Anda di halaman 1dari 4

SARANAN BAGI MENGURANGKAN MASALAH PENCERAIAN DI MALAYSIA

Perceraian merupakan jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan
dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Dari segi istilah agama islam,
penceraian bermaksud talak ataupun cerai. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena
yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh
sesebuah perkahwinan itu terjalin. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun
2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes.

Oleh yang demikian, berdasarkan temuramah yang telah kami jalankan bersama
Jabatan Agama Islam Daerah Besut, terdapat beberapa saranan yang telah diberikan bagi
mengurangkan masalah penceraian di negara kita. Antara perkara yang paling penting perlu
ditekankan adalah suami isteri perlu mempunyai ilmu yang cukup berkaitan agama islam dan
juga rumahtangga. Hal ini kerana, menurut kajian yang telah dijalankan di Selangor pada
tahun 2015, di dapati bahawa punca utama kepada berlaku masalah penceraian adalah
disebabkan oleh pengabaian tanggungjawab sama ada oleh suami mahupun isteri itu sendiri.
Menurut kajian tersebut, sebanyak 10,799 aduan telah dikemukakan bermula tahun 2011
hingga tahun 2015 berkaitan dengan kes penceraian disebabkan pengabaian tanggungjawab.

Jadual : Aduan Rumah Tangga Di Negeri Selangor Dari 2011 - 2015


Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Tanggungjawab merupakan sesuatu yang sangat penting dalam rumah tangga sama ada
tanggungjawab seorang suami terhadap isteri, begitu juga sebaliknya tanggungjawab isteri
terhadap suaminya.Oleh yang demikian, dengan adanya ilmu yang cukup berkaitan dengan
agama dan juga rumahtangga, sudah pasti seseorang itu akan melaksanakan tanggungjawab
yang wajib dijalankan sebagai suami ataupun isteri. Perkara ini didapati sangat berkesan untuk
mengurangkan masalah penceraian di Malaysia kerana ianya lebih berbentuk kepada
pencegahan sebelum berlakunya krisis rumahtangga.

Selain itu, saranan lain yang boleh digunapakai untuk mengurangkan kes penceraian
di Malaysia adalah pasangan yang ingin berkahwin perlulah membuat persediaan yang lebih
awal terutamanya dari segi persediaan kewangan. Hal ini kerana, seperti yang diketahui
umum, antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi selepas perkahwinan merupakan cabaran
dari segi masalah kewangan. Menurut sebuah laporan di dalam akhbar Utusan Online (2017)
lebih 20 peratus pasangan Islam mengalami masalah kewangan dalam usia lima tahun
perkahwinan yang sekali gus menjurus kepada trend berlakunya perceraian di usia awal
perkahwinan khususnya dalam kalangan pasangan muda. Hal ini sudah pastinya akan dapat
dielakkan sekiranya pasangan-pasangan tersebut mempunyai perancangan kewangan yang
kukuh sebagai bekalan untuk menempuh masa depan. Sekiranya masalah tersebut berlaku
juga di dalam rumahtangga, suami isteri perlu memilih jalan yang lebih untuk menyelesaikan
perkara tersebut. kebanyakan pasangan muda memilih untuk berpisah selepas mereka gagal
menangani krisis kewangan dengan baik. Seharusnya sebagai pasangan yang berpendidikan
mereka perlu bijak menyelesaikan masalah kewangan secara bersama termasuk merujuk
kepada mereka yang lebih berpengalaman.
Akhir sekali, bagi mengurangkan berlaku kes penceraian di Malaysia juga pasangan
suami isteri yang telah berkahwin perlulah memupuk sikap bertolak ansur antara suami isteri
yang lebih tinggi dalam diri mereka. Hal ini kerana, antara perkara utama yang sangat penting
selepas berkahwin adalah memupuk persefahaman antara suami isteri. Sekiranya tiada
persefahaman antara mereka, isu-isu kecil yang timbul dalam rumahtangga akan menjadi
sesuatu yang besar dan mengakibatkan mereka menunding jari antara satu sama lain. Hal ini
sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan berlakunya penceraian. Menurut Hannah
Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memetik daripada
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, kebanyakan kes penceraian yang difailkan oleh
pasangan itu adalah atas faktor yang remeh seperti isteri suka mengikuti rombongan beramai-
ramai, isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan di dalam
kereta dan suami tidur berdengkur. Kes penceraian disebabkan perkara-perkara remah ini
sudah pasti akan dapat dielakkan sekiranya setiap pasangan suami isteri di Malaysia boleh
bertolak ansur dengan baik dan saling memahami antara satu sama lain.

Rajah: Statistik Punca Penceraian Usia Perkahwinan 5 Tahun Kebawah Wilayah


Persekutuan

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu memberi tumpuan serius terhadap isu perceraian
dalam kalangan pasangan suami dan isteri yang terus meningkat ini. Pendedahan khusus
perlu diberikan terhadap usaha penyaluran ilmu pengetahuan terutama ilmu agama, ilmu
komunikasi rumah tangga, ilmu psikologi dalam rumah tangga serta pendidikan anak-anak
bagi pasangan suami dan isteri. Pengamalan serta meningkatkan amal ibadah yang betul
adalah merupakan salah satu kaedah efektif bagi membendung timbulnya masalah dalam
rumah tangga sekaligus perceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri.

Anda mungkin juga menyukai