Anda di halaman 1dari 8

Contoh Tokoh Usahawan yang Berjaya Haaaa disebabkan kami rakan sekelas diberi tugasan subjek usahawan untuk

mencari contoh tokoh-tokoh usahawan yang berjaya, akhir sekali,saya dan group saya dapat idea bernas memilih usahawan beras faizauntuk dijadikan contoh. So, lepas ni kalau ada sesiapa dapat assignmentmacam kitorang ni, free free jelahh korang dapat copy dari belog saya.Cehhh cakap macam saya pon tak copy dari orang lain je kan kann. Jadi adik adik, saya perkenalkan kepada anda..... *scroll jelahh ke bawahhh* :D

Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini. Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat FaizaSdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Wanita kelah iran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikutsuaminya. Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancangstrategi bagi mengukuhkan kedudukann ya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkuslumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaranselewatlewatnya penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seor ang yang tegas. Beliau mahumemastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungansaban tahun. Berkecimpu ng dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik b apanya.Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bida ng perniagaan. Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai, katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah

dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal, katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas, tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah. Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza, katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran, katanya. Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi

dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya, katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur. Sumbangan

Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal "Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut. "Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai. "Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut. "Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah, kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964. Faiza, 68, berkata selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah", semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan bersikap sentiasa senang hati apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain.

Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. "Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong kawan-kawannya," katanya. Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-an. Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992. Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Anugerah

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas Tokoh Guru 2009.

umi Say ed Ahmad.

BIODATA Nama : Faiza Bawumi Umur :69Tahun Asal : Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Pendidikan : Diploma Jahitan Sayed Faiza Sdn. Ahmad. Mesir Bhd

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Anda mungkin juga menyukai