Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 2

PENGURUSAN KOKURIKULUM
(BBD40102)

PENSYARAH
DR. MOHD ZULFADLI BIN ROZALI

NAMA: DHARSHINI DEVI A/P SUBRAMANIAM


NO MATRIK: CB170054
Minat Dan Kecenderungan Pelajar IPTA Terhadap Sukan Dan Permainan

Kokurikulum adalah satu aktiviti yang dilaksanakan di seluruh institut pengajian tinggi
mengikut sistem pendidikan Malaysia. Untuk menjayakan aktiviti ini setiap institusi pengajian
tinggi mempunyai unit-unit khas yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan
penyelerasan aktiviti kokurikulum. Salah satu aktivit kokurikulum yang memainkan peranan
yang penting di setiap institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta ialah aktiviti sukan.
Aktiviti sukan adalah dianggap sebagai daya penrgerak yang boleh meransang proses
pembelajaran. Tambahan pula, hal ini telah diperkatakan oleh Daud et all (2018), seorang pelajar
dapat melengkapkan diri dengan pelbagai jenis psikomoto melalui penguasaan kemahiran asas
sukan.Namun aktiviti sukan kurang mendapat sambutandi kalangan pelajar IPTA. Hal ini
disebabkan beberapa faktor-faktor yag tertentu sama ada faktor dalaman atau faktor luaran
pelajar IPTA. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar IPTA dalam
aktiviti sukan berdasarkan beberapa faktor. Antara faktor yang dikaji adalah minat dan kesedaran
pelajar IPTA terhadap aktiviti sukan.
Terdapat beberapa faktor yang menarik minat pelajar IPTA terhadap aktiviti sukan.
Menurut Ali (2014), kesihatan merupakan satu faktor yang menarik minat pelajar IPTA dalam
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Pelajar dapat mengeluarkan peluh dan toksik daripada
badan dengan melakukan aktiviti sukan. Tambahan pula, seorang pelajar dapat mencapai berat
badan yang ideal dan tahap kardio yang baik dengan melaksanakan aktiviti sukan. Dengan
melaksanakan aktiviti sukan seseorang dapat menyihatkan dan menyegarkan badan serta
menghindari daripada penyakit. Hal ini kerana berat yang sihat dapat melahirkan minda yang
aktif untuk melaksanakan sesuatu kerja tanpa malas.
Selain itu, menurut Buntat & Jailani (2018), aktiviti sukan dapat mengurangkan stress
yang dihadapi oleh pelajar. Di samping itu, psikologi pelajar juga dapat input yang positif melaui
bersukan. Menurut Buntat et al (2018), sukan juga memberi peluang kepada pelajar untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Tambahan pula, kegiatan bersukan ini dapat mengeratkan
perpaduan antara pelajar pengajian tinggi. Menurut Hung et al (2017), kemudahan dan peralatan
sukan juga menjadi faktor pendorong dalam kalangan pelajar IPTA. Hal ini disebakan pelajar
akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan aktiviti sukan sekiranya mempunyai kemudahan dan
peralatan yang lengkap dan cekap. Tambahan pula, menurut Din (2015), kepimpinan jurulatih
juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar IPTA dalam melakukan aktiviti
sukan. Tidak dapt dinafikan bahawa, seorang jurulatih yang berkualiti dapat melahirkan atlet
yang cemerlang. Oleh itu tingkah laku seseorang jurulatih perkara yang perlu dititik beratkan
dalam menarik minat pelajar IPTA untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Tambahan pula, jurulatih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap seseorang atlet dari
segi sikap, emosi dan suasana latihan. Hal ini dapat membatu atlet untuk mencapai kemajuan
dalam sesuatu sukan. Selain itu,perancangan dan pelaksanaan yang dibuat oleh seseorang
jurulatih boleh memenuhi permintaan atlet dan meningkatkan prestasi atlet dalam acara sukan
yang terlibat.keadaan ini boleh dikatakan sama dengan Din (2015), bahawa tingkah laku
seseorang jurulatih atau guru dapat membawa banyak kesan terhadap prestasi seseorang atlet.
Seterusnya, menurut Ali (2014), kepentingan sukan perlu didedahkan dalam kalangan
pelajar melalui subjek di institusi pengajian tinggi. Hal ini dapat membantu pelajar IPTA untuk
menanam minat bersukan. Sekiranya pelajar mendapat maklumat yang tepat mengenai bersukan
maka mereka akan dapat bersifat positif terhadap sukan. Selain daripada itu, jurulatih juga boleh
memainkan peranan mereka dalam mendedahkan kepentingan bersukan kepada pelajar IPTA.
Menurut Din (2015), jurulatih dan guru juga turut boleh mengadakan program kepada pelajar
untuk mendedahkan kepentingan sukan.
Menurut Buntat et al (2017), kajian ini juga turut mengenalpasti faktor yang menghalang
pelajar IPTA melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan. Faktor pertama yang menghalang
pelajar IPTA dalam melakukan aktiviti sukan adalah pelajar sentiasa memberi focus yang
berlebihan untuk bidang aktiviti mereka. Hal ini disebabkan pelajar IPTA meluangkan masa
yang banyak untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Tambahan pula, menurut
ali (2014), kekurangan masa juga menjadi salah satu faktor penghalang pelajar IPTA untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hal ini kerana pelajar meluangkan masa untuk mebuat kerja
dan membuat persiapan untuk peperiksaan. Selain daripada itu, kekurangan pengetahuan sukan
menjadi satu kekangan kepada para pelajar IPTA untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti fizikal.
Berdasarkan perbincangan diatas, sukan adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan
seseorang pelajar. Terdapat pelbagai kebaikan melalui bersukan seperti kesihatan pelahar dapat
dijaga, dapat megratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dapat melahirkan keyakinan diri.
Oleh yang demikian adalah disarankan bahawa pelajar IPTA perlu melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dengan aktif bukan hanya melibat dalam satu atau dua sukan sahaja. Bagi menggalakkan
pelajar IPTA terlibat dengan aktif dalam sukan, pihak pentadbiran dan pengurusan perlu
memainkan peranan penting dengan menyediakn pelbagai kemudahan dan perlatan sukan kepada
pelajar. Selain itu, pihak pentadbiran dan pengurusan juga perlu memberi perhatian terhadap
pelajar IPTA dalam mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan sama ada di dalam
kampus atau di luar kampus. Dengan ini, beban akademik juga dapat dikurangkan kepda pelajar.
Oleh itu, faktor-faktor tersebut perlu diberi dititikberatkan oleh pihak pengurusan dan
pentadbiran agar minat pelajar IPTA terhadap sukan dapat ditingkatkan selaras dengan hasrat
kementerian pelajran Malaysia.
Rujukan
1. Ali,S.K.S., Noordin, N.A.M., Ghani, M.F.A. & Hutagalong, F.D. ( 2014). Minat dan
kecenderungan pelajar perempuan terhadap sukan di institut pendidikan guru (IPG).
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Vol.2, 730-734.
2. Buntat, Y.B. & Jailani, N.B. (2015). Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti
Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol.2, 35-48
3. Daud, W.R., Muhamad, T.A. & Yunus, M. (2018). Hubungan Kecerdasan Pelbagai
dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik. Jurnal Pendidikan
Malaysia, Vol.1, 39-47
4. Din, A., Rashid, S.A. & Awang, M.I. (2015). Aspek pengurusan program latihan dan
kesannya terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol.1, 73-
95.
5. Hung, J.L.C., Geok. S.K., Talib, O & Yusof, A. (2017). Persepsi Atlet Pelajar: Tingkah
Laku Kejurulatihan Sukan Balapan Dan Padang. Movement, Health & Exercise, Vol.2,
135-145

Anda mungkin juga menyukai