Anda di halaman 1dari 18

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU ;

JUSTIFIKASI/ REFLEKSI PEMBELAJARAN PEMBINAAN LAMAN WEB BERASASKAN PERISIAN ADOBE MACROMEDIA DREAMWEAVER

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMAD TAJUL AZHAR BIN TAJUDDIN


(201398 PKPGB COHORT 4)

PENSYARAH :

EN. HASNAN BIN HASSAN

Refeksi/ Ulasan Jurnal

Ulasan Terhadap Artikel :

Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar Di Kuala Terengganu.

Lokman Bin Mohd Tahir & Azizah Binti Ismail @ Besar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah membuat kajian tentang tahap penguasaan dan penggunaan komputer di kalangan Guru Besar di Kuala Terengganu. Antara dapatan yang dibuat tahap pengetahuan tentang penggunaan komputer di kalangan golongan ini agak memuaskan. Namun, walaupun demikian, kajian yang dibuat hanyalah pada peringkat pengetahuan dan asas penggunaan kepada skop-skop tertentu sahaja. Di dalam menghadapi arus teknologi yang sentiasa berkembang maju ini, semua pihak terutamanya pemimpin organisasi seperti Guru Besar atau Pengetua, kemahiran dalam bidang ini tidak hanya menjurus kepada perkaraperkara atau skop-skop tertentu sahaja. Pengurus atau pentadbir, perlu sentiasa mengikuti perkembangan dan berusaha memajukan diri menguasai teknologiteknologi terkini yang amat berguna dan sangat membantu mereka dalam urusan harian dengan lebih baik, teratur, cepat dan pantas. Dalam kata lain, mereka perlu menguasai kemahiran infor masi dan teknologi maklumat ini dengan lebih mendalam lagi. Pihak kerajaan sememangnya memandang serius dalam perkara ini kerana pendidikan merupakan barisan penting negara dalam membentuk generasi yang akan memimpin dan menentukan negara di masa hadapan. Justeru itu, berbagai insentif dan galakan disediakan oleh kerajaan bagi memastikan modal insan yang dilahirkan diberikan peluang dan didikan yang sewajarnya. Justeru itu, pihak pentadbir di sekolah, khususnya Guru Besar dan Pengetua perlu memastikan diri

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

untuk bergerak seiring dengan wawasan kerajaan untuk membawa negara ke arah negara maju setanding negara-negara maju yang lain.

Antara peranan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut; a) Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020:

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha

membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Petikan: Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

b) Pemangkin Utama:

Pembangunan Modal Insan yang diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah ditekankan di dalam sumber-sumber berikut :

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Bajet 2008;

Pembangunan Modal Insan juga telah ditekankan dalam ucapan Bajet 2008, seperti mana Bajet 2007 dan 2006 dan juga Rancangan Malaysia Ke- 9 seperti ;
1.

Ucapan Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 : "MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA"

2.

Dokumen Rancangan Malaysia ke-9

Sehubungan dengan itu semua pihak terutamanya pengurus dan pentadbir di sekolah perlu memahami, mengikuti perkembangan dan memahirkan diri dalam bidang ICT bagi membantu kerajaan menjana modal insan sepertimana yang dihasratkan.

Penggunaan ICT dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.

Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi.

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat

meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.

Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. Sistem Sokongan Keputusan (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.

Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini.

Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan

kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
6

aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.

Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.

Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.

Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang

membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku.

Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
7

mana pandangan Zarina Zakaria (1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah.

Pengurus pendidikan harus menitikberatkan ICT sebagai satu pemboleh ubah penting dalam mewujudkan sistem pengurusan berprestasi tinggi. Secara khusus, pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan

memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. Untuk mencapai ini, peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi dengan proses pengurusan. Misalnya komunikasi yang melibatkan proses penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.

Kesimpulan :

Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah. Oleh itu, perkembangan teknologi ICT perlu diteroka semaksimum mungkin bagi digunakan dalam melaksanakan misi pengurusan. Penggunaan teknologi tidak boleh lagi terhad kepada aspek tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu menyeluruh dan bersepadu supaya perkongsian maklumat di dalam dan di antara agensi dapat dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan serta penilaian keberkesanan dasar dan matlamat pengurusan maklumat.

Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap. Pengurus atau pentadbir, khususnya Guru Besar dan Pengetua di samping guru yang menguasai kemahiran ICT dijangka akan dapat memaksimakan kelebihan yang ada pada teknologi untuk menjadikan pengurusan yang lebih mantap
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
8

manakala bagi guru pula akan menghasilkan pengajaran lebih menarik, interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar pentadbir dan pengurus sekolah termasuk semua guru mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal;

memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat sekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang seperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
9

kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

10

Rujukan : Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan, Terbitan UPM Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan UPM Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik di Peringkat SPM, UM Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006). "Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan". PTS Profisional Publishing Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur. Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies (GEMA). (dalam talian) (26 Januari 2005). Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in high school classrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational Research Journal, 38 (4), 813-834. Drier, H. S. (2001). Teaching and learning Mathematics with interactive spreadsheets.

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

11

LAMPIRAN JURNAL

Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar Di Kuala Terengganu.

Lokman Bin Mohd Tahir & Azizah Binti Ismail @ Besar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan komputer dengan aspek jantina, umur dan pengalaman mentadbir dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Aspek yang dikaji ialah tahap penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan yang dihadapi dalam penggunaan komputer. Responden kajian terdiri daripada 74 orang guru besar di daerah Kuala Terengganu. Data diperolehi menggunakan instrument soal selidik dan di analisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences Version 11.5). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk alat kajian ini ialah = 0.928. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Keseluruhan hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan computer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu berada pada tahap memuaskan Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan komputer mengikut umur dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan komputer mengikut jantina Katakunci: kemahiran penggunaan computer, guru besar, Kuala Terengganu. Pengenalan Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik ke arah memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk memberi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Kecemerlangan sesebuah institusi atau organisasi pendidikan banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen utama seperti murid, guru, pentadbir, struktur pentadbiran, teknologi pendidikan dan persekitaran yang baik. Ekoran daripada itu, organisasi yang peka seharusnya membuat persediaan awal meliputi aspek-aspek penting dalam pengurusan yang sesuai dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Sesebuah sekolah atau organisasi mesti berani membuat perubahan dengan keluar daripada model hirarki yang mekanistik agar organisasi dapat memaksimumkan keupayaan bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan, (Ramaiah, 1998). Ini bermakna perubahan bagi sesebuah organisasi adalah satu kemestian bagi meningkatkan kecemerlangan organisasinya (Ariffin a, 2003). Oleh yang demikian, kepekaan sekolah kepada perubahan adalah sesuatu yang amat penting sebagai persediaan menghadapi persaingan globalisasi pendidikan serta perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar dan berdaya saing pada masa kini. Kepekaan dari pelbagai aspek pentadbiran telah menjamin perkembangan yang cemerlang dan berkualiti dalam pengurusan sekolah (Ariffin b, 2000). Sehubungan dengan itu, pemimpin organisasi sekolah yang berjaya adalah pemimpin yang sentiasa peka dengan tuntutan perubahan yang dirancang atau perubahan yang tidak dirancang. Oleh kerana itu, organisasi pendidikan sekarang perlu membuat anjakan secara realistik kepada era globalisasi yang berasaskan komputer atau ICT dalam pelbagai peringkat pengurusan terutama pentadbir dalam sesuatu pentadbiran di sekolah. Bagi sekolah rendah, guru besar adalah pentadbir dalam organisasi pendidikannya maka sewajarnya guru besar mempunyai skop atau bidang pengetahuan yang lebih luas dalam setiap sudut pentadbirannya. Dalam pada itu, perkembangan teknologi yang berasaskan komputer ini boleh digunakan sebaga
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
12

i alternatif dalam pengurusan sesebuah organisasi pendidikan, namun persoalannya ialah sejauh manakah guru besar bersedia menggunakan komputer dalam sistem pentadbirannya di sekolah. Kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru besar menggunakan komputer untuk memastikan pengurusan pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan berkesan. Penyataan masalah Dalam sesebuah sekolah, individu yang memainkan peranan penting bagi penggerak atau peneraju adalah pentadbir. Pentadbir yang dimaksudkan disini ialah guru besar. Jika pentadbir adalah seorang yang bersikap positif terhadap computer maka beliau juga berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan kepenggunaannya dalam kalangan stafnya. Dalam masa yang sama, pentadbir bersama-sama berusaha meningkatkan pengetahuan tentang teknologi komputer sesuai dengan peranan beliau sebagai penggerak dan pelaksana setiap visi Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat sekolah. Merujuk kepada penyediaan sumber manusia, kita boleh melihat tiga kumpulan penting yang perlu diberikan perhatian. Pertamanya kumpulan pentadbir iaitu terdiri daripada guru besar yang perlu mahir dengan pelan teknologi maklumat, pelan pengurusan, dan perancangan kemajuan kakitangan. Ini bermakna, guru besar yang bakal menerajui sekolah tersebut perlu celik ICT dan berwibawa. Selain daripada itu guru besar juga perlu menerajui kepemimpinan sekolah dengan melaksanakan pentadbiran bersifat ikhtisas, 'empowerment dan mengamalkan budaya kolaboratif dalam membuat keputusan dalam hal-hal profesional. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang diutarakan di atas, kajian ini dilakukan bagi meninjau berkenaan kemahiran komputer guru besar terhadap amalan kemahiran penggunaan komputer dalam aspek pengurusan maklumat di sekolah serta mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan faktor halangan dalam kalangan guru besar. Objektif Kajian a) Mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran di kalangan guru besar. b) Mengenal pasti pendedahan awal tentang kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar dalam aspek pengurusan dan pentadbiran. c) Mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru besar dalam kemahiran penggunaan komputer dalam aspek berdasarkan pendedahan awal tentang komputer dan halangan. d) Mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan dalaman berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur, dan pengalaman mentadbir. Kepentingan Kajian Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingannya yang tersendiri agar tindakan susulan dapat diambil. Kajian ini adalah untuk menilai tahap kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Oleh kerana itu, penyelidik berharap kajian ini dapat memberi manfaat untuk peningkatan dalam pengurusan dan pentadbiran dan seterusnya hasil kajian ini dijangka dapat menyumbang kepada beberapa pihak yang penting iaitu: Kepentingan Kajian Kepada Pentadbir Sekolah : Adalah diharapkan agar kajian ini boleh membantu pentadbir sekolah atau guru besar mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab seseorang pentadbir dalam sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga dapat membantu pentadbir sekolah untuk mengenal pasti apakah langkah dan pendekatan yang perlu diambil sesuai dengan kehendak sesebuah organisasi dalam merialisasikan penggunan komputer dalam institusi pendidikan khasnya sekolah. Kepentingan Kajian Kepada Jabatan Pendidikan : Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), bagi mengemaskini lagi aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan komputer
13

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

terutama dalam pendidikan di negeri masing-masing. Pemfokusan kepada pentadbir sebagai ikon penting yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi sekolah dalam penguasaan asas komputer dapat menghasilkan output yang berada pada tahap yang cemerlang dalam pendidikan negara. Kepentingan Kajian Kepada Penyelidik : Seterusnya, kajian yang dijalankan ini dapat menjadi titik permulaan bagi kajian lanjutan tentang penguasaan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar secara menyeluruh sama ada ke atas guru besar atau mencakupi aspek tertentu mengikut kesesuaian masa dan perkembangan dunia pendidikan. Dapatan kajian ini boleh memberi panduan kepada bidang pendidikan termasuk juga dalam kalangan ahli akademik di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Maka diharapkan kajian ini dapat menjadi sumber rujukan tambahan kepada golongan pentadbir terutama guru besar dan juga kepada bidang pendidikan. Skop Dan Batasan Kajian Kaji selidik atau tinjauan hanya difokuskan kepada penggunaan asas komputer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu yang ditumpukan kepada aspek kemahiran penggunaan komputer dalam pentadbiran dan pengurusan di sekolah. Kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat hanya merujuk kepada penggunaan perisian aplikasi asas yang melibatkan pengurusan pentadbiran. Kajian yang dilakukan bersifat kajian kes dan populasi yang dipilih terdiri daripada guru besar di daerah Kuala Terengganu sahaja. Oleh kerana itu, generalisasi tidak boleh dibuat kepada semua guru besar di Terengganu dan di Malaysia. Rasional Kajian Kepesatan dan penggunaan teknologi sudah dianggap universal dan membawa bersama implikasi jangka pendek atau jangka panjang, implikasi yang mungkin disedari sekarang atau akan datang. Tidak seperti televisyen dan radio hanya memberi informasi satu hala dan juga telefon serta fiksimili yang hanya menjadi alat komunikasi sahaja, komputer boleh memberikan interaksi dua hala. Oleh yang demikian, sekecil mana keperluan sesuatu peralatan elektronik itu ia tetap menyumbangkan kepada aliran teknologi dunia. Teknologi tinggi dan baru ini mampu menjadi budaya hidup bagi generasi akan datang sebagai suatu keperluan. Tidak dapat dinafikan akan penggunaannya dapat menyumbang kepada kepada impak besar dalam pengurusan dan pentadbiran. Oleh yang demikian, kajian ini cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul berkenaan dengan tahap pengetahuan, kemahiran serta sikap guru besar-guru besar terhadap computer dalam pengurusan dan pentadbiran. Sekolah-sekolah rendah dipilih sebagai lokasi ujian kerana faktor sekolah rendah di kawasan bandar yang secara ilmiahnya lebih terdedah kepada kemahiran penggunaan komputer. Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat membantu dan memberi gambaran yang jelas kepada guru besar-guru besar serta guru-guru terutamanya tentang kepentingan kemahiran penggunaan komputer di dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah di Kuala Terengganu. Reka Bentuk Kajian Penyelidikan ini merupakan satu bentuk kajian deskriptif yang memberikan satu gambaran yang jelas dan mengumpul mklumat yang tepat mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Kaedah tinjauan telah dipilih bagi aktiviti pengumpulan maklumat daripada guru besar-guru besar. Maklumat tentang pemboleh ubah kajian ini ditadbir dalam keadaan semulajadi pada masa kejadian. Penggunaan soal selidik merupakan cara yang menjimatkan masa, menjimatkan kos, dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Melalui data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini secara umum memfokuskan kepada pengkajian mengenai tahap pemahaman kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal mempengaruhi kemahiran penggunaan komputer, halangan-halangan yang dihadapi serta perbezaan penggunan komputer berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mentadbir.
14

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Najib (1998), soal selidik merupakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumat. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian dengan kadar perbelanjaan yang sederhana. Tambahan pula, penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji (Mohd Majid Konting, 1994). Dalam kajian ini penyelidik menggunakan soal selidik berskala lima mata sebagai instrumen kajian kerana membantu penyelidik untuk mendapatkan data atau maklumat bagi mencapai objektif kajian. Mohd Majid (1990), menjelaskan bahawa penggunaan soal selidik, subjek dapat bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan kerana tidak dipengaruhi oleh penyelidik berbanding dengan kaedah temubual. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang guru besar-guru besar yang sedang berkursus di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor iaitu guru besar yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Menurut Mohamad Najib (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian iaitu sekitar (6 hingga 9 orang guru besar sahaja.). Untuk memastikan kajian yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis perlu dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Kajian rintis dijalankan bertujuan memastikan alatan kajian (item soal selidik) yang dibina adalah bersesuaian dari segi bahasa dan istilah supaya mudah diisi oleh responden dalam kajian sebenar. Dengan kaedah kajian rintis ini juga dapat menentukan masa yang digunakan untuk mentadbir soal selidik. Di samping itu, penyelidik berpeluang untuk memperbaiki item- item yang tidak jelas untuk membolehkan responden yang sebenar nanti memahami kandungan soal selidik tersebut. Analisis tahap kebolehpercayaan soal selidik telah dijalankan dengan menggunakan ujian Alpha Cronbach bagi menunjukkan kesesuaian hubungan itemitem sebagai satu set soalan. Menurut Mohd Salleh dan zaidatun (2001), kajian yang mencapai nilai kebolehpercayaan alpha melebihi 0.6 mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai alfa yang tinggi menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar dengan item lain. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, nilai kebolehpercayaan bagi purata keseluruhan persoalan kajian adalah 0.928. Nilai alfa yang tinggi membawa maksud instrumen atau soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek kemahiran penggunaan komputer menunjukkan nilai min bagi guru besar lelaki adalah 40.58 manakala bagi guru besar perempuan adalah 32.72. Melalui analisis ini kajian mendapati bahawa nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran komputer dari aspek penggunaan ialah -1.540, p < 0.124. Aspek pendedahan awal yang menyumbang kepada kemahiran penggunaan komputer pula menunjukkan bahawa nilai skor min bagi guru besar lelaki adalah 32.64 dan nilai skor min bagi guru besar perempuan adalah 45.03. Nilai Mann-Whitney z ialah -2.427, p > 0.015, manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkan kemahiran komputer nilai min bagi guru besar lelaki adalah 32.64 dan nilai min bagi guru besar perempuan adalah 45.03. Nilai Mann-Whitney z ialah -2.427, p > 0.015. Ini bermakna hipotesis nol bagi kemahiran penggunaan komputer dari aspek halangan diterima. Nilai p bagi kemahiran komputer untuk aspek-aspek tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan menunjukkan nilai p < 0.05. Inbermakna hipotesis nol tidak diterima. Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara tahap kemahiran penggunaan komputer mengikut jantina. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran penggunaan komputer guru besar lelaki dan guru besar perempuan.
SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
15

Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek tahap kemahiran penggunaan komputer menunjukkan nilai min bagi umur guru besar 41 hingga 50 tahun adalah 44.33 manakala bagi umur guru besar lebih 50 tahun adalah 34.97. Melalui analisis ini mendapati nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran komputer dari aspek tahap kemahiran penggunaan komputer ialah -1.668, p < 0.095. Aspek pendedahan awal yang menyumbang kepada kemahiran computer pula menunjukkan bahawa min bagi umur guru besar 41 hingga 50 tahun adalah 38.15 dan nilai min bagi umur guru besar lebih 50 tahun adalah 37.26. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.159, p < 0.874, manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkan kemahiran komputer nilai min bagi umur guru besar 41 hingga 50 tahun adalah 38.15 dan nilai min bagi umur guru besar lebih 50 tahun adalah 37.26. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.159, p < 0.874. Nilai p bagi kemahiran computer untuk aspek-aspek tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan menunjukkan bahawa nilai p > 0.05. Ini bermakna hipotesis nol adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara kemahiran komputer mengikut umur. Berdasarkan tahap penggunaan, halangan dan pendedahan awal, secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komputer bagi umur guru besar. Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek kemahiran penggunaan komputer menunjukkan nilai min bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun adalah 47.25 manakala bagi pengalaman mengajar guru besar lebih 15 tahun adalah 36.94. Melalui analisis ini mendapati nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran komputer dari aspek kemahiran penggunaan komputer ialah -0.936, p < 0.349. Aspek pendedahan awal kepada kemahiran komputer pula menunjukkan bahawa min bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun adalah 32.38 dan nilai min bagi pengalaman mengajar guru besar lebih 15 tahun adalah 37.79. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.492, p < 0.623, manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkan kemahiran komputer nilai skor min bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun adalah 32.38 dan nilai skor min bagi pengalaman mengajar guru besar lebih 15 tahun adalah 37.79. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.492, p < 0.623. Nilai p bagi kemahiran computer untuk aspek-aspek tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halanganhalangan menunjukkan nilai p > 0.05. Ini bermakna hipotesis nol adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara kemahiran komputer mengikut pengalaman mengajar. Berdasarkan tiga aspek iaitu tahap penggunaan, pendedahan awal dan halangan-halangan, secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komputer dengan pengalaman mengajar guru besar. Perbincangan Selepas perbincangan di buat hasil dari kajian bab 4, aspek yang cuba diketengahkan dalam persoalanpersoalan tersebut ialah adakah kemahiran penggunaan komputer dapat digunakan secara optimum oleh guru besar di daerah Kuala Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan jumlah guru besar lelaki melebihi guru besar perempuan yang kebanyakannya telah berkhidmat melebihi lima belas tahun. Aspek yang dibincangkan atau dikaji adalah bermula dari peringkat awal seseorang guru besar itu berkhidmat. Terdapat empat persoalan kajian yang dikemukakan bagi merumuskan dapatan kajian ini. Sesebuah organisasi sentiasa mencari alternatif untuk memperbaiki apa yang kurang dan cuba menambah nilai untuk meningkatkan percapaian dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah termasuklah guru besar, guruguru mahupun pihakpihak yang terlibat. Ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang inginkan modal insan yang aktif dan produktif. Menyentuh kepada tahap kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar, analisis kajian membuktikan bahawa guru besar di daerah Kuala Terengganu mencapai matlamat atau objektif yang diharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pencapaian nilai skor min yang tinggi iaitu 3.79. Daripada lapan belas item yang dikaji, purata min yang diperolehi adalah melebihi 3.39. Oleh yang demikian, kemahiran penggunaan komputer secara berterusan oleh guru besar sepatutnya menjadi contoh ikutan kepada setiap guru di sekolah mereka. Bagi membantu guru besar menguasai kemahiran komputer, pengkaji berpendapat bahawa sudah tiba masanya segala bentuk pengurusan maklumat di sekolah hendaklah dijalankan menggunakan komputer. Kemahiran
16

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

komputer yang sedia ada ditambah dengan kemudahan literasi komputer pada masa kini dapat membantu pengurusan di sekolah. Kekerapan menggunakan komputer boleh membantu guru besar lebih mahir terutamanya untuk 'download 'dan 'upload' fail dari mana-mana sistem komputer di Jabatan Pelajaran di Malaysia. Selari dengan situasi ini, Hallinger (1998) membuat kesimpulan daripada kajiannya tentang keperluan perubahan dalam pendidikan di Asia Tenggara dengan menyatakan penggunaan maklumat dengan menggunakan komputer merupakan satu aspek dalam pengurusan yang perlu berlaku jika pendidikan di Asia Tenggara ingin bersaing dalam era globalisasi. Kesinambungan daripada apa yang dibincangkan, didapati bahawa secara keseluruhan memberi gambaran bahawa tahap kemahiran penggunaan computer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu adalah sangat membanggakan, manakala bagi faktor-faktor dan halangan-halangan yang dihadapi pula menunjukkan berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan hanya aspek jantina sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan manakala bagi aspek umur dan pengalaman mentadbir ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa kajian yang dijalankan sebelum ini adalah boleh diterima iaitu kemahiran computer bagi lelaki adalah mengatasi kemahiran komputer perempuan manakala bagi aspek umur dan pengalaman mentadbir tidak mempengaruhi kepada kemahiran penggunaan komputer. Namun begitu kajian ini menjelaskan bahawa guru besar di daerah Kuala Terengganu mempunyai komitmen yang boleh dibanggakan dalam menjalankan tugas sebagai pengurus dalam kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Rujukan Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006). "Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan". PTS Profisional Publishing Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur. Badagliacco, J. (1990)."Gender and Race Differences in Computer Attitudes and Experience." Computer : Social and Policy Issues. 8.42-63. Czaja, S., Hammond,K., Balscorich, J. and Swede, H. (1989). "Age Related Differences in Learning to Use a Text-Editing System." Behavior and Information Technologi: 4. 309-319. Deaux, K (1995)."How Basic Can You Be? "The Evolution of Research on Gender Stereotypes."Journal of Social Issues. 57. 11-20. Guru Berkualiti Aspirasi Negara (Mei, 2002). DewanMasyarakat, halaman 15-18. Hadley, M. and Sheingold, K.(1993)."Commonalities and Distinctive patterns in Teachers' Integration of Computers." American Journal of Education'" 101. 261-315 Johnson, D.R.(1985)."The Office of the Future." American School and University. 58.24-32 Kamarudin Hj. Kachar. (1989) "Strategi Pentadbiran Pendidikan". Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. LB 2965 M3 K156. Nik Aziz Nik Pa (1989)."Pengurusan Dan Penganalisaan Data Berkomputer Dalam Pentadbiran Sekolah. "Kertas Kerja Simposium Kemahiran penggunaan komputer Dalam Pendidikan. (Edu. Com 89). Nor Aziah Ahmad (1999). "Kemahiran penggunaan komputer di Kalangan guru-guru Sains di Daerah Hulu Langat". Tesis Master Sains. Serdang U.P.M. Peter Songan (2002). "Tahap dan Punca Utama Strees Kerja di Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Sarawak."JurnalPenyelidikan Pendidikan. Jilid 4. hlm 1-17. Ray. J.R dan Lloyd, D.D. (1991). "Computer In Education Administration". New York : Mc Graw Hill. Sujana Mohamed @ Idris (2002)." Budaya Sekolah: Peranan Yang Perlu di Ubah." Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 3. hlm 33-45. Sukatan Komputer Dalam Pendidikan (1990). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Truman, G. and Baroudi.J.(1994)."Gender Differences in Information Systems Managerial

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

17

Ranks: An Assessment of Potential Discriminatory Practices." MIC Quarterly.6.129-141 Ugboma, E. (1999)."The Use of Computers in the Management of Tertiary Institutions." Community College Journal of Research and Practice .23.481-487 Yusup Hashim (2003)."Konsep Dan Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Dalam Instruksional Dan Pembelajaran.dlm Razman Man dan Yusup Hashim" Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16 ICT dalam Pendidikan dan Latihan. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid 4. hlm 160-167. Zakaria Kasa, Aida Suraya Md Yunus et. al. (2005). "Kesediaan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran." Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Jilid 5. hlm 133-141.

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

18

Anda mungkin juga menyukai