2020
1
PELAKSANAAN ELEMEN PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DALAM KALANGAN SISWA GURU
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN
JANUARI 2020
2
PENGESAHAN
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan
saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tandatangan : …………………………………………………………………………
Tarikh : ....………………………………………………………………………
3
PENGAKUAN
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ………………………………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………………………….
4
DEDIKASI
&
Sumber inspirasiku,
5
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kerana telah
memberikan kekuatan kepada saya untuk menyelesaikan kajian ini dengan jayanya
walaupun banyak menghadapi cabaran dan kesukaran dalam melaksanakannya.
Terlalu banyak pahit dan manis yang dilalui dalam usaha menyiapkan penulisan
laporan kajian ini sebelum bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Pendidikan Khas Pendengaran) dengan Kepujian dari IPG Kampus Ilmu Khas.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing yang juga Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Dr Alijah binti Ujang yang
banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya tanpa jemu. Beliau banayak mencurahkan
bakti dalam memberikan teguran dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan
laporan kajian ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar beliau, saya tidak mungkin dapat
menyiapkan laporan kajian ini dengan baik.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggan kepada
pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas yang banyak
mencurahkan bakti sepanjang 5 tahun pengajian di sini. Sesungguhnya, hanya Allah
yang dapat membalas jasa baik kalian dalam memberi didikan dan tunjuk ajar secara
ikhlas kepada semua siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas.
Ribuan terima kasih juga kepada insan-insan yang banyak membantu dan
menjadi tulang belakang saya dalam menyiapkan kajian ini iaitu ayahanda serta bonda
tercinta kerana telah banyak mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit bagi saya
untuk meneruskan kehidupan.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha untuk menyiapkan
laporan kajian ini. Semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat balasan daripada
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Insya-Allah
6
ABSTRAK
7
ABSTRACT
This study aims to identify the implementation of fun learningamong trainee teachers of
special education programme IPG Kampus Ilmu Khas (hearing Impaired). This
quantitative study uses questionnaire to identify the readiness level and implementation
of fun learning during lesson for hearing impaired pupils. The study was performed on
38 trainee teachers of special education IPG Kampus Ilmu Khas (hearing impaired) who
had been exposed to teaching practice in schools for 6 months. The instrument consists
of a set of questionnaires on fun learning which was divided into two construct. The
result shows that fun learning is well-implemented by trainee teachers. They also uses
variety of teaching aids such electronic devices for the successful implementation of fun
learning.
8
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..i
ABSTRACT………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ii
PENGESAHAN PENYELIA………………………………………………………………………………………………………………………….iii
PENGAKUAN…………………………………………………………………………………………………………………………………………..iv
DEDIKASI…………………………………………………………………………………………………………………………………………………v
PENGHARGAAN………………………………………………………………………………………………………………………………………vi
SENARAI JADUAL……………………………………………………………………………………………………………………………………vii
SENARAI RAJAH…………………………………………………………………………………………………………………………………….viii
SENARAI LAMPIRAN………………………………………………………………………………………………………………………………..ix
SENARAI SINGKATAN……………………………………………………………………………………………………………………………….3
1.1 PENGENALAN...............................................................................................................................4
1.7 RUMUSAN....................................................................................................................................9
9
2.3 DAPATAN KAJIAN LALU...................................................................................................................11
2.5 RUMUSAN........................................................................................................................................12
3.1 PENGENALAN...................................................................................................................................13
3.3 PERSAMPELAN.................................................................................................................................14
3.4.1 KESAHAN............................................................................................................................18
3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN.........................................................................................................19
3.8 RUMUSAN..................................................................................................................................22
4.1 PENGENALAN……………………………………………………………………………………………………………………………..37
4.4 RUMUSAN……………………………………………………………………………………………………………………………….…51
5.1 PENGENALAN………………………………………………………………………………………………………………………………53
5.2 KESIMPULAN…………………………………………………………………………………………………………………………….….53
5.3 IMPLIKASI………………………………………………………………………………………………………………………………….….55
5.4 CADANGAN……………………………………………………………………………………………………………………………….…57
5.5 RUMUSAN……………………………………………………………………………………………………………………………….….58
10
SENARAI JADUAL
11
SENARAI RAJAH
12
SENARAI LAMPIRAN
13
SENARAI SINGKATAN
14
PELAKSANAAN ELEMEN PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DALAM KALANGAN SISWA GURU
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN
15
murid. Guru perlu menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu,
penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana
yang menyeronokkan kepada murid. Pandangan Yahya (2012), mengaitkan humor
dengan kelucuan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi seronok apabila
mendengarnya. Pembelajaran dalam kelas tidak boleh hanya menekankan kepada
penguasaan isi kandungan semata-mata. Namun, perlu diajar dalam suasana yang
selesa dan menyeronokkan. Hasilnya, murid akan berasa tidak selesa apabila guru
yang berupaya mengajar dengan baik, tetapi dalam keadaan yang membosankan.
Menurut Shafee et al. (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Oleh itu, guru-guru di sekolah tidak lagi relevan untuk menggunakan set
peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa, mengherdik, meninggikan
suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan murid.
Sebaliknya, guru perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan murid-murid.
Salah satu caranya adalah melalui pendekatan pembelajaran menyeronokkan. Unsur
didik hibur yang diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh
16
Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah suatu langkah bijak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza
dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna, guru boleh menentukan dan
memilih kaedah yang sesuai dengan perkembangan serta kebolehan murid. Strategi
yang dipilih mestilah dapat merangsangkan murid untuk belajar secara aktif.
17
seperti ponteng sekolah, sikap suka melawan guru dan meningkatkan minat murid
untuk hadir ke sekolah.
1. Mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan siswa guru program pendidikan khas
pendengaran terhadap pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc).
18
ini kerana kursus pendidikan khas pendengaran hanya ditawarkan di IPG Kampus Ilmu
Khas. Pengkaji juga memilih siwa guru semester 7 sebagai responden kerana mereka
telah menjalani praktikum selama 2 kali di sekolah pendidikan khas (pendengaran) dan
juga sekolah intergrasi selama 6 bulan. Siswa guru semester 5 pula dijadikan sebagai
responden untuk kajian rintis bagi menilai tahap kebolehpercayaan instrumen kajian ini.
Sampel bagi kajian ini terdiri daripada murid tahap 1 dan 2. Kajian ini juga
berkaitan pembelajaran menyeronokkan berfokuskan pada aspek tahap kesediaan
serta tahap pelaksanaan elemen pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan siswa
guru Program Pendidikan Khas Pendengaran. Antara elemen pembelajaran
menyeronokkan yang dikaji termasuklah kemahiran pedagogi, Bahan Bantu Belajar
(BBB) yang menarik, pembelajaran berpusatkan murid, nyanyian dan jenaka (humor).
Dapatan analisis atau hasil kajian yang diperoleh hanya sesuai untuk responden
tersebut dan tidak boleh diaplikasikan kepada kumpulan-kumpulan lain walaupun di
institut yang sama. Oleh itu sebarang generalisasi terhadap dapatan kajian perlulah
dilakukan dengan berhati-hati.
19
potensi seseorang untuk belajar. Lazimnya, setiap individu akan mempunyai sekurang-
kurangnya satu atau dua kecerdasan yang lebih menonjol berbanding dengan
kecerdasan lain. Semua kecerdasan boleh dikembangkan melalui pendidikan,
pengalaman dan persekitaran.
Kepelbagaian ini menuntut kreativiti guru untuk membantu murid belajar dengan
cara dan gaya yang sesuai serta memenuhi minat dan kemampuan murid (Salhah,
2009). Sehubungan itu, kajian ini dilakukan kerana beberapa kepentingan. Antaranya,
hasil kajian ini dapat menjelaskan tentang sikap guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan murid pendidikan khas pendengaran
untuk meningkatkan prestasi PdPc. Hal ini demikian kerana melalui pembelajaran
menyeronokkan yang berpusatkan murid dapat memenuhi kepelbagaian kecerdasan
murid.
Selain itu, hasil kajian ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis medium yang
sering digunakan oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran menyeronokkan.
Dengan demikian, kajian ini akan dapat membantu guru-guru dalam merancang
penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdPc dengan lebih baik dan berkesan untuk
melaksanakan pembelajaran menyeronokkan. Seterusnya, kajian ini juga diharapkan
dapat menjadi bahan rujukan kepada para pengkaji yang berminat dengan amalan
pembelajaran menyeronokkan dalam PdPc di sekolah-sekolah rendah. Justeru, hasil
daripada kajian ini akan berupaya membantu pelbagai pihak dalam menangani
permasalahan dan isu murid kurang minat terhadap pembelajaran di sekolah.
20
guru dengan murid dan mungkin dengan ibu bapa murid. Oleh itu, kolaborasi antara
pihak sekolah dengan ibu bapa murid perlu diwujudkan.
i. Pembelajaran menyeronokkan
Di samping itu, didik hibur juga merupakan elemen yang penting dalam
pembelajaran menyeronokkan. Didik hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan
ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Kerajaan
berhasrat memperkenalkan teknik didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan
hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik didik
hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta
berpusatkan murid. Antara ciri didik hibur dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran
yang menyeronokkan kerana terkandung unsur humor. Hakikatnya dari segi teori,
pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-murid.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
22
Di samping itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan, guru
boleh menggunakan muzik atau nyanyian untuk menyampaikan kandungan
pembelajaran yang penting. Melalui nyanyian, murid dapat menguasai kosa kata,
sebutan, intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat. Hal ini kerana muzik dapat
mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa. Dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP), komunikasi memainkan peranan yang penting di mana seorang
guru harus berupaya menggerakkan muridnya melalui penggunaan bahasa yang
ekspresif dan berkesan. Selain itu, kualiti suara dengan pelbagai nada dan intonasi
serta sebuatan yang jelas dan tepat turut memainkan peranan penting (Bahagian
Pendidikan Guru, 2009)
ii. Pengajaran
iii. Siswa guru program Pendidikan Khas IPG Kampus Ilmu Khas
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), guru bermaksud pengajar, pendidik atau
pengasuh. Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran
23
manakala menurut Khairul Anwar Abu Bakar (2014), guru pelatih bermaksud bakal guru
yang diwajibkan menjalani latihan mengajar untuk tujuan mendedahkan mereka tentang
tugas, tanggunggjawab dan peranan seorang guru di sekolah. Lantaran itu, siswa guru
merupakan panggilan yang digunakan terhadap siswa yang belajar di Institut
Pendidikan Guru di Malaysia. Siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas menjalani Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama empat tahun. Dalam kajian ini, siswa
guru IPG Kampus Ilmu Khas pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
semester 7 yang telah menjalani praktikum selama 6 bulan dijadikan sebagai subjek
kajian.
24
1.7 RUMUSAN
25
BAB 2.0 TINJAUAN LITERATUR
26
hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah
membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa
dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.
Menurut Choong (2009), teori pembeajaran tokoh humanis iaitu Carl Roger,
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk belajar secara semula
jadi, oleh itu guru perlu menyediakan suasana yang kondusif dengan mengimbangkan
komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran. Tambah Rogers lagi,
pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku apabila kandungan
matapelajaran adalah relevan dengan minat murid. Oleh itu, berdasarkan pernyataan
tokoh humanis tersebut, emosi murid perlulah stabil agar pembelajaran berlaku dengan
27
lancar. Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan penting. Ia mempengaruhi
keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal sesuatu fakta dengan jelas. Jika
berlakunya gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas.
Menurut kajian Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013), impak amalan
pembelajaran menyeronokkan dalam Bahasa Melayu yang lebih ketara adalah kepada
aspek perspektif dan aplikasi pengetahuan responden tentang kaedah mahupun teknik
yang efektif sehingga mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Guru-guru
sedar jika mereka dapat mengamalkan pembelajaran menyeronokkan maka murid-
murid akan lebih bermotivasi mengikuti pengajaran mereka.
Menurut Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah
dan Mokhtar Narawi (2011), salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat
diwujudkan melalui amalan pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada
ketika sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi dengan murid secara tidak formal.
Amalan ini akan dapat mengurangkan batasan hubungan atau formaliti antara guru
dengan murid. Natijahnya, murid akan lebih selesa, yakin diri dan berani berjumpa guru
untuk berbincang dan berinteraksi.
28
Selain itu, Yahya dan Dayang Raini (2011) pula berpendapat bahawa
pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menggembirakan. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara
murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan
menggunakan aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian
sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian
pasca. Kesimpulannya, pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti
guru yang mampu memberi kesan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk
Penggunaan Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil
kajian mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses PdPc dapat menimbulkan
rasa seronok belajar dalam kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran
berfikir murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan
sebagai alat pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk
meluahkan perasaan. Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran
merupakan salah satu strategibagi memastikan PdPc di bilik darjah menjadi satu
pengalaman yang sukar dilupakan dan secara tidak langsungjuga dapat meningkatkan
kualiti pengajaran guru.
29
Kerangka konseptual menerangkan secara asas bagaimana kajian ini dilaksanakan.
Kerangka ini juga menerangkan perkaitan antara pembolehubah yang digunakan dalam
menjalankan kajian ini.
Tahap kesediaan
Tahap pelaksanaan Pembelajaran
Elemen pembelajaran menyeronokkan dalam
menyeronokkan dalam pengajaran dan
Pembelajaran
pengajaran dan pemudahcaraan murid
menyeronokkan dalam
pemudahcaraan Pendidikan Khas
kalangan siswa guru
Pendengaran
Program Pendidikan
Khas Pendengaran
2.5 RUMUSAN
30
BAB 3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang kaedah kajian yang merangkumi aspek
pelaksanaan kajian. Perbincangan ini berfokus kepada reka bentuk kajian, populasi dan
sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
Prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data untuk menjawab tiga persoalan
kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu cadangan panduan
pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan kepada murid bermasalah pendengaran.
Menurut Mohd Najib (2003) terdapat lima jenis kajian yang boleh dilaksanakan
iaitu deskriptif yang memfokuskan kepada mengenal pasti komponen dan keterangan
kaitan antara komponen, analitikal atau tafsiran yang menganalisis faktor penyebab,
penilaian yang menilai trend, penjelajahan atau prediktif yang melibatkan trend dan
paradigma baru, serta model atau teori yang memfokuskan elemen sesuatu operasi
dan rancangannya. Lazimnya, faktor masa, kewangan, tenaga dan kesanggupan pihak
yang dipilih menjadi responden memberi kerjasama adalah merupakan faktor-faktor
penentu kepada pemilihan sesuatu kaedah kajian. Oleh yang demikian, jenis kajian
yang dianggap sesuai untuk kajian ini adalah kajian penilaian yang meneliti
pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pendidikan khas pendengaran.
31
3.3 PERSAMPELAN
Dalam kajian ini, pengkaji melibatkan seluruh populasi iaitu seramai 38 orang
siswa guru Program Pendidikan Khas pendengaran semester 7 yang telah
menjalani praktikum fasa satu dan dua selama 6 bulan di Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK) dan intergrasi. Subjek pengkhususan yang diambil oleh
siswa guru tersebut termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Dunia Sains dan
Teknologi dan Matematik.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik untuk siswa guru. Soal selidik
merupakan alat ukur yang digunakan dalam kajian pendidikan. Soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan,
perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan
digunakan untuk populasi yang besar. Keupayaan soal selidik menggunakan sampel
yang banyak akan meningkatkan ketepatan anggaran statistik sampel untuk
menganggar parameter populasi (Mohd Majid 2009). Instrumen soal selidik yang
digunakan diadaptasi daripada kajian Abdul Rasid Jamian dari Universiti Putra
Malaysia. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada empat
bahagian.
Respoden diminta memilih satu jawapan sahaja dengan menggunakan lima skala
likert berikut:
STS : Sangat tidak setuju
TS : Tidak setuju
32
SD : Sederhana setuju
S : Setuju
SS : Sangat setuju
3.4.1 KESAHAN
Beberapa ujian boleh dilakukan bagi menguji kesahan alat kajian iaitu kesahan
kandungan, kesahan konstruk dan kesahan prediktif (Blanchard et al. 1997; Sulaiman
2002). Safani (2012) dan William (2006) berpendapat bagi meningkatkan tahap
kesahan instrumen kajian beberapa prosedur pelaksanaan kajian perlu dijalankan iaitu
kesahan dalaman, kesahan luaran, kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan
variabel.
3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN
33
3.5 KAJIAN RINTIS
Untuk memantapkan dan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kajian, kajian rintis dijalankan terhadap item-item soal selidik kepada siswa guru yang
menyerupai responden dalam kajian sebenar. Kajian rintis merupakan satu mekanisme
untuk mengenal pasti masalah yang berkemungkinan timbul ketika melaksanakan
kajian sebenar. Kajian rintis dilaksanakan untuk menilai ciri-ciri psikometrik instrumen
dan juga bertujuan memurnikan alat kajian untuk kegunaan dalam kajian sebenar.
Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan. Dapatan kajian
rintis bagi soal selidik Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan ini dianalisis
menggunakan Statistikal Packages for the Sosial Science (SPSS) untuk mendapatkan
nilai kebolehpercayaan instrumen dari segi ketekalan dalaman instrumen yang
digunakan. Analisis kebolehpercayaan dan kesahan keseluruhan juga dinilai untuk
mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Soal selidik ini diedarkan kepada siswa guru
Program Pendidikan Khas pendengaran semester 5 IPG Kampus Ilmu Khas.
34
pemerhatian dan temu bual, malah soal selidik juga selalu dijadikan sebagai instrumen
penting dalam kajian-kajian lepas.
Dalam konteks kajian ini, data mengenai tahap kesediaan siswa guru Program
Pendidikan Khas pendengaran akan dinilai menggunakan jadual berikut :
Jadual 1
35
Kesediaan responden terhadap setiap item akan dianalisis dan dibincangkan. Akhirnya,
tahap kesediaan siswa guru serta tahap pelaksanaan elemen pembelajaran
menyeronokkan diinterpretasi menggunakan jadual berikut :
Jadual 2
3.8 RUMUSAN
Bab 3 ini membincangkan metodologi kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
semasa menjalankan kajian. Pengkaji menumpukan aspek reka bentuk kajian, reka
bentuk kajian, populasi dan sampel kajian serta instrumen kajian yang digunakan.
Sehubungan itu, pengkaji akan melaksanakan proses pengumpulan data kajian
menggunakan instrumen soal selidik. Di peringkat akhir, pengkaji melaksanakan proses
penganalisisan data menggunakan SPSS.
36
BAB 4.0 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PENGENALAN
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk proses pengumpulan data ialah soal
selidik. Terdapat 2 bahagian dalam soal selidik tersebut iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A berkaitan tentang demografi responden, bahagian B pula tentang
kesediaan mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan manakala bahagian C ialah
pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan. Pengkaji akan membincangkan dan
menghuraikan hasil penganalisisan data serta keputusan yang diperoleh berdasarkan
maklum balas daripada soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terlibat.
Maklum balas yang dikumpulkan telah dikaji dari pelbagai aspek untuk menjawab
persoalan kajian seperti mana yang telah dinyatakan dalam bab satu yang lalu. Data
yang telah dikumpul, akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Analisis
dapatan dalam tajuk ini diolah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut :
4.2.1. PENGENALAN
Sampel kajian seramai 38 orang responden merupakan siswa guru Program
Pendidikan Khas Pendengaran ambilan Jun 2016 IPG Kampus Ilmu Khas yang telah
menjalani praktikum selama 6 bulan.
37
4.2.2 DEMOGRAFI SUBJEK KAJIAN
Jadual 3
34%
Lelaki
Perempuan
66%
38
Jadual 3 dan Rajah 4.2 menunjukkan demografi responden iaitu siswa guru Program
Pendidikan Khas Pendengaran ambilan Jun 2016 IPG Kampus Ilmu Khas dengan
jumlah yang disoal selidik seramai 38 orang. Daripada analisis tersebut, kesimpulan
yang dapat dibuat ialah bilangan siswa guru perempuan adalah lebih ramai berbanding
bilangan siswa guru lelaki.
39
Jadual 4
5. Menguasai 10 17 3 4 4 3.45
penggunaan media (26.3%) (44.7%) (7.9%) (10.5%) (10.5%)
elektronik.
6. Membuat jenaka. 8 15 7 6 2 3.37
(21.1%) (39.5%) (18.4%) (15.8%) (5.3%)
7. Boleh menyanyi dan 9 17 4 7 1 3.42
melakukan gerakan. (23.7%) (44.7%) (10.5%) (18.4%) (2.6%)
8. Tidak memerlukan 4 5 7 14 8 2.34
kursus tertentu (10.5%) (13.2%) (18.4%) (36.8%) (21.1%)
Berdasarkan jadual 5, item 1 memperoleh skor min 3.58 iaitu tahap kesediaan
yang tinggi. Majoriti siswa guru iaitu seramai 16 orang (42.1%) bersetuju dan 12 orang
(31.6%) sangat bersetuju bahawa mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme berkaitan pembelajaran menyeronokkan bagi meningkatkan kemahiran
40
pedagogi merupakan kesediaan mereka untuk mengaplikasikan pembelajaran
menyeronokkan dalam bilik darjah. Sementara itu seramai 8 orang (21%) responden
pula menyatakan mereka tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju bahawa
menghadiri kursus untuk meningkatkan profesionalisme merupakan kesediaan untuk
mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan.
Bagi item kedua pula, skor min juga berada pada tahap kesediaan yang tinggi
iaitu sebanyak 3.82. Seramai 15 orang respondan (39.5%) sangat bersetuju dan 14
orang responden lagi (38.6%) bersetuju bahawa mereka memberi peluang kepada
murid untuk meneroka ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hanya
seorang responden berada pada tahap sederhana setuju manakala bilangan responden
yang tidak bersetuju seramai 6 orang dan 2 orang lagi responden (5.3%) pula sangat
tidak bersetuju mereka memberi peluang kepada murid untuk meneroka.
Seterusnya, item ketiga juga menunjukkan skor min yang agak tinggi iaitu 3.53.
Kebanyakan siswa guru bersetuju bahawa mereka berminat untuk mempelajari teknik-
teknik menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dengan seramai 11 orang
siswa guru (28.9%) sangat bersetuju manakala 16 orang (42.1%) siswa guru bersetuju
dengan item tersebut. Hanya 2 orang siswa guru (5.3%) sangat tidak bersetuju
manakala 6 orang lagi (15.8%) tidak bersetuju.
Berdasarkan item 4 pula, skor min juga menunjukkan tahap yang tinggi iaitu
3.61. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka tidak akan mendominasi proses
pembelajaran dalam bilik darjah sebaliknya mementingkan interaksi antara murid, guru
dengan rakan sekelas. Kebanyakan responden bersetuju iaitu seramai 16 orang
(42.1%) manakala 13 orang lagi (34.2%) sangat bersetuju. Golongan yang tidak
41
bersetuju dan sangat tidak bersetuju pula mempunyai bilangan yang sama iaitu masing-
masing 4 orang (10.5%).
Seperti item yang keempat, item kelima ini juga mempunyai golongan yang tidak
bersetuju dan tidak bersetuju yang sama iaitu 4 orang (10.5%). Kepandaian siswa guru
untuk berjenaka dalam kelas pula menunjukkan skor min yang sedehana iaitu 3.37.
Kebanyakan responden hanya bersetuju dengan bilangan 15 orang (39.5%) manakala
8 orang lagi (21.1%) sangat bersetuju. 7 orang responden (18.4%) menyatakan mereka
sederhana setuju dengan item tersebut manakala selebihnya tidak bersetuju.
Bagi item ketujuh pula, skor min yang diperolehi 3.42 iaitu tahap kesediaan tinggi
menghampiri tahap sederhana . 9 orang responden (23.7%) sangat bersetuju dan 17
orang (44.7%) hanya bersetuju mereka boleh menyanyi dan melakukan gerakan yang
menarik. 7 orang lagi responden (18.4%) tidak bersetuju dan cuma 1 orang (2.6%)
yang sangat tidak bersetuju.
Bagi item yang terakhir dalam konstruk ini, skor min yang diperoleh agak rendah
iaitu 2.34. Majoriti seramai 14 orang (36.8%) tidak bersetuju dan 8 orang lagi (21.1%)
sangat tidak bersetuju dengan item tersebut bahawa mereka tidak memerlukan kursus
tertentu untuk mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran. Ini
42
bermakna seramai 22 orang (57.9%) memerlukan kursus-kursus tertentu sebagai
kesediaan mereka mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan. Manakala 4 orang
lagi (10.5%) responden yang mewakili sangat bersetuju mereka tidak memerlukan
kursus tersebut. Di samping itu 5 orang responden (13.2 %) daripada bilangan
responden menyatakan mereka bersetuju dan 7 orang lagi (18.4%) lagi sederhana
setuju.
43
Kebanyakan siswa guru mampu menggunakan bahasa yang lucu dan jenaka
untuk menimbulkan suasana ceria dalam pengajaran. Namun begitu mereka bersetuju
bahawa mereka memerlukan kursus-kursus untuk menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam kaedah dan teknik yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dalam kalangan murid. Mereka juga memerlukan kemahiran
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar berbantukan komputer supaya pelaksanaan
pembelajaran menyeronokkan dapat diamalkan dengan lebih berkesan lagi. Pendidikan
pada era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan keperluan dan
kehendak semasa (Rohani et al., 2015). Penggunaan media teknologi turut mendorong
minat para pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan mereka akan lebih terdedah
dengan pembelajaran kendiri. Para pelajar dapat mengakses bahan-bahan sedia ada,
maklumat terkini dan berkongsi info bersama rakan juga pendidik dengan mudah dan
pantas.
Bagi item kebolehan untuk menyanyi dan melakukan gerakan yang menarik,
kebanyakan siswa guru bersetuju mereka mampu melakukan perkara tersebut bersama
murid-murid. Hanya sebilangan siswa guru yang tidak bersetuju mungkin disebabkan
mereka tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian. Sebagai seorang guru,
44
kita tidak boleh berasa malu dan berani mencuba pelbagai kaedah dalam
menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
Seterusnya, bagi tahap kesediaan siswa guru dalam membuat jenaka dalam
kelas, ia hanya mencapai tahap sederhana. Siswa guru mengakui bahawa mereka
mampu menggunakan jenaka semasa mengajar di dalam bilik darjah. Namun demikian,
tidak dapat dinafikan bahawa agak sukar untuk membuat jenaka kepada murid
pendidikan khas pendengaran. Hal ini kerana mereka sukar untuk memahami ayat
kiasan. Walaubagaimanapun, hampir setiap hari seorang guru itu bercakap dan
berinteraksi dengan muridnya. Oleh itu bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian
daripada tugas guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru–murid, seharusnya
seseorang guru itu berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri kecindan. Paterson (2006)
menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin kerana dalam kajian,
beliau mendapati ianya dapat membantu mengatasi beberapa masalah peribadi yang
timbul di sekolah.
Bagi item yang memperoleh skor terendah pula, kebanyakan siswa guru tidak
bersetuju bahawa mereka tidak memerlukan kursus tertentu untuk mengaplikasikan
pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran. mereka amat memerlukan kursus
tertentu untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah dan teknik
pengajaran yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dalam kalangan murid. Sehubungan itu, kesedaran yang tinggi dalam meningkatkan
kemahiran pedagogi dengan mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme
berkaitan pembelajaran menyeronokkan membantu siswa guru mengaplikasikan
pengajaran berpusatkan murid. Interaksi antara murid, guru dengan rakan sekelas
membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Mereka dapat sama-sama
bertukar pendapat dan menentukan pandangan yang paling bernas.
45
4.3.2 : Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
Responden telah menyatakan tahap kesediaan mereka melalui skala likert lima mata
iaitu 1. Sangat jarang (SJ) 2. Jarang (J) 3. Sederhana Kerap (SD) 4. Kerap (K) 5.
Sangat Kerap (SK).
Jadual 5
46
1. bahasa yang kreatif dan lucu 0 2 7 22 7 3.92
untuk menerangkan isi (0%) (5.3%) (18.4% (57.9%) (18.4%)
)
kandungan.
2. teknik pembelajaran 0 4 4 20 10 4.08
berpusatkan murid seperti (0%) (10.5%) (10.5% (52.6%) (26.3%)
)
lakonan, main peranan dan
nyanyian
3. unsur jenaka semasa 1 2 8 20 7 3.89
mengajar di dalam bilik darjah. (2.6%) (5.3%) (21.1% (52.6%) (18.4%)
)
4. teknik pembelajaran 0 2 6 19 11 4.16
berpusatkan murid seperti (0%) (5.3%) (15.8% (50%) (28.9%)
)
belajar sambil bermain
5. perisian multimedia atau CD 0 2 4 22 10 4.18
interaktif yang mengandungi (0%) (5.3%) (10.5% (57.9%) (26.3%)
)
tutorial, latihtubi, atau
permainan bahasa
6. bahan media yang lucu 0 2 9 20 7 3.89
semasa mengajar. (0%) (5.3%) (23.7% (52.6%) (18.4%)
)
7. alat pandang dengar seperti 0 4 3 23 8 3.95
tayangan filem komedi yang (0%) (10.5%) (7.9%) (60.5%) (21.1%)
47
Berdasarkan jadual analisis, item 1 memperoleh skor min yang agak tinggi iaitu
3.92. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden kerap menggunakan
bahasa yang kreatif dan lucu untuk menerangkan isi kandungan manakala 7 orang
responden (18.4%) lagi responden pula menyatakan mereka sangat kerap dan
sederhana kerap menggunakannya. 2 orang lagi responden (5.3%) pula jarang
menggunakan bahasa yang kreatif dan lucu. Bagi item kedua dalam konstruk ini,
kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka kerap menggunakan teknik
pembelajaran berpusatkan murid seperti lakonan, main peranan dan nyanyian dengan
skor min yang agak tinggi iaitu 4.08. 4 orang responden (10.5%) menyatakan mereka
sederhana kerap menggunakannya manakala kebanyakan siswa guru seramai 20
orang ( 52.6%) pula kerap menggunakannya.
Seterusnya, item yang ketiga juga memperoleh skor min yang tinggi sebanyak
3.89. Seramai 20 orang (52.6%) menyatakan mereka kerap menggunakan unsur jenaka
semasa mengajar dalam bilik darjah manakala 7 orang lagi responden (18.4%) sangat
kerap. 8 orang lagi responden (21.1%) menyatakan mereka sederhana kerap
menggunakan jenaka, 2 orang lagi (5.3%) jarang dan hanya seorang responden yang
menjawab sangat jarang. Di samping itu, analisis pada item 4, iaitu saya menggunakan
teknik pembelajaran berpusatkan murid seperti belajar sambil bermain menunjukkan
nilai min tahap yang agak tinggi iaitu 4.16. Dapatan kajian menunjukkan seramai 19
orang (50%) menyatakan kerap, 11 orang lagi (28.9%) pula sangat kerap, 2 orang lagi
(5.3%) kerap dan 6 orang (15.8%) lagi sederhana kerap.
48
tinggi sebanyak 3.89. 20 orang lagi (52.6%) responden menjawab kerap, 7 orang lagi
(18.4%) lagi menjawab sangat kerap, 9 orang lagi (23.7%) sederhana kerap dan 2
orang lagi (5.3%) jarang.
Bagi item yang seterusnya, penggunaan alat pandang dengar seperti tayangan
filem komedi yang sesuai dengan isi pelajaran juga mendapat skor min yang tinggi
sebanyak 3.95. Seramai 23 orang (60.5%) bersetuju menyatakan mereka kerap
menggunakan alat pandang dengar dalam pengajaran. Seramai 8 orang responden
(21.1 %) lagi responden pula menyatakan sangat kerap, 3 orang lagi (7.9%) lagi
sederhana kerap manakala 4 orang lagi (10.5%) jarang. Bagi item saya menggunakan
Bahan Bantu Mengajar (BBB) yang menarik pula, skor min yang diperolehi juga agak
tinggi sebanyak 4.39. Seramai 19 orang responden (50%) kerap menggunakan BBB
yang menarik, 16 orang (42.1 %) lagi sangat kerap, 1 orang lagi (2.6%) lagi sederhana
kerap manakala 2 orang lagi (5.3%) jarang.
Bagi item yang terakhir pula, skor min yang diperoleh juga agak tinggi sebanyak
3.89. Kebanyakan siswa guru seramai 22 orang (57.9%) kerap menggunakan teknik
belajar dalam kumpulan manakala 11 orang lagi (28.9%) sangat kerap. Hanya
sebilangan siswa guru yang jarang melakukan teknik tersebut dalam kelas dengan
bilangan 4 orang (11.5%)
49
Jamaludin Badusah et. Al (2000), pengajaran guru sepatutnya boleh menimbulkan
rangsangan positif serta keinginan murid untuk mengetahui. Pengajaran guru
seharusnya lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, bahan yang dihasilkan oleh
guru sepatutnya boleh dijadikan sebagai daya penarik yang mampu mengekalkan daya
tumpuan murid terhadap PdPc.
Bagi item kelima iaitu saya menggunakan perisian multimedia atau CD interaktif
yang mengandungi tutorial, latih tubi, atau permainan bahasa juga memperoleh skor
min yang tinggi. Perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dengan kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha kearah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya sekolah perlu diubah daripada sesuatu yang
berdasrkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan penyayang
dengan menggunakan teknologi terkini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).
Penyelidik seperti Heinich et al. (2002) telah menyediakan satu model panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaanmedia.
Model ini dipanggil Model ASSURE. Ia mengandungi enam langkah iaitu; Analisis
Pelajar, Pernyataan Objektif, Pilihan kaedah dan media, penggunaan media dan bahan,
dorongan penglibatan pelajar serta nilai dan semak. Ramai pengajar berpendapat
bahawa Model ASSURE merupakan satu model rekabentuk pengajaran yang sesuai
digunakan dalam situasi pengajaran bilik darjah yang memerlukan penggunaan media.
Selain itu, item 2 dan 4 juga memperoleh skor min yang tinggi di mana siswa
guru banyak menggunakan teknik pembelajaran berpusatkan murid. Perkara ini jelas
terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu
mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi
mewujudkan pengetahuan baharu.
50
Seterusnya, item 7 juga menunjukkan tahap pelaksanaan yang tinggi dalam
kalangan siswa guru iaitu saya menggunakan alat pandang dengar seperti tayangan
filem komedi yang sesuai dengan isi pelajaran. Hal ini boleh menjadikan pembelajaran
lebih bermakna kerana murid lebih mudah memahami isi pelajaran dengan lebih baik.
Secara amnya, murid pendidikan khas pendengaran banyak menggunakan visual untuk
belajar. Selain itu, kebanyakan media dalam bahan tersebut menggunakan bahasa
yang kreatif dan lucu untuk menerangkan isi kandungan yang berkaitrapat dengan item
1. Item ini juga memperoleh skor min pada tahap tinggi. Melalui kaedah ini, murid akan
berasa lebih seronok untuk mengikuti pelajaran.
Di samping itu, item 3 juga memperoleh skor min yang tinggi. Menurut kajian
yang dilakukan oleh Frymier et al. (2008), jenaka dalam bilik darjah membantu
berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran. Unsur jenaka yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran akan dapat mengurangkan situasi tegang dalam bilik darjah. Amalan
kecindan dalam kalangan guru juga akan membolehkan murid merasa lebih seronok
dan membantu murid menumpukan perhatian kepada pelajaran.
4.4 RUMUSAN
Kesimpulannya, bab empat ini menerangkan tentang analisis hasil dapatan serta
perbincangan yang telah diperolehi pengkaji. Bab ini juga akan menjawab dua
persoalan kajian yang dinyatakan di peringkat awal kajian. Bagi konstruk yang pertama
iaitu kesediaan mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan, sebahagian besar
siswa guru didapati mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Walaubagaimanapun,
mereka akui memerlukan kursus-kursus peningkatan profesionalisme bagi
menambahbaik kualiti PdPc. Bagi konstruk yang kedua pula iaitu pelaksanaan
51
pembelajaran menyeronokkan, hasil kajian menunjukkan siswa guru Program
Pendidikan Khas Pendengaran banyak mengaplikasikan elemen pembelajaran
menyeronokkan secara kerap. Kebanyakan siswa guru mempunyai tahap kesedaran
yang tinggi tentang kepentingan pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam
PdPc.
52
BAB 5.0 : KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Dalam bab akhir ini, pengkaji akan membincangkan mengenai dapatan yang diperoleh
daripada bab 4. Pengkaji akan mengaitkan perbincangan dapatan kajian ini dengan
sorotan literatur. Di samping itu, pengkaji juga akan memberikan beberapa cadangan
terhadap pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan siswa guru
PISMP Pendidikan Khas Pendengaran supaya sesi PdPc menjadi lebih seronok.
Pengkaji juga berharap supaya para pendidik mengambil berat akan pelaksanaan
pembelajaran menyeronokkan dalam PdPc bagi meningkatkan lagi hubungan antara
guru dengan murid.
5.2 KESIMPULAN
Daripada hasil kajian dan analisis data yang telah dijalankan, maka dapat
dirumuskan bahawa tahap pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan
siswa guru Program Pendidikan Khas pendengaran di IPG Kampus Ilmu Khas adalah
agak tinggi. Kebanyakan item-item dalam konstruk soal selidik mendapat nilai skor min
yang tinggi. Dalam aspek kesediaan guru mengaplikasikan pembelajaran
menyeronokkan dalam PdPc didapati juga adalah berada pada tahap tinggi.
Walaubagaimanapun, siswa guru bersetuju bahawa mereka masih memerlukan
penambahbaikan dalam pengajaran dan pemudahcaraan berminat untuk menghadiri
kursus-kursus latihan pengajaran bagi pelaksanaan elemen pembelajaran
menyeronokkan.
53
media lain seperti video klip atau gambar kartun yang melucukan bagi menarik minat
murid. Oleh kerana murid pendidikan khas pendengaran lebih berfokus kepada
pembelajaran visual, guru perlulah menyediakan pelbagai bahan visual yang mudah
difahami untuk mereka.
Di samping itu, kebanyakan guru mempunyai kebolehan semula jadi dan mampu
untuk mewujudkan kawalan bilik darjah yang baik dalam melaksanakan pembelajaran
berpusatkan murid seperti lakonan, main peranan, nyanyian dan belajar sambil
bermain. Ada kalanya keadaan menjadi tidak terkawal dalam kelas apabila murid
melakukan aktiviti. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dan menerangkan
peraturan dengan jelas. Siswa guru juga bersetuju bahawa pelaksanaan pembelajaran
menyeronokkan pada sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran merangkumi set
induksi, pelaksanaan aktiviti dan sesi penutup untuk mengukuhkan konsep atau
kemahiran yang ingin diajar dan mengawal tingkah laku murid. Sehubungan itu, aspek
kebolehan guru melaksanakan pembelajaran menyeronokkan, jelas menunjukkan
bahawa guru berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan pembelajaran menyeronokkan.
54
darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan
atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang
tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi
mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan
kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang
sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru
merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita,
latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah
dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut
sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa
mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini
menjelaskan bahawa pengajaran akan lebih berkesan apabila guru mampu
menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan.
Hasil dapatan kajian ini juga selari dengan hasil dapatan kajian yang dilksanakan
oleh Abdul Rasid Jamian(2009), menunjukkan siswa guru Program Pendidikan Khas
Pendengaran IPG Kampus Ilmu Khas mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam
pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan.
5.3 IMPLIKASI
55
akan tercapai. Di samping itu, kajian ini juga memberi impak kepada murid masalah
pendengaran melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan murid.
5.3.1 Guru
Guru-guru perlu diberikan latihan dan kursus pengajaran yang sama untuk
semua sekolah mengikut bidang masing-masing. Hal ini bagi memastikan keselarasan
dalam pelaksanaan aktiviti. Guru-guru juga boleh saling bertukar pendapat tentang
perancangan aktiviti yang menarik bagi sesuatu topik. Dalam konteks Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan maksud latihan dalam perkhidmatan
sebagai proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas, berdisiplin, bertujuan
menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan
semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti
kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring atau yang seumpama
56
dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan
organisasi.
5.4 CADANGAN
57
juga, pengkaji berharap agar kajian ini dapat diteruskan dengan melihat kepada
keberkesanan pengaplikasian elemen pembelajaran menyeronokkan dalam PdPc bagi
murid pendidikan khas pendengaran. Selain itu, kajian lanjutan yang akan datang
adalah lebih baik sekiranya melibatkan lokasi yang lebih meluas bagi mendapatkan
hasil kajian yang lebih tepat.
5.5 RUMUSAN
58
RUJUKAN
Abdul Rashid Moten (1998), A Guide To Research Proposal And Report Writing.
Selangor: Research Centre International Islamic University, Malaysia, h. 16.
Choong Lean Kow. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Gardner, H. (2010). Multiple intelligences: The theory in practice. Boston: Basic Books.
Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. Kuala Lumpur : Utusan Publicators and
Distributors Sdn Bhd.
59
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah dan Mokhtar
Narawi (2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 26 (1), 125-44.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisisan cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar tahun 4
di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu, 1(1), 27-49.
LAMPIRAN
60
61