Anda di halaman 1dari 22

1.

PENGENALAN
Di dalam sesebuah perniagaan, pemasaran merupakan aspek yang penting dalam

meningkatkan pendapatan, daya saing dan kelangsungan hidup sesebuah organisasi.


Sesungguhnya, frasa tersebut sangat sesuai dengan ungkapan yang dinyatakan oleh Philip
Kotler (2002:9) tentang pemasaran di mana
Marketing is a social and managerial process and by which individuals and group obtain
what they need and want through creating, offering, and freely exchanging product and
service of value with other.
Maka dengan ini dapat dinyatakan bahawa pemasaran adalah suatu proses sosial yang di
dalamnya individu dan kelompok mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan
menciptakan, menawarkan, dan secara bebas mempertukarkan produk yang bernilai
dengan pihak lain. Dalam pada itu, Stanton (2001) menyatakan bahawa definisi pemasaran
adalah suatu sistem keseluruhan kegiatan-kegiatan perniagaan yang ditujukan untuk
merencanakan, menentukan harga, mempromosikan dan mengedarkan jasa yang
memuaskan kepada pembeli yang ada mahu pun bakal pembeli. Dari beberapa definisi di
atas, dapatlah disimpulkan bahawa pemasaran adalah suatu rangkaian proses kegiatan
yang dilakukan oleh individu mahupun suatu kelompok atau organisasi melalui perencanaan
pemikiran, penetapan harga, promosi serta penyaluran gagasan atau barang untuk
memenuhi keinginan dan permintaan konsumer.
Pemasaran merupakan penciptaan nilai yang tinggi bagi pengguna daripada nilai
yang diciptakan oleh pihak pesaing. Antara strategi usaha yang sesuai dengan konsep
tersebut adalah menghasilkan barang dan perkhidmatan apa yang boleh dihasilkan. Dalam
prinsip asas pemasaran terdapat beberapa isu penting yang perlu didalami. Antaranya,
mencipta nilai bagi langganan, keunggulan bersaing, dan fokus pemasaran. Sesungguhnya,
kita perlu memahami bahawa tujuan pemasaran bukan sahaja mendapatkan langganan,
akan tetapi memperbaiki situasi bersaing. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu sedar
bahawa barang dan perkhidmatan yang dihasilkan seharusnya berkualiti tinggi, harga yang
lebih murah, dan penyerahan yang lebih cepat daripada pesaing-pesaing yang lain.

Tugasan ini telah disediakan untuk menganalis masalah pemasaran sebuah


perniagaan yang kurang berdaya saing dan merancangkan pemasaran yang sesuai bagi
membantu perniagaan yang berkenaan dengan mengambil kira beberapa aspek yang
penting. Oleh yang demikian, bagi menyempurnakan tugasan ini, kami telah memilih

perniagaan menjual roti berjenama High 5. Perniagaan ini tidak berapa dikenali oleh para
pengguna kerana pertubuhan syarikat yang masih dikira baru.
Pada pandangan kami, roti jenama High 5 memang sedap, berkhasiat tinggi, dan
sesuai untuk pelbagai jenis kaum, umur dan agama. Akan tetapi, atas beberapa sebab
jenama roti High 5 masih tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
jenama roti-roti yang lain kerana kelemahan dari segi pemasaran syarikatnya.
Oleh yang demikian, melalui tugasan ini kami telah berusaha sedaya upaya
menyediakan satu rancangan pemasaran yang dapat mengatasi segala masalah strategi
pemasaran syarikat tersebut dengan penyelidikan yang lanjut dan teliti.
2.0

KENAL PASTI PEMASARAN PERNIAGAAN

Gambar 1 : Logo Rasmi HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd

Sejarah kewujudan produk High5 ini pada permulaan hanyalah sebuah kedai kecil yang
menjual roti-roti sandwich dan juga yang berkrim. Setelah 2004 berlalu, High5 cuba
memperkembangkan lagi produknya dengan mempromosikan roti-roti High5 melalui risalah
dan surat khabar. Tidak lama kemudian, produk tersebut mendapat sambutan yang sangat
hebat sehinggalah pada 25 Mei 2005 dan didaftarkan sebagai HIGH5 SILVER Sdn.Bhd.
Kilang roti HIGH5 terletak di Shah Alam, Selangor. Gambar 2 berikut menunjukkan kilang
roti tersebut.

Gambar 2: Kilang roti HIGH5 di Shah Alam, Selangor.


Terdapat banyak produk yang dipasarkan di bawah jenama HIGH5. Antara siri roti
yang dikeluarkan ialah
i.
ii.
iii.
iv.

High 5 Buns
High 5 sambal ikan bilis, red bean dan spicy tuna
High 5 Sandwich bread, high grain dan lain-lain lagi.
Kaya High 5

Rajah 1 : Siri roti berjenama High 5

Butiran syarikat HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd adalah seperti berikut :

Companys Name :

HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd

Member type

Ordinary Member

Office address

Silver Bird Group Berhad


Lot 72, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21,
40000 Shah Alam,
Selangor

Telephone

603 - 51922888

Fax No

Website

http://www.high5breadtown.com

Email

email@high5bread.com

603 - 51920367 / 603 - 51922266

Business Enquiry :

Human Resource and Administrative Executive

Products/Services/ :
Manufactured

Bread

Brands Name

HIGH5

Quality Standards :

Halal (2005)

3.0 ANALISIS ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN

Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam
perancangan dan persediaan dalam sesuatu perniagaan. S.W.O.T adalah merupakan
singkatan kepada ayat Strengths (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Opportunities
(Peluang)andThreats (Ancaman). Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk
menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau
mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis
dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran. Dalam bahagian ini,
saya melakukan analisis S.W.O.T terhadap syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad.

Kelemahan
-Penurunan untung bersih.
-Peningkatan inventori.
-Peningkatan liabiti semasa.
-Peningkatan kos penyelenggaraan
inventori.
-Penurunan perolehan per saham
(EPS).

Kekuatan
-Pengeluar terbesar ketiga roti di
Malaysia.
-Hasil jualan yang meningkat.
-Produk roti yang halal
-memiliki nilai aset yang melebihi liabiliti.

Peluang
S.W.O.T
-Permintaan produk yang tinggi.
-Eksport ke pasaran luar.
-Pembangunan produk.
-Perkembangan secara online
-Penambahan aset semasa (cawangan
baru)
Ancaman
-Ada syarikat pengeluar roti yang lain.
-Kewujudan kedai bakeri yang
mengeluarkan roti yang segar.
-Penggunaan resipi yang baru.
-Penciptaan produk tiruan.

Rajah 2: Analisis S.W.O.T Syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad

Rajah 2 menunjukkan analisis S.W.O.T yang saya lakukan terhadap syarikat High5
Silver Bird Sendirian Berhad. Terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang boleh ditimbulkan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Saya telah meneliti
beberapa kekuatan syarikat ini antaranya seperti syarikat ini mempunyai kecairan aset yang

mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek. Hal ini kerana syarikat tersebut
mempunyai aset semasa lebih tinggi daripada liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan
tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh dan stabil. Syarikat tersebut tidak akan
mengalami kerugian kerana masih mempunyai wang lebihan walaupun selepas liabiliti
dituntut dan syarikat boleh membayar liabiliti mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Secara kesimpulannya, kewangan syarikat lebih kukuh pada tahun 2013 berbanding tahun
2014 kerana mempunyai jumlah aset semasa yang lebih tinggi.
Selain itu, kekuatan yang dikenal pasti juga adalah syarikat ini merupakan syarikat
tempatan Ketiga terbesar yang mengeluarkan roti. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat ini
menguasai pasaran pembuatan roti di negara ini walaupun adanya syarikat lain. Tambahan
lagi, kekuatan syarikat ini juga adalah dari segi peningkatan hasil jualannya yang
memberangsangkan. Syarikat dapat membuat jualan yang lebih banyak pada tahun 2014
berbanding pada tahun 2013. Hal ini mungkin disebabkan oleh permintaan produk yang
tinggi daripada para pengguna. Kekuatan syarikat ini juga adalah mengeluarkan produk roti
yang halal. Hal ini dibuktikan melalui pemerolehan kelulusan sepenuhnya oleh Jabatan
Agama Islam Malaysia untuk dijual kepada muslimin dan muslimat. Kekuatan syarikat ini
juga boleh dilihat melaui promosinya. Syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad
mempunyai Muzium roti tersendiri yang dapat menarik minat pelajar-pelajar sekolah dan
ornag ramai untuk melawatnya. Melalui muzium ini pelaja-pelajar sekolah dan orang ramai
dapat mempelajari asal usul pembuatan roti dan sejarah penubuhan syarikat High 5. Pada
masa yang sama, orang ramai akan digalakkan untuk menikmati roti syarikatnya dengan
membuka cafe yang menjual produk syarikat tersebut.
Sementara itu, terdapat juga beberapa kelemahan syarikat yang telah dikenal pasti
berdasarkan analisis yang dibuat. Pertama, kelemahan syarikat ini adalah penurunan
untung bersih dan margin untung bersih walaupun berlakunya peningkatan hasil jualan. Hal
ini berlaku mungkin kerana syarikat terpaksa menanggung peningkatan kos jualan yang
lebih tinggi pada tahun 2014. Selain itu, kelemahan syarikat ini juga adalah peningkatan
inventori dan liabiliti semasa. Terdapat peningkatan dalam kedua-dua aspek ini antara tahun
2013 dan tahun 2014. Hal ini berlaku kerana syarikat lebih kerap melakukan penggantian
inventori pada tahun 2010 berdasarkan nisbah pusing ganti inventori yang telah dikira.
Liabiliti semasa pula meningkat kerana berlaku penambahan pada deposit pelanggan dan
peminjaman yang dibuat oleh syarikat. Tambahan lagi, kelemahan syarikat ini juga adalah
peningkatan kos penyelenggaraan inventori yang berlaku disebabkan peningkatan inventori
iaitu terlalu banyak inventori yang disimpan dan kurang kekerapan membuat penggantian
inventori.
Saya juga telah menyenaraikan beberapa peluang yang boleh diberikan perhatian
oleh syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad. Peluang-peluang yang wujud memberi

potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi


boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran.
Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan.
Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak
dalam pasaran baru. Pertama, peluang syarikat ini adalah permintaan produk yang tinggi
memandangkan roti merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira
golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk
menarik minat pelanggan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan syarikat diminta untuk
meningkatan kadar penghasilan roti bagi memenuhi keperluan harian. Kedua, peluang yang
boleh diambil oleh syarikat adalah melakukan eksport ke luar negara. Syarikat ini
berpeluang untuk meluaskan pasaran produknya ke luar negara memandangkan
kedudukannya yang kukuh sebagai syarikat pengeluar roti terbesar ketiga di Malaysia.
Selain itu, syarikat ini juga berpeluang untuk membuat pembangunan produk melalui
bahagian Research and Development (R&D) syarikat tersebut. Melalui bahagian ini,
syarikat harus melakukan kajian terhadap produk sedia ada mereka dan melakukan inovasi
atau penambahbaikan menggunakan teknologi-teknologi terkini agar dapat memenuhi
keperluan semasa dunia sekarang. Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti
mempelbagaikan lagi jenis roti dan menambah produk seperti cup cake, roti aiskrim, dan
sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan
yang diperoleh. Selain itu, perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah
satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman
sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat
produk terkini yang ditawarkan. Tambahan lagi, peluang yang dimiliki oleh syarikat ini juga
adalah mereka boleh membuat penambahan aset semasa seperti menambah cawangan
kilang dan mengambil lebih banyak pengedar agar mereka dapat mengedarkan produk
mereka dengan lebih mudah dan menyeluruh.
Jika ada peluang, pasti akan ada juga ancaman yang berlaku terhadap syarikat ini.
Setelah membuat analisis S.W.O.T, saya dapat ancaman yang mungkin berlaku kepada
syarikat ini adalah yang pertama, wujudnya syarikat pengeluar roti yang lain sama ada
syarikat tempatan atau syarikat dari luar negara. Contohnya, antara syarikat yang juga
terlibat dalam industri pembuatan roti seperti High5 Silver Bird Sendirian Berhad adalah
syarikat Gardenia Sendirian Berhad yang turut mengeluarkan roti. Hal ini menyebabkan
syarikat ini perlu bersaing dengan syarikat tersebut untuk menarik minat pelanggan dan
pengguna. Selain itu, kewujudan kedai bakeri yang mengeluarkan roti yang segar juga
memberi ancaman kepada syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd. Kedai bakeri boleh didapati
di kawasan bandar. Orang-orang bandar ingin memakan roti yang segar yang dibuat pada
hari tersebut. Hal ini menyebabkan syarikat ini perlu mengeluarkan roti yang segar dan

menghantarnya dengan kadar segera. Sementara itu, produk tiruan juga salah satu
ancaman kepada syarikat ini. Syarikat ini perlu melalukan promosi tentang jenama, labeling
dan ramuan rotinya supaya dapat mengatasi masalah produk tiruan.
Secara kesimpulan, analisis S.W.O.T yang saya lakukan telah membantu
saya mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh
syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad. Walau bagaimanapun, syarikat ini juga turut
menghadapi beberapa ancaman dan persaingan daripada syarikat-syarikat lain yang
mengeluarkan produk roti. Perbandingan antara produk roti daripada syarikat-syarikat yang
lain adalah seperti berikut :

Jenama

Butiran

Roti Gardenia mempunyai iklan yang

konsisten.
Mempamerkan iklan di pelbagai jenis

siaran (TV1, TV2, TV3).


Mempunyai pelbagai perisa roti yang

menarik.
Dijual di semua pasaraya besar.
Jenama yang terkenal di seluruh
Malaysia.

Gardenia

Mempunyai pelbagai jenis untuk

dipilih oleh pelanggan.


Pembungkusan produk yang

menarik.
Dijual di semua pasaraya besar.
Kerap membuat promosi dengan
membuat peraduan.

Massimo

Mighty White

4.0

MASALAH SEDIA ADA PERNIAGAAN

4.1

Kemampuan Daya Saing

Jenama yang sudah kukuh di

Malaysia dan antarabangsa.


Mempunyai pelbagai siri roti untuk

dipilih oleh pelanggan.


Pembungkusan produk yang

menarik.
Produk dalam bentuk dibeku seperti

Kek dibeku dan roti aiskrim.


Dijual di semua pasaraya besar.

Kita semua sedar bahawa pasaran terbuka sebenarnya membuka peluang kepada
peniaga dan usahawan untuk mengusahakan perniagaan mereka. Namun begitu, apabila
ramai yang menceburi dalam bidang yang sama, maka wujudlah persaingan antara satu
sama lain. Senario inilah yang dimaksudkan sebagai persaingan. Persaingan roti HIGH 5
adalah diperakui syarikat roti yang terbesar di Malaysia. Umum ketahui bahawa syarikat
HIGH 5 memang baru dalam arus perniagaan dan ia telah mulakan operasinya pada tahun
2005. Syarikat Silverbird HIGH5 mengalami kerugian yang amat besar pada permulaan
perniagaannya.
4.2

Jumlah Unit Pengeluaran yang kurang

Industri roti HIGH5 menjalankan sistem proses pembuatan roti utama di kilang itu
dengan tidak melibatkan tenaga kerja manusia yang banyak. Berdasarkan analisa, pihak
syarikat hanya merekrut 200 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua syif pagi dan
malam. Jadual syif dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak.
Sesungguhnya, mesin pembuat roti yang diimport hanya mampu menyiapkan 1000 buku roti
sehari.

4.3

Penggabungjalinan Sains dan Teknologi Pengendalian


Mengikut jadual yang diaturkan oleh pihak syarikat, setiap pemprosesan pembuatan

bermula dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan dan


mengikut saiz, membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan. Beberapa
kakitangan untuk memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab
dalam membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan pencemaran logam dalam roti.
Sebenarnya, sebuku roti sandwich mengambil masa selama 3 jam.
4.4

Isu perkauman
Penyokong Gardenia cuba membangkitkan isu yang memburuk-burukkan nama baik

HIGH5. Dendaman ini dibangkit dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka memburukkan
nama dengan mengatakan terdapat protein babi dalam tepung yang digunakan untuk
membuat roti. Penyokong roti Gardenia juga mengatakan bahawa tepung untuk permit
import dan mendapat subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan bagi membeli tepung dengan
kualiti yang paling rendah, Mereka bertanggapan bahawa tepung gred ini digunakan untuk
membuat makanan babi . Oleh yang demikian, hal ini sebenarnya mencabar pihak syarikat
Silverbird. HIGH5 Sdn Bhd agar dapat disahut dalam menjamin halal produk mereka.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki di dalam syarikat Hi Goat ini. Perkaraperkara ini mungkin sudah ada dalam perancangan syarikat pada masa atau datang atau
mereka terlepas pandang akan perkara ini. Namun begitu, jika langkah-langkah
penambahbaikan segera tidak diambil, kepercayaan dan keuntungan syarikat akan
berkurang mengikut tempoh masa tertentu. Bagi memastikan syarikat ini mempunyai nama
yang gah secara konsisten dan menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia, perkara yang
perlu diperbaiki ini tidak boleh dipandang remeh.
Penambahbaikan pertama bagi syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd adalah
pengiklanan. Memang tidak dinafikan pengiklanan yang dijalankan setakat ini berjaya

membuatkan High5 dikenali ramai tetapi kebanyakan iklan yang sampai kepada pengguna
adalah dalam bentuk media massa. Oleh itu, pihak atasan High5 Silver Bird Sdn Bhd perlu
mempelbagaikan kaedah pengiklanan seperti yang dilakukan produk lain yang sudah
dikenali ramai seperti Gardenia, Massimo dan Mighty White. Mereka membuat iklan di
siaran televisyen yang terkenal seperti TV3, Astro dan sebagainya. Mereka juga kerap
membuat iklan dalam dada-dada akhbar yang terkenal seperti harian Metro, Berita Harian
dan sebagainya.
Di samping itu, promosi merupakan perkara yang tidak dititikberatkan dalam
perniagaan ini. Promosi mampu menarik perhatian para pengguna walaupun ia mempunyai
tempoh masa dan selalunya tidak lama. Contohnya, dengan setiap pembelian roti 600g,
pembeli akan dapat satu buku resipi dengan percuma. Promosi ini Cuma berjalan selama
sebulan misalnya, tetapi kesannya terhadap pengguna amat besar. Mereka akan mula
memilih High5 daripada jenama lain kerana harganya lebih berbaloi. Hadiah-hadiah yang
diberikan melalui promosi perlulah yang mudah disimpan dan akan digunakan seperti mug,
pinggan, bekas plastik dan sebagainya.
Selain itu mempelbagaikan produk High5 seperti kek yang dibeku, roti aiskream, dan
majerin jenama Silver Bird Sdn Bhd. Kepelbagaian ini adalah untuk memastikan syarikat ini
berpotensi tinggi dalam memenuhi kehendak dan citarasa pengguna dan pelanggan yang
pelbagai. Disamping itu, roti yang dihasilkan disemak oleh kakitangan syarikat itu sendiri
untuk memastikan roti yang dihasilkan adalah dalam keadaan yang bersih, selamat
dimakan, dan halal kepada setiap golongan kaum khasnya muslimin dan musliman di mana
cara penyediaan, penyimpanaan, pengendalian dan pembungkusan adalah mematuhi
syariat Islam.

6.0 CADANGAN PORTFOLIO RANCANGAN PEMASARAN


6.1 Sasaran pasaran
Apabila kita memulakan sebarang bentuk perniagaan, ia akan melalui proses yang sama
walaupun berbeza produk dan perkhidmatan. Soalan kritikal dan pertama yang harus
ditanya oleh syarikat adalah, Siapakah sasaran utama perniagaan / produk ini? Sasaran
adalah bermaksud, kategori pelanggan dari segi umur, keinginan, keperluan, kerjaya, tahap
ekonomi, jantina, bangsa ataupun pendidikan.
Sasaran pasaran untuk syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd adalah semua lapisan
masyarakat tidak mengira bangsa, jantina dan umur. Semua masyarakat gemar memakan
roti sebagai sarapan pagi ataupun minuman petang. Di Malaysia roti memainkan peranan
penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Syarikat ini perlu mempelbagaikan pilihan
roti yang dapat menampung cita rasa semua masyarakat. Selain itu, mereka seharusnya
wajar diberikan insentif berupa baucar diskaun, hadiah, peraduan dan apa juga bentuk
insentif yang menunjukkan penghargaan kita kepada mereka.

Keuntungan adalah

melibatkan kedua-dua pihak, pengguna dan penjual kerana masing-masing mempunyai


kepentingan antara satu sama lain. Syarikat yang pandai menjaga hati pelanggan, pasti
akan untung lebih. Ini kerana bukan mudah mendapat kepercayaan daripada pelanggan.
6.2 Produk (Product)
Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan
produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui
penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk
yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya
memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.
Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan,
kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti
seperti variety untuk pilihan serta kaedah pembungkusan patut diambilkira untuk menarik
perhatian pelanggan. Syarikat perlu mempelbagaikan lagi jenis roti dan menambah produk
seperti cup cake, roti aiskrim, dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk

akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh. Selain itu, warna pembungkus perlu
menarik minat pelanggan untuk membelikannya. Contohnya, perisa strawberry dibungkus
menggunakan pembungkus warna merah manakala perisa blueberry dibungkus
menggunakan warna biru.

6.3 Promosi (Promotion)


Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya.
Tetapi, dalam strategi mempromosi, syarikat melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk
yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah
promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya
membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran
produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap
kompetitif yang dikehendaki di pasaran.
Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang
termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Sebagai syarikat roti yang terbesar
ketiga High5 Silver Bird boleh membuat promosi melalui media massa iaitu pengiklanan di
TV, radio dan juga dalam surat khabar. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar
diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang
meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, sama ada
serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor
seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.
Contohnya, roti digemari oleh murid-murid sekolah. Pada Hari sukan ataupun Hari
keusahawanan, syarikat ini boleh memberikan roti percuma kepada murid-murid sekolah. Ini
secara tidak langsung mengalakkan murid-murid untuk membelikan rotinya pada hari kelak.
6.4 Harga (Price)
Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam
realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan
harga yang strategik. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar
bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal
sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan
kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri.

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaran iaitu
mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. Syarikat High5 Silver
Bird menetapkan harga roti di garis yang berpatutan dan minimum dalam pengiraan kos
pengeluaran di samping mengambil kira harga pasaing. Maka didapati harga roti High5 yang
400g dengan harga RM2.50 berbanding dengan pesaingnya RM2.70. Harga ini memang
berpatutan kerana syarikat ini dapat berfungsi sebagai alat untuk memposisikan produk
minimum di minda pelangannya dan seterusnya meluaskan syer pasaranya.
6.5 Tempat (Place)
Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang
berfungsi menyampaikan roti High5 kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti
perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu,
strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan
serta tahap perkhidmatan mereka yang bekerja dengan Syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd.
Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang
betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Didapati pengedaran roti High5 ini masih belum
berleluasa pasaranya iaitu sebahagian. Tetapi Roti High5 cukup dikenal di Singapura.
Syarikat boleh membuka cawangan atau kilang di kawasan pantai timur dan utara. Sebab
syarikat menumpukan pasaranya di kawasan tengah semenanjung dan selatan iaitu
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Cawangan dan kilang baru di
kawasan utara dan pantai timur dapat meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran syarikat
ini.
7.0 CADANGAN BELANJAWAN PEMASARAN
Harga kos

Bil

Butiran

Plastik pembungkusan (RM0.25 x 10000 x sehari)

2500

Kadar bayaran bekalan air & elektrik

500

RM/Sehari

Syif pagi + syif malam


Upah pekerja pengeluaran & pemasaran

5400 + 8400

Syif pagi (RM4.50 x 12 sejam x 100 org x sehari)

= 13800

Syif malam (RM7 x 12 sejam x 100 org x sehari)

Iklan melalui surat khabar

135

(RM45 separuh besar x 3 kali seminggu)

Iklan media massa

4500

Kos pengedaran tol & petrol

1450

(RM145 x 10 buah lori x sehari)

Jumlah

22885

Sekiranya kos anggaran dikira dalam jangkaan yang panjang, adalah seperti berikut:
Minggu

: RM22,885 x 7 hari

= RM160,195

Bulan

: RM22,885 x 30 hari

= RM686,550

Tahun

: RM22,885 x (30 x 12 bulan)

= RM8238,600

8.0 CADANGAN PELAN TINDAKAN


Tahun

Aktiviti
Bandar Roti High5, adalah bandar

Tindakan
Bandar Roti High5 adalah

pertama sepertinya di dunia telah

senibina yang mempunyai karya

dibuka secara rasmi pada 25 Mei

agung yang telah menelan belanja

2005.

sejumlah RM100 juta dan terletak


di Shah Alam. Bandar Roti High5

2005

menawarkan pengembaraan
melalui sejarah roti yang
menceritakan perubahan
pembuatan roti dari satu masa ke
satu masa.

2006

Membuat kajian tentang produk

Syarikat mengupah 2 orang ahli

pesaing yang sudah terkenal di

penyelidikan untuk membuat

pasaran dan roti yang digemari

kajian harga dan rasa produk

orang ramai.

dipasaran iaitu Gardenia,


Massimo dan

2007

Menghasilkan siri roti yang baru

Syarikat menghasilkan roti yang

iaitu High5 Rolls yang merangkumi

berkualiti dan tepat dengan

Cream Rolls, Fruit Rolls, Sosej

citarasa orang ramai. Syarikat

Rolls, Fudgeez Chocolate Rolls.

juga membuat pembungkusan

(Lampiran 1)

produk yang menarik dan mudah


dibawa.

Menambahbaik jumlah pengeluar

Merekrut kira-kira 200 kakitangan

minumum roti.

untuk dibahagikan kepada dua


syif. Semua penjadualan syif itu
dibuat untuk memastikan capaian

2008

pengeluaran yang minimum, selari


dengan fakrot permintaan.
Penajaan sebanyak 4,000 400g roti

Penajaan sebanyak 4,000 roti

baru kepada peserta Penang

yang bernilai RM10,000 kepada

Starwalk 2011 (Lampiran 3)

peserta Penang Starwalk 2011 di


Penang Times Square. Salah satu
cara mempromosikan roti baru

2011

kepada pelangan sekitar Pulau


Pinang. Penajaan ini ditarget
kepada keluarga yang
mengutamakan kesihatan.

2013

Membuat iklan melalui televisyen

Iklan di televisyen pada waktu

dan surat khabar.

kemuncak dan iklan di beberapa


jenis surat khabar yang terkenal
seperti The New Strait Times,
Berita Harian, dan Metro.

Penilaian

Syarikat membuat penilaian


berdasarkan hasil promosi dan

2014

iklan yang dijalankan. Respon


daripada pembeli juga diambil kira
dan diperbaiki kelemahan yang
diutarakan.

9.0 Refleksi
Syukur kepada Tuhan, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan RBT3193E
Perniagaan dan Keusahawanan dengan jayanya. Persediaan dalam aspek kewangan ini
sangat penting di dalam perniagaan. Jika kita tidak dapat mengawal aliran kewangan dan
hanya bergantung kepada akaun sahaja, kemungkinan akan berlaku keadaan seperti dalam
akaun perniagaan menguntungkan tetapi aliran tunai perniagaan tidak mencukupi untuk
menjalankan dan meneruskan hayat perniagaan. Oleh itu, faktor-faktor yang amat penting
pada pendapat saya adalah modal pusingan yang senentiasa mencukupi dan pengawalan
aliran tunai yang baik.
Berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa bukan
mudah untuk menguruskan sesebuah syarikat atau perniagaan. Banyak perkara yang perlu
difahami dan diteliti dengan baik sekiranya kita ingin perniagaan kita berjalan dengan lancar
serta mampu menjana keuntungan yang besar. Saya berpendapat aspek strategi
pemasaran adalah yang paling penting dalam perniagaan. Saya juga yakin bahawa
pendapat saya itu akan juga turut dipersetujui oleh mana-mana ahli perniagaan kerana
sememangnya aspek tersebut adalah aspek yang sangat memerlukan penelitian serta
pengurusan yang telus. Strategi pemasaran sangat penting dalam memastikan sesebuah
perniagaan tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kelangsungan perniagaan
tersebut. Oleh sebab Malaysia merupakan negara yang sedang membangun, negara kita
mempunyai pemasaran global yang luas dan pelbagai, tetapi kami memang tidak dapat
membendungkan strategi pemasaran yang tidakm beramanah secara satu peratus. Oleh itu,
pengguna haruslah bijak menggunakan hak asasi pengguna apabila memilih sesuatu
perkhidmatan daripada peniaga dalam pemasaran yang luas kini.
Seterusnya, dalam tugasan ini juga, saya dapat membuat analisis S.W.O.T terhadap
syarikat YokohamaIndutries Berhad. Sebelum ini, saya telah pun diberikan pendedahan

tentang analisis S.W.O.T dan pernah menggunakannya untuk menilai sesuatu perkara.
Namun, ini adalah pengalaman pertama saya membuat analisis S.W.O.T terhadap sebuah
syarikat perniagaan dan berdasarkan analisis yang dibuat, saya dapat mengenalpasti
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Analisis
yang dibuat tersebut membantu saya membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap
perkembangan syarikat yang saya pilih. Analisis S.W.O.T sangat sesuai digunakan untuk
menganalisis sesebuah syarikat perniagaan kerana analisis tersebut bersifat holistik iaitu
menilai aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh sesebuah
syarikat perniagaan.
Akhir kata, saya berasa amat bertuah kerana dapat menyiapkan tugasan yang
sangat bermakna ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah saya Puan Mayzatul Akmam Bt Kamaruddin yang telah memberi
banyak tunjuk ajar dalam proses membuat tugasan ini. Saya percaya segala ilmu yang
telah saya pelajari akan saya guna pakai suatu hari nanti.

Lampiran 1

Rujukan: http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre121717
Lampiran 2

Rujukan:
http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre589185

Lampiran 3

Rujukan : http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre238996

Anda mungkin juga menyukai