbiran, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran
menggantikan pendekatan konvensional. Satu piawaian kepimpinan teknologi untuk
pengetua dan guru harus di bangunkan berasaskan acuan Malaysia bagi dijadikan
panduan dan penilaian untuk kemajuan dibidang pendidikan negara kita.

Kata Kunci: Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) , ICT, NETS-A, NETS-T,


Kepimpinan Teknologi Pengetua, Tahap Aplikasi TMK guru.

v
ISU KEPIMPINAN SEKOLAH
Pembudayaan ICT oleh kepimpinan sekolah 

Mengamalkan kepimpinan teknologi telah menjadi salah satu keperluan pemimpin sekolah
yang berkesan pada masa kini. Kepimpinan teknologi dianggap sebagai faktor penting yang
mempengaruhi kejayaan integrasi teknologi di sekolah. Pengetua sebagai pemimpin
teknologi yang berkesan di sekolah sepatutnya membuat penyebarluasan dan perkongsian
visi dan kepimpinan kepada warga sekolah. Manakala sikap pemimpin sekolah yang lebih
mementingkan prestasi akademik berbanding dengan penekanan penggunaan ICT untuk
menjadikan PdP berkualiti dan berkesan menjadi cabaran pengintegrasian ICT di sekolah.

            Banyak kajian dilakukan untuk melihat tahap kepimpinan ICT oleh pengetua atau
guru besar.  Dapatan kajian  Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman, M. Al-
Muzammil Yassin & Phoon Ai Ling (2010) menunjukkan bahawa secara keseluruhan
peranan guru besar sebagai pemimpin atau pemangkin ICT di sekolah rendah adalah pada
tahap yang sederhana. Peranan yang dikaji termasuklah menyediakan infrastruktur ICT yang
lengkap di sekolah, menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah,
mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan
sekolah dan mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan ini adalah selaras dengan hasil kajian
Leong (2010) dan Nordin dan Norazah (2010).

Pemantauan penanda arasan Frog VLE oleh pegawai pelajaran daerah (PPD) dan
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah pada 2014 telah mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pelaksanaan program ini. Laporan ini turut memfokus kepada peranan
kepimpinansekolah dalam membudayakan Frog VLE dalam kalangan guru, murid dan ibu
bapa. Walau pun pihak JPN dan PPD mengakui pemimpin setiap sekolah yang dipilih telah
membuat sebaran tentang program ini menunjukkan sekolah mempunyai barisan kepimpinan
yang mengambil berat terhadap sesuatu program-program KPM, namun begitu didapati
bahawa pelaksanaan untuk menggunakan Frog VLE   kurang dimanfaatkan. Tambahan lagi, 
lawatan tersebut mendapati kebanyakan guru masih tidak tahu cara untuk mengintegrasikan
VLE dalam PdP.

 Langkah meningkatkan kepimpinan ICT

Menurut Noraini Abdullah, Hamidu Khalid dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2015)
sokongan berterusan sama ada di suatu pusat atau pun online database yang boleh
memenuhi keperluan pengetua-pengetua sekolah dari semasa ke semasa boleh membantu
pengetua sentiasa berada dalam arus perdana daripada segi ilmu dan kemahiran berkait
dengan kepimpinan teknologi. Pemimpin yang sedar dan mengambil inisiatif yang
berpatutan akan menjadikan mereka berilmu dan berkemahiran untuk memainkan peranan
mereka sebagai pemimpin teknologi yang berkesan di sekolah. Di samping itu, pengetua
sendiri harus memiliki kemahiran ICT supaya boleh memudahcara pembangunan kemahiran
ICT guru melalui strategi seperti ‘modeling, promoting dan creating opportunities’.
Penerapan dan pelaksanaan strategi-strategi ini membantu keberkesanan kepimpinan ICT.

v
Dimensi dalam strategi-strategi ini seperti dalam  kajian Sathiamoorthy Kannan, Sailesh
Sharma, & Zuraidah Abdullah, 2011 termasuklah :

Posted by Azrina Sazali at 8:12 AM 


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinteresthttp://ictdalampengajaran.blogspot.my/2015/12/isu-kepimpinan-sekolah.html

Anda mungkin juga menyukai