Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK (SISTEM A.P.A.

) Spesifikasi Teknikal Jenis dan Saiz Font Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilah menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz font dalam jadual, gambarajah dan grafik mengikut kesesuaian. Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala namanama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk tulisan condong (italic).

Jidar (Margin) Pada amnya jidar kiri mestilah sekurang-kurangnya 1.5 inci manakala jidar kanan, atas dan bawah mestilah sekurangkurangnya 1 inci. Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat seperti kepala teks dan gambarajah termasuk nombor muka surat hendaklah dalam lingkungan penulisan.

Langkau Baris (Spacing) Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau dua (double spacing) manakala jarak antara perenggan mestilah langkau empat. Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu (single spacing) :

(i) (ii)

petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan. bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/ rujukan).

(iii)

keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang mengandungi lebih daripada satu baris.

(iv) (v)

lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan tajuk dan subtajuk.

Kriteria Kertas Hasil PROJEK hendaklah ditaip di atas kertas putih 80 gm dan bersaiz A4 (210 mm x 297 mm). Manakala kulit depan gunakan kertas warna yang telah ditetapkan mengikut program masingmasing berpandukan para 10.1.8 (i-xi).

Penjilidan Hasil PROJEK hendaklah dijilid dengan cara tape-binding. Paparan Muka Surat (Page Layout) Hasil PROJEK hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali jadual dan gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.

Penomboran Muka Surat

Semua muka surat hasil PROJEK hendaklah dinomborkan. Nombor muka surat hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah setiap muka surat. Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk lain tidak dibenarkan.

Format Penulisan Akademik Halaman Pengakuan Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian PROJEK. Ia hendaklah ditandatangani oleh

penulis. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Halaman Judul (Title Page) Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Penghargaan Penghargaan biasanya mengandung kata-kata penghargaan atas tunjuk ajar dan bantuan daripada individu dan institusi,

tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Senarai Kandungan Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan yang berpadanan dengan nombor muka surat yang mengandung semua topik dan subtopik, tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Kerangka Utama Penulisan (Body of Text) Kerangka utama penulisan PROJEK hendaklah

mengandung bahagian-bahagian berikut: (i) (ii) (iii) Pendahuluan Topik-topik/subtopik yang berkaitan Perbincangan/Rumusan/Cadangan

Perincian kandungan kerangka utama PROJEK perlulah dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah

pembimbing bagi memenuhi kehendak tugasan. Tajuk Jadual/Gambarajah/Graf Dalam Teks Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya hendaklah diletak di atas jadual tersebut. Manakala

gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah dan graf tersebut

Petikan Dalam Teks (Citations) Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Jika petikan mengandungi kurang daripada 40 perkataan, hendaklah dimasukkan perkataan tersebut ke dalam teks dan kurungkan petikan dengan tanda petikan ( ). Sekiranya petikan tersebut mengandungi lebih daripada 40 0erkataan, maka indenkan petikan setengah inci daripada jidar kiri. Pada akhir perkataan, catatkan sumber dari muka surat atau perenggan dalam kurungan.

(Publication Manual APA, 2010) Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic). Contoh cara menulis petikan dalam teks :

Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya COCOMO menyediakan model empirik bagi menganggar perisisan. Bagaimanapun, Boehm (1981)

sendiri telah memberi pandangan beliau tentang COCOMO :

Today, a software cost estimation model is doing well if it can estimate software development costs within 20% of actual costs, 70% of the time, and on its own turf (that is

within the class of projects to which it has been calibrated)..That is not as precise as we might like, but it is accurate enough to provide a good deal of help in software engineering economic analysis and decision making. Boehm, B. (1981). Software Engineering Economics. Prentice-Hall.

Format Penulisan Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam hasilan PROJEK format yang perlu digunakan adalah Sistem APA (American Psychological Association).

Kaedah Menulis Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku

Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut : (i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contoh : Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan.

(ii)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh : Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005).

(iii)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh : Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa.

(iv)

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh : Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan kesan pada khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et al, 1995).

(v)

Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh : Contoh perisian yang menggunakan bahasa

pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a). Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan Albert, 1994b). kepintaran buatan (Puget dan

Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain daripada Buku : (i) Jurnal

Contoh jurnal : Valesky, T.C. & Hirty, M.A. (1992). Special Education Knowledge Requirements for school Administrators. Exceptional Children, 58 (5) : 399 406.

Cara menulis dalam teks : Menurut, Valesky & Hirty (1992).. (ii) Tesis

Contoh tesis : Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer, Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ph.D. Cara menulis dalam teks : Ahmad Zaki (1998), mengatakan bahawa . (iii) Bahan dari halaman web

Contoh web : Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005. Cara menulis dalam teks : .. (Autor, 1999).

Format Penulisan Bibliografi Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut : (i) (ii) mengikut turutan abjad mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit (iii) baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)

Cara penulisan tersebut dijelaskan seperti dalam contoh-contoh penulisan bibliografi yang disenaraikan. (a) Manual

American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in the social sciences and education.) (b) Buku

Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City: Publisher. (c) Sebahagian daripada buku

Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley, S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 2537). City:Publisher. (d) Kertas kerja yang diterbitkan

Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a published proceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher. (e) Kertas kerja yang tidak diterbitkan

Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an unpublished paper presented at a meeting. Paper presented at the 103rd annual meeting of the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST. (f) Artikel dalam jurnal

Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of Experimental Results, 1(3), 1-22.

(g)

Artikel dalam majalah

Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine of Today, pp. 6-12. (h) Artikel dalam akhbar

Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper article. The Star, pp. 1, 6-8. (i) Laporan

Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report (Report No. 90-1428). City : Publisher. (j) Tesis

Miller, G. M. (2005). This is the title of a masters thesis. Unpublished masters thesis, University Malaya, City, ST. (k) Laman web

Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.

Lampiran Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk rajah, jadual, carta, atur cara perisian, gambar dan lain-lain. Semua bahan-bahan lampiran hendaklah dilabelkan dan dinomborkan. Penomboran lampiran hendaklah dihitamkan (bold) dan ditulis di sudut atas sebelah kanan.

BIBLOGRAFI Dewey, J. (1975). How we think. Henry Regney, Chicago : 9 Hanipah Hussin (1999). Learning to be reflective : The content and nature of primary student teachers thinking during field experience in Malaysia. Unpublised PhD Thesis. Universiti of Sydney, Australia. Knowles, J. G., Cole, A. L. & Pressword, C. S. (1994). Through Preservice Teachers Eyes : Exploring Field Experiences Though Narrative and Inquiry. New York : Merrill Oja, S. (1990). Developmental theories and the professional development of teacher. Paper presented at the annual meeting of the America Educational Research Association, Boston (ERIC Document Reprod. Serv. No ED352-351) Reid, (1993). But we are doing it already. Exploring a response through the reflective practice in order to improve its facilitation. Nurse Ed Today 13 : 305 - 306 Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner. How professionals think in action. New York : Basic Books. Senne, (1997). The Interactive Teaching Portfolio. A Developmental Approach to Promoting Proffesional Development in Physical Education Student Teachers. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh Watson, (1995). Early Field Experiences in Teacher Education. A Developmental Model. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh.

Anda mungkin juga menyukai