Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUGASAN KERJA KURSUS

PROJEK
TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (KOHORT 1 SEMESTER 6) NAMA PELAJAR :

TAJUK KURSUS: SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)

SEMESTER : 6

TARIKH MULA

INTERAKSI 2

TARIKH HANTAR

INTERAKSI 4

Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan tentang semantik, fitur makna; makna leksikal dan makna ayat, 2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian, 3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna serta makna peribahasa, 4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah, sumber istilah, aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu, 5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 4.

Objektif kerja kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut: 1. Mengenal pasti takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal Dan Makna Ayat, 2. Menjelaskan istilah Bahasa Melayu yang diperoleh daripada tiga (3) sumber yang berikut, iaitu: i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing 3. Menganalisis artikel tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu, 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi yang berkaitan dengan tugasan.

TUGASAN PROJEK (100 %) Bahagian A (70%) Semantik menekankan pengkajian tentang makna dalam bahasa manakala bidang peristilahan pula memberikan perhatian untuk memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, ada perkaitan antara semantik dan peristilahan. Binalah penulisan esei berkaitan dengan: 1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat dan perubahan Semantik.(10%) 2. Menjelaskan dengan terperinci beserta contoh tiga (3) sumber istilah Bahasa Melayu Kosa Kata Umum Bahasa Melayu, Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun dan Kosa Kata Bahasa Asing.(20%) 3. Jika anda Ahli Jawatankuasa Pembentukan Kata dan Istilah Bahasa Melayu, beri pandangan anda tentang bagaimana bahasa Melayu dapat memenuhi keperluan bahasa Melayu pada melinium ini. (30%) 4. Secara individu, anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini estilah menunjukkan kefahaman anda tentang penulisan refleksi (10%).

Bahagian B (30%) Tugasan Berkumpulan. Anda dikehendaki membentangkan hasil tugasan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang. Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini ialah tugasan individu (Bahagian A). 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini, 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan. 5. Panjangnya tugasan ialah 1500 patah perkataan atau tidak melebihi 7 muka surat sahaja halaman tidak termasuk , lampiran, bibliografi, isi kandungan dan pengakuan. 6. Tugasan ini membawa markah 100 peratus dan wajarannya 50 peratus. 7. Hasil tugasan perlulah diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang berikut: 7.1 Tugasan diserahkan dalam bentuk hard copy dan soft copy 7.2 Hasil tugasan perlulah dijilidkan dan pada bahagian hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: i. Nama Guru Pelatih dan Nombor kad pengenalan ii. Angka giliran iii. Kumpulan/Unit iv. Kod kursus dan nama kursus v. Nama pensyarah vi. Tahun pengajian dan ambilan 8. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan dalam lampiran Tugasan yang Baik Haruslah Menunjukkan Kriteria-Kriteria yang Berikut; 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut: a. Pengenalan yang menarik b. Perkembangan c. Implikasi d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda seperti graf, gambar, rajah dan lain-lain yang berkaitan. 4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain). 5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlulah menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. 6. Penulisan tugasan haruslah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Disediakan Oleh:

(MUHAMMAD BIN CHE MAJID) Penyelaras Mata Pelajaran BMM 3111, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Mizan.

Disemak Oleh:

(ANUA BIN HARIS) Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Mizan.

Disahkan Oleh:

(MD. SHAMSUDDIN BIN NGAT DENIN) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Mizan.

Anda mungkin juga menyukai