Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2: Aktiviti Promosi dan Pameran

Aktiviti promosi projek inovasi yang dihasilkan ini dilakukan 100% melalui media sosial.
Antara aplikasi media sosial yang dipilih untuk mempromosikan produk inovasi digital saya
adalah melalui applikasi Facebook, Whatsapp dan juga Instagram.

Sebelum saya mempergiatkan aktiviti promosi dan juga pemasaran produk inovasi saya,
saya terlebih dahulu telah membuat sebuah poster khas bagi produk inovasi saya. Keterangan
yang jelas mengenai produk telah saya sertakan dalam poster yang dibuat. Antaranya adalah
keterangan mengenai nama produk inovasi digital Matematik iaitu Fraction D’ Action.
Seterusnya, keterangan yang diletakkan juga adalah berkenaan sasaran kepada produk yang
dihasilkan iaitu khas buat murid-murid tahun 2 dlalam menguasai tajuk Pecahan Wajar. Selain
daripada keterangan nama dan sasaran produk, turut diletakkan adalah alamat Facebook,
Instagram serta nombor telefon bagi aplikasi Whatsapp. Akhir sekali, saya juga menyelitkan
beberapa baris ayat berkenaan produk inovasi untuk disebarkan bersama poster yang telah
dihasilkan.

Melalui aplikasi, Whatsapp, hasil promosi yang dilakukan mendapat sambutan yang baik
daripada rakan-rakan saya yang lain serta guru di sekolah praktikum 1 saya yang lepas. Antara
maklum balas yang diperolehi adalah semua berminat untuk mendapatkan produk inovasi yang
dihasilkan dan sebahagian daripada mereka menerima baik inovasi yang dilaksanakan. Namun
begitu ada sebahagian daripada kalangan mereka yang telah mendapatkan projek inovasi saya
ini memberikan maklum balas yang baik dari segi penambahbaikan projek. Salah seorang
daripada mereka mencadangkan bahawa konsep pecahan itu perlu diberi penekanan yang
lebih pada permulaan projek. Hal ini demikian kerana menurut pengalaman responden sendiri,
murid mengalami kesukaran dalam memahami konsep pecahan itu sendiri dari mana
datangnya bentuk pecahan itu. Selain itu, terdapat juga maklum balas daripada responden yang
mengatakan bahawa tulisan di dalam projek yang dihasilkan harus dibuat dalam saiz yang
sedikit besar khas bagi memenuhi keperluan murid-murid bermasalah penglihatan. Tambahan
pula menurut responden lagi, projek yang dihasilkan perlu ditambah dengan audio bagi setiap
slaid supaya murid-murid lebih memahami konsep pecahan itu sendiri.

Seterusnya, bagi aktiviti promosi melalui media sosial Facebook pula, aktiviti promosi
melalui media sosial ini kurang mendapat sambutan daripada pengguna Facebook. Hal ini
demikian kerana menurut saya hal ini berlaku mungkin disebabkan antara sebahagian kenalan
di dalam Facebook itu bukan daripada kalangan golongan pendidik serta tidak meliputi
kepakaran mereka. Oleh disebabkan itu, perkara ini menjadi salah satu kekangan bagi saya
dalam mempromosikan projek inovasi saya ini disebabkan minat yang kurang daripada
pengguna di laman sosial Facebook.

Akhir sekali, bagi aktiviti promosi melalui media sosial Instagram pula, antara maklum
balas yang diperolehi adalah mereka amat berminat untuk mengetahui produk inovasi secara
lebih lanjut dan sebahagian mereka juga memberikan maklum balas yang positif dengan
mengatakan produk yang dihasilkan ini amat menarik bagi pembelajaran murid tahun 2 dan
berkesan kepada mereka dalam menguasai tajuk pecahan wajar. Ada di antara mereka yang
menghubungi saya secara terus bagi mendapatkan projek ini dan ini menunjukkan mereka
berminat untuk mendapatkan projek saya ini.

Kesimpulannya, aktiviti promosi dan pemasaran produk inovasi saya ini secara
keseluruhannya berjalan dengan baik dan secara tidak langsung ianya dapat memberi saya
sedikit sebanyak pengalaman dalam proses pemasaran produk inovasi untuk kegunaan kelak.
Lampiran

Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Whatsapp


Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Instagram
Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Facebook

Anda mungkin juga menyukai