Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA PELAJAR GURU:

KOD DAN NAMA KURSUS:


SJH 3093 PENTAKSIRAN DALAM
PEMBELAJARAN SEJARAH

SEMESTER: SATU / 2015

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

23 FEBRUARI 2015

23 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus


1.
2.
3.
4.
5.

Menghuraikan konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian.


Membina alat pengukuran dalam mata pelajaran Sejarah.
Mengaplikasikan asas statistik dalam pentaksiran.
Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam mata pelajaran Sejarah.
Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pentaksiran mata
pelajaran Sejarah.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 5.

Objektif Kerja Kursus


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.

Menjelaskan konsep dan ciri-ciri pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian


serta kaitannya dengan mata pelajaran Sejarah.

2.

Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berpandukan Berpandukan Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tahun 4.

3.

Berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah


Tahun 4, menghasilkan satu set soalan Sejarah Tahun 4 berserta skema
pemarkahan.

4.

Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

5.

Membuat persembahan powerpoint tugasan 1, 2 dan 3.

Tugasan Projek (100%)


Penilaian merupakan antara elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesuatu penilaian yang baik juga mencerminkan kemahiran, pengetahuan dan kefahaman
seseorang guru dalam penggubalan item-item ujian.
Tugasan 1 (20%)
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan konsep dan ciri-ciri pentaksiran, penilaian,
pengukuran dan pengujian. Anda juga dikehendaki menganalisis dan menilai kepentingan
pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sejarah.
Tugasan 2 (20%)
Secara individu anda dikehendaki merancang dan menyediakan satu Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) yang lengkap berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DKSP) Sejarah Tahun 4.
Tugasan 3 (30%)
Secara individu anda dikehendaki merancang dan menyediakan satu set soalan Sejarah
Tahun 4 berseta skema pemarkahan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
dirancang dalam tugasan 2.
Tugasan 4 (10%)
Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas.
Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.
Tugasan 5 (20%)
Secara individu, membuat persembahan powerpoint tugasan 1, 2 dan 3 di atas.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini dibuat secara individu.

2.

Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

4.

3.1.

Muka depan hendaklah mengikut tamplet terkini.

3.2.

Fon Arial.

3.3.

Saiz huruf - 11

3.4.

Langkau 1.5 baris.

3.5.

Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi15
muka surat( termasuk persembahan visual).

5.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7.

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


1.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:


a.

Pengenalan yang dapat mengupas ciri-ciri pentaksiran, penilaian,

b.

pengukuran dan pengujian serta kaitannya dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Merancang dan menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
lengkap berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DKSP) Sejarah Tahun 4.

c.

Merancang dan menyediakan satu set soalan Sejarah Tahun 4 berseta


skema pemarkahan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
dirancang dalam tugasan 2.

d.
e.

3.

Rumusan yang sesuai dengan tajuk.


Pembentangan tugasan dalam bentuk powerpoint.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah


dikemukakan.

4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5.

Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6.

Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa


yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7.

Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak
yang lain)

Disediakan oleh:
(M.ELANGKO A/L MUNIANDY)
Penyelaras Kursus SJH3093
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh:

(DR.MUHAMMAD RAINI B. MAT RAHIM )


Ketua Jabatan Sains Sosial
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh:
(DR.MOHD AZHAR BIN BAHARI )
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai